Upload
wafieadha
View
68.696
Download
51
Embed Size (px)
DESCRIPTION
LAPORAN PENUH MENGENAI PROJEK AKHIR
Citation preview
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDINKM.8 JALAN PAKA23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMANTEL: 09-8400800
http://www.psmza.edu.my
-CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT-
LAPORANNPROJEK AKHIR
TAJUKPENGGUNAAN KELAPA SAWIT SEBAGAI
BAHAN TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR
Di Sediakan Oleh :
MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB13PKA08F2047SULIA BINTI ABDULLAH13PKA08F2035SUMARNI BINTI SHA’ARI13PKA08F2057NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF13PKA08F2069
Penyelia Projek :
PN SITI FARAHIAH BINTI MOHAMADPensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam
KAJIAN PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN
TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR
NAMA NO.PEND
1. MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13 PKA 08 F 2047
2. SULIA BINTI ABDULLAH 13 PKA 08 F 2035
3. SUMARNI BINTI SHA’ARI 13 PKA 08 F 2057
4. NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF 13 PKA 08 F 2069
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
SESI JULAI 2009
KAJIAN PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN
TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR
NAMA NO.PEND
1. MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13 PKA 08 F 2047
2. SULIA BINTI ABDULLAH 13 PKA 08 F 2035
3. SUMARNI BINTI SHA’ARI 13 PKA 08 F 2057
4. NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF 13 PKA 08 F 2069
Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan
Awam.
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK
Laporan projek bertajuk Kajian Penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai Bahan tambah
Dalam Bancuhan Bata Pintar.
Disemak :
Nama Penyelia : Puan Siti Farahiah Binti Mohamad
Tandatangan Penyelia :
Tarikh :
Disahkan Oleh :
Nama Penyelaras : Encik Khairudin Bin Che Husin
Tandatangan Penyelaras :
Tarikh :
“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya telah
kami jelaskan sumbernya.”
1. Tandatangan :
Nama : Mohd Abdul Wafi Adha Bin Abd Wahab
No. Pend : 13 PKA 08 F 2047
Tarikh :
2. Tandatangan :
Nama : Sulia Binti Abdullah
No. Pend : 13 PKA 08 F 2035
Tarikh :
3. Tandatangan :
Nama : Sumarni Binti Sha’ari
No. Pend : 13 PKA 08 F 2057
Tarikh :
4. Tandatangan :
Nama : Nur Yusdira Binti Yusoff
No. Pend : 13 PKA 08 F 2069
Tarikh :
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari-
Nya, akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan penuh mengenai projek Kejuruteraan
Awam ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang
terpaksa kami harungi, tapi semua itu kami jadikan sebagai satu pengajaran dan pengalaman
yang cukup berharga kerana penat lelah kami akhirnya berbaloi apabila laporan ini akhirnya
berjaya disiapkan dengan sempurna dan jayanya.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia kami iaitu Puan Siti Farahiah Binti Mohamad kerana banyak membantu
kami dalam semua segi terutamanya apabila kami hampir hilang semangat kerana buntu
untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.
Selain itu, sekalung penghargaan untuk semua pensyarah Politeknik sultan mizan
zainal abidin kerana menyumbangkan tunjuk ajar kepada kami mengenai kajian ini. Ucapan
ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak menyokong dan
membantu kami dari segi kewangan, semangat dan moral. Tidak lupa juga kepada pihak
kuari yang terlibat, pihak JKR Kuari Bukit Penggorak Sdn.Bhd dan rakan-rakan sekelas kami
serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami
menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Sekian, Wassalam.
ABSTRAK
Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan, longkang, pintu pagar
dan lain-lain kegunaan. Kajian ini banyak memberi faedah terutamanya untuk
mengetahui kekuatan mampatan bata, kadar resapan air dan pengaruh terhadap
kapilari ke atas batu-bata. Dalam spesifikasi piawaian, keperluan kekuatan mampatan
bagi batu-bata tanah liat ialah minimum 5 MPa. Manakala kebolehan menyerap air
tidak melebihi daripada 15% daripada berat asal bata. Sebaliknya bagi batu-bata
pintar ciri kejuruteraan tidak dinyatakan dengan jelas Idea untuk membuat kajian ini
diperolehi apabila kami mendapati bata pintar biasa hanya digunakan untuk
pembinaan kos rendah kerana mempunyai daya kekuatan mampatan yang rendah.Di
samping itu, kami mendapati pecahan tempurung kelapoa sawit tidak dikomersilkan
secara khusus di Malaysia. Oleh itu kami memilih untuk mengkaji penggunaan
pecahan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar.
Kami membuat perbandingan di antara bata pintar biasa yang terdapat di pasaran
dengan bata pintar yang dihasilkan oleh kami. Hasil yang kami perolehi batu-bata
yang kami kaji sama dengan objektif yang kami buat.
ABSTRACT
Brick are useful for many benefit to make building, drain, gate, or others
advantages. This research has a lot of a benefit especially to know about the
compression strength of the brick and to know the percentages of water absorption
and the influence of capillary reaction to the bricks. In standard specification, the
value of compression strength for clay bricks is 5MPa minimum, while the ability of
absorb of the brick should not exceed more than 15% of the original weight. On the
other hand, engineering feature for sand smart bricks was not mentioned. The idea to
do this research came went we found the controller bricks are only useful for making
low cost building due to minimum value of compression strength. Since the oil palm
shell was not a commercial in Malaysian, we decided to choose to do a research
about making a oil palm shell as a additive material in smart brick. We made a
comparison between the controller brick and our brick. It is because we want to
know a different value of the brick. We do the test at Quarry Bukit Penggorak sdn bhd
and the lab of Arah Jitu Sdn. Bhd. The knowledge of the study was very important to
give more understanding on the brick scope in the building and management in Civil
Engineering.
ISI KANDUNGAN
Bab Perkara Muka Surat
Halaman Tajuk i
Pengesahan Laporan Projek iii
Perakuan Pelajar iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Isi Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Foto xiv
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Pengenalan Bata 2
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif 5
1.4 Skop Kajian 5
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Bata Pasir 10
2.3 Bata Permukaan 10
2.4 Bata Kejuruteraan 10
2.5 Ukuran Atau Saiz Bata 11
2.5.1 Bata Pintar 11
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Kajian Literatur 20
3.3 Soal Selidik 21
3.3.1 Kaedah Temuramah 21
3.4 Kaedah-Kaedah Untuk Menghasilkan Bata Pintar
Yang Menggunakan tempurung kelapa Sawit sebagai Bahan
Tambah 23
3.4.1 Penyediaan Bahan-Bahan 23
3.4.1.1 Mendapatkan Pecahan Kuari 23
3.4.1.2 Simen Portland 25
3.4.1.3 Air 26
3.4.1.4 mendapatkan Tempurung
kelapa Sawit 26
3.4.2 Kaedah Penyediaan Kotak Bentuk 28
3.4.3 Kaedah Penyediaan Sampel Bata 29
3.4.3.1 Menentukan saiz pasir dan debu 29
kuari
3.4.3.2 Menyediakan sampel bata 30
3.4.4 Ujian Prestasi terhadap bata 36
3.4.4.1 Ujian kekuatan mampatan 36
3.4.4.2 Ujian kadar resapan air 38
3.4.4.3 Ujian Penurunan 40
4 DAPATAN DAN ANALISA PROJEK
4.1 Ujian kekuatan mampatan 42
4.2 Ujian resapan air 47
4.3 Ujian penurunan 51
5 PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Harga yang tidak berubah 57
5.3 Masalah berkaitan Data 58
6 KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Kesimpulan 60
6.2 Cadangan 61
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
SENARAI JADUAL
No. jadual Jadual Muka surat
3.1 Peralatan dan bahan-bahan 29
4.1 Data ujian kekuatan mampatan hari ke-7 43
4.2 Data ujian kekuatan mampatan hari ke-14 45
4.3 Data ujian kadar resapan air hari ke-7 47
4.4 Data ujian kadar resapan hari ke-14 49
5.1 Kos penyediaan bata 57
SENARAI RAJAH
No.rajah Tajuk Muka surat
2.1 Dimensi batu-bata
9
3.1 Carta alir metodologi kajian 22
4.1 Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari
Ke-7 44
4.2 Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari
Ke-14 46
4.3 Graf perbandingan peratus penyerapan air
pada hari ke-7 48
4.4 Graf perbandingan peratus penyerapan air
pada hari ke-14 50
SENARAI FOTO
No.foto Tajuk Muka Surat
2.1 Proses menggaul pasir dan simen 13
2.2 Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan untuk diterap 13
2.3 Bata yang telah diterap 14
2.4 Bata dibiarkan untuk proses pengeringan 14
2.5 Bata yang telah matang untuk dijual 15
3.1 tempurung Kelapa sawit dari kilang 27
3.2 saiz tempurung kelapa Sawit 28
3.3 Proses ayakan pasir dan debu kauri dilakukan 36
3.9 Proses menggaul bancuhan 33
3.10 Bancuhan dimasukkan ke dalam kotak bentuk 32
3.11 Proses mengawet 35
3.12 Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas bata 36
3.13 Proses rendaman bata 39
3.14 Bata ditimbang 39
4.1 Runtuhan Benar 52
4.2 Runtuhan Ricih 52
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk
A Data Ujian Mampatan Untuk 7 Hari
B Data Ujian Mampatan Untuk 14 Hari
C Data-Data Berkaitan Kajian
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pada era sekarang, industri pembinaan telah berkembang pesat di dalam negara kita.
Secara umumnya di dalam industri pembinaan bagi pembinaan dinding, pembinaan tembok,
tiang, tangga, jalan dan lain-lain. Bata merupakan bahan utama dan amat penting dalam
sesuatu pembinaan. Secara amnya penggunaan bata di dalam industri pembinaan di Malaysia
terbahagi kepada dua jenis bata utama dan sering digunakan, bata tersebut adalah bata yang
diperbuat daripada tanah liat dan bata yang diperbuat daripada pasir. Kedua-dua jenis bata ini
mempunyai kekurangan dan kebaikannya yang tersendiri.
1.1.1 Pengenalan Bata
Bagi pembinaan bata yang diperbuat daripada pasir pula biasanya menggunakan
mesin canggih yang direkakan untuk pembuatan bata. Mesin ini akan mengisar campuran
seperti simen, pasir debu kuari dan air. Melalui mesin tersebut bahan-bahan ini akan
disebatikan supaya mendapat kualiti yang baik. Satu acuan bata akan digunakan setelah
bahan-bahan tersebut dikisar. Campuran bahan tersebut akan dimasukkan kedalam acuan bata
yang kemudiannya akan dikeringkan mengikut tempoh masa yang sesuai sebelum digunakan.
Bata pintar adalah bata yang paling baru dan sukar diperolehi, murah dan digunakan
bagi pembinaan yang melibatkan pembinaan kos rendah. Bata pintar ini melibatkan bancuhan
1 bahagian simen dan 3 bahagian lagi adalah pasir dan 5 bahagian adalah debu kuari
berdasarkan Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan. Pasir yang digunakan
hendaklah mematuhi piawaian British 1200 dan hendaklah dari jenis pasir air tawar yang
keras, bersih dan bebas dari sebarang selaput dan kekotoran yang lain. Pasir yang digunakan
juga hendaklah mempunyai saiz maksimum yang boleh menembusi tapisan 4.8mm mengikut
ayakan piawaian British.
Bata pintar tidak mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan bata tanah liat.
Selain digunakan bagi pembinaan yang melibatkan kos rendah, bata pintar juga digunakan
bagi pembinaan pagar, bangsal, kolam ikan, wakaf awam dan
sebagainya. Bata pasir ini tidak boleh digunakan bagi penggunaan yang melibatkan
pembinaan kos besar kerana tidak kukuh. Ini kerana bata pintar hanya mampu menanggung
keupayaan galas beban yang rendah.
Kegunaan bata di dalam binaan adalah untuk membuat dinding bangunan, sama ada
untuk menanggung beban ataupun mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung
beban. Bata juga digunakan untuk membuat kaki lima jalan, membuat tembok penahan,
membuat pagar dan tembok serta membuat pelapik pada dinding luar. Dimensi lazim bagi
bata yang biasa adalah 225mm x 105.5mm x 75mm. Ukuran bata yang ditetapkan di dalam
MS 7.6:1972, iaitu panjang 215mm, lebar 102.5mm dan tebal 65mm.
1.2 Penyataan Masalah
Pada zaman sekarang, masalah kekurangan bahan mentah dan kos yang tinggi dalam
pembinaan menyebabkan sesetengah pihak mencari alternatif yang lain untuk menjimatkan
kos dan mendapatkan keuntungan yang lebih. Seperti yang kita ketahui, penggunaan bata di
dalam pembinaan dinding rumah semakin meluas kerana kos dan keselesaan. Ini terbukti
dalam projek-projek yang menggunakan bata sebagai bahan utama di dalam pembinaan
terutama untuk membina dinding.
Dua jenis bata yang baru digunakan dan terdapat dipasaran iaitu bata tanah liat
berkunci dan bata pintar. Oleh itu, kami mengenalpasti beberapa aspek kelemahan yang
terdapat pada kedua-dua jenis bata ini. Antara aspek-aspek yang dikenalpasti adalah kedua-
dua jenis bata adalah terlalu berat ( ± 3 kg), kos pembuatan yang tinggi dan kekuatan bata
yang tidak menentu dan banyak yang tidak mencapai kekuatan piawai yang ditetapkan oleh
JKR dan SIRIM.
Walaupun bata pintar boleh didapati dengan harga yang murah berbanding dengan
bata tanah liat berkunci tetapi bata pintar tidak mempunyai ciri-ciri kejuruteraan yang baik
seperti tidak mempunyai daya kekuatan yang tinggi.Bata pintar juga mempunyai kadar
resapan air yang tinggi kerana mempunyai liang rongga yang banyak berbanding dengan bata
tanah liat berkunci.
Oleh yang demikian, kami berharap dapat mencipta sejenis bata pintar yang terdiri
daripada tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar bagi
mengatasi masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas.
1.3 Objektif
Objektif kajian ini ialah :-
a. Mengkaji prestasi kejuruteraan bata pintar yang mengandungi bahan
tambah ( tempurung kelapa sawit )
b. Membandingkan kos pengeluaran bata pintar dengan bahan tambah dan
bata pintar yang sedia ada di pasaran.
1.4 Skop Kajian
Ujikaji ini dijalankan merangkumi kerja-kerja mendapatkan debu kuari daripada
kawasan kuari han son quarry, paka dan mendapatkan tempurung kelapa sawit daripada
kilang sawit jerangau untuk menghasilkan bata serta ujian ke atas bata. Peratus yang
digunakan ialah 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit di tambah dalam campuran
sedia ada..
Prestasi kejuruteraan yang dikaji melibatkan kekuatan mampatan, peratusan kadar
resapan air dan tindakan kapilari ke atas batu-bata. Oleh itu terdapat 2 ujikaji yang akan
dijalankan ke atas bata pintar yang mana telah ditambah dengan tempurung kelapa sawit dan
bata pintarr yang biasa digunakan iaitu :-
a. Ujian kekuatan mampatan
b. Ujian kadar resapan
c. Ujian penurunan
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bata pintar telah digunakan sekurang-kurangnya 3 tahun yang lalu dan masih
merupakan sejenis bahan pembinaan yang paling baru dalam pelbagai pembinaan seperti
dinding, pembinaan tembok, tiang, lantai, tangga, jalan dan lain-lain lagi. ( En. Amran 2006)
Bata pintar diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah. Bahan utama dalam
pembuatan bata pintar ialah debu kuari, pasir, dan simen. Saiz bata bergantung kepada piawai
tempatan. Pada dasarnya, ukuran panjang bagi bata adalah dua kali
ukuran lebarnya. Dimensi lazim bagi sesuatu jenis bata yang digunakan di Malaysia adalah
seperti berikut :-
Panjang = 425 mm
Lebar = 105.5 mm
Tinggi = 275 mm
390mm
275mm
95mm
Rajah 2.1 : Dimensi bata pintar
Bata juga terdapat daripada jenis-jenis tertentu walaupun dibuat dengan bahan yang
berlainan. Antaranya :-
a. Bata biasa
b. Bata permukaan
c. Bata kejuruteraan
d. Bata simen pasir
2.2 Bata pasir (common bricks)
Bata biasa adalah bata yang digunakan untuk dinding dalam dan juga untuk dinding
yang tertentu sahaja di mana ianya tidak terdedah kepada pandangan awam.
2.3 Bata permukaan
Bata permukaan pula adalah sejenis bata yang mempunyai kekerasan yang cukup
untuk menanggung beban-beban biasa. Bata permukaan digunakan untuk permukaan dinding
luar yang tidak memerlukan kerja-kerja lepaan.
2.4 Bata kejuruteraan (engginering bricks)
Bata kejuruteraan pula diperbuat daripada tanah liat yang bermutu tinggi dan terpilih.
Cara pembuatannya juga biasanya dikawal dengan teliti dan hasil bata ini
adalah satu pepejal yang kuat yang mampu menanggung beban yang lebih besar. Biasanya
digunakan di dalam kerja bagi bata yang menanggung beban.
2.5 Ukuran atau saiz bata
Jenis bata yang baru dihasilkan dan digunakan di Terengganu ialah :
i. Bata tanah liat berkunci
ii. Bata pintar
2.5.1 Bata pintar
Bata ini pada asalnya dibuat dengan menggunakan 3 bahan asas dalam pembinaan
bata iaitu simen, debu kuari dan pasir. Nisbah lazim bagi pembuatan bata ini adalah 1:3:5
bagi pembuatan bata pintar tempatan. Bagi bata jenis ini, kandungan air dalam setiap
bancuhan perlulah dijaga dengan baik agar kandungan air di dalam bancuhan tidak
berlebihan.
Bata pintar dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata pintar yang telah dibancuh
daripada mesin akan dituangkan ke dalam acuan yang dibina menggunakan besi. Setiap
acuan mengandungi sekurang-kurangnya 3 atau 4 petak acuan yang bersaiz panjang 425mm x
105.5mm x 275mm.
Bata yang telah dicetak atau yang telah diletakkan kedalam acuan seterusnya akan
melalui proses pengeringan. Setiap bata yang telah siap diletakkan di dalam acuan akan
dibiarkan atau dijemur dan diawet selama 2 minggu sebelum ianya sesuai digunakan bagi
pembinaan.
pada era ini, kilang-kilang yang membuat bata pintar tidak lagi menggunakan acuan
secara manual kerana setiap mesin pembuat bata pintar telah siap mengandungi acuan di
dalam mesin tersebut. Ini telah memudahkan kerja-kerja pembuatan bata. Pengawetan bata
dilakukan dengan cara menyiram air pada bata yang baru sahaja mengeras terutama pada
musim panas.
Foto 2.1 : Proses menggaul pasir, debu kuari dan simen
Foto 2.2 : Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan untuk diterap
Foto 2.3 : Bata yang telah diterap
Foto 2.4 : Bata dibiarkan untuk proses pengeringan
Foto 2.5 : Bata yang telah matang untuk dijual
2.6 Tempurung Kelapa Sawit
Tempurung kelapa sawit adalah salah satu jenis hasil terbuang dalam pertanian.
Tempurung kelapa swit adalah istilah yang di berikan ke atas tempurung yang terhasil dari
pemprosesesan kelapa sawit yang terdapat di kilang pemprosesasan kelapa sawit.
2.6.1 Proses Penghasilan Tempurung Kelapa Sawit
Semasa pemprosesan kelapa sawit di lakukan buah dan tandan basah di masak dalam
pesteril sebelum biji kelapa sawit di asingkan . kemudian tempurung di asingkan dari sabut
lalu di pecahkan untuk mengeluarkan isirung nya. Sabut dan tempurung yang
telah di asingkan akan di keringkan. Tempurung akan di salirkan ke satu kawasan
pemunggahan untuk di buang.
2.6.2 Sifat-Sifat Fizikal
Apabila tempurung kelapa sawit telah di keringkan , kerja-kerja pengasingan antara
sabut dan tempurung di lakukan. Tempurung kelapa sawit mempunyai permukaan yang licin
dan rata.bentuk tempurung kelapa sawit mempunyai plbagai jenis bentuk. Ini di sebabkan
oleh proses penghancuran yang di jalankan untuk mendapatkan isirung nya. Warna
tempurung kelapa sawit adalah coklat kehitaman dan berketumpatan 1.406 kg/m³ dan gravity
tentunya adalah 2.08. (Mohd Rashid 1990)
2.6.3 Perbandingan Antara Pasir Sungai Dan Kelapa Sawit
Properties River sand Oil palm shell (OPS)
Maximum grain size, mm 1.18 12.5
Shell thickness, mm
(Average shell thickness = 2.0 mm)
0.5 - 3.0
Specific gravity 2.45 1.17
Bulk unit weight, kg/m3 1500-1550 500 - 600
Fineness modulus 1.40 6.08
Los Angeles abrasion value, % - 4.90
Aggregate impact value, % - 7.51
Aggregate crushing value, % - 8.00
24-h water absorption, % 3.89 33.0
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek
semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun
dengan sebaik mungkin.Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar
dari landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil akhir kajian akan
menepati kehendak permasalahan yang hendak di selesaikan. Justeru itu, amat penting untuk
mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur
metodologi kajian.
Antara yang perlu dilakukan ialan dengan mendapatkan semua maklumat yang
berkaitan dengan bata-bata yang terdapat dipasaran dan bata-bata yang banyak digunkan
dalam pembinaan. Langkah berikutnya ialah proses penghasilan bata pasir yang diperbuat
daripada debu kuari sebagai bahan ganti. Bata yang dihasilkan ini diuji bagi mendapatkan
perbezaan dengan bata pasir biasa.
Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan
projek dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat-peringkat
tersebut adalah seperti yang dinyatakan dibawah :-
i. kajian literature
ii. menghasilkan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa
sawit
iii. melaksanakan ujian-ujian prestasi terhadap bata yang telah dihasilkan.
3.2 Kajian Literatur
Pada peringkat awalan projek, kajian-kajian literature iaitu kajian yang terdahulu
adalah termasuk pengumpulan maklumat dari sumber-sumber seperti internet dan sumber-
sumber yang berhubungkait dengan ujian yang kami jalankan.Pengumpulan
maklumat daripada kajian literatur amat penting terutama sebagai langkah awalan kajian. Ia
juga dapat mengenal pasti permasalahan-permasalahan utama yang berkaitan dengan bata
(kajian yang dibuat).
3.2.1 Proses Menjalankan Soal Selidik
Sepertimana amalan sesetengah penyelidik yang lain, kaedah yang biasa
digunakan dalam menyampaikan soal selidik adalah melalui kaedah temuramah
dengan setiap pihak yang berkenaan.
3.2.1.1 Kaedah Temuramah
Dalam kaedah ini, satu hari yang telah ditetapkan akan dibuat atau dijalankan.
Proses temuramah ini dijalankan dengan pihak yang terlibat. Pihak yang terlibat akan
diajukan soalan tentang perkara-perkara yang ingin ditanyakan,yang berkaitan dengan
projak yang akan dijalankan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian
Sorotan kajian / Kajian literatur
Mengenal Pasti Masalah, Menentukan Tajuk, Objektif, Skop Kajian
Pelaksanaan Kajian
Kerja-kerja Pemantauan Mengambil Bacaan Bagi Analisa Data
Analisa Data
Kesimpulan & Cadangan
FASA 1
FASA 3
FASA 2
FASA 4
3.3 Kaedah-kaedah Untuk Menghasilkan Bata Pintar Yang Menggunakan
tempurung kelapa sawit Sebagai Bahan tambah.
3.3.1 Penyediaan Bahan-bahan
Bata ini dibuat daripada bahan campuran debu kuari, pasir dan simen dengan nisbah
1:3:5 bagi bata kawalan. Bagi bata 10% tempurung kelapa sawit bahan yang digunakan ialah
debu kuar,pasir, tempurung kelapa sawiti dan simen dengan nisbah 1:1:3:5. manakala bagi
bata 20% tempurung kelapa sawit, bahan yang digunakan ialah debu kauri, pasir dan simen
serta tempurung kelapa sawit dgn nisbah 1:2:3:5.
3.3.1.1 Mendapatkan Debu Kuari
Debu kuari telah diperolehi dari JKR Kauri Bukit Penggorak, km 25 Jalan Kuantan,
Kemaman, 26080 Kuantan. . Debu kuari dihasilkan secara berperingkat-peringkat. Langkah
pertama, bom atau bahan letupan yang telah dikhaskan untuk memecahkan batu kuari
dijalankan dari bukit. Kemudiannya, jentera pengorek digunakan untuk mengangkut batu
kuari dan dibawa ke tempat pemprosesan debu kuari menggunakan dumper. Dumper ini
boleh memuatkan batu kuari dari 15 hingga 30 tan batu kuari dalam satu-satu masa.
Batu kuari ini terbahagi kepada bebrapa jenis iaitu :-
i batu kuari 6” x 9”
ii hardcore
iii crusher run
iv chipping 3/8” (10mm)
v debu kuari 6mm
Batu kuari yang paling besar adalah bersaiz 6” x 9” . Batu kuari ini tidak diproses
sebaliknya terus dijual. Batu kuari ini digunakan dalam pembinaan temboh penahan seperti
tembok gabion, retaining wall, dan tembok penahan. Selain itu batu kuari saiz ini juga
digunakan dalam pembinaan culvert dan longkang.
Batu kuari yang bersaiz 3” x 5” ke bawah akan dibawa ke mesin pemprosesan. Batu
kuari yang bersaiz 2 inci kebawah akan dijual terus ke pembeli. Batu kuari saiz ini digunakan
sebagai bahan dalam pembinaan jalan raya. Bagi pembinaan lebuh raya batu kurai yang
digunakan adalah berbeza dan ianya melalui mesin pemprosesan yang telah dikhaskan.
Selepas itu, batu kuari yang bersaiz ( 3” x 5”) x (2” x 10”) akan masuk melalui mesin
secondary crusher. Batu kuari yang bersaiz 4 inci ke bawah akan melepasi mesin secondary
crusher ini.
Batu kuari yang bersaiz 2” x 4” kemudiannya akan dituang masuk kembali kedalam
mesin territory crusher. Mesin territory crusher ini menghasilkan batu kuari yang bersaiz 1 ½
inci ke bawah melepasinya.
Selain daripada digunakan sebagai bahan dalam pembinaan jalan raya, lebuh raya,
tembok penahan, tembok gabion, retaining wall, culvert, batu kuari juga digunakan sebagai
bahan dalam bancuhan konkrit. Batu kuari yang digunakan dalam bancuhan konkrit adalah
bersaiz 20mm.
Bagi pembinaan jalanraya batu kuari dicampur dalam bancuhan premix. Batu kuari
yang digunakan dalam bancuhan ini adalah bersaiz ¾ inci dan bahan-bahan lain yang
digunakan ialah pasir , simen, bitumen, dan debu kuari. Debu kuari ini dijual mengikut tan.
Harga kuari pula dijual bergantung kepada kaedah yang dilalui semasa penghasilannya.
Semakin rumit kaedah yang digunakan semasa penghasilan kuari ini semakin tinggi nilai
harganya. Mengikut harga semasa sekarang debu kuari dijual pada harga RM 19.80 setan dan
harga penghantaran pula dikira mengikut jarak penghantaran.
3.3.1.2 Simen Portland
Dalam kajian ini kami menggunakan simen Portland biasa. Ini kerana kami menyedari
bahawa simen jenis paling banyak terdapat dalam pasaran dan sesuai untuk
kegunaan biasa. Simen ini diperakui dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh
SIRIM.
3.3.1.3 Air
Air yang digunakan dalam ujikaji ini adalah air bersih yang bebas dari sebarang
kekotoran seperti bahan terampai, bahan-bahan organik dan garam-garam terlarut. Sumber-
sumber air ini diperolehi dari paip-paip air yang disediakan.
3.3.1.4 Mendapatkan Tempurung Kelapa Sawit.
Tempurung kelapa sawit telah di perolehi daripada kilang kelapa sawit di
perindustrian jerangau, Terengganu. Tempurung kelapa sawit di perolehi daripada proses
pemecahan buah kelapa sawit segar untuk menghasilkan minyak kelapa sawit.
Setelah buah kelapa sawit di masukkan kedalam mesin pemerahan. Setelah buah di
mesin, tempurung akan di asingkan melalui mesin penyingkiran. Tempurung akan terasing
sekali dengan sabut. tempurung telah diasingkan sabut dan tempurung kelapa sawit untuk
mendapatkan tempurung yang berkualiti dan sempurna.
Saiz tempurung kelapa sawit adalah diantara 5 cm hingga 15 cm. bentuk tempurung
kelapa sawit tidak sekata dan mempunyai permukaan yang kesat. Tempurung kelapa sawit
juga mempunyai kekuatan yang tinggi kerana sukar untuk dipecahkan melalui hentakan
biasa.
Foto 3.1: tempurung kelapa sawit dari kilang
Foto 3.2: saiz tempurung kelapa sawit
3.3.2 Kaedah penyediaan kotak bentuk
Kotak bentuk bata pintar dihasilkan menggunakan besi. Kotak bentuk telah tersedia di
milang pembuatan bata pintar. Kotak bentuk bata pintar mempunyai 2 saiz. Kecil dan besar.
3.3.3 Kaedah Penyediaan Sampel Bata
Campuran simen dan pasir serta debu kuari dibancuh bagi menghasilkan bata
kawalan manakala campuran simen, pasir dan debu kauri serta tempurung kelapa sawit
dibancuh bagi menghasilkan bata 10% tempurung kelapa sawit, 20% tempurung kelapa
sawit dan 30% tempurung kelapa sawit. Bancuhan ini akan dimasukkan ke dalam kotak
bentuk untuk proses pemadatan menggunakan mesin pemadat. Selepas itu kotak bentuk akan
dibuka dan bata akan dibiarkan matang sebelum menjalani ujian-ujian prestasi kejuruteraan.
3.3.3.1 Menentukan saiz pasir dan debu kuari
Saiz pasir yang digunakan dalam bancuhan bata pasir biasa dan bata pasir yang
menggunakan bahan tambah debu kuari akan ditentukan terlebih dahulu sebelum dibancuh.
Saiz pasir dan debu kuari yang digunakan ialah melepasi ayakan 2.36mm.
Foto 3.3 : Proses ayakan pasir dan debu kuari dilakukan
3.3.3.2 Menyediakan sample bata
i. Peralatan dan bahan-bahan disediakan di kilang pembuatan.
Peralatan untuk menyediakan bata pasir yang berada dipasaran sekarang dan
bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah disediakan.
Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses penyediaan bata ialah :-
Jadual 3.1 : Peralatan dan bahan-bahan
Bil Peralatan dan bahan-bahan
1 Skop
2 Baldi
3 sudip
4 Kotak bentuk
5 Debu kuari
6 Pasir
7 Simen Portland biasa
8 Air
9 Tempurung kelapa sawit
10 Mesin pembacuhan bata pintar
ii. Bagi menyediakan bata
Untuk bata pintar yang berada dipasaran sekarang, campuran simen dan
pasir serta debu kuari disediakan. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 3:5
iaitu 1 bg simen dan 3 bagi pasir dan 5 debu kuari.
Untuk bata yang menggunakan, 10% tempurung kelapa sawit sebagai
bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu
kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah
yang digunakan adalah 1 : 1:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 1 bagi tempurung
kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari.
.
Untuk bata yang menggunakan, 20% tempurung kelapa sawit sebagai
bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan
serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan
adalah 1 : 2:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 2 bagi tempurung kelapa sawit, 3
bagi pasir dan 5 untuk debu kuari
Untuk bata yang menggunakan, 30% tempurung kelapa sawit sebagai
bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan
serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan
adalah 1 : 3:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 3 bagi tempurung kelapa sawit, 3
bagi pasir dan 5 untuk debu kuari
iii. Proses menggaul campuran
Campuran simen dan pasir serta debu kuari di masukkan kedalam mesin
pembancuh. dan 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit
dimasukkan secara beasingan dengan bancuhan baru. Campuran ini digaul
dengan air menggunakan mesin pembancuh. Nisbah bancuhan
ini akan digaul sehingga sekata sebelum dimasukkan kedalam kotak
bentuk.
Foto 3.9 : Proses menggaul bancuhan
iv. Proses memasukkan bancuhan ke dalam kotak bentuk
Bancuhan bahan-bahan yang lembab akan disalirkan melaliu mesin
sebelum \diisikan ke dalam kotak bentuk dan dipadatkan menggunakan
mesin penggetar..
Foto 3.10 : Bancuhan dimasukkan ke dalam kotak bentuk
vi. Meratakan permukaan bata
Semasa kerja pemadatan dijalankan, permukaan bata dihasilkan dengan
sempurna sehingga permukaan bata yang rata dan berkualiti. Keempat-
empat campuran akan diratakan permukaanya.
Setelah keempat-empat campuran tadi siap diratakan pada permukaanya,
sampel bata tadi akan dibiarkan semalaman untuk mengeras dengan
sempurna.
viii. Proses Mengawet
Selepas semalaman sampel bata tadi dikeringkan dan mengalami
proses pengerasan yang sempurna, bata akan di sembur dengan air,
agar ia mengeras dengan kehdiran air..
Foto 3.11 : Proses mengawet
3.4.4 Ujian prestasi terhadap bata
Kajian ini akan dilakukan dengan beberapa siri ujian seperti :-
i. ujian kekuatan mampatan
ii. ujian kadar resapan air
iii. ujian penurunan
3.4.4.1 Ujian kekuatan mampatan
Ujian kekuatan mampatan dilakukan untuk mendapatkan kekuatan sampel bata
tersebut. Ujian ini dilakukan berdasarkan BS 5628 : Part 1: 1992. Sampel yang digunakan ini
adalah sampel bata yang telah mencapai usia 7 hari dan 14 hari.Prosedur untuk ujian
kekuatan mampatan dengan menggunakan mesin mampatan pada kadar tekanan tertentu
berdasarkan saiz konkrit adalah seperti berikut :-
i. Setiap bata telah mencapai usia selama 7 hari akan ditimbang terlebih
dahulu sebelum menjalani sebarang ujian.
ii. Sebelum meletakkan bata diatas pelantar mesin, pelantarnya dipastikan
terlebih dahulu bersih dan tiada kekotoran seperti kesan tinggalan
konkrit yang pecah.
iii. Ujian dimulakan dengan beban mampatan yang dikenakan secara
automatic.
iv. Bagi usia-usia seterusnya, prosedur seperti diatas turut dijalankan.
Foto 3.12 : Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas bata ( ujian kiub)
3.4.4.2 Ujian Resapan Air
Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan dalam menentukan peratus
penyerapan air pada bata pintar mahupun bata yang mengandungi bahan tambah tempurung
kelapa sawit. Ujian resapan ini lebih rumit dilakukan berbanding ujian-ujian lain kerana
banyak langkah-langkah kerja yang perlu diikuti. Ujian ini haruslah dilakukan dengan teliti
dan mengikut prosedur kerja yang betul supaya tidak berlaku sebarang ralat yang akan
mempengaruhi keputusan bacaan yang diambil.
Kaedah ujian resapan air :-
i. lapan biji bata pintar biasa di sediakan iaitu duabiji bata simen kawalan ,
dua biji bata 10% tempurung kelapa sawit, dua biji bata 20% tempurung
kelapa sawit , dua biji bata 30% tempurung kelapa sawit
ii. Kesemua biji bata tersebut ditimbang dan di catat.
iii. Selepas di timbang kesemua biji bata tersebut direndam kedalam air
selama 48 jam.
iv. Selepas 48 jam bata-bata tersebut dikeluarkan dan ditimbang.
v. Nilai bacaan dicatat.
Foto 3.13 : Proses rendaman bata
Foto 3.14 : Bata ditimbang
3.4.4.3 Ujian Penurunan
Ujian penurunan dijalankan bagi memastikan proses pembuatan bata pintar
dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ujian penurunan biasanya dijalankan untuk kerja
konkrit biasa. Walaubagaimanapun dalam projek akhir ini kamu juga menjalankan ujian
penurunan mengikut prosedur berikut:
Langkah Kerja Ujian Penurunan.
i. Kon disediakan dengan sempurna, lapisan pertama bancuhan bata pintar piawaian
dimasukkan kedalam kon tersebut
ii. Bancuhan di poadatkan dengan menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali
hentaman.
iii. Seterusnya, lapisan kedua dimasukkan kedalam kon tersebut dan dipadatkan.
iv. Setelah sempurna, lapisan ketiga di masukkan dan di padatkan sebanyak 25 kali.
v. Bancuhan diratakan dan kon ditarik secara secara selari.
vi. Kon diletakkan di sebelah bancuhan dan penurunan yang berlaku diukur untuk
mendapatkan keputusan.
vii. Langkah ujian penurunan di ulang untuk bancuhan bata pintar dengan bahan tambah
10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit.
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISA KAJIAN
4.1 Ujian Kekuatan Mampatan
Ujian ini dijalankan keatas bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa
sawit sebagai bahan tambah dan bata pintar biasa yang telah berusia 7 hari. Tujuan
utama ujian ini diadakan adalah untuk mencari kekuatan mampatan bata didalam
menanggung beban. Bata yang baik mampu menanggung beban pada tekanan yang
tinggi.
i. Untuk 7 Hari
Jadual 4.1 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-7
Perkara
Penerangan
Sampel Bata
7 Hari
a Jenis Bata Bata pintar
asal
Bata 10%
tempurung
kelapa sawit
Bata 20%
tempurung
kelapa sawit
Bata 30%
tempurung
kelapa sawit
b Dimensi (mm)390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
c Jisim (kg) 7.695 7.161 7.161 7.995
d Beban kegagalan
maksima (kn)450 493 609 750
e Kekuatan mampatan
(MPa) 20.00 21.91 27.06 33.33
f Ketumpatan (kg/m 2.280 2.130 2.122 2.357
Rajah 4.1 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-7
ii. Untuk 14 Hari
Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan
20.0021.91
27.06
0
10
20
30
40
50
1
Masa (7 Hari)
Kekuatan Mampatan (MPa)
Bata Kawalan
Bata 20% T.K.S
Bata 10% T.K.S
33.33
Bata 30% T.K.S
Jadual 4.2 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-14
Perkara
Penerangan
Sampel Bata
14 Hari
a Jenis Bata Bata pintar
asal
Bata 10%
tempurung
kelapa sawit
Bata 20%
tempurung
kelapa sawit
Bata 30%
tempurung
kelapa sawit
b Dimensi (mm)390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
390 x 195 x
95
c Jisim (kg) 7.215 7.203 7.11 8.110
d Beban kegagalan
maksima (kn)535 332 479 770
e Kekuatan mampatan
(MPa) 23.77 14.75 21.28 34.22
f Ketumpatan (kg/m 2.227 2.134 2.071 2.403
Rajah 4.2 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-21
4.2 Ujian Resapan Air
Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan
23.77
14.75
21.28
0
10
20
30
40
50
1
Masa (14 Hari)
Kekuatan Mampatan (MPa)
Bata Kawalan
Bata 20% T.K.S
Bata 10% T.K.S
34.22
Bata 30% T.K.S
Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan untuk tujuan mengukur berat air
yang diserap oleh bata pintar asal, bata 10% tempurung kelapa sawit dan bata 20%
tempurung kelapa sawit serta 30% tempurung kelapa sawit dalam masa 48 jam.
i. Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-7
Jadual 4.3 : Data ujian resapan air untuk hari ke-7
Perkara Penerangan
Sampel Bata
( 7 Hari )
a) Jenis Bata Bata Kawalan
Bata 10%
tempurung
kelapa sawit
Bata 20%
tempurung kelapa
sawit
Bata 30%
tempurung
kelapa
sawit
b) Dimensi (mm)
390 x 195 x 95 390 x 195 x
95
390 x 195 x 95 390 x 195
x 95
c)
Jisim Sebelum
Resapan (kg)7.495 7.161 7.150 7.971
d)
Jisim Selepas
Resapan (kg)7.701 7.241 7.291 8.060
e)
Jumlah Kadar
Resapan (kg) 0.20 0.08 0.140.009
f)
Peratus
Resapan (%) 2.67 1.11 1.951.12
Rajah 4.4 : Graf perbandingan peratus penyerapan air pada hari ke-7
Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air
2.67
1.11
1.95
0
1
2
3
4
5
1
Masa (7 Hari)
Peratus Penyerapan air
Bata Kawalan
Bata 10% TKSBata 20% TKS
1.12
Bata 30% TKS
ii. Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-14
Jadual 4.4 : Data ujian resapan air untuk hari ke-14
Perkara Penerangan
Sampel Bata
( 14 Hari )
a) Jenis Bata Bata Kawalan
Bata 10%
tempurung
kelapa sawit
Bata 20%
tempurung kelapa
sawit
Bata 30%
tempurung
kelapa
sawit
b) Dimensi (mm)
390 x 195 x 95 390 x 195 x
95
390 x 195 x 95 390 x 195
x 95
c)
Jisim Sebelum
Resapan (kg)7.395 7.061 7.050 7.811
d)
Jisim Selepas
Resapan (kg)7.695 7.161 7.191 7.995
e)
Jumlah Kadar
Resapan (kg) 0.30 0.10 0.140.18
f)
Peratus
Resapan (%) 4.05 1.41 1.982.30
Rajah 4.5 : Graf perbandingan peratus penyerapan air untuk hari ke-14
Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air
4.05
1.41
1.98
0
1
2
3
4
5
1
Masa (14 Hari)
Peratus Penyerapan air
Bata Kawalan
Bata 10% TKSBata 20% TKS
2.30
Bata 30% TKS
4.3 Ujian Penurunan
Ujian penurunan merupakan salah satu ujian untuk kerja konkrit. Untuk mendapatkan hasil
ujian prosedur ujian akan dijalankan sekepas bancuhan siap di bancuh ubtuk mendapatkan
kebolejkerjaan penurunan. Hasil yang di peolehi dicatit dalam jadual di bawah.
KiubTarikh
Penuangan
Tarikh Ujian
Perlu
Dijalankan
Kebolehkerjaan
(Penurunan/Factor
Pemadatan)
Jenis
Penurunan
Standard 30/09/2009 7/10/2009 50 ricih
10% 30/09/2009 7/10/2009 55 ricih
20% 30/09/2009 7/10/2009 58 ricih
30% 30/09/2009 7/10/2009 70 benar
4.3.1 Gambar Keputusan Ujian Penurunan
Foto 4.1 runtuhan benar
Foto 4.2 runtuhan ricih
BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan
Perbincangan yang dibuat adalah hasil dapatan yang diperoleh serta beberapa masalah
yang timbul dan perbincangan tersebut dikumpul bagi membuat satu diskusi penyelesaian
yang kukuh berkaitan dengan semua masalah yang berlaku. Melalui perbincangan yang
dibuat satu altenatif atau pendekatan yang baru mungkin dapat diwujudkan bagi memberi
satu petunjuk bagi memastikan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan
cepat dan bijak.
Berikut adalah perbincangan mengenai hasil daripada dapatan yang diperolehi serta
masalah yang timbul semasa kajian yang telah dijalankan mengenai kekuatan serta ketahanan
yang ditanggung oleh bata pintar biasa berbanding dengan bata pintar yang menggunakan
tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah. Pengambilan data yang dilakukan bagi
mengenalpasti masalah yang timbul dan cara penyelesaiannya.
Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati ketahanan yang ditanggung oleh bata
pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit 10% dan 30% adalah lebih kuat
berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Melalui kajian ini, kami
mendapati bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit adalah mempunyai
lebih banyak kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.
Berikut adalah beberapa kelebihan yang dikesan terdapat pada bata pasir yang
menggunakan bahan ganti debu kauri berbanding dengan bata pasir biasa.
i. Kadar resapan air yang rendah
Ujian resapan air menunjukkan bahawa bata yang mengandungi 10%
tempurung kelapa sawit megandungi sifat resapan air yang rendah berbanding
dengan bata yang mengandungi 30% tempurung kelapa sawit dan bata pintar
biasa. Ini menunjukan bahawa bata ini dapat bertahan kukuh walaupun
terdedah kepada lembapan. Malah, kandungan resapan
air yang rendah boleh mencegah daripada pertumbuhan kulat dan mencegah
daripada kegagalan struktur binaan.
ii. Kekuatan Mampatan yang tinggi
Bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit 30% adalah
lebih kukuh berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Hal
ini kerana melalui ujian kekuatan mampatan yang kami jalankan, daya
mampatan yang dikenakan ke atas bata pasir biasa adalah lebih rendah
berbanding dengan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit.
Tahap kebolehkerjaan bata pasir biasa juga adalah lebih rendah
berbanding dengan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit.
Ini bermakna bata pintar dengan tempurung kelapa sawit dapat menanggung
beban yang lebih besar berbanding dengan bata pintar biasa
5.2 Tiada perubahan Harga
Melalui kajian yang dijalankan, hasil yang diperolehi mengatakan bahawa bata pintar
dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit adalah sama berbanding dengan bata pintar
biasa tanpa menjejaskan ciri-ciri asalnya. Hal ini kerana harga tempurung kelapa sawit adalah
percuma kerana ia adalah hasil buangan pertanian.
Walaupun harga bata pintar dengan tempurung kelapa sawit tiada perubahan tetapi ia
memiliki kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.
Jadual 5.1 : Kos penyediaan bata
Perkara Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 10% TKSBata 10%
TKS
Harga Pasir ( RM ) 2.48 2.48 2.48 2.48
Harga simen(rm) 3.60 3.60 3.60 3.60
Harga bahan
tambah(RM)- - - -
Kos buruh 1.20 1.20 1.20 1.20
Jumlah harga 24 biji
(RM)43.20 43.20 43.20 43.20
Harga sebiji bata
(RM)1.80 1.80 1.80 1.80
5.3 Masalah Berkaitan Data
Terdapat satu masalah yang berlaku pada data ujian kekuatan mampatan untuk hari ke
14 iaitu kadar mampatan untuk bata pintar 10 % dan 20% bahan tambah tempurung kelapa
sawit lebih rendah berbanding bata pintar asal adalah disebabkan oleh perlaksanaan kerja
yang tidak mengikut spesifikasi ujian. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh kerja pemadatan
yang tidak sempurna. Kadar kekuatan mampatan mungkin berbeza jika kerja ujian dijalankan
dengan sempurna.
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, walaupun kajian ini terdapat banyak kekurangan seperti sukar
untuk mendapatkan data-data terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit, kajian
perintis ini serba sedikit dapat menjadi lanjutan kepada kajian-kajian seterusnya pada masa
akan datang mengenai potensi tempurung kelapa sawit di pintar biasa di pasaran berbanding
dengan hasil campuran yang telah kami jalankan.Kajian sebegini semestinya memerlukan
masa yang panjang dan peringkat demi peringkat terutamanya bagi mendapatkan kaedah
terbaik bagi memperbaiki sifat tempurung kelapa sawit yang telah sedia ada dan kegunaanya
di dalam bancuhan bata pintar.
Setelah banyak ujikaji yang telah kami jalankan, kami dapat membuktikan bahawa
penggunaan tempurung kelapa sawit dalam membuat bancuhan bata pintar adalah berjaya
dari segi kekuatan mampatan, kadar resapan air. Hasil yang kami tunjukkan ialah ketahan
bancuhan bata pintar dengan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah adalah lebih kuat
dan tahan daripada bancuhan bata yang biasa digunakan. Malah ia lebih tahan lasak
berbanding daripada bata pintar biasa.
Secara keseluruhannya, ujikaji kami menepati dengan objektif kami iaitu bagi
membandingkan kekuatan bata pintar biasa dengan bata pintar yang mengandungi tempurung
kelapa sawit sebagai bahan tambah. Perbandingan antara bancuhan bata pintar biasa dengan
bancuhan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit dapat membuktikan
bahawa kekuatan bancuhan dengan bahan ganti adalah lebih kuat, tahan lasak dan lebih
mesra alam setelah melalui pelbagai ujikaji yang telah kami jalankan.
6.2 Cadangan
Setelah selesai menjalankan kajian ini, kami percaya bahawa kadar penggunaan
tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar dapat
diperluaskan lagi penggunaanya dengan adanya kajian-kajian sampingan yang lain
kerana telah terbukti bahawa penggunaan tempurung kelapa sawit ini membawa banyak
kebaikan.
Selain itu, kami juga berharap agar pihak yang berminat bagi melanjutkan dan
memperincikan lagi kajian kami ini. Ini kerana penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai
bahan tambah didalam bancuhan bata pintar telah terbukti dari segi kekuatannya dan kami
harap dapat dikomersilkan pada satu hari kelak. Namun begitu, kami berharap kajian yang
lebih terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit ini dijalankan terlebih dahulu.
Selain itu, kami juga berharap agar ada pihak yang berminat untuk membuat kajian
mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan tempurung kelapa sawit ini dalam industri
pembinaan atau dalam penghasilan produk baru. Disini kami dapat membandingkan kekuatan
antara kedua-dua sampel tersebut dan menjalankan ujian-ujian seperti yang dijalankan dalam
kajian ini bagi menguji bata tersebut.
Hasil daripada kajian yang kami jalankan ini diharap dapat dijadikan panduan bagi
penyelidik yang lain dalam menjalankan kajian mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit
ini. Daripada pengamatan kami, kami dapati bahawa tempurung kelapa sawit ini mempunyai
nilai komersil yang tinggi dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang belum
dicungkil lagi rahsianya oleh para penyelidik.
Selain itu, kami juga berharap agar ada lebih kajian tentang bata pintar dengan bahan
tambah ini. Kajian untuk meringankan bata pintar dengan bahan ganti lain atau bahan tambah
lain. Ini kerana bata ini mempunyai beban yang tinggi. Kajian lain juga perlu diadakan agar
menjadikan bata pintar ini satu bata IBS yang berkualaiti dan mempunyai banyak kelebihan
dengan bata-bata IBS yang lain.
7.0 RUJUKAN
7.1 Mat Lazim Zakaria ( 2005 ) “ Bahan Dan Binaan ”, Dewan Bahasa Dan
Pustaka ( M.S 86-93 )
7.2 Industrial Building System ( Pembinaan Pasang Siap ) En. Amran, Site
Engineer Wakaf Tapai, Terengganu
7.3 Institute Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia, “ MS 76:1972,
Specification For Brick And Block Clay Part 2 ”. Metric Units ( M.S 46 ) Di
cetak dan diterbitkan oleh Institute Standard Dan Penyelidikan Perindustrian
Malaysia.
7.4 Approved To British Standard “ BS 3921 : 1974 ”
7.5 Neville, A.M. (2004), “properties of concrete” , fourth and final edition,
pearson education limited
7.6 “Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4” (1994), Penerbitan Pustaka,
Dewan Bahan Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (M.S 85-92)
7.7 Hang Seng Quarry, Paka, Terengganu
( information about quarry dust)