Upload
amkatox
View
275
Download
32
Embed Size (px)
Citation preview
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
1/23
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
2/23
BAHAGIAN A(ANTHROPOMETRIK)
UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas
kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)
2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan
terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.
Contoh :- Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan
perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala
atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika
rendah.
3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi
berdiri.
4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)
Pita penanda
Papan klip A4 atau Sesiku L panjang
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencat
2
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
3/23
5. Prosedur :
5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata
setinggi dua (2) meter.
5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu,
punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur
berada di tengah-tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua
tapak tangan mesti rapat di sisi peha.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan
memandang kehadapan.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke
bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat,
pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding
(90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas
kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran
diambil).
5.6 Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.
3
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
4/23
4
MENGUKUR TINGGI BERDIRI
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
5/23
UJIAN 2 : KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
1. Definisi : Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala
semasa posisi duduk melunjur.
2. Rasional : Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan
bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap
pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.
Contoh :- Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang
panjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam
acara angkat berat.
3. Objektif : Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian
atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur.
4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)
Pita Penanda
Papan Klip A4 atau Sesiku L panjang
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
6/23
5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata
setinggi dua (2) meter.
5.2 Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan
punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur
berada di tengah-tengah belakang badan.
5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan
lurus.
5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan
memandang ke hadapan.
5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke
bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat,
pastikan clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding
(90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas
kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa
ukuran dibuat).
5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm
6
MENGUKUR TINGGI DUDUK
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
7/23
UJIAN 3 : PANJANG DEPA ( ARMSPAN)
7
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
8/23
1. Definisi : Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung
jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan
paras bahu.
2. Rasional :
2.1 Untuk mendapat ukuran panjang depa.
2.2 Ukuran panjang depa armspan boleh memberi kesan
terhadap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Atlet renang dan peninju yang
ukuran depa tangannya panjang
mempunyai kelebihan.
Atlet angkat berat memerlukan
depa yang pendek.
3. Objektif : Untuk mendapat ukuran panjang, lengan semasa
mendepa.
4. Peralatan : Pita pengukur (3 meter)
Pita penanda
Papan Klip A4
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5.1 Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan
dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar
(0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada
(1) penjuru dinding.
8
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
9/23
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
10/23
UJIAN 4 : BERAT BADAN
1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan
berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.
10
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
11/23
2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap
pencapaian sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan
berat badan yang ringan.
3. Objektif : Untuk mendapat bacaan berat badan.
4. Peralatan : Alat penimbang berat yang standard.
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).
5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi
menegak di tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan
memandang ke hadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian
yang ringan).
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.
** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)
11
MENIMBANG BERAT BADAN
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
12/23
BAHAGIAN B
(KECERGASAN)
UJIAN 5 : LARI PECUT 40 METER.
1. Definisi : Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa
terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.
12
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
13/23
2. Rasional : Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam
kebanyakan sukan dan permainan tertentu.
Contoh : Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak,
dan lain-lain.
3. Objektif : Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur
kepantasan.
4. Peralatan : Jam Randik (Stop Watch)
Tepung / cat sembur
Pita pengukur (50 meter)
Kon 6 unit
Bendera merah
Kawasan larian 50 hingga 60 meter (padang berumput
yang tidak basah)
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5.1 Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40
meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan
garisan penamat.
5.2 Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam
keadaan sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan.
(Dibantu oleh seorang pembantu pelepas).
13
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
14/23
5.3 Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan
memberi isyarat sedia dengan mengangkat tangan lurus dengan
bendera pada paras bahu.
5.4 Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas
menjatuhkan bendera ke bawah.
5.5 Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa ujian
dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan.
5.6 Setiap murid diberi dua (2) percubaan.
6. Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.
**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)
14
UJIAN LARI PECUT 40 M
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
15/23
UJIAN 6 : JANGKAUAN MELUNJUR
1. Definisi : Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk
melunjur di lantai. (Johnson 1997b)
2. Rasional : Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi
dalam kebanyakan sukan dan permainan.
3. Objektif : Untuk mengukur tahap kelenturan dan kelembutan sendi
pinggul, trunk, otot belakang dan belakang paha
(hamstring).
4. Peralatan : Pita Ukur
Pita Penanda
Pembaris
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
15
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
16/23
5.1 Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan
sebelum memulakan aktiviti.
5.2 Murid tidak dibenarkan memakai kasut semasa ujian dijalankan.
5.3 Lekatkan pita pengukur 1 meter di atas lantai yang rata.
5.4 Murid duduk melunjur dengan tumit berada tepat pada ukuran 25 sm.
Kedudukan pita ukur berada di celah antara kedua-dua belah kaki
dengan tanda bacaan sifar (0) berada menghala pangkal paha.
5.5 Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu. Penguji perlu menahan kaki murid
supaya tidak bergerak melepasi penanda 25 sm dan pastikan lutut
tidak terangkat (prosuder dilakukan tanpa ada sebarang
penahan/dinding di belakang).
5.6 Tindihkan tapak tangan dengan jari kanan bersentuhan dengan jari
kiri, kemudian mulakan gerakan melunjur perlahan-lahan ke hadapan
dengan tangan lurus dan jari menuding ke arah pita ukur yang berada
di atas lantai.
5.7 Murid bertahan selama 2 saat apabila mencapai jangkauan maksima
dan tidak dibenarkan menghenjut ( no bouncing ).
6. Pemarkahan : Catatan terbaik dari 2 percubaan diambil dengan
bacaan hampir kepada 0.5 sm.
7. Kebolehpercayaan : r = 94 diperolehi daripada 2 percubaan terbaik
yang berbeza (Johnson 1977b).
16
UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
17/23
UJIAN 7 : LARI ULANG ALIK (1O METER)
1. Definisi : Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari
17
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
18/23
ulang alik 10 meter.
2. Rasional : Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian
dalam beberapa sukan dan permainan tertentu.
Contohnya : bola sepak, olahraga, badminton dan lain-lain
3. Objektif : Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa
yang paling singkat.
4. Peralatan : Pita Ukur
Kon
Pita Penanda
Lantai bersimen
Wisel
Jam Randik
Bongkah kayu (3 tinggi x 2 tapak x 1 lebar) 2 unit
Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:
- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :
5.1 Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.
5.2 Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas
garisan 30 cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)
18
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
19/23
5.3 Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan
yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.
5.4 Apabila isyarat mula diberikan, peserta akan berlari menuju ke
garisan yang telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua
(2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan.
Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah
ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan
yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula
ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter.
5.5 Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan
meletakkan bongkah kayu.
5.6 Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat
mula sehingga torso murid melepasi garisan setelah selesai
mengambil bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah
ulang alik sebanyak 4 kali)
5.7 Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.
6. Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada
0.1 saat
**Nota : Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /
terjatuh, larian perlu dihentikan dan ujian itu
dibuat semula.
19
UJIAN LARI ULANG ALIK 10 M
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
20/23
UJIAN 8 : LOMPAT JAUH BERDIRI
1. Definisi : Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa
melompat.
20
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
21/23
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
22/23
5.3 Murid berdiri di hujung bebola kaki.
5.4 Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan
bantuan hayunan tangan.
5.5 Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang
paling belakang semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak
lompatan yang terbaik.
5.6 Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali berturut-turut.
5.7 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.
6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 sm.
22
UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI
7/30/2019 Manual TID (Program Talent Identification) Sekolah
23/23
23