Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada
kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.
Latihan 2: Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan
rancangan pelajaran yang berkesan untuk mengelakkan lima kesilapan biasa.
Perkara Kesilapan Aspek yang sepatut dipertimbangkan
Objektif
Tidak menyatakan apa
yang pelajar akan buat atau
perolehi yang boleh
diperhatikan.
Menyatakan objektif pembelajaran secara
eksplisit seperti menyenaraikan,
menjelaskan, memberikan contoh atau
menunjukkan cara yang betul apa yang
telah diajarkan.
Penilaian
Pelajaran
Objektif tidak dinyatakan
dengan betul dan penilaian
tidak dapat dilakukan.
Penilaian perlu dibuat seiring dengan
objektif yang telah dinyatakan dengan
betul. Penilaian boleh dibuat dengan cara
praktikal, bertulis atau tugasan oleh
pelajar.
Bahan
Pengajaran
Penggunaan bahan yang
tidak selaras dengan
objektif pelajaran serta
penggunaan bahan yang
tidak menyeluruh.
Penggunaan bahan pengajaran yang
betul dan sesuai adalah perlu bagi
memudahkan pelajar memahami konsep
yang betul. Bahan pengajaran perlu
pelbagai dan dipilih sesuai dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa
Arahan
Arahan yang diberikan oleh
guru tidak dapat difahami
oleh pelajar. Arahan yang
diberi tidak selaras dengan
tahap pembelajaran atau
kefahaman pelajar.
Arahan guru perlu jelas dan tepat serta
berulang-ulang sebelum dan semasa
pengajaran bermula. Arahan yang diberi
juga perlu menggunakan intonasi suara
yang kuat, ringkas dan mudah difahami
oleh pelajar.
Aktiviti
Pelajar
Aktiviti yang dibuat oleh
pelajar tidak sama dengan
yang telah dirancang dalam
rancangan pengajaran.
Aktiviti yang akan dijalankan perlu
dirancang dengan teliti seiring dengan
objektif pelajaran dan penilaian yang
hendak dilakukan. Aktiviti yang berkesan
adalah perlu melibatkan semua pelajar
seperti aktiviti “hands on”. Ia juga perlu
memberi kesan yang positif ke atas apa
yang telah dipelajari.
Latihan 3
Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding
bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian.
Terdapat tiga jenis rancangan pelajaran iaitu rancangan pelajaran tahunan,
rancangan pelajaran mingguan dan rancangan pelajaran harian.
Matlamat perancangan bagi sebuah rancangan pengajaran tahunan adalah bagi
menjelaskan kandungan perancangan untuk sepanjang tahun, dengan membina jadual
mingguan bagi setiap semester.Rancangan pelajaran tahunan dibina berdasarkan
takwim mingguan persekolahan. Rancangan pelajaran tahunan mengandungi
semester, bilangan minggu untuk jangka masa setahun, topik, objektif, aktiviti
pengajaran, hasil pembelajaran dan ruangan catatan. Rancangan pelajaran tahunan ini
juga mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan, namun langkah pengajaran tidak dijelaskan dengan terperinci.
Rancangan pelajaran mingguan pula adalah bertujuan menyusun aktiviti-aktiviti
selama seminggu. Di dalam rancangan pengajaran mingguan, terdapat mingguan, mata
pelajaran, kelas, hari, masa, tajuk, objektif pelajaran, hasil pembelajaran, kemahiran,
strategi dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Rancangan
pengajaran mingguan ini secara tidak langsung dapat membantu guru ganti mengajar
pelajaran pada hari tersebut kerana ia juga mengandungi tajuk aktiviti untuk jangka
masa seminggu dan perjalanan aktiviti masih boleh dijalankan.
Rancangan pelajaran harian disediakan lebih awal oleh guru sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Rancangan pengajaran harian ini dibina
sebagai panduan guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif dalam
mencapai objektif pembelajaran. Dengan rancangan ini, guru dapat membuat
perancangan rapi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
penyediaan bahan. Rancangan pengajaran harian juga harus dibina berdasarkan
rancangan pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran harian mengandungi hari dan
tarikh, kelas, masa, tajuk, objektif, kemahiran, aktiviti yang dijalankan serta refleksi.
Kesimpulannya, setiap rancangan pengajaran adalah berkaitan antara satu
sama lain dan mengandungi aspek yang bersesuaian dengan matlamat perancangan
itu dibina. Namun, ia mempunyai perbezaan dari segi kandungan, bentuk dan
penyusunan perancangannya.
Recommended