6
LATIHAN 1: WAJ 3052 LITERASI NOMBOR Penyelesaian Masalah: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah? Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Anda mungkin perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan. Dengan kata lain, penyelesaian masalah adalah (a) mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta , atau (b) mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan atau (c) mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah, atau (d ) mencapai matlamat yang diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai . 2. Berikan satu contoh masalah rutin dan satu contoh masalah bukan rutin. Contoh masalah rutin: "Berapa luaskah tempat letak kereta yang berukuran 100 m kali 100 m?" Contoh masalah bukan rutin: "Anggarkan bilangan rambut yang ada di kepala anda?" 3. Nyatakan langkah- langkah penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh Polya. (1) Memahami masalah, (2) Merancang strategi, (3) Melaksanakan strategi, (4) Menyemak semula) 4. Nyatakan dua tujuan utama topik penyelesaian masalah diajar kepada murid- murid? 1. Meningkatkan kefahaman konsep dan prosedur 2. Menggalakkan pemikiran kritikal pada usia yang muda 5. Terangkan bagaimana anda boleh membantu murid anda dalam memahami suatu masalah? Menggalakkan komunikasi dan kerjasama dengan murid. Seterusnya, masalah yang diutarakan boleh dipermudahkan. Guru harus tahu bila ia perlu membantu murid dalam tugasannya tetapi perlu diingatkan

Latihan 1 Waj 3052

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KUIZ LITERASI NOMBOR

Citation preview

Page 1: Latihan 1 Waj 3052

LATIHAN 1: WAJ 3052 LITERASI NOMBOR

Penyelesaian Masalah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah?Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Anda mungkin perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan. Dengan kata lain, penyelesaian masalah adalah (a) mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta , atau (b) mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan atau (c) mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah, atau (d ) mencapai matlamat yang diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai .

2. Berikan satu contoh masalah rutin dan satu contoh masalah bukan rutin.Contoh masalah rutin:"Berapa luaskah tempat letak kereta yang berukuran 100 m kali 100 m?"

Contoh masalah bukan rutin:"Anggarkan bilangan rambut yang ada di kepala anda?"

3. Nyatakan langkah- langkah penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh Polya.(1) Memahami masalah, (2) Merancang strategi, (3) Melaksanakan strategi, (4) Menyemak semula)

4. Nyatakan dua tujuan utama topik penyelesaian masalah diajar kepada murid- murid? 1. Meningkatkan kefahaman konsep dan prosedur2. Menggalakkan pemikiran kritikal pada usia yang muda

5. Terangkan bagaimana anda boleh membantu murid anda dalam memahami suatu masalah?Menggalakkan komunikasi dan kerjasama dengan murid. Seterusnya, masalah yang diutarakan boleh dipermudahkan. Guru harus tahu bila ia perlu membantu murid dalam tugasannya tetapi perlu diingatkan bahawa matlamat akhirnya ialah murid boleh meneroka sendiri strategi yang diperlukan untuk membantu dirinya menyelesaikan masalah tersebut.

6. Apakah langkah- langkah yang boleh diambil dalam menyemak semula penyelesaian/ jawapan kepada masalah?1. Baca semula soalan. 2. Pastikan menjawab soalan yang dikehendaki. 3. Pastikan jawapan betul.

4. Pastikan jawapan yang diberi munasabah

Page 2: Latihan 1 Waj 3052

7. Nyatakan dua stategi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di bawah:

Yuran keahlian kelab bagi lelaki dan wanita adalah dalam nisbah 4:3.

Sekumpulan 2 lelaki dan 5 wanita membayar sejumlah RM4600 sebagai

yuran keahlian. Berapakah yuran keahlian untuk seorang lelaki?

1. Teka dan uji

2. Mencari pola

3. Memudahkan masalah

8. Dengan menggunakan strategi yang sesuai selesaikan masalah di bawah dengan menggunakan langkah- langkah Polya.

Amira mengambil sekumpulan jubin berwarna dari sebuah kotak. Grace mengambil 13

jubin dari kumpulan jubin Amira. Ken mengambil separuh daripada jubin yang tinggal. Ada

11 jubin yang tinggal untuk Amira. Berapakah jumlah asal bilangan jubin yang diambil

oleh Amira pada awalnya?

Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah. Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami masalah, mereka merancang strategi penyelesaian. Langkah ketiga adalah melaksanakan strategi. Seorang penyelesai masalah yang baik akan menyemak semula penyelesaian kepada masalah tersebut.

Langkah 1: Memahami masalahBerikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah:• Adakah anda faham ayat tersebut?• Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri?• Apakah yang anda cuba cari atau lakukan?• Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut?• Apakah yang tidak diketahui?• Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

Langkah 2: Merancang strategi Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian masalah:• Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui?• Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum ini?• Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

Langkah 3: Melaksanakan strategi.Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi penyelesaian masalah:• Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah tersebut.• Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan. • Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Page 3: Latihan 1 Waj 3052

Langkah 4:Menyemak SemulaLangkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru matematik , anda perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak jawapan mereka. Gunakan panduan berikut ketika melaksanakan langkah ini:

• Baca semula soalan.• Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan?• Adakah jawapan anda betul?• Adalah jawapan anda munasabah?

9. Bina satu masalah yang boleh diselesaikan dengan strategi lakonan.Ada 5 orang dalam sebuah bilik dan setiap orang akan berjabat tangan dengan setiap orang sekali. Berapakah bilangan ‘jabat tangan’ yang dibuat dalam bilik tersebut.?

Page 4: Latihan 1 Waj 3052

Pengukuran

10. Apakah yang dimaksudkan dengan panjang, jisim dan isipadu?Panjang bermaksud jarak di antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus.Jisim ialah ukuran jumlah jirim Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu obje.Isipadu ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas

11. Terangkan perbezaan di antara jisim dan berat.Jisim ialah ukuran jumlah jirim Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim.

12. Terangkan perbezaan di antara kuantiti dan kapasiti dalam isipadu cecair.

13. Terangkan bagaimana perbandingan panjang dua objek dapat dibuat?

14. Apakah yang dimaksudkan dengan unit bukan piawai bagi panjang. Berikan dua contoh.Unit bukan piawai bagi ukuran panjang ialah sebarang ukuran panjang arbitrari yang dijadikan sebagai satu unit. Contohnya: (a) bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan (b) objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan unit piawai bagi panjang. Terangkan dua kebaikan unit piawai berbanding unit bukan piawai.Unit piawai bagi ukuran panjang ialah sebarang panjang yang tetap yang telah diterima di peringkat antarabangsa. Contoh ialah ela, meter, batu, inci, kilometer. Kebaikan ialah ukuran yang tepat, ukuran yang diterima peringkat antarabangsa.

16. Berikan dua contoh penggunaan unit bukan piawai dalam kehidupan seharian yang masih diamalkan sehingga hari ini?Depa: dari hujung jari hantu ke hujung jari hantu bagi tangan yang satu lagi apabila tangan didepakan. Genggam: lebar tangan (semua jari ditutup), ukurannya dari tepi tapak tangan ke hujung ibu jari.Kaki: Ukuran yang pada asalnya adalah panjang tapak kaki. Orang Roman telah membahagikan ukuran ini kepada 12 inci.

17. Cadangkan satu aktiviti pengajaran bagi menganggar dan mengukur panjang dalam cm.Hasil Pembelajaran : Mengukur ketinggian manusiaBahan Bantu Mengajar : Pensel, Straw, Sudu, KayuLangkah- Langkah:

1. Guru membimbing pelajar untuk menyusun benda-benda yang lebih panjang kepada yang lebih pendek.

2. Murid memberi jawapan3. Murid Mengukur panjang benda-benda yang telah disediakan4. Memberi jawapan panjang setiap benda dalam cm.

.