10
LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1 LATIHAN IMBUHAN 1 (10 markah) Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan. SEKITAR 10,000 pekerja pembersihan daripada beberapa sektor di sini dijangka menjadi kumpulan pertama untuk menerima kenaikan gaji berlandaskan model tangga gaji baru yang dilancarkan semalam. Model Gaji Progresif (PWM) itu disasarkan kepada pekerja pembersihan dalam tiga subsektor - bangunan komersial dan pejabat, pusat makanan dan minuman (F&B) serta sektor senggara. Ini bermakna, tawaran gaji permulaan adalah sekitar $1,000 hingga $1,200 banding sekitar $750 hingga $1,000 secara purata sekarang. Sekarang ini, terdapat sekitar 46,000 pekerja pembersihan warga setempat dalam tiga subsektor itu. PWM bertujuan membantu pekerja pembersihan meraih gaji lebih tinggi secara progresif dengan peningkatan mahir, kenaikan pangkat secara berstruktur dan peningkatan daya penghasilan menerusi pengubahsuaian proses dan teknologi. Dalam ucapannya, Encik Heng berkata, meskipun dengan pertumbuhan ekonomi yang kecap negara, trend gaji sektor pembersihan masih tunjuk kemajuan yang lebih perlahan daripada yang diinginkan. Ahli Parlimen yang menyokong langkah ini, Encik Zainal Sapari, berkata adalah penting bagi pemerintah untuk menghulurkan sokongan untuk memastikan kejayaan PWM itu. (Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 19 Oktober 2012) Jawapan: 1) __________________ 2) __________________ 3) __________________ 4) __________________ 5) __________________

Latihan Imbuhan (intensif)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 1 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

SEKITAR 10,000 pekerja pembersihan daripada beberapa sektor di sini dijangka

menjadi kumpulan pertama untuk menerima kenaikan gaji berlandaskan model tangga gaji

baru yang dilancarkan semalam. Model Gaji Progresif (PWM) itu disasarkan kepada pekerja

pembersihan dalam tiga subsektor - bangunan komersial dan pejabat, pusat makanan dan

minuman (F&B) serta sektor senggara. Ini bermakna, tawaran gaji permulaan adalah sekitar

$1,000 hingga $1,200 banding sekitar $750 hingga $1,000 secara purata sekarang.

Sekarang ini, terdapat sekitar 46,000 pekerja pembersihan warga setempat dalam tiga

subsektor itu. PWM bertujuan membantu pekerja pembersihan meraih gaji lebih tinggi

secara progresif dengan peningkatan mahir, kenaikan pangkat secara berstruktur dan

peningkatan daya penghasilan menerusi pengubahsuaian proses dan teknologi. Dalam

ucapannya, Encik Heng berkata, meskipun dengan pertumbuhan ekonomi yang kecap

negara, trend gaji sektor pembersihan masih tunjuk kemajuan yang lebih perlahan daripada

yang diinginkan. Ahli Parlimen yang menyokong langkah ini, Encik Zainal Sapari, berkata

adalah penting bagi pemerintah untuk menghulurkan sokongan untuk memastikan kejayaan

PWM itu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 19 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 2: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 2 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

BAGI sebuah negara kecil yang majmuk seperti Singapura, dasar memisahkan

politik dan agama ternyata telah memberikan manfaat besar. Singapura pernah melalui detik

hitam seperti peristiwa Natrah tahun 1950, apabila keputusan hakim dinilai pihak pada

agama tertentu. Namun hakikat bahawa perlembagaan dan amalan hidup di Singapura

membolehkan bebas menganut agama sudah merupakan suatu pencapaian besar. Ini

menunjukkan hak asasi terus dihormati dan pemerintah perlu menjamin bahawa

keharmonian dari segi beragama terus dapat dipertahankan. Dari masa ke masa, memang

berlaku peristiwa yang menjejas hubungan agama atau politik unsur agama untuk tujuan

tertentu. Oleh itu, tindakan tegas pemerintah perlu dihargai sebelum isu agama meledak

sehingga sukar dikawal lagi. Setiap anak Singapura perlu menyedari bahawa urus negara

perlu dinilai adil dan ihsan dengan tidak memihak mana-mana agama tetapi memberikan

layanan saksama. Proses kewujudan bersama ini menuntut rasa hormat dan juga mematuhi

undang. Andai emosi atau fikiran bercelaru menguasai para pemimpin agama, masa depan

Singapura menjadi taruhannya. Kita tidak mampu menghadapi risiko ini.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 19 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 3: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 3 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

JEPUN kini ayam tambatan buat Myanmar yang berhasrat besar agar pesat

membangun. Presiden Myanmar telah berkunjung ke Tokyo April lalu dalam rangka

mendapatkan modal dan pakar Negara Matahari Terbit itu bagi pembangunan watannya.

Hubungan Jepun dengan Myanmar tidak begitu baik selepas seorang wartawan dan

jurugambar Jepun, Kenji Nagai, dibunuh pasukan keselamatan negara itu lima tahun lalu.

Presiden Myanmar ketika itu rakam protes awam terhadap pemerintah tentera kuku besi

Myanmar. Namun, sejak Myanmar tadbir pemerintah awam, berlaku perubahan yang

dianggap pesat. Agenda utamanya ialah membangunkan negaranya. Daripada

mendapatkan bantuan China, pemerintah awam Myammar memilih Jepun, negara bekas

penjajah dalam Perang Dunia Kedua. Jepun negara pertama Asia capai taraf Barat dan kini

ekonomi ketiga terbesar dunia. Myanmar, bekas jajahan British, memang kaya hasil

buminya. Kos buruhnya rendah. Ramai rakyat Myanmar boleh tutur bahasa Inggeris. Kini

segelintir syarikat gergasi Jepun tampak bersedia melabur di Myanmar. Dengan memilih

Jepun, Myanmar mula mempelbagai pergantungannya dari segi kerjasama luar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 16 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 4: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 4 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

SERING dilaporkan bahawa Singapura mengamalkan dasar kepelbagaian bangsa

dan kepelbagaian budaya. Kededua istilah itu digunakan untuk menunjukkan makna yang

sama. Namun, sebenarnya, nuansa sikap di sebalik guna kededua terminologi itu amatlah

berbeza. Kepelbagaian bangsa didirikan atas titik permulaan yang menganggap perbezaan

kaum di dalam sebuah negara adalah suatu masalah yang perlu diawasi, diteliti dan

ditangani. Anggapannya adalah setiap orang memiliki setia kepada kaum etniknya lebih

daripada yang lain. Kepelbagaian budaya pula berbeza. Ia menganggap perbezaan antara

budaya pelbagai kaum adalah suatu kekuatan bagi sebuah negara. Melalui kepelbagaian

ini, akan lahirlah kesan positif; manusia bebas amal adat mereka, bebas menjadi 'diri

mereka' sendiri dan tidak akan timbul konflik antara ketaatan kepada bangsa dan negara

kerana negara sendiri menggalak mereka supaya terus mengekalkan bentuk budaya

mereka. Negara kita membenarkan setiap kaum mengamalkan tradisi dan budaya mereka,

tetapi selalu ingat tentang bahayanya jika sifat perkauman berleluasa. Menerusi Pendidikan

Kebangsaan, rakyat Singapura diperingat tentang titik hitam sejarah seperti rusuh Maria

Hertogh agar setiap kita berhati-hati ketika membincangkan isu yang melibatkan bangsa,

bahasa dan agama. Tidak dinafikan, dasar ini telah berjaya dalam menjamin kesejahteraan

negara. Cuma, dengan negara dan masyarakat kita yang semakin matang, wajarkah dasar

ini disemak?

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 13 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 5: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 5 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

HAMPIR 20,000 pelari telah membanjiri jalan-jalan raya di sekitar kawasan bandar

Singapura awal pagi semalam bagi satu acara larian, Nike We Run SG 10K. Perlumbaan

tahunan besar Nike di Singapura ini dimulakan di Jambatan Esplanade, melepasi bangunan

dan kawasan ikonik seperti Marina Bay Sands, Gardens by the Bay dan Pusat Kewangan

Marina Bay. Ia juga memberi peluang kepada pelari menjadi sebahagian gerak perlumbaan

global 'Nike, We Run' bersama-sama 395,500 pelari lain dari 34 bandar di serata dunia.

Perlumbaan dimulakan 1 September lalu di Prague, Republik Czech, dan akan berakhir di

Rio de Janeiro, Brazil, 15 Disember nanti. Pelari pertama yang melepasi garisan penamat

semalam mencatatkan masa 33 minit dan 1.20 saat manakala bagi kategori wanita pula, Cik

Suzy Walsham, 38 tahun, menjuarinya dengan catat masa 35 minit dan 35.53 saat. Acara

tahun ini turut selit elemen kebajikan, dengan Nike Singapore mendermakan $10,000

kepada AG Home, rumah tumpangan remaja masalah. Lebih 10 pelari juga mewakili rumah

tumpangan itu untuk sama-sama menikmati pengalaman berlari dalam perlumbaan tersebut.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 22 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 6: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 6 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

Syarikat Apple membuka cawangan terbesarnya di Asia di Beijing, China, semalam

dengan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi sebuah kompleks tiga tingkat. Ini

menunjukkan pentingnya pasaran China yang kembang bagi syarikat gergasi teknologi

Amerika Syarikat itu. Kedai itu, yang terletak di kawasan beli-belah utama, Wangfujing, di

tengah-tengah ibu kota China, mempunyai luas 2,300 meter persegi. China kini merupakan

pasaran kedua terbesar bagi syarikat Apple selepas Amerika Syarikat. Namun syarikat itu

sering menghadapi kritikan kerana sekitaran kerja tempat produknya dihasilkan di China.

Ghairah yang ditunjukkan bagi produk syarikat itu oleh pembeli jelas dapat dilihat semalam

dengan mereka berpusu-pusu mengunjungi kedai berkenaan sejurus ia dibuka pada 9 pagi.

Sekitar 100 orang turut beratur di luar kedai menanti giliran masuk kedai yang sesak itu.

Kedai itu merupakan cawangan rasmi Apple yang keenam di tanah besar China. Selain

kedai rasmi, terdapat juga kedai yang diberikan lesen untuk menjual barangan syarikat

Apple. Populariti jenama Apple begitu serlah di China sehingga terdapat pasaran gelap

menjual barangan tiruan jenama itu. Syarikat Apple meraih pendapatan AS$12.4 bilion

dalam separuh pertama tahun kewangan berakhir Mac lalu dan dijangka dapat melepasi

penjualan AS$13.3 bilion dalam pasaran China dengan mudah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 21 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 7: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 7 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

Pihak pengawal pantai Jepun semalam menyelamatkan 64 anak kapal warga China.

Mereka diselamatkan daripada kapal kargo yang terbakar sedang kedua-dua negara itu

masih terus berbalah mengenai isu tuntut wilayah di Laut China Timur. Pihak pengawal

pantai Jepun diberitahu pihak berkuasa Taiwan kelmarin mengenai bakar di atas kapal Min

Yang yang seberat 12,703 tan. Pihak Jepun kemudian menghantar kapal ronda dan

pesawat ke tempat kejadian, yang berada sekitar 150 kilometer ke tenggara Pulau Okinawa.

Menjelang waktu pagi, kapal pengawal pantai Jepun telah menyelamatkan 21 orang yang

sempat menyelamatkan diri dengan naik bot keselamatan, sementara 43 anak kapal lain

masih berada di dek kapal yang terbakar. Menurut pihak pengawal pantai Jepun, ketua

jurutera kapal yang daftar di Saint Vincent and The Grenadines itu melaporkan telah

mendengar bunyi serupa letupan daripada enjin utama kapal itu malam kelmarin. Setelah

operasi menyelamat dijalankan, kelihatan empat kapal rasmi China berada di air

berhampiran pulau-pulau itu. Ketegangan antara kedua-dua negara memuncak pada

pertengahan September lalu setelah kerajaan Jepun mengumumkan tentang pembelian

sebahagian pulau yang dituntut daripada milik persendirian. Mujurlah konflik ini tidak

menjadi penghambat kepada semangat kemanusiaan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita, 22 Oktober 2012)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 8: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 8 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

China menunjukkan kemampuan tentera lautnya di tengah-tengah ketegangan

dengan Jepun dengan mengadakan latihan tentera laut di Laut China semalam. China

berbuat demikian untuk menunjukkan ia mampu menguatkuasakan tuntutan wilayah negara

itu. China dan Jepun, telah menunjukkan kemampuan tentera laut masing-masing dalam

telingkah mengenai gugusan pulau yang dipanggil Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.

Tokyo menimbulkan marah Beijing bulan lalu dengan meletakkan sebahagian daripada

pulau dalam gugusan itu, yang sebelum ini milik persendirian, di bawah kuasa negaranya.

Langkah itu cetus bantahan ganas di China. Taiwan turut membuat tuntutan ke atas

gugusan pulau yang dipercayai dikelilingi kawasan kaya sumber ikan dan bahan galian di

bawah laut itu. Latihan ketenteraan China memberikan tumpuan kepada taktik rondaan dan

gerak balas kepada sebarang situasi kecemasan yang mungkin mengancam wilayahnya.

Latihan tentera China itu juga diadakan setelah berpuluh anggota parlimen Jepun, termasuk

dua menteri kabinet, kunjung Tugu Perang Yasukuni di Tokyo yang memperingati bukan

sahaja 2.5 juta mangsa perang, malah 14 pemimpin perang Jepun yang dapat bersalah

melakukan jenayah perang. Jepun merancang mengadakan latihan bersama tentera

Amerika Syarikat lewat tahun ini dan dikhabarkan akan menggunakan senario merampas

kembali pulau terpencil itu daripada penceroboh asing.

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 9: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 9 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

Dari segi bahasa, peranan media sering dianggap sekadar wahana semata-mata.

Memandangkan media mempunyai cara tersendiri dalam tampil bahasa, sering pula ada

anggapan kononnya media “mencemar” nahu atau istilah. Hal ini boleh dibahaskan. Namun

perlu diingat, media juga bukannya satu-satu tentu kelanjutan bahasa. Terdapat sekitar dua

ribu bahasa di dunia ini, tetapi hanya sepuluh peratus akan tinggal dalam masa lima puluh

tahun. Sejarah membuktikan bahasa yang hebat atau induk bahasa juga boleh pupus

seperti halnya dengan Sanskrit dan Latin. Di rantau ini, terdapat dua ratus juta orang

pengguna bahasa Melayu. Bahasa Melayu guna di perguruan tinggi untuk urusan rasmi dan

tidak rasmi. Namun dalam masa seratus tahun lagi apa jua boleh berlaku ke atas penakatan

bahasa Melayu. Dalam rangka ingin menjadi negara maju, Malaysia mendapati bahawa

meluaskan bahasa Inggeris mempercepat pencapaiannya. Para pendukung bahasa pula

hujah bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibundanya seperti China, Taiwan,

Korea Selatan dan Jepun dapat maju tanpa bergantung kepada bahasa Inggeris. Bahkan

negara-negara tersebut mempunyai sistem penterjemahan yang cekap dan baku.

Sebenarnya, kedudukan unik bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memang batas.

Peranannya hanyalah sebagai simbol serta lambang kesan sejarah ketika Singapura pernah

berada di dalam Persekutuan Malaysia.

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________

Page 10: Latihan Imbuhan (intensif)

LATIHAN PERSIAPAN PEPERIKSAAN MELAYU H1

LATIHAN IMBUHAN 10 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 patah perkataan yang

memerlukan imbuhan. Kenal pasti perkataan itu dan bubuh imbuhan yang

sesuai. Kemudian, tulis jawapan kamu mengikut susunan perkataan dalam

petikan karangan di Buku Jawapan yang disediakan.

SEJAK awal tahun ini, usaha membanteras gejala pencemaran alam sekitar mula

diperhebatkan dengan pelbagai pelan tindakan yang sistematik. Usaha itu dimulai dengan

langkah awal membangkitkan kesedaran orang ramai khususnya generasi muda terhadap

penting penjagaan alam sekitar demi kehidupan manusia yang lebih harmonis dan

sejarahtera. Tanpa kesedaran, tidak mungkin keindahan dan keharmonian alam sekitar

yang memberikan udara bersih kepada kita dapat dikekalkan dengan sempurna. Manusia

yang terjebak dalam fenomena kerakusan material, pasti akan terus alpa mengejar

kebendaan semata-mata hingga mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan murni untuk

mencintai sumber dan khazanah alam sekitar. Banding beberapa dekad lalu,

kecenderungan sikap dan tabiat generasi sekarang terhadap alam sekitar nampak

semangat yang berbeza daripada nenek moyang kita dahulu. Nilai budaya yang mengubah

tabiat itu mungkin ada kaitan dengan kembang masa kini yang semakin maju dan bilangan

penduduk yang kian bertambah. Atas nama pembangunan, hutan diteroka, pokok ditebang,

bahkan bukit-bukau ada yang letup. Kemajuan hidup adalah penting bagi manusia tetapi

bersama kemajuan, manusia terpaksa menghadapi satu realiti sampingan - hilangnya

keharmonian alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Mengikis Kerakusan Oleh Tajuddin Saman)

Jawapan:

1) __________________

2) __________________

3) __________________

4) __________________

5) __________________