Upload
mohd-ariff
View
2.413
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
3759/2 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
1
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MANUAL PENTAKSIRAN PROJEK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
(SPM)
LUKISAN KEJURUTERAAN
3759/2
KANDUNGAN
HALAMAN
BAHAGIAN A - MAKLUMAT AM 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif 2 3.0 Pentaksiran 3
3.1 Evidens 3.2 Tempoh
4.0 Jenis Instrumen 3 4.1 Projek
5.0 Persembahan 3 5.1 Portfolio
6.0 Penyerahan (submission) 3 6.1 Evidens Produk 6.2 Evidens Proses 6.3 Tarikh 6.4 Pengesahan
7.0 Maklumat Tambahan 4 BAHAGIAN B - AKTIVITI PENTAKSIRAN 8.0 Objektif Pentaksiran Lukisan Kejuruteraan 6 9.0 Aspek yang ditaksir 7 10.0 Format Pentaksiran 8 11.0 Penyerahan 10 12.0 Pentaksiran 11 13.0 Arahan Projek 11 14.0 Arahan Am 12 15.0 Tugasan Projek 14
i
ii
BAHAGIAN C - PENTADBIRAN PENTAKSIRAN 16.0 Pelaksanaan Pentaksiran 19 17.0 Pemantauan 21 18.0 Penyelarasan 22 19.0 Pengurusan Markah Murid 27
- Borang Penyelarasan Pentaksiran Projek (BPPP) 32 - Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras (BPKP) 35 - Borang Pemantauan (BP) 36 - Laporan Jawatankuasa Pemantau (LJKP) 40 - Borang Markah Calon (BMC) 43 - Borang Markah Kelompok Calon (BMKC) 44 - Senarai Semak 45 - Rekod Penyerahan Projek Murid (RP) 47 - Borang Pengesanan Penyelewengan 48 - Contoh Format Sampul Portfolio Projek 49 - Pelaporan Markah Lukisan Kejuruteraan 50
20.0 Glosari 51
1.0 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dikehendaki melaksanakan projek sebagai satu daripada keperluan pensijilan. Sehubungan itu, guru sebagai pentaksir dikehendaki mengemukakan penskoran projek bagi setiap murid kepada Lembaga Peperiksaan.
Projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Projek ini merangkumi tujuh tugasan iaitu Lukisan Terbantu Komputer 1, Lukisan Terbantu Komputer 2, Lukisan Mekanikal, Lukisan Bangunan, Lukisan Perpaipan, Lukisan Elektrik dan Lukisan Elektronik. Pentaksiran kerja projek ini boleh dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran daripada tingkatan empat hingga tingkatan lima. Bagaimanapun, ianya terbahagi kepada tiga sesi. Sesi 1 (tingkatan empat) : Minggu ketiga Jun hingga minggu kedua Oktober tahun semasa. Sesi 2 (tingkatan lima) : Januari hingga April tahun semasa. Sesi 3 (tingkatan lima) : Mei hingga Ogos tahun semasa.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi panduan tentang cara-cara melaksanakan pentaksiran projek.
2.2 Memberi panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyelaras pengurusan pengendalian pentaksiran projek di negeri masing-masing.
2.3 Memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dalam keadaan terselaras.
2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras.
2.5 Mendapatkan persetujuan yang tinggi antara penyelaras untuk menjamin keadilan bagi setiap murid untuk menjaga kewibawaan institusi.
2.6 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah untuk menguruskan kemasukan markah projek secara atas talian.
2
3
3.0 PENTAKSIRAN
3.1 Evidens Evidens terdiri daripada evidens proses dan evidens produk yang dihasilkan oleh murid. Evidens proses ditaksir melalui laporan proses kerja dan evidens produk ditaksir berdasarkan lukisan yang dihasilkan.
3.2 Tempoh Kerja kursus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. (rujuk jadual pelaksanaan m/s 15, 16 dan 17)
4.0 JENIS INSTRUMEN
4.1 Projek Pelaksanaan berdasarkan laporan proses kerja dan tugasan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
5.0 PERSEMBAHAN
5.1 Portfolio Disediakan dalam kertas bersaiz A4/A3 menggunakan lukisan tangan murid sendiri kecuali bagi Lukisan Terbantu Komputer. Semua laporan proses kerja dan lukisan dimasukkan ke dalam sampul portfolio.
6.0 PENYERAHAN (Submission) 6.1 Evidens Produk
Murid dikehendaki menyerahkan evidens produk yang telah disiapkan untuk ditaksir.
6.2 Evidens Proses
Murid dikehendaki menunjukkan laporan proses kerja.
6.3 Tarikh
Pelaksanaan dan pentaksiran projek di peringkat sekolah berakhir pada 31 Ogos di Tingkatan 5.
6.4 Pengesahan
Tiap-tiap produk yang dikemukakan mestilah disah oleh pentaksir dengan menggunakan borang Rekod Penyerahan (RP).
4
7.0 MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1 Manual Pentaksiran Projek (MPP) merupakan dokumen panduan untuk menjalankan pentaksiran yang akan diguna pakai oleh murid, pentaksir, pemantau dan penyelaras.
7.2 Semua murid yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan perlu melaksanakan projek.
7.3 Pihak pentabiran sekolah bertanggungjawab menyediakan segala peralatan dan bahan untuk murid melaksanakan projek.
7.4 Murid perlu melengkapkan laporan proses kerja bagi tugasan Lukisan Terbantu Komputer 1.
7.5 Guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan berperanan sebagai fasilitator dan pentaksir.
7.6 Pemantau akan melakukan lawatan dari semasa ke semasa untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut prosedur.
7.7 Penyelaras akan memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan.
6
8.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN LUKISAN KEJURUTERAAN Objektif pentaksiran mata pelajaran ini ialah untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan: 8.1 Kefahaman tentang konsep dan prinsip dalam Lukisan Kejuruteraan.
8.2 Keupayaan menggunakan konsep dan prinsip dalam Lukisan Kejuruteraan.
8.3 Kebolehan mentafsir ilustrasi teknikal secara kreatif dan kritis dalam Lukisan Kejuruteraan.
8.4 Kebolehan mentafsir ilustrasi teknikal sebagai media komunikasi dalam pelbagai bidang kejuruteraan.
8.5 Kebolehan menghasilkan Lukisan Kejuruteraan dengan betul, tepat dan kemas. 8.6 Nilai-nilai murni dalam Lukisan Kejuruteraan.
8.7 Kebolehan mematuhi kepiawaian dalam Lukisan Kejuruteraan.
7
9.0 ASPEK YANG DITAKSIR Aspek yang ditaksir dalam projek adalah seperti berikut :
9.1 Kebolehan murid menggunakan perintah kendalian fail lukisan dalam perisian AutoCAD.
9.2 Kebolehan murid menggunakan perintah perisian AutoCAD. 9.3 Kebolehan murid membina rajah satah mudah mengikut perintah perisian AutoCAD.
9.4 Kebolehan murid membina rajah bongkah dua dimensi (2D) mengikut perintah perisian AutoCAD.
9.5 Kebolehan murid melukis lukisan mekanikal bagi komponen tunggal mesin berbentuk simetri dengan menggunakan unjuran ortografik.
9.6 Kebolehan murid melukis pandangan keratan bagi komponen tunggal mesin berbentuk simetri. 9.7 Kebolehan murid melukis lukisan bangunan bagi rumah kediaman setingkat dan dua tingkat dengan menggunakan unjuran ortografik.
9.8 Kebolehan murid melukis lukisan bangunan dengan menggunakan skala yang betul bagi rumah kediaman setingkat dan dua tingkat.
9.9 Kebolehan murid melukis lukisan perpaipan ortografik daripada lukisan perpaipan isometri bagi rumah kediaman setingkat. 9.10 Kebolehan murid menyusun atur alat tambah, pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik pada pelan bentangan domestik. 9.11 Kebolehan murid melukis simbol piawai bagi alat tambah elektrik serta sistem kawalan pada pelan bentangan domestik. 9.12 Kebolehan murid melukis litar skematik daripada litar bercetak. 9.13 Kebolehan murid melukis litar skematik daripada litar pendawaian.
8
10.0 FORMAT PENTAKSIRAN 10.1 Pendekatan
Pentaksiran bagi Kertas 2 Lukisan Kejuruteraan menggunakan pendekatan autentik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tugasan dilaksanakan di dalam suasana peperiksaan. Bagaimanapun murid diberi peluang untuk memperbaiki markah yang diperoleh melalui pentaksiran kali kedua.
10.2 Pembezaan (Differentiation)
Pembezaan prestasi murid dalam sistem pentaksiran ini dibuat berdasarkan kualiti evidens yang dikemukakan oleh murid dalam bentuk berikut :
Portfolio Projek Portfolio projek ialah koleksi lukisan daripada hasil kerja murid yang dapat menggambarkan dengan jelas keupayaannya dalam bidang lukisan terbantu komputer, lukisan mekanikal, lukisan bangunan, lukisan elektrik, lukisan perpaipan dan lukisan elektronik.
Pelaksanaan tugasan mestilah dilaksanakan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Lukisan mestilah dilukis sendiri oleh murid di bawah pengawasan guru. Bantuan daripada mana-mana pihak dan bahan rujukan untuk menghasilkan lukisan tidak dibenarkan. Bimbingan guru hanya boleh dilakukan sebelum pentaksiran dijalankan.
10.3 Diskriminasi:
10.3.1 Diskriminasi antara murid adalah berdasarkan bilangan
penghantaran tugasan iaitu maksimum dua kali.
10.3.2 Markah maksimum murid yang membuat penghantaran kali kedua
adalah berdasarkan penambahan markah pembetulan yang
didarabkan dengan wajaran 0.5 untuk mewujudkan diskriminasi.
10.3.3 Kotak bilangan kali semak seperti di bawah akan disediakan di
ruang kertas soalan tugasan.
Bilangan Semakan Tarikh Penghantaran Tandatangan Guru
Pertama Kedua
9
10.3.4 Markah akhir murid dikira berdasarkan formula bagi
mewujudkan diskriminasi.
Bilangan Hantar
Markah yang boleh dicapai
Kali Pertama
Markah maksimum
Kali kedua
[ Markah kali pertama + (Markah Tambahan Pembetulan x 0.5) ]
Contoh : Tugasan Mekanikal
Markah Penuh = 50 1. Murid mendapat markah kali pertama 35 / 50. 2. Setelah pembetulan selepas penghantaran kali kedua, markah murid adalah
45 / 50. 3. Perbezaan markah kali pertama dengan markah pembetulan ialah 45 - 35 =10. 4. Markah Tambahan Pembetulan murid adalah 10. 5. Markah akhir murid:
= Markah kali pertama + (Markah Tambahan Pembetulan x 0.5)
= 35 + ( 10 x 0.5)
= 35 + 5
= 40
Oleh itu markah akhir murid selepas pembetulan kali kedua adalah 40 markah
10.4 Penekanan
Sumbangan tiap-tiap bukti kepada markah keseluruhan adalah seperti berikut :
Lukisan Terbantu Komputer 1 : 25 markah Lukisan Terbantu Komputer 2 : 50 markah Lukisan Bangunan : 50 markah Lukisan Perpaipan : 25 markah Lukisan Mekanikal : 50 markah Lukisan Elektrik : 25 markah Lukisan Elektronik : 25 markah
10.5 Pentaksiran
Pentaksiran akan dibuat secara dalaman oleh pentaksir Lukisan Kejuruteraan berdasarkan kepada peraturan pemarkahan yang telah ditetapkan. Kerja-kerja pentaksiran oleh pentaksir akan diselia/dipantau oleh penyelaras/pemantau yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. 10.6 Tempoh
Murid harus melaksanakan projek berdasarkan tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Sesi 1: Tingkatan empat
Jun (minggu ketiga) – Oktober (minggu kedua) tahun semasa
1. Lukisan Terbantu Komputer 1
2. Lukisan Terbantu Komputer 2
Sesi 2: Tingkatan lima
Januari – April (tahun semasa)
1. Lukisan Bangunan
2. Lukisan Perpaipan
Sesi 3: Tingkatan lima
Mei – Ogos (tahun semasa)
1. Lukisan Mekanikal
2. Lukisan Elektrik
3. Lukisan Elektronik
10.7 Pengesahan
Semua bukti yang dikemukakan oleh murid pada setiap tugasan projek memerlukan pengakuan guru yang mengesahkan bahawa aktiviti murid itu sentiasa di bawah pengawasannya dan sepanjang pengetahuannya tiada bantuan daripada mana-mana pihak/bahan rujukan.
11.0 PENYERAHAN 11.1 Evidens
Murid dikehendaki mengemukakan evidens dalam bentuk lukisan bagi setiap tugasan projek yang telah ditetapkan. Bahan bukti dalam bentuk portfolio yang telah disahkan haruslah dikemukakan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
10
11
Pihak sekolah dikehendaki merekodkan tarikh penerimaan tiap-tiap bahan bukti itu dalam Borang RP dan menyimpannya di tempat yang selamat sehingga pentaksiran dilakukan.
11.2 Tugasan Projek
Lukisan yang dikemukakan oleh murid hendaklah berdasarkan tugasan projek yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
11.3 Pengesahan
Tiap-tiap evidens yang dikemukakan mestilah disahkan oleh guru bagi setiap murid dengan menggunakan Borang RP. Borang RP yang telah disahkan hendaklah dilampirkan bersama dengan setiap tugasan.
12.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran projek akan dibuat dengan menggunakan kaedah penskoran secara analitik. Wajaran markah projek adalah 25% daripada keseluruhan markah bagi Lukisan Kejuruteraan.
13.0 ARAHAN PROJEK
13.1 Semua murid diwajibkan menjalankan projek yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan dikehendaki melakukan projek itu di sekolah masing-masing secara individu.
13.2 Tiap-tiap sekolah bertanggungjawab merancang pelaksanaan tugasan projek
bagi semua muridnya. 13.3 Projek merupakan sebahagian program pengajaran dan pembelajaran. Sekolah hendaklah memastikan program ini dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pengawasan rapi daripada pihak Pengetua amat penting. 13.4 Sekolah hendaklah menyediakan segala kemudahan untuk melaksanakan projek. Ini termasuk penyediaan tempat, peralatan dan bahan yang diperlukan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan untuk membiayai pelaksanaan tugasan projek.
13.5 Murid perlu diberi teguran, bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru hanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan tugasan projek bertujuan memberi kesempatan kepada murid melakukan tugasan mereka sendiri. Guru tidak boleh membuat atau membenarkan orang lain melaksanakan sesuatu tugasan bagi pihak murid.
13.6 Sekolah diingatkan bahawa pegawai dari Lembaga Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri atau wakilnya akan melakukan lawatan dari semasa ke semasa untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut peraturan dan tempoh waktu yang telah ditetapkan.
14.0 ARAHAN AM
14.1 Pihak sekolah hendaklah merancang pelaksanaan tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2. Tugasan projek mestilah dilaksanakan berdasarkan tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
14.2 Pihak sekolah dikehendaki membuat salinan yang mencukupi bagi Unit 15 - Tugasan dan diberikan kepada murid yang terlibat. 14.3 Pihak sekolah hendaklah menyediakan semua bahan atau alat yang diperlukan oleh murid bagi melakukan tugasan projek seperti dalam Unit 15 - Tugasan. 14.4 Semua tugasan, jadual pelaksanaan dan senarai semak bagi tahun
semasa boleh dimuat turun dari laman portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp. Guru perlu login dahulu sebelum dapat memuat turun (sila rujuk pada lampiran senarai semak kerja pentaksiran projek mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 3759/2 SPM 2014).
14.5 Murid tidak dibenarkan untuk login dan memuat turun mana-mana tugasan. 14.6 Portfolio projek mestilah disimpan dengan selamat dalam kabinet berkunci untuk tujuan pentaksiran, pemantauan dan penyelarasan.
12
14
15.0 TUGASAN / TASK
Pihak sekolah dikehendaki membuat salinan yang mencukupi bagi setiap tugasan
kepada murid yang terlibat serta menyediakan semua bahan kelengkapan yang
diperlukan bagi melakukan setiap tugasan mengikut jadual pelaksanaan yang
ditetapkan.
15
15.1 Contoh Jadual pelaksanaan tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PELAKSANAAN PROJEK LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2 SPM (TAHUN SEMASA) SESI 1 (TINGKATAN 4)
AGENDA/BULAN (TAHUN SEMASA)
MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
CATATAN
1.
Muat turun soalan tugasan :
i. Lukisan Terbantu Komputer I & II
Guru memuat turun tugasan dan Manual pentaksiran projek dari portal Lembaga Peperiksaan
2.
Pelaksanaan & pentaksiran tugasan : i. Lukisan Terbantu Komputer I & II
- Murid hendaklah
melaksanakan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pelaksanaan hendaklah dilakukan dalam waktu P&P
3.
Masukkan markah projek pentaksiran secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan. (Sesi 1)
16
PELAKSANAAN PROJEK LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2
SPM (TAHUN SEMASA) SESI 2 (TINGKATAN 5)
AGENDA/BULAN
(TAHUN SEMASA)
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN
MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
CATATAN
1.
Muat turun soalan tugasan :
i) Lukisan Bangunan ii) Lukisan Perpaipan
Guru memuat turun tugasan dan manual pentaksiran projek dari portal Lembaga Peperiksaan
2.
Pelaksanaan & pentaksiran tugasan :
i) Lukisan Bangunan ii) Lukisan Perpaipan
- Murid hendaklah
melaksanakan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pelaksanaan hendaklah dilakukan dalam waktu P&P
3
Masukkan markah tugasan pentaksiran secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan (Sesi 2)
17
PELAKSANAAN PROJEK LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2 SPM (TAHUN SEMASA) SESI 3 (TINGKATAN 5)
AGENDA/BULAN (TAHUN SEMASA)
MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
CATATAN
1.
Muat turun soalan tugasan : i) Lukisan Mekanikal ii) Lukisan Elektrik iii) Lukisan Elektronik
Guru memuat turun tugasan dan manual pentaksiran projek dari portal Lembaga Peperiksaan
2.
Pelaksanaan & pentaksiran tugasan : i) Lukisan Mekanikal ii) Lukisan Elektrik iii) Lukisan Elektronik
- Murid hendaklah
melaksanakan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Pelaksanaan hendaklah dilakukan dalam waktu P&P
3
Masukkan markah tugasan pentaksiran secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan (Sesi 3)
19
16.0 Pelaksanaan pentaksiran
16.1 Persediaan Kemudahan Asas
16.1.1 Pihak sekolah hendaklah memastikan kemudahan bengkel atau
tempat disediakan untuk menjalankan kerja–kerja penyempurnaan
projek. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan
murid melaksanakan kerja-kerja untuk tujuan pembelajaran dan
juga pentaksiran.
16.2 Pelaksanaan
16.2.1 Pentaksir hendaklah memuat turun semua tugasan yang telah
ditetapkan dengan awal. Pelaksanaan juga hendaklah mengikut
tempoh waktu yang telah ditetapkan.
16.3 Pentaksir
16.3.1 Pihak sekolah mestilah menamakan guru Lukisan Kejuruteraan
sebagai pentaksir untuk dilatih oleh Lembaga Peperiksaan dan
seterusnya dilantik menjadi pentaksir.
16.3.2 Pentaksir projek berperanan menjalankan pentaksiran berasaskan
sekolah serta merekod dan menyimpan markah dalam Borang
Markah Calon (BMC) dan Borang Markah Kelompok Calon
(BMKC). Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan
dengan pentaksiran sehinggalah kepada penghantaran markah secara
atas talian kepada Lembaga Peperiksaan.
20
16.4 Penskoran
16.4.1 Pentaksir mentaksir sesuatu tugasan projek berdasarkan
Peraturan Pemarkahan.
16.4.2 Semua markah untuk setiap tugasan projek yang ditaksir dicatat dalam
Borang Markah Calon (BMC) untuk setiap murid.
16.4.3 Jumlah markah bagi setiap murid dimasukkan ke dalam Borang
Markah Kelompok Calon ( BMKC )
16.4.4 Borang Markah Calon (BMC) dan Borang Markah Kelompok Calon
(BMKC) hendaklah diperbanyakkan oleh pihak sekolah.
16.4.5 Borang BMC dan BMKC yang telah lengkap dengan markah perlu
disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana markah merupakan
data peperiksaan di peringkat SPM.
21
17.0 Pemantauan
Pemantauan pentaksiran projek adalah proses memastikan pentaksiran yang
dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.
17.1 Objektif Pemantauan
17.1.1 Memastikan kerja projek dilaksanakan oleh semua murid.
17.1.2 Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil.
17.1.3 Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
17.2 Tugas Pemantau
17.2.1 Memastikan kerja projek dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
17.2.2 Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat yang selamat.
17.2.3 Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan / Jabatan
Pelajaran Negeri.
17.3 Pemantauan dilakukan oleh dua pihak iaitu pemantau dalaman dan
pemantau luaran.
17.3.1 Pemantau Dalaman
17.3.1.1 Pemantau dalaman adalah terdiri daripada pihak pentadbiran
sekolah (Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik
dan Vokasional).
17.3.1.2 Tugas pemantau dalaman ialah memastikan segala aktiviti
pentaksiran projek mematuhi prosedur dan jadual
perancangan pentaksiran yang ditetapkan.
17.3.1.3 Pemantau dalaman akan mengesahkan aktiviti pentaksiran
pada ruangan yang disediakan pada BMC dan BMKC.
17.3.1.4 Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran penyelaras
dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran
Penyelaras.
17.3.1.5 Mengambil tindakan susulan terhadap laporan yang
dikemukakan oleh pemantau luaran dan penyelaras luaran
sekiranya ada.
22
17.3.2 Pemantau Luaran
17.3.2.1 Pemantau luaran adalah terdiri daripada pegawai-pegawai
Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, dan
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.
17.3.2.2 Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada
tarikh yang dijadualkan.
18.0 Penyelarasan
Penyelarasan projek adalah proses bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh
pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan. Penyelarasan pentaksiran dilakukan
oleh pihak luar yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
18.1 Petugas Penyelarasan
18.1.1 Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan mempunyai
kemahiran dalam pengendalian pentaksiran bagi mengurus mesyuarat
penyelarasan peringkat kebangsaan dan menyediakan laporan untuk
Lembaga Peperiksaan.
18.1.2 Ketua Penyelaras Negeri (KPN)
Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan mempunyai
kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan markah murid di
sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan dan
penyelewengan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor
murid.
18.1.3 Ketua Penyelaras Kawasan (KPw)
Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan mempunyai
kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan markah murid di
sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan dan
penyelewengan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian
markah murid.
23
18.1.4 Pentaksir Mata Pelajaran
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran
berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas
pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab menilai dan
memberi markah kepada hasil kerja murid, merekod markah,
menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar markah
murid yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara atas
talian dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha
Peperiksaan Sekolah.
18.2 Tugas dan Kriteria Penyelaras dan Pentaksir
PERSONEL
SYARAT
KRITERIA
TUGAS
Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan
dalam jawatan. iii. Mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
iv. Berpengalaman
sebagai pentaksir. v. Berkemahiran dalam
pentaksiran.
i. Menghadiri mesyuarat
bersama Pegawai Mata Pelajaran, Lembaga Peperiksaan.
ii. Mempengerusikan
mesyuarat bersama Ketua Penyelaras Negeri.
iii. Menentukan agenda
mesyuarat. iv. Mendapatkan laporan
penyelarasan daripada Penyelaras Negeri.
v. Menghantar laporan
penyelarasan kepada Lembaga Peperiksaan.
24
PERSONEL
SYARAT
KRITERIA
TUGAS
Ketua Penyelaras Negeri (KPN)
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan
dalam jawatan.
iii. Mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
iv. Berpengalaman
sebagai pentaksir.
v. Berkemahiran dalam pentaksiran.
i. Menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Peringkat Negeri.
ii. Menyelaras markah murid
di sekolah. iii. Mengarahkan Pentaksir
Mata pelajaran mentaksir semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada Pentaksir Negeri.
iv. Menghantar laporan kepada
Ketua Penyelaras Kebangsaan.
Ketua Penyelaras Kawasan (KPw)
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
iv. Berpengalaman
sebagai pentaksir. v. Berkemahiran
dalam pentaksiran.
i. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Negeri/Kawasan.
ii. Mentaksir kerja murid.
iii. Menyelaras markah murid di sekolah.
iv. Mentaksir semula kerja
murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh Ketua Penyelaras Negeri/Kawasan.
v. Menghantar markah ke
Lembaga Peperiksaan dan Ketua Penyelaras Negeri.
25
PERSONEL
SYARAT
KRITERIA
TUGAS
vi. Mengendalikan mesyuarat
di peringkat sekolah. vii. Memastikan borang BMC
setiap murid pindah dihantar ke sekolah baru.
viii. Menyediakan sijil kerja
projek Teknikal yang berkenaan bagi setiap murid.
ix. Menyimpan rekod dan
evidens di tempat selamat.
x. Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan Sekolah dalam urusan penghantaran markah secara atas talian
xi. Memberi kerjasama kepada
Ketua Penyelaras Negeri/Kawasan dalam urusan penyelarasan.
Pentaksir Mata Pelajaran
Dilantik oleh Sekolah
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata
pelajaran Luksian Kejuruteraan.
iv. Berpengalaman
sebagai pentaksir.
v. Berkemahiran dalam pentaksiran.
i. Menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Peringkat Negeri/Kawasan.
ii. Mentaksir kerja murid.
iii. Mentaksir semula kerja
murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh Ketua Penyelaras Negeri/Kawasan.
iv. Menghantar skor ke
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Ketua Penyelaras Negeri.
v. Memastikan borang BMC
setiap murid pindah dihantar ke sekolah baru.
26
PERSONEL
SYARAT
KRITERIA
TUGAS
vi. Menyediakan sijil kerja projek Teknikal yang berkenaan bagi setiap murid.
vii. Menyimpan rekod dan
evidens di tempat selamat.
viii. Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan Sekolah dalam urusan penghantaran skor secara atas talian
ix. Memberi kerjasama kepada
Ketua Penyelaras Negeri/ Kawasan dalam urusan penyelarasan.
18.3 Penyelaras dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dari kalangan guru projek
yang mahir dan berketrampilan.
18.4 Penyelaras akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh yang
dijadualkan.
18.5 Penyelaras dan pentaksir di sesebuah sekolah hendaklah mencapai satu
persetujuan tentang pemberian skor serta memenuhi standard
yang ditetapkan.
18.6 Penyelaras akan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras
untuk disahkan oleh pemantau dalaman sekolah yang diselaraskan.
18.7 Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras Luaran hendaklah dibuat dalam 2
salinan. Salinan pertama disimpan oleh pemantau dalaman, dan salinan kedua
diserahkan kepada penyelaras luaran.
18.8 Penyelaras hendaklah mengemukakan laporan bertulis dapatan daripada
penyelarasan yang dijalankan kepada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran
Negeri untuk diambil tindakan sekiranya perlu.
27
18.9 Jika berlaku sebarang kes penyelewengan oleh penyelaras mata pelajaran
semasa pentaksiran dilakukan, KPK, KPN dan KPw hendaklah melaporkan
ke LP atau JPN dengan memenuhi Borang Pengesanan Penyelewengan
dengan segera.
19.0 Pengurusan Markah Murid
Markah murid yang telah direkod oleh pentaksir menunjukkan murid telah ditaksir
berdasarkan Dokumen Pentaksiran yang merujuk kepada satu tanda aras yang telah
dikenal pasti.
19.1 Pihak sekolah bertanggungjawab menyimpan markah murid di tempat
yang selamat.
19.2 Murid pindah
19.2.1 Murid yang hendak berpindah hendaklah memastikan sekolah baru yang
dipilih menawarkan projek yang sama dengan pilihan projek yang
diambil oleh mereka.
19.2.2 Pihak sekolah asal murid bertanggungjawab untuk memastikan rekod,
butiran pentaksiran dan markah murid diterima oleh sekolah baru murid.
19.2.3 Pihak sekolah baru murid juga bertanggungjawab untuk memastikan
rekod, butiran pentaksiran dan markah murid diterima daripada sekolah
asal murid.
19.3 Pihak sekolah memasukkan data gred markah murid yang telah diselaraskan
pada awal bulan September dan menghantar hasil cetakan komputer ke
Jabatan Pelajaran Negeri pada pertengahan bulan September.
19.4 Jabatan Pelajaran Negeri menghantar cetakan komputer ke Lembaga
Peperiksaan selewat-lewatnya pada akhir bulan September.
28
- CONTOH - Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 - 13, Blok E11, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Ruj. Kami : ............................. Tarikh : ............................. Tuan, Penyelarasan Projek Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan (3759/2) Pelantikan Sebagai Ketua Penyelaras Negeri / Kebangsaan Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Negeri / Kebangsaan Projek Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan (3759/2) tahun ______ bagi sekolah-sekolah seperti yang terdapat dalam senarai yang dilampirkan. 3. Pihak Jabatan amat berbesar hati di atas kesudian tuan menerima pelantikan ini. Semoga tuan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang. Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, ( ) Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian pelajaran Malaysia s.k. : 1. Pengarah Pelajaran Negeri 2. KS BPP/ KU UPP JPN 3. Pengetua Sekolah
29
- CONTOH - Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Ruj. Kami : ................................ Tarikh : ................................ Tuan, Penyelarasan Projek Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan (3759/2) Pelantikan Sebagai Ketua Penyelaras Kawasan Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Kawasan Projek Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan (3759/2) tahun______bagi sekolah-sekolah seperti yang terdapat dalam senarai yang dilampirkan. 3. Pihak Jabatan amat berbesar hati di atas kesudian tuan menerima pelantikan ini. Semoga tuan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang. Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, ........................................... ( ) Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri s.k. : 1. Ketua Sektor Pengurusan Akademik 2. Pejabat Pelajaran Daerah/PPB 3. Pengetua Sekolah
CARTA PETUGAS PENYELARASAN PROJEK
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEBANGSAAN
KETUA PENYELARAS
JABATAN PELAJARAN NEGERI
KETUA PENYELARAS NEGERI
30
KETUA PENYELARAS KAWASAN
PENYELARASAN DALAMAN (SEKOLAH)
PENTAKSIR MATA PELAJARAN
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BERASASKAN SEKOLAH Mula
Penyelaras Mata Pelajaran memberi markah terhadap hasil kerja murid
1 Penyelaras Mata Pelajaran
menyimpan markah dan evidens untuk tujuan penyelarasan
2 Penyelaras Kebangsaan,
Penyelaras Negeri dan Penyelaras Kawasan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
3
Penyelaras Negeri dan Kawasan menyelaras markah murid di sekolah
4 Ada
perubahan Jika Perlu
31
Penyelarasan
Penyelaras Mata Pelajaran dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah membetulkan perubahan markah yang diselaras serta menghantar markah secara atas talian ke Lembaga Peperiksaan
Markah disimpan di server Lembaga Peperiksaan
Markah kekal seperti asal dan Pentaksir Sekolah hantar ke Lembaga Peperiksaan secara atas talian dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah
BINA GRAF REGREASI
Tiada perubahan
5
6
7
JPN hantar cetakan ke LP
Hantar cetakan ke JPN
8
Tamat
32
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Penyelarasan Pentaksiran Projek
1.0 Kod Mata Pelajaran : ………………………………………………………………..,
2.0 Maklumat Sekolah / Pusat
Nama : …………………………………………………. No.Telefon : …………………..
Alamat : …………………………………………………. Kod Sekolah : …………………..
…………………………………………………. No.Pusat : …………………..
………………………………………………… Jumlah Murid : …………………..
Nama Pengetua: ……………………………………….
3.0 Maklumat Penyelaras Mata Pelajaran
Nama : ………………………………………………………………………………………………
Opsyen: ………………………………………………………………………………………………
Pengalaman Mengajar : ……………………………………………………………………………..
Tingkatan yang ditaksir : ………………………………………………………………………….....
33
4.0 Komen / Catatan
4.1 Persediaan Penyelarasan
Murid: …………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
Alat/Bahan: …………………………………………………………………………….............. …………………………………………………………………………………………………..
4.2 Pengendalian Pentaksiran
Penggunaan Borang Penskoran:
…………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………….. Penyimpanan Borang Penskoran:
…………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………….. Penyimpanan Bahan Kerja Murid (Proses dan Produk):
....................................................................................................................................... .......................................................................................................................................
Hal-Hal Lain ( jika ada ):
………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………
Cadangan: ………………………………………………………………………………………………….............................
………………………………………………………………………………………………….............................
34
5.0 Maklumat Penyelaras Luaran
Nama : ………………………………………………………………………...................……....
Jawatan : ……………………………………………………………………..................………….
Jabatan/Sekolah : ………………………………………………………………….....................…………...
No.Telefon : ………………………………………………………………………..................……….
Tandatangan : ………………………………………………………………………..................……….
Tarikh : ………………………………………………………………………………..................................
Disahkan Oleh : ……………………………............... ..……………………........... ( Tandatangan Penyelaras Luaran ) ( Tandatangan Pengetua ) (Cap sekolah)
Tarikh : …………………………… Tarikh : …………....…………..
35
Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras
Peperiksaan SPM Tahun :.....................................................
Nama Mata pelajaran :.....................................................
Kod Mata pelajaran :.....................................................
Adalah disahkan bahawa ....................................................................................................
No kad pengenalan...................................................sebagai penyelaras luaran, telah
melaksanakan tugas-tugas penyelarasan mata pelajaran .....................................tersebut
di atas pada .............................................
........................................................
Tandatangan Pemantau Dalaman
Nama :...............................................
Tarikh :.............................................. Cap sekolah :
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG PEMANTAUAN
1.0 Kod / Nama Mata Pelajaran : 3759/2 Lukisan Kejuruteraan
2.0 Maklumat Sekolah / Pusat
Nama : ……………………………………………………………………...
Alamat : ……………………………………………………………………...
……………………………………………………………………...
No. Telefon : ……………………………………………………………………...
Kod Sekolah : …………………………………………………............................
No. Pusat : ……………………………………………………………………...
Nama Pengetua : ………………………………………………………………………
Bilangan Murid Sekolah : ……………………..
Bilangan Murid Pindah / Tumpang / Tajaan : ……………………..
Jumlah keseluruhan : ……………………..
3.0 Maklumat Pentaksir Mata Pelajaran
Nama : ……………………………………………..........................
Opsyen : ……………………………………………..........................
Pengalaman mengajar : ……………………………………………………………...
Tingkatan yang ditaksir : ………………………………………………………............
36
37
4.0 Senarai Semak (Tandakan pada ruang berkenaan)
Bil Perkara Ya Tidak Catatan
Jadual Kerja Pentaksiran
disediakan oleh Ketua Penyelaras Mata Pelajaran
diedarkan kepada pelajar
dipamerkan kepada pelajar
4.1
dipatuhi oleh pentaksir sekolah dan pelajar
4.2 Pelantikan Ketua Penyelaras Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut kriteria
Fail Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
o carta organisasi
o minit mesyuarat disediakan
o jadual kerja pentaksiran
4.3
o pemantauan dalaman oleh penyelaras
4.4 Bahan-bahan pentaksiran disediakan
4.5 Taklimat kepada murid dijalankan
Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
semasa pengajaran dan pembelajaran
4.6
di luar waktu pengajaran dan pembelajaran
Fail Portfolio Pelajar
disediakan mengikut format
borang Rekod Penyerahan Projek (RP) difailkan
eviden difailkan
4.7
disimpan dengan selamat
Fail Markah Induk
fail disediakan
borang berkaitan di failkan
- Borang Markah Calon ( BMC )
- Borang Markah Kelompok Murid ( BMKC )
4.8
disimpan dengan selamat
4.9 Terdapat kes-kes khas Nyatakan : …………………………………………………….
5.0 Rumusan Pemantauan
5.1 Persediaan dan Pengendalian PBS Kekuatan : …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… Kelemahan :
…………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………
5.2 Hal-hal lain (jika ada) : …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… 5.3 Cadangan : …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
38
39
6.0 Maklumat Pemantau
Nama : …………………………………………………………………
Jawatan : …………………………………………………………………
Jabatan / Sekolah : …………………………………………………………………
No. Telefon : …………………………………………………………………
Tandatangan : ………………………………………………………………...
Tarikh : ……………...................
Disahkan Oleh :
……………………………………... ..…………………………………….
(Tandatangan Ketua Penyelaras Mp) (Tandatangan Pengetua dan Cap)
Tarikh: …………………….. Tarikh: ……………………..
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN SPM 20______
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS BERASASKAN SEKOLAH
LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAUAN
40
NEGERI: __________________________
KOD /MATA PELAJARAN: _____________________________
ARAHAN AM
1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga Peperiksaan.
2. Laporan ini hendaklah ringkas, padat dan tepat.
3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil perhatian dan
masalah yang dihadapi.
4. Laporan hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan
Selewat-lewatnya 2 minggu selepas Mesyuarat Pasca Pemantauan
(u.p.: Ketua Sektor, Sektor Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan).
41
1. Laporan Pemantauan secara keseluruhan:
(Nyatakan kelemahan dan masalah yang dihadapi)
(a) Jadual Kerja Pentaksiran Sekolah:
(b) Prosedur Kerja Pentaksiran Sekolah :
(c) Penyelarasan Pentaksiran Sekolah:
(d) Pengendalian Pentaksiran Sekolah:
42
2. Komen umum tentang
(a) Kelemahan dalam persediaan Pentaksiran Sekolah:
(b) Kelemahan dalam pengendalian Pentaksiran Sekolah:
3. Cadangan untuk penambahbaikan:
…………………………………….
Tandatangan dan Cap
Pengarah Pelajaran Negeri
Tarikh: ………………………..
43
BMC
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cap sekolah
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
No Pusat
BORANG MARKAH CALON Nama Murid: ………...………………….………………… No Kad Pengenalan: ..........................................
Angka Giliran : ……………………………………….…
BIL TUGASAN YANG DITAKSIR MARKAH PENUH
TUGASAN MARKAH
PENGHANTARAN 1 MARKAH
PENGHANTARAN 2 MARKAH AKHIR
1 Lukisan Terbantu Komputer 1 25
2 Lukisan Terbantu Komputer 2 50
3 Lukisan Bangunan 50
4 Lukisan Perpaipan 25
5 Lukisan Mekanikal 50
6 Lukisan Elektrik 25
7 Lukisan Elektronik 25
JUMLAH MARKAH 250
PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan murid di atas. Tandatangan : ……………………………Tarikh :………………….. Nama Pentaksir : …………………………………………………….. Cap Sekolah :
UNTUK KEGUNAAN PENYELARASAN Saya mengesahkan telah menyelaras tugasan murid di atas. Tandatangan : ………………….. Tarikh :…………….. Nama Penyelaras : ……………………………………………… Cap Sekolah :
Cap Sekolah
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KELOMPOK CALON
No. Pusat
Bil
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Markah
Pengesahan Pentaksir
Saya mengesahkan telah merekod butiran pemarkahan murid berdasarkan Borang Markah Calon.
Tandatangan : _____________________________
Nama Pentaksir : ____________________________________________
Tarikh : ____________________________________________
44
CONTOH SENARAI SEMAK KERJA PENTAKSIRAN
PROJEK MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
3759/2 SPM ______
Bil Prosedur Kerja Tempoh masa pelaksanaan
yang telah ditetapkan catatan
1. Muat turun Manual Pentaksiran Projek 3759/2 SPM (tahun semasa )
2. Muat turun jadual pelaksanaan tugasan & senarai semak projek 3759/2 SPM berdasarkan tahun semasa
Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan
(minggu ketiga Jun (ting. 4) – minggu keempat Ogos (ting. 5)
(tahun semasa)
3.
Muat turun tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 SPM (tahun semasa). Sesi 1:
i. Lukisan Terbantu Komputer 1 ii. Lukisan Terbantu Komputer 2
4.
Pelaksanaan tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 sesi 1
Minggu ketiga Jun hingga minggu kedua Oktober (tahun semasa)
Tingkatan 4
5.
Masukkan markah pentaksiran tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan bagi sesi 1
Minggu ketiga September – minggu kedua Oktober
(tahun semasa)
6.
Muat turun tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 SPM (tahun semasa). Sesi 2:
i. Lukisan Bangunan ii. Lukisan Perpaipan
7.
Pelaksanaan tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 sesi 2
Januari – April (tahun semasa)
Tingkatan 5
8.
Masukkan markah pentaksiran tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan bagi sesi 2
Sepanjang bulan April (tahun semasa)
45
9.
Muat turun tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 SPM (tahun semasa). Sesi 3:
i. Lukisan Mekanikal ii. Lukisan Elektrik iii. Lukisan Elektronik
Mei - Ogos (tahun semasa)
Tingkatan 5
10. Pelaksanaan tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 sesi 3
Mei - Ogos (tahun semasa)
Tingkatan 5
11.
Masukkan markah pentaksiran tugasan projek Lukisan Kejuruteraan 3759/2 secara atas talian di portal Lembaga Peperiksaan bagi sesi 3
Ogos - Ogos (tahun semasa)
12.
Penyimpanan Portfolio Projek di dalam kabinet berkunci di sekolah. Dokumen yang perlu dilengkapkan:- i. Borang RP ii. Borang Markah Calon
9 September - 13 September (tahun semasa)
Tingkatan 5
.
46
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
REKOD PENYERAHAN PROJEK CALON SPM ___
No Pusat
RP
Cap Sekolah
NAMA MURID : …………………………………………………………….
NO. KAD PENGENALAN : .................................................................................... ANGKA GILIRAN : ……………………………………………………………
Penghantaran Kali
Pertama
Penghantaran Kali
Kedua Nama Tugasan
Tarikh Tanda
Tangan Calon
Tanda Tangan
Guru Tarikh
Tanda Tangan Calon
Tanda Tangan
Guru
Lukisan Terbantu Komputer 1
Lukisan Terbantu Komputer 2
Lukisan Bangunan
Lukisan Perpaipan
Lukisan Mekanikal
Lukisan Elektrik
Lukisan Elektronik
Pengesahan Penerimaan Saya mengesahkan telah menerima keseluruhan tugasan murid seperti di atas. Tandatangan : …………………………………….. Nama Pentaksir : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………..
47
No Pusat
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LAPORAN PENYELEWENGAN PBS MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
KERTAS 3759/2
SPM 20…
Jenis penyelewengan : ……………………………………………………….............
………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
Nama Pentaksir Mata Pelajaran: ………………………………………………………………..
Nama sekolah : …………………………………………………………………
48
UNTUK KEGUNAAN PELAPOR
Saya mengesahkan telah menyelaras dan melihat penyelewengan di sekolah tersebut. Tandatangan : ………………….. Tarikh :…………….. Nama Penyelaras : ……………………………………………… Jawatan :…………………………….
51
20.0 GLOSARI
Projek : Tugasan yang perlu dilaksanakan oleh murid semasa waktu pembelajaran biasa bagi memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran dan pentaksiran projek dilaksanakan secara dalaman.
Portfolio : Satu dokumen bagi menyimpan koleksi lukisan daripada hasil kerja
murid, rekod penyerahan projek murid ( RP ) projek murid.
Autentik : Boleh dipercayai keasliannya. Menggambarkan situasi sebenar