Upload
others
View
53
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI TAHUN 2011
SISTEM NATIONAL ENFORCEMENT AND REGISTRATION BIOMETRICS
SYSTEM (NERS) DI PINTU MASUK NEGARA
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
1. PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Jabatan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merupakan salah sebuah agensi di
bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas
pengeluaran dokumen perjalanan dan kawalan pergerakan
keluar/masuk warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan
warganegara asing yang ingin ke luar negara dan juga berkunjung ke
Malaysia di samping menguruskan hal-hal imigresen selaras dengan
kepentingan negara.
Jabatan ini berwawasan untuk muncul sebagai peneraju di kalangan
perkhidmatan imigresen dan sentiasa komited dalam meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien
kepada pelanggan selaras dengan pembangunan ekonomi dan
keselamatan negara dengan penuh berintegriti.
1.2 Fungsi Jabatan
Fungsi utama JIM adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada
warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
2
(ii) Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing
yang memasuki Malaysia;
(iii) Mengawalselia pergerakan keluar/masuk warganegara dan
warganegara asing di pintu-pintu masuk yang diwartakan;
(iv) Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155],
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 [Akta
150] dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007; dan
(v) Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien
kepada pelanggan Imigresen.
1.3 Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan
Jabatan ini telah mengemukakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat
bagi tempoh 2005 hingga 2010 yang mana antara lain menyatakan
perancangan Jabatan untuk meningkatkan dan menambahbaik
kemudahan sistem komputer yang telah dibangunkan. Walau
bagaimanapun, projek Sistem NERS ini tidak termasuk di dalam Pelan
Strategik Teknologi Maklumat bagi tempoh 2005 hingga 2010. Namun
begitu, Jabatan ini mengambilkira pelaksanaan projek ini sebagai
inisiatif penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti kawalan
sempadan negara oleh JIM.
2. PENGENALAN INOVASI
2.1 Tajuk Inovasi
Sistem Penguatkuasa dan Pendaftaran (Biometrik) Warga Asing atau
lebih dikenali sebagai National Enforcement and Registration
Biometrics System (NERS) di Pintu Masuk Negara
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
3
2.2 Penerangan Inovasi
Pelaksanaan Sistem NERS tercetus daripada hasil perbincangan dan
penilaian mengenai isu serta kaedah penyelesaian pengurusan warga
asing yang mana telah dipersetujui oleh ahli-ahli dari pelbagai agensi
Kerajaan serta Jawatankuasa Kerja Kabinet Pekerja Asing-Pendatang
Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) dalam Makmal Pengurusan Warga
Asing (MPWA).
Seterusnya, Jemaah Menteri pada 29 September 2010 telah bersetuju
secara dasarnya dengan pembekalan Sistem Pangkalan Data
Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode oleh
Syarikat Nexbis Sdn. Bhd. untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Pembangunan Sistem NERS di JIM dilakukan selari dengan Projek
Peralihan Sistem Imigresen Malaysia (SIM) yang mana ia adalah
perluasan kepada sistem sedia ada dengan menyimpan rekod-rekod
biometrik bagi pelawat asing yang masuk ke negara ini selain PATI
dan pekerja asing bagi tujuan Program 6P.
2.3 Objektif Inovasi
2.3.1 Objektif Umum
(i) meningkatkan kualiti kawalan dan keselamatan di pintu-
pintu masuk negara;
(ii) membantu mengatasi masalah pemerdagangan manusia,
penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan;
dan
(iii) membantu dalam membendung dan memperketatkan
kawalan terhadap isu keganasan dan jenayah
antarabangsa.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
4
2.3.2 Objektif Khusus
(i) mendapatkan identiti warganegara asing yang masuk ke
negara ini melalui pengambilan, pendaftaran dan
penyimpan biometrik cap jari (fingerprints) warganegara
asing di semua pintu-pintu masuk negara kerana rekod
biometrik warganegara asing yang disimpan adalah
pengenalan diri yang tepat, sahih dan paling dipercayai;
(ii) membantu Jabatan untuk mengenalpasti, memantau,
menyemak dan mengesahkan pelawat-pelawat asing
yang masuk dan berada di negara ini termasuk mereka
yang telah tinggal lebih masa dan tinggal tanpa dokumen
serta pas yang sah;
(iii) mengelakkan berlakunya penipuan dan pemalsuan
identiti pelawat asing yang telah masuk ke negara ini
melalui sekatan terhadap kemasukan pelawat asing yang
menggunakan dokumen palsu;
(iv) membolehkan penguatkuasaan serta-merta dijalankan di
lapangan;
(v) membantu untuk tujuan pengesahan pekerja asing
dengan lebih tepat oleh agensi-agensi Kerajaan seperti
JIM, PDRM, RELA dan sebagainya; dan
(vi) membantu mengurangkan kadar PATI.
2.4 Ciri-Ciri Inovasi
Sistem NERS merupakan sebuah sistem menyeluruh yang
merangkumi sistem biometrik dan pengesahan identiti secara masa
nyata (real time) kepada semua pelawat asing yang memasuki
Malaysia.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
5
Sistem ini terdiri daripada dua (2) komponen iaitu:
(i) Biometrik (pengambilan, pendaftaran dan penyimpanan data
biometrik cap jari (fingerprints) warganegara asing yang masuk
dan keluar ke/dari Malaysia); dan
(ii) Nexcode (pelekat FID yang dilekatkan di dalam dokumen
pelawat asing bagi tujuan kawalan dan penguatkuasaan).
2.5 Proses Pelaksanaan Inovasi
Projek Sistem NERS dibangunkan secara out-sourcing oleh Syarikat
Nexbis Sdn. Bhd. Sistem ini diintegrasikan dengan Sistem Kawalan
Imigresen yang dibangunkan oleh Syarikat Heitech Padu Bhd. bagi
menghasilkan satu sistem pemeriksaan kawalan keluar/masuk yang
lebih komprehensif untuk JIM.
2.6 Tempoh Pelaksanaan Inovasi
Pelaksanaan Sistem NERS telah dikuatkuasakan penggunaannya
mulai 1 Jun 2011 di semua pintu masuk Malaysia yang diwartakan.
2.7 Lokasi Pelaksanaan Inovasi
Inovasi ini telah dilaksanakan di 96 pintu masuk utama melalui udara,
laut dan darat di seluruh Malaysia.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
6
3. KEDUDUKAN SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
3.1 Sebelum Inovasi
Sebelum pelaksanaan Sistem NERS, pemeriksaan keluar/masuk
hanya melibatkan Sistem Kawalan Imigresen yang mana sistem
tersebut hanya merekodkan maklumat pasport/dokumen perjalanan
dan maklumat pergerakan keluar/masuk pelawat sahaja ke dalam
sistem. Seterusnya cop masuk atau keluar akan diendos ke dalam
passport/dokumen perjalanan sebagai bukti kemasukan dan keluar
seseorang pelawat dari negara ini.
Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Pelawat Asing Sebelum Inovasi
Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat
asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan
kawalan keluar/masuk sebelum inovasi dilaksanakan:
(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran
pelawat asing di kaunter;
(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;
(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa
masuk bagi kategori pelawat asing;
(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan
Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen
perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak
boleh dibaca oleh pengimbas;
(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;
(vi) mengemaskini data pergerakan masuk pelawat asing ke dalam
sistem;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
7
(vii) menurunkan endosmen pas yang bersesuaian ke dalam
pasport/dokumen perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan
(viii) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan
masuk.
Paparan modul periksa masuk bagi pelawat asing di dalam Sistem Kawalan Imigresen sebelum pelaksanaan inovasi
Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Keluar Pelawat Asing Sebelum Inovasi
Aliran proses kerja bagi pemeriksaan keluar pelawat asing sebelum
pelaksanaan inovasi ini adalah seperti berikut:
(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran
pelawat asing di kaunter;
(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur serta tempoh sah
laku pas untuk berada di Malaysia;
(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa
keluar bagi kategori pelawat asing;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
8
(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan
Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen
perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak
boleh dibaca oleh pengimbas;
(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;
(vi) mengemaskini data pergerakan keluar pelawat asing ke dalam
sistem;
(vii) menurunkan endosmen keluar ke dalam pasport/dokumen
perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan
(viii) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan
keluar.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh JIM
dalam melaksanakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap
warganegara asing yang masuk dan berada di dalam negara seperti
berikut:
(i) Jabatan tiada rekod biometrik warganegara asing yang boleh
diambil sebagai rujukan bagi mengenalpasti status seseorang
warganegara asing yang tinggal di negara ini;
(ii) Sistem yang digunapakai oleh Jabatan sebelum ini tidak dapat
menangani isu-isu pemantauan warganegara asing dengan
berkesan termasuk kes penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa pegawai JIM yang membolehkan kemasukan dan
kehadiran warganegara asing ke negara ini secara tidak sah ;
(iii) Terdapat warganegara asing yang melakukan jenayah di negara
ini dan telah masuk semula dengan menukar identiti dan
pasport/dokumen perjalanan masing-masing. Kemasukan
semula mereka ke Malaysia sukar dikenalpasti dan dikawal
tanpa wujudnya satu bukti kukuh dan dipercayai;
(vi) Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa
dokumen dan serta pas yang sah di negara ini beb
tanpa dapat dikesan.
3.2 Selepas Inovasi
Pelaksanaan inovasi ini meliba
legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan
menambahbaik proses pemeriksaan kawalan kelu
asing. Penambah
seperti berikut:
(i) Pengambilan, pendaftaran dan
penyimpanan data biometrik cap
kedua-dua jari telunjuk pelawat
asing; dan
(ii) Pemberian Pelekat FID dengan
ceraian ID semasa masuk.
Pelaksanaan Sistem NERS ini
data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan
pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh
Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk
membekalkan Si
pintu-pintu masuk tersebut
(i) pengimbas pasport (
(ii) pengimbas cap jari (
(iii) pencetak pelekat (
(iv) Pelekat FID.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
9
Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa
dokumen dan serta pas yang sah di negara ini beb
tanpa dapat dikesan.
ovasi
Pelaksanaan inovasi ini melibatkan pengintegrasian di antara
legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan
menambahbaik proses pemeriksaan kawalan keluar/masuk pelawat
. Penambahbaikan tersebut melibatkan tambahan dua
Pengambilan, pendaftaran dan
penyimpanan data biometrik cap
dua jari telunjuk pelawat
asing; dan
Pemberian Pelekat FID dengan
ceraian ID semasa masuk.
stem NERS ini juga telah melibatkan pewujudan pusat
data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan
pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh
Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk
membekalkan Sistem NERS dan keperluan peralatan tambahan di
pintu masuk tersebut seperti berikut:
pengimbas pasport (passport scanner);
pengimbas cap jari (fingerfrint scanner);
pencetak pelekat (sticker printer);dan
Pelekat FID.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa
dokumen dan serta pas yang sah di negara ini bebas bergerak
tkan pengintegrasian di antara sistem
legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan
ar/masuk pelawat
baikan tersebut melibatkan tambahan dua (2) proses
telah melibatkan pewujudan pusat
data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan
pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh
Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk
tambahan di
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
10
Pengimbas Pasport Pengimbas Cap Jari
(iii) Pencetak Pelekat (iv) Pelekat FID
Pencetak Pelekat Pelekat FID
Pendekatan Sistem NERS di dalam proses pemeriksaan kawalan
keluar/masuk pelawat asing melibatkan perkara-perkara seperti
berikut:
(i) Kemasukan ke dalam negara
� Pengimbasan pasport
� Pendaftaran biometrik kedua-dua cap jari telunjuk
� Pengeluaran Pelekat FID selain endosmen cop kebenaran masuk
(ii) Meninggalkan negara
� Pengimbasan pasport
� Pengesahan biometrik kedua-dua cap jari telunjuk
Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar Menggunakan Sistem NERS
Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Selepas Inovasi
Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat
asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan
kawalan keluar/masuk selepas inovasi dilaksanakan:
(i) membuat pemerhatian gerak geri dan m
pelawat asing di kaunter;
(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;
(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen
masuk bagi kategori pelawat a
Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
11
Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar Menggunakan Sistem NERS
Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Pelawat Asing Selepas Inovasi
Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat
asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan
kawalan keluar/masuk selepas inovasi dilaksanakan:
membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran
pelawat asing di kaunter;
membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;
mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa
masuk bagi kategori pelawat asing;
Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar
Pelawat Asing
Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat
asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan
enerima kehadiran
membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;
dan pilih menu periksa
Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
12
Pilih Menu Sistem Kawalan Imigresen
Pilih Menu Periksa Masuk bagi Pelawat Asing
(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan
Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen
perjalanan menggunakan Pengimbas Pasport atau masukkan
data secara manual sekiranya tidak boleh dibaca oleh
pengimbas;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
13
Cara Mengimbas Pasport Menggunakan Mesin Pengimbas Pasport
Pasport Yang Diimbas Akan Memaparkan Data Pelawat Asing Di Dalam Sistem Kawalan Imigresen. Butang ENTER Ditekan Untuk Melancarkan Sistem
Biometrik Bagi Proses Imbasan Cap Jari.
(iv) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;
(v) mengimbas kedua-dua jari telunjuk pelawat asing. Jika jari tidak
boleh diimbas, pilih sebab pengecualian daripada pengambilan
data biometrik;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
14
Proses Mengimbas Cap Jari Pelawat Asing Menggunakan Mesin Pengimbas Cap Jari
Paparan Data Cap Jari Pelawat Asing Berjaya Diimbas dan Disimpan Di Dalam Sistem Biometrik
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
15
Tiga (3) Kategori Cap Jari Yang Diimbas Iaitu Isyarat Hijau Bagi Imbasan Yang Jelas, Isyarat Jingga Bagi Imbasan Kurang Jelas dan Isyarat Merah Bagi
Imbasan Tidak Jelas
Paparan Untuk Melakukan Proses Pengecualian Pengambilan Data Biometrik
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
16
Paparan Pilihan Jenis Pengecualian Pengambilan Data Biometrik
(vi) membuat semakan BIO SL, jika ada;
(vii) mencetak Pelekat FID dan lekatkan keratan sebelah kiri Pelekat
FID tersebut ke dalam pasport/dokumen perjalanan;
(viii) mengemaskini data pergerakan pelawat asing ke dalam sistem;
(ix) menurunkan endosmen pas yang bersesuaian ke dalam
pasport/dokumen perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan
(x) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan
masuk.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
17
Proses Cetakan dan Melekatkan Pelekat FID Serta Endosmen Pas Masuk Ke Dalam Pasport
Contoh Pasport Pelawat Asing Yang Telah Dilekatkan Pelekat FID dan Endosmen Masuk
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
18
Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Keluar Pelawat Asing Selepas Inovasi
Aliran proses kerja bagi pemeriksaan keluar pelawat asing selepas
pelaksanaan inovasi ini adalah seperti berikut:
(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran
pelawat asing di kaunter;
(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan
bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur serta tempoh sah
laku pas untuk berada di Malaysia;
(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa
keluar bagi kategori pelawat asing;
Akses Sistem Kawalan Imigresen dan Pilih Menu Periksa Keluar Bagi Pelawat Asing
(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan
Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen
perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak
boleh dibaca oleh pengimbas;
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
19
Cara Mengimbas Pasport Menggunakan Mesin Pengimbas Pasport
Pasport Yang Diimbas Akan Memaparkan Data Pelawat Asing Di Dalam Sistem Kawalan Imigresen. Butang ENTER Ditekan Untuk Melancarkan Sistem
Biometrik Untuk Proses Imbasan Cap Jari bagi Tujuan Pengesahan.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
20
(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;
(vi) mengimbas kedua-dua jari telunjuk pelawat asing bagi tujuan
verifikasi. Jika jari tidak boleh diimbas, pilih sebab pengecualian
daripada pengambilan data biometrik;
Proses Mengimbas Cap Jari Menggunakan Mesin Pengimbas Cap Jari Bagi Tujuan Pengesahan Data Biometrik Pelawat Asing Semasa Pemeriksaan
Keluar
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
21
Paparan Menunjukkan Proses Imbasan Cap Jari Sedang Dilakukan Bagi Tujuan Pengesahan Data Biometrik Pelawat Asing
Proses Pemadanan Cap Jari Pelawat Asing Dengan Data Biometrik Di Dalam Pangkalan Data
Paparan Menunjukkan Proses Pengesahan Cap Jari Berjaya
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
22
vii) membuat semakan BIO SL, jika ada;
(viii) mengemaskini data pergerakan keluar pelawat asing ke dalam
sistem;
(ix) menurunkan endosmen keluar ke dalam pasport/dokumen
perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan
(x) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan
keluar.
Contoh Pasport Pelawat Asing Yang Telah Diendos Cop Keluar
Pengambilan data biometrik adalah mandatori untuk semua
warganegara asing yang masuk ke Malaysia. Pengecualian
pengambilan data biometrik hanya diberikan bagi kategori berikut:
(i) Pemegang Pasport Diplomatik
(ii) Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun
(iii) Orang Kurang Upaya (OKU)
(iv) Golongan VVIP (pelawat asing yang diberi layanan istimewa di
atas jemputan Kerajaan)
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
23
(v) Anggota tentera yang bertugas
(vi) Imej cap jari tidak memuaskan, tisu jari rosak atau sakit tenat
(vii) Golongan di bawah Perintah Pengecualian 1963 (Exemption
Order 1963)
4. IMPAK PELAKSANAAN INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN/PERKHIDMATAN/ JABATAN
4.1 Impak Inovasi Kepada Kerajaan
Dalam situasi dunia semasa di mana pergerakan manusia yang bebas
merentas sempadan, maka peningkatan tahap keselamatan di
sempadan negara masing-masing adalah penting bagi menjaga
keselamatan dan keharmonian dalam negara serta memastikan
hubungan diplomatik di antara negara tetap harmoni. Dalam hubungan
ini, peningkatan tahap keselamatan dokumen tidak lagi mencukupi di
mana hanya diri individu tersebut yang boleh dijadikan bukti
pengenalan diri iaitu melalui pendaftaran biometrik. Kaedah
pengambilan cap jari individu bukan lagi dilihat hanya untuk
merekodkan identiti penjenayah tetapi sebagai pengenalan diri yang
paling dipercayai.
Melalui Sistem NERS, Kerajaan mempunyai profil setiap warganegara
asing yang memasuki atau berada dalam negara ini. Profil tersebut
akan dimuatkan dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara
holistik oleh agensi-agensi penguatkuasa lain selain JIM di mana
rujukan silang mudah dilakukan dengan pangkalan data agensi
masing-masing bagi tujuan yang pelbagai.
Setiap pegawai penguatkuasa dari pelbagai agensi akan dilengkapi
dengan peralatan pemeriksaan dan pengesahan dokumen mereka
melalui pengecaman biometrik barkod 2 dimensi (NexCode) semasa
operasi penguatkuasaan di lapangan. Kombinasi elemen pemeriksaan
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
24
ini akan menjamin penguatkuasaan undang-undang yang lebih luas,
berkesan dan efisyen
4.2 Impak Inovasi Kepada Jabatan
4.2.1 Penambahbaikan Kepada Sistem Aplikasi Sedia Ada
Sistem NERS telah menambahbaik sistem aplikasi yang sedia
ada melalui pengintegrasian dengan sistem legasi iaitu Sistem
Kawalan Imigresen. Penambahan proses pengambilan,
pendaftaran dan penyimpanan data biometrik semasa
pemeriksaan masuk pelawat asing telah menyediakan Jabatan
ini satu sistem yang menyeluruh untuk memantau kehadiran
dan pergerakan pelawat asing dengan lebih berkesan.
Data biometrik warganegara asing yang disimpan dalam
pangkalan data biometrik Jabatan menyediakan pengenalan diri
yang tepat, sahih dan paling dipercayai bagi membantu Jabatan
menjalankan usaha-usaha mengenalpasti, memantau,
menyemak dan mengesahkan pelawat-pelawat asing yang
masuk dan berada di negara ini termasuk mereka yang telah
tinggal lebih masa dan tinggal tanpa dokumen serta pas yang
sah.
4.2.2 Meningkatkan Kualiti Kawalan dan Keselamatan Negara
Sistem NERS telah membantu Jabatan ini dalam mengenalpasti
kes-kes penipuan dan pemalsuan identiti yang dilakukan oleh
pelawat asing yang telah masuk ke negara ini untuk
membolehkan mereka tinggal lebih lama atau terus menetap di
negara ini. Inovasi ini juga sangat membantu Jabatan dalam
mengawal kemasukan pelawat asing yang menggunakan
dokumen palsu dan memiliki dua (2) kerakyatan.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
25
4.2.3 Jabatan Mempunyai Statistik Pergerakan Warganegara Asing Yang Lebih Tepat
Dengan pelaksanaan Sistem NERS, Jabatan mempunyai dua
(2) sumber statistik pergerakan warganegara asing untuk dirujuk
dan dianalisis selain statistik yang dikeluarkan melalui Sistem
Kawalan Imigresen. Perbandingan di antara dua (2) sumber
statistik ini membolehkan Jabatan mengeluarkan statistik yang
tepat.
Kaedah ini juga dapat memantau dan mengawal aktiviti
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan
oleh Pegawai Imigresen dengan memberi kebenaran masuk
kepada pelawat asing ke negara ini tanpa pas dan permit yang
sah.
Melalui statistik tersebut juga, aktiviti penguatkuasaan dan
operasi bersepadu di antara Jabatan ini dengan pihak
penguatkuasaan yang lain seperti PDRM dan RELA dapat
dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan berpandukan
maklumat yang tepat.
4.3 Impak Inovasi Kepada Isu Antarabangsa
Pendaftaran Biometrik yang dilakukan berasaskan standard piawaian
antarabangsa akan membolehkan kerjasama di antara agensi-agensi
antarabangsa dilakukan dengan lebih berkesan. Kerjasama dan
perkongsian maklumat biometrik ini penting untuk mengatasi masalah
pemerdagangan manusia, penyeludupan manusia dan jenayah rentas
sempadan. Membendung serta memperketatkan kawalan isu
keganasan dan jenayah antarabangsa adalah penting bagi
memastikan keselamatan dan keamanan negara Malaysia dalam
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
26
tahap yang terbaik di samping memastikan Malaysia sentiasa proaktif
dalam melaksanakan tanggungjawab global.
4.5 Impak Inovasi Kepada Pelancong
Apabila kawalan dan keselamatan dalam negara dipertingkatkan, imej
negara akan turut diperkemaskan di mana ia memberi jaminan tahap
keselamatan kepada warga asing yang memasuki Malaysia secara
tidak langsung. Malaysia akan menjadi destinasi yang diyakini selamat,
justeru dapat meningkatkan jumlah pelancong tulen dan
mengurangkan kadar pelawat berisiko tinggi.
4.6 Impak Inovasi Kepada Majikan
Sistem biometrik warga asing turut menjaga kepentingan majikan
terhadap pengurusan pekerja asing sebagai contoh mengelakkan
pekerja lari daripada majikan. Melalui aktiviti penguatkuasaan,
maklumat biometrik dan elemen keselamatan Nexcode di pelekat pas
(NERS) akan dapat membantu mengenal pasti pekerja asing yang lari
serta mengelak individu tersebut untuk mendaftar semula dengan
menggunakan identiti lain.
4.7 Impak Kepada Pekerja Asing
Sistem biometrik warga asing turut dapat mengelakkan
pemerdagangan manusia dan menjaga kebajikan pekerja asing di
mana hak-hak mereka dapat dipertahankan sekiranya berlaku kecurian
identiti/ dokumen perjalanan serta mengenal pasti majikan yang gagal
memberikan layanan dan kebajikan sewajarnya.
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara
Jabatan Imigresen Malaysia
27
5. PENUTUP
Inovasi pelaksanaan Sistem NERS di pintu masuk negara berupaya memberi
impak yang tinggi terhadap keselamatan negara ini dan sangat relevan dalam
dalam usaha membantu Jabatan ini untuk membanteras pencerobohan,
sindiket penipuan dan pemalsuan identiti serta dokumen perjalanan oleh
warganegara asing dan juga pihak kedua yang tidak bertanggungjawab.
Inovasi ini telah menyediakan satu mekanisme pemantauan yang cekap dan
berkesan kepada Jabatan ini bagi menggantikan kaedah pelaksanaan
kawalan dan penguatkuasaan terdahulu yang tidak kemas dan lemah.
Melalui inovasi ini, Jabatan ini juga telah mempunyai satu sistem
pemeriksaan kawalan keluar/masuk yang komprehensif dan efisien selaras
dengan hasrat Jabatan ini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti
dan berintegriti di samping memastikan keselamatan dan kesejahteraan
negara terus terpelihara.
Disediakan oleh:
Bahagian Keselamatan dan Pasport
Jabatan Imigresen Malaysia
Putrajaya
No. Tel: 03-8880 1512
No. Faks: 03-8880 1506