3
MASALAH SOSIAL Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Jika terjadi bentrokan antara unsur-unsur yang ada dapat menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kegoyahan dalam kehidupan kelompok atau masyarakat. Masalah sosial muncul akibat terjadinya perbedaan yang mencolok antara nilai dalam masyarakat dengan realita yang ada. Yang dapat menjadi sumber masalah sosial yaitu seperti proses sosial dan bencana alam. Adanya masalah sosial dalam masyarakat ditetapkan oleh lembaga yang memiliki kewenangan khusus seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi sosial, musyawarah masyarakat, dan lain sebagainya. Masalah sosial dapat dikategorikan menjadi 4 (empat) jenis faktor, yakni antara lain : 1. Faktor Ekonomi : Kemiskinan, pengangguran 2. Faktor Budaya : Perceraian, kenakalan remaja 3. Faktor Biologis : Penyakit menular, keracunan makanan 4. Faktor Psikologis : penyakit syaraf, aliran sesat Bagaimana & Mengapa Gejala Sosial Terjadi Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atautattoo bahkan sampai kepada hal- hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang

MASALAH SOSIAL

  • Upload
    liezza

  • View
    220

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ASSIGNMENT

Citation preview

Page 1: MASALAH SOSIAL

MASALAH SOSIAL

Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Jika terjadi bentrokan antara unsur-unsur yang ada dapat menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kegoyahan dalam kehidupan kelompok atau masyarakat.Masalah sosial muncul akibat terjadinya perbedaan yang mencolok antara nilai dalam masyarakat dengan realita yang ada. Yang dapat menjadi sumber masalah sosial yaitu seperti proses sosial dan bencana alam. Adanya masalah sosial dalam masyarakat ditetapkan oleh lembaga yang memiliki kewenangan khusus seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi sosial, musyawarah masyarakat, dan lain sebagainya.Masalah sosial dapat dikategorikan menjadi 4 (empat) jenis faktor, yakni antara lain :1. Faktor Ekonomi : Kemiskinan, pengangguran2. Faktor Budaya : Perceraian, kenakalan remaja3. Faktor Biologis : Penyakit menular, keracunan makanan4. Faktor Psikologis : penyakit syaraf, aliran sesat

Bagaimana & Mengapa Gejala Sosial TerjadiPunca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan

modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada

arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi

ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanyateknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untukmelakukan agenda globalisasi.Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dantrendy,  yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh

dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti

mewarnakan rambut, memakai anting-anting atautattoo bahkan sampai kepada hal-hal

yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh

menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah

orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih

berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia

merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini,

masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi

semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,

masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap

saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti

memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya

kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau

persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan

dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Page 2: MASALAH SOSIAL

Posted by syahirah,sharifah,aida,sarah,nadiaah at 12:59 AM 

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.