Upload
azwina-abdkarim
View
307
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
How to get started with VLE-Frogasia
Citation preview
1.0 Menginspirasi Perubahan(Pengguna: Guru)
1.0 Inspiring Change (User: Staff)
transforming education through the Internet 2
powered by
Menginspirasi Perubahan
TUGASAN:Memberi inspirasi untuk perubahan.
OBJEKTIF: Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah pengajaran baru.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video - SHIFT HAPPENS
TATACARA:
1. MENINGKATKAN KESEDARAN
Satu daripada sepuluh aduan berkaitan pelajar ialah masalah kurang perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin ramai pelajar yang hilang minat semasa di sekolah dan berasa terpinggir daripada guru-guru dan pelajaran. Antara sebab yang sering diberi ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan pengajaran guru yang kurang berkesan. Guru pula mengadu mereka tidak dapat menghampiri pelajar. Bagi pandangan anda, apakah masalah yang sebenar?
Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibubapa, nisbah pelajar-guru yang lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik.
2. VIDEO - SHIFT HAPPENS
Mainkan video - Shift Happens.
Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut: SOALAN:
Apakah implikasi kepada perubahan teknologi ini kepada guru?
Bagi pendapat anda, adakah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan membantu meningkatkan perhatian pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
RUMUSANMulakan satu perbincangan tentang masalah-masalah berkaitan dengan komunikasi dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Mungkin terdapat perbezaan antara alat-alat komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar-pelajar. Adalah penting bagi guru untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan dengan cara-cara berkomunikasi terkini yang digunakan oleh para pelajar. Beri penekanan kepada keperluan untuk berubah. Jangan berubah tanpa mempunyai pengetahuan yang mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka mencerminkan zaman persekitaran di mana teknologi adalah perkara biasa.
powered by
1.1 Pengenalan kepada Projek1BestariNet (Pengguna: Guru)
1.1 Introduction to the 1BestariNet Project (User: Staff)
transforming education through the Internet 4
powered by
TUGASAN:Gambaran keseluruhan Projek 1BestariNet
OBJEKTIF: Untuk memahami matlamat dan tujuan Projek 1BestariNet
TEMPOH MASA: 10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 1.1 - Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet
TATACARA:1. MEMAHAMI PROJEK 1BestariNet
Projek 1BestariNet mempunyai 2 matlamat:
Menangani masalah kurang minat dan kurang perhatian di dalam bilik darjah.
Mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di Malaysia. Ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan cloud . Projek ini akan membawa kesan kepada 10,000 sekolah di Malaysia. Projek 1BestariNet akan menyediakan sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE kepada semua.
2. VIDEO Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet
Memainkan video
Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Ajukan soalan-soalan yang berikut kepada peserta:
SOALAN:
Kenalpasti satu ciri daripada projek ini yang berguna kepada anda.
Apakah peranan anda dalam projek ini?
Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet
powered by
1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda (Pengguna: Guru)1.2 How to Organise Your Frog Team (User: Staff)
transforming education through the Internet 6
powered by
TUGASAN:Pasukan Frog Memahami peranan dan tanggungjawab
OBJEKTIF: Untuk memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Pasukan Frog.
TEMPOH MASA:
10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Video 1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda
TATACARA:1. PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG
Frog bukanlah tugas seorang individu. Ia memerlukan penglibatan seluruh warga sekolah untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Pasukan ini mesti terdiri daripada Pengetua /Guru Besar, guru-guru (berdasarkan kepada bidang kurikulum dan peranan mereka) dan pelajar.
Tujuan pelantikan Pasukan Frog ialah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi dan memberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara menyeluruh.
Pasukan Frog akan mengurus pelaksanaan projek dan kami percaya bahawa hubungan yang positif antara pelajar, guru dan ibu bapa ini akan membawa kepada kecemerlangan pelajar. Untuk terus maju dan mengekalkan hubungan ini, setiap ahli Pasukan Frog mestilah mempunyai peranan yang unik. 2. VIDEO Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda
Memainkan video Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda.
Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Ajukan soalan-soalan berikut kepada peserta:
SOALAN:
Di manakah anda dalam Pasukan Frog?
Apakah persediaan anda untuk melaksanakan peranan dalam Pasukan Frog?
RUMUSANMemotivasi peserta dengan memberitahu mereka tentang sokongan yang berterusan daripada Pasukan Transformation Management FrogAsia.
Bagimana Membentuk Pasukan Frog Anda
powered by
1.3 Gambaran Keseluruhan Frog VLE (Pengguna: Guru)
1.3 Frog VLE Overview (User: Staff)
transforming education through the Internet
powered by
8
TUGASAN: Memberi gambaran keseluruhan Frog VLE.
OBJEKTIF: Untuk memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 1.3 Gambaran Keseluruhan Frog VLE
Komputer
Papan putih
Pen dan buku nota
Projektor
TATACARA:1. PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
2. OBJEKTIF
Untuk memastikan bahawa pengguna memahami fungsi-fungsi navigasi pada VLE.
3. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.
Gambaran Keseluruhan Frog VLE
powered by
9transforming education through the Internet
powered by
4. VIDEO Gambaran Keseluruhan Frog VLE
Memainkan video dan memberhentikan video seketika selepas setiap bahagian. Minta peserta untuk menekan bahagian-bahagian yang lain di dalam platform sambil mengikuti video.
5. SESI IMBASAN
Mengimbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan penggunaannya.
PANDUAN PENGGUNAAntara muka (Interface) Frog VLE
Klik pada butang Get started untuk log masuk ke dalam Frog VLE. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta.
Penting! Adalah penting untuk log keluar daripada akaun Google lain sebelum log masuk ke dalam Frog. Jika ini tidak dilakukan, pengguna baru tidak boleh log masuk ke dalam Frog.
Antara muka (Interface) Frog telah direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan Frog. Penerangan fungsi ikon dan kegunaannya akan diberikan di bahagian seterusnya.
Frog Bar
Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin Frog VLE yang memberikan akses kepada System Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar tidak boleh dipadam.
transforming education through the Internet
powered by
10
Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen yang berikut:
Menu Frog Head
Menu Frog Head memberi akses yang pantas untuk melihat ruangan System Options VLE. Ia mengandungi:
Help Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini.
Preferences Anda boleh mengubah tetapan asas VLE di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada:
Language Ubah bahasa VLE kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
(Akan datang - pilihan Bahasa Melayu akan disediakan).
Set Background Pilih imej daripada senarai yang ada untuk menetapkan latar belakang Frog VLE anda atau muat naik imej anda sendiri.
Change Password Tukar kata laluan Frog VLE di sini.
Log Out Membenarkan anda log keluar dari VLE selepas penggunaan.
Kawasan Semasa
Kawasan Semasa memberi penunjuk visual kawasan yang anda berada di dalam VLE. Teks ini akan berubah mengikut kawasan VLE yang sedang dipaparkan.
Help
Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang dipaparkan.
Dashboard Switch
Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi ke Dashboard Sekolah dan sebaliknya.
Global Search Box
Dalam kotak carian ini, anda boleh mencari pelbagai sumber, tarikh temu janji atau pengguna yang terdapat dalam Frog VLE. Jika suatu aplikasi sedang aktif, pencarian anda akan bermula di dalam aplikasi tersebut sebelum merentasi ke seluruh Frog VLE.
Hasil carian akan memaparkan beberapa sumber atau temu janji. Jika terdapat padanan yang lebih, pautan More akan memaparkan hasil carian selebihnya.
powered by
11transforming education through the Internet
powered by
Home
Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard.
Quick Launch
Ikon Quick Launch memaparkan menu Quick Launch. Di sini anda boleh meneroka semua bahagian VLE.
Resource Manager
Resource Manager adalah jantung Frog VLE. Kawasan ini membolehkan anda mencipta dan menyimpan sebarang sumber.
Application Tray
Application Tray membolehkan anda menukar antara laman-laman atau aplikasi-aplikasi yang telah dibuka.
Dengan menekan butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan dipaparkan pada Tray. Jika anda klik pada mana-mana ikon yang terdapat pada Tray, anda akan dibawa ke halaman yang telah dipilih. Anda boleh menutup laman atau aplikasi yang sedang aktif dengan menekan butang [x].
Notifications
Ikon Notifications akan memberikan petunjuk bewarna merah apabila terdapat mesej baru. Ikon ini akan menunjukkan jumlah notifikasi yang belum dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan mempamerkan notifikasi dari Calendars, Assignments, Forums dan Wall.
Apabila anda klik pada satu-satu mesej dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman yang menjana mesej tersebut. Notifikasi yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya dari pelajar yang sama, akan dikumpulkan dalam Events Feed.
Nota: Satu Notification Widget yang terdapat di Content Panel boleh digunakan di Dashboard Peribadi.
transforming education through the Internet
powered by
12
Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam VLE. Pautan-pautan ke ruangan ini boleh didapati dalam menu Quick Launch pada Frog Bar.
Klik pada ikon Quick Launch.
Pilih satu ikon dari menu Quick Launch. Ikon-ikon ini adalah seperti di bawah:
Gambaran Keseluruhan menu Quick Launch (paparan Guru)
1. Assignments 5. Department Sites 9. The Pond 13. E-Mail
2. Calendar 6. Lesson Resources 10. School Documents 14. Resource Manager
3. Booking Calendar 7. Frogstore 11. My Documents 15. My Dashboard
4. Community 8. Forums 12. Sites 16. School Dashboard
powered by
13transforming education through the Internet
powered by
1. Assignments Pengguna: Guru, Pelajar (paparan penerima) dan Pentadbir.
Aplikasi Assignments membenarkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan mengubah tugasan telah sediakan kepada pelajar. Setelah satu Site untuk tugasan telah dihasilkan, ia dapat dihantar kepada pelajar sebagai tugasan melalui proses yang mudah. Assignments boleh diberi secara individu ataupun berkumpulan.
Aplikasi Assignments juga membolehkan guru menghantar mesej kepada pelajar yang telah diberi tugasan. Para guru boleh menghantar mesej kepada pelajar secara individu atau berkumpulan.
Apabila pelajar menghantar tugasan, ia akan dipulangkan ke kawasan Assignments supaya guru boleh menyemak dan memberi komen. Guru akan menerima notifikasi melalui panel Notifications apabila suatu tugasan dihantar atau mesej diterima.
Pelajar tidak boleh memberi tugasan. Merekan hanya boleh melihat, menyiapkan dan menghantar tugasan. Apabila suatu tugasan telah diberi, pelajar tersebut akan menerima satu notifikasi melalui panel Notifications. Tugasan akan dibuka dengan menekan pada notifikasi tersebut. Pelajar akan menerima notifikasi apabila markah diberi.
2. Calendar Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Calendar membolehkan anda mengurus semua aktiviti. Jika perlu, anda boleh berkongsi kalendar dengan guru-guru lain.
Kalendar-kalendar lain boleh dihasil dan dikongsikan secara umum atau tertutup. Contohnya, kalendar bagi aktiviti kokurikulum atau untuk acara istimewa. Informasi tambahan boleh disertakan pada sesuatu acara/aktiviti seperti lokasi, jemputan dan nota.
transforming education through the Internet
powered by
14
3. Booking Calendar
Pengguna: Guru, Pentadbir.
Booking Calendar membenarkan anda menempah bilik atau sumber. Sekiranya tempahan bilik/sumber telah dibuat, Frog VLE tidak akan membenarkan pengguna lain menempah bilik/sumber tersebut pada masa dan tarikh yang sama. Pentadbir Frog boleh menambah bilik atau sumber baru ke dalam Booking Calendar.
powered by
15transforming education through the Internet
powered by
4. Community Site
Pengguna: Guru, Pentadbir.
Community Site adalah satu portal bagi guru-guru untuk mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video bantuan serta ruangan forum untuk membincangkan isu-isu semasa yang relevan. Community Site adalah berdasarkan konsep berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai Wall di mana setiap ahli kumpulan boleh menghantar mesej.
Para guru boleh mencari kumpulan dan menyertai mana-mana kumpulan yang dipaparkan pada hasil carian. Sekiranya tiada kumpulan yang dijumpai, guru mempunyai pilihan untuk mencipta kumpulan baru dan memilih salah satu kategori kumpulan seperti berikut :
Public kumpulan akan dipaparkan pada hasil carian dan sesiapa sahaja boleh sertai.
Private kumpulan tidak akan dipaparkan pada hasil carian dan ahli kumpulan perlu dijemput oleh pemilik kumpulan.
5. Departmental Sites
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir
Setiap bidang mempunyai Department Site yang tersendiri. Laman utama sepatutnya memaparkan notis aluan, carta organisasi bidang/panitia, markah peperiksaan, dan notis-notis lain. Laman mata pelajaran yang berkenaan telah dipautkan pada Laman Bidang/Panitia di mana pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran tersebut. Laman tersebut boleh mempunyai maklumat kurikulum, galeri, video, laman profil guru, panduan ulangkaji, soalan tahun lepas dan lain-lain. Laman Bidang/mata pelajaran boleh ditambah sekiranya perlu.
transforming education through the Internet
powered by
16
6. Lesson Resources
Pengguna: Guru, Pentadbir.
Fail-fail dalam Lesson Resources mengandungi semua sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah. Contoh sumber ialah fail yang digunakan semasa pengajaran atau yang dimasukkan di dalam Site. Guru-guru boleh menghasilkan fail dan memuat naik sumber-sumber yang sedia digunakan ke dalam Site.
Ruangan ini juga boleh digunakan untuk memberi akses kepada sumber-sumber tertentu kepada guru-guru lain. Dokumen-dokumen ini terdiri daripada fail dengan format zip, MS Word, Excel, PDF, video MP4 atau fail audio. Adalah dicadangkan supaya setiap bidang/panitia mempunyai folder tersendiri. Di dalam setiap folder, guru mempunyai folder tersendiri untuk memuat naik sumber-sumber.
powered by
17transforming education through the Internet
powered by
7. Frog Store
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber untuk digunakan dalam VLE. Pengguna boleh mencari kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti imej dan video untuk digunakan dalam Site.
Terdapat 3 ruangan umum untuk anda layari:
Home Anda boleh membuat carian untuk video dan imej untuk digunakan dalam VLE (video dan imej boleh disertakan menggunakan Media Widget)
Apps Bahagian ini memaparkan aplikasi yang ada untuk anda muat turun. Ini menambahkan fungsi ke dalam VLE.
Channels Bahagian ini mengandungi kandungan daripada rakan kongsi pendidikan Frog seperti Khan Academy. Di sini anda boleh mendapati imej, video dan kandungan pendidikan untuk digunakan dalam Site yang anda hasilkan.
8. Forums
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Kawasan Forums area memaparkan Forum Sekolah. Ini adalah forum bagi seluruh sekolah dan boleh dilihat oleh para guru dan pelajar. Hanya Pentadbir Frog boleh mencipta topik dalam Forum Sekolah.
transforming education through the Internet
powered by
18
Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan mengenai topik tertentu berkaitan sekolah. Setiap maklumat mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.
9. The Pond
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Lompatlah ke The Pond, di mana minda dan idea yang hebat dapat dicetus dan dikongsi bersama. The Pond ditubuhkan khusus untuk pelajar. Pelajar boleh memulakan pengalaman bersama Frog menerusi tip dan idea untuk menggunakan Frog dengan berkesan.
powered by
19transforming education through the Internet
powered by
10. School Documents
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
School Documents adalah tempat di mana dokumen boleh disimpan dan digunakan oleh semua warga sekolah. Para guru dan pelajar boleh melihat dan muat turun fail-fail yang dimasukkan ke dalam ruangan ini. Ini merangkumi buku panduan guru dan pelajar, polisi atau maklumat sekolah. Fail-fail ini boleh dikategorikan dalam bentuk folder.
Dokumen boleh berformat zip, MS Word, MS Excel, PDF, video MP4 atau fail audio.
Pelajar akan mempunyai akses untuk membaca sementara guru mempunyai akses pentadbir untuk menambah atau memadam maklumat.
11. My Documents
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
My Documents adalah satu ruangan untuk menyimpan semua fail peribadi anda. Ruangan ini adalah peribadi dan tidak boleh diakses oleh pengguna lain.
transforming education through the Internet 20
powered by
12. Sites
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE. Laman-laman ini boleh diberi tag dengan memilih kata kunci untuk membolehkan pencarian dengan mudah dan untuk memudahkan pembahagian kategori. Laman yang dihasilkan akan disenaraikan di bahagian My Sites pada Resource Manager.
Laman yang mempunyai tag nama mata pelajaran yang spesifik, misalnya English; akan muncul dalam kategori Subject Sites. Laman yang mempunyai tag aktiviti kokurikulum seperti kelab dan lawatan akan muncul di dalam bahagian Co-curricular Sites. Bahagian Other Sites mengandungi laman-laman yang tidak mempunyai tag kata kunci mata pelajaran yang spesifik atau kokurikulum, ataupun telah diberi tag kata kunci other bagi laman yang dikongsi dengan anda.
Untuk keselamatan, kawasan Sites tidak boleh diakses tanpa log masuk ke dalam VLE.
Pencipta laman boleh mengawal hak untuk akses dan edit. Sekiranya sesebuah laman tidak dikongsikan dengan anda, ia tidak boleh dilihat dalam Resource Manager.
Laman yang dihasilkan boleh dihantar ke MoE Repository untuk dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia. Setelah dimuat naik, laman tersebut akan disemak dan disenaraikan untuk muat turun. Hanya guru boleh memuat naik dan memuat turun laman-laman melalui MoE Repository.
13. Email
Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir.
Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE mempunyai akses ke emel sendiri. Emel boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan sahaja antara di sekolah tetapi di mana-mana sahaja. Alamat emel anda adalah sama dengan ID pengguna yang digunakan untuk log masuk ke dalam VLE.
21transforming education through the Internet
powered bypowered by
14. Resource Manager
Pengguna: Guru, Pelajar (terhad) dan Pentadbir.
Terdapat beberapa kawasan dalam ruangan ini:
Resource Manager adalah aplikasi utama untuk mengakses sumber yang anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan kepada anda.
Ia membolehkan anda menyimpan, melihat, mengubah dan menghasilkan kandungan di semua bahagian VLE yang dibenarkan.
Latest Files: Memaparkan fail terkini yang anda telah muat naik ke dalam My Documents.
Favourites: Laman pilihan boleh ditambah ke dalam ruangan ini untuk mendapat akses ke laman tersebut dengan mudah dan pantas.
My Documents: Ini adalah simpanan fail peribadi anda. Fail yang dimuat naik tidak boleh dilihat atau diakses oleh pengguna lain.
Sites: Laman yang dikongsi dengan anda akan terpapar di sini
Applications: Memaparkan semua aplikasi yang diberi. Pentadbir Frog boleh mengakses data pengguna dan kumpulan dari kawasan ini.
Lesson Resources: Semua fail pengajaran dan pembelajaran patut dimuat naik ke dalam kawasan Lesson Resources. Hanya guru dan pentadbir mempunyai akses ke bahagian ini.
School Documents: Guru dan Pentadbir boleh memuat naik dan memuat turun fail. Pelajar hanya boleh melihat dan memuat turun fail.
transforming education through the Internet
powered by
22
15. My Dashboard
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui selepas log masuk ke dalam VLE. Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau notifikasi. Anda boleh menambah kandungan peribadi seperti gambar, video, atau pautan ke laman kegemaran anda. Gunakan Widgets untuk mengubah rupa dan kandungan Dashboard mengikut kesesuaian.
Nota: Dashboard Peribadi anda tidak boleh dikongsi atau ditugaskan kepada pengguna lain.
16. School Dashboard
Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir.
School Dashboard memaparkan notis dan maklumat yang diurus oleh pihak sekolah. Di sini anda boleh melihat papan notis, imej, video dan muat turun fail-fail penting. Ia juga mengandungi MOE RSS feed untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai berita pendidikan atau maklumat untuk sekolah dan guru-guru. School Dashboard hanya boleh diubahsuai oleh pentadbir.
powered by
1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah (Pengguna: Pentadbir)
1.4 How to Create Your School Calendar (User: Admin)
transforming education through the Internet
powered by
24
TUGASAN: Menghasilkan Kalendar Sekolah.
OBJEKTIF: Untuk memastikan peserta memahami bagaimana pengguna Pentadbir Frog menambah aktiviti dan acara pada kalendar sekolah.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Komputer
Papan putih
Pen Marker
Pen and buku nota
Projektor
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan keberkesanan penyampaian maklumat menggunakan takwim sekolah di dalam bentuk hard copy.
SOALAN:
Mengapakah sekolah perlu menggantikan takwim sekolah kepada Kalendar Sekolah Frog untuk mendapatkan maklumat aktiviti sekolah?
Kalendar Sekolah Frog memberi impak kepada penyampaian maklumat. Ia mudah, pantas dan menjimatkan penggunaan kertas.
2. VIDEO Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Memaparkan video dan memberhentikannya seketika apabila perlu.
Memaklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.
3. SESI IMBASAN
Membantu untuk mengimbas semula langkah-langkah yang diperlukan di dalam pengubahsuaian kalendar sekolah.
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
powered by
25transforming education through the Internet
powered by
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Penting! Untuk menghasilkan kalendar sekolah, anda mesti log masuk sebagai pengguna Pentadbir Frog.
Untuk memulakannya, anda perlu klik pada Quick Launch di Frog Bar.
Kemudian, klik pada ikon Calendar.
Dalam tetingkap Calendar, klik pada butang Add untuk menghasilkan kalendar sekolah.
PANDUAN PENGGUNA
transforming education through the Internet
powered by
26
Sebaik sahaja anda klik pada butang Add, satu tetingkap kecil akan muncul.
Taipkan nama dan deskripsi bagi kalendar. Sebagai contoh:
Calendar Name: Kalendar Sekolah
Calendar Description: Takwim Sekolah 2012
Anda juga boleh menetapkan peringkat akses kalendar tersebut kepada warga sekolah. Di sebelah Calendar Availability, boleh dilihat satu petak tertulis Restricted. Klik pada anak panah kecil di hujung petak tersebut.
Pilih salah satu peringkat akses yang dipaparkan di menu ke bawah iaitu: Restricted, Public, Shared. Di sini, kita akan memilih Public.
Setelah selesai, klik pada Create Calendar.
Kini, anda akan dapat lihat ikon Kalendar Sekolah pada kiri skrin anda.
powered by
27transforming education through the Internet
powered by
Untuk memasukkan acara / aktiviti ke dalam Kalendar Sekolah, anda perlu klik pada butang New.
Tetingkap New Event akan muncul sebaik sahaja anda klik pada butang New.
Dalam panel New Event masukkan nama acara / aktiviti tersebut.
Sebagai latihan, taipkan: Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Masukkan juga lokasi bagi acara tersebut. Contohnya, Dataran Sekolah.
transforming education through the Internet
powered by
28
Kemudian, klik pada kotak Starts / Ends. Tetingkap Event Start & End akan dipaparkan.
Tukarkan tarikh dan masa bagi acara / aktiviti tersebut. Sebagai contoh:
Start Date : Wed 16/May/2012Start Time : 7.45 amEnd Date : Wed 16/May/2012End Time : 10.30 am
Setelah selesai, klik butang OK yang terdapat di bahagian bawah tetingkap tersebut. Anda akan dibawa kembali ke tetingkap New Event yang terdahulu.
powered by
29transforming education through the Internet
powered by
Pada ruangan Note, masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan acara / aktiviti baru.
Sebagai contoh, masukkan nota:
Persembahan pelajar akan bermula pada pukul 8.30 pagi.
Untuk mempamerkannya dalam Kalendar Sekolah anda, klik pada Calendar.
transforming education through the Internet
powered by
30
Tetingkap Choose Calendar akan terpapar.
Klik pada Display in.
Pilih Kalendar Sekolah.
Kemudian, klik OK apabila selesai.
Klik pada butang Create Event untuk menghasilkan acara / aktiviti pada kalendar anda.
powered by
31transforming education through the Internet
powered by
Kini, entri anda akan terpapar pada Kalendar Sekolah anda.
Anda boleh memasukkan acara / aktiviti lain ke dalam Kalendar Sekolah anda dengan mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan tadi. Sebagai contoh kita akan memasukkan:
New Entry : Kelas Tambahan Tahun 6Location : Dewan Utama SekolahStart Date : Mon 26/May/2012Start Time : 7.45 amEnd Date : Wed 26/May/2012End Time : 11.00 am
Acara / Aktiviti tersebut akan dimasukkan pada Kalendar Sekolah seperti paparan di bawah.
1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan (Pengguna: Pentadbir)
1.5 How to Create Booking Calendar (User: Admin)
33transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Menghasilkan Kalendar Tempahan.
OBJEKTIF: Menunjukkan peserta bagaimana kalendar tempahan direka dan dibatalkan.
TEMPOH MASA: 15 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Video 1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih memberitahu peserta tentang pelbagai kalendar tempahan yang boleh dihasilkan. Terangkan bahawa hanya pengguna Pentadbir Frog boleh menghasilkan kalendar tempahan.
2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
Jurulatih menerangkan kandungan video ini dan bagaimana sebuah kalendar tempahan baru boleh dihasilkan.
Mainkan video.
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
transforming education through the Internet
powered by
34
PANDUAN PENGGUNA
Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
Penting! Untuk menghasilkan kalendar tempahan, anda mesti log masuk sebagai pengguna Pentad-bir Frog.
Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik Booking Calendar.
Setelah tetingkap Booking Calendar dipaparkan, mulakan navigasi ke arah Booking Items di sudut kiri bahagian bawah skrin anda.
Klik pada butang Add untuk menambah sumber tempahan baru pada Booking Calendar.
Selepas anda sudah klik pada butang Add, anda akan melihat skrin Create Booking Item.
Taip nama dan deskripsi dalam kalendar tempahan yang baru.
Contoh: Makmal Komputer, projektor, TV, Bilik Mesyuarat dll.
Anda juga perlu menaip dan menentukan kategori tempahan. Klik pada menu ke bawah Booking Item Type dan pilih kategori tempahan anda. Anda mempunyai pilihan Room atau Equipment.
powered by
35transforming education through the Internet
powered by
Setelah selesai menamakan kalendar tersebut, klik pada butang Create Booking Item.
Bila anda klik pada Create Booking Item anda akan lihat kalendar tempahan baru yang dihasilkan terpapar pada senarai sumber tempahan yang sedia ada.
Anda boleh memilih paparan yang hendak dilihat. Warna item tempahan ini telah ditetapkan dan tidak boleh diubah suai.
Membatalkan Kalendar TempahanPilih Booking Item Settings dari senarai. Ini memaparkan maklumat tentang kalendar tempahan yang dipilih seperti nama, deskripsi, jenis dan pemilik.
transforming education through the Internet 36
powered by
Klik pada Delete untuk mengeluarkan kalendar tempahan yang terpilih.
Sebaik saja anda klik pada butang Delete, satu paparan Important akan dipaparkan untuk mengesahkan pembatalan kalendar tempahan. Untuk mengesahkan arahan ini, taip YES dan tekan Enter .
Kalendar tempahan tersebut telahpun dibatalkan.
powered by
1.6 Bagaimana Mengedit Dashboard Anda (Pengguna: Guru)
1.6 How to Edit Your Dashboard (User: Staff)
transforming education through the Internet
powered by
38
TUGASAN: Mengubah suai Dashboard anda.
OBJEKTIF: Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video1.6- Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.
2. VIDEO Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Memainkan video Bagaimana Mengedit Dashboard Anda. Berhenti seketika dan memberi penjelasan apabila perlu. Menggalakkan para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan yang diberi menerusi video. 3. SESI IMBASAN
Mengimbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
powered by
39transforming education through the Internet
powered by
Panduan Pengguna
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda Your Dashboard adalah halaman pertama yang terpapar sebaik sahaja anda log masuk ke dalam VLE. Dashboard boleh diubah suai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, ataupun notifikasi. Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau pautan kepada laman web kegemaran. Susun atur kandungan adalah mengikut kehendak anda. Gunakan Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard mengikut kehendak anda.
Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit pada sebelah kiri skrin anda. Ini akan memaparkan Content Tray.
Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:
Layout Ini akan menukar bilangan dan kedudukan kotak kandungan dalam halaman anda.
Settings Ini membenarkan anda untuk menukar nama dan tema Dashboard anda.
Widgets Widget boleh diseret ke dalam lajur pada halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video dan gambar.
transforming education through the Internet
powered by
40
Menukar Tetapan pada Dashboard Anda
Di dalam Content Tray, klik pada tab Settings.
Untuk menukar nama pada Dashboard anda, masukkan nama ke dalam kotak Name of Site. Ini secara automatik akan mengemaskini nama Dashboard pada halaman anda. Contohnya: Cikgu Pheobe.
Ini akan terpapar pada sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.
Untuk menukar tema Dashboard anda, pilih tema baru dengan mengklik pada menu ke bawah di sebelah kanan.
powered by
41transforming education through the Internet
powered by
Apabila anda klik pada menu ke bawah, menu yang mengandungi tema yang telah disedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan klik pada tema yang anda inginkan. Ini secara automatik menukar kepada tema Dashboard yang anda pilih.
Menukar susun atur Dashboard andaDi dalam Content Tray klik pada tab Layout.
Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan berdasarkan butang bernombor. Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak pada satu halaman.
Klik pada 3 dalam tetapan Boxes. 3 susun atur yang berbeza akan tersedia.
Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan akan dipaparkan pada Dashboard anda. Apabila anda klik pada susun atur tertentu, halaman anda secara automatik akan dikemaskini dengan susun atur baru.
Klik pada susun atur kedua pada sebelah kanan.
Dashboard anda sedia untuk diisikan dengan kandungan.
transforming education through the Internet
powered by
42
Widgets Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.
Anda kini boleh melihat semua widget yang tersedia ada kepada anda. Setiap widget dikenalpasti mengikut nama dan ikon yang unik.
Widget adalah aplikasi kecil yang membenarkan kandungan untuk dipapar kepada pengguna. Ini boleh digunakan dengan menyeret setiap widget ke dalam kotak kandungan pada halaman dan menetapkan tetapannya. Pelbagai widget boleh digunapakai dalam satu halaman.
Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila diarahkan. Untuk kebanyakan widget, anda perlu memasukkan maklumat berkaitan kandungan yang diingini sebelum ia boleh dipaparkan pada Dashboard.
Menambah Widget pada Dashboard anda
Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.
Padamkan sebarang widget tersedia ada sebelum mengubah suai Dashboard anda dengan mengklik pada tanda pangkah kecil berwarna merah.
powered by
43transforming education through the Internet
powered by
Pilih widget Media dan seretkannya pada kotak sebelah kiri atas. Pastikan kotak berwarna biru sebelum melepaskan widget.
Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan widget.
transforming education through the Internet
powered by
44
Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan USB. Klik pada butang Upload di bahagian Choose Media untuk melancarkan File Uploader.
Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik.
Sebaik sahaja muat naik sudah lengkap, mesej Done berwarna hijau akan terpapar. Klik pada butang Done di bawah.
Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz daripada menu ke bawah Please select media size. Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
powered by
45transforming education through the Internet
powered by
Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.
Menambah Widget CalendarWidget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti di dalam kalendar pada Dashboard anda.
Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan atas. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget tersebut.
Terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza dalam Frog VLE anda seperti peribadi, kokurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda boleh memilih kalendar yang ingin dipaparkan pada Dashboard.
Pilih kalendar peribadi anda.
transforming education through the Internet
powered by
46
Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan daripada senarai menu ke bawah Max Events to Display dan pilih nombor 5.
Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
Untuk menyimpan tetapan Dashboard anda, klik pada butang Save Changes.
Menambah Widget NotesPilihkan widget Notes dan seretkannya ke dalam Dashboard seperti tertera di bawah. Pastikan kotak bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget.
powered by
47transforming education through the Internet
powered by
Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk dipaparkan. Klik dua kali pada My Notes. Anda akan melihat tetapan My Notes pada sebelah kiri.
Taipkan nota ini di dalam kotak: Buku Latihan Tatabahasa Pulangkan kepada Tingkatan 5 Maju.
Ikon yang terletak pada bahagian bawah tetingkap teks digunakan untuk mengubah suai format teks anda. Di samping itu, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan sedia ada daripada menu ke bawah Font Format.
Tukar format untuk Buku Latihan Tatabahasa dengan menebalkan teks dengan klik pada butang B.
transforming education through the Internet
powered by
48
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.
Menambah Pautan LuarKini, kita akan menambah pautan luar kepada Dashboard anda untuk memudahkan akses kepada laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menghasilkan pautan kepada akhbar Berita Harian. Pautan ini akan sedia ada pada Dashboard setiap kali kita log masuk ke dalam Frog VLE.
Pilih widget External Link dan tarik ke dalam kotak sebelah kanan bawah widget Calendar.
powered by
49transforming education through the Internet
powered by
Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menggunakan:
Enter Name for Site: Berita Harian
Enter URL: http://www.bharian.com.my
Klik pada butang Add Icon for Site untuk menukar ikon asal pada widget External Link.
Anda akan mencari logo Berita Harian daripada Frog Store. Taipkan Logo Berita Harian di dalam kotak carian dan klik pada ikon Frog Store.
Pilih logo Berita Harian daripada Frog Store dan klik pada butang Use. Ini akan menambahkan ikon kepada pautan anda.
transforming education through the Internet 50
powered by
Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut. Berikan penerangan berkenaan laman web yang dipaut. Misalnya, deskripsi untuk pautan ini adalah: Surat Khabar Kegemaran ku.
Simpan perubahan dengan klik pada butang Save Changes.
Klik pada butang X untuk menutup Dashboard anda.
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pada pautan, laman web akan terpapar pada Tab baru.
Tahniah! Anda telah berjaya mengubah suaikan Dashboard anda.
powered by
1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda (Pengguna: Guru)
1.7 How to Use Your Calendar (User: Staff)
transforming education through the Internet
powered by
52
TUGASAN: Menggunakan Kalendar.
OBJEKTIF: Untuk memastikan peserta memahami bagaimana untuk menambah aktiviti dan acara pada kalendar peribadi dan menghantar jemputan kepada guru-guru lain.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 1.7 Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda
Komputer
Papan putih
Pen Marker
Pen and buku nota
Projektor
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan mengenai pengalaman peserta dalam penggunaan kalendar.
SOALAN:
Mengapa anda perlu menggunakan Kalendar Frog untuk aktiviti harian?
Apakah kesan-kesan penggunaan Kalendar Frog?
Anda boleh memaparkan dan mengurus apa jua aktiviti seperti memasukkan tarikh, masa, tempat dan nota berkaitan.
Kalendar Frog memberi impak kepada pengurusan masa. Pengguna boleh memberikan keutamaan kepada tugasan tertentu mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Penghasilan beberapa jenis kalendar akan membolehkan peserta menguruskan aktiviti-aktiviti sekolah seperti kelas ICT, aktiviti kokurikulum dan lain-lain.
2. KALENDAR DIGITAL
Jurulatih menerangkan keperluan kalendar digital sebagai menggantikan kalendar manual.
3. VIDEO Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda
Memaparkan video Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda dan memberhentikannya seketika apabila perlu.
Memaklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.
4. SESI IMBASAN
Mengimbas semula langkah-langkah yang diperlukan di dalam pengubahsuaian kalendar.
Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda
powered by
53transforming education through the Internet
powered by
Menghasilkan satu Acara / Aktiviti baruKlik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Calendar.
Dalam tetingkap Calendar, klik pada masa acara / aktiviti anda bermula dan kemudian tarikh dan masa ia berakhir.
Dalam panel New Event masukkan nama acara / aktiviti tersebut. Sebagai latihan, gunakan acara / aktiviti anda sendiri seperti mesyuarat (segera atau berjadual), sambutan, acara dan sesi perbincangan.
Pada pilihan Repeat, secara sedia ada ia akan menunjukkan none menandakan acara / aktiviti baru ini tidak akan diulangi setiap hari,minggu, bulan dan tahun seterusnya. Jika anda ingin mendapatkan peringatan ulangan bagi acara / aktiviti ini, anda boleh klik pada pilihan none.
Panduan Pengguna
transforming education through the Internet
powered by
54
Apabila pilihan none diklik, anda akan dibawa ke panel seterusnya yang memaparkan beberapa pilihan bagi mengulangi peringatan acara / aktiviti ini iaitu: No Recurrence, Every Day, Every Two Weeks, Every Month, dan Every Year. Sebagai latihan, pilih No Recurrence dan tekan pada butang OK.
Anda akan dibawa kembali ke panel asal iaitu panel New Event. Pada panel ini, masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan acara/aktiviti. Sebagai contoh, masukkan nota: TOLONG BAWA LAPTOP DAN LAPORAN MESYUARAT PIBG BULAN 3. TERIMA KASIH.
Hantar jemputan kepada seorang guru atau kumpulan ke acara tersebut dengan klik pada butang Manage Invitations dan mencari individu atau kumpulan yang berkenaan.
Di dalam kotak carian, taip nama individu atau kumpulan yang anda ingin jemput ke acara tersebut. Jika nama mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan muncul secara automatik di bawah kotak carian.
powered by
55transforming education through the Internet
powered by
Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk menambahnya ke dalam senarai. Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui panel Notifications. Acara / Aktiviti juga akan muncul di dalam kalendar mereka supaya mereka boleh menerima atau menolak jemputan tersebut.
Klik OK untuk menghantar jemputan.
Klik pada butang Save Changes untuk menghasilkan acara / aktiviti pada kalendar anda.
Memadam Acara / Aktiviti
Klik pada acara / aktiviti kalendar anda untuk melihat butirannya. Klik pada butang Delete yang berwarna merah untuk memadamkan acara / aktiviti tersebut. Tindakan ini juga akan memadamkan mana-mana jemputan pada kalendar dan panel Notifications pengguna lain.
Menukar Warna KalendarUntuk mengenal pasti acara / aktiviti kalendar anda dengan lebih mudah, tetapkan warna yang berbeza untuk setiap kalendar. Klik pada anak panah kecil bewarna putih pada hujung kalendar anda di bahagian My Calendar.
transforming education through the Internet
powered by
56
Pilih Set Colour dari menu pilihan untuk melancarkan pilihan warna.
Pilih satu warna dari pilihan warna. Jika anda klik pada ruang berbentuk segi empat kecil warna tertentu, warna itu akan ditambah ke dalam panel New.
Klik OK untuk mengubah dan mengemaskinikan warna kalendar anda.
Menambah sebuah Kalendar
Untuk menambah satu lagi kalendar, klik butang Add di kawasan My Calendars.
Kalendar tambahan mungkin diperlukan untuk acara berjadual yang berbeza, sebagai contoh aktiviti kokurikulum.
Dengan klik pada butang Add, anda akan ke paparan skrin seperti di sebelah.
Masukkan nama dan huraian pada kalendar baru.
Sebagai latihan, masukkan maklumat berikut:
Calendar Name: Tae Kwon Do
Calendar Description: Sesi Latihan
Dalam menu ke bawah Calendar Availability, pilih peringkat akses untuk kalendar tersebut.
powered by
57transforming education through the Internet
powered by
Pilihan adalah seperti berikut:
Restricted Hanya anda mempunyai akses kepada kalendar.
Public Semua pengguna VLE boleh melihat kalendar tetapi tidak boleh membuat perubahan atau pun memasukkan acara / aktiviti ke dalam kalendar.
Shared Hanya mereka yang dibenarkan boleh melihat dan membuat perubahan kepada kalendar.
Pilih Public. Kemudian, klik pada Create Calendar.
Kalendar baru anda akan muncul di bawah kalendar peribadi anda. Pengguna lain akan dapat mengakses kalendar tersebut. Klik pada tab untuk menukar paparan kalendar mengikut keperluan.
1.8 Gambaran Keseluruhan Booking Calendar (Pengguna: Guru)
1.8 Overview of the Booking Calendar (User: Staff)
59transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Gambaran keseluruhan Booking Calendar.
OBJEKTIF: Untuk memaklumkan kepada peserta tentang bagaimana sumber ditempah di dalam Booking Calendar.
TEMPOH MASA: 10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 1.8 Gambaran Keseluruhan Booking Calendar
TATACARA:1. PENGENALAN:
Jurulatih mengajukan soalan kepada peserta bagaimana sumbersumber ditempah di sekolah mereka. Memberi penekanan bagaimana Frog menyediakan sistem untuk menggunakan sumber Booking Calendar. Sumber sekolah boleh ditempah di rumah dan ia akan menjimatkan masa seseorang guru. Sumber-sumber tersebut boleh ditambah oleh pengguna Pentadbir Frog sahaja.
2. VIDEO Gambaran Keseluruhan Booking Calendar
Memainkan video mengenai bagaimana sumber ditempah dengan menggunakan Booking Calendar.
Gambaran Keseluruhan Booking Calendar
transforming education through the Internet
powered by
60
Gambaran Keseluruhan Booking Calendar Membuat tempahan
Klik pada pilihan Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Booking Calendar.
Anda akan melihat tetingkap Booking Calendar seperti dipaparkan di bawah.
Dalam tetingkap Booking Calendar, sumber-sumber yang tersedia di senaraikan di sebelah kiri di bawah Booking Items; iaitu: Bilik ICT, Bilik Mesyuarat 1, Bilik Mesyuarat 2 dan Projektor.
Panduan Pengguna
powered by
61transforming education through the Internet
powered by
Pilih sumber yang anda ingin tempah dan klik pada anak panah kecil berwarna putih yang terdapat pada hujung sumber yang dipaparkan. Sebagai contoh, klik pada Bilik ICT.
Satu menu akan dipaparkan dan terdapat 2 pilihan. Klik Create Booking for this item.
Satu tetingkap New Booking akan dipaparkan. Di sini, anda perlu menetapkan masa mula dan masa tamat untuk tempahan. Sekiranya anda hendak guna bilik tersebut sepanjang hari, klik pada All Day.
Dalam petak New Booking, taip: Sesi Pengenalan Frog.Untuk memilih tarikh dan masa, klik pada bahagian Starts / Ends. Anda akan melihat tetingkap Booking Start & End.
transforming education through the Internet
powered by
62
Klik pada petak Start Date.
Satu kalendar akan dipaparkan. Klik pada tarikh 23 May.
Sekarang klik pada petak Start Time. Anda akan lihat satu menu ke bawah. Pilih jam 8.
Klik di petak kanan untuk memilih minit. Mengikut contoh ini, masa yang dipilih adalah 8.45 pagi.
Ulang prosedur tersebut untuk End Date dan End Time iaitu 23 May dan masa tamat ialah 12.30 tengahari.
powered by
63transforming education through the Internet
powered by
Bila maklumat tarikh dan masa sudah dilengkapkan dan disahkan betul, klik pada butang OK di bawah.
Anda akan lihat paparan ini dengan tempahan yang terbaru.
Klik pada Create Booking untuk mengesahkan tempahan anda.
Anda akan lihat skrin yang dipaparkan di bawah dengan tempahan pada 23 May untuk Sesi Pengenalan Frog.
1.9 Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail (Pengguna: Guru)
1.9 How to Create a Folder and Upload Files (User: Staff)
65transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:
Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail
OBJEKTIF:
Bagi membolehkan pengguna menghasilkan folder dan memuat naik fail.
TEMPOH MASA:
20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 1.9 Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Pen dan buku nota
Projektor
TATACARA:
1. GAMBARAN KESELURUHAN
Memahami bagaimana folder dihasilkan dan cara fail dimuat naik merupakan kemahiran utama dalam latihan awal Frog. Para guru adalah digalakkan untuk menggantikan penggunaan storan USB kepada Frog sebagai media penyimpanan yang lebih digemari. Oleh kerana Frog berteraskan cloud, fail-fail yang dimuat naik boleh sentiasa didapati dari masa ke semasa di mana-mana jua dengan adanya sambungan internet.
Menyimpan fail di dalam cloud dapat menangani dua permasalahan semasa:
Pertama, pengguna storan USB dan media lain selalu menghadapi situasi terlupa atau tersalah letak. Oleh itu, pengguna tidak mempunyai akses kepada fail-fail penting, seterusnya mengakibatkan kelewatan dan penangguhan kerja. Fail yang di simpan di dalam storan USB juga terdedah kepada kerosakkan data dan virus.
Kedua, kebanyakkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang tidak disediakan oleh sekolah sebagai sebahagian daripada sumber pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber ini boleh dikongsi bersama guru-guru lain, malah menjimatkan masa dan memastikan sesi pembelajaran yang konsisten.
Menerusi Frog VLE, guru-guru mempunyai dua ruangan utama untuk memuat naik fail iaitu; My Documents untuk kegunaan peribadi dan Lesson Resources yang boleh dikongsi dengan guru-guru lain. Sebagai cadangan, ruang simpanan My Documents boleh digunakan untuk simpanan fail-fail peibadi, manakala Lesson Resources boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar pula boleh memuat naik fail-fail ke dalam ruangan My Documents mereka.
Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail
transforming education through the Internet
powered by
66
2. VIDEO Bagaimana untuk Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail
Memainkan video Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail. Berhenti seketika dan memberi penerangan bila perlu. Meminta peserta untuk menonton video tersebut dan mengikut arahan yang diberikan melalui video.
Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video dengan penggunaan di dalam kelas.
3. PERBINCANGAN
Mengajukan soalan-soalan berikut:
SOALAN:
Bagaimana sumber pengajaran dan pembelajaran disimpan di sekolah anda?
Apakah masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan menyimpan maklumat di dalam storan USB?
Bagaimana Frog boleh membantu dengan menguruskan sumber pengajaran dan pembelajaran?
4. SESI IMBASAN
Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
powered by
67transforming education through the Internet
powered by
Bagaimana Menghasilkan FolderBagi menghasilkan folder dan memuat naik fail, anda perlu membuka Resource Manager.
Klik pada ikon Resource Manager di dalam Frog Bar.
Setelah anda klik pada Resource Manager, anda boleh lihat ruang utama Resources.
Klik pada My Documents pada panel di sebelah kiri anda. Ini merupakan paparan fail-fail peribadi anda pada ruang penyimpanan.
Nota: Para guru juga boleh menghasilkan folder pada ruangan Lesson Resources untuk dikongsi dengan semua guru.
Di sebelah atas kanan ruangan My Documents, anda akan lihat butang Actions. Klik pada butang Actions, skrol ke bawah dan klik pada New Folder.
Taipkan nama folder di bawah ikon folder. Sebagai contoh, anda boleh menamakan folder anda mengikut subjek, aktiviti, atau peribadi. Setelah anda menamakan folder tersebut, ia kini boleh digunakan.
Panduan Pengguna
transforming education through the Internet
powered by
68
Bagaimana Memadam Folder
Untuk memadam sesebuah folder, pilih folder yang ingin dipadam.
Kemudian, klik pada butang Actions . Skrol ke bawah dan klik pada Delete.
Selepas anda klik pada butang Delete, satu pemberitahuan akan muncul bagi mengesahkan sama ada anda mahu memadam folder tersebut. Klik OK dan folder anda akan dipadamkan.
Peringatan: Sila ambil perhatian bahawa dengan memadam sesebuah folder, anda juga akan memadam kesemua fail-fail yang terkandung di dalamnya.
Bagaimana Memuat Naik Fail
Klik pada butang biru Add Files pada bar di atas ruangan penyimpanan My Documents.
powered by
69transforming education through the Internet
powered by
Selepas anda klik pada butang Add Files, kotak dialog File Uploader akan terpapar.
Anda sekarang mempunyai 2 pilihan untuk memuat naik fail anda:
Pilihan 1
Seret sebuah fail dari desktop atau komputer anda ke dalam Drag and drop your files here. Fail anda akan dimuat naik serta-merta.
Pilihan 2
Klik pada butang Choose Files dan pilih satu fail daripada komputer anda. Fail anda akan dimuat naik dengan serta-merta.
Setelah anda berjaya memuat naik sesebuah fail, butang hijau Done akan muncul. Keluar dari File Uploader dengan mengklik butang Done.
Nota: Proses ini akan memakan masa beberapa minit bergantung kepada saiz dan bilangan fail yang anda telah muat naik.
transforming education through the Internet 70
powered by
Fail anda telah berjaya dimuat naik ke ruangan penyimpanan My Documents.
Bagaimana Menyalin FailUntuk membuat salinan bagi sesuatu fail, klik pada fail yang ingin disalin. Klik pada butang Actions dan kemudian klik Copy.
Fail anda akan muncul di sebelah fail asal.
Nota: Fail-fail yang telah disalin boleh dikenalpasti melalui angka pada nama fail sambungan, contohnya: 01. Fail-fail juga boleh dipindahkan ke dalam folder bagi memudahkan rujukan.
Memadamkan FailUntuk memadam sesebuah fail, langkah-langkahnya adalah sama seperti memadam sebuah folder.
Klik pada fail yang ingin dipadam.Kemudian, klik pada butang Actions. Skrol ke bawah dan klik Delete.
Setelah anda klik pada butang Delete, satu kotak dialog akan terpapar bagi mengesahkan sama ada anda ingin memadam fail tersebut. Klik pada butang OK dan fail anda akan dipadam.
powered by
1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran (Pengguna: Guru)
1.10 How to Create a Classroom Resource (User: Staff)
transforming education through the Internet
powered by
72
TUGASAN: Menghasilkan sumber pembelajaran.
OBJEKTIF: Pengguna mempunyai kefahaman tentang bagaimana Sites boleh digunakan dalam penghasilan sumber pembelajaran.
TEMPOH MASA: 30 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran
Komputer
Papan putih
Pen Marker
Pen and buku nota
Projektor
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan manfaat yang boleh diperolehi daripada penghasilan sumber pembelajaran menggunakan Frog VLE.
2. VIDEO Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran
Memaparkan video Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran dan memberhentikannya apabila perlu.
Memaklumkan peserta untuk mengikut arahan di dalam video.
3. RUMUSAN
Mengimbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran
powered by
73transforming education through the Internet
powered by
Menghasilkan Laman Sumber Pembelajaran
Setelah anda klik pada Sites, kawasan utama Sites akan terpapar pada Resource Manager. Di sebelah kiri, terdapat 4 kategori bagi Sites; My Sites, Subject Sites, Co-curricular Sites dan Other Sites.
My Sites merangkumi semua laman yang anda telah hasilkan ataupun laman yang telah dikongsikan dengan anda.
Panduan Pengguna
Dari Frog Bar klik pada ikon Quick Launch. Kemudian, klik pada ikon Sites.
transforming education through the Internet
powered by
74
Subject Sites mengandungi semua laman mata pelajaran. Laman-laman ini diwakili dengan satu ikon mata pelajaran. Klik dua kali pada salah satu ikon untuk mengakses laman mata pelajaran yang dipilih. (Nota: Ikon mata pelajaran akan terpapar setelah satu laman bagi mata pelajaran tersebut telah dihasilkan dan disimpan dalam kategori yang betul)
Co-curricular Sites mengandungi laman kokurikulum yang anda telah hasilkan atau yang telah dikongsikan dengan anda.
Other Sites mengandungi laman yang tidak ditanda di bawah sesebuah kategori dan telah dikongsikan dengan anda. (Nota: Kawasan ini mungkin tidak mempunyai sebarang laman sehingga satu laman kokurikulum telah dihasilkan atau dikongsikan dengan anda)
Untuk memulakan penghasilan, klik pada butang biru New Site. Ia terletak pada bahagian atas ruangan My Sites.
powered by
75transforming education through the Internet
powered by
Untuk memulakan penghasilan, klik pada butang biru New Site. Ia terletak pada bahagian atas ruangan My Sites.Untuk memulakan penghasilan, klik pada butang biru New Site. Ia terletak pada bahagian atas ruangan My Sites.
Taipkan deskripsi ringkas mengenai laman anda. Bagi contoh ini kita akan taipkan:
Your Guide to Safe Web Browsing.
Klik butang Next untuk meneruskan.
transforming education through the Internet
powered by
76
Pilih satu tema untuk laman anda untuk memberikan rupa dan gaya. Kita akan gunakan tema File sebagai latihan.
Pilih satu ikon untuk laman anda. Ia akan dipaparkan bersebelahan nama laman semasa dipaparkan dalam ruangan Sites. Kita akan gunakan ikon Question Mark sebagai latihan.
Klik butang Next untuk meneruskan.
Sekarang anda mempunyai pilihan untuk menambah tag kepada laman. Tag mempercepatkan dan memudahkan carian laman dari Resource Manager.
Ini adalah halaman Add tags. Di sini, terdapat 3 langkah untuk diselesaikan; Category (1), Form Group (2) dan Keywords (3).
powered by
77transforming education through the Internet
powered by
Dalam menu ke bawah Category terdapat 2 pilihan:
Subjects dan Co-curricular. Pilih satu kategori dan klik pada butang Add. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu.
Dalam menu ke bawah Subjects pilih mata pelajaran yang berkaitan dengan laman anda dari senarai. Sebagai latihan, pilih Literasi Komputer.
Klik pada butang Add untuk menambah mata pelajaran pada laman anda. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu.
Pilih Form Group bagi laman anda. Sebagai latihan, pilih D1.
transforming education through the Internet
powered by
78
Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menambah Keywords yang berkaitan dengan laman anda. Kata kunci ini berguna apabila seseorang sedang mencari laman tertentu tetapi tidak mengingati nama laman tersebut. Cuba dan tambahkan perkataan yang releven kepada carian pengguna. Sebagai contoh, bagi laman Sains, anda boleh taipkan perkataan seperti liquid gas solid melt freeze ice molecules evaporate. Apabila pengguna menaipkan perkataan ini dalam kotak carian, laman ini akan termasuk dalam hasil carian.
Klik pada butang Add untuk menambahkan kumpulan tersebut pada laman anda. Kumpulan Darjah / Tingkatan akan muncul di bawah menu.
Masukkan kata kunci anda ke dalam kotak. Sebagai latihan, taipkan security, online dan safety. Kemudian, klik butang Add.
Seterusnya, klik pada butang hijau Create Site.
powered by
79transforming education through the Internet
powered by
Untuk menukar susun atur laman anda, klik pada butang Edit di sebelah kiri skrin. Content Panel akan dipaparkan.
The Content Panel mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout, Settings dan Widgets.
Klik pada tab Settings.
Dalam Settings, anda boleh menukar Name of site, Theme, Category, Subjects, Form Group dan Keywords laman anda sekiranya perlu.
Menukar Susun Atur Laman Sumber Pembelajaran Anda
Tahniah! Anda telah menghasilkan satu laman yang baru.
Nota: Rupa laman anda mungkin kelihatan berbeza daripada paparan, bergantung dengan tema yang dipilih.
transforming education through the Internet
powered by
80
Klik pada tab Layout.
Tetapan Layout mengubah jumlah dan posisi kotak pada laman anda.
Klik pada butang 3 dan pilih susun atur seperti yang ditunjukkan di sebelah.
Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:
powered by
81transforming education through the Internet
powered by
Klik pada tab Widgets.
Widgets boleh ditarik ke dalam lajur pada laman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video and imej.
Anda akan dapat melihat kesemua pilihan widget yang disediakan. Setiap widget boleh dikenalpasti berpandukan nama dan ikonnya yang unik.
Menambah Widget Media pada Laman Sumber PembelajaranSebagai latihan, kita akan menggunakan widget Media dan Text untuk menghasilkan bahan sumber pelajaran.
Pilih widget Media dan tarik ia ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Anda boleh lihat widget Media dalam kotak kandungan tersebut. Klik dua kali pada kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan bagi widget Media tersebut.
transforming education through the Internet
powered by
82
Widget Media boleh digunakan untuk memaparkan imej ataupun sebuah video. Sekiranya anda ingin memasukkan fail dari komputer atau USB anda, klik pada butang Upload pada bahagian Choose Media untuk membuka File Uploader.
Sekarang, klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari komputer anda. Pilih fail imej untuk dimuat naik.
Pilih imej dan klik pada butang Open.
Setelah imej tersebut selesai dimuat naik, klik pada butang Done.
powered by
83transforming education through the Internet
powered by
Sekarang, anda mempunyai sebuah imej pada laman anda. Anda boleh memilih saiz imej pada tetapan media. 3 pilihan tersebut ialah Large, Medium dan Small. Sebagai latihan, pilih Large.
Klik pada Save Changes untuk menyimpan laman anda.
Menambah Widget Teks pada Laman Anda
Widget Text digunakan untuk memaparkan teks pada sesebuah laman. Jumlah teks yang besar boleh disalin dan ditampal pada kotak teks dari mana-mana sumber, seperti dokumen atau laman web.
Pilih Widget Text dan tarik ia ke dalam kotak kandungan di bawah imej. Pastikan kotak bertukar biru sebelum melepaskan widget tersebut.
transforming education through the Internet
powered by
84
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget tersebut.
Taipkan teks yang anda ingin paparkan pada kotak teks dalam Content Panel.
Untuk format tulisan, pilih teks berkenaan dan klik pada ikon format yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pilih tajuk teks dan klik pada ikon B untuk menebalkan teks.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Anda boleh mengubah format tulisan dengan menggunakan menu ke bawah Font Format. Pilih teks yang anda mahu ubah dan klik pada menu ke bawah pada Font Format untuk memilih format tertentu.
powered by
85transforming education through the Internet
powered by
Secara sedia ada, halaman ini dinamakan sebagai New Tab. Untuk menukar nama tab, anda harus berada dalam mod edit.
Menambah halaman pada Sumber PembelajaranSekarang kita akan menambah halaman kepada laman pengajaran dan pembelajaran anda. Sesebuah laman sumber boleh mempunyai beberapa halaman dengan halaman-halaman kecil.
Klik dua kali pada teks New Tab dan taipkan nama halaman baru tersebut.
Laman anda kini mempunyai dua halaman. Anda perlu klik pada tab halaman tertentu untuk memaparkan halaman tersebut.
Menamakan Halaman Sumber Pembelajaran
Klik pada New Tab. Apabila teks berwarna putih dengan latar biru, ia boleh diedit.
Taipkan nama halaman tersebut. Sebagai latihan, kita akan taipkan Introduction. Tab tersebut akan bertukar menjadi Introduction.
Untuk menambah halaman ke laman anda, klik pada tanda + di sebelah kanan tab Introduction.
Sebagai latihan, taipkan Security Tips.
transforming education through the Internet
powered by
86
Menambah Widget Video pada Halaman kecil
Kita akan menambahkan sebuah video ke dalam halaman Security Tips yang baru.
Klik pada tab Security Tips. Halaman tersebut tidak mempunyai sebarang kandungan.
Pilih widget Media dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman tersebut. Pastikan kotak kandungan bertukar kepada warna biru sebelum anda melepaskan widget itu.
Klik dua kali pada widget Media dan panel tetapan widget akan dipaparkan.
powered by
87transforming education through the Internet
powered by
Frog Store akan terpapar pada skrin anda secara automatik. Ia mungkin mengambil beberapa saat untuk mencari video dan imej yang berkenaan.
Pilih video YouTube berikut dari Frog Store. Klik pada butang hijau Use untuk menambah video pada laman anda.
Taip Cyber security tips di dalam bar carian.
Klik pada butang Frog Store untuk mencari video and imej yang terkandung dalamnya.
transforming education through the Internet 88
Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Klik pada butang x untuk paparan penuh laman anda.
powered by
Video yang dipilih akan dimasukkan ke dalam halaman anda. Ia tidak akan memaparkan video sehingga Content Panel ditutup.
Sekarang, video anda akan terpapar pada laman ini.
Laman anda sedia untuk dikongsi.
1.11 Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran (Pengguna: Guru)
1.11 How to Share a Classroom Resource (User: Staff)
powered by
transforming education through the Internet
powered by
90
TUGASAN:Kongsi sumber pembelajaran.
OBJEKTIF: Untuk memahami dengan jelas bagaimana sesuatu sumber pembelajaran boleh dikongsi dengan guru-guru yang lain.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video 1.11 - Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran
Pautan laman untuk subjek/topik khusus, contoh bahan sumber pembelajaran yang sedia ada di dalam Resource Manager
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Buku nota
Projektor
Kertas & pen
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan tentang bahan sumber pembelajaran yang digunakan di sekolah.
SOALAN-SOALAN
Bagaimanakah anda menghasilkan bahan-bahan sumber pembelajaran?
Bagaimanakah anda berkongsi bahan-bahan sumber pembelajaran dengan guru-guru dan para pelajar?
Apakah masalah yang dihadapi sewaktu berkongsi bahan-bahan sumber pembelajaran?
Jurulatih menerangkan faedah-faedah perkongsian bahan sumber pembelajaran menggunakan Frog VLE.
2. VIDEO Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran
Memainkan video Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran dan meminta peserta-peserta mengikuti panduan yang diberikan menerusi video.
3. SESI IMBASAN
Mengimbas objektif sesi dan apa yang telah dipelajari.
Bagaimana Berkongsi Sumber Pembelajaran
powered by
91transforming education through the Internet
powered by
Perkongsian Sumber PembelajaranSetelah laman anda siap dibina, ia boleh dikongsikan (Share) atau diberi sebagai tugasan(Assign). Sekiranya sesebuah laman dikongsikan, ia akan terpapar di bahagian Sites dalam Resource Manager pengguna yang anda kongsikan. Memberi tugasan melalui laman akan menghantar salinan laman anda kepada pelajar (atau kumpulan) sebagai tugasan untuk disiapkan. Bagi memudahkan pemahaman, laman yang digunakan sebagai tugasan memerlukan markah untuk diberi kepada pelajar, dan laman yang dikongsikan tidak perlu permarkahan.
Mula dengan menutup Content Panel. Sesebuah laman tidak boleh dikongsi atau diberi sebagai tugasan dalam mod edit. Klik pada Share pada Frog Bar. Ini akan membuka tetingkap Share or Assign.
Pada tetingkap Share or Assign, klik pada pilihan Share.
Panduan Pengguna
transforming education through the Internet
powered by
92
Klik pada pilihan yang tertera pada skrin Share. Terdapat dua pilihan: Public dan Private.
Public Pilihan ini menjadikan laman anda umum bagi tatapan seluruh sekolah. Anda boleh menetapkan akses pengguna:
Can contribute Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop.
Can view Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut.
Private Pilihan ini menjadikan laman anda terhad pada pengguna yang disenaraikan dalam ruangan Who has access.
Memberi Akses kepada Setiap Pengguna ke sesebuah LamanUntuk memberi akses kepada semua pengguna ke laman anda, klik pada butang Public di tetingkap Share.
Anda boleh mengubah tag-tag laman di kawasan ini. Sekiranya tiada perubahan, klik butang Next untuk meneruskan.
powered by
93transforming education through the Internet
powered by
Tetapkan peringkat akses ke Can view dari menu ke bawah bagi laman anda.
Klik pada butang biru Share.
Memberi Akses kepada Pengguna atau Kumpulan tertentu ke sesebuah LamanUntuk menentukan pengguna yang boleh mengakses laman anda, klik pada butang Private pada tetingkap Share.
transforming education through the Internet 94
powered by
Taipkan nama pengguna atau kumpulan untuk diberi akses ke laman anda ke dalam kotak Who has access.
Setelah menjumpai nama yang dikehendaki, klik pada butang Add untuk menambahkan pengguna tersebut ke senarai.
Melalui menu ke bawah, pilih peringkat akses untuk pengguna atau kumpulan dalam senarai.
Terdapat tiga pilihan:
Can edit & manage Pengguna boleh mengedit laman - menambah widget, menambah/memadam kandungan, menukar nama laman, menukar peringkat akses dan lain-lain.
Can contribute Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop.
Can view Pengguna hanya boleh melihat laman tersebut.
95transforming education through the Internet
powered bypowered by
Klik pada butang biru Share.
Laman anda telah dikongsikan kepada pengguna atau kumpulan yang disenaraikan.
Klik pada pilihan Can edit & manage dari menu ke bawah.
1.12 Bagaimana Mengakses E-mel Anda (Pengguna: Guru)
1.12 How to Access Your E-mail (User: Staff)
97transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Mengakses e-mel anda.
OBJEKTIF:Memastikan para peserta memahami bagaimana mereka boleh mengakses akaun e-mel peribadi mereka di dalam Frog VLE.
TEMPOH MASA10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 1.12 Bagaimana Mengakses E-mel Anda
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Pen dan buku nota
Projektor
TATACARA:1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan bahawa satu akaun e-mel diwujudkan secara automatik untuk setiap pengguna. Akaun e-mel ini boleh diakses daripada menu utama di dalam Frog VLE. 2. VIDEO - Bagaimana Mengakses E-mel Anda
Jurulatih memainkan video Bagaimana Mengakses E-mel Anda
3. SESI SOAL JAWAB
Jurulatih mengajukan soalan mengenai kegunaan e-mel di dalam Frog.
Bagaimana Mengakses E-mel Anda
transforming education through the Internet
powered by
98
Bagaimana Mengakses E-mel AndaKlik pada ikon Quick Launch di Frog Bar dan klik Email.
Ini akan membuka e-mel anda di sebuah tetingkap yang baru.
E-mel anda akan dibuka secara automatik untuk memaparkan Inbox anda. Apabila anda telah log masuk ke dalam Frog, anda tidak perlu lagi log masuk ke dalam akaun e-mel anda.
Untuk tutup tetingkap e-mel, klik tanda X di tab pelayar.
Panduan Pengguna
2.0 Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21
2.0 Rethinking Learning The 21st Century Learner
transforming education through the Internet 100
Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21TUGASAN:Mengkaji kembali cara pembelajaran pelajar abad ke-21
OBJEKTIF: Memberi motivasi dan merangsang tenaga pengajar untuk menerima kaedah pengajaran yang baru.
TEMPOH MASA:
10 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: Video (Link): www.youtube.com/watch?v=rvyP-cwpHN8
Slaid PowerPoint 001
PANDUAN PENGGUNA
Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21
Paparkan petikan di bawah menggunakan slaid PowerPoint.
Bincang tentang perubahan yang telah berlaku dalam dunia pembelajaran dan pengajaran.
Mainkan video How will you teach me in the 21st century ?
Bincang peranan guru dalam merealisasikan perubahan ini.
powered by
2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai
Tugasan (Pengguna: Guru)2.1 How to Use Your Classroom Resource
as an Assignment (User: Staff)
powered by
transforming education through the Internet
powered by
102
Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai TugasanTUGASAN:Menggunakan sumber pembelajaran sebagai tugasan.
OBJEKTIF: Memastikan bahawa para peserta memahami cara untuk menambah Text Activity Widget ke sumber pembelajaran mereka.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Buku nota
Projektor
Kertas & pen
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi ini.
Jurulatih akan menerangkan bagaimana sumber pembelajaran boleh diubah kepada aktiviti menggunakan Text Activity Widget. Para pelajar akan dikehendaki untuk menyerahkan jawapan-jawapan mereka dengan menaip di dalam Text Activity Widget. Jawapan ini kemudian akan diserahkan kepada guru-guru untuk pemarkahan.
2. VIDEO - Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta peserta untuk mengikuti panduan yang diberikan.
3. SESI IMBASAN
Jurulatih akan mengimbas semula objektif sesi ini dan membuka ruang untuk pertanyaan.
powered by
103transforming education through the Internet
powered by
Panduan PenggunaBagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Semua laman yang dihasilkan dalam VLE boleh diberi sebagai tugasan kepada pelajar untuk disiapkan. Contoh tugasan adalah seperti memberi arahan kepada pelajar untuk membaca kandungan dalam laman atau memuat naik fail untuk disemak. Bagi membolehkan pelajar menghantar tugasan kepada guru untuk penyemakkan, terdapat dua jenis Activity Widgets di dalam Content Panel.
Activity Widgets boleh digunakan bersama dengan widget lain. Cuba masukkan widget Text, Media (imej, video atau fail audio), Forums dan Wall untuk menjadikan laman anda lebih menarik.
Guru boleh menghantar mesej kepada para pelajar atau kumpulan yang diberi tugasan. Guru mempunyai pilihan untuk menghantar mesej secara individu atau secara berkumpulan. Perhubungan ini boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas. Setiap komunikasi antara pelajar dan guru akan muncul dalam panel Notification.
Menambah Activity Widgets pada sesebuah Laman
Mula dengan membuka laman untuk digunakan sebagai tugasan. Anda boleh mengakses Sites dari Resource Manager.
Text Activity Widget. Widget ini membolehkan guru memasukkan arahan bagi tugasan ke dalam widget tersebut. Setelah memberi tugasan, pelajar boleh menaipkan jawapan mereka dan menghantar tugasan untuk disemak oleh guru mereka.
File Drop Widget. Widget ini membolehkan pelajar memuat naik fail untuk disemak oleh guru. Ia boleh ditetapkan supaya hanya pengguna yang memuat naik fail boleh melihat fail tersebut. Tetapan ini berguna sekiranya seluruh kumpulan memuat naik fail. Ia juga boleh ditetapkan untuk membenarkan pengguna memadamkan fail setelah dimuat naik.
transforming education through the Internet
powered by
104
Pertama, masukkan widget Text Activity ke dalam laman anda. Untuk menambahkan widget ini, klik pada Edit pada sebelah kiri skrin untuk memaparkan Content Panel.
Tambahkan tab baru pada laman dan namakannya Assignments. Pelajar akan mengakses tugasan mereka di halaman ini.
Pilih widget Text Activity dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman ini.
Pada Content Panel, klik pada tab Widgets.
powered by
105transforming education through the Internet
powered by
Masukkan arahan Text Activity kepada pelajar ke dalam kotak teks pada panel Settings. Teks yang ditaip akan muncul dalam widget Text Activity pada halaman tersebut.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Widget File Drop seharusnya digunakan bersama widget Text. Pilih widget Text dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman anda.
Klik dua kali pada sample text yang tertera pada kotak kandungan.
transforming education through the Internet
powered by
106
Taipkan arahan ke dalam kotak teks dalam Content Panel. Teks yang ditaipkan akan muncul dalam widget Text pada halaman anda.
Pilih widget File Drop dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman anda.
Klik dua kali pada kotak kandungan File Drop yang tertera pada halaman.
powered by
107transforming education through the Internet
powered by
transforming education through the Internet 107
Pada Content Panel gunakan menu ke bawah untuk memilih sama ada pelajar boleh melihat fail-fail lain dalam File Drop. Pilihan yang ada adalah:
Tugasan anda sedia untuk diberi kepada pelajar.
Individual. Pengguna hanya boleh melihat fail yang pengguna tersebut muat naik.
Group. Pengguna boleh melihat dan muat turun semua fail yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.
Untuk membenarkan pelajar memadamkan fail setelah muat naik, klik pada kotak tanda.
Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Klik pada butang x untuk menutup Content Panel.
2.2 Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
(Pengguna: Guru)2.2 How to Assign Your Classroom Resource (User: Staff)
109transforming education through the Internet
powered by
Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
TUGASAN:Menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan.
OBJEKTIF:Memastikan peserta memahami cara mengagihkan tugasan dan menghantar mesej kepada pelajar dan kumpulan.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 2.2 Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Komputer
Papan putih
Pen penanda
Buku nota
Projektor
Kertas & pen
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tujuan sesi ini.
Dalam sesi ini, anda akan ditunjukkan cara untuk menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan serta mesej kepada pelajar dengan menggunakan fungsi Assign.
Menghantar tugasan dengan cara ini mempunyai kebaikan berikut:
Mesej yang konsisten.
Tugasan yang sama boleh dihantar kepada pelajar dan kumpulan yang berbeza.
Aktiviti yang berunsur interaktif.
Tugasan boleh melibatkan pelbagai format media termasuk imej, video, forum dan pautan luar. Ini
akan menjadikan pembelajaran sesuatu pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk pelajar.
transforming education through the Internet
powered by
110
Maklum balas formatif
2. VIDEO- Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan.
Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikut arahan pada video itu.
3. SESI IMBASAN
Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi dan membuka sesi soal jawab.
Panduan Pengguna
Fungsi mesej dalam Assignments boleh digunakan untuk memberi maklum balas sebelum, semasa dan selepas sesuatu tugasan dihantar kembali. Ini memberikan pelajar bantuan yang berterusan yang dapat memastikan kualiti tugasan yang lebih baik.
Klik pada Share di Frog Bar. Ini akan membuka tetingkap Share atau Assign.
Klik pada pilihan Assign.
powered by
111transforming education through the Internet
powered by
Isikan maklumat dalam New Assignments. Berikan nama kepada tugasan anda pada ruangan Assignment Name. Gunakan menu ke bawah Subject untuk memadankan tugasan tersebut dengan mata pelajaran dari senarai.
Dalam ruangan Recipients, taipkan nama pengguna atau kumpulan yang akan menerima tugasan ini.
Setelah siap, klik pada butang Add untuk menambah nama tersebut ke dalam senarai.
Klik Next untuk meneruskan.
transforming education through the Internet
powered by
112
Klik pada kotak tarikh bersebelahan Assignment available from untuk menentukan tarikh mula dan akhir bagi tugasan tersebut. Gunakan kalendar yang terpapar untuk memilih tarikh anda.
Setiap aktiviti dalam sesuatu tugasan boleh mempunyai tarikh serahan yang tersendiri. Klik pada kotak tarikh pada ruang Activities untuk menetapkan tarikh serahan yang dikehendaki bagi setiap aktiviti.
powered by
113transforming education through the Internet
powered by
Masukkan arahan ke dalam ruangan Instructions. Arahan ini berbeza dengan arahan yang dimasukkan ke dalam widget Text Activities.
Untuk mendapat maklum balas tentang kesukaran tugasan yang telah diberikan, klik pada kotak Ask for Self Evaluation.
Klik pada butang Assign berwarna biru untuk menghantar tugasan anda.
Tugasan tersebut akan dihantar kepada pelajar yang disenaraikan. Satu mesej akan terpapar pada panel Notification pelajar mengenai tugasan yang mereka telah terima.
2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan (Pengguna: Pelajar)
2.3 How Students Complete an Assignment (User: Student)
115transforming education through the Internet
powered by
TUGASAN:Menyiapkan tugasan.
OBJEKTIF: Untuk memastikan peserta memahami bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan.
TEMPOH MASA: 20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN: VIDEO 2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
Komputer
Papan surat
Pen penanda
Buku nota
Projektor
Kertas & pen
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi tersebut. Dalam sesi ini, anda akan faham bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan.
2. VIDEO - Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta para peserta untuk mengikuti arahan-arahan seperti yang ditayangkan di dalam video.
3. SESI IMBASAN
Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi tersebut dan membuka ruang untuk sesi soal jawab.
Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
transforming education through the Internet
powered by
116
Panduan Pengguna
Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
Penting! Bagi menyiapkan sesuatu tugasan, anda harus log masuk ke dalam Frog sebagai pelajar terlebih dahulu.
Setelah sesuatu tugasan diberikan oleh guru, pelajar akan menerima mesej pada panel Notifications. Ikon Notifications memaparkan jumlah mesej yang belum dibaca oleh pelajar.
Tetingkap aplikasi Assignments akan terpapar.
Semua tugasan yang baru dihantar akan disenaraikan dalam tab open. Pelajar perlu klik butang Next untuk mencari tugasan yang diterima dari Notification. Tarikh dalam lajur Issue adalah tarikh tugasan dihantar oleh guru. Tarikh dalam lajur Due adalah tarikh akhir tugasan. Pelajar boleh menghantar tugasan sebelum tarikh akhir, tetapi tarikh akan berubah berwarna merah sekiranya tugasan tersebut telah tamat tempoh dan pelajar tidak boleh siapkan/hantarkan tugasan tersebut.
Pelajar perlu klik pada panel Notifications dan seterusnya klik pada deskripsi berkaitan dengan tugasan tersebut.
powered by
117transforming education through the Internet
powered by
Gerakkan kursor pada tajuk tugasan di lajur Assignment Name untuk memaparkan arahan bagi tugasan tersebut.
Tugasan yang telah dihantar akan mempunyai tanda semak yang berwarna hijau di bawah lajur Submitted dan tidak boleh diubah suai.
Untuk membuka tugasan, klik pada nama tugasan.
transforming education through the Internet
powered by
118
Menyiapkan Text Activity
Text Activity adalah satu kotak yang memaparkan arahan dalam panel di bahagian atas. Pelajar perlu mas