Literasi Bahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Aktiviti bermain dengan

huruf dan perkataan secara lokomotor dan bukan lokomotor.

Pendahuluan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan: - pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor.

- Pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik.

- Memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Tokoh-tokoh berpendapat bahawa :

Jenny (1961) dan Williams (1964) Berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Lumpkin(1990)berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Freeman (1997,1992) pula menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor,kognitif dan afektif.

Manakala, Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Pendidikan Kesihatan juga bertujuan untuk membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menjadi rutin yang digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Justeru, aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh diterapkan melalui mata pelajaran ini.

Aktiviti Bermain Dengan Huruf dan perkataan a) Secara lokomotor b) Bukan lokomotor

Berdasarkan prinsip dari mudah kepada pergerakan yang lebih mencabar, Aktiviti bukan lokomotor perlu dijalankan sebelum aktiviti lokomotor.

Contoh Aktiviti Bukan Lokomotor

Aktiviti 1 : Bergerak membentuk huruf dan perkataan. Murid-murid berdiri setempat.

Murid dibahagi kepada dua kumpulan. Murid kumpulan A membentuk hurufhuruf dengan menggunakan anggota badan mereka seperti kepala, tangan dan kaki.

Murid kumpulan B meneka huruf-huruf yang dibuat oleh murid kumpulan A. Murid yang meneka betul berpeluang mengambil kad huruf tersebut dan menyusunnya di tempat yang ditentukan hingga menjadi suku kata dan perkataan.

Contoh Aktiviti Lokomotor

Aktiviti 1 : Permainan Tingting Bina gelanggang menggunakan kapur tulis di atas simen rata (seperti rajah 1). Setiap petak 1 6 diletakkan kotak berisi kad-kad suku kata.

Permainan bermula dengan peserta berdiri di garisan permulaan dengan membelakangkan gelanggang permainan.

Murid membaling pundi kacang ke belakang melintasi atas kepala.

Sekiranya pundi kacang itu jatuh di petak nombor 3, murid akan membuat lompatan statik melalui kotak 1,2 dan kotak 3, murid mengambil 4 kad secara rawak dan berjalan sebelah kaki (ting-ting) melalui kotak 4, 5 dan 6 .

Ahli kumpulan akan membina perkataan dan menulisnya di dalam kad yang disediakan. Pasukan yang membina perkataan yang paling banyak dikira menang..

Sekian,

Terima Kasih !

Aktiviti Bukan Lokomotor Aktiviti yang melibatkan anggota badan yang dilakukan setempat (bergerak tanpa beredar).

Aktiviti Lokomotor Aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan yang memerlukan murid-murid beredar (bergerak dan beredar).

Gelanggang Permainan4 3

5

2

6

1

Garisan mula