22
1/22 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.6 (13 ) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2018-2020) BILANGAN 6 TAHUN 2018 Tarikh : 21 Disember 2018 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran. 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 13 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan November dan Disember 2018. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Tahun 2018 telah memperlihatkan iltizam Majlis merentas halangan dan mendepani cabaran dalam memperkasa dan mengoptima segala sumber ke arah Bandaraya Mampan, Berbudaya dan Berdayahuni. Beliau berharap kerjasama jitu yang sedia terjalin di antara kita ini sentiasa berkekalan dan berterusan dalam menaikkan lagi imej Petaling Jaya sebagai bandar raya contoh di Malaysia.

SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

1/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.6 (13 )

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2018-2020) BILANGAN 6 TAHUN 2018

Tarikh : 21 Disember 2018 (Jumaat)

Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran.

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil

masa selama 13 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan November dan Disember 2018.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2019. Tahun 2018 telah memperlihatkan iltizam Majlis merentas halangan dan mendepani cabaran dalam memperkasa dan mengoptima segala sumber ke arah Bandaraya Mampan, Berbudaya dan Berdayahuni. Beliau berharap kerjasama jitu yang sedia terjalin di antara kita ini sentiasa berkekalan dan berterusan dalam menaikkan lagi imej Petaling Jaya sebagai bandar raya contoh di Malaysia.

Page 2: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

2/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan seterusnya warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Mewakili pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Petaling Jaya, beliau akan sentiasa menitikberatkan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti diberikan kepada warga Petaling Jaya. Bersesuaian dengan aspirasi dan kehendak penduduk Petaling Jaya, komitmen yang jitu semangat kerja berpasukan dan profesionalisme di antara satu sama lain perlu sentiasa menjadi teras dalam setiap pelaksanaan perancangan yang dibuat.

3.2 KONVENSYEN PEMERKASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MALAYSIA 2018 Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia yang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Disember 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mengangkat aspek-aspek khusus PBT, antaranya adalah pemberdayaan komuniti, pemerkasaan Ahli Majlis PBT, peningkatan hasil PBT, good governance, penglibatan wanita dalam PBT, Smart City & Safe City dan sebagainya. Konvensyen dua hari itu dengan tema ‘Bandar Kita Milik Kita’ dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperkukuh peranan PBT selaras dengan hala tuju kerajaan baharu. Penganjuran konvensyen itu juga untuk memberi peluang kepada Ahli Majlis bertukar pandangan dan menyumbang idea ke arah menjadikan perkhidmatan PBT dan peranan Ahli Majlis lebih dinamik dan berimpak besar di peringkat Kerajaan Tempatan. Pihak KPKT selaku penganjur turut mengundang penceramah antarabangsa dari Commonwealth Local Government Forum (CLGF) berkongsi amalan terbaik dalam tadbir urus PBT dan 'Towering Personality For Local Government Councillors'. Konvensyen tersebut merupakan platform yang julung kali mengumpulkan seramai kira-kira 3,000 orang yang terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha PBT dan Ahli Majlis seluruh Malaysia dalam satu wacana secara kolektif.

Page 3: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

3/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Kesemua topik yang dibincangkan menjurus kepada isu-isu, cabaran semasa dan cadangan strategi dalam melaksanakan agenda PBT seperti Sustainable Development Goal (SDG) dan New Urban Agenda. Sepertimana maklum Majlis telah dan sedang melaksanakan inisiatif tersebut secara sangat aktif dan berterusan. Pengisian konvensyen turut diisi dengan empat sesi perbincangan panel iaitu hala tuju baharu PBT di Malaysia, peranan pemegang taruh (stakeholders) dalam pembangunan bandar, pengurusan mampan kerajaan tempatan dan ‘Bandar Kita Milik Kita'. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis yang telah hadir ke Konvensyen ini dan Tahniah kepada dua orang Ahli Majlis MBPJ iaitu Encik Derek John Fernandez dan Puan Pua Ghin Chu kerana dipilih dan dijemput sebagai penceramah dalam konvensyen kali ini. Beliau berharap perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik PBT dapat memberikan nilai tambah bagi memenuhi aspirasi ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan Majlis pada masa hadapan.

3.3 ANUGERAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PRIHATIN 2018 Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah merangkul Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin 2018 Peringkat Majlis Bandaraya yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan 2018 yang disambut di seluruh dunia pada 3 Disember setiap tahun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 November 2018 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin 2018 pada tahun 2018 ini merupakan kali ketiga bagi Majlis setelah dianugerahkan pada Tahun 2014 dan Tahun 2017. Kriteria utama yang merupakan kelebihan MBPJ ialah dalam menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang mesra OKU berdasarkan konsep rekabentuk sejagat termasuklah di taman awam, bangunan seliaan Majlis, infrastruktur iaitu di laluan pejalan kaki dan perhentian bas, perkhidmatan bas percuma mesra OKU dan van transit OKU di seluruh Petaling Jaya.

Page 4: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

4/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Majlis juga telah memenuhi dan mengaplikasikan peruntukan-peruntukan akta dan undang-undang melibatkan golongan sasar ini. Antaranya Majlis telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Rekabentuk Sejagat dan Aksesibiliti di Petaling Jaya, menyediakan Pelan Tindakan Rekabentuk Sejagat, menubuhkan Universal Design Team, menambahbaik SOP bagi pematuhan aspek rekabentuk sejagat bagi setiap pembangunan di Petaling Jaya, menjalankan Audit Akses bagi pemajuan baru sebelum CCC dan bangunan sedia ada secara berkala, menyediakan Pelan Induk Rekabentuk Sejagat 2017 – 2030, mengiktiraf bangunan bercirikan UD melalui Universal Design Award dan yang terkini adalah Universal Design Dashboard di bawah projek Smart City. Setiap perancangan dan pembangunan di Petaling Jaya mengambil kira keperluan OKU di mana Majlis telah menyemak sebanyak lebih 500 pemajuan sejak tahun 2008. Setiap pemajuan yang telah siap dibina perlu mendapatkan pengesahan pematuhan Universal Design sewaktu proses CCC bagi memastikan kemudahan ini dilaksanakan mengikut garis panduan dan spesifikasi yang betul berdasarkan Garis Panduan Rekabentuk Sejagat Petaling Jaya dan pelan sokongan UD.

Selain itu, kelebihan Majlis yang telah dinilai adalah meliputi program-program yang dianjurkan dan turut mengambilkira penyertaan golongan OKU, kanak-kanak dan warga emas. Program berbentuk sukan seperti PJ Half Marathon, Karnival Sukan Para Bandaraya, Blind Leading The Blind dan Car Free Day, program kebudayaan seperti sambutan perayaan serta program berbentuk ilmiah iaitu bengkel Audit Akses, International Conference on Universal Design in the Built Environment (ICUDBE) 2017, Universal Design Award dan pelbagai program lain yang tidak meminggirkan keterlibatan bersama golongan OKU.

3.4 PROGRAM BANGUNAN CERIA : ANUGERAH BANGUNAN HIJAU Sebanyak enam (6) buah bangunan komersial dan enam (6) buah bangunan kediaman bertingkat di Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bangunan Hijau di bawah Program Bangunan Ceria.

Anugerah Bangunan Hijau yang melibatkan enam kriteria utama dalam sistem penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) itu terdiri daripada kecekapan tenaga, kualiti dalaman alam sekitar, perancangan tapak lestari dan pengurusan, bahan dan sumber, kecekapan air dan inovasi.

Page 5: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

5/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah sumbangan bernilai RM 2,000.00 beserta sijil. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bangunan Hijau:-

BIL KRITERIA INDEKS

BANGUNAN HIJAU

JENIS BANGUNAN

KOMERSIAL

JENIS BANGUNAN

KEDIAMAN

BERTINGKAT

1 Kecekapan tenaga

(EE)

Centerstages

Services Suite

(Block B)

Tropicana Garden -

Bayberry

2 Kualiti Dalaman

Alam Sekitar (IEQ)

Menara OBYU

(Point 92)

Ara Green

3 Perancangan

Tapak Lestari &

Pengurusan (SM)

Menara OBYU (Point 92)

Arnica Services Apartment

4 Bahan & Sumber

(MR)

Atria (Office Block) TNB Quarter

5 Kecekapan Air

(WE)

Avenue De Vogue Verde @ Ara

Damansara

6 Inovasi (IN) Dialog Tower Tropicana Garden -

Bayberry

Pemberian anugerah itu diharap dapat memberi galakan kepada pemain industri di kalangan pemaju, arkitek, jurutera, perancang, pereka dan kontraktor untuk merekabentuk bangunan bercirikan konsep bangunan hijau dan seterusnya melestarikan persekitaran alam sekitar di Petaling Jaya.

Dalam pada itu, MBPJ turut komited menggalakkan penggunaan Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) sebagai usaha untuk melestarikan alam. Pada 13 November 2018 yang lalu, Majlis telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama dengan tujuh buah sekolah untuk pelaksanaannya pada tahun 2019.

Untuk memantapkan lagi usaha, Majlis akan terus memberikan komitmen untuk menjadikan bangunan-bangunan di Petaling Jaya sebagai bangunan mampan. Manakala bagi struktur bangunan lama, ianya akan diceriakan dengan lukisan mural yang memberikan imej baru yang lebih menarik dan selesa untuk dilihat dan dilawati.

Page 6: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

6/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Justeru itu, MBPJ telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaiktaraf bangunan kediaman bertingkat di bawah program Indah Smart Selangor (ISS). Dengan peruntukan sebanyak RM 740,753.71 yang diberikan Kerajaan Negeri, Majlis telah menaiktaraf bangunan Pangsapuri Damai dengan mengecat semula bangunan tersebut untuk menjadikan imej bangunan yang lebih baik dan selesa kepada komuniti setempat. Ia juga selari ke arah menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebuah bandar raya yang lebih berdayahuni dan kondusif menjelang 2030.

3.5 PERMOHONAN PELAN PEMBANGUNAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menjalankan permohonan pelan pembangunan melalui OSC Online 3.0 secara sepenuhnya pada tahun 2018. Sebarang keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC boleh di akses dan di semak melalui OSC Online. Secara tidak langsung, ianya turut menyumbang penjimatan percetakan kertas di peringkat Majlis. Dari segi permohonan, jumlah pelan pembangunan yang diterima bermula awal Januari sehingga 13 Disember 2018 adalah sebanyak 1,351 meliputi permohonan serentak, kebenaran merancang, pelan kejuruteraan dan pelan bangunan. Melalui ini, jumlah permohonan yang telah diselesaikan adalah sebanyak 1,243 permohonan bersamaan dengan 92.01 peratus, di mana permohonan yang selesai dalam piagam adalah sejumlah 1,234 (99.28 peratus). Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua Jabatan Teknikal dalaman mahupun luaran memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan pelan permohonan dapat diselesaikan mengikut piagam.

3.6 PROGRAM JOM SHOPPING PERALATAN KE SEKOLAH

Majlis Bandaraya Petaling Jaya komited dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan bernasib baik yang tinggal di Petaling Jaya. Keprihatinan Majlis ini diterjemahkan melalui program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) ‘Jom Shopping Peralatan Sekolah’ yang telah diadakan di Hypermarket Mydin USJ Subang Jaya, pada 4 Disember 2018 yang lalu.

Seramai 50 orang penerima bantuan PPKB telah menerima baucer bernilai RM300.00 untuk membeli peralatan sekolah seperti pakaian sekolah, kasut, alat tulis serta lain-lain keperluan. Pemberian sumbangan ini juga bertujuan meringankan bebanan penduduk yang tidak berkemampuan dengan pendapatan RM2,000.00 ke bawah serta

Page 7: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

7/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai. Di samping itu, program ini merupakan salah satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial daripada Majlis kepada komuniti setempat di bawah pentadbirannya.

Kesemua penerima sumbangan ini merupakan penduduk yang berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang berada di kawasan pentadbiran MBPJ iaitu PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang, Petaling Jaya Selatan (PJS), Desa Mentari dan lain-lain kawasan.

Majlis turut melancarkan Sistem E-Commerce Karung Kitar (https://www.ppkbmbpj.com/ecommerce) yang diwujudkan bagi mengembang dan mempertingkatkan jualan produk PPKB serta membolehkan peserta PPKB menjana pendapatan tambahan.

3.7 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN DI PETALING JAYA

3.7.1 KES DENGGI DI PETALING JAYA

Jumlah kes demam denggi bagi tahun 2018 sehingga minggu epid 49 adalah sejumlah 3352 kes telah direkodkan. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2017 dengan 3367 kes. Tiada kes kematian dilaporkan setakat ini. Jumlah ini juga adalah yang terendah berbanding 2 PBT lain di daerah Petaling.

Berikut adalah lokaliti wabak terkini yang dilaporkan. Bilangan Kawasan Hotspot Terkini Dilaporkan sehingga 12/12/2018 :

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah

Kes Terkini

Wabak Di Jangka

Tamat

1 BG SEKSYEN 51A FLAT IMPIAN BAIDURI

15 19/12/2018

2 BL PJU 6 FLAT PELANGI DAMANSARA (D, E, F)

14 21/12/2018

3 DU PJU 1 (4) 9 14/12/2018

4 SRI PJS 10 APT SRI SUBANG 8 18/12/2018

Page 8: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

8/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah

Kes Terkini

Wabak Di Jangka

Tamat

5 SRI PJS 8 MENTARI COURT 11 20/12/2018

6 SRI SS 7 PARKLAND BUSINESS AVANUE

7 13/12/2018

7 TM PJS 2D FLAT DESA MENTARI (BLOK 11)

28 19/12/2018

JUMLAH 92

3.7.2 PROGRAM SEDAR

Pasukan SEDAR, masih aktif dilaksanakan. Sehingga kini, sebanyak 243 pasukan SEDAR telah ditubuhkan dan di perluaskan kepada lokasi-lokasi seperti berikut:

1) 157 Pasukan SEDAR Komuniti 2) 67 Pasukan SEDAR Sekolah 3) 5 Pasukan SEDAR Tapak Binaan 4) 7 Pasukan SEDAR MBPJ 5) 2 Pasukan SEDAR Kilang (Western Digital dan Dutch

Lady) 6) 1 Pasukan SEDAR Hospital (KPJ Damansara Specialist

Hospital) 7) 4 Pasukan SEDAR Masjid (Masjid Kampung Baiduri)

Sekali lagi beliau ingin menyeru semua Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan setiap warga kerja MBPJ bersama-sama berganding bahu dan bersatu hati untuk maju ke hadapan sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Petaling Jaya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraikannya dan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga MBPJ terus maju jaya dan terus mencapai kecemerlangan.

Page 9: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

9/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA BILANGAN 5 TAHUN 2018 (PENGGAL 2018/2020).

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 5 Tahun 2018 bagi penggal 2018/2020 bertarikh 28 November 2018 disahkan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 5 TAHUN 2018 (PENGGAL 2018/2020) YANG TELAH DIADAKAN PADA 28 NOVEMBER 2018. - Tiada

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS.

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 05 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (75))

6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Penolong Pengarah Kanan, Sumber Manusia, MBPJ.

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 22 NOVEMBER 2018 DAN 5 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (64)) (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 6 (66)) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ.

Page 10: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

10/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 12 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 3 (8))

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas tanpa pindaan.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan,

MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 12 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD. 4 (46)) 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER BERTARIKH 12 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (22)) 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTAHAN NILAIAN HARTA BERTARIKH 13 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/8 JLD. 5 (55)) 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 13 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 3 (10)) 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 7.1.2 di muka surat 15 iaitu:-

Page 11: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

11/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7.1.2 Penyediaan Tempat untuk merokok di kawasan lapang berdekatan kedai-kedai dan premis-premis. Beliau mencadangkan dan memohon agar bagi tahun 2019 penyediaan tempat untuk merokok kepada orang awam yang merokok diletakkan di kawasan lapang berdekatan dengan kedai-kedai dan premis-premis.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan

Persekitaran, MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 14 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (37))

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Penolong Pengarah Kanan, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 18 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (38))

6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan dan pindaan minit seperti berikut:-

Tambahan Minit bagi perkara 7.1 iii di muka surat 18. Beliau turut memohon agar Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran membuat kajian dan pemantauan ke atas kualiti air di Tasik Komuniti Kelana Jaya kerana mendapat aduan daripada penduduk yang mendapati ada sisa baja dari KGNS. Pindaan minit bagi perkara 7.2 ii di muka surat 19 Beliau turut mengemukakan pertanyaan berkaitan jadual pemotongan rumput di Zon 15 kerana pemotongan rumput yang dijalankan tidak menyeluruh terutama di padang permainan Jalan 4/52C dan juga terdapat reban ayam di kawasan tersebut.

Page 12: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

12/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Pindaan minit bagi perkara 7.5 i di muka surat 21 Encik Loyis Anak Uding memaklumkan bahawa hasil lawatan pada 5hb Disember 2018 bersama wakil Jabatan Kejuruteraan telah mengenalpasti kawasan banjir di Jalan SS 20/6 bagi rumah no. 77 dan 64 terutama dipersimpangan 3 jalan tersebut, Jalan SS 20/9 bagi rumah no 22 hingga 24 dan Jalan SS 20/6 bagi rumah no. 1.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

6.10 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 18 DISEMBER 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 3 (6)) 6.10.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan dan pindaan minit seperti berikut:- Tambahan minit kepada perkara 4.2.9 di muka surat 14 ... juga dicadangkan penyitaan ke atas lot terbiar yang dijadikan tempat letak kereta. Tambahan minit ke atas perkara 7.1.1 v) di muka surat 22 ...banyak sampah/sisa telah memenuhi longkang. Beliau meminta agar kajian dijalankan ke atas kes ini. Tambahan minit ke atas perkara 7.3.1 i) di muka surat 22

...mengalir serta air melimpah keluar yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut.

6.10.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Encik Terence Tan Teck Seng yang memohon perkembangan ke atas Road Safety Audit (RSA) yang dijadualkan dibuat di waktu cuti persekolahan bulan Disember ini.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

Page 13: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

13/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK THAYALAN A/L

KRISHNASAMY Beliau mengucapkan salam sejahtera dan Salam Sayang Malaysiaku. Sebelum memulakan ucapan, beliau menghuraikan maksud salam popular Tamil “Vanakam” adalah “saya hormati kesucian anda”. Seterusnya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Johary bin Anuar kerana memberi ruang untuk berucap pada hari ini. Iktibar untuk ucapan beliau adalah diambil dari pengajaran dan motivasi yang diperolehi hasil daripada ucapan pemimpin-pemimpin di Konvesyen Pemerkasaan PBT bertarikh 10 hingga 11 Disember 2018. 7.1.1 Keberkesanan Majlis untuk Mencapai Kecemerlangan

Perkhidmatan - Isu Kesesakan Jalanraya di Petaling Jaya. Masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kereta di kawasan perumahan dan perniagaan menjadi kritikal di dalam kehidupan penduduk bandaraya Petaling Jaya. Masalah ini berlarutan dengan limpahan trafik dari pembangunan baru yang pesat. Kebanyakan jalanraya utama dan lebuhraya yang melintasi Petaling Jaya telah mencapai taraf perkhidmatan yang paling teruk iaitu “F”. Dalam hal ini majlis bernasib baik kerana mampu untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi mengkaji isu-isu pengangkutan dengan teliti dan terperinci dengan melantik perunding pakar pengangkutan Universiti Malaya yang dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal Kajian Pengangkutan PJ bermula pada tahun 2014. Selain itu satu Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya telah digubal dan diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis pada tahun 2016. Beliau berkongsi secara ringkas skop dan syor-syor untuk mengatasi masalah pengangkutan saperti berikut: a) Penggunaan pengangkutan awam yang lebih effektif dan

cadangan strategi penambahbaikannya seperti Bas Transit, BRT dan sistem Tram.

Page 14: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

14/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

b) Penambahbaikan rangkaian dan kemudahan mod tanpa motor seperti laluan siar kaki berteduh untuk mengurangkan kebergantungan kepada mod bermotor.

c) Penambahbaikan pengurusan lalulintas dan menaiktaraf

persimpangan lalulintas tinggi kepada persimpangan bertingkat untuk melegakan “bottleneck” pada jaringan jalan sedia ada.

d) Membina model trafik yang berpandukan guna tanah

bersepadu pengangkutan yakni Transit Oriented Development (TOD) di stesen-stesen MRT, LRT dan komuter. Ini mengambilkira isu dan permasalahan trafik yang akan dijanakan.

Pelan Induk tersebut adalah sebagai kawalan pembangunan. Untuk mengawal isu pengangkutan, pembangunan TOD ditumpukan kepada 7 lokasi pertama. Seterusnya Pelan tersebut mengesyorkan majlis tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan harta tanah semata-mata tetapi mengambilkira prinsip rekabentuk dan elemen gunatanah yang paling sesuai mengambilkira persekitaran tiap-tiap lokasi TOD.

e) Menjalankan analisa impak peningkatan trafik dan

pengangkutan masa hadapan terhadap rangkaian pengangkutan sedia ada. Ini memerlukan kajian trafik menyeluruh ‘area wide traffic impact study’. Ini kerana penambahbaikan infrastruktur aliran trafik di sekitar kawasan pembangunan saja tidak memadai di mana penjanaan trafik dari pembangunan baru akan berkumpul di jalanraya utama dan lebuhraya yang memang sesak pada waktu puncak.

f) Pelan strategi untuk mengatasi isu kekurangan tempat letak

kereta seperti kawalan kadar bayaran dan kawalan masa bagi Tempat Letak Kereta “on street”.

g) Strategi pengawalan kenderaan perdagangan untuk tempat

letak kereta, laluan yang mencukupi dan selamat dan seterusnya kawalan muatan untuk mengurangkan kerosakan jalanraya.

Page 15: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

15/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Objektif keseluruhan Pelan Induk Pengangkutan tersebut adalah untuk membentuk strategi guna tanah dan pelan pengangkutan bersepadu bagi unjuran sehingga tahun 2025 yang meliputi semua mod pengangkutan yang mampu mencapai objektif MBPJ untuk menjadikan sebuah Bandaraya Lestari. Berdasarkan syor di atas beliau mendapati bahawa banyak syor-syor yang telah digunapakai akan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki. Jabatan-jabatan hendaklah sentiasa merujuk dokumen penting ini sebagai kitab Petaling Jaya bagi mencapai objektif mampan Petaling Jaya. Beliau mencadangkan agar Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan menyenaraikan syor-syor, mengkaji pelaksanaan serta memantau syor secara terperinci dan melaporkan tindakan di dalam setiap mesyuarat Majlis. Beliau berpendapat majlis bertanggungjawab untuk mengawal masalah kesesakan trafik dengan merancang lebih awal perancangan pembinaan infrastruktur bagi penambahbaikan trafik. Walaupun pada hakikatnya hasil daripada penambahbaikan trafik ekoran daripada pembangunan-pembangunan pesat adalah untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan perniagaan Bandaraya. Kelulusan pembangunan setempat yang menjana trafik dan jumlah kutipan dana pembangunan ISF adalah dalam tangan majlis. Sekurang-kurangnya kita perlu menjalankan kajian-kajian pengangkutan selanjutnya mengambilkira pembangunan semasa dan mencari penyelesaian untuk masa depan Petaling Jaya yang pesat dengan kemajuan. Akhirnya beliau menyatakan bahawa masalah kesesakan trafik bukan unik di negara kita dan pendekatan penyelesaian yang inovatif dan kreatif dari negara-negara lain hasil lawatan sambil belajar perlu dikaji dan dilaksanakan.

7.1.2 Seruan YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar Ahli Majlis menjadi ` World Class Councillor’. Dalam hal ini beliau memohon agar Majlis bekerjasama untuk membantu ahli majlis menaik taraf kapasiti dan keupayaan dengan cadangan-cadangan seperti berikut seperti berikut:-

Page 16: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

16/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

a) Memberi latihan yang lebih kerap sama ada anjuran jabatan

atau agensi luar agar Ahli-ahli Majlis dapat memahami dan menjadi arif dalam prosedur-prosedur jabatan, undang-undang berkaitan kerajaan tempatan, fungsi-fungsi jabatan, pemahaman soal-soal teknikal pembangunan, soal integriti dan sebagainya. Keutamaan bolehlah diberi kepada Ahli Majlis yang baru dilantik agar lebih cekap dan efektif.

b) Menjemput Ahli-ahli Majlis ke lawatan sambil belajar termasuk

ke luar negara bersama kakitangan majlis supaya pemahaman, penerapan ilmu serta pengalaman yang ditimba adalah selaras dan penggubalan serta pelaksanaan dasar-dasar baru dapat dibuat bersama.

Beliau sedar bahawa ianya memerlukan kelulusan daripada SUK akan tetapi dengan sokongan dan justifikasi daripada YBhg. Datuk Bandar dan perancangan awal ia pasti boleh tercapai.

Beliau turut menyentuh ucapan Encik Derek John Fernandez semasa Konvensen PBT yang menasihati ahli majlis agar menjaga kesihatan dengan baik memandangkan kehidupan seharian ahli majlis adalah sibuk dan kadangkala kucar kacir dengan aduan. Semenjak pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, penduduk mengharapkan agar Majlis mengambil tindakan pantas ke atas aduan dan lain-lain isu yang timbul.

7.1.3 Syarat Piawaian Sedia ada di dalam Agenda OSC

Beliau memohon agar syarat-syarat sedia ada di dalam kertas minit mesyuarat OSC dan tukar guna bangunan tidak perlu disertakan kecuali terdapat pindaan dan tambahan kepada syarat sahaja yang perlu disertakan. Daripada kajian yang dibuat oleh beliau untuk setiap projek OSC terdapat 11 muka surat yang menyertakan syarat piawaian dan anggaran jumlah muka surat untuk agenda OSC adalah lebih kurang 550 muka surat yang memerlukan setiap ahli jawatankuasa membaca dan memahami setiap muka surat yang disertakan.

Page 17: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

17/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7.1.4 Salinan `Hardcopy’ ke atas Agenda Mesyuarat Majlis

Beliau memohon agar mana-mana Ahli Majlis yang lebih selesa dengan salinan `hardcopy’ agenda mesyuarat hendaklah dibekalkan mengikut permintaan bagi menjimatkan masa Ahli Majlis atau Pembantu Ahli Majlis mencetak dan membukukannya. Masa tersebut boleh digunakan untuk menangani aduan penduduk. Beliau turut berharap agar minit mesyuarakat dihantar kepada ahli majlis sekurang kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat bersidang.

Akhir sekali beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar, Tuan Timbalan Datuk Bandar dan semua pegawai serta kakitangan majlis yang sentiasa memberikan kerjasama dan turut menjemput ahli-ahli majlis hadir ke semua majlis dan upacara MBPJ serta memberikan layanan terbaik kepada Ahli Majlis. Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga pada tahun 2019, kejayaan terbaik akan menjadi milik MBPJ.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

7.2.1 Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan

Beliau mengulas Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia yang telah diadakan pada 10 hingga 11 Diisember 2018 di mana kebanyakkan Ahli Majlis PBT lain amat menghormati MBPJ dan menganggap wargakerja MBPJ termasuk Ahli Majlis nya adalah terlatih. Semasa sesi soal jawab banyak persoalan dan permohonan agar Ahli Majlis MBPJ berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada semua Ahli Majlis lain.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan MBPJ terutama pengurusan tertinggi di atas pencapaian cemerlang yang diperolehi terutama pada tahun ini. Menurut beliau kejayaan MBPJ adalah hasil kerjasama pegawai tertinggi dan wargakerja majlis yang terdahulu di dalam melaksanakan dasar dan polisi yang diluluskan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perancangan Pembangunan yang dapat menyiapkan 3 pelan tempatan dalam

Page 18: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

18/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

tempoh setahun iaitu RTPJ1 (Pengubahan 3), RTPJ 2 (Pengubahan 2) dan RKK Kwasa Damansara berbanding dengan DBKL yang mengambil masa selama 9 tahun untuk mengazetkan pelan tersebut. Dari segi kekuatan kakitangan Majlis mempunyai bilangan kakitangan yang lebih kecil berbanding dengan DBKL.

7.2.2 Penghormatan Tertinggi buah Arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim

Beliau merakamkan perasaan sedih ke atas Arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim yang menginggal dunia semasa menjalankan tugas rasmi. Ia merupakan tahap tertinggi bagi pegawai awam yang terkorban semasa menjalankan tugas dan dianggap sebagai wira Negara. Di MBPJ juga terdapat pegawai yang melakukan tugas-tugas yang berisiko tinggi dan berbahaya terutama tugas yang berkaitan dengan penguatkuasaan.

7.2.3 Banjir di SS 7

Beliau berharap agar Jawatankuasa Majlis dapat mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu banjir yang berlaku di SS7. Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ianya melibatkan keselamatan penduduk dan penduduk pernah memberi amaran berkaitan masalah banjir sekiranya projek Sunway Serene diluluskan.

7.2.4 Ucapan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019

Beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada Ahli Majlis yang beragama kristian dan selamat menyambut tahun baru 2019 kepada semua ahli mesyuarat. Beliau berharap agar tahun 2019, MBPJ akan lebih cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 pagi. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis, dan semua ahli mesyuarat yang hadir ke mesyuarat pada bulan ini dan merupakan mesyuarat terakhir pada tahun ini.

Bertarikh : 4 Januari 2019

Page 19: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

19/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. Tuan Johary bin Anuar, A.M.S., - Pengerusi

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 02. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ.

03. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

04. Encik Mohamad Shakirien bin Dato’ Abd. Razak,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Ahmad Akhir bin Pawan,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Derek John Fernandez, P.J.K.,

Ahli Majlis, MBPJ.

07. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

08. Encik Wong Swee Sang, Ahli Majlis, MBPJ.

09. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Sugumararan a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ.

11. Encik Anwar bin Nekhan, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Chan Pak Keung,

Ahli Majlis, MBPJ.

13. Y.M. Puan Raja Fairuz binti Raja Mazlan, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Leong Chee Cheng,

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

20/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

15. Encik Loyis Anak Uding,

Ahli Majlis, MBPJ.

16. Encik Ong Yew Thai, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Quratulain Atiqah bt Norzahirul Anuar,

Ahli Majlis, MBPJ.

18. Encik Thayalan a/l Krishnasamy, Ahli Majlis, MBPJ.

19. Encik Farhan Haziq bin Mohamed,

Ahli Majlis, MBPJ.

20. Puan Pua Ghin Chu, Ahli Majlis, MBPJ.

21. Puan Rahibah binti Che Omar,

Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR: 01. Encik Tang Fuei Koh, P.J.K, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ 02. Encik Ong Swee Long, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

03. Puan Nurainie Haziqah binti Shafi’i, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Encik Zain Azly bin Abd. Rahman,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

02. Puan Rashidah binti Zulkafli, Wakil Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan,

Page 21: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

21/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

03. Puan Hjh. Nik Nazli binti Nik Abdullah, A.M.S., Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ahmad Roslan bin Hairudin, A.I.S.,

Wakil Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, P.P.T., M.R.I.S.M., Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ.

06. Puan Azizah binti Kosni,

Wakil Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ.

07. Puan Ismathinoon bin Hj. Abd. Rahman, Wakil Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ.

08. Puan Zuraidah binti Sainan, Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

09. Puan Mahzura binti Mohd Amin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop, P.J.K., Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ.

11. Encik Muhammad Khairul Asyraf bin Rusli, Wakil Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ.

12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Encik Samsu Bahari bin Nonchi, A.M.S., Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

15. Puan Haniza binti Abdul Hamid, P.P.T., Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ.

16. Puan Hjh. Norlida binti Md. Isa, P.J.K., Pengarah, Unit Audit Dalam Dan Integriti, MBPJ.

Page 22: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA … Petaling Jaya yang telah bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada Majlis bagi memastikan pelbagai program

22/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.12.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

17. Puan Sr. Jayanthi a/p Kupusamy, Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ.

18. Puan Tee Szu Fong, Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ.

19. Puan Sr. Hajah Saliza binti Mohd Masri, M.R.I.S.M., Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

20. Puan Siti Maskas binti Daud Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

21. Puan Ruzaida binti Tormodi, Pegawai Undang-Undang , Unit Perundangan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad, Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Cik Nur Zaidah binti Abd. Kadir, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.