41
SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 SOALAN TUGASAN 1 2 PENGENALAN 2 3 SEJARAH AWAL LONTARAN 3 4 SEJARAH LEMPAR CAKERA 4 – 6 5 PERALATAN DAN KELENGKAPAN LEMPAR CAKERA 6 - 13 6 LATIHAN ANSUR MAJU 14 - 16 7 KAEDAH MELEMPAR CAKERA 16 – 26 8 KESIMPULAN 27 9 REFLEKSI 28 - 29 10 SENARAI RUJUKAN 30 1

Lempar Cakera

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Page 1: Lempar Cakera

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 SOALAN TUGASAN

1

2 PENGENALAN 2

3 SEJARAH AWAL LONTARAN 3

4 SEJARAH LEMPAR CAKERA 4 – 6

5 PERALATAN DAN KELENGKAPAN LEMPAR CAKERA

6 - 13

6 LATIHAN ANSUR MAJU 14 - 16

7 KAEDAH MELEMPAR CAKERA 16 – 26

8 KESIMPULAN 27

9 REFLEKSI 28 - 29

10 SENARAI RUJUKAN 30

1

Page 2: Lempar Cakera

PENGENALAN

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah

mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan

cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara

melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar

90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah

diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di

sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan

perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap

belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar

bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara

lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal.

Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah

terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap

sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.

Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu

para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan

kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang

tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah

difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa

walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga

mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya.

2

Page 3: Lempar Cakera

SEJARAH AWAL ACARA LONTARAN.

Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah

satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini menjadi acara sukan

olahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran seakan-akan tersisih

daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak yang kurang member

perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa silam, juga lembing

umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai senjata dalam dalam

peperangan dan pertahanan diri.

Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam peperangan terpaksa

menggunakkan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh yang

paling sering mereka gunakan ialah menggunakkan perisai yang diubah suai

digunakkan untuk maksud ini.Lama kelamaan perisai diubah suai digunakkan untuk

tujuan lain,iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar .Seseorang

yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang.

Aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi .Akan

tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak mempunyai

kaitan kdalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika adapun lebih

merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam untuk menguji kekuatan

masing-masing sebagai aktiviti biasa sahaja. Walau Bagaimanapun, lama kelamaan

aktiviti lontaran ini diubah suai dan dengan menggunakan peralatan yang juga

diubahsuai, kini menjadi acara sukan olahraga yang diminati dan dipertandingkan di

seluruh dunia, termasuk di negara kita.

3

Page 4: Lempar Cakera

SEJARAH LEMPAR CAKERA

Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan,

walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. Lempar

cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan

atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera

yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden

pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan

sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper

dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah

dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg.

Untuk mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, disediakan satu kawasan

khas yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau

cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut

cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan

kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera

dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera

seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.

Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan

menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan

membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua

menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak

mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera

juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan

selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.

Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam

kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini

disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan

digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.

Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur

sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan.

4

Page 5: Lempar Cakera

Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa

sahaja. Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah

dijangkakan. Mungkin ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara ini

mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara

melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik

lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu

perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau

guru pengawas yang berpengalaman.

Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan

khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa , kawasan

lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang

terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak

lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka

keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera daripada

melayang keluar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan

penonton.

Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta

bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus

meningkat. Sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun

antarabangsa, jarak yang dicapai terus mengingkat sehingga tiada rekod yang dapat

bertahan lama. Umpamanya di peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah

melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi

pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya.

Di Negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-

peserta dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai iaitu

47.38m mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan jarak

yang diperoleh oleh pesertrta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun

kebangsaan.

5

Page 6: Lempar Cakera

Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini

seperti kaedah sain sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang

berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-

peserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul

peserta lempar cakera Negara kita standing dengan pencapaian peserta lain di dunia,

atau sekadar di peringkat Asia.

PERALATAN DAN KELENGKAPAN LEMPAR CAKERA

Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk membolehkan

acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan keperluan jenis

acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya peralatan kawasan

khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan dengan yang

lain. Kita bincangkan setiap peralatan yang diperlukan untuk acara lempar cakera ini.

CAKERA

Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai

kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah

berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada

besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat

tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini

berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.

Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat

cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu

juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita

adalah seperti jadual 1.

6

Page 7: Lempar Cakera

Jadual dibawah menunjukkan ukuran dan berat cakera mengikut kategori lelaki dan

wanita :

Bil Perkara/bahagian Lelaki Wanita

1 Berat keseluruhan untuk pertandingan 2.0kg(minimum) 1.0kg(minimum)

2 Ketebalan bahagian tengah cakera 40-46mm 37-39mm

3 Diameter piring atau kawasan rata pada

tengah cakera50-57mm 50-57mm

4 Diameter keseluruhan cakera 218-221mm 180-182mm

5 Ketebalan logam pada sekeliling cakera 12.0mm 12.0mm

Jadual 1.

Rajah 1.

7

Page 8: Lempar Cakera

BULATAN LEMPARAN

Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk

peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk

bulatab hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian

atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.

Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atau bahan lain

yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini

ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian

yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri

daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-

kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah

dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan.

Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

KAWASAN LEMPARAN

kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan

dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat

sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat

antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan

hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau

penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di

adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah,

dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan

rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh

sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta

untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.

8

Page 9: Lempar Cakera

KURUNGAN KESELAMATAN

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa

acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil.

Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan

dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan

kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada

kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.

Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang

yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m

dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-

kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang

seumpamanya.

Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang

disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan

demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan

melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal

mengikut arah atau laluan yang disediakan.

Walau Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-

kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana

teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik

memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang

tidak sepatutnya. Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak

dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik

jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.

9

Page 10: Lempar Cakera

Rajah 2 menunjukkan Kawasan lempar cakera serta kurungan keselamatannya.

Rajah 3 menunjukkan pendaratan cakera setelah dilontarkan mengikut cara yang betul.

10

Page 11: Lempar Cakera

PITA PENGUKUR

Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh

jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang

digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang

dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik

yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan

lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun

dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antarabangsa, alat pengukur

elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan

demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

PEGAWAI PERTANDINGAN

Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan

untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada

lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan

lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal

dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan.

Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan

pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh

peserta.

11

Page 12: Lempar Cakera

Undang-undang dan peraturan

1. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut

susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan

dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan

akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk

menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan

itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan lemparan paling

jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.

3. Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan

pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan

peralatan ataupun tanpa peralatan.

4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak

lemparan paling jauh dan yang sah.

5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan

hendaklah bermula daripada kedudukan statik.

6. Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat

atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira

batal.

7. Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan

pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan

mengelilingi bulatan lemparan.

12

Page 13: Lempar Cakera

8. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap

peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan

sebelumnya.

9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh

memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10.Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau

pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau

lemparannya

11.Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik

bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta

berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih

jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

12.Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,

termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan. Peserta hendaklah

menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan,

sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

13.Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan

untuk acara ini.

13

Page 14: Lempar Cakera

Rajah

3

Menunjukkan Pergerakan Lengkap Lempar Cakera

14

Page 15: Lempar Cakera

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika

melepaskannya. ( rajah 4 )

A.

Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit

B. Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan..

C. Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan,

lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus

ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan

pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2.

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera. (rajah 5)

15

Page 16: Lempar Cakera

A. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan.

Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

B. Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke

kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung

kedua kaki.

C. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan

kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3.

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.( rajah 6 ).

A. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan

sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

B. Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan

jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

C. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.

D. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

E. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan

memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan

pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.

F. pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan

lemparan dan tanpa memegang cakera.

16

Page 17: Lempar Cakera

Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk

melempar. (rajah 7)

A. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan

lemparan dan hayunakan cakera.

B. Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula

mengilaskan badan ke depan bulatan.

C. Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika

lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN CAKERA

Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu

yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian

dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi

menentukan pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini

tidaklah benar, kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah

melakukannya, adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang sempurna akan

menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika seseorang itu membuat

lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh

jarak yang diharapkan.

17

Page 18: Lempar Cakera

Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau

bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini.

Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta

tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz

tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.

Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan

gabungan beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik,

kelajuan pelepasan dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera

juga bergantungkepada pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan

hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana

peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik

yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat.

Sebagai pesrta dalam acara lontaran, seseorang itu harus dapat melakukan cara dan

teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang dijalankan.

Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara

lempar cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-

dua aspek ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada

peringkat rendah ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.

Rajah 8 menunjukkan cara memegang dan melontar cakera.

18

Page 19: Lempar Cakera

CARA MEMEGANG CAKERA

Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui

menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan

cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak

yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk

mendapatkan pemegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang

betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada umur peserta kerana saiz dan

berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah

boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut

layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah

terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya

atau cara pengangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.

CARA PEGANGAN 1

Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan

cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada

bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi

cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan

pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang

sama antara satu dengan lain.

Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa,

peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e

belakang, sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu.

Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu.

Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera

dan bukan pada jarak lemparan.

19

Page 20: Lempar Cakera

CARA PEGANGAN 2

Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama

tadi. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera.

Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera

dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari

hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada

permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara keseluruhannya.

Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang

cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu

ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat

beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan

cara ini.

CARA PEGANGAN 3

Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah

kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan

cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang

sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera,

dengan nenutup dua pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah

cakera.

Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini

bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu

bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah

sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas.Bagi memastikan pegangan itu

menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayun-hayunkan tangannya ke

hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan lemparan dekat

beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.

Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah

selesa dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi

20

Page 21: Lempar Cakera

peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan

perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.

TEKNIK LEMPARAN.

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya

ialah melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan

lemparan, terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah,

negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya

static atau disebut juga sebagai gaya 90 darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang

dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua

teknik ini.

Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan

diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri

juga banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat

sekolah, hamper semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini

memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan

tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan

pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit badannya. Tangan yang

memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke hadapan dan ke belakang

untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal. Peserta akan

melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian, tanpa

memusingkan kaki atau badannya.

Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak

digunakan pada peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan

cara ini latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik

lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton,

tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistem dan

ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera menggunakan

tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita, masih belum dapat

memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga dengan sebilangan

21

Page 22: Lempar Cakera

besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum dapat

menggunakan teknik lemparan ini.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK

Rajah 9 menunjukkan teknik melempar cakera gaya berdiri

Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalah penting baginya

menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan.

Persediaan sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan

tangan bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan

yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasa

hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan kesinambungan badan ketika

membuat lemparan.

Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan

tangan, peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan. berikut boleh dijadikan

penduan dalam melakukan lemparan gaya statik ini.

1. Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2. Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara

membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang.

22

Page 23: Lempar Cakera

3. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng

memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan

cakera.

4. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan

sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan badan.

5. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang

memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini

dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6. Selepas peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang

mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil

melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan

bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah

kawasan pendaratan cakera.

7. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan

melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

8. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat

mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan

kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.

Kebaikan Teknik Lemparan Berdiri Statik

1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang

singkat.

2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan

yang dilakukan.

3. Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan

yang disediakan.

4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak,

yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak.

23

Page 24: Lempar Cakera

5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak

membahayakan.

Kekurangan Teknik Lemparan Berdiri Statik

1. Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta

hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.

2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan

ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.

3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta

ataupun penonton.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING

Rajah 10 menunjukkan teknik berdiri pusing

24

Page 25: Lempar Cakera

Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera

pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah

cuba meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan

awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan

sedia di dalam kawasan lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada

kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan statik.

Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang

kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera.

Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan

sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi

mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.

Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan

berpusing. Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun

mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.

1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan

membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak

bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah

sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada

yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah

diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera

sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan

hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan

mengikut arah tangan yang memegang cakera.

3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan

terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki

belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan

peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan

bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin

25

Page 26: Lempar Cakera

kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan

dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi

terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang

rendah.

4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan

badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari

kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta

mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.

5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan,

bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam

pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan

static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan

lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan.

Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera.

Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan

sampai ke arah bahu. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini

bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat.

Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta

berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.

Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki

daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan

itu.

Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera

mendarat dengan selamat.

26

Page 27: Lempar Cakera

6. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera

mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang

bulatan.

8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk

lemparan teknik badan berpusing ini.

KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan

menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih

jauh.

2. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan

keputusan yang membanggakan.

3. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat

mengelakkan daripada pembaziran tenaga.

4. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian

yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.

KEKURANGAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang

diperlukan

2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh

merugikan lemparan yang dibuat.

3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.

4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.

27

Page 28: Lempar Cakera

KESIMPULAN

Tugasan ini telah menjelaskan secara terperinci tentang acara padang iaitu

acara melempar cakera yang sering dijalankan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa. Dalam menghuraikan acara lempar cakera ini penumpuan secara

khusus telah menyentuh tentang penggunaan alatan serta fungsinya, teknik dan

kemahiaran asas beserta dengan rangkaian latihan dan ansur maju yang mudah

difahami, taktik dan pencapaian, cirri-ciri peserta dan jenis-jenis latihan yang sesuai

dijalankan mengikut tahap dan umur atlet ke arah melahirkan atlet yang cemerlang dari

segi prestasinya.

Apa yang pasti bagi mengukur pencapaian atlet lempar cakera, lemparan yang

paling jauh akan menentukan prestasi seseorang bagi menduduki tempat yang teratas.

Oleh itu dua matlamat utama yang perlu ada pada setiap atlet lempar cakera iaitu untuk

mencatat jarak yang terbaik berbanding dengan atlet yang lain. Matlamat kedua ialah

mendapatkan jarak yang paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri tanpa membandingkan

dengan prestasi atlet yang lain. Pencapaian itu kelak akan dapat menjadi landasan

baginya untuk memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang. Dengan kata lain

tanpa latihan yang bersistem dan serius, pencapaiannya tidak mungkin pada tahap

yang maksimun. Oleh itu, latihan kemahiran, fizikal serta mental memang diperlukan

oleh setiap atlet lempar cakera di bawah pengurusan jurulatih berkelayakan.

28

Page 29: Lempar Cakera

SENARAI RUJUKAN

BUKU :

Aman, M. S. (2004).Sukan Dalam Masyarakat Malaysia.Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti.Malaya.

Borhan Yusof, M. S. (2010).Acara Padang Balingan.Selangor Darul Ehsan: Content

Plus Sdn.Bhd.

Borhan Yusof, M. S. (2010).Sejarah Olahraga.Selangor Darul Ehsan: Content Plus

Sdn. Bhd. .

Tong, T. B. (2001).Panduan Pengajaran Olahraga.Selangor Darul Ehsan: Pearson

Education Malaysia Sdn. Bhd

INTERNET :

http://kindeadpj.blogspot.my/2013/12/lempar-cakera.html

http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=6058

https://www.scribd.com/doc/135363934/LEMPAR-CAKERA

http://smksbpjpk.blogspot.my/2011/01/lempar-cakera-2_20.html

29