Upload
tranthuy
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 150 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI
(5S)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI:
3.1 SISIH
3.2 SUSUN
3.3 SAPU
3.4 SERAGAM
3.5 SENTIASA AMAL
6
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 7
7.0 PROSES KERJA 7
8.0 CARTA ALIR 8
9.0 PENUTUP 8
10.0 LAMPIRAN
10.1 CARTA ORGANISASI
10.2 CARTA ALIR PROSES KERJA
10.3 POLISI, OBJEKTIF, IKRAR DAN LOGO
9-13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Sehubungan dengan itu, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diharap
dapat memberikan cerminan akan kewibawaan MPK dalam
pelaksanaan amalan ini seterusnya mewujudkan penambahbaikan
yang telah diserapkan sebagai budaya kerja berkualiti. MPK komited
dan akan terus menjadikan landasan kepentingan sebagai matlamat
memartabatkan perkhidmatan awam.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd. Ikhsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat
sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis
Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15
Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai
aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosedur ini
adalah betujuan sebagai panduan dan bahan rujukan dalam
melaksanakan tugas dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Manual-manual ini terdiri daripada :
1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan
2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana
Alam Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK
Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan
Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis
Perbandaran Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di
Malaysia yang terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang
akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan
hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan
pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar
yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan
masyarakat klang yang gemilang.
Dawari Bin Daud
Pengarah Korporat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Memastikan tatacara menjalankan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) memenuhi keperluan kakitangan MPK.
1.4 Menjadi kemudahan rujukan kepada pegawai yang akan
melaksanakan amalan Persekitaran Berkualiti (5S).
2.0 LATAR BELAKANG
5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan
fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang
mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan
semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan
kepada perkataan Jepun iaitu:
S Bahasa Jepun Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
1 Seiri Sisih Sort
2 Seiton Susun Systemize
3 Seiso Sapu Sweep
4 Seiketsu Seragam Standardize
5 Shitsuke Sentiasa Amal Self-Discipline
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 6
3.0 DEFINISI
Sisih
Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat
kerja untuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik
Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan
sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat
setelah digunakan
Sapu
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan
menyeluruh supaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin
dan peralatan
Seragam
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi
dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa
Sentiasa
Amal
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara
berterusan supaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam
organisasi
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Carta Unit Kualiti Seperti di lampiran 1
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
i. Arahan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dan Penambahbaikan Berterusan.
ii. Surat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 7
6.0 SKOP KERJA
6.1 Terima arahan
6.2 Perlaksanaan
6.3 Pemantauan
6.4 Persijilan
7.0 PROSES KERJA
7.1. Terima Arahan
7.1.1 PKT memberi arahan kepada Pegawai Tadbir mengenai perlaksanaan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk dilaksanakan di ke seluruhan Jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
7.1.2 Pengawai Tadbir akan mengadakan perbincangan dengan
Penolong Pegawai Tadbir bagi merancangkan pelaksanaan yang akan dibuat.
7.1.3 Pembantu Tadbir mengeluarkan surat makluman
perlaksanaan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di Majlis Perbandaran Klang.
7.2. Perlaksanaan
7.2.1 Mengadakan Bengkel bagi Fasilitator dan ketua zon untuk setiap jabatan di Majlis Perbandaran Klang.
7.2.2 Pegenalan kepada 5S dengan menubuhkan Jawatankuasa
Pemandu 5S dengan menetapkan zon-zon 5S dan jawatankuasa kerja bagi setiap zon.
7.2.3 Menyebarkan metodologi 5S melalui program-program serta
melancarkan Amalan Persekitaran Berkualiti ( 5S) melalui penetapan Polisi, Objektif atau Ikrar 5S.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 8
7.2.4 Memberi penekanan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan mengadakan perbincangan dengan fasilitator dan ketua zon MPK.
7.3 Pemantauan
7.3.1 Pemantauan secara menyeluruh diadakan dengan menjalankan pengauditan berkala oleh audit dalam yang dilantik oleh Tuan Yang Dipertua, MPK.
7.3.2 Pemantauan juga diadakan oleh pihak pengurusan bagi
memastikan kakitangan dan pegwai mengamalkan amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di MPK.
7.4 Persijilan
7.4.1 Persijilan akan dibuat pada setiap tahun dimana MPK akan
memperbaharui sijil sebelum sijil tamat tempoh.
7.4.2 Persijilan akan dibuat oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) setelah permohonan dibuat melalui surat untuk memperbaharui persijilan.
7.4.3 Pengauditan persijilan dilaksanakan dengan mengikut
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh MPC.
8.0 CARTA ALIR
Carta alir proses kerja bagi amalan Persekitaran Berkualiti 5S seperti
di Lampiran 2.
9.0 PENUTUP
Majlis Perbandaran Klang telah mendapat Persijilan Amalan Persekitaran
Berkualiti pada 10 Jun 2010. Sejak persijilan banyak perubahan telah
berlaku yang membawa pandangan positif dari semua warga kerja di
Majlis. Ruang kerja yang lebih selesa adalah satu ganjaran yang diterima
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 9
oleh semua kakitangan. Keselesaaan ini memberi impak yang baik
kepada kakitangan dan menjadikan kerja lebih produktif dan berkualiti.
Besar harapan Majlis agar amalan 5S ini mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan agar dapat memberi penghargaan kepada semua
kakitangan yang bertungkus lumus dalam merealisasikan amalan ini.
Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) menjadi satu amalan yang boleh
dipraktikan semua lapisan kakitangan diperingkat Majlis Perbandaran
Klang. Semoga amalan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal
menjadi aktiviti yang memberi manafaat bersama.
10.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : Carta Organisasi Bahagian Kualiti/ Jabatan Korporat. Lampiran 2 : Carta Alir Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Lampiran 3 : Polisi, Objektif, Ikrar dan Logo Amalan Persekitaran
Berkualiti (5S)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 10
Lampiran 1
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KUALITI
JABATAN KORPORAT
PENGARAH
DAWARI BIN DAUD DAWARI BIN DAUD (N48)
DAWARI BIN DAUD
TIMBALAN PENGARAH
AHMAD FAHIM BIN ROSLI
(N41)
PEN. PEGAWAI TADBIR
ROHANA BT. ABDUL WAHAB (N27)
PEM. TADBIR KANAN
NOR HASHIMAH BT. HJ. ISMAIL
(N22)
PEMBANTU TADBIR
DAYANG BT.IBRAHIM
(N17)
PEMBANTU AM PEJABAT
MOHD KHAIRUL AZIZI B. KAMSIDIN
(N1)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 11
Lampiran 2
Carta Alir : Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)
Mendapat Kelulusan daripada Yang Dipertua MPK
Jawatankuasa Induk dibentuk oleh pihak Pengurusan dan Jawatankuasa kerja 5S
Amalan 5S melalui perlaksanaan Amalan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA
AMAL
Audit dalaman secara berkala 2 kali setahun oleh Audit Dalam MPK
Persijilan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
MULA
Pengauditan Berkala
Perlaksanaan Program
Jawatankuasa
Latihan
Mesyuarat Pengurusan
MPK
Yang Dipertua MPK
Jawatankuasa
Promosi
Jawatankuasa
Audit Dalam
Persijilan 5S
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 12
Lampiran 3
Polisi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK
Objektif Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK
TAMAT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 150 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Amalan Persekitaran Berkualiti (5s) 13
Ikrar Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK
Logo Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPK