Majlis Persaraan 15 Januari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SKRIP MAJLIS PERSARAAN

Citation preview

TEKS PENGACARAANPERHIMPUNAN KHASMAJLIS PERSARAAN TN. HJ. MOHAMAD BIN TUAH & EN. HASMAN BIN SAHARIJUMAAT (15 JANUARI 2016)ARENA PIBG, SK RPR JALAN ASTANA

ATURCARATEKS

Perarakan Masuk Tn. Hj. Mohd b. Tuah & En. Hasman b. SahariMengumumkan ketibaan Yang diraikan Tn Hj Mohd b Tuah dan En. Hasman b Sahari diiringi oleh Yang Berusaha En. Assahari bin Ally Hussein, guru besar SK RPR Jalan Astana, Penolong-penolong Kanan dan guru-guru.

Kata AluanPagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Perhimpunan Khas sempena persaraan Tuan Haji Mohammad bin Tuah dan Encik Hasman bin Sahari.

BismillahirrahmanirrahimAssalammualaikum w.b.t

Yang Berusaha Encik Assahari bin Ally Hussein, Guru Besar SK RPR Jalan AstanaPuan Hajah Zubaidah bt Zainuddin, Penolong Kanan Kurikulum,Encik Halim bin Borhan, Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Masni bt Nor, Penolong Kanan KokurikulumYang Diraikan Tuan Hj Mohammad bin Tuah dan Encik Hasman bin SahariSeterusnya guru-guru, staf-staf dan murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Bacaan DoaBunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca mohon rahmat,Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmad, Majlis mempersilakan.

Nyanyian Negaraku dan Lagu SekolahAmin Amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zulkifli bin Ahmad atas pimpinan bacaan doa tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanian Negaraku dan Lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri.

Persembahan SilatGuru-guru dijemput duduk.

Sebelum kita meneruskan majlis, diminta murid-murid untuk duduk, dimulakan dengan pra sekolah, tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Baiklah sebelum mengorak langkah lebih jauh mendalami majlis, kita akan disajikan dengan persembahan pencak silat. Dengan ini, majlis mempersilakan adik _________________________________ dan adik __________________________________. Dipersilakan.

Tn Hj Mohamad & En Hasman naik ke pentas.Begitulah tadi berakhirnya persembahan pencak silat yang penuh bertenaga.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan.Itu adat, itu lumrah kehidupan.Begitulah rentetan perjalanan.Walau sukar untuk ditelan.Tapi kaki tetap mengorak jalan.Selagi hayat dikandung badan.

Dengan penuh rasa hormat, majlis menjemput, Yang diraikan Tn Hj Mohamad bin Tuah serta En. Hasman bin Sahari sudilah naik ke pentas khas bagi mereka pada hari ini. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Ucapan Guru BesarMajlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha En Assahari bin Ally Hussain, Guru Besar SK RPR Jalan Astana untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Ucapan En. Hasman & Tn HjTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya tibalah ucapan daripada insan-insan yang kita raikan pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En Hasman bin Sahari bagi menyampaikan ucapan beliau.

Terima kasih diucapkan kepada En Hasman bin Sahari.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj Mohamad bin Tuah bagi menyampaikan ucaan beliau.

Penyampaian hadiah mengikut Tahun 1,2,3,4,5,6Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohamad bin Tuah dan En Hasman bin Sahari di atas ucapan mereka sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Assahari bin Ally Hussain bagi mengiringi Tuan Haji Mohamad bin Tuah untuk menerima cenderamata.

Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Tn Haji Mohamad bin Tuah. Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan En Hasman bin Sahari bagi menerima cenderamata.

Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Nyanyian Lagu Terima Kasih CikguItulah tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada insan yang diraikan pada hari ini. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohamad dan En Hasman di atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Guru Besar di atas kesudian mengiringi Tn Hj dan En Hasman sebentar tadi.

Bagi merakamkan penghargaan dan melakar sedikit memori akhir bersama warga SK RPR Jalan Astana, majlis mempersembahkan nyanyai Terima Kasih Cikgu khas buat Tn Hj dan En Hasman. Sudilah tuan mendengarnya, terimalah..

Majlis TamatSemoga nyanyian yang tidak seberapa sedap tetapi penuh semangat sebentar tadi kekal menjadi memori indah dalam hidup Tn Hj dan En. Hasman.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan.Umpama berkayuh telah sampai di muara.Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun sampai di hujung acara.

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohamad bin Tuah dan En Hasman bin Sahari kerana sudi bersama kami pada hari ini. Kami memohon maaf atas segala khilaf sepanjang kita bersama dan kami mendoakan agar tuan berdua bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis dengan ini menjemput Yang Diraikan Tn Hj dan Encik Hasman, Yang Berusaha Tn Guru Besar dan guru-guru untuk menjamu selera di bilik jamuan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit taufiq walhidayah wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.