Upload
nizna-abdul-jamil
View
223
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Tugasan 1
1.0 Pendahuluan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa yang terakhir ini telah saya laksanakan di
Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah
kluster kecemerlangan dan mempunyai 63 orang guru. Sekolah ini juga merupakan sekolah
yang terbesar di kawasan Kuala Lipis. Saya telah mengadakan temubual dengan beberapa
orang responden untuk mendapatkan maklumat mengenai profil budaya murid di sekolah ini.
Antaranya adalah GPK Hal Ehwal Murid, guru kaunseling, guru kelas dan murid-murid
terutamanya murid tahun 3.
2.0 Profile Budaya Murid
2.1 Komposisi Kaum
Bilangan murid di sekolah ini sebanyak 682 orang calon yang majoritinya terdiri daripada kaum
Melayu diikuti kaum Orang Asli dan India. Menurut GPK HEM di sekolah ini, murid dari
kalangan kaum Melayu adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 80 peratus, kaum Orang Asli
15 peratus dan India 5 peratus. Jadi, pelajar cemerlang di sekolah ini didominasikan oleh orang
Melayu. Sebagai contoh, menurut guru kelas tahun 3 Syukur iaitu kelas pertama bagi tahun 3,
pelajar yang paling cemerlang dalam kelas tersebut merupakan pelajar Melayu iaitu Nur
Harisah. Manakala kaum lain seperti orang Asli dan India berada di kelas yang sederhana. Hal
ini disebabkan apabila adanya ujian bertulis, mereka cenderung untuk menulis perkataan yang
dituturkan di rumah. Contohnya, seperti murid orang asli tersebut menulis ‘mok’ (ibu) dan ‘ma’
(saya) dalam kertas peperiksaannya. Hal ini telah dimaklumkan kepada saya oleh guru
kelasnya sendiri ketika sesi temu bual.
Menurut GPK HEM, murid di sekolah tersebut mempunyai kesedaran kepelbagaian
budaya di kalangan mereka. Hal ini disebabkan apabila adanya program bacaan yassin untuk
setiap hari jumaat, murid Islam akan berkumpul dalam dewan manakala murid bukan Islam ini
akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk membuat aktiviti yang diminta oleh guru. Selain
itu, murid bukan Islam juga akan belajar Pendidikan Agama Islam dalam kelas bersama-sama
rakan yang lain. Ini disebabkan, pelajar bukan Islam tidak ramai. Jadi, guru sukar untuk
mengasingkan kelas mereka dan mengajar mereka Pendidikan Moral. Namun begitu, ibu bapa
pelajar telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara tersebut.
Seterusnya untuk corak hubungan antara murid di bilik darjah pula, saya dapati terdapat
perbezaan pendapat antara guru dan murid. Pada pemerhatian guru, murid tidak bergaduh
walaupun dalam kelas tersebut ada pelbagai kaum. Namun setelah menemubual 4 orang murid
berlainan kaum, saya dapati bahawa ada di antara murid-murid tersebut tidak mahu berkawan
dengan murid lain yang berlainan kaum. Contohnya, murid Melayu tidak mahu berkawan
dengan murid India atau Orang Asli. Hal ini kerana mereka selalu diejek dan menyatakan
mereka anak Orang Asli dan anak India. Perkara ini telah mencetuskan pergaduhan antara
mereka. Walaubagaimanapun, pergaduhan antara mereka tidak berpanjangan. Setelah
beberapa ketika, mereka akan berbaik semula seperti sedia kala.
Menurut guru kaunseling di sekolah ini, terdapat pelajar yang kurang bersosial dengan
rakan-rakan mereka. Hal ini disebabkan perasaan rendah diri yang terdapat dalam diri pelajar
tersebut. Perasaan ini hadir kerana dia merasakan satus ekonomi keluarganya tidak setanding
rakan-rakannya. Contohnya, pelajar India yang ditemu bual tersebut menyatakan ibu bapanya
belum mendapat sebarang pekerjaan. Ibu bapa murid tersebut ada membuka kedai runcit
sebelum ini. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, kedai mereka telah muflis dan sekarang
masih menganggur. Kesannya, murid India tersebut berasa rendah diri dan menjadikannya
malu untuk bergaul dengan rakan-rakannya.
GPK HEM menyatakan bahawa murid dapat bekerjasama dengan baik sekiranya aktiviti
berkumpulan dijalankan dalam kelas. Berbeza pula dengan hasil dapatan saya iaitu menurut
murid Orang Asli tersebut, rakan-rakannya kadangkala tidak mahu memberikan kerjasama
untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan dengannya. Alasan mereka kerana dirinya adalah
anak Orang Asli. Namun jika dipantau oleh guru, mereka dapat memberikan kerjasama dengan
baik. Ini jelas menunjukkan bahawa murid kurang menerima kepelbagaian budaya antara
mereka. Kesannya, ia dapat mengurangkan interaksi antara murid dan menyebabkan perasaan
perkauman tersebut ada dalam diri murid. Hal ini menyebabkan perpaduan antara kaum
tersebut sukar dicapai disekolah.
Menurut guru kaunseling, berdasarkan perbandingan antara ketiga-tiga kaum yang
terdapat di sekolah tersebut, murid Orang Asli dan India didapati lemah dalam pelajaran
berbanding kaum Melayu. Hal ini berlaku kerana mereka kurang berminat untuk belajar.
Kadangkala, mereka bermain ketika guru sedang mengajar. Selain itu, mereka juga tidak dapat
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Sehinggakan guru perlu mengurangkan
bilangan soalan untuk memastikan mereka dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Selain itu,
pelajar yang lemah dalam pembelajaran ini juga disebabkan ibu bapa tidak memantau hasil
kerja murid di rumah. Contohnya, murid Orang Asli dan India tersebut berkata bahawa mereka
membuat kerja rumah sendirian di rumah tanpa bantuan daripada ibu bapa mahupun adik
beradik yang lain kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka. Kesannya, murid
tidak dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3.0 Rumusan
Intihanya, aspek komposisi kaum di sekolah tersebut banyak memberi kesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran murid. Sebagai guru seharusnya mengenali kepelbagaian
budaya murid di sekolah supaya perpaduan di antara murid dapat dicapai. Guru dan pihak
sekolah seharusnya bekerjasama dan mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi
kepelbagaian budaya di sekolah agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.