130

Laporan Tahunan JPA 2014 - govdocs.sinarproject.org file• Surat Edaran “... kita sudah menjangkau hampir 80 tahun evolusi Perkhidmatan Awam. Sepanjang tempoh lapan dekad itu juga,

Embed Size (px)

Citation preview

ISSN : 2289-7305ISSN : 977-228-9730-00-8

Copyright@2015. Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaHAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis.

KANDUNGAN

108-115

118-123

126-127

MENELUSURIPERJALANAN JPA

JPA SANTAI

LAMPIRAN

108 Jaringan KolaborasiStrategik 111 JPA & Media

110 Pameran

118 Program & Aktiviti

86 JPA Di Persada Global

• Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL)

• Pejabat JPA

8 PERUTUSAN KPPA

12-21 PROFIL KORPORAT

12 CartaOrganisasi

14 Pengurusan Tertinggi JPA

18 Visi, Misi & Slogan

19 Fungsi

21 Piagam Pelanggan

24-63 PERJALANAN TRANSFORMASI JPA 2014

66-91 JPA 360º

24Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam

66 JPA 360º

84 Merentasi JPA

25Pengenalan

27 Teras Strategik 1

52 Teras Strategik 4

90 Penerbitan JPA

46 Teras Strategik 3

88 Prestasi Kewangan dan Audit

36 Teras Strategik 2

56 Teras Strategik 5

91 Kajian JPA

94 DIARI KORPORATJanuari – Disember 2014

126 Punca Kuasa 127 • Senarai Pekeliling• Surat Pekeliling• Surat Edaran

“... kita sudah menjangkau hampir 80 tahun evolusi Perkhidmatan Awam. Sepanjang tempoh lapan dekad itu juga, Perkhidmatan Awam telah menunjang negara ini sejak pra dan pasca kemerdekaan, dengan menempa begitu banyak

kecemerlangan dalam perkhidmatan. ”

- Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 pada 1 Mei 2014

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia

6 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

“Sebagai seorang penjawat awam, kita memainkan peranan sebagai agen transformasi paling hadapan dan menjadi perantaraan antara rakyat dan

Kerajaan yang berkesan ke arah menjayakan agenda transformasi negara. Dengan itu, jadilah agen transformasi yang berkesan, dengan hanya

menyampaikan maklumat yang sahih dan dari sumber yang betul, jelas, tepat dan mudah difahami oleh rakyat.”

- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perdana Menteri 2013 pada 12 Jun 2014

Tan Sri Dr. Ali HamsaKetua Setiausaha Negara

7PETIKAN UCAPAN PERDANA MENTERI DAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

inisiatif-inisiatif ini merupakan pancaran komitmen Kerajaan kepada penerapan budaya kecemerlangan secara berterusan di segenap lapisan Perkhidmatan Awam.

Saya berharap JPA dapat memperhebatkan lagi usaha-usaha transformasi agar menjadi testimoni lambang kesungguhan JPA menjulang Agenda Transformasi negara sebagai pemacu utama mencapai kecemerlangan negara.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan kepada semua warga JPA yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam menggalas amanah yang diberikan demi memartabatkan Perkhidmatan Awam di persada keterbilangan. Semoga JPA akan terus melakar lebih banyak potret kejayaan sebagai sebuah agensi peneraju dan penanda aras transformasi dalam Perkhidmatan Awam.

Sekian, wassalam.

“MENERUSKAN MOMENTUM TRANSFORMASI, MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM”

TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINALKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2014 ini berjaya dihasilkan. Penerbitan naskah tahunan ini merupakan satu khazanah ilmu yang merakamkan perjalanan transformasi Perkhidmatan Awam serta pencapaian dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang tahun 2014.

Persekitaran dunia yang semakin dinamik dan kompleks pada masa kini menuntut iltizam dan dedikasi yang tinggi dalam kalangan penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada stakeholders dan rakyat. Ekspektasi pelanggan dan rakyat yang semakin meningkat dan keperluan berurusan dengan pelbagai spektrum pelanggan secara berkesan memerlukan Perkhidmatan Awam yang bersifat citizen-centric.

Respons Perkhidmatan Awam kepada senario semasa ini telah menyaksikan pembentukan Agenda Transformasi Perkhidmatan Awam. Mendepani realiti baharu ini juga telah membawa kepada penghasilan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai citra keunggulan penyampaian perkhidmatan. Lima teras yang mendasari Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu mendaya upaya bakat; merekayasa organisasi; merakyatkan penyampaian perkhidmatan; merangkum dan sepunya; serta membudaya nilai kini dijadikan asas utama kepada agenda perubahan yang digagaskan.

Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam ini seterusnya diterjemahkan kepada inisiatif-inisiatif bitara Perkhidmatan Awam. Sesungguhnya, penghasilan

Assalamualaikum WBT, Salam Transformasi,Salam 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

“Bagi menyemarakkan lagi momentum transformasi dalam Perkhidmatan Awam, saya telah memperkenalkan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam yang memberi fokus kapada lima teras strategik. Hanya apabila kita berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, kita mampu memenuhi permintaan rakyat

yang semakin meningkat. Oleh itu kita mesti bertindak dengan cepat ke atas perubahan keperluan dan peningkatan ekspektasi rakyat. ”

- Amanat KPPA sempena Tahun Baru 2014

19FUNGSI

21PIAGAMPELANGGAN

14PENGURUSAN TERTINGGI JPA

18VISI, MISI &SLOGAN

12CARTAORGANISASI

PROFILKORPORAT

13CARTA ORGANISASIJABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Tan Sri Mohamad Zabidi ZainalKetua Pengarah Perkhidmatan Awam

Dato’ Sri Dr. Sharifah ZarahSyed AhmadTimbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Dato’ Seri Zainal Rahim SemanTimbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

PENGARAHBAHAGIAN DI BAWAH PEJABAT KPPA

Dato’ Dr. Mazlan YusoffPengarahInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Encik Norazmi Mohd. NarawiPenasihat Undang-undang

Puan Holesoh SaibonKetua Unit Audit Dalam

Encik Mohd Azraie HarunKetua Unit Integriti

Encik Surendran C.K. BalanPengarahBahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

KETUA UNITDI BAWAH PEJABAT KPPA

Puan Alice Suriati MazlanKetua Komunikasi

15PENGURUSAN TERTINGGIJABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PENGARAH BAHAGIANDI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Dato’ Haji Norzam Mohd NorPengarahBahagian Pembangunan Organisasi

Datin Dr. Rosslina Ahmad MokhtarPengarahBahagian Pembangunan Modal Insan(bermula 4 September 2014)

Dato’ Mohtar Mohd Abd RahmanPengarahBahagian Perkhidmatan

Datuk Raja Noor ZaedahRaja AhmadPengarahBahagian Saraan

Dato’ Mohd. Tajudin DonPengarahBahagian Pembangunan Modal Insan(sehingga 3 September 2014)

Dr. Rose Lena LazemiPengarahBahagian Transformasi Sektor Awam

16 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

PENGARAH BAHAGIANDI BAWAH PROGRAM OPERASI SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Dato’ Wan Ahmad DahlanHj Ab AzizPengarahBahagian Khidmat Pengurusan (bermula 11 Disember 2014)

Dato’ Yeow Chin KiongPengarahBahagian Pasca Perkhidmatan

Dr. Abd Halim Mohd HussinPengarahBahagian Pengurusan Psikologi

Encik Abdul Ghani BotokPengarahBahagian Pengurusan Maklumat

Dato’ Amir Haji Abdul HamidPengarahBahagian Khidmat Pengurusan (sehingga 10 Disember 2014)

17PENGURUSAN TERTINGGIJABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. PERANCANGAN

2. PEMBANGUNAN

3. PENGURUSAN

25KERANGKA TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

27TERAS STRATEGIK 1

24PENGENALAN

36TERAS STRATEGIK 2

46TERAS STRATEGIK 3

52TERAS STRATEGIK 4

56TERAS STRATEGIK 5

PERJALANANTRANSFORMASIJPA 2014

Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua Perkhidmatan (KSU-KP) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 4 Februari 2014 telah memutuskan bahawa setiap kementerian/agensi Kerajaan hendaklah mengambil inisiatif untuk memulakan langkah transformasi. Ini merupakan usaha untuk menyemarakkan lagi transformasi Perkhidmatan Awam agar setiap kementerian/agensi dapat membangunkan Pelan Transformasi masing-masing.

Sebagai peneraju transformasi Perkhidmatan Awam, JPA telah mengenal pasti 25 langkah strategik (quick wins) yang melibatkan 94 inisiatif transformasi pada tahun 2013. Usaha transformasi ini diteruskan pada tahun 2014 dengan pelaksanaan sebanyak 123 inisiatif yang dikenali sebagai TI-100.

Sejajar dengan Dasar Transformasi Negara (DTN) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi, Perkhidmatan Awam perlu lebih fleksibel dan responsif dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara pada 11 Mac 2013 telah mengumumkan transformasi Perkhidmatan Awam dengan diterajui oleh dua agensi pusat iaitu JPA dan Kementerian Kewangan.

Kembara transformasi Perkhidmatan Awam bermula dengan pembangunan Kerangka Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (KTJPA). KTJPA melalui beberapa proses pemurnian berdasarkan maklum balas yang telah diterima dari sesi-sesi rundingan dan konsultasi dengan pihak berkepentingan sebelum diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji dan Perjawatan Sektor Awam (JKK-MPGSA) untuk diperluaskan ke seluruh Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, KTJPA selanjutnya telah dijenamakan sebagai Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) yang mengandungi lima teras strategik berikut:

(i) Mendaya upaya bakat;(ii) Merekayasa organisasi;(iii) Merakyatkan penyampaian perkhidmatan;(iv) Merangkum dan sepunya; dan(v) Membudaya nilai.

Bilangan Inisiatif di bawah TI-100 mengikut Teras Strategik

27TERAS STRATEGIK 1MENDAYA UPAYA BAKAT

dan selepas perkhidmatan. Teras Strategik 1 bertujuan untuk melahirkan penjawat awam dengan ketinggian ilmu pengetahuan, kompetensi, bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan prestasi, produktiviti dan daya inovasi.

Sejajar dengan peranan utama JPA sebagai Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam, pendekatan bagi Teras Strategik 1 berdasarkan kepada kitaran proses pengurusan sumber manusia yang dinamik bermula daripada sebelum perkhidmatan, semasa perkhidmatan

Program Pembangunan Kepimpinan berasaskan aktiviti luar untuk Program Kepimpinan dan Pengurusan Tertinggi telah dilaksanakan dengan jayanya. ILEAD-PARK menjadi inisiatif strategik Kerajaan dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan kompetensi yang tinggi.

BAKAT UNTUK NEGARA (TALENT-4-NATION)Pembangunan bakat dalam Perkhidmatan Awam adalah kritikal. Bakat yang terbaik dan dilengkapi dengan kompetensi yang sesuai akan memberikan perkhidmatan yang efisyen kepada rakyat. Menyedari kepentingan ini, sebuah inisiatif telah diperkenalkan di bawah Teras Strategik Pertama KTPA - Mendaya Upaya Bakat iaitu inisiatif Bakat Untuk Negara. Inisiatif ini merupakan suatu penyelidikan khas tentang bidang keutamaan yang diperlukan oleh negara bagi meningkatkan kompetensi penjawat awam. Keberhasilan inisiatif ini adalah pembangunan dan pengekalan bakat terbaik sektor awam bagi memenuhi keperluan masa hadapan negara.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif-inisiatif strategik bagi teras ini meliputi keseluruhan kitaran proses pengurusan sumber manusia.

TAMAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN INTAN (INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK - iLEAD-PARK)Penubuhan Taman Pembangunan Kepimpinan INTAN telah melakar sejarah baharu buat Perkhidmatan Awam negara. Berbeza dengan latihan kepimpinan berasaskan bilik kuliah, ILEAD-PARK menawarkan anjakan baharu dalam konsep pembangunan kepimpinan berteraskan lapangan dan aktiviti berpasukan. ILEAD-PARK dirasmikan pada 27 Februari 2014 di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah. Dengan memfokuskan kepada pembangunan kompetensi kepimpinan melalui program luaran, ILEAD Park menawarkan latihan menyeluruh dalam membangunkan kemahiran kepimpinan berkumpulan yang diperlukan oleh penjawat awam. Tiga siri Kursus

29TERAS STRATEGIK 1MENDAYA UPAYA BAKAT

Bagi maksud kajian ini penandaarasan pelaksanaan ganjaran berdasarkan prestasi di beberapa buah negara OECD iaitu Korea, Singapura, United States, United Kingdom, Australia dan New Zealand. Berdasarkan penandaarasan PRP di negara-negara tersebut, secara umum pelaksanaannya meliputi:

• penggubalan undang-undang berkaitan dengan prestasi dan akauntabiliti

• pemberian kenaikan gaji tahunan dan bonus kepada pekerja yang berprestasi

• disentralisasi dalam pentadbiran Kerajaan

GANJARAN BERDASARKAN PRESTASI PENANDAARAS OECD(OECD BENCHMARKING)Penandaaras OECD merupakan satu kajian penandaarasan bagi menilai dan mengkaji amalan serta tahap keberkesanan pelaksanaan di negara-negara OECD dalam pemberian ganjaran kepada pekerja berasaskan prestasi dalam sektor awam. Kajian Public Expenditure Report oleh Bank Dunia pada tahun 2012 telah mengenalpasti kelemahan dalam sistem ganjaran sektor awam kerana tiada unsur yang mengaitkan ganjaran dengan prestasi pegawai.

Antara sebab-sebab pelaksanaan ganjaran berdasarkan prestasi dalam sektor awam adalah:

PELAN PENGGANTIAN KEPIMPINAN UTAMAPelan penggantian merupakan pra-syarat penting menjamin kelestarian kepimpinan Perkhidmatan Awam. JPA telah membangunkan Pelan Penggantian Kepimpinan Utama yang melibatkan proses pemilihan dan perakuan pegawai. Antara perkara yang dititik beratkan ialah kelayakan, merit, prestasi, kompetensi, daya kepimpinan, pengalaman, kekananan, integriti dan kesesuaian. Berdasarkan kriteria yang ditetapkan, pegawai yang benar-benar layak dan terpilih sahaja akan diperakukan untuk mengisi jawatan utama Perkhidmatan Awam.

Kapasiti kepimpinan adalah penting dalam memastikan Perkhidmatan Awam tidak ketandusan pemimpin pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, program-program pembangunan pegawai yang berpotensi telah dilaksanakan secara berterusan. Secara keseluruhan, seramai 5,296 orang pegawai berpotensi telah diberi pendedahan melalui kursus kepimpinan di dalam dan luar negara. Ia termasuklah 971 orang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 2,207 orang pegawai daripada kumpulan pertengahan dan 2,118 orang daripada kumpulan pegawai muda. Di samping itu, JPA telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Razak School of Government (RSOG) dalam usaha membangunkan kepimpinan terbaik Perkhidmatan Awam. Seramai 1,340 orang pegawai telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh RSOG di dalam tempoh 2011 hingga 2014.

30 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

KAJIAN PERBANDINGAN GAJI AWAM-SWASTAPada tahun 2012 dan 2013, Kerajaan telah meluluskan penambahbaikan saraan yang melibatkan kenaikan dan struktur gaji sektor awam. Susulan daripada penambahbaikan tersebut, Kajian Perbandingan Gaji Sektor Awam dan Sektor Swasta telah dilaksanakan

dengan membuat perbandingan elemen-elemen struktur gaji sektor awam dengan amalan saraan sektor swasta. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji impak penambahbaikan struktur saraan dan kenaikan gaji. Kajian ini juga adalah selaras dengan syor Kajian Public Expenditure Review oleh Bank Dunia yang melaporkan mengenai ketiadaan analisa pasaran yang sistematik dalam penetapan saraan.

31TERAS STRATEGIK 1MENDAYA UPAYA BAKAT

MEMPERIHALKAN MASA HADAPAN (FUTURING CAPACITY)Objektif inisiatif ini adalah untuk memperkenalkan dan menyediakan modul latihan untuk aplikasi Perancangan Senario dan Pemerihalan Masa Hadapan (FTSP) dalam perancangan sektor awam. JPA telah bekerjasama dengan United Nations Development Program (UNDP) mulai tahun 2012. JPA telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Program Sokongan Kepada Transformasi Perkhidmatan Awam (PSKTPA) dan sebanyak USD300,000 telah diluluskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU). SPSTP merangkumi 5 output utama yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 2013-2015.

Seramai 20 orang pegawai dari INTAN dan JPA telah diberi latihan Training of Trainers (TOT) mengenai aplikasi PSMPA dan sebahagian daripada mereka telah terlibat dalam tiga bengkel pengenalan PSMPA yang diadakan sepanjang tahun yang melibatkan 90 orang peserta dari semua kementerian / jabatan.

Satu kursus Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers) telah diadakan pada 16 – 17 Julai 2014 melibatkan 18 pegawai JPA sebagai persediaan kepada makmal unjuran sumber manusia sektor awam. Seramai 102 pegawai telah dilatih dan sebanyak 26 unjuran keperluan sumber manusia telah disediakan menerusi sesi makmal tersebut. Pegawai-pegawai tersebut berperanan sebagai pemudahcara dalam sesi makmal berkenaan. Sebanyak tiga makmal unjuran sumber manusia sektor awam yang melibatkan kementerian/agensi telah diadakan seperti berikut:

(i) sektor sosial pada 28-30 Oktober 2014(ii) sektor pentadbiran dan keselamata pada 10-12

November 2014(iii) sektor ekonomi pada 24-26 November 2014

Hasil daripada Output 2 yang melibatkan pembangunan kapasiti penjawat awam dalam bidang Perancangan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (PSMPA) ialah pembangunan satu modul latihan dan dijadikan sebagai salah satu kursus yang akan ditawarkan oleh pihak INTAN mulai tahun 2015.

HR INTELLIGENCEHR Intelligence bertujuan membangunkan unjuran keperluan sumber manusia bagi Perkhidmatan Awam.

Unjuran ini adalah penting dalam perancangan tenaga manusia kerana:

32 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

graduan tajaan JPA di mana terma kontrak berkhidmat dengan Kerajaan bagi pelajar tajaan dipindahkan ke syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang berdaftar di bawah program STAR. Program ini bertujuan untuk mengekalkan bakat terbaik di kalangan graduan tajaan untuk berkhidmat di dalam negara bagi mengelakkan isu pengaliran keluar bakat. Prestasi program ialah seperti Carta berikut. Program yang dilancarkan pada tahun 2011 ini telah berjaya menarik 794 syarikat untuk menyertai program ini dan seramai 1,672 graduan telah dipindahkan kontrak dan kekal bekerja di syarikat yang telah ditetapkan.

JPA-Management Apprenticeship Programme (JPA–MAP) yang telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2014 merupakan inisiatif terbaharu yang diperkenalkan bagi menyokong Program STAR. Graduan tajaan JPA dalam pelbagai bidang bukan kritikal akan mengikuti penempatan di syarikat di bawah program STAR setelah mereka tamat pengajian dengan jayanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Program ini memberi pendedahan dan latihan pembangunan selama tiga bulan dengan fokus kepada peningkatan kemahiran tingkah laku serta perkembangan laluan kerjaya kepada graduan tajaan JPA dalam pelbagai bidang bukan kritikal yang telah tamat pengajian dengan jayanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat melalui penempatan di syarikat di bawah program STAR. Bagi sesi JPA-MAP 1/2014, seramai 98 graduan telah ditempatkan di 30 syarikat mengikut bidang-bidang bersesuaian.

TAPS, STAR & JPA-MAPTAPS, STAR Gen.2 dan JPA-MAP merupakan program yang dibangunkan untuk menarik bakat terbaik supaya berkhidmat dalam negara selepas tamat pengajian peringkat universiti.

Talent Acceleration in Public Service (TAPS) dilaksanakan dengan kerjasama Razak School of Government (RSOG) bertujuan untuk mengenal pasti, memupuk dan mencari bakat yang terbaik untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Peserta terdiri daripada kalangan pemegang biasiswa JPA yang berpotensi tinggi serta baru menamatkan pengajian. Graduan yang terpilih didedahkan kepada suasana kerja sebenar dalam Perkhidmatan Awam dan dikawal selia oleh kementerian/jabatan berdasarkan penempatan mereka. Kejayaan program ialah seperti Carta diatas.

Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR) merupakan inisiatif usaha sama antara JPA dengan Talentcorp bagi menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran serta berketrampilan di kalangan

Sebanyak 86 orang daripada peserta yang tamat di bawah program TAPS bekerja dengan kerajaan.

33TERAS STRATEGIK 1MENDAYA UPAYA BAKAT

di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) yang melibatkan 400 pegawai muda.

a) JPA4U@IKWAS & WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Pada 17 hingga 18 Mac 2014, INTAN telah menganjurkan program JPA4U@IKWAS & Wacana Transformasi Kepimpinan Muda dengan tema “Merapatkan Jurang Generasi dalam Komuniti” di IKWAS, Kluang, Johor. Pelbagai pengisian telah diadakan, antaranya Klinik Sukan Bola Sepak, Pameran Transformasi JPA dan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC).

b) JPA4U @ INTIM & WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

JPA4U @ INTIM & Wacana Transformasi Kepimpinan Muda dengan tema “Merapatkan Jurang Generasi Dalam Komuniti” telah diadakan pada 22 hingga 23 April 2014 di INTIM, Kemaman, Terengganu. Seramai 1,870 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, pelajar sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota masyarakat yang bukan sahaja dari kawasan sekitar, bahkan juga dari daerah-daerah lain di Terengganu, Pahang dan Kelantan telah turut serta dalam program tersebut.

KONSEP DAYA KERJA SEIMBANG (WORK-LIFE BALANCE)YAB Perdana Menteri di dalam Ucapan Bajet 2014, telah menekankan kepentingan majikan mengamalkan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) supaya pekerja menikmati keseimbangan antara kehidupan dan juga kerjaya (Work Life Balance - WLB). Selaras dengan itu, pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel dalam

PEMINDAHAN KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN DAN PENGAYAAN BAKATPengetahuan dan kepakaran merupakan asas kepada pembinaan penjawat awam yang cemerlang. Inisiatif Pemindahan Kemahiran (TranSE) & Kepakaran dan Pengayaan Bakat (ISE) adalah dua inisiatif yang memberi penekanan kepada kaedah pemindahan pengetahuan dan kemahiran pegawai daripada pelbagai bidang kepakaran secara berterusan. Selain itu, ia dilaksanakan bertujuan untuk memperkaya pengalaman bekerja terutamanya berkaitan pembentukan dasar serta penglibatan dalam tugasan operasi.

Inisiatif TranSE melatih pegawai untuk memahami kehendak dan keperluan pengurusan sumber manusia secara strategik. Inisiatif ini memerlukan pegawai untuk mengikuti program sangkutan selama tiga bulan di JPA. TranSE melibatkan 10 pegawai dari lima Kementerian dan empat agensi yang terdiri dari kalangan pegawai pelbagai gred jawatan mulai gred 27 hingga 48.

Inisiatif ISE dapat meluaskan jaringan perhubungan dalam kalangan pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan gunasama untuk memahami dan meningkatkan persefahaman mengenai fungsi organisasi yang berbeza. Hubungan dan kerjasama yang erat dapat mempermudahkan lagi kolaborasi antara jabatan dan skim bagi merealisasikan agenda pembangunan negara. Pada tahun 2014, program ini telah dilaksanakan sebanyak dua siri dengan penglibatan seramai 8 pegawai menjalani program sangkutan selama sebulan. Antara agensi yang terlibat selain JPA ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDAPegawai muda merupakan komponen majoriti dalam Perkhidmatan Awam. Usaha membangunkan kepimpinan Perkhidmatan Awam haruslah bermula di peringkat pegawai muda lagi. Atas dasar tersebut, Wacana Transformasi Kepimpinan Muda diadakan sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman terhadap nilai kepimpinan dan kepemimpinan dalam Perkhidmatan Awam. Sebanyak dua siri persidangan telah dilaksanakan iaitu di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) yang melibatkan 601 pegawai muda dan

Wacana Transformasi Kepimpinan Muda merupakan platform perbincangan untuk penjawat awam muda

34 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Perkhidmatan Awam telah dikenal pasti sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Teras 1 Kerangka Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam. Kajian pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel dalam Perkhidmatan Awam memberi fokus kepada tiga program iaitu:

Program JPA4U@INTIM telah dihadiri seramai 1870 penjawat awam di sekitar Terengganu, Pahang dan Kelantan

Pada masa ini hanya Jabatan Peguam Negara telah diluluskan Projek Rintis Bekerja Dari Rumah iaitu dari 1 April 2014 sehingga 31 Mac 2015. Projek rintis Pengaturan Kerja Fleksibel di kementerian lain akan bermula pada tahun 2015 selaras dengan Pelan Transformasi Kementerian yang telah dibangunkan semasa Lab Transformasi di INTAN Kiara. Garis panduan pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel telah disediakan dan akan digunapakai semasa projek rintis Pengaturan Kerja Fleksibel pada tahun 2015.

PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM (BEYOND MAX)Dalam usaha mengekalkan bakat terbaik dalam Perkhidmatan Awam, JPA telah memperkenalkan Beyond Max iaitu Pergerakan Gaji kepada pegawai yang mencapai tahap gaji maksimum yang layak untuk dimanfaatkan oleh seramai 182,000 penjawat awam. Dalam usaha menambah baik dasar saraan sedia ada, Formula Imbuhan Tetap telah diperkenalkan oleh JPA dengan matlamat membangunkan dasar penetapan imbuhan yang lebih tepat berdasarkan data empirikal.

Memandangkan peruntukan dasar untuk pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel tidak wujud dalam mana-mana dasar yang sedia yang berkuat kuasa maka pelaksanaan projek rintis Pengaturan Kerja Fleksibel dicadangkan bagi melihat dan memahami implikasi pelaksanaannya terhadap pelbagai peraturan yang terpakai ke atas penjawat awam seperti:

35TERAS STRATEGIK 1MENDAYA UPAYA BAKAT

36 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

(a) Pembayaran Pencen JPA bertanggungjawab terhadap kebajikan dan

kesejahteraan pesara Kerajaan. Pada tahun 2014, jumlah pesara adalah seramai 29,724. Dengan jumlah ini, Kerajaan menanggung implikasi kewangan sebanyak RM70.3 juta. Isu yang berbangkit adalah aduan mengenai tempoh pembayararan faedah persaraan yang mengambil masa yang lama. Bagi tahun 2013, JPA telah memproses persaraan bagi 18,450 pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta. Bermula April 2014, JPA telah melaksanakan PPK kepada proses kerja sedia ada bagi mempercepatkan tempoh pengurusan pencen. Dalam hubungan ini, proses kerja bagi urusan bayaran faedah persaraan telah berjaya dikurangkan dari 30 hari kepada 14 hari. Selain itu, jika dulu, waris perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil kematian, sijil nikah dan sijil kelahiran anak bagi tujuan tuntutan pencen terbitan penjawat awam yang meninggal dunia selepas persaraan. Namun kini, waris hanya perlu mengemukakan sijil kematian sahaja bagi membolehkan permohonan tersebut diproses.

Teras Strategik 2 berfokuskan kepada merekayasa organisasi yang merujuk kepada aktiviti/usaha/tindakan penambahbaikan yang dilakukan dalam organisasi untuk meningkatkan kecekapan, keupayaan dan keberkesanan bagi mencapai matlamat organisasi. Elemen-elemen dalaman organisasi yang dimaksudkan termasuklah struktur yang menjelaskan bentuk hubungan antara unit/bahagian dan individu dalam organisasi; proses kerja yang menjelaskan bagaimana sesuatu kerja dilaksanakan; sumber manusia yang menjelaskan mengenai pekerja; dan penggunaan teknologi. Merekayasa melibatkan proses penganalisaan dan semakan semula ke atas elemen-elemen berkenaan dengan melihat kepada kekuatan dan kelemahan, dan kemudiannya membuat perancangan baharu yang sesuai bagi mencapai matlamat organisasi.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif transformasi Teras Strategik 2 memfokuskan kepada meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi untuk mencapai keberhasilan strategik iaitu mewujudkan organisasi yang dinamik, kejat, terbuka, tangkas dan berkeupayaan tinggi.

PEREKAYASAAN PROSES DAN PROSEDUR KERJATransformasi yang dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam menyaksikan pelbagai perubahan yang positif menerusi penambahbaikan proses kerja (PPK). Ini sejajar dengan hasrat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cepat dan tepat serta dalam masa yang sama memenuhi ekspektasi pelanggan. Beberapa perkhidmatan teras JPA telah diberi nafas baharu melalui PPK. Penambahbaikan ini telah membolehkan JPA meningkatkan mutu perkhidmatan walaupun menghadapi pertambahan beban tugas dan pengurangan sebanyak 12.4 peratus warga JPA (2,848 pegawai berbanding 3,251 pegawai sebelum pelaksanaan transformasi). Antara proses kerja yang terlibat dalam PPK ialah seperti berikut:

(b) Program Penajaan JPA telah menaja seramai 10,862 orang pelajar bagi

tahun 2013 dan 2014. Isu yang timbul adalah aduan pelajar mengenai tempoh pembayaran penajaan kepada mereka. Melalui PPK, proses kerja bagi pembayaran penajaan ini berjaya dikurangkan kepada satu bulan berbanding empat bulan sebelum ini. Pengurangan tempoh masa pembayaran ini adalah hasil program turun padang yang mana kini JPA berurusan secara terus dengan pelajar tanpa melalui pihak ketiga (universiti) serta mengadakan rundingan dengan pihak universiti dalam mendapatkan maklumat bagi tujuan pembayaran biasiswa (pengesahan pengajian, keputusan peperiksaan dan lain-lain).

(c) Penstrukturan Semula Urusan penstrukturan semula melibatkan tempoh

masa yang panjang iaitu 120 hari. Dengan struktur

(d) Pindaan Skim Pindaan skim perkhidmatan dilaksanakan agar

semua skim sedia ada relevan dengan keperluan Perkhidmatan Awam. Bagi tahun 2014, sebanyak 252 skim perkhidmatan telah dipinda manakala bagi tahun 2013, sebanyak 81 skim perkhidmatan telah dipinda.

organisasi yang lebih mendatar, pelaksanaan tugas dibuat secara matriks dan berdasarkan projek. Melalui kaedah ini, JPA telah berjaya mengurangkan tempoh masa kepada 30 hari. Bagi tahun 2014, 225 agensi (termasuk 98 Pihak Berkuasa Tempatan dan 70 Badan Berkanun Negeri) telah distruktur semula manakala bagi tahun 2013, hanya 14 agensi telah distruktur semula.

JPA memegang prinsip ‘Setiap Pesara Dihargai’ dalam menguruskan kebajikan dan faedah persaraan pesara

38 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

AKADEMI INOVASI WANITA (MYWIN) MyWIN diwujudkan bagi membangunkan kepimpinan dan keusahawanan wanita berlandaskan inovasi. Selaras dengan pengiktirafan terhadap peranan penting wanita dalam pembangunan negara, kerajaan telah menetapkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dan memenuhi jawatan kanan. Penglibatan aktif golongan wanita sebagai usahawan dilihat dapat menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akan menentukan kejayaan pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, kepimpinan golongan wanita perlu dibangun dan diperkasakan serta bilangan pemimpin wanita perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat berganding bahu dalam memberi sumbangan kepada kemakmuran negara. Berkuatkuasa mulai 16 Februari 2014, sebuah pasukan interim telah ditubuhkan bagi merealisasikan penubuhan MyWIN. Kejayaan penubuhan MyWIN ini diharapkan dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan berasaskan inovasi.

STRATEGI RASIONALISASI PERKHIDMATAN AWAMDokumen Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (2016-2020) merupakan dokumen Rancangan Malaysia yang terakhir sebelum Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. JPA telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Kertas Strategi bagi Kumpulan Fokus 4 iaitu Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Ia merupakan salah satu tajuk di bawah Bab 9 dokumen Rancangan Malaysia Ke-Sebelas iaitu Mentransformasikan Perkhidmatan Awam ke arah Produktiviti.

Penyediaan Kertas Strategi Rasionalisasi Perkhidmatan Awam telah bermula pada bulan Februari 2014 melalui penubuhan satu Kumpulan Kerja Teknikal yang dianggotai oleh Bahagian-bahagian di JPA dan beberapa Kementerian yang mewakili sektor sosial, keselamatan, ekonomi dan pentadbiran. Seterusnya, bagi menyelaras dan mendapatkan input secara langsung dari Kementerian-kementerian, satu bengkel Penyediaan Dokumen RMKe-11 telah diadakan dari 7 hingga 10 Mei 2014. Hasil dari bengkel tersebut:

MyWIN diwujudkan bagi membangunkan kepimpinan dan keusahawanan wanita berlandaskan inovasi

Draf Kertas Strategi tersebut telah dibentangkan kepada Pengarah-pengarah Bahagian di JPA mulai dari 25 Ogos hingga 12 September 2014. Berdasarkan kepada ulasan dan pandangan yang telah diberikan, cadangan Kertas Strategi yang baru telah dikemukakan kepada pihak EPU pada akhir bulan Oktober 2014. Cadangan yang dikemukakan tersebut menetapkan empat hala tuju strategik bagi RMKe-11 iaitu:

PENGGUBALAN DASAR PEMBANGUNAN ORGANISASI SEKTOR AWAMSatu garis panduan untuk kegunaan agensi awam dalam aspek pembangunan organisasi. Inisiatif Kajian Penambahbaikan Skim Perkhidmatan dilaksanakan

39TERAS STRATEGIK 2MEREKAYASA ORGANISASI

selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam bagi memastikan Perkhidmatan Awam sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Pada awalnya, KPI yang ditetapkan bagi inisiatif ini ialah 100 skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun mulai April 2014, terdapat keperluan untuk mengkaji kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. Sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 80 sesi rundingan telah diadakan dengan pihak berkepentingan iaitu Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis-Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), kesatuan, persatuan dan bahagian-bahagian di JPA. YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 telah

mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan ke atas kesemua 252 skim perkhidmatan.

Inisiatif Kajian Penstrukturan Semula Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN)Bagi inisiatif Penstrukturan Semula Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri, kajian ini telah selesai dilaksanakan pada 31 Oktober 2014 terhadap semua 98 PBT dan 70 BBN di Semenanjung Malaysia mengikut KPI yang telah ditetapkan. Pendekatan yang telah digunakan adalah seperti berikut :

Ringkasan pencapaian penstrukturan semula PBT dan BBN dari segi bilangan jawatan yang dinaik taraf dan pewujudan jawatan adalah sepertimana berikut :

Selain itu, kajian juga bertujuan memastikan semua PBT dan BBN dibekalkan dengan struktur organisasi yang terbaik dan relevan agar agensi berkenaan dapat melaksanakan semua fungsinya dengan cekap, efisien dan efektif.

40 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Inisiatif penstrukturan semula PBT dan BBN telah diberikan tumpuan khusus bagi memastikan outcome projek iaitu peningkatan kemajuan kerjaya pegawai dan kualiti penyampaian perkhidmatan dapat dicapai. Sehingga 31 Disember 2014, Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) oleh Ketua Setiausaha

Negara kepada PBT dan BBN telah dilaksanakan di tiga buah negeri iaitu Johor, Kedah dan Perlis.

Ringkasan pencapaian lima (5) inisiatif lain yang dilaksanakan JPA bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

Majlis Dialog KPPA Bersama Para Guru di Melaka

Turun Padang JPA ke Hospital Kemaman, Terengganu

41TERAS STRATEGIK 2MEREKAYASA ORGANISASI

42 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

PERLUASAN PERKHIDMATAN SECARA DALAM TALIANBagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, JPA telah membuat penambahbaikan dengan memperluaskan perkhidmatan secara dalam talian. Dengan adanya perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian, perkidmatan yang ditawarkan adalah lebih telus, objektif dan efisien.

a) Sistem Penilaian 360 Darjah Sistem Penilaian 360 Darjah (360°) bertujuan untuk

menilai keberkesanan peribadi, kepimpinan, prestasi dan penerimaan warga organisasi terhadap pegawai-pegawai PPTPA. Penilaian 360° ini merupakan salah satu elemen yang dinilai sebagai KPI kepada pegawai. Sistem ini memudahkan pemantauan dilaksanakan serta mampu menjana laporan secara efektif. Sistem ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan dibangunkan semula pada tahun 2014 bagi memastikan ianya mematuhi standard IPv6 yang ditetapkan oleh MAMPU. Pembangunan semula sistem ini telah selesai pada 31 Julai 2014 dan mula dilaksanakan pada bulan Disember 2014.

b) Sistem Pemantauan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (MyKPI)

Sistem MyKPI bertujuan untuk memantau prestasi dan pencapaian KPI PPTPA secara telus dan objektif. Melalui sistem ini, proses pembangunan, penilaian

dan pemantauan KPI dilaksanakan secara dalam talian. Pembangunan sistem ini mengambil masa selama dua bulan yang dilaksanakan melalui kaedah Applikasi Pembangunan Bersama di antara Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Perkhidmatan dan pembekal yang melibatkan seramai lapan orang pegawai. Pelaksanaan sistem ini telah bermula pada bulan Ogos 2014 untuk penilaian KPI tahun 2014. Sistem ini telah mula diguna pakai bagi KPI 53 orang Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA).

c) Sistem E-Luar Negara Sistem E-Luar Negara telah mempermudahkan

urusan permohonan ke luar negara atas urusan rasmi dan urusan persendirian oleh pegawai JPA.

PELAKSANAAN HRMIS 2.0Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, aplikasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMIS) telah dilancarkan pada 1999 bagi menguruskan sumber manusia dengan lebih efisien dan sistematik. Setelah hampir 15 tahun dilancarkan, HRMIS 2.0 telah dibangunkan hasil penambahbaikan pada HRMIS sedia ada. Mesyuarat Kerja Rasionalisasi HRMIS 2.0 antara JPA dan MAMPU yang telah diadakan pada Julai 2013 berpandangan bahawa HRMIS 2.0 perlu dibangunkan berasaskan HRMIS sedia ada dengan mengambil kira isu keselamatan, penambahbaikan dan prestasi.

Kini, HRMIS 2.0 boleh dilayari dari telefon pintar pengguna

43TERAS STRATEGIK 2MEREKAYASA ORGANISASI

PERSIDANGAN HRMIS USER GROUP (HUGS) 2014Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2014 merupakan satu inisiatif yang digariskan di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa Organisasi di bawah Kerangka Transformasi JPA. Program HUGS yang bertemakan “HRMIS Cekap Transformasi Mantap” telah diadakan pada 29 hingga 30 September 2014 di Hotel Equatorial, Melaka. Program ini telah dihadiri oleh 374 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, pengurus sumber manusia, pengurus ICT dan pentadbir HRMIS dari Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi persekutuan dan agensi negeri.

Program HUGS 2014 mempunyai matlamat untuk membudayakan HRMIS ke seluruh agensi Kerajaan seterusnya menjadikan HRMIS sebagai sumber maklumat utama pengurusan sumber manusia di sektor awam. Menerusi program ini juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 39 buah agensi yang telah berjaya memperoleh Penilaian Melangkaui Sasaran bagi pelaksanaan KPI HRMIS pada tahun 2013. Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal turut menyampaikan sijil penghargaan berserta plak pengiktirafan kepada 10 buah agensi terbaik di kalangan 39 buah agensi berkenaan serta menyampaikan sijil dan anugerah khas kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia atas komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan HRMIS.

PROFIL SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (MALAYSIAN CIVIL SERVICE PROFILE - MCS)Profil Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Malaysia 2013 berfungsi untuk mengumpulkan data-data asas berhubung pelbagai aspek pengurusan sumber manusia dan profil penjawat awam dalam satu penerbitan. Laporan ini mengandungi maklumat ringkas mengenai sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia serta data mengenai profil organisasi dan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam. Di samping itu, analisis data siri masa mulai 2009 sehingga 2013 memberi satu gambaran realisitk berhubung trend yang perlu di ambil kira dalam apa jua penggubalan dasar berhubung penjawat awam.Bagi memantapkan data profil Perkhidmatan Awam, beberapa tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan:

Program Persidangan HRMIS User Group 2014 diadakan untuk membudayakan penggunaan HRMIS

44 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (LTPA) Lab Transformasi Perkhidmatan Awam diadakan untuk membantu agensi-agensi menyediakan Pelan Tranformasi masing-masing. Sebanyak tujuh siri LTPA melibatkan 22 buah kementerian dan 779 peserta telah diadakan dalam tempoh April hingga Jun 2014.

PENGINTEGRASIAN DAN PERKONGSIAN MAKLUMATSistem aplikasi yang terlalu banyak menyukarkan pengguna mendapatkan data atau maklumat yang tepat. Bagi mengatasi masalah ini, JPA telah mengambil

langkah untuk mengadakan kajian mengintegrasi semua data dalam sistem aplikasi di JPA. Kajian ini dilaksanakan secara berfasa yang mana di bawah Fasa 1, laporan kajian telah dilaksanakan manakala Fasa 2 masih dalam peringkat pelaksanaan. Selain itu, bagi menggalakkan warga JPA berkongsi maklumat, Intranet JPA telah dibangunkan semula agar lebih cekap dan mesra pengguna dengan menggunakan infrastruktur dan teknologi terkini. Dengan mempunyai sebuah pangkalan data yang lengkap dan komprehensif, ia dapat menjimatkan sumber serta meningkatkan kualiti maklumat yang dijana. Perkhidmatan Awam memerlukan pangkalan data yang lengkap dan bersepadu bagi membolehkan pihak pengurusan memperolehi maklumat yang tepat untuk membuat keputusan yang terbaik.

Sebanyak tujuh siri LTPA telah diadakan pada tahun 2014 yang melibatkan 22 kementerian dan 779 peserta

Antara wakil pegawai dari Kementerian-kementerian yang menyertai Lab Transformasi Perkhidmatan Awam JPA

Lab Transformasi Perkhidmatan Awam telah diadakan di INTAN Bukit Kiara pada 16 Jun 2014

45TERAS STRATEGIK 2MEREKAYASA ORGANISASI

46 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Dalam transformasi Perkhidmatan Awam, kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dengan menjadikan Teras Strategik 3 iaitu merakyatkan penyampaian perkhidmatan sebagai tiang utama Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam. Penjawat awam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan kepentingan dan kepercayaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya kekal relevan. Perkhidmatan Awam perlu menjadi lebih mudah diakses dan memberi peluang kepada rakyat untuk turut mengambil bahagian secara langsung dalam memberi input kepada perancangan dan pelaksanaan inisiatif kerajaan. Bagi menuju ke arah meningkatkan kualiti penyampaian sistem Perkhidmatan Awam, JPA telah melaksanakan pelbagai usaha yang melibatkan pendigitalan dan pengintegrasian perkhidmatan serta perkongsian maklumat yang lebih meluas dan berkesan serta dapat menjimatkan kos.

PENDIGITALAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATANPerkembangan teknologi telah mendorong kepada keperluan untuk melaksanakan segera projek pendigitalan yang merupakan elemen penting bagi memastikan Perkhidmatan Awam terus relevan pada masa akan datang. Pendigitalan dapat memudah dan mempercepatkan akses kepada Perkhidmatan Awam tanpa mengira tempat dan masa. Perkhidmatan Awam perlu memanfaatkan peningkatan penggunaan rangkaian sosial dalam menyampaikan perkhidmatan yang bermutu dan terbaik.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang optimum wajar diberi perhatian dalam melaksanakan transformasi Perkhidmatan Awam. Penambahbaikan proses kerja melalui pendigitalan dapat meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam supaya menjadi lebih cekap dan cepat menerusi pelbagai saluran penyampaian secara digital.

a) Pendigitalan Proses Kerja (Digital by default) Saluran penyampaian perkhidmatan di JPA telah

ditambah baik melalui usaha-usaha pendigitalan proses kerja. Usaha ini melibatkan 59 perkhidmatan yang boleh dicapai melalui pelbagai saluran penyampaian secara digital. Antara perkhidmatan digital by default JPA ialah e-Latihan (BKP) dan e-SILA (BMI).

b) INTAN Digital Nexus INTAN Digital Nexus merupakan platform

pembelajaran yang melibatkan inovasi penyampaian latihan menggunakan teknologi terkini. Di bawah projek ini, Projection Mapping Display – Montaj INTAN dan Digital Display – Majlis Makan Beradat Kadet PTD 2013 telah berjaya dibangunkan.

Di samping itu, empat Seminar NextGen Technology Talk telah diadakan dengan melibatkan seramai 100 orang peserta.

INTAN Digital Nexus merupakan platform pembelajaran yang melibatkan inovasi penyampaian latihan

c) Sistem Komunikasi Pegawai JPA dengan Pelajar Tajaan (MySELF)

MySELF JPA juga telah dibangunkan sebagai medium komunikasi antara pegawai JPA dengan pelajar tajaan. Bagi mengeratkan hubungan JPA dengan

Saluran Idea (Idea Hatch)

Sistem MySelf menawarkan perkhidmatan untuk kemudahan pelajar tajaan

pelajar tajaan, sistem ini menawarkan perkhidmatan seperti semakan jadual bayaran elaun sara hidup, lapor diri dan tempahan tiket serta permohonan pelanjutan pengajian secara dalam talian.

d) Saluran Idea (Idea Hatch) Idea Hatch merupakan satu platform yang telah

dibangunkan untuk menyalurkan sebarang idea, cadangan, komen dan maklum balas bagi memantapkan agenda transformasi Perkhidmatan Awam. Platform ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan orang ramai termasuk penjawat awam bagi menyumbangkan idea ke arah penambahbaikan penyampaian Perkhidmatan Awam.

48 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

e) e-MASS e-MASS ialah sistem yang menawarkan kemudahan

pembiayaan perubatan kepada pesara dari Badan Berkanun Kerajaan Tempatan/Negeri

Satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan pemberian kemudahan pembiayaan perubatan kepada 120,000 pesara dari 588 agensi Badan Berkanun Kerajaan Tempatan/Negeri.

f) EPSA RELOADED E-Pembelajaran Sektor Awam atau lebih dikenali

sebagai EPSA adalah portal pembelajaran dalam talian bagi penjawat awam di seluruh Malaysia. EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

EPSA adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada INTAN untuk mempromosikan penggunaan ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat dalam kalangan penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA. Pembelajaran melalui EPSA adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, penambahbaikan kandungan

dan capaian sistem telah menggalakkan penggunaan EPSA. Sebanyak 140 jenis kursus telah ditawarkan

secara dalam talian manakala seramai 485,230 orang telah berdaftar sebagai pengguna EPSA.

SISTEM PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HR-COP)HR-Cop pula merupakan satu sistem perkongsian ilmu yang dilancarkan pada 21 repositori berkaitan dengan pengurusan sumber manusia yang telah dibangunkan untuk kegunaan pengurus-pengurus sumber manusia sektor awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Sistem ini telah mula diguna pakai oleh tiga bahagian di JPA iaitu Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Bahagian Perkhidmatan (BK) dan Bahagian Transformasi Perkhidmatan Awam (BTSA). Sebanyak 13 siri bengkel hands-on telah diadakan meliputi kesemua bahagian di JPA dan INTAN cawangan Wilayah dengan penyertaan seramai 269 peserta. Lebih 600 orang warga JPA telah mula mengguna pakai sistem ini.

SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)Seminar Perancangan Strategik JPA pada 26 hingga 28 Januari 2014 telah menetapkan Dashboard JPA sebagai satu daripada Inisiatif Teras Strategik Ketiga di bawah Kerangka Transformasi JPA bagi membantu pihak Pengurusan Tertinggi JPA memperolehi maklumat dengan pantas. Objektif utama sistem ini adalah

EPSA merupakan portal pembelajaran dalam talian yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam di Malaysia

e-MASS ialah sistem yang menawarkan kemudahan pembiayaan perubatan kepada pesara dari Badan Berkanun Kerajaan Tempatan/Negeri

49TERAS STRATEGIK 3MERAKYATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

untuk menyediakan kemudahan dalam menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia secara real time bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penggubalan dasar dan membuat keputusan.

Projek Sistem ASSIST mula dilaksanakan pada 22 April 2014 dan berjaya disempurnakan pada bulan Oktober 2014. Bengkel Pengurusan Perubahan ASSIST telah dijalankan pada 24 hingga 27 November 2014 melibatkan penyertaan daripada 7 bahagian di JPA iaitu BPPD, BPO, BKP, BK, BS, BMI dan BPM.

1PESARA1Malaysia Civil Service Retirement Support (1PESARA) iaitu satu portal pesara kerajaan dibangunkan dan telah mula beroperasi pada 12 Mei 2014. 1PESARA bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pesara kerajaan dengan menyalurkan pelbagai maklumat untuk kesejahteraan pesara, kelangsungan kesihatan, panduan bekerja semula dan pembangunan keusahawanan dan pengurusan kewangan. Melalui portal ini juga, statistik pemadanan pekerjaan menunjukkan 1,026 pesara daripada 1,875 pesara (54.7%) telah berjaya bekerja semula.

Karnival 1Pesara diperkenalkan sebagai usaha proaktif JPA untuk mengukuhkan hubungan dengan golongan pesara bagi memberi penjelasan berkaitan inisiatif-inisiatif terbaru kerajaan untuk golongan pesara kerajaan. Program ini pada asalnya diberi nama 1MCSRS dan telah diubah kepada Karnival 1Pesara. Program ini telah diadakan secara kerjasama dengan Kementerian Kewangan pada 23 – 24 September 2014 bertempat di MAEPS, Serdang. Lebih 3000 pengunjung telah

hadir ke Karnival tersebut. Di samping itu juga, inisiatif 1Pesara telah mengambil bahagian menerusi program #myGST4U yang dianjurkan oleh JPA.

KAUNTER JPA4UKaunter JPA4U iaitu kaunter perkhidmatan pelanggan JPA yang bersepadu telah menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti penajaan pelajaran (sebelum perkhidmatan/ dalam perkhidmatan), urusan pencen, perubatan serta kad pesara dan kutipan bayaran pinjaman pelajaran. Perkhidmatan kaunter barisan hadapan JPA yang bersepadu ini telah memberikan perkhidmatan kepada seramai 14,466 pelanggan.

PENILAIAN KEPUASAN HATI PELANGGANPengurusan kualiti dalam Perkhidmatan Awam wajar diberi penekanan bagi memastikan kepuasan hati pelanggan yang merupakan pihak berkepentingan dalam sesuatu penyampaian perkhidmatan. Penilaian kepuasan hati pelanggan hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi mendapatkan maklum balas yang terkini untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan. Penawaran perkhidmatan yang cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif memerlukan setiap penyampai perkhidmatan memahami kepelbagaian kumpulan pelanggan dan menawarkan pilihan perkhidmatan menerusi pelbagai medium berdasarkan pendekatan yang diterajui oleh permintaan (demand-driven).

Menggembirakan pelanggan merupakan inisiatif bagi membangunkan satu kerangka kerja Panduan Pengurusan Pelanggan JPA sejajar dengan agenda

Karnival 1Pesara diperkenalkan sebagai saluran berkomunikasi dengan golongan pesara awam

Kaunter JPA4U ialah kaunter perkhidmatan pelanggan JPA bersepadu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan

50 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

transformasi Perkhidmatan Awam. Penekanan diberikan kepada pegawai barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dengan mengadakan Kursus Transformasi

Petugas Barisan Hadapan JPA Siri 1 pada 20 hingga 22 Jun 2014. Selain itu, Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA dan Audit Nilai JPA turut dilaksanakan bagi membuat penilaian ke atas perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPA.

51TERAS STRATEGIK 3MERAKYATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

52 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

yang berfokuskan kepada pengumpulan maklum balas mengenai pelaksanaan program-program JPA yang telah dilaksanakan seperti program Karnival 1Pesara, JPA-MAP dan #myGST4U. Pintar Sahabat juga berjaya dilaksanakan yang merupakan program perjumpaan bersama persatuan pesara di peringkat kebangsaan.

Selain itu, keterlibatan Kerajaan Negeri pula telah dilaksanakan melalui Bengkel KIK Perkhidmatan Awam dengan kerjasama pihak Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah. Kolaborasi strategik turut diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkepentingan agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sebagai contoh, bagi tujuan pelaksanaan kajian pindaan skim perkhidmatan, JPA telah melaksanakan 80 sesi rundingan melalui bengkel dan mesyuarat bersama Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kesatuan Sekerja dan Persatuan bagi memperhalusi kajian tersebut.

KOLABORASI STRATEGIK ANTARABANGSA Dalam usaha meningkatkan tadbir urus dan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam, JPA turut terlibat dalam program kolaborasi dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 38 program berkaitan telah dilaksanakan, antaranya Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM), ASEAN Conference on Civil Service Matters (ACCSM), Japan International Cooperation Agency (JICA), Central Officials Training Institute (COTI) serta Memorandum Persefahaman dalam Bidang Pentadbiran Awam dan Tadbir Urus antara Malaysia dan India. Selain itu, JPA turut menerima 11 lawatan delegasi antarabangsa seperti Perkhidmatan Awam Afrika Selatan, Ghana, Korea, Nepal, Brunei dan Thailand serta Banking and Finance Academy of Uzbekistan dan Bank Dunia. Bagi memberikan

Usaha untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 perlu digapai bersama melalui pembudayaan kerja yang bersifat merangkum dan sepunya. Oleh itu, Perkhidmatan Awam Malaysia selaku jentera pentadbiran kerajaan juga perlu melalui proses transformasi budaya kerja bagi memacu negara untuk mencapai wawasan tersebut dengan memperluaskan jaringan kerja dan kolaborasi strategik di dalam dan luar negara. Budaya bekerja secara silo terutamanya di kalangan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan serta budaya saling menyalahkan antara satu sama lain perlu dihapuskan bagi memastikan hasrat untuk mentransformasikan wajah Perkhidmatan Awam dapat dijayakan.

KOLABORASI STRATEGIK DALAM NEGARAInisiatif strategik yang telah dilaksanakan oleh pihak JPA bagi tahun 2014 melibatkan kategori peringkat domestik (antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan PBT, pemain-pemain industri dan Institusi Pengajian Tinggi) dan juga sehingga merentasi peringkat antarabangsa. Bagi peringkat domestik, antara program yang telah selesai dilaksanakan ialah Psycare Outreach iaitu bagi meningkatkan kesedaran pengurusan kendiri (psikologi) melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan kerajaan negeri. Manakala pelaksanaan Universiti Turun Padang dan Lingkaran Kecermelangan yang melibatkan kolaborasi dalam bidang pendidikan, telah dapat memberikan gambaran positif mengenai penerimaan komuniti dalam sektor pendidikan. Ia juga menunjukkan tahap keseriusan mereka untuk bersama-sama menjayakan agenda transformasi dengan pihak JPA, di samping menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pendidikan bersama dengan pihak Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) JPM. Selain itu, JPA Love U juga selesai dilaksanakan

pendedahan kepada penjawat awam dalam skala yang lebih besar, JPA turut mengundang pakar antarabangsa seperti Profesor Dave Ulrich dari University of Michigan serta Profesor Dr. Hideaki Tanaka dan Profesor Satoru Kimura dari Meiji University bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepimpinan, transformasi serta tadbir urus.

Selaras dengan Teras Strategik Keempat KTPA, jaringan kerja dan kolaborasi antarabangsa dilaksanakan secara multiple-helix agar keputusan yang dicapai melalui kerjasama adalah merangkum dan sepunya.

Sebanyak dua kolaborasi strategik di peringkat antarabangsa telah dipecahkan di bawah inisiatif ini iaitu:

• Malaysia-India; dan• Malaysia-ACCSM.

Objektif utama pelaksanaan tiga (3) kolaborasi antarabangsa oleh JPA adalah seperti berikut:

a) Malaysia – India : Malaysia dan India telah menandatangani

Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengurusan awam dan pentadbiran pada 25 November 2013. Kerjasama ini diadakan bagi menggalakkan amalan baik dalam Perkhidmatan Awam yang efisien, telus dan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama bilateral antara kedua-dua buah negara dalam bidang-bidang berikut:i) Pengurusan Sumber Manusiaii) Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang

ditambah baik iii) e-Tadbir Urus

iv) Akauntabiliti dan Ketelusan v) Pembinaan Keupayaan dan Peningkatan

Kemahiran vi) Kualiti Keberhasilan vii) Pembaharuan Tadbir Urus

b) Malaysia – ACCSM: Persidangan ASEAN Bagi Isu-Isu Perkhidmatan Awam

(ASEAN Conference On Civil Service Matters – ACCSM) adalah sebuah badan sektoral di bawah ASEAN yang menjadi platform kerjasama Perkhidmatan Awam serantau. Kerjasama tersebut bermula dengan penubuhan ASEAN Conference on Reforms in Civil Service (ACRCS) yang diwujudkan di bawah ASEAN Standing Committee pada tahun 1980. Pada tahun 1987, ACRCS telah ditukarkan kepada ASEAN Conference on Civil Service Matters (ACCSM) sejajar dengan hasrat untuk memajukan Perkhidmatan Awam negara-negara anggota ASEAN.

Keberhasilan dan Pencapaian

a) Malaysia – India : Sebanyak dua (2) siri Mesyuarat Kumpulan Kerja

Bersama (JWG) telah diadakan iaitu:i) Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama pada 26

November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysiaii) Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kedua pada

26-27 Ogos 2014 di New Delhi, India.

b) Malaysia – ACCSM• Hasil mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

(i) Cadangan ASEAN Resource Centre baharu iaitu pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

17th ASEAN Conference of Civil Service Matters (ACCSM) yang berlangsung di Myanmar pada 24 hingga26 September 2014

54 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

(NBOS) dan Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI)

(ii) Cadangan pelaksanaan ASEAN Heads of Civil Service Retreat, ASEAN Public Service Conference dan ASEAN Public Service Games.

(iii) Mesyuarat Kedua Ketua-ketua Perkhidmatan Awam ASEAN +3 pada 26 September 2014 di Yangon, Myanmar.

• JPA menyertai aktiviti-aktiviti ACCSM berikut:(i) Study Visit on Productivity and Innovation

Focusing on Performance Management Project pada 9-15 November 2014 di Korea Selatan. Program ini merupakan aktiviti projek rintis di bawah kerjasama ACCSM Plus Three

(ii) Conference-Workshop on Examination and Testing in the Civil Service pada 24 – 28 November 2014 di Manila, Filipina. Bengkel ini merupakan aktiviti anjuran Filipina di bawah ACCSM Work Plan.

• JPA telah menganjurkan program ACCSM berikut:(i) Program Sangkutan mengenai Pentadbiran

Awam dan Pengurusan Sumber Manusia pada 16 – 22 November 2014. Program ini merupakan platform bagi perkongsian amalan terbaik antara negara-negara ASEAN kedua-dua bidang tersebut. Seramai 12 orang peserta telah menghadiri program ini.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Antara Malaysia dan Republik India

55TERAS STRATEGIK 4MERANGKUM & SEPUNYA

56 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

PEMBUDAYAAN INTEGRITI (INTEGRITY PAVE)Pembudayaan Integriti dilaksanakan berdasarkan kerangka Modul Pengurusan Integriti terutamanya di dalam membudayakan integriti. Latihan pemantapan integriti ini memberi fokus kepada aspek pengurusan projek pembangunan awam, perolehan dan kewangan kerajaan secara komprehensif melalui inisiatif Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB), Pentauliahan Perolehan Kerajaan (Asas dan Lanjutan), Pembiayaan dan Pengurusan Kontrak Projek serta Piawai Integriti dan Etika (PIE).

PENSIJILAN PENGURUSAN PROJEK AWAM BERSEPADU (3PAB)3PAB merupakan inisiatif secara cross-agencies merentas spektrum pengurusan projek dengan penglibatan empat rakan strategik iaitu ICU, JKR, UiTM dan CIDB. Peserta bagi kursus ini dipilih secara purposive bagi memastikan impak maksimum kepada agensi.

FORUM PERDANA Program yang menyebarluaskan konsep dan amalan amalan nilai-nilai murni dan patriotisme ini dilaksanakan secara berterusan bagi membudaya nilai dalam kalangan penjawat awam. Forum Perdana adalah inisiatif strategik melibatkan tokoh ilmuan negara. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 23 Mei 2014 menampilkan Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan ceramah bertajuk ‘Dunia Ini Ana Yang Punya.’ Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 302 orang, terdiri daripada penjawat awam. Forum ilmu ini mampu menanam nilai-nilai murni dan integriti serta membentuk sahsiah dan diri yang positif.

Teras Strategik 5 memberi tumpuan kepada pembudayaan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara, menanam daya tahan yang tinggi, beretika dan berintegriti dalam kalangan warga JPA. Usaha ini penting untuk mencapai keberhasilan strategik menjadi sebuah Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat. Tumpuan kepada usaha pembudayaan nilai ini mencakupi aspek intelektual, budaya kerja bertaraf dunia serta kemantapan rohani dan jasmani. Inisiatif transformasi di bawah Teras Strategik 5 dilaksanakan bagi meningkatkan pemahaman dan membudayakan nilai secara lebih mantap.

SEMAKAN SEMULA PELAN INTEGRITI JPA (REVISIT INTEGRITY PLAN)Inisiatif Semakan Semula Pelan Integriti JPA dilaksanakan melalui pelaksanaan Bengkel Semakan Semula Pelan Integriti JPA bagi menggubal Pelan Integriti JPA 2015-2017. Pelan Integriti JPA 2015-2017 tersebut telah dilancarkan pada 17 November 2014 semasa Majlis Perhimpunan Bulanan JPA. Dokumentasi Draf Pelan Integriti JPA (Reviewed Tahun 2014) diadakan pada bulan Disember 2014. Inisiatif Semakan Semula Pelan Integriti JPA merupakan kajian semula Pelan Integriti JPA tahun 2011-2015 bagi meningkatkan kesedaran dan pembudayaan integriti di kalangan warga JPA.

PENAMATAN PERKHIDMATAN PEGAWAI (DEEMED TO RESIGN)Deemed to Resign bertujuan untuk menyemak semula dasar sedia ada berkaitan Penamatan Perkhidmatan Pegawai yang tidak hadir bertugas bagi mewujudkan dasar pencegahan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas. Dasar ini bermatlamat untuk meningkatkan disiplin di kalangan penjawat awam terutamanya mengurangkan kes-kes tidak hadir bertugas.

KEMPEN PUGAR BAHASAKempen Pugar Bahasa yang diadakan pada bulan Oktober bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di negara kita. Program yang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober 2014 ini memberikan fokus kepada penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Menerusi program ini, pelbagai aktiviti diatur antaranya Pertandingan Lagu Asli, Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pertandingan Sajak dan Puisi serta Persada Transformasi.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Inisiatif pembudayaan bahasa ini dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai tunjang penyampaian perkhidmatan.

MAJLIS GENTA BAHASA 2014Majlis Genta Bahasa 2014 telah diadakan buat julung-julung kalinya sebagai menyahut saranan memperkasakan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam. Antara keunikan program ini ialah persembahan teater khas “Gadis & Bunga” yang menjelaskan kepentingan berbahasa Melayu menggunakan tatabahasa yang betul.

Majlis Genta Bahasa 2014 turut menyaksikan para pemenang Pidato Piala KPPA Peringkat Kebangsaan diumumkan. Encik Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali dari JPA telah dinobatkan sebagai Johan Pidato Piala KPPA bagi tahun 2014.

KARNIVAL PATRIOTISMEAntara proses pembudayaan yang berkesan adalah melalui program berbentuk kesedaran dan kempen seperti Karnival Patriotisme yang diadakan pada 14 November 2014 dan Semarak Integriti JPA. Kedua-dua program ini mensasarkan peningkatan kesedaran di kalangan warga JPA terhadap semangat patriotisme, serta pengukuhan integriti yang jitu. Antara pengisian bagi kedua-dua program ini adalah pertandingan mencipta poster, jelajah integriti dan karnival.

GEGAR, TUKAR & PRIHATIN(ROCK, CHANGE AND CARE)Dalam usaha untuk menangani perubahan bagi Perkhidmatan Awam mengharungi transformasi telah diperkenalkan, yang mana antara pengisian program tersebut adalah bual bicara transformasi, dialog transformasi, program aprentis dan program turun padang. Inisiatif Gegar, Tukar & Prihatin telah diperkenalkan sebagai persediaan penjawat awam untuk menghadapi arus perubahan. Antara pengisian dalam program tersebut ialah melantik Duta Transformasi, Perantis Perubahan dan Program Transformasi Diri. Program Pengurusan Perubahan ini sangat mustahak bagi menyediakan penjawat awam untuk melaksanakan proses transformasi diri. Seramai 800 orang peserta telah dan sedang terlibat dengan program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Program yang telah dilaksanakan adalah pada:• 9-11 Disember 2013 di INTURA, Sg. Petani, Kedah.• 20-22 Jun 2014 di Janda Baik, Pahang.

Persembahan Teater di Program Genta Bahasa 2014 KPPA Bersama Para Pemenang Gegar Pidato Piala KPPA

58 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

AKRAB AKRAB merupakan program bertujuan memaksimumkan peranan ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) sebagai penggerak dan pendukung transformasi yang membantu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap agenda transformasi di setiap kementerian dan agensi.

MAJLIS PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) KALI KE-10 TAHUN 20

• Tema : Akrab Agen Transformasi• 11 Disember 2014 • Pulau Pinang

Karnival Patriotisme diadakan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan warga JPA

Program Rock, Change & Care merupakan program persediaan untuk menghadapi transformasi Perkhidmatan Awam

59TERAS STRATEGIK 5MEMBUDAYAKAN NILAI

PROGRAM TURUN PADANG PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAMProgram turun padang ini bertujuan untuk memberi

penerangan kepada penjawat awam di kementerian dan agensi mengenai agenda transformasi perkhidmatan awam. Sehingga 31 Disember 2014, sejumlah 11 agensi telah terlibat dengan program turun padang transformasi.

JPA Negeri Sabah – bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah, 25 April 2014.

SUK Kedah – bertempat di Grand Alora, Alor Setar, Kedah, 22 Jun 2014.

Pertandingan Inovasi Kaunseling yang ke-4 Tahun 2014, Persidangan Kaunseling Antarabangsa Pertama Malaysia 2014 Kuching, Sarawak bagi dua projek inovasi kaunseling.

KEAHLIAN AKRAB (2005 - 2014) AKRAB telah memenangi pingat perak di Expo dan

60 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

HARI TERBUKA PSIKOLOGISatu lagi inisiatif dalam usaha merakyatkan penyampaian perkhidmatan bagi perkhidmatan psikologi dan dalam masa yang sama menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang transformasi Perkhidmatan Awam. Enam program telah dilaksanakan melibatkan penyertaan seramai 8,393 orang penjawat awam termasuk orang awam.

PASUKAN PENGURUSAN PERUBAHAN, TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

61TERAS STRATEGIK 5MEMBUDAYAKAN NILAI

GEGAR TRANSFORMASI

62 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Ucapan KPPA sempena Karnival Patriotisme 2014

Perasmian Bulan Bahasa

Kebangsaan di Auditorium JPA

Perasmian Karnival Patriotisme 2014Tapak Pameran sempena Kempen Pugar Bahasa

Finalis Pertandingan Pidato Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

Eksplorasi Transformasi

Antara Para Peserta Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan JPA

Antara Peserta Pertandingan Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

Bersama Para Pemenang Majlis

Genta Bahasa 2014

Para Juri Pertandingan Nyanyian Lagu Asli Sempena

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA

Nyanyian dan Iringan Muzik Tradisional

sempena Program Genta Bahasa 2014

63TERAS STRATEGIK 5MEMBUDAYAKAN NILAI

88PRESTASI KEWANGAN DAN AUDIT

90PENERBITAN JPA

91KAJIAN JPA

86JPA DIPERSADAGLOBAL

84MERENTASI JPA

66JPA 360º

JPA 360º

bakat-bakat terbaik daripada sektor awam dan swasta bagi kolaborasi strategik serta berkongsi pengalaman dan kepakaran. Pelaksanaan program ini adalah secara dua (2) hala iaitu pegawai sektor Kerajaan akan ditempatkan ke sektor GLC/MNC/BB dan pegawai sektor GLC/MNC/BB akan ditempatkan ke Sektor Kerajaan. Bagi tahun 2014, untuk Sesi 2015/2016, seramai 16 orang pegawai telah dipilih untuk meneruskan program ini iaitu 10 orang pegawai dari Sektor Kerajaan ke Sektor GLC/MNC/BB dan 6 orang pegawai dari Sektor GLC/MNC/BB ke Sektor Kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa, JPA turut mengambil inisiatif dan menyokong seruan Kerajaan dalam membantu pelaksanaan dasar-dasar kepada rakyat.

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BAGI URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT Sebanyak lapan Majlis Amanat bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sempena penyampaian surat pemangkuan dan kenaikan pangkat kepada 1,907 pegawai skim perkhidmatan gunasama telah dilaksanakan seperti berikut:

Di samping pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Teras Strategik JPA, pelbagai aktiviti dan program turut dilaksanakan. Antara program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun 2014 seperti berikut:

PROGRAM PENEMPATAN SILANG a) Kementerian Luar Negeri (PCF-KLN) Sesi

2015/2018Program PCF-KLN iaitu, program penempatan silang antara Sektor Dalam Negeri dan Sektor Luar Negeri telah dilaksanakan sejak tahun 1992 melibatkan seramai 44 orang pegawai. Bagi tahun 2014, seramai 10 orang pegawai telah dipilih untuk mengikuti program ini. Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pegawai berkaitan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan, meningkatkan kemahiran komunikasi, networking serta latihan perundingan di peringkat antarabangsa.

b) Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Syarikat Multinasional/ Badan Berkanun (PCF-GLC/MNC/BB) Sesi 2015/2016

Program PCF-GLC/MNC/BB merupakan modul latihan dan pembangunan modal insan bermatlamat untuk menarik

suatu insentif dalam bentuk kemajuan kerjaya kepada pegawai Perkhidmatan Awam. Kenaikan pangkat juga menjadi suatu dorongan dalam peningkatan prestasi kerja dalam kalangan pegawai awam.

URUSAN PENEMPATAN PELANTIKAN BAHARU (KADET PTD)Penempatan semula seramai 543 orang PTD Gred M41 yang telah selesai Kursus Diploma Pengurusan Awam

PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PENILAIAN PRESTASIUrusan kenaikan pangkat adalah merupakan aspek penting Pengurusan Sumber Manusia. Ia merupakan

dan 97 PTD lantikan baru yang lulus Kadet PTD telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, sejumlah 244 Kadet PTD lantikan baharu telah diambil iaitu seperti butiran berikut:

67JPA 360º

PENGAMBILAN PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA

Selain itu, Majlis Amanat Ketua Perkhidmatan Awam kepada Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) telah diadakan pada bulan Julai 2014 yang melibatkan sejumlah 267 orang pegawai yang ditempatkan di pelbagai agensi selama tempoh kontrak satu (1) tahun mulai tarikh melapor diri bertugas. Pelanjutan tempoh kontrak maksimum satu (1) tahun tertakluk kepada penilaian prestasi dan sokongan Ketua Jabatan.

Seramai 2,343 orang pegawai perkhidmatan gunasama telah dilantik, iaitu 396 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 1,947 pegawai Kumpulan Pelaksana seperti berikut:

PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN Jabatan Perkhidmatan Awam turut terlibat dalam penganjuran serta penyelarasan program-program latihan serta pembangunan pegawai awam. Program-program ini dilaksanakan untuk meningkatkan

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (ALMP) Bersama KSN Program Accelerated Leadership for Key Talents (Talent X)

68 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

dianjurkan yang melibatkan 7,031 orang pegawai perkhidmatan gunasama seperti berikut:

tatakelakuan sebagai seorang penjawat awam melalui dasar dan penguatkuasaan tatatertib yang berkesan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:

kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi penjawat awam. Sebanyak 94 kursus/program telah

PENGURUSAN TATATERTIBPengurusan Tatatertib bertujuan memastikan pegawai awam memahami, menghayati dan membudayakan

69JPA 360º

daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG STPMKerajaan telah meneruskan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang merupakan sebuah program penajaan khusus kepada pelajar cemerlang lepasan STPM bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di peringkat ijazah pertama.

Definisi pelajar terbaik lepasan STPM ini adalah 5% pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas. Bagi tahun 2014, seramai 250 orang pelajar terbaik STPM 2013 yang dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya ditawarkan biasiswa ini.

PROGRAM PELAJAR CEMERLANGBagi tahun 2014, JPA telah menambah baik terma dan syarat bagi penajaan ke peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran di bawah Program Pelajar Cemerlang. Syarat penajaan yang diperkenalkan adalah dengan menetapkan hanya pelajar yang mendapat tempat di 20 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai Times

PROGRAM BIASISWA NASIONALPada tahun 2014, Kerajaan telah menawarkan Biasiswa Nasional yang merupakan satu program biasiswa istimewa JPA, kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013. Para pelajar ini telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka dalam dan luar negara dalam bidang-bidang pilihan yang diiktiraf Kerajaan. Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang.

PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMANJPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri. Oleh itu, program penajaan tersebut akan memberi peluang kepada negara untuk menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan

Program Biasiswa Nasional ditawarkan kepada 50 orang pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang

70 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

ke peringkat diploma di Politeknik. Sebanyak 300 tempat disediakan dengan penajaan dalam pelbagai bidang profesional dan bukan profesional.

PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN Dari tempoh Disember 2013 hingga Mac 2014, Kerajaan melalui mesyuarat Jawatakuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) telah mengiktiraf sebanyak:

• 29 kelayakan dari IPTA; • 642 kelayakan dari IPTS; dan• 4 kelayakan dari universiti luar negara.

Kerajaan juga telah meluluskan satu dasar baharu iaitu Pengiktirafan Bagi Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Sains Kesihatan Dari Universiti-universiti Di Luar Negara.

Perkara ini juga telah dihebahkan melalui laman semakan pengiktirafan bagi memudahkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan orang ramai menyemak senarai kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan.

Mesyuarat JTPPK kali ke-115 pada 10 Februari 2014, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju agar keurusetiaan pengiktirafan kelayakan yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan ini dipindahkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebarang kemusykilan berkaitan pengiktirafan kelayakan boleh dirujuk terus ke KPM.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATANJPA telah diperuntukkan bajet sebanyak RM78 juta untuk membiayai penjawat awam bagi mengikuti program-program latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan pegawai yang berdaya saing dan berkompetensi tinggi bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Antara program yang dijalankan di bawah Latihan Dalam Perkhidmatan ialah kursus-kursus jangka pendek, sederhana dan panjang di mana JPA menaja penjawat awam untuk mengikuti pelbagai program latihan di dalam negara dan luar negara.

Higher Education (THE) dan memenuhi syarat asas yang lain sahaja yang layak dipertimbangkan untuk diberikan penajaan di bawah program ini. JPA memperuntukkan sebanyak 100 tempat di peringkat sarjana dan 20 tempat di peringkat ijazah kedoktoran.

PROGRAM PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN KE UNIVERSITI PERDANATahun 2014 merupakan tahun keempat JPA menaja pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang perubatan di Universiti Perdana.

Seramai 100 pelajar ditaja bagi mengikuti pengajian di bawah program Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) iaitu kolaborasi dengan School of Medicine John Hopkins University; dan kolaborasi antara Perdana University dengan Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RCSI).

Fokus program ini adalah menyediakan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian di IPT tempatan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan IPT tempatan sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pendidikan.

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)Dalam usaha menyokong inisiatif Kerajaan untuk memartabatkan IPT tempatan sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pendidikan, Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) diteruskan lagi pada tahun 2014 dengan penajaan seramai 10,000 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di dalam pelbagai bidang pengajian.

Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga (3) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf GLC iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU).

PROGRAM BIASISWA POLITEKNIKJPA turut menyediakan penajaan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian

71JPA 360º

PERBELANJAAN BAYARAN FAEDAH-FAEDAH PERSARAANJasa dan sumbangan setiap anggota adalah landas kecemerlangan sesebuah organisasi. Dalam usaha menghargai sumbangan yang dicurahkan anggota Perkhidmatan Awam, JPA terus menggubal dasar berkaitan urusan persaraan dan tamat perkhidmatan bagi semua anggota Perkhidmatan Awam seperti skim persaraan, umur persaraan dan pakej faedah persaraan yang lebih baik.

Sepanjang tahun 2014, terdapat seramai 26,431 pesara dan 2,098 penerima pencen. Kerajaan telah membuat pembayaran faedah persaraan sebanyak RM16,342,537,790.99 (Tanggungan) dan RM366,609,125.41 (Perbelanjaan Mengurus).

Jumlah faedah persaraan yang dibayar bagi tahun 2014 dan bilangan pesara dan penerima pencen pada 2014 adalah seperti Jadual di bawah:

72 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Julai 2014 kepada seramai 1,156,652 bilangan penerima yang melibatkan jumlah sebanyak RM286,383,206.97. Keputusan ini telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012.

PENSWASTAAN AGENSI KERAJAANJPA telah membantu agensi-agensi yang masih di dalam proses untuk diswastakan dengan memberikan panduan kepada agensi berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan 6/2000 (Panduan Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan). Agensi-agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

• Sisa Pepejal Hulu Selangor• Jabatan Bekalan Air Perlis• Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Malaysia

(Ipharm)• Institut Genom Malaysia (MGI)• Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI)• Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC),

Kementerian Kesihatan Malaysia• Jabatan Bekalan Air Pahang• Sisa Pepejal Zon Pantai Timur• Kementerian Kerja Raya• Kuari JKR• Workshop Jabatan Labuan

Bagi tahun 2014, agensi yang telah diswastakan adalah seperti berikut :1. Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, MOSTI –

1 Mac 2014 (a) National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM)

2. Rumah Masak, Kementerian Pertahanan – 6 Mac 2014(a) Solid Essence(b) Syarikat Gapmata

BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAHSelaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pemberian Bantuan Mengurus Jenazah kepada pesara Kerajaan dengan kadar yang diluluskan ialah sebanyak RM3,000.00. JPA telah menguruskan pembayaran kepada 10,247 orang waris pesara yang telah meninggal dunia pada tahun 2014 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM30,741,000.00.

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2014Bantuan Khas Kewangan telah diluluskan pada tahun 2014 kepada penjawat awam dan dipanjangkan juga kepada pesara Perkhidmatan Awam. Sebanyak RM250.00 telah dibayar pada bulan Januari 2014 dan

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan para pesara

73JPA 360º

PSIKOMETRIK

74 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

PEMENTORAN DALAM PERKHIDMATAN AWAMSeminar Pementoran Perkhidmatan Awam Kali Ke-3 Tahun 2014 telah diadakan pada 25 September 2014 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang yang melibatkan 24 agensi dengan kehadiran 1128 orang.

arah keberkesanan penyampaian Perkhidmatan Awam serta laporan pencapaian inisiatif- inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam. Sebanyak empat kertas pertimbangan telah dibentangkan bagi tahun 2014 yang melibatkan isu pencen, pembangunan organisasi, saraan perkhidmatan dan lain-lain. Antara pencapaian berimpak tinggi yang telah berjaya diputuskan untuk pelaksanaan dalam Mesyuarat JKK-TPA sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:

(a) Cadangan Pelaksanaan Dasar Pemisahan Bagi Pegawai Tidak Berprestasi (Exit Policy) iaitu pegawai yang mendapat LNPT kurang daripada 60% untuk ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam;

(b) Cadangan Penggubalan Dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan;

MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (JKK-TPA)Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) bertanggungjawab menimbang penyemakan gaji, syarat-syarat perkhidmatan serta pewujudan elaun-elaun dan kemudahan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan dianggotai oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi tahun 2014, mesyuarat telah bersetuju dengan beberapa penambahbaikan ke

75JPA 360º

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)Pada tahun 2014, sebanyak 718 agensi yang melibatkan 227 agensi persekutuan dan 491 agensi negeri telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan keaktifan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali bermesyuarat setahun seperti rajah di bawah :

dibentangkan laporan penubuhan, keaktifan dan status isu-isu yang berjaya diselesaikan. Bagi aktiviti taklimat dan khidmat nasihat MBJ, sebanyak lapan sesi taklimat dan khidmat nasihat telah diberikan pada tahun 2014. Sesi ini bertujuan sebagai usaha untuk memberikan penerangan lebih jelas mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penubuhan dan perjalanan MBJ. Bagi tahun 2014, sesi taklimat khidmat nasihat MBJ telah diadakan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pejabat SUK Terengganu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kementerian Pendidikan, Pejabat Tanah dan Galian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN PERDANA TAHUN 2014Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) diwujudkan sebagai forum bagi Pihak Pekerja dan Pihak Pegawai untuk membincangkan prinsip-prinsip saraan,

Sehingga 31 Disember 2014, status isu MBJ yang dibangkitkan di peringkat persekutuan dan negeri adalah seperti rajah di bawah.

(c) Cadangan Pengambilalihan Sebahagian Fungsi Operasi Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP]; dan

(d) Pelaporan Status Pelaksanaan Transformasi Perkhidmatan Awam.

Persidangan MBJ telah diadakan pada 27 November 2014 di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya yang dihadiri oleh wakil-wakil agensi yang menyelaras MBJ di peringkat jabatan masing-masing. Semasa persidangan tersebut

76 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi penjawat awam. MBK Perdana Tahun 2014 telah diadakan pada 17 hingga 21 November 2014 melibatkan penyertaan ketiga-tiga MBK iaitu MBK bagi pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), MBK bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T) dan MBK bagi pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am).

Melalui mesyuarat tersebut, sebanyak 37 isu telah dibincangkan seperti pecahan isu di bawah. Kesemua 22 isu di bawah bidang kuasa JPA telah diselesaikan sepenuhnya.

Wawasan, Jitra, Kedah dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 5,000 penjawat awam terdiri daripada ahli-ahli CUEPACS seluruh Malaysia, penjawat awam daripada negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan kehadiran Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan peringkat Persekutuan dan Ketua Eksekutif Badan Berkanun peringkat Persekutuan.

HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM TAHUN 2014Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 yang di adakan pada 1 Mei 2014 telah dianjurkan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan di antara Kerajaan Negeri Kedah, CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Majlis yang bertemakan ‘Penjawat Awam Tiang Seri Negara’ telah diadakan di Dewan

Majlis Bersama Kebangsaan 2014 merupakan forum bagi Pihak Pekerja dan Pegawai bagi membincangkan prinsip saraan

77JPA 360º

proses utama JPA. Hasil pengauditan yang dilaksanakan, JPA telah diperakukan untuk pensijilan MS ISO 9001:2008.

PELAKSANAAN PROGRAM KUALITI DAN INOVASI JPA TAHUN 2014Pelaksanaan Program Kualiti dan Inovasi JPA Tahun 2014 adalah suatu usaha untuk merangsang persekitaran dan membentuk ekosistem yang menggalakkan inovasi di samping membudayakannya dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam, khususnya di JPA. Sebagai usaha ke arah memupuk dan membudayakan inovasi dan kreativiti, beberapa program telah dilaksanakan, antaranya ialah:

PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2008 DARIPADA SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.Pensijilan MS ISO 9001:2008 adalah usaha berterusan JPA bagi mematuhi piawaian kualiti bertaraf global daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan berhubung Penggubalan Dasar dan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Persekutuan (Tidak termasuk Perkhidmatan Polis dan Tentera). Audit Pensijilan Semula SPK MS ISO 9001:2008 JPA telah dilaksanakan oleh pihak SIRIM pada 7 hingga 9 Julai 2014 bertujuan untuk menilai tahap prestasi pelaksanaan sistem pengurusan kualiti

78 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

kategori yang dipertandingkan dalam anugerah ini, iaitu Anugerah Inovator (ICT) dan Anugerah Inovator (Bukan ICT). Pada tahun 2014, pertandingan Anugerah Inovator JPA telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2014 bertempat di Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1, JPA.

(f) Anugerah Persekitaran Berkualiti (QE/5S) JPA Tahun 2014

Anugerah Persekitaran Berkualiti (QE/5S) JPA telah diadakan pada 29 dan 30 September 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, Blok C1 Kompleks C. Sebanyak 10 Bahagian telah menyertai anugerah ini yang telah diadili dan dinilai oleh seramai tiga (3) orang panel dari Jabatan luar JPA.

(g) Anugerah Kegemilangan JPA Tahun 2014 Anugerah Kegemilangan JPA telah diadakan pada

18 dan 19 November 2014 bertempat di Ruang Legar MAKSWIP, Aras 7, Blok C1, Kompleks C. Sebanyak 10 Bahagian telah menyertai anugerah ini diadili oleh seramai tiga (3) orang panel dari Jabatan luar JPA. Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi kecemerlangan dalam aspek pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan serta inovasi dan kreativiti Bahagian masing-masing dalam menjalankan fungsi teras bahagian.

(h) Anugerah Idea Inovasi JPA Tahun 2014 Anugerah Idea Inovasi diperkenalkan bagi

menggalakkan pencetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JPA. Bagi tahun 2014, sebanyak 70 idea inovasi telah diterima melalui pelbagai saluran yang disediakan, seperti melalui “pohon inovasi” yang telah diletakkan secara strategik di JPA dan juga yang diterima melalui emel. Sepuluh (10) daripada keseluruhan idea yang diterima telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai penerima Anugerah Idea Inovasi JPA 2014.

(i) Lawatan Inovasi Bagi terus menyemarakkan inovasi JPA, Lawatan

Inovasi JPA ke Pusat Perancangan Strategik dan Kualiti, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah diadakan pada 17 Jun 2014. Lawatan Inovasi ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari dan melihat dengan lebih dekat pelaksanaan inovasi di UNITEN, khususnya berkenaan pelaksanaan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008 secara atas talian.

(a) Bicara Inovasi (i-Talk) Program ini merupakan suatu wadah untuk

menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui perkongsian ilmu. Pada tahun 2014, sebanyak 2 sesi Bicara Inovasi (i-Talk) telah diadakan

(b) Program Inspirasi Inovasi dan Saya Kreatif Program Inspirasi Inovasi dan Saya Kreatif

merupakan siri artikel ringkas berkenaan inovasi dan kreativiti sebagai tatapan umum warga JPA yang dilaksanakan melalui hebahan email. Siri artikel ringkas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga JPA mengenai pelaksanaan inovasi tempatan dan luar negara bagi memberi inspirasi dalam membudayakan inovasi dan kreativiti. Informasi Inovasi ini dilaksanakan sebanyak sepuluh (10) kali setahun yang mengambil kira inspirasi inovasi berkumpulan dan individu.

(c) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPA Bagi pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK) JPA, usaha berterusan diadakan untuk membentuk kumpulan KIK yang mantap dengan projek yang inovatif dan kreatif. Antara program yang telah dilaksanakan ialah dengan mengadakan dua siri Bengkel KIK pada tahun 2014 iaitu:

(i) Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif pada 22 - 24 April 2014, bertempat di Dewan Mezzanine,

JPA; dan(ii) Bengkel Pemantapan Dokumen KIK telah

diadakan pada 2 – 4 September 2014, bertempat di Dewan Sri Cempaka, JPA Cyberjaya.

(d) Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPA 2014

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPA telah diadakan pada 14 Oktober 2014 bertempat di Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1 JPA. Sebanyak 9 kumpulan telah membentangkan projek masing-masing dalam konvensyen tersebut. Projek Kumpulan NELLANG dari INTAN Wilayah Timur telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Konvensyen KIK JPA Tahun 2014.

(e) Anugerah Inovator JPA Anugerah Inovator JPA adalah merupakan

pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh JPA kepada warga yang menggunakan kreativiti dan inovasi baru dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. Terdapat 2

79JPA 360º

PROGRAM TURUN PADANG (PTP)Program Turun Padang (PTP) merupakan satu program naziran bagi meningkatkan engagement di antara JPA dengan agensi-agensi pengguna HRMIS. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi oleh agensi dalam pelaksanaan HRMIS. Pihak JPA yang diwakili oleh wakil teknikal dan pengurusan akan memeriksa dan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh agensi dan seterusnya mencadangkan langkah penyelesaian kepada masalah tersebut. Program PTP bagi tahun 2014 telah dilaksanakan melibatkan 7 buah agensi.

PROGRAM STATUS PELAKSANAAN HRMIS (IMSTAT)Program HRMIS Implementation Status (ImStat) telah mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan diadakan bertujuan untuk memperkasakan proses pemantauan terhadap pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian dan agensi. Pemilihan agensi yang terlibat bagi program ini adalah berdasarkan kepada kekerapan aduan atau pertanyaan menerusi log meja bantuan HRMIS atau di atas permintaan Kementerian dan agensi itu sendiri. Pegawai BPM yang bertanggungjawab ke atas modul HRMIS, rangkaian dan helpdesk HRMIS akan dijemput hadir bagi memastikan masalah-masalah yang dihadapi di agensi tersebut dapat ditangani secara menyeluruh. Sebanyak lapan (8) sesi ImStat telah dijalankan pada tahun 2014.

SISTEM PEMANTAUAN INISIATIF TRANSFORMASI (JPA-MONITOR)Sistem JPA-Monitor dibangunkan bertujuan untuk memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif Transformasi oleh bahagian-bahagian di JPA. Sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh BPM pada bulan Jun 2014 hingga Ogos 2014. Sistem ini telah mula dilaksanakan di JPA pada bulan Oktober 2014. Pelancaran sistem ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 15 Oktober 2014 semasa sesi Persada Transformasi Siri Ketiga. Penambahbaikan sistem untuk tujuan peluasan kepada Kementerian mula dilaksanakan pada bulan November 2014 dan akan mula digunakan oleh Kementerian pada bulan Januari 2015.

(j) Hari Inovasi JPM Hari Inovasi JPM telah diadakan pada 29 Oktober

2014 bertempat di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Di antara pengisian Hari Inovasi tersebut adalah pameran daripada Jabatan/Agensi yang telah menyertai Anugerah Inovasi JPM dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPM. JPA telah memenangi Tempat Ketiga Anugerah Inovasi JPM dan Tempat Ketiga Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPM.

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN HRMISProgram What’s Up HRMIS telah diadakan dengan jayanya pada 19 Mei 2014 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan dihadiri oleh 172 orang peserta. Objektif program ini diadakan adalah sebagai platform kepada JPA untuk memaklumkan penambahbaikan yang telah dilaksanakan di dalam HRMIS. Antara pengisian pada program ini ialah HRMIS Pengemaskinian Data; Integriti Data – Kepentingan dan Ketepatan Data; pelaporan Program Kembara HRMIS; penetapan KPI HRMIS 2014 dan sesi Sembang Santai yang diwujudkan bagi membolehkan para peserta berkongsi pandangan dan bertanyakan soalan-soalan berkaitan HRMIS.

PROGRAM LATIHAN HRMIS MENGIKUT WILAYAH (THOR)Bermula pada tahun 2005, JPA telah menganjurkan pelbagai program latihan berkaitan HRMIS bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam kalangan pentadbir mahupun pengguna HRMIS di Kementerian dan agensi. Selaras dengan usaha transformasi yang giat dilaksanakan di JPA, maka program latihan tersebut telah dijenamakan semula sebagai program THOR.

Pengisian bagi Program THOR ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai HRMIS 2.0 di samping sesi refreshment melibatkan beberapa modul/submodul HRMIS yang masih diguna pakai. Di samping itu, program ini juga menyediakan platform kepada para peserta untuk berkongsi maklumat dan permasalahan yang dihadapi di agensi masing-masing serta menawarkan cadangan penyelesaian secara terus. Sebanyak 5 siri Program THOR telah diadakan sepanjang tahun 2014 melibatkan seramai 400 orang peserta daripada 4 wilayah.

80 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

e-Pelanggan telah diadakan iaitu pada minggu terakhir hari Khamis setiap bulan. Keseluruhannya, seramai lebih 6,000 orang pelanggan menggunakan kemudahan ini sepanjang tahun 2014.

TRANSFORMASI PORTAL/SISTEMTerdapat beberapa aplikasi/sistem dan portal yang ditambah baik bagi memenuhi keperluan baharu dan tuntutan teknologi masa kini seperti berikut:

PEMBANGUNAN eSILA FASA 2Pembangunan eSILA Fasa 2 yang melibatkan 20 fungsi telah dibangunkan dan aplikasi ini dijangka akan dilaksanakan pada minggu ketiga bulan Mac 2015. Sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) dan Latihan Pengguna telah diadakan pada 14 - 15 Mei 2014 manakala Bengkel Pemurnian Data Pelajar Tajaan JPA telah diadakan pada 9-11 September 2014.

PROGRAM JPA BERSAMA PELANGGAN Program Bersama Pelanggan di JPA dilaksanakan secara maya. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 12 program

81JPA 360º

merupakan kemudahan pelaksanaan pengauditan bahagian-bahagian di JPA secara self-assessment (penilaian kendiri). Ia dilaksanakan secara dalam talian bertujuan untuk mempercepat dan menambah baik kaedah pengauditan dan pemeriksaan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab dan Pusat Kos JPA. Melalui inovasi ini, Pengurusan Tertinggi JPA memantau tahap pengurusan kewangan di bawah tanggungjawab masing-masing secara dalam talian. Sistem ini berasaskan web yang boleh diakses di mana sahaja, selamat dan mesra pengguna.

Sehingga Disember 2014, sebanyak 11 agensi sektor awam telah mereplikasi sistem ini melalui konsep perkongsian pintar. Agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

(iii) Pengurusan Meja Bantu HRMIS Meja Bantu HRMIS merupakan satu kemudahan

bantuan kepada agensi sektor awam serta pengguna HRMIS dalam menyelesaikan masalah berkaitan aplikasi HRMIS. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 6,277 aduan diterima melalui e-mel dan 11,516 aduan diterima melalui panggilan telefon seperti yang ditunjukkan di bawah manakala pecahan jenis aduan yang kerap diterima adalah seperti di sebelah.

PENAMBAHBAIKAN DALAM PENYAMPAIAN YANG BOLEH DITELADANI OLEH PERKHIDMATAN AWAM(i) Sistem Gerbang Khas JPA Bersama

Pelanggan (ePelanggan Gen2) Hari Khas JPA Bersama Pelanggan Secara Maya

dilaksanakan bagi meningkatkan lagi saluran penyampaian kepada pelanggan JPA. Sistem ini menyediakan satu platform untuk pelanggan JPA berinteraksi dengan Pegawai JPA secara maya yang diadakan pada setiap bulan. Melalui inovasi ini, bilangan kehadiran pelanggan JPA telah meningkat dan pelanggan boleh menjimatkan kos, masa dan tenaga kerana tidak perlu datang secara fizikal ke JPA untuk mendapatkan perkhidmatan. Kaedah ini juga dapat memperluaskan outreach dan meningkatkan lagi imej JPA sebagai peneraju transformasi Perkhidmatan Awam.

Sistem ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam Perhimpunan Bulanan JPA pada 24 Julai 2013. Sistem ini telah mula beroperasi secara live semasa Hari Bersama Pelanggan JPA pada 22 Ogos 2013. Sehingga Disember 2014, sebanyak 3 agensi sektor awam telah mereplikasi sistem ini melalui konsep perkongsian pintar. Agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

(ii) Sistem Pengauditan Indeks Akauntabiliti (SPIA)

Sistem Pengauditan Indeks Akauntabiliti (SPIA) ini

82 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

(ii) Pensijilan Profesional Pada tahun 2014, sebanyak 2 kursus persijilan

profesional telah dihadiri oleh 5 orang pegawai BPM. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalaman warga BPM. Persijilan profesional yang berjaya diperolehi adalah Certified Professional For Requirements Engineering (CPRE) – INTAN dan CCNA Exploration 1 : Network Fundamentals – INTAN.

MAJLIS PERSADA GEMILANG JPA TAHUN 2014Majlis Persada Gemilang JPA Tahun 2014 adalah merupakan suatu majlis yang diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan prestasi cemerlang pegawai-pegawai JPA pada tahun 2013. Majlis ini telah diadakan pada 19 Mac 2014 (Rabu), bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. Seramai 217 orang pegawai JPA telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 65 penerima bagi Anugerah Inovasi.

PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013Enam orang pegawai JPA telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) di atas sumbangan cemerlang di luar tugas rasmi yang disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan D, Malaysia Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 29 Oktober 2014.

PELAN JANGKA PENDEK ISP 2014-2015Pelan Transformasi Jangka Pendek ICT JPA menggariskan program serta inisiatif strategi ICT yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 hingga tahun 2015 berdasarkan Teras Strategik ICT JPA. Menerusi pelan ini, 5 Teras Strategik telah dirangka bagi memandu pelaksanaan inisiatif ICT supaya selari dengan hala tuju JPA. Dengan mengambil kira aspirasi Jabatan serta Kerangka Transformasi JPA, segala isu serta cabaran yang boleh menggugat hala tuju tersebut telah dikenal pasti. Pelan Jangka Pendek ISP 2014-2015 ini telah berjaya dihasilkan menerusi 2 mesyuarat kerja yang telah diadakan bersama wakil dari setiap bahagian yang terlibat.

(i) Sistem Keselamatan Pengurusan Maklumat (Information Security Management System - ISMS)

Pada 10 Oktober 2012, BPM telah berjaya memperoleh pensijilan Sistem Keselamatan Pengurusan Maklumat (ISMS) berdasarkan kepada standard MS ISO/IEC 27001:2007 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi skop ‘Operasi dan Penyelenggaraan Pusat Data HRMIS dan Pengendalian Meja Bantuan HRMIS Tahap Satu’.

Buku Lensa Transformasi dilancarkan sewaktu Majlis Persada Gemilang JPA pada 19 Mac 2014

83JPA 360º

Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Penglibatan pelbagai agensi dalam merealisasikan Program Jelajah #myGST4U ini adalah selaras dengan semangat pelaksanaan inisiatif di bawah NBOS yang berasaskan impak yang tinggi, kos yang rendah dan pelaksanaan yang cepat.

Jelajah #myGST4U dilaksanakan bertujuan untuk memberikan kesedaran serta meningkatkan kefahaman penjawat awam terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai 1 April 2015. Sebanyak enam (6) siri Program Jelajah #myGST4U telah dilaksanakan dan melibatkan 14,000 penjawat awam (Kuala Kangsar - 4,500; Kota Kinabalu - 1,700; Sungai Petani - 2,500; Kangar - 800; Johor Bahru - 1,500; Serdang - 3,000). Jumlah ini telah menyumbang kepada keseluruhan 476,529 penjawat awam yang telah diberikan pendedahan mengenai GST menerusi pelaksanaan program khusus di kementerian/ agensi masing-masing. Selain itu, bagi memastikan maklumat ini boleh disebar luas hingga ke peringkat akar umbi, 1,368 pegawai telah dilantik sebagai Ejen Penggerak (GST Advocators). Perjawatan baharu turut diwujudkan khusus bagi pelaksanaan GST iaitu 1,642 perjawatan di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan 472 jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

PENGGERAK GST (GST ADVOCATORS)INTAN sebagai salah sebuah institusi awam yang berperanan untuk melatih penjawat awam telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memberikan kefahaman kepada penjawat awam mengenai pelaksanaan GST dan kepentingannya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Latihan dan kefahaman ini telah diberi kepada ejen penggerak (GST Advocators) yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan untuk menyebarluaskan

Bagi memantapkan dan mengukuhkan Perkhidmatan Awam, kolaborasi dengan semua Agensi dan Kementerian adalah amat penting. Dengan itu, mentaliti bekerja secara silo dapat dihapuskan di samping dapat mewujudkan kerjasama yang memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat. Perkara ini amat ditekankan bagi membolehkan semua pihak bersama-sama menghayati dan melaksanakan misi transformasi nasional, sekaligus merealisasikan visi negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, JPA juga tidak ketinggalan berkolaborasi dengan pelbagai agensi/kementerian dan melaksanakan program-program yang bersesuaian bagi mendokong segala inisiatif kerajaan. Antara program yang melangkaui sempadan JPA seperti berikut:

JELAJAH #myGST4U Komunikasi Lautan Biru berkaitan GST merupakan satu daripada inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan ataupun NBOS yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri. Program Jelajah GST telah dianjurkan oleh JPA dengan dijayakan menerusi kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan

Beberapa siri Jelajah #myGST4U yang dianjurkan JPA telah berjaya diadakan selaras dengan inisiatif NBOS

hari terakhir lab peserta telah membentangkan Pelan Transformasi Kementerian masing-masing kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Peserta-peserta di setiap sesi LTPA secara kolektif telah menyumbang pengetahuan, pengalaman dan idea-idea inovasi baharu untuk membangunkan langkah dan inisiatif strategik. Perincian 7 siri LTPA tersebut adalah seperti berikut:

maklumat mengenai kepentingan dan kebaikan pelaksanaan GST dengan kaedah yang lebih jelas, tepat dan mudah untuk difahami.

Kursus Persediaan Penggerak GST ini merupakan satu inisiatif yang disusun oleh pihak INTAN bertujuan untuk:(i) Melengkapkan Penggerak GST dengan ilmu

pengetahuan berkaitan pengurusan sistem percukaian dan mekanisme pelaksanaan GST;

(ii) Menyediakan ruang bagi Penggerak GST mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci berkaitan isu-isu mengenai keperluan, pelaksanaan dan kesan pelaksanaan GST; dan

(iii) Mendaya upaya Penggerak GST untuk menyalurkan maklumat mengenai pelaksanaan GST kepada penjawat awam dan orang ramai secara tepat, jelas dan berkesan.

Sebanyak 19 Kursus Persediaan Penggerak GST telah dilaksanakan dengan sejumlah 1368 Penggerak telah dilatih menerusi 61 seminar/sesi penerangan berkaitan GST yang telah diadakan dari bulan Ogos hingga Disember 2014.

PROGRAM LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (LTPA)Bagi mengukuhkan lagi peranan JPA sebagai peneraju transformasi perkhidmatan awam selaras dengan DTN, 7 siri LTPA di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur mulai dari 14 April 2014 hingga 19 Jun 2014 telah diadakan. Pendekatan baharu pelaksanaan lab ini melalui kaedah merangkum dan sepunya sektor awam telah diilhamkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Objektif utama LTPA ini ialah:

• Sebagai impetus kepada kementerian membangunkan langkah dan inisiatif strategik;

• Untuk meningkatkan kolaborasi strategik dan jaringan kerja di antara peserta;

• Untuk mendapatkan penerimaan dan komitmen daripada stakeholder; dan

• Untuk memperluas kerjasama yang lebih erat antara pelbagai kementerian.

Pegawai-pegawai daripada 22 kementerian yang terdiri daripada pelbagai bidang, pengalaman, peringkat umur dan hierarki pengurusan telah bersama-sama menyertai LTPA ini. Setiap LTPA mengambil masa 4 hari dan pada

85MERENTASI JPA

86 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

87JPA DI PERSADA GLOBAL

PRESTASI PUNGUTAN HASILSektor Akaun, JPA telah diamanahkan untuk mengakaunkan semua terimaan hasil dan bukan hasil melalui pelbagai medium, seperti tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan pindahan telegrafik/EFT. Prestasi kutipan terimaan Sektor Akaun sehingga 31 Disember 2014 adalah seperti jadual di bawah:

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN MENGURUSPeruntukan asal yang diluluskan di bawah Perbelanjaan Mengurus bagi Tahun 2014 adalah sebanyak RM2,181,617,000. Peruntukan tambahan sebanyak RM88,000,000 diperoleh pada penghujung tahun bagi membiayai perkhidmatan dan bekalan. Keseluruhan prestasi Perbelanjaan Mengurus JPA sehingga 31 Disember 2014 adalah berjumlah RM2,556,651,759 atau 112.65% daripada keseluruhan peruntukan. Perbelanjaan melebihi peruntukan adalah disebabkan oleh perbelanjaan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pesara.

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PEMBANGUNANPada keseluruhannya, JPA telah diperuntukkan sebanyak RM23,675,300 untuk projek-projek pembangunan, iaitu RM10,074,000 untuk INTAN dan RM13,601,300 untuk pembangunan Sistem Komputer Induk JPA. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan JPA sehingga 31 Disember 2014 adalah berjumlah RM23,180,247.25 atau 97.91% daripada keseluruhan peruntukan.

TRANSFORMASI PROGRAM AUDIT JPAPada tahun 2014, Unit Audit Dalam JPA telah membuat perancangan program audit yang meliputi Pengauditan Kewangan, Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI), Pengauditan Prestasi, Kajian Khas dan Pengauditan Susulan / Mengejut ke atas isu-isu yang dibangkitkan dalam pengauditan terdahulu. Berikut adalah perbandingan rancangan dan pelaksanaan pengauditan oleh Unit Audit Dalam JPA sepanjang tahun 2014, meliputi perancangan aktiviti yang asal dan aktiviti tambahan seperti berikut:

Pengauditan di Sektor Awam akan menghadapi cabaran baru dalam meningkatkan sinergi dan keberkesanan serta keupayaan Juruadit dalam menghadapi transformasi yang akan dilaksanakan

oleh kerajaan. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan transformasi terhadap sistem perakaunan sedia ada yang berasaskan tunai kepada sistem Perakaunan Berasaskan Akruan.

Isu-isu yang perlu diambil kira semasa peralihan kepada perakaunan akruan adalah:

89PRESTASI KEWANGANDAN AUDIT

1. Refleksi Pencapaian Keberhasilan Transformasi JPA 2013

2. Manual Penyediaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam

3. Transforming Public Service in Malaysia: Guidelines for Developing a Transformation Plan

4. Buletin Transform Edisi Ketiga (Januari-Jun 2014)5. Handbook Dasar Pembangunan Organisasi Sektor

Awam6. INTAN Management Journal Vol. 1, 20147. Buletin Trajektori Bil. 1/2014, Jan - Mac8. Buletin Trajektori Bil. 2/2014, April - Jun9. Buletin Trajektori Bil 3/2014, Jul - Sept10. Buku Semerah Darah, Seputih Tulang11. Jurnal Dasar dan Ekonomi, 201412. Management Newsletter, Januari 201413. Research Updates, Januari 201414. Management Newsletter, Februari 201415. Research Updates, Februari 201416. Majlis Penganugerahan DPA 201317. Buku Inovasi 118. Buku Felo INTAN

19. Ulasan Buku ALMP 2011-201220. NDC 2013 Proceedings21. NDC 201422. Risalah Kajian OBB23. Aplikasi Kreativiti dan Inovasi Sektor Awam, 22

September 201424. Kajian Kes Amalan Terbaik Pengurusan Lean:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Julai 201425. Kreativiti dan Inovasi Menjana Insan Produktif, 22

September 201426. Citra Bil 1/2014, Januari – April 201427. iKIS Bil 1/201428. iKIS Bil 2/201429. Buletin Bayu Bil. 1030. Buletin Bayu Bil.1131. Buletin Bayu Bil.1232. Buku kecil Membudayakan Integriti 33. Surat Berita Sekitar JPA Edisi 1 – 1534. Laporan Tahunan JPA 201335. Profil Korporat JPA36. Kit Korporat JPA

JPA mengamalkan budaya perkongsian dan menyebar luas ilmu melalui penulisan dan penerbitan bahan-bahan bacaan sebagai pemangkin percambahan fikiran di kalangan penjawat awam. Bagi tahun 2014, JPA telah mengeluarkan pelbagai bahan penerbitan seperti berikut:

• Kajian Persepsi Penjawat Awam Terhadap Kerangka

Transformasi JPA

• Indeks Kesejahteraan Kendiri (I2K)

• Kajian Indeks Gunasama Persekutuan (IGP)

• Kajian Konflik Keluarga-Kerjaya

• Kajian Persepsi Pengejatan Pegawai JPA

• Kajian Kompetensi Pegawai Psikologi

• Kajian Impak Keberkesanan Program Psynnova 2013

• Kajian Tahap Kesedaran Penjawat Awam Mengenai

GST

• Kajian persepsi pegawai muda mengenai

pelaksanaan GST

• Kajian Mekanisme Zakat sebagai Pemangkin

Pembentukan dan Pembudayaan Usahawan Asnaf

• Kajian Persepsi Warga Terhadap Pelaksanaan

Transformasi JPA

• Kajian Persekitaran Transformasi Jabatan

Perkhidmatan Awam

• Kajian Pelaksanaan OBB di Majlis Agama Islam dan

Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk)

• kajian awal integrasi pangkalan data JPA

• Kajian penyepaduan pangkalan data MyPOST

kepada HRMIS

• Kajian penyepaduan pangkalan data Gunasama

kepada HRMIS

JPA telah melaksanakan beberapa kajian untuk menilai keberkesanan dan penambahbaikan pengurusan Perkhidmatan Awam. Bagi tahun 2014, sebanyak 16 kajian telah dilaksanakan sebagaimana berikut:

94-10507 JULAI08 OGOS09 SEPTEMBER10 OKTOBER11 NOVEMBER12 DISEMBER

01 JANUARI02 FEBRUARI03 MAC04 APRIL05 MEI06 JUN

DIARIKORPORAT

7 Januari 2014Majlis Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam 2013

9 Januari 2014Perhimpunan Bulanan JPA

27 Januari 2014Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan PTD Gred M48 dan M44

13 Februari 2014Perasmian Karavan Tani JPA4U

15 Februari 2014Ramah Mesra KSN & KPPA dengan warga IKWAS

20 Januari 2014Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara

24 Januari 2014Kunjungan Muhibah KPPA Brunei ke atas KPPA JPA

24 Januari 2014Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara dengan Pegawai Gred Utama & Gred Khas C

JAN

FEB

27 Februari 2014Perasmian iLead-Park INTURA

27 Februari 2014Sesi Interaksi KPPA bersama Warga INTURA

7 Mac 2014Perjumpaan KPPA Bersama Warga INTENGAH

19 Februari 2014Majlis Penghargaan Bagi Pegawai JPA Yang Akan Bertukar Keluar

20 Februari 2014Lawatan Mengejut KPPA di Sekitar Kompleks C1 & C2

27 Februari 2014Majlis Perasmian Kursus DPA Bil. 1-2014 di INTURA

7 Mac 2014Perjumpaan KPPA bersama Guru-guru Bahasa INTAN

17 Mac 2014Majlis Interaksi KPPA Bersama Peserta DPA Bil. 1-2014 di IKWAS

18 Mac 2014Majlis Penyerahan Watikah Program Engagement oleh KPPA di IKWAS

95DIARI KORPORATJANUARI - MAC

MAC

1 April 2014Pelancaran Portal 1Pesara

4 April 2014Lawatan Semarakkan Transformasi di KPDNKK

11 April 2014Lawatan Semarakkan Transformasi di Kementerian Pendidikan Malaysia

17 April 2014Perhimpunan Bulanan JPA

23-25 April 2014Lawatan Semarakkan Transformasi di Perak Darul Ridzuan

30 April 2014Lawatan KPPA bersama CUEPACS ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

19 Mac 2014Majlis Persada Gemilang JPA

21 Mac 2014Sesi Interaksi KPPA bersama Warga Kementerian Kesihatan Malaysia

31 Mac 2014Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Nasional oleh Timbalan Perdana Menteri

APR

96 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

25 Mei 2014 Sesi Ramah Mesra KPPA bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu

25 Mei 2014 Lawatan Kerja KPPA ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

29 Mei 2014 Majlis Amanat KSN Sempena Urusan Pemangkuan PTD ke Gred 44

1 Mei 2014 Sambutan Hari Pekerja 2015 di Kedah

5 Mei 2014 Sesi Transhare Bersama KPPA

7 Mei 2014Perhimpunan Bulanan JPA

6 Jun 2014Penyerahan Surat Penempatan dan Pemangkuan Pegawai Gred J36

16 Jun 2014Lab Transformasi Perkhidmatan Awam Siri 7

21 Jun 2014Perhimpunan Hari Pekerja 2014

MEI

JUN

97DIARI KORPORATMAC - JUN

21 Julai 2014Showcase Transformasi Siri 2

21 Julai 2014Perhimpunan Bulanan JPA

12 Ogos 2014Program Akademi MyWIN

25 Jun 2014Kick Off Persada Transformasi

26 Jun 2014Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan MBK AM

10 Julai 2014Majlis Berbuka Puasa KPPA Bersama Warga JPA

14 & 15 Julai 2014Lawatan Kerja KSN & KPPA ke Tawau, Sabah

19 Julai 2014Majlis Berbuka Puasa KPPA di INTIM

20 Julai 2014Program Menanam Pokok KPPA bersama Peserta Kursus DPA di INTIM

JUL

OGOS

98 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

SEPT

26 Ogos 2014Majlis Penyampaian Diploma dan Anugerah Felo INTAN

31 Ogos 2014Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57

5 September 2014Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan dan Penempatan PTD Gred M52 & M48

19 Ogos 2014Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Kompleks C Tahun 2014

21 Ogos 2014Program Transhare 2.0

22 Ogos 2014MH17 - Warga JPA Turut Berkongsi Kesedihan

8 September 2014Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan bagi PPT Gred N27, N32 dan N36

8 September 2014Lawatan Kerja KPPA ke DBKL

10 September 2014Majlis Penghargaan kepada Urus Setia Kontinjen Penjawat Awam Sempena Perarakan dan Perbarisan Kemerdekaan ke 57

99DIARI KORPORATJUN - SEPTEMBER

29 September 2014Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU HRMIS

29 September 2014Majlis Perasmian Program HUGS

29 September 2014Perjumpaan KPPA bersama Penjawat Awam Skim F di Melaka

30 September 2014Majlis Perasmian EPSA Week@Melaka

19 September 2014Perhimpunan Bulanan JPA

22 September 2014Seminar Inovasi Sektor Awam

22 September 2014Majlis Makan Malam Beradat KPPA Bersama Peserta Kursus DPA Bil. 1-2014

23 & 24 September 2014Karnival 1Pesara

23 September 2014Majlis Amanat KPPA Sempena Penyerahan Surat Penempatan Peserta Kursus DPA 1-2014

100 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

3 Oktober 2014Sesi Perjumpaan KPPA Bersama Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS

9 Oktober 2014Hari Terbuka Psikologi Malaysia

8 Oktober 2014JPA-Apprenticeship Program (MAP)

9 Oktober 2014Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014

9 Oktober 2014National Digital Conference 2014 (NDC)

14 Oktober 2014Konvensyen KIK JPA 2014

14 Oktober 2014Sesi Rakaman Temu Bual RTM dan BERNAMA sempena CAPAM 2014

15 Oktober 2014Program Persada ‘Patriotisme’ Transformasi

15 Oktober 2014Perhimpunan Bulanan JPA

OKT

101DIARI KORPORATSEPTEMBER - OKTOBER

20 Oktober 2014Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Brunei

20 Oktober 2014Perasmian Persidangan Tahunan PUSPANITA

30 Oktober 2014Jelajah #myGST4U@Perak

4 November 2014Majlis Penyerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong oleh Timbalan Perdana Menteri

4 November 2014Majlis Perasmian Kursus Kadet PTD Bil. 2-2014

4 November 2014Jelajah #myGST4U@Kedah

16 Oktober 2014Persidangan Kepimpinan dan Transformasi INTAN

17 Oktober 2014Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat JPA

19 Oktober2014Majlis Perasmian CAPAM oleh Timbalan Perdana Menteri

NOV

102 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

8 November 2014Eksplorasi Transformasi JPA

9 November 2014Jelajah #myGST4U@Kedah

9 November 2014Program JPA4U@INTURA

5 November 2014Jelajah #myGST4U@Sabah

5 November 2014 Sesi Dialog KPPA Bersama Guru-guru Sabah

6 November 2014Program Sekolah Angkat JPA4U@INTAN Sabah

10 November 2014Penyampaian Surat Penempatan Sempena Urusan Pemangkuan Pegawai Gunasama Persekutuan

13 November 2014Lawatan KSN ke JPA

14 November 2014Karnival Patriotisme 2014 ‘Demimu Malaysia’

103DIARI KORPORATOKTOBER - NOVEMBER

2 Disember 2014Jelajah #myGST4U@Johor

3 Disember 2014Lawatan Turun Padang KPPA ke Johor Bahru

4 Disember 2014Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 2014 Peringkat Kebangsaan ke 31

21 November 2014Majlis Mesyuarat MBK AM

23 November 2014Program Kembara Kasih MAKSWIP di Perlis

24 November 2014Program Semarakkan Transformasi & Jelajah #myGST4U@Perlis

27 Oktober 2014Majlis Interaksi KPPA Bersama Peserta Kursus ALMP Siri 45

27 Oktober 2014Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak-Futsal-Bola Tampar JPA

1 Disember 2014 Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 2014 Peringkat Kebangsaan ke 31

DIS

104 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

11 Disember 2014Majlis Pentauliahan AKRAB ke 10

12 Disember 2014Majlis Mesyuarat JPA Bersama Kerajaan Persekutuan Sarawak

15 Disember 2014Majlis Genta Bahasa 2014

9 Disember 2014Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara JPA dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah

9 Disember 2014Perasmian JPA-COTI

10 Disember 2014Majlis Kolokium Pegawai Tajaan HLP yang telah Tamat Pengajian

16 Disember 2014Program Gegar #myGST4U & 1Pesara di MAEPS

17 Disember 2014Perhimpunan Bulanan JPA

31 Disember 2014Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir JPA4U@Perak

105DIARI KORPORATNOVEMBER - DISEMBER

108JARINGAN KOLABORASISTRATEGIK

110PAMERAN

111JPA & MEDIA

MENELUSURIPERJALANANJPA

Lawatan Dalam Negara

Lawatan Kunjungan Hormat dari Barisan Exco Tertinggi Baharu CUEPACS

13 Januari

Lawatan Kunjungan Hormat dari Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia

7 Februari

Penyerahan Kad Hari Raya oleh Peserta Kadet PTD kepada KPPA

25 Julai

Lawatan Pengerusi PUSPANITA JPA ke Bahagian-bahagian di JPA

12 Ogos

Lawatan Sambil Belajar dari Peserta Kadet PTD Bil. 2-2014

25 November

Lawatan Kunjungan Hormat dari Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia

22 Julai

Lawatan Korporat dari Universiti Malaysia Terengganu

1 Disember

Lawatan Luar Negara

Lawatan dari Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Brunei

25 Februari

Lawatan dari Peserta Program Sangkutan ACCSM

17 November

Lawatan dari Delegasi Perkhidmatan Awam Thailand

18 Ogos

Lawatan dari Delegasi Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Nepal

23 Januari Lawatan dari Public Service Comission, South Africa

17 Mac

Lawatan dari Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia

17 April

Lawatan dari COTI, Republik Korea Selatan

27 Oktober

Lawatan dari Public Service Fund, United Republic of Tanzania

4 Disember

Lawatan dari Department of Pension, Sri Lanka

30 Disember

Lawatan Delegasi Indonesia24 November

109JARINGAN KOLABORASISTRATEGIK

Pameran #myGST4U @Johor

Pameran #myGST4U@KedahPameran Jelajah #myGST4U@Perak

Pameran JPA sempena CAPAM di PICC Pameran Karnival Patriotisme 2014,

Demimu Malaysia

Media baharu adalah sama pentingnya dengan media konvensional. Berdiri di atas dasar tersebut, JPA meneruskan penyampaian maklumat perkhidmatannya melalui pameran.

Sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 20 pameran berkaitan produk dan perkhidmatan di JPA telah berjaya dilaksanakan, khususnya Program Jelajah #myGST4U yang dilaksanakan sebanyak 7 pameran. Mekanisme ini dilihat dapat membantu penyampaian maklumat secara terus kepada kumpulan sasar yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.

Majlis Pelancaran Portal 1MCSR

Jelajah #myGST4U@Sabah

Karnival 1PesaraHari Pekerja Penjawat Awam 2014

Program Jelajah #myGST4U@Perlis Hari Terbuka Psikologi

Malaysia 2014

1 April

9 November

23-24 November

16-17 Disember

1 Mei23 September

9-10 Oktober

Program Gegar #myGST4U@MAEPS & 1Pesara

Pengukuhan hubungan antara JPA bersama agensi dan pengamal media merupakan salah satu aspek utama dalam usaha memastikan sesebuah organisasi itu kekal relevan di mata masyarakat khususnya pihak

berkepentingan. Sepanjang tahun ini, liputan mengenai program-program yang diterajui oleh JPA banyak mendapat liputan akhbar khususnya Program Jelajah #myGST4U.

Berita Harian: 2 April 2014

Utusan Malaysia: 31 Oktober 2014

Berita Harian: 10 November 2014

Berita Harian: 26 September 2014

Berita Harian: 20 November 2014

Berita Harian Online: 9 Oktober 2014

112 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Sin Chew Daily: 17 Disember 2014

Utusan Malaysia: 10 November 2014

New Straits Times: 17 Disember 2014

Utusan Malaysia: 3 Mei 2014

Sinar Harian: 6 November 2014

The Star: 2 April 2014

113JPA & MEDIA

Berita Harian: 2 Mei 2014

New Straits Times: 3 Mei 2014

Sinar Harian: 5 Mei 2014

The Sun Daily: 2 April 2014

Utusan Malaysia: 2 April 2014

114 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

Utusan Malaysia: 30 September 2014Makkal Osai: 20 Sept 2014

New Straits Times: 2 Mei 2014

Sinar Harian: 3 Mei 2014

The Sun Daily: 2 Mei 2014

Nanyang Siang Pau: 21 September 2014

Utusan Malaysia: 2 Mei 2014

115JPA & MEDIA

118PROGRAM &AKTIVITI

JPA SANTAI

PROGRAM & AKTIVITI Sepanjang tahun 2014 pelbagai perancangan dan pelaksanaan aktiviti Kebajikan dan Sosial, Kerohanian / Nilai-Nilai Murni dan Sukan di peringkat Kelab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan peringkat Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah dilaksanakan. Pelaksanaan Program Askar Wataniah JPA dengan kerjasama serta bantuan Rejimen 515 AW, Kem Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur juga merupakan antara aktiviti tersebut.

Di samping itu juga, Kelab JPA diiktiraf sebagai Kelab Sukan dan Kebajikan Terbaik 2013. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Hari Inovasi dan Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013.

Di bawah Kelab JPA yang merupakan persatuan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan Nombor Pendaftaran 1769 (Selangor) pada 17 Februari 1976, aktiviti-aktiviti yang berkaitan sukan, kebajikan, majlis-majlis perjumpaan, rekreasi dan sosial kepada warga JPA telah berjaya dilaksanakan yang sekaligus sebagai salah satu usaha jalinan memupuk keharmonian dan jalinan kerjasama di kalangan warga JPA.

PENCAPAIANKelab JPA turut menyertai aktiviti/ program serta pertandingan sukan di peringkat MAKSWIP dan Jabatan Perdana Menteri. Di antara kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2014 adalah seperti yang berikut:

Sebanyak 32 aktiviti/ program telah dilaksanakan bagi tahun 2014 dengan melibatkan aktiviti sukan, kerohanian, kebajikan dan sosial Jabatan. Butiran terperinci adalah seperti yang berikut:

(a) Aktiviti Sukan JPA- Menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Bahagian

bagi tahun 2014 yang melibatkan sebanyak enam kumpulan Bahagian.

- Sebanyak 11 aktiviti sukan dipertandingkan iaitu ping pong, bola sepak, bola jaring, batu seremban & congkak, boling, catur, dart, badminton, bola tampar, futsal, dam aji dan golf.

- Keputusan pertandingan Sukan Antara Bahagian JPA Tahun 2014 adalah seperti yang berikut:

119JPA SANTAI

Aktiviti Senamrobik peringkat JPA turut diadakan sebanyak 43 sesi sepanjang tahun 2014 dan diadakan pada setiap hari Selasa jam 5.45 petang sehingga 6.45 petang.

Selain daripada itu, Kelab JPA turut terlibat dan menyertai kejohanan luar yang dianjurkan oleh MAKSWIP, Kelab Bukit Perdana, JPM seperti yang berikut:

120 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

(b) Aktiviti Kerohanian/ Nilai-Nilai Murni JPA Pelaksanaan aktiviti Kerohanian/ Nilai-Nilai Murni JPA

dilaksanakan di JPA dengan tujuan untuk memupuk

nilai-nilai murni di kalangan warga JPA. Bagi tahun 2014, sebanyak 12 aktiviti telah dilaksanakan seperti berikut:

121JPA SANTAI

ANUGERAH KHAS JPA 2013Anugerah Khas JPA 2014 telah diberikan kepada pegawai dan kakitangan JPA yang telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam penglibatan aktiviti dalam dan luar JPA.

i. Olahragawan JPA Encik Mohd Zary Affendi Bin Mohd Arif

(INTAN) ii. Olahragawati JPA Puan Syafiza Azni Binti Abu Bakar (BP)

iii. Aktif Sosial JPA YM Raja Noor Afiz Bin Raja Noor Afandi (BKP) vi. Aktif Sosial JPA En. Mohd Firdaus Bin Jamaludin (BK)

(c) Aktiviti Kebajikan dan Sosial JPA Pelaksanaan aktiviti Kebajikan dan Sosial JPA

dilaksanakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan agar lebih harmoni dalam kalangan

pegawai JPA serta memupuk semangat jati diri melalui aktiviti kesukarelawan. Sebanyak sembilan aktiviti telah dilaksanakan bagi tahun 2014 iaitu seperti berikut:

Anugerah Khas JPA 2013

122 LAPORAN TAHUNAN JPA 2014

EKSPLORASI TRANSFORMASIPemantapan dan pemahaman tentang transformasi diperluaskan lagi melalui Program Eksplorasi Transformasi 2014. Program yang berbentuk treasure hunt games ini diadakan pada 8 November 2014. YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah merasmikan program ini yang bermula dari Blok C1, JPA Putrajaya dan berakhir di INTAN Bukit Kiara.

Program ini berjaya menarik penglibatan 65 pasukan (kenderaan) yang terdiri daripada 260 orang peserta. Para peserta terdiri daripada pegawai-pegawai:• Jabatan Perdana Menteri• Tourism Malaysia• Perbadanan Putrajaya• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja• Lembaga Minyak Sawit Malaysia• Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia• Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak• Kementerian Kerja Raya• Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan

Masyarakat• Kementerian Sumber Manusia• Kementerian Kesihatan Malaysia• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri• Kementerian Pertahanan• Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah• Kementerian Pelajaran Malaysia• Kementerian Pengangkutan• Kementerian Luar Negeri• Jabatan Penyiaran Malaysia.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian juga telah diberikan peluang untuk mengemukakan idea dan pandangan mengenai transformasi perkhidmatan awam melalui Idea Hatch.

KARAVAN TANIProgram Karavan Tani JPA4U merupakan satu usaha JPA dalam menjaga kebajikan para pegawai dan kakitangan untuk mengurangkan beban sara hidup melalui konsep pasar tani. Majlis Pelancaran Karavan Tani JPA4U telah diadakan pada 13 Februari 2014 dengan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Dataran Kompleks C, Putrajaya. Program ini diadakan pada setiap hari Khamis minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Eksplorasi Transformasi

Karavan Tani

Karavan Tani

123JPA SANTAI

SENARAI PEKELILING

126PUNCA KUASA

127

SURAT PEKELILING

SURAT EDARAN

LAMPIRAN

Dalam mengurus sumber manusia perkhidmatan awam, JPA menjalankan kuasanya berasaskan peruntukan undang-undang berikut:

• Perlembagaan Persekutuan Bahagian 10 – Perkhidmatan Awam

• Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61) • Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) • Perintah-Perintah Am (Bab B, C, E, F dan G)• Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan

Pelajaran, 1974 [P.U. (A) 89/74] • Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan

Awam, 1986 [P.U. (A) 151/86] • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) [P.U. (A) 395/1993] • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) (Pindaan) 1995 • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) (Pindaan) 1996 • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) (Pindaan) 2002 • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,

Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U. (A) 176/2005]

• Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006

• Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007

• Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam [P.U. (A) 396]

• Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam [P.U. (A) 151]

• Akta Perwakilan Kuasa 1956 (Akta 358)• Akta Pencen 1980 (Akta 227)• Peraturan-Peraturan Pencen 1980• Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1980 (Akta 239)

• Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990

• Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 (Akta 228) • Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) • Akta Pencen (Pindaan) 1992 (Akta A823) • Akta Pencen (Pindaan) 2008 (Akta A1335) • Akta Pencen (Pindaan) 2009 (Akta A1343)• Akta Pencen (Pindaan) 2012 [P.U. (A) 460/2012]• Penetapan dan Pembatalan Penetapan Pencen

Terendah Sekali di bawah Seksyen 22A, Akta Pencen 1980 [P.U.(B)378/2012]

• Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2009 (Akta A1344)

• Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2012 [P.U. (A) 461/2012]

• Penetapan dan Pembatalan Penetapan Pencen Terendah Sekali di bawah Seksyen 25, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [P.U.(B)379/2012]

• Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2009 (Akta A1345)

• Perintah Penyelarasan Pencen (Pencen Terendah Sekali) 2012 [P.U. (A) 379/2012]

• The Mental Disorders Ordinance 1952 • Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) • Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 (Akta 237) • Akta Saraan Ahli Parlimen (Pindaan) 1997 (Akta 984) • Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45)• Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2009 (Akta A1346) • Ketentuan Saraan Setiausaha Politik• Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971

[Akta 22] • Ordinan Balu Sabah Sarawak

SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN1 Bantuan Upah Jahit2 Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik3 Bantuan Khas Kewangan Tahun 20144 Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pemelihara

Hutan, Renjer Hutan, Pengawas Hutan, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam

5 Kemudahan Cuti Menjaga Anak6 Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun

2014

SENARAI SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN1 Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum di Bawah Sistem Saraan Malaysia

SENARAI SURAT EDARAN1 Urusan Penyimpanan Data/Borang LNPT

Bagi Pegawai Skim Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

2 Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Yang Telah Memangku Sebelum 31 Disember 2013

3 Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) [PT(P/O)] Gred N22 Ke Gred N26 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

4 Pemakluman Mengenai Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29/ J30/ J36/ J38 Ke Jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred J42

5 Pemakluman Mengenai Urusan Pemangkuan Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) Gred N17 Ke Gred

N22 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

6 Kaji Selidik Minat Dan Kecenderungan Penglibatan Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan Bagi Pesara Dan Bakal Pesara Untuk Portal 1 Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS)

7 Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 Ke Gred W22 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

8 Pemakluman Persediaan Pengisian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N36 Perkhidmatan Gunasama Bagi Tahun 2014/ 2015

9 Pemakluman Urusan Persediaan Pemangkuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred F32 Ke Gred F38 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

10 Pemakluman Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 Ke Gred W26 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

11 Pemakluman Urusan Persediaan Pemangkuan Setiausaha Pejabat Gred N27/N28 Ke Gred N32 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

12 Urusan Persediaan Pemangkuan Setiausaha Pejabat Gred N32 Ke Gred N36 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

13 Pemakluman Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J36 Ke Gred J38 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

14 Pemakluman Urusan Pemangkuan Juruteknik Komputer Gred FT17 Ke Gred FT22 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

15 Pemakluman Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29/J30 Ke Gred J36 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)