4
Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan. Latihan 2: Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan untuk mengelakkan lima kesilapan biasa. Perkara Kesilapan Aspek yang sepatut dipertimbangkan Objektif Tidak menyatakan apa yang pelajar akan buat atau perolehi yang boleh diperhatikan. Menyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul apa yang telah diajarkan. Penilaian Pelajaran Objektif tidak dinyatakan dengan betul dan penilaian tidak dapat dilakukan. Penilaian perlu dibuat seiring dengan objektif yang telah dinyatakan dengan betul. Penilaian boleh dibuat dengan cara praktikal, bertulis atau tugasan oleh pelajar. Bahan Pengajaran Penggunaan bahan yang tidak selaras dengan objektif Penggunaan bahan pengajaran yang betul dan sesuai adalah perlu bagi memudahkan pelajar

Latihan Modul Sce3108

Embed Size (px)

DESCRIPTION

latihan

Citation preview

Page 1: Latihan Modul Sce3108

Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada

kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.

Latihan 2: Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan

rancangan pelajaran yang berkesan untuk mengelakkan lima kesilapan biasa.

Perkara Kesilapan Aspek yang sepatut dipertimbangkan

Objektif

Tidak menyatakan apa

yang pelajar akan buat atau

perolehi yang boleh

diperhatikan.

Menyatakan objektif pembelajaran secara

eksplisit seperti menyenaraikan,

menjelaskan, memberikan contoh atau

menunjukkan cara yang betul apa yang

telah diajarkan.

Penilaian

Pelajaran

Objektif tidak dinyatakan

dengan betul dan penilaian

tidak dapat dilakukan.

Penilaian perlu dibuat seiring dengan

objektif yang telah dinyatakan dengan

betul. Penilaian boleh dibuat dengan cara

praktikal, bertulis atau tugasan oleh

pelajar.

Bahan

Pengajaran

Penggunaan bahan yang

tidak selaras dengan

objektif pelajaran serta

penggunaan bahan yang

tidak menyeluruh.

Penggunaan bahan pengajaran yang

betul dan sesuai adalah perlu bagi

memudahkan pelajar memahami konsep

yang betul. Bahan pengajaran perlu

pelbagai dan dipilih sesuai dengan objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa

Arahan

Arahan yang diberikan oleh

guru tidak dapat difahami

oleh pelajar. Arahan yang

diberi tidak selaras dengan

tahap pembelajaran atau

kefahaman pelajar.

Arahan guru perlu jelas dan tepat serta

berulang-ulang sebelum dan semasa

pengajaran bermula. Arahan yang diberi

juga perlu menggunakan intonasi suara

yang kuat, ringkas dan mudah difahami

oleh pelajar.

Page 2: Latihan Modul Sce3108

Aktiviti

Pelajar

Aktiviti yang dibuat oleh

pelajar tidak sama dengan

yang telah dirancang dalam

rancangan pengajaran.

Aktiviti yang akan dijalankan perlu

dirancang dengan teliti seiring dengan

objektif pelajaran dan penilaian yang

hendak dilakukan. Aktiviti yang berkesan

adalah perlu melibatkan semua pelajar

seperti aktiviti “hands on”. Ia juga perlu

memberi kesan yang positif ke atas apa

yang telah dipelajari.

Latihan 3

Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding

bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian.

Terdapat tiga jenis rancangan pelajaran iaitu rancangan pelajaran tahunan,

rancangan pelajaran mingguan dan rancangan pelajaran harian.

Matlamat perancangan bagi sebuah rancangan pengajaran tahunan adalah bagi

menjelaskan kandungan perancangan untuk sepanjang tahun, dengan membina jadual

mingguan bagi setiap semester.Rancangan pelajaran tahunan dibina berdasarkan

takwim mingguan persekolahan. Rancangan pelajaran tahunan mengandungi

semester, bilangan minggu untuk jangka masa setahun, topik, objektif, aktiviti

pengajaran, hasil pembelajaran dan ruangan catatan. Rancangan pelajaran tahunan ini

juga mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran

kebangsaan, namun langkah pengajaran tidak dijelaskan dengan terperinci.

Rancangan pelajaran mingguan pula adalah bertujuan menyusun aktiviti-aktiviti

selama seminggu. Di dalam rancangan pengajaran mingguan, terdapat mingguan, mata

pelajaran, kelas, hari, masa, tajuk, objektif pelajaran, hasil pembelajaran, kemahiran,

strategi dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Rancangan

pengajaran mingguan ini secara tidak langsung dapat membantu guru ganti mengajar

Page 3: Latihan Modul Sce3108

pelajaran pada hari tersebut kerana ia juga mengandungi tajuk aktiviti untuk jangka

masa seminggu dan perjalanan aktiviti masih boleh dijalankan.

Rancangan pelajaran harian disediakan lebih awal oleh guru sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Rancangan pengajaran harian ini dibina

sebagai panduan guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif dalam

mencapai objektif pembelajaran. Dengan rancangan ini, guru dapat membuat

perancangan rapi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam

penyediaan bahan. Rancangan pengajaran harian juga harus dibina berdasarkan

rancangan pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran harian mengandungi hari dan

tarikh, kelas, masa, tajuk, objektif, kemahiran, aktiviti yang dijalankan serta refleksi.

Kesimpulannya, setiap rancangan pengajaran adalah berkaitan antara satu

sama lain dan mengandungi aspek yang bersesuaian dengan matlamat perancangan

itu dibina. Namun, ia mempunyai perbezaan dari segi kandungan, bentuk dan

penyusunan perancangannya.