Upload
dinhnguyet
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
LAPORAN
UMRAH WARGA PEKAK MALAYSIA 2015
https://www.facebook.com/groups/myprisma/permalink/894918643948273/
ANJURAN
PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA
2
Hebahan Umrah PRISMA
Sumber daripada FB Aqlam Jafri Ketua Rombongan Umrah PRISMA 2015 di
https://www.facebook.com/aqlamj/posts/10153924233923294
3
Kursus Umrah PRISMA; 17~18 Oktober 2015
Kursus Umrah PRISMA yang diadakan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur pada 17 dan 18
Oktober 2015 dianjurkan oleh Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) bersama Glocal
Travel & Tours S/B.
Sumber daripada FB Aqlam Jafri Ketua Rombongan Umrah PRISMA 2015 di
https://www.facebook.com/aqlamj/media_set?set=a.10154258919343294.1073741937.717083293
&type=3&sw_fnr_id=1335877985&fnr_t=0&feed=false
4
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 20 new photos.
Published by Aqlam Jafri · November 29, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
28 Nov 2015
Jam 10:00pagi semua jemaah umrah dapat berkumpul di Level 4 di Balai Berlepas. Terdapat ahli-ahli
keluarganya dan En. Marzuki Ong (Yang Dipertua PRISMA) hadir untuk memberi ucap selamat jalan.
Jam 11pg Tuan Idhzam Pengarah Urusan Glocal Travel beri taklimat. Ustaz Rahman baca doa selamat.
Kami semua sempat bergambar.
Jam 12:30tgh hr saya dipanggil jumpa Ustaz Rahman. Saya rasa risau bila tengok mata Ustaz Rahman
sebak hati menangis dan merah. Saya agak ada masalah. Katanya ada masalah teknikal visa umrah 2 orang
peserta dibantu oleh jurubahasa isyarat Pn. Hafidah. Kemudian saya panggil 2 peserta bersama
pasangannya, En. Azhar dan Pn. Hafidah ke tempat lain.
Saya minta 2 peserta supaya bersabar dan tenang hati sebelum beri penjelasan kepada 2 peserta tersebut
tidak dapat ikut kumpulan jemaah kita. Saya bersyukur Pihak Glocal Travel dan Air Asia bermurah hati
mereka akan menyertai kumpulan lain anjuran Glocal Travel pada 1 Disember dan tiba di Makkah dan
kemudian Madinah dengan caj percuma. Kami bersebak hati dan menangis sebab pasangannya terpaksa di
pisah sebab pada 1 Dis ada 2 tempat kosong sahaja dalam kumpulan umrah. Akhirnya mereka setuju
terima dengan tabah hati. Pihak Glocal akan uruskan visa mereka baru. Mereka ialah Pn. Suriati dan Pn.
Che Asma. Kesilapan visa umrah ialah visa umrah Pn. Suriati berlekat di paspot Pn. Che Asma manakala
visa umrah Pn. Che Asma berlekat di paspot Pn. Suriati. Pihak Glocal Travel telah minta maaf dan cuba
berusaha menyelesaikan masalah ini.
Jam 1:30 ptg saya bersama semua jemaah umrah masuk Perlepasan Antarabangsa selepas dapat pasport
dan pas perlepasan masing-masing. Saya diminta supaya jadi menjadi pengiring paling belakang pastikan
semua jemaah umrah dapat berkumpul bersama. Ustaz Rahman jadi pengiring paling depan.
Jam 2:30ptg kami adalah kumpulan paling terakhir masuk pesawat selepas melepasi 2 tempat keselamatan
sebelum pintu pesawat ditutup. Kelewatan sebab masalah teknikal visa umrah 2 peserta tadi. Sepatutnya
pesawat ini berlepas jam 2ptg. Jam 3:00ptg pesawat ini telah berlepas dari KLIA2 dengan selamatnya.
Jam 7:30 malam masa tempatan (masa Malaysia 12:30tgh malam, pesawat ini telah mendarat di Lapangan
Antarabangsa King Abdulaziz.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah merangkap Bendahari Kehormat PRISMA.
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1050961434923982
5
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 30 new photos.
Published by Aqlam Jafri · November 30, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
29 Nov 2015 (Ahad) Bahagian Pertama
Setelah pesawat kami mendarat, kami berjaya melepasi imigresen mengambil masa 3 jam. Saya orang
terakhir melepasi imigresen sebab tugas pengiring paling belakang. Seorang pegawai imigresen Arab
Saudi tepuk tangan kuat ke arah saya dan sebahagian daripada kami kerana berjaya melepasi imigresen dan
selamat datang.
Setelah kami solat jama' maghrib dan isyak, kami naik bas jam 9mlm masa tempatan. Bas tingkat 2
kelihatan baru. Kami dimaklumkan bahawa kami kumpulan yang pertama naik bas baru. Dalam bas
tersebut ada tandas di tingkat bawah.
Di sepanjang perjalanan, kami diberi botol mineral kecil. Jam 12 tgh mlm, kami singgah di R&R untuk
makan malam yang disediakan oleh Glocal Travel selama 30 minit. Di sepanjang perjalanan, ustaz beri
taklimat mengenai tempat Madinah dan Masjid Bir Ali sambil direrjemaah dalam bahasa isyarat Malaysia
oleh Pn. Hafidah, En Azhar dan saya.
Jam 3:50 pagi kami selamat sampai Madinah Mubarak Hotel (50 meter ke pintu Masjid Nabawi).
Jam 5pagi kami berkumpul di luar hotel untuk bergerak ke Masjid Nabawi untuk solat subuh.
Lepas solat, kami terjumpa 2 orang Pekak Arab Saudi. Rupa2nya mereka kawan Azhar. Kami balik ke
hotel untuk menikmati sarapan pagi. Pagi ini jadual bebas membolehkan kami bebas shopping dan jalan-
jalan di sekelilingi hotel.
Saya terpaksa rehat di bilik hotel kerana sakit kepala. Alhamdulillah. Kawan Pekak Arab Saudi beri saya
Panadol membolehkan saya tidur lena sebab tidak cukup rehat dan tidur masa perjalanan dalam pesawat
dan bas selama 16 jam. Jam 12 tengah hari, Alhamdulillah saya rasa kurang sakit kepala dan bersiap-siap
pergi ke Masjid Nabawi untuk solat zohor. Lepas solat, kami menikmati makan tengah hari.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA.
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1051281571558635
6
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 6 new photos.
Published by Aqlam Jafri · November 30, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
29 Nov 2015 (Ahad) Bahagian Kedua
Kami semua jemaah umrah menikmati makan tengah hari secara buffet. Di lobi hotel, sebahagian daripada
kami rehat sambil guna Internet via wifi percuma.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA.
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1051284018225057
7
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 14 new photos.
Published by Aqlam Jafri · November 30, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
29 Nov 2015 (Ahad) Bahagian Ketiga
Selepas solat asar, kumpulan lelaki berkumpul di cafe hotel untuk melawat 5 tempat sejarah (program
lawatan dalam) iaitu
1. Tempat mesyuarat Perlantikan Saidina Abu Bakar as - Siddiq selepas Nabi Muhammad SAW meninggal
dunia;
2. 3 buah masjid iaitu Masjid Awan, Masjid Ali dan Masjid Abu Bakar;
3. Pintu As Salam di Masjid Nabawi;
4. Menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW; dan
5. Perkuburan Baqi.
Ustaz Abal Khair pimpin dan beri taklimat di sepanjang lawatan sambil diterjemaah dalam Bahasa Isyarat
Malaysia oleh anak saya, saya dan En. Azhar jadi jurubahasa.
Selepas solat isyak, kumpulan perempuan dibawa oleh ustazah untuk melawat di sekitar Masjid Nabawi
dan dalam Masjid Nabawi.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA.
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1051310801555712
8
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 8 new photos.
Published by Aqlam Jafri · November 30, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
29 Nov 2015 (Ahad) Bahagian Keempat
Selepas solat maghrib di Masjid Nabawi, saya dan anak saya duduk dan berbual-bual dalam Bahasa Isyarat
Malaysia serta baca Al-Quran. Tiba-tiba lelaki kelahiran Arab Saudi bukan Pekak sapa dan tanya saya
seorang Pekak. Saya jawab ya dan anak saya bukan Pekak dalam Bahasa Isyarat Arab. Dia ajak kita tengok
kumpulan orang Pekak ada Kelas Al-Quran untuk orang Pekak di belakang. Kami ikut dia pergi tengok
kumpulan tersebut.
Terdapat 3 kumpulan orang Pekak iaitu tahap pandai, pertengahan dan kurang mahir dalam Al-Quran.
Kami dipeluang jumpa 3 orang tenaga pengajar bukan Pekak dan bertauliah serta mahir Bahasa Isyarat
Arab dan Al-Quran dan juga berbual-bual dengan pegawai petugas orang bukan Pekak mahir berbahasa
isyarat Arab dan Al-Quran.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1051408354879290
9
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 2 new photos.
Published by Aqlam Jafri · December 3, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
3 Dis. 2015 (Khamis)
Semua jemaah warga Pekak dan bukan Pekak telah melawat Jabar Thur, Arafah, Mudzalifah, Mina,
Jiranah(miqat) dan Jabal Nur hari ini.
Kami balik ke hotel dan seterusnya pi Masjid al-Haram untuk melakukan ibadah umrah kali keduanya.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1052792554740870
10
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) with Sideek Shahul
Hamid and 5 others.
Published by Aqlam Jafri · December 4, 2015 ·
Program Umrah Warga Pekak anjuran Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Glocal
Travel - 28 Nov - 8 Dis 2015
Exco PRISMA mengikut rombongan umrah ini.
Dari kiri:
1. En. Shahril (KL) AJK PRISMA dan AJK Rombongan umrah;
2. En. Ghafar (Kelantan) AJK PRISMA dan AJK Rombongan umrah;
3. Tuan Hj. Ustaz Aqlam (KL) Bendahari Kehormat PRISMA dan Ketua Rombongan Umrah
4. Ustaz Azhar (KL) Timbalan Yang Dipertua PRISMA, wakil PRISMA dan jurubahasa isyarat Arab.
5. En. Sideek (P.Pinang) AJK PRISMA dan AJK Rombongan umrah;
6. Pn. Norzalma (KL) Setiausaha Kehormat PRISMA dan Setiausaha Rombongan Umrah
Sumber di
https://www.facebook.com/myprisma/photos/a.246714198682047.61702.205784846108316/1053
311274688998/?type=3
11
Glocal Travel & Tours Sdn Bhd ( 1011269-X ) added 21 new photos — with Aqlam Jafri and Mohd
Azhar Ismail.
December 4, 2015 ·
Alhamdulillah berasa amat besyukur kerana memberi kami Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dapat
menguruskan jemaah insan istimewa yang mana kesemuanya hanya berbahasa isyarat sebagai penganti
suara. Jemaah semuanya kelihatan anat gembira dengan layanan yang diberikan oleh petugas Glocal
Travel. Pengalaman ini akan kami gunakan sebagai satu aras dimana sebagai mengukur layanan dan
service yang diberikan oleh kami jepada jemaah. Di harap kami lebih banyak lagi mendapat jemaah dari
golongan istimewa.
Sumber di https://www.facebook.com/glocaltravel/posts/1079171295428727
12
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 21 new photos.
Published by Aqlam Jafri · December 5, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
4 Dis. 2015 (Jumaat)
Semua jemaah awal keluar hotel jam 9:30 pagi ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat elak penuh sesak.
Kami masuk pintu 91 seperti dikata oleh En. Azhar yg dimaklum oleh kawan dia.
Bagaimanapun kami gagal cari logo Pekak di dalam ruang solat.
Selepas solat Jumaat, En. Azhar maklum tempat orang Pekak berkumpul di Pintu 93. Kawan dia biasa
berkumpul di pintu 91 tetapi kini tempat tersebut pindah ke pintu 93 berikut tempat tertutup untuk
pengubahsuaikan.
En. Azhar gagal hubungi kami via WhatsApp sebab masalah line. Dia tidak dibenarkan keluar dari pintu
93 sebab pegawai keselamatan blok.
Jam 4petang semua jemaah telah dibawa ke tempat perjumpaan orang Pekak Arab Saudi.
Acara:
1. Solat maghrib dan isyak
2. Ceramah motivasi
3. Pertukaran cenderamata
4. Cabutan hadiah bertuah
5. Makan makanan nasi beriyani kambing
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah
merangkap
Bendahari Kehormat PRISMA
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1053696237983835
13
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) added 29 new photos.
Published by Aqlam Jafri · December 9, 2015 ·
Laporan Program Umrah PRISMA - Glocal Travel
8 Dis. 2015 (Selasa)
Semua jemaah keluar hotel jam 12:30 tgh mlm selepas tawaf wida. Bas kami bertolak ke Jeddah jam 1:30
pagi. Kami singgah di tepi pantai (Laut Merah) sebelah Masjid Terapung Jeddah jam 3:00 pagi serta diberi
makanan ringan seperti roti dan air mineral.
Jam 3:30pagi, kami tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz. Selepas kami melepasi imigresen, kami
solat subuh dan makan nasi beriyani unta yang dihadiahkan oleh pihak Yayasan Advokasi Orang Pekak
Arab Saudi (Cawangan Makkah).
Pesawat AirAsia X jenis Airbus A330-300 nombor berdaftar 9M-XXA dari Kuala Lumpur telah tiba jam
7:30pagi lewat(7:00pagi asal) untuk turun penumpangnya. Pesawat kami telah berlepas jam 9:36pagi lewat
(8:30pagi asal).
Pesawat kami telah mendarat di KLIA2 jam 10:58malam lewat (asal 10:30 mlm) dengan selamatnya.
Jemaah lelaki bantu menuntut bagasi dan botol zam zam. Kami keluar balai ketibaan dan berkumpul jam
12:30tgh mlm Rabu 9.12.15.
Majlis perpisahan ringkasan:
1. Penyerahan botol zam zam.
2. Penyampaian cenderamata kepada Tuan Marzuki Ong Yang Dipertua PRISMA dan Ustaz Rahman.
3. Bacaan doa selamat sampai oleh Ustaz Rahman dan bersurai.
Laporan oleh Hj Aqlam
Ketua Unit Umrah merangkap Bendahari Kehormat PRISMA
Sumber di https://www.facebook.com/myprisma/posts/1055464971140295