22
1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), didikan bermaksud kaedah mendidik dan yang dididik (diajar, dilatih dan lain-lain). Oleh itu, gaya didikan meliputi cara dan bagaimana mereka mendidik, mengajar, melatih, mengasuh, memelihara dan menjaga anak-anak. Mengikut Darling dan Steinberg (1997), gaya didikan ibu bapa menggabungkan sikap, kebiasaan dan ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dalam apa-apa situasi. Dalam kajian ini. gaya didikan bermaksud bagaimana stail atau bentuk ibu bapa membuat perhubungan dengan anak-anak mereka dalam usaha membimbing, memberi tunjuk ajar, mendidik dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan. Brett May & John Bos (2000), menjelaskan gaya didikan sebagai menggabungkan sikap, kebiasaan, ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak dalam pelbagai situasi. 1

Gaya Keibubapaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Gaya asuhan keibubapaan dan kesannya

Citation preview

1.0 PengenalanMengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), didikan bermaksud kaedah mendidikdan yang dididik (diajar, dilatih dan lain-lain). Oleh itu, gaya didikan meliputi caradan bagaimana mereka mendidik, mengajar, melatih, mengasuh, memelihara danmenjaga anak-anak.Mengikut Darling dan Steinberg (1997), gaya didikan ibu bapa menggabungkan sikap, kebiasaan dan ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dalam apa-apa situasi. Dalam kajian ini. gaya didikan bermaksud bagaimana stail atau bentuk ibu bapa membuat perhubungan dengan anak-anak mereka dalam usaha membimbing, memberi tunjuk ajar, mendidik dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan. Brett May & John Bos (2000), menjelaskan gaya didikan sebagai menggabungkan sikap, kebiasaan, ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak dalam pelbagai situasi. Gaya keibubapaan sudah lama menjadi fokus utama sejak awal abad ke-21 (Caporella, 2007). Gaya keibubapaan penting kepada masyarakat kerana aspek ini memainkan peranan utama kepada pembangunan kanak-kanak dan remaja untuk masa depan. Amalan keibubapaan yang baik boleh memberi kesan postif kepada perkembangan kanak-kanak dan remaja. Banyak kajian yang telah dijalankan kerana terlalu banyak catatan mengenai kepentingan gaya keibubapaan terhadap pelbagai perkembangan (Gale Encyclopedia of Education, 2002). Tambahan pula, ia bermula sejak tahun 1920-an. Penyelidikan yang sama juga telah dijalankan oleh Baumrind dan Black (1967), seorang ahli psikologi Amerika dan rakannya untuk mengkaji hubungan antara corak pemeliharaan tertentu kanak-kanak dan hasil terhadap perkembangannya (Ding & Littleton, 2005).Amalan keibubapaan mempunyai kesan yang kuat ke atas perkembangan emosi, sosial dan intelek seseorang anak. Hubungan amalan keibubapaan ini juga dikaitkan dengan kesejahteraan hidup anak-anak dari aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku pada hari ini adalah soal didikan anak-anak kebanyakannya ibu bapa serahkan kepada pihak sekolah dan pembantu rumah. Ibu bapa lebih mementingkan keperluan dari segi material semata-mata daripada memikirkan kawalan yang bersesuaian yang perlu diberikan kepada anak-anak bagi mengisi keperluan emosi dan psikologi. Jika ibu bapa mendidik anak-anak tanpa ada latihan maka kemungkinan ibu bapa lebih cenderung ke arah tindakan yang lebih ekstrem (Studer & Diambra, 2010).2.0 Model BaumrindBerdasarkan kepada beberapa kajian dengan kanak-kanak, Diana Baumrind telah mengenalpasti empat gaya keibubapaan yang berbeza dari aspek penerimaan ibu bapa dan kawalan ibu bapa. Beliau berpendapat, setiap gaya keibubapaan akan dapat meramalkan pola tingkah laku anak yang tertentu (Jaffe, 1997). Empat gaya berkenaan ialah authoritative, authoritarian. permissive-indulgent dan permissive-neglectful.Diana Baumrind (1967) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara cara gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan konsep kendiri kanak-kanak. Mengikut Baumrind, terdapat tiga jenis cara gaya keibubapaan, iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif. Perbezaan antara ketiga-tiga jenis ini berasaskan peraturan keluarga, kawalan pada tingkah laku kanak-kanak dan tahap penerimaan perbincangan dan sikap bertolak ansur ibu bapa.

2.1 Gaya Authoritative. Ibu bapa mengenakan peraturan atau had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara.Ibu bapa aken menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala dengan anak. Ibu bapa jenis ini bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari. Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan beransuran yang bersesuaian dengan tahap kematangan anak. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Anak mereka bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan. Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. Hal ini cenderung menghasilkan anak yang kompeten, memiliki tanggung jawab secara sosial, yakin pada dirinya, dan mandiri. Pada kondisi yang positif seperti inilah anak dapat mengembangkan rasa percaya diri yang tinggi dan konsep diri yang positif.Perkataan authoritative dibina dari perkataan 'authority' yang membawa maksud ibu bapa ini bersedia menggunakan kuasa ibu bapa, Antara ciri-ciri ibu bapa yang menggunakan stail authoritative ialah: bersikap mesra (tinggi penerimaan) dan tegas (tinggi mengawal) melihat peranan ibu bapa sebagai pembimbing menggunakan logik (rasional) dan pujukan untuk mendapatkan kerjasarna anak menjelaskan kepada anak tentang peraturan dan anak digalak memberi respon (tawar- menawar) secara lisan dan terbuka, namun keputusan akhir ada di tangan ibu bapa. Anak. diberitahu batasan tingkah laku dan batasan kebebasan mengikut usia Peka terhadap keperluan anak Mengajar anak. berdikari secara beransur-ansur Peraturan keluarga dikuatkuasa dengan tegas Menggalakkan anak berfikir secara bebas dan bersedia menerima pandangan yang bertentangan Mempamerkan kegembiraan dan sokongan kepada tingkah laku anak yang baik Mempamerkan rasa kekecewaan dan tidak gembira dengan salah laku anak Anak yang terlibat dengan salah laku dilihat sebagai kekurangan dalam keupayaan memberi perhatian, mengingat atau mengawal diri2.2 Gaya Authoritarian. Ibu bapa yang melibatkan diri secara aktif dengan kegiatan anak, menggalakkan perbincangan bersemuka, mengambilkira pendapat dan cadangan anak, memberi pengukuhan dan galakan kepada anak di samping itu juga memberi dendaan yang berpatutan jika anak-anak melakukan kesalahan, mempunyai kawalan disiplin keatas anak-anak dan juga sudi berbincang dengan mereka tentang disiplin tersebut.Ibu bapa membesarkan kanak-kanak dengan mengenakan kawalan yang ketat pada tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan dan nilai tersebut. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak ditentukan ibu bapa. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak jarang didengar. Mereka juga tidak mengamalkan tolak ansur secara lisan dan percaya bahawa kanak-kanak harus menerima perintah tanpa soal. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. Ibu bapa jenis ini ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mengikut piawaan yang mutlak. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan kepatuhan anak, mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak mereka tidak merasainya. Ibu bapa tidak bersikap responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat dalam mengawal tingkah laku anak. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Kesannya hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak akan lebih renggang.Anak-anak merasa tidak mempercayai dan berpuas hati. Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala. Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa.Seperti perkataan authoritative, perkataan authoritarian juga dibina dari perkataan 'authority' yang membawa maksud ibu bapa ini bersedia menggunakan kuasa ibu bapa. Namun cara mereka menggunakan kuasa adalah berbeza. Antara ciri-ciri ibu bapa yang menggunakan stail auhtoritarian ialah: Tidak mesra dan kurang terlibat dengan anak Mementingkan anak patuh kepadanya Kebebasan anak dibataskan kepada peraturan yang banyak dan peraturan ini dikuatkuasa sepenuhnya Kerapkali tidak menjelaskan peraturan kepada anak Cenderung menggunakan dendaan dan kuasa untuk mendapatkan kerjasama anak Mementingkan tradisi dikekal Anak tidak digalak memberi respon (tawar menawar) secara lisan khususnya pendapat anak dan kemahuan anak tidak dipentingkan Salah Iaku anak akan diberi hukuman Anak yang terlibat dengan salah laku dilihat sebagai degil Tidak fleksibel dan hanya mementingkan pendapat sendiri2.3 Gaya PermissiveCara gaya keibubapaan bersifat permisif dicirikan oleh komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tingkah laku baik anak. Ibu bapa seperti ini berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak. Ibu bapa jenis ini tidak membuat banyak permintaan terhadap anak mereka dan memberikan anak mereka sepenuh kebebasan. Mereka kurang menggunakan kawalan, penjelasan, kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak. Mereka berperanan sebagai sumber yang memenuhi kehendak anak dan bukan sebagai ejen-ejen aktif yang terlibat dalam penentuan tingkah laku anak. Anak dibiarkan mengatur aktiviti sendiri dan ibu bapa mengelakkan daripada mengenakan kawalan terhadap anak. Walau bagaimanapun ibu bapa jenis ini cuba menyediakan keadaan yang membimbing untuk perkembangan kanak-kanak tetapi gagal sama sekali untuk memberi had batasan yang tegas kepada anak. Hasilnya, anak menjadi tidak mampu menghadapi rasa frustrasi, mengalami kesulitan dalam menerima tanggung jawab, tidak dewasa secara sosial-emosional, dan kurangnya kontrol diri serta rasa percaya diri.

2.3.1 Gaya Permissive-Indulgent.Penerimaan yang tinggi terhadap anak. Namun rendah dalam aspek mengawal mereka.Ciri utama ibu bapa yang menggunakan gaya permissive-indulgent ialah mereka mempunyai dan mempamerkan penerimaan yang tinggi terhadap anak, tetapi rendah dalam aspek mengawal anak. Antara ciri lain ialah: Kerap berunding dengan anak Menjelaskan tentang peraturan keluarga Menggalakkan kebebasan Menggunakan logikNamun berbeza dengan gaya authoritative, mereka kurang menyelia dan mengawal anak. Ini adalah berikutan dengan: Peraturan yang tidak. berkuatkuasa Tidak konsisten dalam mendisiplin Salah laku diterima atau dibuat tidak endah Biasanya mengalah kepada pujuk rayu anak2.3.2 Gaya Permissive-Neglectful. Penerimaan yang rendah terhadap anak dan kawalannya juga rendah.Ciri utama ibu bapa yang menggunakan gaya permissive-neglecful ialah rnereka yang rnempunyai dan mempamerkan penerimaan yang rendah terhadap anak disertai dengan aspek mengawal anak yang juga rendah. Ibu bapa ini seolah-olah tidak mahu terlibat dengan perkembangan anak mereka. Terlalu sedikit usaha yang diberi dalam mengasuh dan mensosialisasikan anak. Perhatian hanya diberi kepada memenuhi keperluan asas (rnakanan dan tempat tinggal) sementara keperluan sosial dan emosi tidak diendahkan. Ibu bapa begini kerap berada dalam kategori rnengabaikan anak. Banyak pandangan mengaitkan pencapaian pelajar dan rnasalah disiplin struktur kelas ekonorni sosial dalam masyarakat. Dikatakan latar belakang budaya keluarga dan kelas ekonomi masyarakat mempengaruhi rernaja dalam bertingkah laku. Ini kerana bagi remaja mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga, rakan sebaya dan jiran-jiran. Remaja yang telah disosialisasikan dalam budaya keluarga dan masyarakat mungkin rnendapati budaya ini berbeza dengan budaya sekolah. Beberapa pendapat dan kajian menunjukkan nilai yang ditunjukkan melalui tingkah laku kelas ekonomi sosial yang rendah adalah berbeza dengan kelas ekonomi sosial yang tinggi atau golongan kaya dan elit. Pelajar yang berlatar belakang kelas so sial ekonomi rendah dikatakan lemah pencapaian akademik, mernpunyai sifat rendah diri, perbendaharaan kata yang rendah dan sering bertingkah laku anti sosial. Sernentara bagi pelajar daripada kelas sosial yang tinggi misalnya dikatakan membawa nilai-nilai seperti kebijaksanaan, kekasaran, menunjuk-nunjuk kekuasaan dan bertingkah laku aktif mengikut nilai-nilai mereka di sekolah (Mohammad Aziz Syah, 2004).3.0 Konsep Maccoby dan John MartinDaripada kajian Maccoby dan Martin, gaya keibubapaan yang berlainan akan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak secara langsung. Maccoby dan Martin memgembangkan lagi teori Baumrind kepada dua dimensi yang menitikberatkan tentang tahap ibubapa mengawal kanak-kanak dan tahap penerimaan atau tindak balas daripada ibu dan bapa. Dengan mengabungkan kedua-dua dimensi ini, akan mewujudkan empat jenis gaya keibubapaan, iaitu gaya bertolak ansur (permissive), gaya berkuasa penuh (authoritarian), gaya berkuasa separuh (autroritarian) dan gaya pengabaian (neglecting). Tiga gaya yang pertama berhubung kait dengan teori yang dikemukakan oleh Baumrind. Jadual berikut akan menunjukkan hubung kait antara dua dimensi yang disebutkan di atas.Tahap mengawal dan mengarahGaya Berkuasa Penuh (Authoritarian)Bersifat pendesak, berkuasa mutlakDisplin ketatGaya Berkuasa Separuh (Authoritative)Bertimbang rasa, fleksibel, rasionalKomunikasi dua hala

Gaya Pengabaian (Negleting)Tanpa penglibatanGaya Bertolak Ansur (Permissive)Bersifat penurutan hawa nafsu, manjaMemenuhi kehendak anak

Tahap penerimaan dan bertindak balas3.2 Gaya Bertolak AnsurIbu bapa yang mengamalkan gaya bertolak ansur selalu memenuhi keperluan anak-anak mereka, tahap penerimaan mereka terhadap anak-anak adalah sangat tinggi, mereka boleh menerima segala kelebihan dan kelemahan anak-anak mereka sehingga sanggup berlindung anak-anak mereka daripada serangan fizikal mahupun mental. Manakala, tahap pengawalan mereka adalah sangat rendah dan anak-anak mereka boleh membuat keputusan sendiri dalam sesuatu perkara dengan sesuka hati. Ibubapa sedemikian selalunya akan memberikan segala keperluan kebendaan kepada anak-anak mereka dan komunikasi antara mereka dengan anak-anak adalah kurang berkesan, mereka tidak memahami anak mereka dengan mendalam. Kanak-kanak mereka selalunya bersifat ganas, garang dan kasar, berkelakuan kurang matang serta keputusan akademik mereka juga kurang memuaskan. Selain itu, mereka tidak boleh berdikari dan tidak bertanggngjawab terhadap amanah mereka. Kanak-kanak sedemikian boleh dikatakan dimanja oleh ibu bapa mereka.3.3 Gaya Berkuasa PenuhBagi ibu bapa yang mengamalkan gaya berkuasa penuh, permintaan mereka terhadap anak-anak mereka adalah sangat tinggi, mereka bercenderung untuk menguasai atau ingin mengacu kelakuan anak-anak mereka dan jarang menanyakan pendapat anak mereka. Pelbagai peraturan yang ketat telah ditetapkan di rumah mereka. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan kepatuhan anak, mereka lebih cenderung menggunakan kaedah displin yang bersifat hukuman apabila anak mereka melakukan sebarang kesalahan.Perhubungan antara mereka dengan anak-anak mereka renggang dan sokongan dari segi mental dan emosi jarang diberikan kepada anak-anak mereka jika anak mereka menghadapi masalah. Konsep patuh dan dapat(give-and-take) selalunya diamalkan dalam keluarga sedemikian. Kanak-kanak mereka berhidup tertekan dalam keadaan ini. Keyakinan mereka terhadap diri sendiri agak rendah dan berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara. Kelakuan mereka di dalam rumah adalah baik tetapi kelakuan mereka di luar rumah tidak terjamin akan baik kerana mereka mungkin akan melepaskan tekanan mereka yang terpedam melalui cara yang tidak betul seperti vandelisma, menyertai kumpulan gangster dan sebagainya. Keadaan emosi mereka juga tidak stabil.

3.4 Gaya Berkuasa SeparuhDibanding dengan keempat-empat gaya, gaya keibubapaan yang paling berkesan adalah gaya berkuasa separuh, manakala separuh lagi adalah dipenuhi dengan kasih saying mereka. Mereka selalunya cuba berkomunikasi dengan anak-anak mereka untuk memahami keadaan anak-anak mereka mahupun segi fizikal atau mental. Permintaan mereka terhadap anak-anak mereka tidaklah terlalu tinggi dan permintaan ini adalah dalam kemampuan anak mereka. Mereka sentiasa memberikan sokongan dan galakan yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan cuba sedaya upaya untuk membimbing anak mereka dalam menghadapi dan mengatasi masalah. Ibubapa sedemikian jarang melaksanakan hukuman fizikal ke atas anak mereka manakala digantikan dengan hukuman yang bersifat lembut, mereka akan mendisiplinkan anak-anak mereka sekiranya anak mereka melanggar peraturan yang ditetapkan. Contohnya seperti mengurangkan masa anak-anak mereka dalam melayari internet. Jadi, perhubungan antara ibubapa dengan anak-anak adalah baik seumpama hubungan antara kawan karib. Ibu bapa yang megamalkan gaya berkuasa separuh pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Anak-anak mereka beryakin terhadap kebolehan diri sendiri disebabkan mereka sentiasa dipandang tinggi oleh ibubapa mereka, mereka bersikap pemurah, suka membantu orang lain dan mereka adalah bertanggungjawab. Pencapaian mereka juga baik di dalam pelbagai aspek.3.5 Gaya PengabaianSebaliknya, gaya pengabaian adalah gaya yang mendatangkan paling banyak kesan-kesan negatif kepada seluruh keluarga. Tahap mengawal anak-anak dan tahap penerimaan ibubapa terhadap anak adalah sangat rendah. Ibu bapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka. Ibubapa selalu sibuk untuk mencari nafkah sehingga mengabaikan keperluan anak-anak mereka dari semua segi. Keluarga sedemikian berkemungkinan menghadapi masalah kewangan yang sangat serius sehingga anak-anak mereka tanpa dijaga oleh ibu atau bapa.Selain itu, ibu atau bapa yang berpenyakit mental juga dikategorikan di bawah golongan ini. Kehidupan keluarga ini mennjadi tertekan dan emosi seluruh ahli kelurga juga terpengaruh. Tiada pertalian yang rapat antara ibubapa dengan anak-anak. Hubungan antara ahli kelurga seperti orang asing. Kelakuan kanak-kanak adalah paling teruk jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kategori di atas. Pencapaian mereka dalam sekolah tidak baik dan kebanyakan daripada mereka akan terlibat dalam gejala yang kurang sihat seperti perhubungan seks pada awal tahun, menagih dadah dan lain-lain. Kanak-kanak sedemikian selalunya dipandang rendah oleh masyarakat dan menyebabkan mereka tidak suka bergaul dengan orang lain. Golongan penjahat selalunya keluar dari kategori ini. Gaya pengabaian pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih merupakan satu kecuaian keibubapaan4.0 KesimpulanGaya keibubapaan yang berlainan akan membentuk sikap dan kelakuan anak-anak yang berbeza. Dengan jelas sekali, gaya berkuasa separuh iaitu autoritatif adalah gaya yang paling unggul dan baik manakala tidak dapat satu teori yang akan menyesuaikan semua jenis keluarga. Teori ini tidak menjelaskan pengaruh kelakuan ibu bapa terhadap pertumbuhan anak-anak mereka. Secara praktikalnya, banyak perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Pelbagai cara telah dicadangkan oleh ahli kajian untuk mempraktisnya di dalam sesebuah keluarga. Perhubungan antara manusia adalah berpunca daripada kasih. Ibu bapa harus meluangkan masa yang berkualiti bersama anak. Hal ini akan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak. Selain itu, ibu bapa sebagai ketua dalam keluarga harus menetapkan peraturan di rumah. Hal ini kerana anak-anak perlu tahu apa yang mereka patuh mematuhi. Penggunaan pujian juga amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya. Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibu bapa. Pada ketika ini amat penting untuk ibu bapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah". Di samping itu, amat penting membimbing anak mereka berfikir untuk diri sendiri dan ibu bapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Mereka harus mengelakkan terus membuat keputusan untuk anak.

5.0 RujukanBaumrind, D. (1968). Autoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Baumrind, D. & Black, A.E. (1967). Socialization Practices Associated With Dimensions of Competente In Preschool Boys and Girls. Child Development, 38, 291-327.

Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developemental Psychology Monograph. 4(1): 1-102.

Bee Boyd. 2007. The Development Child. Edisi ke-11. Pearson International Edition : United States.

Dinkmeyer, D & Mc Kay, G.D. (1989). STEP: The Parents Handbook. American Guidance Service.

Caporella, D. (2007). Has todays modern lifestyle influenced parenting style?

Crawford J.S. (2003). Parental and Temperamental Influence on Early Development of Attention and Language. D. Ed. Pacific Graduate School of Psychology, California, USA.

Daniels E. (2004). Nobodys Ever Asked Me That Before: Middle School Students talk About Motivation To Achieve In School Context. D.Ed. San Diego State University-University of San Diego, USA.

Fridenberg and Lewis (2004). Adolescent least able to cope: How do they response to stress. British Journal of Guidance and Counselling, vol.32, no. 1.

Studer, J. R., & Diambra, J. F. (2010). A guide to practicum and internship for school counselor trainees. New York: Routledge.

14