33
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENDAHULUAN 3.0 MAKLUMAT KERTAS KERJA 4.0 LAPORAN 5.0 GAMBAR 6.0 REFLEKSI 7.0 PENUTUP 8.0 LAMPIRAN 1

Laporan Program Kursus Keibubapaan Dan Majlis Aku Janji Tahun 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

big ppg

Citation preview

ISI KANDUNGAN

1.0PENGHARGAAN

2.0PENDAHULUAN

3.0MAKLUMAT KERTAS KERJA

4.0LAPORAN

5.0GAMBAR

6.0REFLEKSI

7.0PENUTUP

8.0LAMPIRAN

1.0PENGHARGAAN

Rasa syukur atas berkat, rahmat dan hidayahNya sehingga kumpulan kami dapat melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) dengan jayanya dan menyiapkan laporan bagi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan.Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesionalisme yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Program Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).Dalam proses pelaksanaan Program BIG ini, saya telah mendapat bantuan berupa material mahupun sokongan moral daripada pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah, rakan sejawat, rakan sekuliah dan suami. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu.Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, dan segala kekurangan adalah dari kekhilafan kami sendiri. Sekian, terima kasih.

2.0PENDAHULUAN

Bina Insan Guru (BIG) PPG merupakan satu mata pelajaran dalam kompenan Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PPG. Semua pelajar PPG wajib lulus BIG . Program ini direalisasikan dalam 4 Fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan untuk membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.Program Kursus Keibubapaan Dan Majlis Akujanji Tahun 6 merupakan salah satu aktiviti dan ia diwajibkan di dalam program Bina Insan Guru. Di peringkat sekolah, pelaksanaan program ini disertai oleh pelajar tahun 6, ibubapa, guru dan semua warga Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh.

Keluarga atau anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memainkan peranan dalam mendidik dan membina pembangunan diri anak-anak. Manakala guru turut berperanan dalam merealisasikan pembangunan pendidikan setiap murid. Justeru, program ini dirancang kerana menyedari hakikat pentingnya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan guru bekerjasama ke arah pembangunan sahsiah diri setiap murid dengan berkesan. Melalui program ini, ibu bapa dan guru dapat menilai semula peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan serta dapat meningkatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa murid.

3.0.KERTAS KERJA CADANGANPROGRAM MOTIVASI GURU&KURSUS KEIBUBAPAAN TAHUN ENAM 2014

1.0 Pendahuluan :

Keluarga atau anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memainkan peranan dalam mendidik dan membina pembangunan diri anak-anak. Manakala guru turut berperanan dalam merealisasikan pembangunan pendidikan setiap murid. Justeru, program ini dirancang kerana menyedari hakikat pentingnya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan guru bekerjasama ke arah pembangunan sahsiah diri setiap murid dengan berkesan. Melalui program ini, ibu bapa dan guru dapat menilai semula peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan serta dapat meningkatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa murid.

2.0 Matlamat :

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peluang yang lebih besar dalam mendidik dan membentuk sifat-sifat positif dalam diri anak-anak berbanding dengan orang lain. Di samping iu, guru-guru diperlukan dengan mengembeling tenaga bagi membantu murid-muridnya meningkatkan syakhsiah diri di sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memahami peranan dan tanggungjawab mereka ke arah pendidikan yang berkualiti dan berkesan.

3.0 Objektif :

3.1 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru. 3.2 Melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. 3.3 Meningkatkan sahsiah murid dan mengurangkan masalah disiplin sekolah.

4.0 Tarikh :18 Januari 2014 ( SABTU )

5.0 Masa:8.00 pagi

6.0 Tempat:Dewan Sekolah Kebangsaan Tambun

7.0Sasaran:Guru SK Tambun, Ibu bapa & Pelajar Tahun Enam

8.0Anjuran: Program Bersama Guru-guru Tahun Enam, Unit Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Tambun

9.0 Sumber Kewangan :

9.1 Sumbangan PIBG RM 300.00 -------------------- Jumlah RM 300.00 ============10.0 Anggaran Perbelanjaan :

10.1 Minuman 200 ( Ibu bapa dan murid ) x RM 0.50 = RM 100.0010.2 Cenderahati penceramah = RM 150.0010.3 Jamuan penceramah = RM 35.0010.4 Bahan fotostat = RM 15.00 ---------------------- Jumlah RM 300.00 ============

11.0 Jawatankuasa Pelaksana :

Penasihat: Pn. Hjh. Che Wa Binti Saad ( Guru Besar SK Tambun )Pengerusi: Pn. Silvarmalar a/p Manickavasagam ( Pen. Kanan HEM )Naib Pengerusi: 1. Pn. Rokiah Binti Bakar ( Pen. Kanan Pentadbiran ) 2. En. Ishak Bin Mohd. ( Pen. Kanan Kokurikulum ) 3. Pn. Hjh. Hasanah Nengut ( Pen. Kanan Pend. Khas )Penyelaras: Pn. Jamilah HashimSetiausaha: Pn Wan Norazlina Mohamad SallehBendahari: Pn. Sabrina SabriPengacara Majlis: Pn. Wan Raihanah Wan Abdul GhaniJemputan Penceramah: Pn. Jamilah Hashim / Cik Mawaddah Binti BaderunPendaftaran: Pn. Sabrina Sabri / Pn. Noraishah Ahmad Buku Program: Pn. Wan Norazlina Mohamad Salleh Backdrop: Pn. Hasimah Abdul Hamid / Pn. Maizaton HusseinPersiapan Dewan: En. Shamsul Baharin Azli / En. Zikhirwan Abd. Latif En. Mohd. Rofi B. Mohd. AsehAJK Jamuan: Pn. Hasmimah Hanim Jalil / Pn. Norbaini Yazid Pn. Norsiah Saidon / Zarina KamaludinPA System: En. Mohd. Rofi B. Mohd Aseh Bacaan Doa: En. Zikhirwan Abd. Latif Cenderahati Penceramah: Pn. Sabrina Binti Sabri / Pn. Maizaton HusseinLCD / ICT: En. Ahmad Suhaidi SuhaimiFotografi: En. Husarizal Hussin / Pn. Hjh. Hairunnishah Harun

12.0 Bidang Tugasan :

AJK PELAKSANA PROGRAMBIDANG TUGAS

PERSIAPAN DEWAN & PA System

En. Shamsul Baharin Azli En. Mohd. Rofi B. Mohd. AsehEn. Zikhirwan Abd. Latif

1. Menyusun kerusi mengikut bilangan kehadiran guru dan ibu bapa.2. Menyediakan meja utama penceramah.3. Menyediakan meja untuk meletak LCD dan pendaftaran.4. Memastikan mikrofon dan speaker berfungsi dengan sebaiknya.

BACKDROPPn. Hasimah Abdul HamidPn. Maizaton Hussein1.Menyediakan backdrop yang sesuai dengan, tajuk program.

JEMPUTAN PENCERAMAH & PIBGPn. Jamilah HashimCik Mawaddah Binti Baderun1. Menguruskan jemputan penceramah dan tetamu program PIBG.

JAMUAN IBU BAPAPn. Hasmimah Hanim Jalil Pn. Norsiah SaidonPn. Zarina KamaludinPn. Norbaini Yazid1. Membuat tempahan dengan pengusaha kantin.2. Mengurus pemberian makanan kepada guru dan ibubapa.3. Mengurus jamuan jemputan.

BUKU PROGRAM Pn. Wan Norazlina Bt. Mohamad Salleh1 .Membuat buku program untuk diedarkan kepada guru dan ibu bapa.

PENGACARA MAJLISPn. Wan Raihanah Wan Abd. Ghani1. Mengendalikan program dari awal hingga akhir.

CENDERAHATIPn. Sabrina SabriPn. Maizaton Hussein1. Menyediakan cenderahati untuk penceramah jemputan.

LCD / ICT En. Ahmad Suhaidi Suhaimi1. Menyediakan laptop untuk penceramah jemputan menyampaikan modul ceramah.

FOTOGRAFIEn. Husarizal HussinPn. Hjh. Hairunnishah Harun 1. Menyediakan kamera dan mengambil gambar sepanjang program motivasi berlangsung.

BACAAN DOA En. Zikhirwan Abdul Latif1. Menyediakan teks bacaan doa dan bersedia untuk bacaan doa ketika majlis bermula.

13.0 Tentatif Program :18 Januari 2014 ( SABTU )

MASAATURCARA PROGRAM

7.30 pagiPendaftaran

8.00 pagiUcapan Aluan dan Bacaan Doa

8.15 pagiUcapan YDP PIBG SK Tambun

8.30 10.30 pagiCeramah Motivasi oleh :TN. HJ. ABDUL KAHAR BIN AWANG KARIMPENOLONG PENGARAH BAHASA ARABUNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAKTajuk : Peranan Ibu Bapa dan Guru Ke Arah Kecemerlangan Akademik & Sahsiah MuridSoal jawab

10.30 pagiTaklimat TOV Oleh Barisan Pentadbir

11.00 pagiPenetapan Target & Majlis Aku Janji

12.00 tengahariBersurai

14.0. Penutup :

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat khususnya ibu bapa demi memastikan matlamat dan objektif program dapat dicapai. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tambun yang sudi membantu menjayakan program ini.

Disediakan oleh :_______________________________( PUAN WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH )SetiausahaProgram Motivasi Guru dan Keibubapaan Tahun Enam 2014Sekolah Kebangsaan Tambun

Disemak oleh :_______________________________________( PN. SILVARMALAR A/P MANICKAVASAGAM )Penolong Kanan HEMSekolah Kebangsaan Tambun

Diluluskan oleh :____________________________( PN. HJH. CHE WA BINTI SAAD )Guru BesarSekolah Kebangsaan Tambun

4.0. LAPORAN PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI TAHUN 6

Pada 18 Januari 2014 hari Sabtu yang lalu, Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR bersama PIBG SK Tambun telah mengadakan Program Kursus Keibubapaan dan Majlis Aku Janji Tahun 6 bertempat di Dewan Terbuka SK Tambun. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid tahun 6 dengan guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran, lebih bertanggungjawab dan berusaha dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Ibu bapa juga dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak untuk bertanya lebih lanjut tentang pelajaran anak-anak mereka. Segala perbelanjaan untuk majlis ini daripada PIBG serta tabung Tahun 6.Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi. Semua ibu bapa dan murid tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 1 hingga 5 juga dijemput untuk majlis ilmu ini. Kehadiran ibu bapa dan murid agak menggalakkan pada hari tersebut. Pada pukul 8.25 penceramah jemputan iaitu Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak tiba dan disambut oleh Guru Besar dan Penolong Kanan SK Tambun. Majlis bermula dengan bacaan doa dari Ustaz Zikhirwan, Guru Pendidikan Islam. Selesai bacaan doa, Guru Besar Puan Hjh Che Wa Saad menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para tetamu dan mengucapkan tahniah kepada kepada ibu bapa yang hadir bersama anak-anak demi memastikan kecemerlangan pelajaran anak-anak.Pada pukul 8.40, ceramah dari Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj Abdul Halim bermula. Ceramah yang bertemakan Anakku, Permataku, Tanggungjawabku amat sesuai dengan tujuan majlis ini. Dalam ceramahnya beliau menekankan tentang peri pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam zaman yang semakin mencabar ini. Anak-anak juga perlu menghargai ibu bapa dan membalasnya dengan memberikan kejayaan yang cemerlang.Ceramah berakhir pada pukul 11.00 pagi, dan majlis diteruskan dengan majlis aku janji murid-murid dan ibu bapa. Murid-murid dan ibu bapa bergerak ke tempat yang telah disediakan iaitu kelas tahun 6 Bestari di Dewan Besar, kelas 6 Dinamik di Bilik Tayangan, kelas 6 Dinamik di Bilik Matematik dan kelas 6 Arif di Bilik Seri Tambun. Ibu bapa dan murid diberi taklimat oleh guru kelas anak masing-masing tentang NKRS-W dan program kecemerlangan yang telah dirancang sepanjang tahun. Guru kelas menerangkan dengan lebih terperinci kelompok anak-anak masing-masing dalam NKRS-W berdasarkan TOV murid dari keputusan peperiksaan akhir tahun lepas. Selesai penerangan guru kelas, mesyuarat diadakan untuk melantik AJK dalam kalangan ibu bapa mengikut kelas masing-masing. Fungsi AJK ini adalah untuk memastikan sebarang aktiviti atau program yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dengan adanya penglibatan dari ibu bapa. AJK yang dilantik adalah Pengerusi Kelas, Naib Pengerusi Kelas, Bendahari, Setiausaha dan AJK kecil. AJK ini juga boleh merancang aktiviti sendiri yang boleh dilakukan demi meningkatkan prestasi akademik anak-anak.Selepas itu, murid-murid juga diberi borang target dalam UPSR 2014 dan diminta mengisi target mereka bersama ibu bapa. Kemudian, mereka diminta membaca ikrar aku janji berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Antara lain isi kandungan dalam aku janji iaitu mereka berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa dan guru, menyiapkan kerja sekolah, memberi perhatian penuh dalam kelas sewaktu guru mengajar, menghadiri kelas tambahan dan menghormati rakan-rakan.Seterusnya, murid-murid juga berjanji akan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Selesai berikrar, murid menandatangani aku janji di hadapan ibu bapa. Kemudian borang aku janji ini diserahkan kepada guru kelas masing-masing.Selesai majlis, murid-murid membantu guru mengemas bilik masing-masing. kerusi dan meja diletakkan di tempat asal. Ibu bapa murid dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

KEKUATANTema ceramah daripada penceramah jemputan yang bertajuk anakku, permataku, tanggungjawabku amat bersesuaian dengan tujuan majlis. Isi kandungan yang disampaikan juga menarik minat ibu bapa dan murid. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah lebih-lebih lagi dengan guru kelas anak-anak. Mereka dapat mengetahui tentang prestasi dan kelakuan anak-anak mereka. Dengan adanya lantikan AJK dalam kalangan ibu bapa mengikut kelas anak-anak membolehkan ibu bapa terlibat dengan rasmi dalam apa saja program yang dapat meningkatkan akademik anak-anak mereka. Hubungan yang erat antara sekolah dengan ibu bapa murid memudahkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang penuh dari mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

KELEMAHANKehadiran ibu bapa dan waris murid hanya lebih kurang 70 % sahaja terutama untuk kelas murid yang lemah iaitu kelas Arif hanya seramai 11 orang ibu bapa sahaja yang hadir. Kurangnya kehadiran ibu bapa ini menyukarkan pihak sekolah mendapatkan kerjasama mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

CADANGANMajlis ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana banyak perkara yang membawa kepada kebaikan kepada pihak sekolah, ibu bapa khususnya anak-anak mereka. Guru-guru pula perlu menggandakan usaha untuk memastikan kehadiran ibu bapa 100% untuk majlis-majlis yang akan datang.PENUTUPKesimpulannya, program keibubapaan dan majlis aku janji murid tahun 6 ini dapat meningkatkan motivasi murid dan juga ibu bapa untuk sama-sama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapa secara tidak langsung akan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dengan adanya penerangan yang lebih teliti daripada guru kelas. Ibu bapa lebih jelas dan faham akan hasrat sekolah demi kejayaan anak-anak mereka seterusnya bersama-sama bekerjasama meningkatkan kejayaan sekolah ini. Selain itu, murid-murid tahun 6 lebih bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR dengan adanya kehadiran ibu bapa mereka. Semoga sasaran sekolah untuk mendapatkan 38 orang atau lebih lagi mencapai 5A pada tahun ini akan tercapai. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,(Wan Norazlina Mohamad Salleh)Setiausaha,Program Tahun 6,Sekolah Kebangsaan Tambun.

5.0. SEKITAR GAMBAR PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI

Penceramah Jemputan Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Guru Besar SK Tambun, Puan Hjh Che Wa Saad

Pengerusi Majlis Ustazah Wan Raihanah

Antara hadirin yang hadir dalam majlis ini.

Mesyuarat dan lantikan AJK kecil kelas 6 Cemerlang

Pembentangan NKRS-W oleh Puan Maizaton Hussein, guru kelas 6 Arif di bilik Seri Tambun.

Ibu bapa bersama anak mereka bersama-sama mengisi target untuk UPSR dalam borang aku janji.

Guru Besar, Puan Hjh Che Wa Saad bersama penyelaras Tahun 6 bersama-sama mendengar aku janji murid.

Murid berikrar di hadapan ibu bapa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2014.6.0REFLEKSIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menjalankan program BIG yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Saya menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan program ini terutamanya dari segi masa dan peruntukan kewangan. Namun perbincangan antara kami dan pentadbir sekolah mengenai program ini telah memberi respon yang positif. Pihak sekolah telah memberi tarikh yang sesuai dan tidak bertindih dengan program yang telah ditetapkan. Saya amat beryukur kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah dan rakan sekerja dalam menjayakan program ini.Sepanjang aktiviti ini, murid-murid mendapat peluang untuk menimba pengalaman yang sangat bermakna dalam diri mereka. Selain itu, program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara murid, ibubapa dan guru. Seterusnya aktiviti ini dapat membentuk jati diri dikalangan murid supaya mereka sentiasa berketrampilan yang baik untuk menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan lain.Saya akan menjadikan pengalaman dalam menjayakan aktiviti ini sebagai panduan dan rujukan saya pada masa akan datang dalam menganjurkan sesuatu program sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang penting perancangan sesuatu program atau aktiviti yang hendak dijalankan perlu dibuat lebih rapi dan teratur agar semuanya berjalan dengan lancar.Secara keseluruhannya, saya dapati segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ingin dituju. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini.Sekian terima kasih.NAMA : WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEHNO. MATRIK : 28847K/P : 771128-10-5334UNIT : BM 2 / PPG KOHOT 27.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya program BIG ini, dapat melahirkan insan guru yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.Selain itu, program BIG ini juga dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal, mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan kebangsaan(FPK).Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar dapat melahirkan insan guru yang cemerlang dalam semua aspek, insyaallah.

LAMPIRAN

1.Buku Program2.Bahan Pembentangan Guru Kelas (Power Point)2. Surat Jemputan Penceramah27