23
1/23 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (2) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 1 TAHUN 2017 Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa) Masa : 10.30 Pagi 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 9 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang bulan Disember dan Januari 2017. 3. PERUTUSAN DATUK BANDAR 3.1 Beliau mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk bersama-sama menghadiri Mesyuarat Majlis bilangan pertama tahun 2017. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Pengarah- pengarah Jabatan dan Unit serta kakitangan Majlis di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2016.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

  • Upload
    vuhanh

  • View
    262

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

1/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (2)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa) Masa : 10.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 9 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang bulan Disember dan Januari 2017.

3. PERUTUSAN DATUK BANDAR

3.1 Beliau mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk bersama-sama menghadiri Mesyuarat Majlis bilangan pertama tahun 2017. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan dan Unit serta kakitangan Majlis di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2016.

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

2/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh cabaran di mana Majlis telah meluluskan banyak program dan aktiviti semasa pembentangan bajet bagi tahun 2017. Sehubungan dengan itu, kegigihan dan kesungguhan pegawai dan kakitangan amat diperlukan bagi mencapai hasrat tersebut.

3.2 KEPUASAN HATI PELANGGAN Pihak Berkuasa Tempatan merupakan agensi yang bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada penduduk di kawasan pentadbirannya. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah melantik Merdeka Center untuk membuat satu kajian kepuasan pelanggan bagi semua PBT di Negeri Selangor. Lapan (8) PBT telah dipilih untuk kajian tersebut iaitu dua (2) Majlis Bandaraya iaitu MBSA dan MBPJ serta enam (6) Majlis Perbandaran. Hasil kajian ini didapati kepuasan penduduk Negeri Selangor terhadap perkhidmatan perbandaran yang diberikan oleh PBT Negeri Selangor termasuk MBPJ adalah 63%.

Penemuan kajian tersebut mendapati perkhidmatan asas yang sangat diharapkan oleh masyarakat adalah infrastruktur, kebersihan dan keselamatan. Beliau berharap supaya Ahli Majlis semua kawasan juga turut memberikan kerjasama terhadap jabatan-jabatan berkaitan supaya tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan MBPJ dapat dipertingkatkan kepada sekurang-kurangnya 70% pada tahun 2017. Oleh itu, beliau meminta supaya pemantauan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dilakukan dari semasa ke semasa. Tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal mencapai tahap perkhidmatan hendaklah diambil supaya kualiti kerja yang dihasilkan oleh kontraktor yang dilantik memuaskan hati masyarakat Petaling Jaya. Selain itu, pada tahun 2017, `Work Stop Order‟ atau (arahan berhenti kerja) perlu dibentangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan bukan kelulusan Ketua Jabatan sebagaimana amalan sekarang dan kontraktor yang dilantik perlu memberi penjelasan di dalam mesyuarat. Beliau percaya dengan usaha dan komitmen semua pihak akan dapat menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

3.3 PETALING JAYA BEBAS PLASTIK

Sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam Pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari bermula 1 Januari 2017, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menguatkuasakan larangan penggunaan polisterin/ styrofoam berkuatkuasa sejak 28 April 2015 yang lalu.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

3/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

Langkah yang diambil ini merupakan salah satu usaha Majlis bagi mengurangkan penggunaan polisterin yang memberi kesan buruk terhadap alam sekitar selain ianya sukar diurai walaupun dalam tempoh beratus tahun lamanya.

Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disemak semula bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polisterin apabila memperbaharui lesen perniagaan.

Pelaksanaan kempen ini melibatkan beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma, bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna dan penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polisterin akan dihentikan.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat, Kerajaan Negeri mendapati 71 peratus rakyat Selangor merasakan kempen yang dijalankan sebelum ini, iaitu kempen Bebas Plastik pada hari Sabtu sahaja tidak memadai dalam usaha untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

3.4 PROGRAM PJ SAFE SAFETY FOR ALL

Program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) diteruskan lagi pada tahun 2017 di bawah Program PJ Safe.. Safety for All. Peruntukan sedia ada juga ditambah menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM900,000.00 dengan harapan dapat mempertingkatkan dan memperkasakan lagi Program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ).

Program PKKPJ ini adalah merupakan inisiatif Majlis sebagai Pengurus Bandar dan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mementingkan aspek keselamatan warga penduduk Petaling Jaya.

Majlis juga telah merangka pelbagai inisiatif ke arah penyatuan program kemasyarakatan melibatkan penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam Program “Community Policing”, serta akan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara agensi-agensi penguatkuasaan untuk merialisasikan “PJ Sustainable 2030”.

Permohonan bagi tahun 2017 telah dibuka, Sehubungan dengan itu, Majlis mempelawa Persatuan Penduduk, Rukun tetangga, dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) berkos rendah sahaja untuk memohon dengan segera.

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

4/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

Sehingga kini, sebanyak 34 permohonan telah diterima, 16 merupakan permohonan baru manakala selebihnya adalah permohonan semula tahun 2016.

3.5 PJ KITA

PJ Kita telah dimulakan pada bulan Mei 2016, pjkita telah menghasilkan jalinan kerjasama dan projek-projek termasuklah :

i. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Bank

Rakyat bagi projek PJCity Food Bank dengan jumlah sebanyak RM1.5 juta.

ii. Kempen kesedaran terhadap jenayah digital (cyberbullying) oleh

Digi dengan jumlah sebanyak RM500,000.00.

iii. Pencapaian „The Malaysia Book Of Record‟ wefie teramai sebanyak 1,500 orang di kalangan kanak-kanak sekolah (pjschool) dan komuniti (pjrian).

iv. Projek i-Play Park (pjkita park 1) bersama Emkay Land, Kolej

Perkembangan Awal Kanak-Kanak, NGO (mseda) dan komuniti Damansara Damai di mana konsep taman ini dibangunkan oleh kanak-kanak sekolah sekitar Damansara Damai.

v. Projek-projek lain yang akan dilaksanakan pada masa hadapan

adalah PJkita Park 2 di PJS 6 dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Persatuan Penduduk Kg. Lindungan, penyediaan Pelan Induk Laluan Basikal (cycle lane) seluruh Petaling Jaya bersama Garis Architect dan lain-lain lagi.

PJ Kita merupakan platform digital bagi community engagement di dalam mempersiapkan komuniti Petaling Jaya ke arah menyokong pelaksanaan „Smart PJ‟. PJkita akan mempromosikan 5 prinsip utama seperti berikut:-

i. Jalinan kerjasama (collaboration) dan perhubungan lebih rapat ii. Kerjasama strategik (strategic partnership) iii. Amalan sukarelawan ( volunteerism ) iv. Digital Fabrication v. Budaya dan gaya hidup (good values & lifestyle )

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

5/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

3.6 MEMBUDAYAKAN INOVASI

Inovasi boleh ditakrifkan sebagai idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada individu mahupun sistem sosial.

Selain itu, inovasi juga boleh didefinisikan sebagai berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

Selaras dengan arus kemodenan dalam bidang perkhidmatan, kewujudan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di setiap organisasi dan jabatan merupakan salah satu daya usaha yang baik bagi menggalakkan penyertaan dan keterlibatan kakitangan ke arah menyumbang idea-idea yang bernas dan memperkenalkan inovasi dalam melakukan penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder).

Selain dapat melahirkan warga Majlis yang berfikiran kritis, inovatif dan dinamik, ia juga dapat menjana kecemerlangan kepada sesebuah organisasi perkhidmatan melalui kreativiti dan penciptaan nilai (value creation).

Sehubungan itu, Majlis telah menjadikan setiap hari khamis sebagai Hari Inovasi bagi semua Jabatan di MBPJ bagi aktiviti pembudayaan inovasi.

3.7 PENGANJURAN SUSTAINABLE COMMUNITY AWARD PETALING

JAYA 2016

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menyediakan Rangka Kerja Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” yang mengandungi 5 hala tuju utama iaitu Alam Sekitar, Ekonomi Berdayasaing, Budaya dan Komuniti, Habitat Berdayahuni dan Urus Tadbir Baik. Ke arah mencapai wawasan “Sustainable PJ 2030” ini, setiap komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam mencetuskan pelbagai amalan-amalan baik bagi menambaihbaik kualiti alam persekitaran dan kemampanan komuniti.

Program “Sustainable Community Award Petaling Jaya” dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk sama-sama memainkan peranan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih mampan di Petaling Jaya menjelang tahun 2030.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

6/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

Hasil Kajian Penilaian Impak dan Keberkesanan Local Agenda 21 PJ yang dilaksanakan pada tahun lalu turut membuktikan bahawa Program “Sustainable Community Award” telah menjadi platform yang paling berkesan dalam membina kapasiti (building capacity) penduduk di peringkat akar umbi apabila inisiatif-inisiatif ke arah cara hidup mampan dilaksanakan oleh komuniti sendiri. Secara tidak langsung, program tersebut telah menjadi platform yang banyak memberi sokongan dan latihan untuk kemampanan komuniti.

Analisis kajian tersebut turut menunjukkan bahawa banyak kejayaan yang dicapai sepanjang 15 tahun penganjuran program ini terutamanya terhadap masyarakat Petaling Jaya yang telah didedahkan dan diberi kesedaran tentang kepentingan pembangunan mampan dan inisiatif-inisiatif bagi mencapai kemampanan komuniti.

Antara faktor-faktor yang mendorong kepada kejayaan pelaksanaan 15 tahun Local Agenda 21, PJ adalah melalui perkongsian tanggungjawab yang mantap antara PBT dan komuniti. Selaras dengan faktor tersebut, Majlis akan terus memainkan peranan dan berusaha untuk “mengupayakan komuniti” dalam menggerakkan usaha-usaha ke arah meningkatkan kemampanan Petaling Jaya.

Dalam aspek ini, MBPJ akan beralih peranan daripada sebagai “pengurus” atau “provider” semata-mata tetapi lebih kepada “pemudahcara” atau fasilitator yang akan memberi panduan kepada penduduk dalam menjuarai dan mengendali isu-isu penting di dalam komuniti.

“PJ Sustainable Community Award” pada tahun ini akan memberi penghargaan kepada komuniti yang berjaya menghasilkan cadangan projek, program atau inisiatif-inisiatif yang akan memberi impak berkesan ke arah pembangunan mampan di Petaling Jaya.

Geran Pembangunan sebanyak RM 30,000.00 akan diberikan kepada setiap komuniti yang berjaya menghasilkan “project proposal” iaitu cadangan projek, program atau inisiatif-inisiatif berdasarkan 5 kategori yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan „Sustainable Petaling Jaya 2030‟ iaitu inisiatif alam sekitar, ekonomi, budaya dan komuniti, habitat dan urus tadbir.

Sebagai satu usaha Majlis ke arah memperkasakan „community engagement‟ di Petaling Jaya, Majlis mensasarkan penyertaan daripada golongan – golongan muda dan belia yang sememangnya merupakan peneraju dan generasi hadapan Petaling Jaya.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

7/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

Komuniti yang layak untuk menerima penghargaan ini akan dinilai berdasarkan kreativiti projek, keupayaan untuk membina rangkaian dan kolaborasi bersama stakeholders serta impak positif projek yang dilaksanakan ke arah pembangunan mampan. Sebanyak 53 penyertaan bagi program “PJ Sustainable Community Award 2016” telah diterima pada tahun 2016 dan proses penilaian serta pemilihan pemenang telah dijalankan oleh barisan Panel Juri Professonal yang dilantik oleh Majlis.

Majlis Penganugerahan “Sustainabe Community Award 2016” dan Pelancaran PJ Kita telah diadakan pada 30 Disember yang lalu. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah

3.8 HAPUS DENGGI CEGAH AEDES

Jabatan Pekhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ telah mencapai pencapaian yang cemerlang dalam menurunkan peratusan kes denggi di Petaling Jaya.

Sepertimana yang sedia maklum, Petaling Jaya merupakan antara kawasan yang merekodkan kes tertinggi mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga 10 Disember 2016, Malaysia mencatatkan kes denggi sebanyak 96,838 dengan 207 kematian dicatatkan, penurunan kes adalah sebanyak 20% pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun 2015.

Di Negeri Selangor sahaja, 49,503 kes dengan 76 kematian telah dicatatkan sehingga kini. Statistik di antara 2016 dan 2015 telah menunjukkan penurunan sebanyak 21% pada tahun ini berbanding tahun lepas dan MBPJ dengan 5,401 kes denggi dan 6 kematian. Bagi MBPJ sahaja sehingga minggu epid ke-49 menunjukkan penurunan sebanyak 30% berbanding tempoh yang sama untuk tahun 2015.

Di kesempatan ini, beliau ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang berbangsa Cina. Kepada yang mahu pulang ke kampung, beliau nasihatkan agar berhati-hati di jalan raya, pandulah secara berhemah agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

8/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 12 TAHUN 2016 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 12 Tahun 2016 bertarikh 21

Disember 2016 telah diluluskan dengan tambahan ayat yang tidak diminitkan iaitu perkara 7.2.2 di muka surat 21 dan pembetulan ejaan nama di muka surat 24 iaitu:- 7.2.2 Cadangan Membina Taman Tema Air sebagai Taman

Rekreasi Beliau mencadangkan agar Majlis membina Taman Tema Air sebagai Taman Rekreasi di kawasan tanah lapang terbiar atau tanah terbiar di Petaling Jaya bagi penduduk Petaling Jaya beriadah atau sebagai tempat pelancongan hujung minggu.

Muka surat 24 perkara 03. Pembetulan ejaan nama Encik Azri bin Mohamad Arish.

Tindakan : Timbalan Setiausaha, MBPJ.

4.1.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara 2.11 Cadangan Minit Mesyuarat Bantahan Nilaian Harta bertarikh 15 Disember 2016 untuk makluman Mesyuarat Majlis bilangan 12/2016 iaitu Rayuan semula permohonan pengurangan nilai tahunan harta daripada The Assemblies of God of Malaysia bagi pihak Bible College of Malaysia. Encik Danial Lee Marn Zhi meminta agar jabatan mengemukakan maklumbalas berkaitan perkara tersebut selepas kertas kerja dihantar ke MTES.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

9/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

4.2 MINIT MESYUARAT KHAS MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 1 TAHUN 2016 (PENGGAL 2016/2017) 4.2.1 Minit Mesyuarat Khas Majlis bilangan 1 Tahun 2016 bertarikh 21

Disember 2016 telah diluluskan dengan tambahan perkara yang tidak diminitkan di muka surat 4 perkara 2.1.2 e. iaitu:-

e. Mesyuarat Khas akan diadakan bagi membincangkan

kes di atas.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 12 TAHUN 2016 YANG TELAH DIADAKAN PADA 21 DISEMBER 2016.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.3

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 6 DISEMBER 2016.

- Puan Ermeemariana binti Saadon mencadangkan agar Jabatan Kejuruteraan mengemukakan maklumbalas melalui surat berkaitan status pemantauan atau status tindakan ke atas longkang tersumbat untuk makluman Ahli majlis kawasan.

Bagi pemantauan aduan longkang rosak di tapak, pihak jabatan sedang mengenalpasti aduan tersebut sama ada longkang rosak atau longkang tersumbat iaitu:- a) Sekiranya aduan tersebut

berkenaan longkang tersumbat, pihak jabatan akan menyalurkan aduan tersebut kepada jabatan sisa pepejal melalui email dan menyenaraikan aduan-aduan longkang tersumbat untuk disalurkan kepada ahli majlis kawasan.

b) Sekiranya aduan longkang rosak,

jabatan akan mengenalpasti sama ada kerosakan tersebut boleh dibaiki dengan kerja inden (RM20K) atau kerja sebutharga/tender >RM20K). Selepas penilaian tersebut, `BQ‟ dan borang permohonan kelulusan akan disediakan untuk kelulusan majlis.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

10/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.7

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 14 DISEMBER 2016.

- Y.B. Tuan Rajiv a/l Rishyakaran memohon kepastian sama ada consultan yang terlibat dengan penukaran laluan keluar sedia ada dari Amcorp Mall kepada laluan masuk ‟ingress‟ dan menutup bukaan median memaklumkan atau berbincang dengan pihak pengurusan Amcorp Mall atau tidak.

Perbincangan bersama pihak pengurusan Amcorp Mall dan Yayasan Selangor telah diadakan pada Januari 2017 di Amcorp Tower. Majlis diwakili oleh Ahli Majlis Encik Ang Min Ern, Encik Ong Swee Long, Pegawai Jabatan Kejuruteraan, Perunding Projek OWL dan Perunding Keselamatan Jalan Raya.

6.10

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 16 DISEMBER 2016.

- TANDAS PEREMPUAN TINGKAT 1, IBUPEJABAT MBPJ DAN KAWASAN VIP STADIUM HOKI MBPJ.

Jabatan Kejuruteraan telah

mengambil tindakan berkaitan aduan

tersebut pada

i) 11/12/2016: kerosakan pam tandas ‟cirstern‟ 1 unit, hos paip rosak.

ii) 18/12/2016: kerosakan pam

tandas ”cirstern‟ 2 unit (kerosakan berulang).

iii) 11/01/2017: kerosakan pam

tandas ‟cirstern‟ 2 unit (kerosakan berulang), lapic wc duduk goyang yang telah dibaiki, pintu partition tandas tidak boleh ditutup rapat telah dibaiki.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

11/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

iv)13/01/17: kerosakan pam tandas `cirstern‟ 1 unit (kerosakan berulang).

Pihak Jabatan mencadangkan supaya tandas di tingkat 1, ibu pejabat MBPJ dikunci bagi kegunaan mesyuarat sahaja memandangkan kerosakan yang sama oleh pihak tidak bertanggungjawab sering berulang.

Walaubagaimanapun, cadangan ini hanya untuk sementara waktu kerana jabatan bercadang untuk menaiktaraf tandas tersebut yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan April nanti. Menyuarat turut memutuskan agar:- i) Tandas di Ibu pejabat dan tandas

awam memenuhi piawaian sebagaimana tandas awam di perhentian Rawat dan Rehat (R&R).

ii) Encik Derek John Fernandes turut menyokong keputusan di atas dan menyatakan ibu-ibu tunggal sesuai menjaga tandas sebagaimana di Singapura.

iii) Tukang cuci tandas hendaklah sentiasa berada di dalam tandas bagi memastikan kebersihan dan tiada jadual pembersihan seperti sekarang.

iv) Puan Ermeemariana turut mencadangkan agar sabun dan tisu sentiasa mencukupi bagi kegunaan terutama di tandas awam.

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

12/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANA BINTI SAADON

- Cadangan Membina Semula Pasar Jalan Othman

Kertas kerja bagi membincangkan pembangunan semula Pasar Jalan Othman dan gerai akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur pada bulan Februari 2017.

7.3.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

- Isu `One Way Loop‟ (OWL)

Perbincangan bersama pihak pengurusan Amcorp Mall dan Yayasan Selangor telah diadakan pada Januari 2017 di Amcorp Tower. Majlis diwakili oleh Ahli Majlis Encik Ang Min Ern, Encik Ong Swee Long, Pegawai Jabatan Kejuruteraan, Perunding Projek OWL dan Perunding Keselamatan Jalan Raya. Hasil perbincangan tersebut beberapa keputusan telah dipersetujui : i. Pihak Amcorp Mall tidak bersetujui

untuk menukar aliran trafik di dalam kawasan Amcorp Mall.

ii. Pihak Amcorp Mall telah bersetuju:

a. menutup pembukaan pembahagian jalan di laluan keluar Amcorp Mall.

b. membuka pembahagian jalan di laluan masuk ke Amcorp Mall.

c. meletak penghadang jalan di Jalan Timur secara percubaan selama 1 bulan

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

13/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Perkara ini telah dibentangkan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Lalulintas dan Infrastruktur Bil. 1/2017 pada 10 Januari 2017 dan mesyuarat telah membuat keputusan : i. mengekalkan aliran trafik di dalam

kawasan Amcorp Mall.

ii. menutup pembukaan pembahagi jalan di laluan keluar dari Amcorp Mall

iii. membuka pembahagi jalan di laluan masuk ke Amcorp Mall

iv. meletak penghadang jalan di Jalan Timur dari Jejambat Timur ke pepulau TNB sebagai langkah keselamatan secara percubaan bermula dari 15/2/2017 hingga 14/3/2017.

Mesyuarat turut memutuskan agar press conference diadakan bagi isu OWL ini di samping hebahan bersama Jabatan Kejuruteraan.

7.4

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK SHATIRI BIN MANSOR

- Projek Pelebaran Jalan di Persiaran Surian yang semakin lembab sejak akhir-akhir ini berbanding di awal projek.

Pihak Majlis telah mengarahkan kontraktor untuk menyenaraikan baki kerja ditapak dan mengemukakan semula pelan perancangan yang baru.

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

14/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 9 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (27) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 29 DISEMBER 2016 DAN 9 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (23) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (25)

6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 10 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (68)] 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.3.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara 4.2 para

v. di muka surat 7 iaitu:- Encik Derek John Fernandez memaklumkan bahawa terdapat satu isu besar berkaitan halangan kenderaan sebagai contohnya kejadian yang berlaku di hadapan Brickfields College di mana kenderaan beliau tidak boleh keluar memandangkan terdapat halangan oleh kenderaan lain. Pemandu kenderaan tersebut tidak mahu mengalihkan kenderaan mereka walaupun berada di dalam kenderaan tersebut. Keadaan ini juga berlaku di zon pemantauan beliau di mana terdapat banyak sekolah di kawasan tersebut

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

15/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

menyebabkan ibu bapa membuat halangan lalulintas untuk menunggu anak-anak di dalam kereta. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar anggota penguatkuasa ditempatkan di kawasan tersebut bagi mengawal/mengambil tindakan ke atas kenderaan yang melakukan halangan. Alternatif lain yang dicadangkan oleh beliau ialah Majlis memohon agar sistem kamera AES dipasang di kawasan tersebut bagi merakam gambar kenderaan yang membuat halangan. Saman dikeluarkan dan dihantar terus ke rumah pelaku kesalahan berdasarkan gambar tersebut bagi memberi pengajaran agar mereka mematuhi peraturan sedia ada. Mesyuarat memutuskan agar anggota penguatkuasa ditempatkan di kawasan tersebut bagi memantau atau mengambil tindakan ke atas pelaku kesalahan. Cadangan ini disokong oleh Tuan Haji Ghazali yang berharap agar tindakan dipanjangkan di semua kawasan Petaling Jaya terutama di kawasan sekolah bagi mendisiplinkan lagi pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalulintas serta kemarahan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 11 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (91)]

6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

16/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 12 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (15) 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Audit Dalam, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 12 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (73)] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas. Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan,

MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 13 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (2)]

6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 7.1 di muka surat 10 iaitu:- Encik Tang Fuie Koh memaklumkan pada 22/1/2017 pagi akan diadakan 1 program `terjah‟ bagi mengatasi masalah denggi dan mencadangkan agar Jabatan terlibat menyemak setiap lot di kawasan tersebut dan menyenaraikan lot yang bermasalah. DIPINDA KEPADA Encik Tang Fuie Koh memaklumkan pada 22/1/2017 pagi akan diadakan SATU (1) `PROGRAM SEDAR‟ bagi mengatasi masalah denggi dan mencadangkan agar Jabatan terlibat menyemak setiap lot di kawasan tersebut dan menyenaraikan lot yang bermasalah.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Jabatan Landskap, MBPJ.

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

17/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

6.7.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Encik Tang Fuie Koh. Beliau meminta agar jabatan berkaitan memaklumkan kepada Ahli Majlis sekiranya program yang dirancang dibatalkan. Perkara ini berlaku kepada beliau di mana PROGRAM SEDAR yang telah dirancang pada 22 Januari 2017 dibatalkan tanpa sebarang makluman.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 13 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 2 (135)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ. 6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN

BERTARIKH 16 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 3 (88)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.10 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTAHAN

NILAIAN HARTA BERTARIKH 17 JANUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/8 (47) 6.10.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

18/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK AHMAD AKHIR BIN

PAWAN CHIK 7.1.1 Laluan Jejantas Motosikal di PJS1/26 yang menyeberangi

Lebuhraya Pantai Baru (NPE) Sebagaimana yang sedia maklum, Majlis telah menerima permohonan untuk menaiktaraf jejantas motorsikal di PJS1/26 yang menyeberangi Lebuhraya NPE dan difahamkan Majlis telah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk sama-sama menanggung kos pembinaan yang agak tinggi. Sehubungan dengan itu, beliau memohon agar projek ini disegerakan kerana melibatkan isu keselamatan.

7.1.2 Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru

Cina kepada semua yang meraikannya dan selamat bercuti

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina dan selamat bercuti serta berhati-hati di jalan raya, pandulah secara berhemah agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Bertarikh : 27 Januari 2017

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

19/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato‟ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Oon Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

09. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

10. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

11. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Shatiri bin Mansor, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

20/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

15. Puan Wong Yuet Leng,

Ahli Majlis, MBPJ.

16. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ.

19. Encik Terence Tan Teck Seng, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Puan Ghandimathi a/p Suppiah,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

25. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

21/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

TIDAK HADIR:

01. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Tuan Haji Ahmat Mohayen bin Haji Said,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Sa‟diyah binti Khasiman,

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Encik Mohd Bakri bin Salleh, Wakil Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. Puan Aziziza Azdila binti Abdul Aziz,

Wakil Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Wakil Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarof,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

22/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Encik Ku Mustafa bin Ku Mohamad,

Wakil Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Encik Mohd Zulhairi bin Johar,

Wakil Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 17. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 18. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 19. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

20. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

Page 23: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · Strategik Pembangunan Mampan “Sustainable Petaling Jaya 2030” ... yang telah termaktub di dalam Pelan Pembangunan Mampan

23/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.1.2017, MBPJ

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.