Upload
others
View
35
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN RINGKAS PENGGAL
PERTAMA
ORGANISASI:
STUDENT ASSOCIATION FACULTY OF
ENGINEERING (SAFE) UNIMAS SESI
2016/2017
1.0 TUJUAN
Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai,
dianjurkan dan dengan kerjasama SAFE sesi 2016/2017.
2.0 PENDAHULUAN
SAFE adalah merupakan sebuah organisasi pelajar induk Fakulti Kejuruteraan. Oleh itu,
setiap aktiviti yang dianjurkan dan disertai oleh SAFE adalah untuk kepentingan pelajar-
pelajar Fakulti Kejuruteraan disamping mampu menjadikan ahli-ahli SAFE menjadi lebih
proaktif dalam menangani masalah dan mempunyai sifat kepimpinan yang jitu untuk
memimpin para pelajar kejuruteraan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disertai juga mampu
merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dengan kakitangan dan pelajar Fakulti
Kejuruteraan sekaligus Universiti Malaysia Sarawak dan merupakan platform untuk
menjadikan SAFE UNIMAS sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing di serata dunia.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program-program yang dilaksanakan dan disertai adalah:-
- Meningkatkan daya proaktif para ahli.
- Meningkatkan kebolehan interpersonal setiap ahli.
- Menimba ilmu pengetahuan mengenai teknologi semasa kejuruteraan.
- Meningkatkan daya komunikasi para ahli.
- Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan para kakitangan dan pelajar Fakulti
Kejuruteraan.
4.0 PROGRAM
HARI ORIENTASI PELAJAR BARU SESI 2016/2017
Program Hari Orientasi Fakulti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk pelajar baru
Fakulti Kejuruteraan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Hari Orientasi
untuk pelajar masukan September sesi 2016/2017 telah diadakan pada 24 September 2016.
Program ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 3:00 petang. Seramai 450
pelajar ambilan baru Fakulti Kejuruteraan serta 90 AJK telah turun padang bersama-sama
menjayakan program ini.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami Fakulti Kejuruteraan, kegunaan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan(SAFE)
serta Institute of Engineers Malaysia- Student Association Faculty of Engineering (IEM-
SAFE). Program ini juga diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru Fakulti
Kejuruteraan dengan persekitaran serta peraturan di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Pelajar
baru juga dapat mengenali rakan dari jabatan lain serta mereka lebih mengetahui selok-belok
kawasan di fakulti. Selain itu, para pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain serta ahli jawatankuasa SAFE dan juga IEM-SAFE.
Dengan itu, program ini telah dijadikan acara tahunan di dalam kalender aktiviti Fakulti
Kejuruteraan anjuran SAFE dan IEM-SAFE.
Sesi ‘Refreshment’ diketuai oleh fasilitator
Sesi ‘Refreshment’ diketuai oleh fasilitator
Sesi perkongsian
MINGGU KEJURUTERAAN 2016/2017
Minggu Kejuruteraan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh IEM-SAFE UNIMAS
Seksyen Pelajar. Acara ini julung kali dianjurkan pada tahun 2011 bersempena dengan
sambutan Minggu Kejuruteraan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Jurutera Malaysia
(IEM).
Acara ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan IEM-SAFE UNIMAS Seksyen
Pelajar kepada masyarakat khususnya pelajar, kakitangan dan pensyarah UNIMAS. Acara ini
juga kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, IEM Cawangan Sarawak dan IEM G
& S Cawangan Sarawak. Kerjasama ini adalah satu platform utama untuk membawa pelajar-
pelajar Fakulti Kejuruteraan lebih dekat dengan industri atau organisasi di luar.
Bengkel Robotik
Bengkel ‘RC Flying’
‘Autoshow’
LATIHAN DAN KESEDARAN INDUSTRI PROGRAM 2.0
Program Kesedaran Latihan dan Perindustrian (TRIA) berfungsi sebagai memberi
pendedahan awal kepada pelajar menengah rendah terhadap pendidikan teknik vokasional
dan latihan (TVET), yang telah menjadi satu tumpuan bagi negeri ini. Program ini adalah
untuk membiasakan pelajar dengan konsep "Engineering Land".
Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dengan universiti-universiti di seluruh
Sarawak seperti Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Swinburne, Politektik Kuching dan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.
Peserta TRIA menunjukkan cenderamata yang diterima dari FSTS
Sesi pengenalan
Demo kepada peserta TRIA
PERSIDANGAN KEJURUTERAAN 2016
Persidangan Antarabangsa UNIMAS STEM Engineering 2016 (EnCon2016) diadakan pada
26 sehingga 28 Oktober, 2016 yang bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching,
Sarawak. Dengan bertemakan ' Cabaran dan penyelesaian inovatif untuk kejuruteraan dan
teknologi', persidangan ini telah berjaya dilaksanakan dan telah mendapat penyertaan
daripada serata tempat. Objektif persidangan tersebut adalah untuk menyediakan platform
untuk para penyelidik, ahli akademik, jurutera, profesional industri dan pelajar siswazah
untuk berkongsi pengalaman dan penemuan mereka terutamanya mengenai penyelesaian
untuk kejuruteraan dan cabaran teknologi. Selain itu, acara ini menggalakkan dan
meningkatkan peluang rangkaian di kalangan peserta dari pelbagai latar belakang dalam
bidang kejuruteraan dan teknologi. Malah, para perserta persidangan ini boleh menambah
pengetahuan mengenai kejuruteraan dan teknologi dengan berkongsi idea dan kemajuan
teknologi terkini dan penyelesaian yang inovatif.
Krew I-Steex bersama Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi
Krew I-Steex bersama Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman
Antara barisan krew yang menjayakan I-Steex
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan mahupun disertai oleh SAFE
sesi 2016/2017 memberi impak yang positif bukan sahaja kepada ahli malahan kepada para
pelajar dan juga kakitangan Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.
Disediakan oleh,
………………………………………………………….
(MUHAMMAD ‘IZZUDDIN BIN ABDUL WAHID)
Setiausaha,
Student Association Faculty of Engineering (SAFE)
Sesi 2016/2017,
014-9513949