Masalah Menulis

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Masalah Menulis

    1/2

    Tinjauan awal saya mendapati cara Nur memegang pensel adalah salah. Menurut

    Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang

    dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak

    menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang

    manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan

    kelemahan dalam koordinasi motor.

    Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat

    tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang

    dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan motor

    halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka

    sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk

    menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan

    mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987),

    semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang

    cantik.

    Pemerhatian saya mendapati Nur sering menggenggam keseluruhan penselnya.

    Teknik memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur merasa sakit

    pada jarinya. Selain itu, Nur juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya

    untuk membentuk huruf yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-

    kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan

    pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah

    kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di

    atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak

    gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.

    Di samping itu, saya mendapati Nur suka menggunakan pensel yang amat pendekmenyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009),

    penggunaan pensel yang kurang sesuai juga salah satu punca murid melakukan

    banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak

    selesa semasa menulis

  • 7/30/2019 Masalah Menulis

    2/2

    Kebanyakan murid pemulihan menghadapi masalah menulis huruf terbalik.

    Bentuk huruf yang paling ketara ialah s, c, b dan d. Huruf-huruf yang mempunyai

    bentuk yang hampir serupa juga menjadi faktor penyebab ia ditulis secara terbalik.

    Terdapat banyak daripada murid-murid pemulihan yang menulis huruf s, c, f,

    j dan sebagainya secara lain daripada kebiasaannya. Justeru guru haruslah

    membuang tabiat mereka ini dengan mengajar mereka teknik penulisan abjad secara

    formal.

    Murid-murid pemulihan sering menulis huruf f dengan saiz yang besar untuk

    huruf besar dan f bersaiz kecil untuk huruf kecil. Mereka terpengaruh dengan huruf

    tertentu seperti huruf c, s, p dan sebagainya yang menggunakan faktor saiz

    sebagai pembeza antara huruf kecil dan besar.

    Murid-murid pemulihan yang lemah dalam ingatan penglihatan menghadapi

    masalah dalam menulis kerana mereka sukar untuk menyalin perkataan daripada

    papan tulis. Mereka tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar

    perkataan daripada papan hitam dan menyalinkan ke dalam buku nota mereka.

    Mereka mudah lupa akan perkataan-perkataan pada papan tulis sebaik sahaja

    pandangan mereka beralih ke tempat lain. Murid-murid yang mempunyai masalah

    penglihatan seperti rabun ataupun juling juga menghadapi masalah dalam menulis

    kerana tidak dapat melihat perkataan yang diajar dengan jelas.

    Kelemahan dari segi analisis pendengaran akan mempengaruhi penguasaan

    kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid pemulihan. Hal ini menyebabkan

    mereka tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi, tidak boleh mengecam

    perkataan yang didengar dan berkemungkinan juga lemah dalam pembacaan.

    http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf

    http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf