9

Click here to load reader

Mach Kolera

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kolera

Citation preview

Page 1: Mach Kolera

DEFINISI KOLERA

Penyakit berjangkit akut usus kecil yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae, bercirikan muntah, cirit birit dan dehidrasi yang teruk.

ETIOLOGI

Organisma Penyebab bakteria Vibrio Cholerae. ( bacteria gram negatif)

Terdapat dalam 3 strain iaitu El tor, Ogawa dan Inaba.

Suhu dengan kepanasan 100 C boleh membunuh Vibrio Cholerae dalam beberapa saat.

Vibrio Cholerae boleh hidup di dalam ais sehingga 6 minggu, dalam air tawar sehingga 2 minggu dan air masin sehingga 8 minggu.

PUNCA JANGKITAN

• Oral fecal route(muntah/najis)

Kolam jangkitan- manusia

Tempoh pengeraman 5/7

Semua susceptible

KEJADIAN PENYAKIT

Kolera boleh merebak dan menjadi jangkitan pandemik, endemik atau epidemik.

Lebih kerap berlaku di kawasan sanitasi yang tidak sempurna, bekalan air yang tidak selamat, kurangnya amalan kebersihan diri dan persekitaran, bencana alam seperti banjir.

Punca Jangkitan ialah dari muntahan dan najis. Manusia merupakan reservior.

Jangkitan samada sebagai pesakit atau pembawa. Jangkitan merebak melalui ‘oral faecal route’ termasuk jari, makanan, lalat, najis dan barang-barang yang digunakan oleh pesakit (finger, food, flies, faeces, formites).

Tempoh Pengeraman ialah dari beberapa jam hingga 5 hari, tetapi biasanya 3 hari.

Semua manusia adalah rentan (susceptible) dan tiada resistan terhadap kolera

Page 2: Mach Kolera

PATOFISIOLOGI JANGKITAN KOLERA

1.Pengambilan makanan atau minuman yang dicemari oleh Vibrio Cholerae.

 2.Vibrio Cholerae masuk ke dalam salur penghadaman dan membiak dengan cepat dalam usus kecil.

3. Di dalam usus kecil, Vibrio Cholerae menghasilkan enterotoksin.

4. Enterotoksin akan menggalakkan rembesan cecair dan elektrolit keluar dari dinding usus ke dalam lumen usus (sodium klorida, potasium, bikarbonat).

5.Menyebabkan cirit birit berlaku dengan teruk.

MANIFESTASI KLINIKAL KOLERA

Terdiri daripada 4 peringkat :

Peringkat Pembuangan (evacuation)

1.Serangan bermula secara tiba-tiba.

 2.Cirit birit tanpa kesakitan lebih 20 kali, pada mulanya najis cair berwarna kuning, kemudian menjadi jernih dan cair seperti air beras ( rice water stool).

Peringkat Kolaps

1. Tanda dan simtom dehidrasi serta renjatan mula kelihatan.

2. Hipotensi, disebabkan kehilangan air yang banyak. Tekanan darah sistolik 50 mm.Hg. atau mungkin tidak dapat dikesan.

3. Oliguria dan anuria berlaku disebabkan kekurangan perfusi ginjal akibat tekanan darah yang rendah.

 4. Asidosis disebabkan oleh kehilangan sodium bikarbonat yang banyak dalam najis.

5. Nadi menjadi cepat, cetek dan lemah.

 6.Kegagalan ginjal berlaku akibat hipotensi yang berlarutan.

Page 3: Mach Kolera

 Peringkat Reaktif (Penyembuhan)

1. Muntah dan cirit birit mula berkurangan.

2. Nadi dan tekanan darah meningkat.

 3. Suhu badan beransur normal.

Peringkat Koma

Pesakit yang tidak mengalami penyembuhan keadaan seterusnya akan berlarutan dan bertambah tenat hingga ke peringkat koma.

Manifestasi klinikal di peringkat awal yang tidak dirawat dengan segera akan membawa maut.

KAEDAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN

• Kawalan Kolam Jangkitan

• Diagnosa awal- cepat kawal cepat- cepat bertindak dalam kawalan di punca pencegahan

• Notifikasi- maklum pihak berkuasa kesihatan

• Pengasingan- memmutus semua laluan cara jangkitan dari punca ke hos rentan

• Rawatan- menghapus agen jangkitan dalam badan sebelum ia merebak

• Kuarantin- had pergerakan dalam tempoh pengeraman

• Memutus cara jangkitan

• Kawaln kebersihan/sanitasi/ kebersihan persekitaran- pembuangan sampah, pembentongan najis, saliran dan bekalan air bersih/ selama, keselamatan dan mutu makanan

• Melindungi hos rentan

• Pendidikan kesihatan dan kesedaran kepada masyarakat

• Kempen dan ceramah kesihatan

• Promosi kesihatan- pemberian envelope tentang bahaya penyakit kepada masyarakat.

Page 4: Mach Kolera

PRINSIP- PRINSIP KAWALAN

1. Mencegah penyebaran dengan melakukan:

Diagnosa awal dan rawatan sempurna.(kes& pembawa)

2. Mencegah transmisi dengan melakukan:

Pengasingan dan kebersihan diri.3. Melindungi perumah yang rentan4. Tingkatkan imuniti perumah

LANGKAH KHUSUS PENCEGAHAN

• Sistem latrine{tandas} yang terkawal

• Sumber bekalan air yang selamat

• Kawalan lalat

• Penyediaan makanan yang bersih

• Pendidikan kesihatan

• Pengawasan pengendali makanan

• Pilihangerai makanan yang bersih

• Pembawa{carrier}- perlu jaga kebersihan

KAWALAN KE ATAS PESAKIT, KONTEK DA PERSEKITARAN

• Notifikasi

• Pengasingan pesakit

• Disinfeksi- tinja, urin, muntah pesakit dan peralatan yang digunakan

• Penyiasatan dan pengurusan kontek

• Rawatan kepada pesakit

• Pendidikan kesihatan

Page 5: Mach Kolera

PERANAN PPP (KAWALAN)

Peranan jangka panjang

1. Menguruskan program dan aktiviti yang boleh memperbaiki keadaan kebersihan kawasan persekitaran yang ada kaitan dengan cara jangkitan.

2. Memastikan sistem pembuangan najis terkawal.

3. Memastikan sistem bekalan air selamat.

4. Memastikan sistem pembuangan sampah terkawal.

5. Beri pendidikan kesihatan tentang kebersihan dan bahayanya penyakit kolera.

PERANAN PPP

Semasa wabak:

1. Membantu pasukan kawalan

2. Mengesan lokasi kejadian

3. Mencari dan mengesan kes baru

4. Membantu dalam prosedur klinikal

5. Pengumpulan data kes

Page 6: Mach Kolera

NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN JAHIDIN BPP2013- 1669

AIDIL BIN HAMIDUN BPP2013- 1544

ADDAM UMARUL IDDIN BIN AMRAN BPP2013- 1537

MOHD AMIN BIN MUSTA’AN BPP2013- 1601

MUHD KHAIRUL AZRI BIN MOHAMED BPP2013-

MUHD NOOR AZIZIE SHAH BIN MANSURI BPP2013- 1662

SUGENDRAN A/L MURALEE BPP2013- 1716

NADIY HAZAZI BIN HAZAHA’AR BPP2013- 1671

ASSIGNMENT MACH 1213

TAJUK: KOLERA

Page 7: Mach Kolera

ASSIGNMENT MASM 1212

TAJUK: KOLERA

NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN JAHIDIN BPP2013- 1669

AIDIL BIN HAMIDUN BPP2013- 1544

ADDAM UMARUL IDDIN BIN AMRAN BPP2013- 1537

MOHD AMIN BIN MUSTA’AN BPP2013- 1601

MUHD KHAIRUL AZRI BIN MOHAMED BPP2013-

MUHD NOOR AZIZIE SHAH BIN MANSURI BPP2013- 1662

SUGENDRAN A/L MURALEE BPP2013- 1716

NADIY HAZAZI BIN HAZAHA’AR BPP2013- 1671

Page 8: Mach Kolera