28
LAPORAN ISU PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014 PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI ISU : PENGKOMERSILAN PENDIDIKAN NAMA NO MATRIK NUR SYAHIDAH BINTI BENYAMIN D20141066739 SITI ARYANI BINTI MUHAMAD D20141066764 SITTI HASMAH BINTI MARIAM D20141066748 SITI RODHIYAH SHAZILAH BINTI JAINOL ABIDIN D20141066768 NAMA PENSYARAH : TUAN HJ ABU BAKAR BIN YUSUF

Laporan isu-kps

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan isu-kps

LAPORAN ISU

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KPS 3014

PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI

ISU : PENGKOMERSILAN PENDIDIKAN

NAMA NO MATRIKNUR SYAHIDAH BINTI BENYAMIN D20141066739SITI ARYANI BINTI MUHAMAD D20141066764SITTI HASMAH BINTI MARIAM D20141066748SITI RODHIYAH SHAZILAH BINTI JAINOL ABIDIN

D20141066768

NAMA PENSYARAH :

TUAN HJ ABU BAKAR BIN YUSUF

Page 2: Laporan isu-kps

Isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan

1.1- Definisi

1.1.1– Pendidikan Di Era Globalisasi

1.1.2- Pengkomersialan Pendidikan

1.2- Objektif

1.3- Persoalan

2.0 Latar Belakang Kajian

3.0 Kaedah Kajian

4.0 Dapatan Kajian

5.0 Penutup

1.0 Pengenalan

Page 3: Laporan isu-kps

Tahun 2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi negara kita, Malaysia. Sedar

tidak sedar, sudah hampir 54 tahun usia kemerdekaan negara yang sedang berusaha

keras untuk menjadi negara industri menjelang tahun 2020 ini. Negara kita

sememangnya mempunyai sejarah tersendiri yang unik dalam meniti usia

kemerdekaannya. Dasar Buka Pintu yang diamalkan oleh penjajah yang rakus iaitu

British bagi mengauk segala hasil bumi bertuah ini telah membawa kepada kepelbagaian

kaum di negara kita.Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama di negara kita.

Pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Namun,

agak sukar untuk mempersatukan ketiga-tiga kaum ini kerana mereka mempunyai

budaya tersendiri.

Sistem pendidikan dilihat dapat menjadi perintis bagi mewujudkan perpaduan.

Dasar pendidikan negara sebelum merdeka telah mewujudkan pelbaga jenis sistem

persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Sistem persekolahan yang wujud di

negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh

pentadbiran British mulai abad ke-19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-

negeri Selat.Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran

Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara

sendirian. British mewujudkan pendidikan vernekular yang dilaksanakan untuk

kepentingan kaum tertentu. Kesannya wujudnya empat jenis sekolah yang berbeza

(Melayu, Cina, India dan Inggeris). Sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal

keperluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan

rakyat dan kemanusiaan. Kesannya, perpaduan antara kaum amat sukar dikecapi. Sejak

Page 4: Laporan isu-kps

tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus

diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.

Pada Ogos 1950, L.J. Barnes mengetuai satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi

mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah kajian dijalankan,

satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada

Kerajaan British pada tahun 1951. Antara syor-syor ini ialah Sekolah vernakular

digantikan dengan sekolah kebangsaan. Seterusnya pada tahun 1951, kerajaan telah

menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa

ini diketuai oleh Dr.W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-

Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa

Inggeris dan BahasaMelayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu

matapelajaran pilihan.

Pada bulan September 1952 pula, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan

bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan

beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara

cadangannya ialah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah

kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan, sekolah Cina dan Tamil tidak

termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Namun, Ordinan Pelajaran 1952

tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Page 5: Laporan isu-kps

Pada tahun 30 September 1955 Jawatankuasa Razak pula ditubuhkan untuk

mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato‟ Abdul

Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak

yang dikemukakanpada bulan April 1956.Laporan Razak telah diluluskan pada April

1957 dan dikuatkuasakansebagai Ordinan Pelajaran 1957.Laporan Razak ditentang oleh

orang Melayu kerana tiadaketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan.Orang Cina

menentang kerana sesetengahcadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji

semulaperlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem

pendidikankebangsaan.Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta

Pelajaran 1961.Melalui akta ini semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama

tanpa mengira aliransekolah, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah

ke sekolah menengahsampai institusi pengajian tinggi dan umur minimum

meninggalkan sekolah ialah 15 tahun.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974

untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki

pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu

dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan

negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Dasar ini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai kaum.Falsafah Pendidikan Negara pula telah digubal pada

tahun 1988. Objektifnya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak,

Page 6: Laporan isu-kps

seimbang dan harmonis,yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi

sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara.

Kini, Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia .Pendidikan di Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan,

sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi

sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum

dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan

oleh kementerian. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu

peringkat prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pengajian pra-universiti

dan Pengajian tinggi. Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia ialah Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Tamil atau Bahasa Cina sebagai bahasa

pengantar), Sekolah Kluster, Sekolah Agama, Sekolah Wawasan, Sekolah mubaligh,

Sekolah Bestari dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Bidang pendidikan diakui dunia merupakan faktor yang mempengaruhi

kemajuan sesebuah Negara. Oleh sebab itulah bidang pendidikan tidak lari daripada

pelbagai cabaran. Salah satu cabarannya ialah cabaran globalisasi pendidikan. Secara

umumnya, globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit

yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara

dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat

yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media

elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara

sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat

Page 7: Laporan isu-kps

dilakukan dalam tempoh yang singkat. Jadi, pendidikan di Malaysia juga turut

mengalami revolusi daripada proses globalisasi ini.

Wujudnya pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak yang besar

terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Pelbagai isu baru dalam institusi pendidikan

turut mendapat perhatian. Salah satu isu yang menarik untuk didiskusi dalam penulisan

ini ialah Isu Pengkomersilan dan Pengantarabangasaan Pendidikan di Malaysia.

Penulisan ini akan merungkai lebih lanjut mengenai definisi dan mengenai

pengkomersilan pendidikan di era globalisasi.

1.1 Definisi

1.1.1 Pendidikan di Era Globalisasi

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikansebagai fenomena

yangmenjadikandunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkankepantasan

perkembanganteknologi maklumat. Manakala beberapa tokoh mempunyai pendapat

masing-masingmengenai definasi globalisasi:

“Globalization requires us to reinvent everything - to think of ourselves as compared to

others” - Nicolas Sarkozy, President of France.

“Globalization is good. And anyway pretty much unstoppable. It spreads prosperity and

makes us richer culturally”- Javier Solana (Setiausaha Agung NATO ke 9).

“Globalization has changed us into a company that searches the world, not just to sellor

to source, but to find intellectual capital and the world's best talents and greatest ideas” -

Jack Welch (pengarang terkenal buku perniagaan di Amerika Syarikat).

Page 8: Laporan isu-kps

“Globalization is forcing companies or institutions to do things in new ways” – Bill

Gates (usahawan Microsoff, Amerika Syarikat).

“It has been said that arguing against globalization is like arguing against the laws of

gravity.- Kofi Annan quotes (Ahli diplomat Ghana yang merupakan pemenang Nobel

Peace Prize pada tahun 2001). Ringkasnya, cediakawan mentakrifkan globalisasi sebagai

satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan

seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di

dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa

sempadan.

Definisi pendidikan dalam Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan

pendidikan (berasal daripada kata dasar didik) ialah memelihara dan memberi latihan

berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Kata

pendidikan dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada ‘education’. Secara etimologinya

education diterbitkan daripada perkataan Latin iaitu educare yang bersangkut paut

dengan perkataan educere yang membawa maksud pencetus keupayaan dan ducere yang

bermaksud memimpin.

Beberapa cendiakawan mempunyai definasi yang berbeza. Menurut Plato,

seorang filosofis Yunani, pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar

dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Aristotle

pula mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal fikiran

untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan

dengan tanam-tanaman. JohnDewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat

Page 9: Laporan isu-kps

mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau,

pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi

pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna

dan selamat. Manakala Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai

Hamka mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah

laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri,

sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Durkheim ( 1956 ) seumpamanya

mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepadamereka

yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial.

Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan

dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya.

Globalisasi pendidikan pula dapat di takrifkan sebagai proses pembelajaran yang lebih

terbuka dan merentasi sempadan dunia.

1.1.2 Pengkomersialan Pendidikan

Perkataan pengkomersilan diambil daripada kata dasar komersil yang membawa maksud

satu prosses yang mengaut keuntungan ataupun mendatangkan faedah kewangan kepada

sesuatu pihak mengikut keperluan – keperluan tertentu. Secara tuntasnya,

pengkomersialan pendidikan di Malaysia merujuk kepada proses menaik taraf sistem

pendidikan yang di negara kita agar setanding dengan negara-negara luar. Hal ini akan

dapat menarik minat warganegara Malaysia atau warga asing untuk mendapatkan

pendidikan di institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kesannya, bidang

Page 10: Laporan isu-kps

pendidikan pada zaman globalisasi ini dilihat akan dapat menyumbangkan keuntungan

kepada sektor ekonomi negara.

1.2 Objektif Kajian

1) Mengenalpasti cabaran pendidikan yang dihadapi di era globalisasi.

2) Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era

globalisasi.

3) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada

guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta kaedah yang

baru bagi memenuhi segala keperluan pendidikan di era globalisasi.

1.3 Persoalan Kajian

1. Apakah masalah paling rumit yang dihadapi dalam pendidikan di era

globalisasi?.

2. Apakah langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kualiti pendidikan di era

globalisasi?.

3. Sejauhmanakah kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan di era

globalisasi?.

Page 11: Laporan isu-kps

1.4 Latar Belakang Kajian

1. Mengkaji aspek keberkesanan pengendalian pengajaran dan pembelajaran yang mana

kualiti sistem pembelajaran di era globalisasi turut diambilkira.

2. Menilai kualiti perkhidmatan institut pengajian yang memenuhi keperluan pelajar

antaranya mutu kemudahan yang disediakan.

3. Menilai kualiti perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di institut pengajian

untuk setiap individu seperti di kolej kediaman, sistem pengangkutan pelajar dan

kemudahan sokongan yang lain.

4. Sasaran responden adalah pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran

dalam bidang pendidikan sama ada daripaada IPTA mahupun IPTS bagi menilai

perbezan daripada institut pengajian yang berbeza.

5. Juga tertumpu kepada persepsi pelajar dalam menunjukkan kesedaran terhadap

kepentingan pendidikan pada era globalisasi ini.

Page 12: Laporan isu-kps

3.0 Kaedah Kajian

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan mempersembahkan dan membentuk asas teoritikal dari segi teknik-

teknikserta pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuk

pengumpulan data atau maklumat semasa kajian lapangan. Metodologi adalah

merangkumi segala kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini termasuk

kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Antara kaedah yang diguna pakai adalah

seperti mengenalpasti sampel, kawasan kajian dan alat-alat yang digunakan dalam

membuat kajian.

3.2 Lokasi Kajian

Kajian dijalankan di lima institut pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia iaitu

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Politeknik

Sarawak. Kesemua responden adalah pelajar yang mengambil aliran yang berbeza.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menumpukan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu

pelajar. Tumpuan diberikan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi yang terlibat

dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu dibaiki. Maklumat yang

diperlukan untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah kumpulan fokus dan kaedah soal

selidik.

Page 13: Laporan isu-kps

3.4 Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, kaedah pengumpulan data dan maklumat telah

dilakukan iaitu menerusi langkah-langkah kuantitatif. Matlamat kajian kuantitatif adalah

untuk mendapatkan secara langsung maklumbalas dan maklumat-maklumat yang

diperlukan daripada responden yang terlibat dalam menilai tahap kualiti pendidikan di

era globalisasi. Bagi memenuhi matlamat ini, kajian soal selidik akan dilakukan terhadap

pelaku utama yang terlibat iaitu pelajar.

3.5 Pembentukan Borang Soal Selidik

Dari segi pembentukan borang temubual, teknik “open-ended”, “closed-ended”

dan “contingency question” digunakan untuk membentuk soalan yang terdapat pada

borang temubual. Merujuk kepada teknik “open-ended” , ia digunakan bagi

mendapatkan pandangan dan pendapat responden, manakala teknik “closed-ended”

ddisediakan bagi memudahkan responden membuat pilihan jawapan yang tepat. Teknik

“contingency question” pula dibentuk dalam situasi yang tertentu ia akan mewujudkan

persoalan kaitan dengan soalan yang sebelumnya.

Format borang temu bual (sila lihat lampiran) untuk responden terbahagi kepada dua

bahagian utama iaitu :

I. Bahagian A : Demografi

II. Bahagian B : Konstrak utama tajuk

Page 14: Laporan isu-kps

3.6 Persampelan

Borang temu bual telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di lima buah institut

pengajian tinggi. Sebanyak sepuluh borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-

pelajar berkaitan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (4 borang), Universiti Utara

Malaysia (2 borang), Universiti Malaysia Sabah (2 borang), Universiti Kebangsaan

Malaysia (1 borang) dan Kolej Politeknik Sarawak (1 borang). Jumlah sampel tersebut

mampu mewakili populasi pelajar antara institut pengajian tersebut.

3.7 Pengumpulan Maklumat/ data

A. Rujukan asas

Buku rujukan. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan yang ditulis oleh Amir

Hasan Dawi (2006).

B. Rujukan kepada laman web

Kajian ini juga membuat rujukan melalui laman web pada pautan internet

yang tertentu. Antara maklumat rujukan ini adalah untuk mendapatkan maklumat

berkaitan analisis kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan di era globalisasi.

3.8 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil

daripada temu bual. Data yang diperolehi dalam Bahagian B akan dikumpul, direkod,

dianalisis dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis

dan kaedah statistik asas

Page 15: Laporan isu-kps

4.0 Dapatan Kajian

4.1 Demografi

Secara keseluruhannya, analisis profil respondan (pelajar) akan merangkummi

aspek jantina responden, bangsa, program yang sedang diikuti dan semester pengajian.

Ia bertujuan untuk mengenalpasti kategori secara keseluruhannya, profil responden

adalah seperti dalam jadual.

MAKLUMAT BILANGAN

Jantina :

Lelaki

Perempuan

3

2

Bangsa :

Melayu

Cina

India

3

1

1

Program :

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana

1

3

1

Semester :

1 dan 2

3 dan 4

5 dan 6

7 dan 8

3

-

2

-

Page 16: Laporan isu-kps

Jantina

LelakiPerempuan

Bangsa

Melayu Cina

India

Page 17: Laporan isu-kps

Program

DiplomaIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana Muda

4.2 : Konstruk Utama- Pengkomersialan Pendidikan

Bagi konstruk pertama, pendidikan berteknologi tinggi, daripada 5 orang

responden yang telah kami temubual menyatakan bahawa university yang mereka

menuntut sekarang adalah pilihan dan bukan pilihan mereka. Ada yang menyatakan

memilih universiti tertentu kerana minat, dan ada juga yang terpaksa menerima

keputusan UPU yang meletakkan mereka di sesuatu universiti bukan pilihan.

Keseluruhan daripada responden kami menyatakan bahawa universiti mereka

menyediakan prasarana yang lengkap dan memuaskan hati mereka. Namun begitu, ada

beberapa aspek yang ditimbulkan seperti, fasiliti kolej kediaman yang kurang dan

perkhidmatan bas yang kurang efisien.

Bagi konstruk kedua pula, persaingan antara IPTA dan IPTS. Daripada 5 orang

responden kami, 4 orang memilih untuk menyambung pelajaran di IPTA berbanding

IPTS dengan alasan kos pembelajaran di IPTA lebih murah dan berpatutan kepada

Page 18: Laporan isu-kps

mereka yang tidak mempunyai pendapatan lagi dan bergantung sepenuhnya kepada ibu

bapa dan biasiswa atau pinjaman. Manakala, seorang responden kami lebih memilih

IPTS kerana merasakan IPTS menyediakan prasarana dan kemudahan yang lebih baik

dan canggih.

Dua daripada 5 orang responden kami, menyatakan bahawa wujudnya perbezaan

diantara IPTA dan IPTS, tetapi kesemua mereka bersetuju bahawa kewujudan IPTS

tidak menjadi pesaing kepada IPTA malahn menjadi pembantu IPTA dalam

pengambilan pelajar. Oleh kerana IPTA mempunyai jumlah kemasukan pelajar yang

terhad, maka, IPTS membantu mengambil pelajar yang tidak Berjaya memasuki IPTA.

Walaupun yang demikian, kesemua responden bersetuju bahawa tidak kira IPTA

ataupun IPTS, kedua-duanya tidak menjamin peluang pekerjaan setelah bergraduasi

nanti. Semuanya adalah dari usaha hasil titik peluh dan kegigihan penuntut untuk

mencari pekerjaan setelah bergraduasi nanti.

Seterusnya, konstruk ketiga, PPSMI: tolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Kesemua responden menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-

hari, dengan tambahan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Bagi

isu PPSMI pula, mereka sangat bersetuju dengan pelaksanaannya. Bagi mereka, PPSMI

dapat membantu pelajar zaman sekarang untuk memperbaiki lagi penggunaan Bahasa

Inggeris mereka. Tambahan lagi, Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa.

Namun yang demikian, pelaksanaan PPSMI tidaklah menolak Bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana, tenaga pengajar masih lagi menggunakan Bahasa

Melayu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran.

Page 19: Laporan isu-kps

Akhir sekali, konstruk keempat, isu kesedaran pelajar. Daripada semua

responden kami, ada yang melanjutkan pelajaran di atas kesedaran masing-masing,

namun begitu, ada juga yang terpaksa melanjutkan pelajaran kerana desakan keluarga

terutamanya ibu bapa.

Biarpun yang demikian, mereka semua mengakui bahawa dengan pendidikan

sahaja yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik pada masa

akan datang. Oleh yang demikian, ibu bapa mereka menyokong 100% ke atas usaha

mereka untuk melanjutkan pelajaran.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang kami perolehi daripada setelah membuat kajian ini adalah

kebanyakkan pelajar-pelajar lebih memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPTA

kerana terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang mereka perolehi daripada itu.

Selain itu, pendidikan itu penting bagi semua orang supaya dapat memajukan diri

sendiri dan Negara. Dengan adanya pendidikan peluang perkerjaan dapat diperolehi

dengan mudah kerana ilmu yang ada pada seseorang itu merupakan asset kepada

sebuah perkerjaan yang mereka ceburi. Disamping itu, dengan adanya pendidikan

globalisasi banyak perubahan kea rah kemajuan yang telah berlaku daripada satu

zaman ke zaman yang akan datang.

Hal ini ditunjukkan dengan adanya teknologi dalam kehidupan seharian kita kini.

Wujudnya teknologi ini akibat daripada pendidikan dan ilmu yang ada dalam diri

seseorang yang telah menghasilkan sesuatu yang begitu besar dan digunakan oleh

semua generasi.