16
Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah Huzaimah Ismail Che Zarina Sa'ari Abstrak Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri. Mereka adalah peribumi yang merupakan penduduk terawal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan mereka tinggal di bahagian pendalaman. Akta Orang Asli telah digubal bagi tujuan keselamatan dan hak kewujudan mereka di negara ini. Akta ini juga memberi jaminan, mereka mempunyai keistimewaan seperti masyarakat lain di Malaysia. Masyarakat minoriti ini juga sangat mengharapkan simpati dari kumpulan majoriti untuk mengubah keadaan dan nasib mereka. Justeru itu pembangunan Insaniah wajar dititikberatkan untuk meningkatkan kualiti hidup dan membentuk jati diri menurut nilai-nilai yang selari dengan Islam. Pendahuluan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Golongan terbesar rakyat Malaysia ialah Melayu diikuti Cina dan India. Golongan minoriti yang lain ialah kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah di samping kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Malaysia Buku Rasmi Tahunan 1977: 17). Fakta ini disokong oleh R.K Vasil yang menggambarkan Malaysia sebagai a multiracial society per excellence, kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu, Tionghua, India dan etnik lain yang berbeza dari segi kepercayaan, bahasa, kebudayaan dan sebagainya. Kenyataan beliau adalah seperti berikut: These three groups differ very sharply from each other in religion, culture, language, customs, food habits and dress. Not many 67

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

  • Upload
    lammien

  • View
    265

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli danPembangunan Insaniah

Huzaimah IsmailChe Zarina Sa'ari

Abstrak

Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai sejarah yangtersendiri. Mereka adalah peribumi yang merupakan pendudukterawal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakanmereka tinggal di bahagian pendalaman. Akta Orang Asli telahdigubal bagi tujuan keselamatan dan hak kewujudan mereka dinegara ini. Akta ini juga memberi jaminan, mereka mempunyaikeistimewaan seperti masyarakat lain di Malaysia. Masyarakatminoriti ini juga sangat mengharapkan simpati dari kumpulanmajoriti untuk mengubah keadaan dan nasib mereka. Justeru itupembangunan Insaniah wajar dititikberatkan untuk meningkatkankualiti hidup dan membentuk jati diri menurut nilai-nilai yang selaridengan Islam.

Pendahuluan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bilangan pendudukyang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Golonganterbesar rakyat Malaysia ialah Melayu diikuti Cina dan India. Golonganminoriti yang lain ialah kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah di sampingkaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Malaysia Buku RasmiTahunan 1977: 17). Fakta ini disokong oleh R.K Vasil yangmenggambarkan Malaysia sebagai a multiracial society per excellence,kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu, Tionghua, Indiadan etnik lain yang berbeza dari segi kepercayaan, bahasa, kebudayaandan sebagainya. Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

These three groups differ very sharply from each other in religion,culture, language, customs, food habits and dress. Not many

67

Page 2: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

countries in the world have very different living together withina single political system.

(R.KVasill971:3)

Sebenarnya terdapat banyak lagi klasifikasi terperinci kumpulan-kumpulan etnik dan dialek yang masing-masing mempunyai bahasa,budaya dan identiti etniknya yang tersendiri. Salah satu daripada kumpulantersebut adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang dikelaskansebagai "Bumiputera" di dalam kumpulan etnik utama. Mereka adalahkumpulan penduduk peribumi di Semenanjung Malaysia yang terdiridaripada Senoi, Melayu-Porto dan Negrito. Mereka memperlihatkan ciri-ciri unik yang berlainan dengan penduduk Bumiputera lain di SemenanjungMalaysia. Memandangkan komuniti orang Asli kebanyakannya tinggaldi kawasan-kawasan tepi hutan atau kawasan-kawasan pedalaman,komuniti ini ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. Olehitu mereka adalah kumpulan sasaran khas di dalam pembentukanrancangan-rancangan pembangunan di Malaysia. (R.K Dentan 1964:176-186)

Sejarah Kependudukan

Masyarakat di rantau ini tentulah tidak dapat mengenepikan sejarahbahawa Orang Asli adalah penduduk awal di Malaysia semenjak kurunke-5 Masihi lagi. Ini jelas dapat dilihat dalam tulisan Dunn yangmenjelaskan tentang aktiviti ekonomi Orang Asli di Tanah Melayuterutama pengeluaran hasil hutan di negara ini telah dieksport ke luarnegara pada kurun tersebut. Dunn juga turut membuat andaiankemungkinan besar kehadiran mereka di Semenanjung Tanah Melayuberlaku lebih awal daripada kurun tersebut. (F.L Dunn 1975: 108)

Wang Gungwu juga telah membuktikan bahawa Orang Aslimerupakan penduduk awal di negara ini berdasarkan bahan-bahan hutanyang dieksport ke Selatan China di sekitar tahun 420 Masehi hingga 508Masehi adalah dari Tan-Tan di bahagian Timur Tanah Melayu. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada gading, kemenyan, emas, perak, kayugaharu, kulit kura-kura, kulit siput dan batu ambar merupakan hasil kutipanOrang Asli. Berdasarkan fakta ini menunjukkan kependudukanmasyarakat minoriti ini di Semenanjung Tanah Melayu berlaku di sekitarkurun ke-5 Masehi. (Wung Gungwu 1958:5). Walau bagaimanapun tidakada tarikh yang tepat berhubung dengan penghijrahan mereka ke

68

Page 3: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah juga telah membuktikan bahawaOrang Asli sebenarnya berasal dari negara jiran seperti Champa, IndoChina, Burma dan Sumatera. Walaupun mereka serumpun dengan orangMelayu dan terdapat banyak persamaan dari segi fizikal dan adat, tetapimereka merupakan suku kaum yang terdahulu datang ke Tanah Melayusebelum tahun 1304 Masehi. Kumpulan Orang Asli yang mula berhijrahke Tanah Melayu dipercayai berasal dari Indo China, yang kini menetapdi bahagian utara Tanah Melayu. Mereka mempunyai persamaan darisegi pertuturan, paras rupa dan cara hidup dengan salah satu daripada200 lebih etnik yang terdapat di Myanmar dan Selatan Thailand. Sebagaicontohnya dapat dilihat dari sudut bahasa yang digunakan oleh OrangAsli seperti "manuk" (ayam), "kak" (ikan) dan "couk" (anjing) samaseperti yang dipertuturkan oleh kaum etnik Myanmar. (Budaya, PantangLarang 1998: 1)

Kedatangan kumpulan kedua pula, dipercayai berasal dari kawasanPalembang, Sumatera. Orang Asli kumpulan kedua ini kebanyakannyatinggal di bahagian Selatan Tanah Melayu. Paras rupa dan budaya hidupmereka ada persamaannya dengan orang Melayu dan Orang Asli disebelah Selatan pada masa kini. Didapati hampir 70 peratus bahasa OrangAsli suku kaum Jakun menggunakan bahasa Melayu. Walaubagaimanapun perkembangan tamadun Islam di Sumatera sedikitsebanyak telah mempengaruhi budaya mereka. Justeru itu, terdapat diantara mereka yang mengamalkan adat istiadat berkhatan untuk anaklaki-laki. Begitu juga bagi suku kaum Jakun, Semelai, Temuan dan Semai,telah menjadi kebiasaan mereka dalam setiap upacara jampi serapahdimulakan dengan bacaan "Bismillah" dan diakhiri dengan berselawat.(JHEOA 1988: 2)

Kedatangan orang Melayu ke Semenanjung disambut baik oleh OrangAsli pada ketika itu. Mereka bersama-sama hidup dengan harmoni dipinggir sungai. Hubungan rapat kedua kaum ini terjalin dari peringkatbawah hingga kepada pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu. Ikatanpersaudaraan ini terbukti dalam satu pakatan bersama menentang campurtangan British dalam urusan kehidupan orang Melayu. Akibatnya J.W.W.Birch mati dibunuh oleh orang suruhan Datuk Maharaja Lela, Puntumbin Pandak, dari suku kaum Semai. Pada masa itu perlantikan ketuaOrang Asli dimasyhurkan oleh raja-raja Melayu dengan penganugerahanberbagai-bagai gelaran seperti "Datok Singa Merajah" dan "DatokSinga Merban". (JHEOA 1988: 2)

69

Page 4: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Hubungan yang begitu erat ini akhirnya menjadi renggang setelahkedatangan penduduk Sumatera ke Tanah Melayu. Mereka telahmewujudkan penempatan di kawasan-kawasan di Tanah Melayu danmereka lebih maju jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu.Kehadiran pendatang ini tidak disenangi oleh Orang Asli kerana ramai diantara mereka telah diperalatkan dan dijadikan hamba serta orangsuruhan. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan di kalanganmasyarakat Orang Asli sehingga tercetusnya "perang sengkel" yangakhirnya menyebabkan Orang Asli jauh membawa diri dan terus tinggalmenetap di kawasan-kawasan pedalaman hinggalah ke hari ini. (JHEOA1988:1)

Justeru itu, Orang Asli adalah bumiputera Malaysia yang ulung danmereka merupakan golongan minoriti yang wajar diberi kesempatan untukmenikmati faedah yang sama dengan bangsa-bangsa lain dari masyarakatMalaysia. Untuk mengendalikan urusan yang berhubung denganmasyarakat Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telahditubuhkan bagi menjaga keperluan-keperluan tertentu mereka. Padaasalnya, ia dikenali sebagai Jabatan Orang Asli, yang ditubuhkan semasazaman darurat iaitu dalam tahun 1950-an. Jabatan ini bertujuan untukmemisahkan hubungan di antara pengganas komunis dengan komunitiini terutamanya dari segi perhubungan meraka yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman hutan. Justeru itu, Akta Orang Asli telah diluluskanpada tahun 1954 (disemak 1974) semata-mata untuk tujuan tersebut.Selepas tamatnya darurat di Semenanjung Malaysia, penubuhan jabatanini diteruskan sebagai satu entiti kekal. Satu "kenyataan dasar" yangdikemaskini tentang pentadbiran hal ehwal Orang Asli telah dirangkadalam tahun 1961. (JHEOA 1961: 1). Ia memberi penekanan kepadapeningkatan sosial dan ekonomi Orang Asli dan seterusnya integrasimereka dengan komuniti-komuniti yang lain. Usaha ini merupakan satuproses yang berterusan dan JHEOA terus memainkan peranan pentingdalam menjaga keperluan Orang Asli. Matlamat utama semua usaha iniadalah untuk membawa komuniti tersebut dalam arus pembangunanekonomi dan kualiti hidup mereka. (JHEOA 1991: 2-3)

Pembahagian Etnik Orang Asli di SemenanjungMalaysia

Secara umumnya, Orang Asli di Semenanjung Malaysia terbahagi kepadatiga kumpulan besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli (Porto-Malay).

70

Page 5: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Para etnografer telah menerima pembahagian tersebut seperti P.D.R.William-Hunt, (P.D.R. William Hunt 1952: 3) Iskandar Carey (IskandarCarey 1976: 3) dan Iain-lain. Menurut Skeat dan Blagden, mereka terdiridaripada Senoi, Sakai dan Jakun. (Skeat & Blagden 1966: 21). ManakalaDentan pula membahagikan tiga kumpulan etnik yang besar iaitu Semangyang terdiri daripada Kensiu, Jahai, Temoq dan Semoq Beri. Merekaadalah kumpulan etnik yang berpindah-randah dari satu kawasan ke satukawasan. Kedua ialah Senoi yang terkenal dalam bidang pertanian.Mereka terdiri daripada Semai, Temiar, Jah Hut, Mahmeri dan Semelai,ketiga ialah Melayu Asli yang terdiri daripada Belandas, Temuan, Jakundan Kanaq. (Robert Knox Dentan 1968: 2)

Bagi Endicott dan John D. Leary, Orang Asli merupakan kumpulanetnik yang heterogeneous. (John D. Leary 1995: 2). Kumpulan tersebutterdiri daripada Semang yang tinggal di bahagian Utara dan Timur-Lautdan Senoi yang kebanyakannya tinggal di bahagian Tengah dan Selatan.(Kirk Endicott 1995: 67). Ketiga-tiga kumpulan tersebut berbeza di antarasatu sama lain dari segi fizikal, bahasa, kepercayaan, ekonomi danorganisasi sosial. Mereka merupakan kumpulan yang terawal datang kekawasan ini iaitu beribu-ribu tahun dahulu. (Paul Wheatley 1964: 12)

G. Benjamin telah mengklasifikasikan Orang Asli di SemenanjungTanah Melayu berdasarkan kepada bahasa yang digunakan olehmasyarakat Orang Asli atau berdasarkan pembahagian sosiolinguistik.Beliau telah membuat tiga pembahagian pecahan kumpulan utama iaituAslian Utara yang terdiri daripada beberapa kumpulan suku bangsa iaituKensiu, kintaq Bong, Jehai, Mendriq Bateq Deq, Batek Nong, Mintil danChe Wong. Kumpulan kedua ialah Aslian Tengah yang terdiri daripadabeberapa kumpulan kecil seperti Lanoh Yir, Lanoh Jeng Jeng, Semnam,Sabun, Temiar dan Jah Hut. Manakala kumpulan terakhir iaitu AslianSelatan yang terdiri daripada Semoq Beri, Temoq, Semelai, Mah Beri,Temuan atau Belandas dan Jakun. (Geoffrey Benjamin 1976: 46)

Menurut Iskandar Carey terdapat 19 kelompok atau kumpulan OrangAsli, (Iskandar Carey 1970: 57) untuk penggunaan terkini terutama sekalidalam konteks membangunkan Orang Asli dan tujuan pentadbiran sertapembangunan, mereka secara rasminya terbahagi kepada tiga kumpulanetnik iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. (Jimin Idris 1968: 2)

71

Page 6: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Kerangka Pembangunan Insaniah

Berikut adalah cadangan kerangka dan strategi pembangunan insaniahyang wajar dilaksanakan untuk membawa masyarakat Orang Asli beradadalam arus perdana; secara umumnya, status dan label "Orang Asli"sebenarnya membawa konotasi komuniti yang primitif dan rendah tahappencapaian kebudayaan dan sosiobudayanya jika dibandingkan dengangolongan lain dalam masyarakat. Label yang demikian juga terusmelahirkan berbagai-bagai prasangka terhadap mereka. Terdapatpengkaji-pengkaji luar beranggapan bahawa masyarakat Orang Asli tidakperlu dibangunkan dan membiarkan mereka menjalani kehidupan sepertiseadanya kerana itulah kehidupan dan identiti yang mereka inginkan.Komuniti Orang Asli terus dipinggirkan oleh pihak penjajah daripadaterlibat dalam perubahan yang diperkenalkan di negara ini. Nilai-nilaibaru yang berhubung dengan pembangunan dilihat sebagai bertentangandengan nilai-nilai hidup yang diwarisi oleh masyarakat ini daripada nenekmoyang dahulu.

Pemikiran begini merupakan anakronistik yang didasarkan kepadaromance of the noble storage of the west. Justeru itu, pemikiran yangdemikian tidak lain sifatnya selain daripada menjadikan masyarakat inisebagai artifak muzium yang hidup. Apa yang dikagumi oleh Barat ialahciri-ciri eksotik dan misterinya yang terdapat pada warga peribumi ini.Lantaran itu masyarakat ini dilihat seolah-olah satu objek inanimate yangtidak mempunyai harapan dan keinginan untuk maju serta membangun.(Hassan Mat Noor 2002: 126)

Ditinjau secara objektif, pandangan yang demikian merupakan suatupenghinaan kepada warga peribumi. Kita tidak boleh lagi didakap olehpemikiran masa silam yang melihat kumpulan masyarakat ini sebagaiprimitif yang tidak mempunyai harapan dan kesedaran tentang nasibserta masa depan mereka. Penulis bersetuju dengan pandangan HassanMat Nor di mana suatu pendekatan pembangunan yang menekankanparticipatory development diperlukan yang melibatkan mereka secaraaktif membangun selaras dengan keperluan, kemahuan dan kepentinganyang mereka tetapkan sendiri. Inilah saluran yang boleh dimanfaatkanoleh kerajaan untuk membawa masyarakat ini ke dalam masyarakatarus perdana (Hassan Mat Noor 2002: 3-4) dan sekaligus memperlihatkanbahawa Islam sangat mementingkan pembangunan untuk mencapaikebahagiaan dunia dan akhirat.

72

Page 7: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Aspek pendidikan juga wajar diberi perhatian serius untuk memberikesedaran agar masyarakat dapat memahami sistem kehidupan yanghakiki berdasarkan Islam. Justeru itu, langkah yang wajar dilakukan ialahmembangunkan Orang Asli melalui pendidikan. Pihak yang lebih dominanharus menyedari bahawa hanya melalui kemajuan yang dicapai dalampendidikan, Orang Asli dapat membebaskan mereka daripada belenggukemiskinan dan kemunduran dan sekaligus memartabatkan harga dirimereka. Oleh itu, satu usaha menyusun dan membaiki prasarana sistempendidikan untuk Orang Asli perlu diwujudkan bagi menggerakkanperubahan yang lebih positif di masa hadapan.

Dalam hal ini, pendidikan merupakan aspek pembangunan sosial yangsangat penting yang mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat.Pendidikan dapat mendedahkan mereka kepada ilmu pengetahuan yangboleh dimanfaatkan untuk memajukan diri dan masyarakat. Ini adalahbertepatan dengan tabi'i manusia itu sendiri yang dijadikan AllahSubhanahu wa Ta'ala bermula daripada kejadian Adam 'alayh al-salam, di mana dimulakan dengan persediaan penemuan ilmupengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai persediaan untuk memikulamanah sebagai wakil Allah di bumi ini. (Muhammad Shaltut 1983: 127)(Khalifah Allah fi al-Ard).

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud;

Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikatlalu ia berfirman, "Terangkanlah kepada aku nama benda-bendaini semuanya, jika kamu golongan yang benar."

(Surah Al-Baqarah (2): 31)

Kepentingan ilmu pengetahuan jelas dapat dilihat dalam wahyupertama yang disampaikan kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam berupa perintah membaca, iaitu menggesa manusia mempelajariilmu pengetahuan untuk mengenal dan berbakti kepadaNya.

Firman Allah Subhanahu wa ta'ala yang bermaksud;

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yangmenciptakan (sekelian makhluk), Ia menciptakan manusia dariseketul darah beku, Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, yangmengajarkan manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkanmanusia apa yang tidak diketahuinya.

(al-'Alaq(96):l-5)

73

Page 8: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Rasulullah sallallahu 'alaiyhi wa sallam bukan sekadar menggalakkantetapi mewajibkan setiap individu mencari dan menuntut ilmu pengetahuansebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud;

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam(Riwayat Ibn Majah)

Di sini jelas bahawa ilmu sebagai aset dan penggerak utama lagiterpilih bagi umat manusia menuju kebahagiaan dan kesejahteraan hidupdi dunia dan di akhirat. Untuk mencapainya ilmu dan pemikiran manusiamestilah diintegrasikan dengan iman kepada Allah subhanahu wa Ta'alaagar mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan alam sekitar.Berdasarkan kepada falsafah kesepaduan iman dan ilmu, jasad dan roh,dunia dan Din, fikiran dan hati serta akal dan wahyu, maka setiap manusiahendaklah berusaha mempelajari serta mengembangkannya akan tundukkepada tuntutan akidah, syariah dan akhlak Islam. (Kamal Hassan 1985:3)

Dalam hal ini, keistimewaan yang ada pada manusia yangdianugerahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti akal fikiran,mendengar, berkata-kata, mengetahui, berkehendak dan sebagainya,(Muhammad al-Syaukani 1964: 245) Pada hemat penulis, masyarakatOrang Asli juga dapat menerima ilmu pengetahuan secara formal dantidak formal. Oleh itu, pendidikan bukan sahaja merupakan mekanismepengimbang antara kaum, malah dapat membantu mempercepatkanproses integrasi Orang Asli dalam aliran perdana.

Rosenthal telah memberikan gambaran tepat mengenai kedudukanunggul tamadun ilmu sebagai teras kepada pembangunan Islam yangdapat dilihat dalam kenyataannya seperti berikut:

"Ilmu adalah salah satu aspek yang sangat berpengaruh dalamIslam dan telah mencetuskan tamadun Islam dalam bentuk danrupanya tersendiri. Bahkan, tidak ada aspek lain yang dapatmenandingi konsep ilmu dari segi keberkesanan untukmencorakkan tamadun Islam dalam seluruh dimensi. Kenyataanini adalah benar walaupun diambil kira aspek-aspek agung dalamkehidupan Islam seperti tawhid dan al-din serta banyak aspeklain yang digunakan sepanjang masa. Tidak ada satu pun aspek-aspek tersebut yang menyamai konsep ilmu dari segi maknanyayang mendalam dan penggunaannya yang meluas. Dengan katalain, tidak ada bidang kehidupan orang Islam, sama ada kehidupanintelektual, keagamaan dan politik atau kehidupan harian orang

74

Page 9: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

biasa yang tidak diresapi oleh sikap terhadap ilmu sebagai nilaiterunggul bagi manusia Muslim.

(F. Rossenthal 1970: 2)

Selain ilmu pengetahuan, dalam konteks untuk membangun merekamenurut Islam, persoalan ekonomi perlu dititikberatkan, bagi 'survival'Orang Asli diambang negara yang dikatakan memasuki era globalisasiini. Pada hari ini masyarakat Orang Asli yang menjadi sebahagian daripadawarga peribumi Malaysia masih kekal di bawah naungan Jabatan HalEhwal Orang Asli. Justeru itu, pihak kerajaan melalui JHEOA perlusedaya mungkin menjaga kebajikan dalam aspek ekonomi. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kepelbagaian jenis sumber pendapatan,teknik pengeluaran dan mewujudkan koperasi serbaguna bagi membantumereka memasarkan hasil pengeluaran wajar diberi perhatiansebagaimana yang dijelaskan oleh Zulkifli Hj. Mustafa seperti berikut:

Mereka tidak mempunyai kemahiran ekonomi moden. Merekajuga didapati tidak berada di dalam 'saluran utama ekonomi'atau 'economic mainstream'. Dengan itu mereka tidakmempunyai peluang dan menghadapi kesulitan untukmembolehkan mereka memajukan kegiatan-kegiatan ekonomimereka di samping ianya kurang mendapat pertimbangan sebagai'beneficiancy' aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi. Lantaranitu, berdasarkan kepada senario pembangunan yangmenggambarkan kemunduran, kurang pembangunan, kemiskinandan penafian (deprivation), komuniti Orang Asli perlu dibawamasuk ke dalam saluran utama ekonomi atau arus pembangunanseperti mana yang dilakukan kepada masyarakat bumiputera(dan bukan bumiputera) yang lain. Kepentingan dan keutamaanpembangunan patut dilihat dalam konteks penyebaran danpengagihan faedah-faedah pembangunan kepada semua lapisanmasyarakat di negara ini. Melalui penerimaan dan kemasukankomuniti Orang Asli ke dalam saluran utama ekonomi atau aruspembangunan negara, sekurang-kurangnya akan berpeluang danberpotensi menikmati faedah-faedah pembangunan (atautempiasnya).

(Zulkifli Mustafa 1986: 8-12)

Masyarakat Orang Asli juga wajar didedahkan kepada sistemekonomi yang lebih meluas seperti yang berlaku pada masyarakat bangsalain. Albert Gomez menyatakannya seperti berikut:

75

Page 10: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Komuniti Semai dan Orang Asli umumnya hendaklah didedahkankepada sistem ekonomi yang lebih meluas. Kemunduran merekaini sebenarnya adalah disedari oleh pihak kerajaan sendiri.Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti mereka ini (OrangSemai) dan Orang Asli seluruhnya yang hanya mempunyai sistemekonomi untuk sara hidup sahaja. Lantaran itu, mereka inidigambarkan sebagai masyarakat yang memerlukan programkemodenan dalam usaha untuk memasukkan mereka ke dalam"mainstream society".

(Alberto Gomez 1986: 11)

Semua ini bertepatan dengan ajaran Islam yang merupakan satu-satunya agama yang memandang manusia dan alam semesta denganpandangan yang positif dan affirmative. Islam meletakkan status yangpaling tinggi kepada manusia jika dibandingkan dengan makhluk lain danalam semesta dijadikan Allah untuk dimanfaatkan oleh mereka. Islammenganjurkan manusia supaya sentiasa berusaha dan menggunakansegala akal fikirannya untuk menerokai rahsia alam dan kemudiannyadimanfaatkan bagi kebahagiaan serta kepentingan seluruh umat manusia.Pemberian status khalifah di muka bumi kepada manusia sekaligusmenjadikan manusia sebagai pengguna kepada alam dengan penuh rasatanggungjawab (Faisal Hj. Othman 1991:118-119) untuk menghindarkandaripada kefakiran dan kemiskinan.

Selain itu, sikap pasif, kuat berpegang kepada adat resam dan tradisiserta terlalu mengharapkan bantuan orang lain perlu dikikis dalam mindadan diri masyarakat Orang Asli. Penulis mendapati hasil daripada kajianyang dibuat, kebanyakan penduduk di Daerah Petaling tidak lagibergantung semata-mata kepada pertanian. Falsafah hidup "kais pagimakan pagi dan kais petang makan petang" telah dapat diatasi keranakebanyakan mereka bekerja di firma-firma, syarikat-syarikat swasta,badan-badan kerajaan dan sebagainya.

Oleh itu pembangunan yang disediakan hendaklah diseiringkan denganpembangunan rohani. Kesepaduan antara kebendaan dan rohani jugasekaligus bererti bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan duniadengan kehidupan akhirat. Mereka perlu diberi kefahaman bahawamanusia itu sendiri secara naturenya. dijadikan daripada kesepaduanantara dua unsur iaitu unsur rohani dan jasmani, duniawi dan ukhrawisebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:

(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhamu berfirman kepada Malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia Adam dari

76

Page 11: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

tanah, kemudian apabila Aku sempurnakan kejadianNya, sertaAku tiupkan padanya roh dari ciptaanKu, maka hendaklah kamusujud kepadaNya."

Surah Sad (38): 71-72

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia diciptakan daripada duaunsur iaitu unsur material yang terdiri daripada tanah atau unsur-unsurkebendaaan yang menarik manusia cintakan dunia dan non-material iaituunsur-unsur kerohanian yang mengikat manusia dengan kehidupan akhiratdan cintakan penciptanya, Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana unsurtersebut berada dariNya. (Muhammad Jamaluddin al-Qasimi 1957: 4391)

Oleh itu, elemen rohani seharusnya menjadi pemimpin kepada elemenkebendaan. Maka fokus dan teras utama kepada pembangunan dalamIslam adalah pembangunan manusia itu sendiri, diikuti pembangunankebendaan, alam sekitar dan sosio budaya. Pembangunan dan kemajuanyang dilaksanakan untuk mereka diharapkan selaras dengan tuntutanIslam kerana konsep kemajuan Islam mempunyai sifat yang menyeluruh.la merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan. Daerahoperasinya ialah manusia dan dirinya termasuklah sikap, dorongan,perasaan dan inspirasi serta pembangunan di luar diri manusia sepertifaktor-faktor sumber, modal, buruh, pendidikan, kemahiran, organisasidan Iain-lain. Jadi, manusialah agen perubahan asasi dalam Islam bukanmaterial. Manusia wajib membangunkan dirinya dan juga material dalamusaha untuk memenuhi tuntutan-tuntutan Allah yang sekaligus bermaknamelaksanakan tugas-tugas mereka sebagai hamba dan wakil (Khalifah)Allah untuk mentadbir, memakmur dan membina kehidupan yang bahagiadi dunia dan mencapai kejayaan (falah) di akhirat nanti. Dimensi-dimensidi atas perlu diberi penekanan kerana ia tidak terdapat dalam konsep-konsep kemajuan dan ideologi-ideologi masa kini. (Mohd. Nasir Omar1991:116-117)

Selain itu, penerapan nilai-nilai Islam perlu diperkemaskan dandipergiatkan semaksimum mungkin. Ini disebabkan para komunikatormerupakan antara agen perubahan dan pembangunan yang amat besarterhadap golongan minoriti ini. Ia memerlukan para komunikator yangbijak, cekap dan mampu untuk mencorakkan kualiti hidup sebagaimanayang dikehendaki oleh Islam. Semua ini dapat dilaksanakan melaluiperencanaan yang tersusun rapi, di mana ketokohan dan kewibawaannyadapat ditauladani oleh masyarakat.

Oleh itu, amat penting bagi para komunikator Islam mengetahuikepelbagaian ragam dan adat resam serta realiti kehidupan masyarakat

77

Page 12: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Orang Asli. Dr. Hood Salleh mendapati antara permasalahan yangdihadapi ialah para komunikator kurang melengkapkan diri denganmaklumat-maklumat dan tidak mengenal realiti masyarakat menyebabkanmasyarakat Orang Asli tidak berminat untuk mengenali Islam (HoodSalleh 1986:9-11)

Operasi dan pengurusan penyebaran maklumat Islam kepada OrangAsli memerlukan suatu transformasi melalui anjakan paradigma bagimengubah senario percaturan dakwah yang semakin mencabar. Anjakanparadigma baru ini menuntut suatu perubahan sikap, minda dan jiwaindividu para komunikator itu sendiri. Oleh itu, penyebaran maklumatIslam kepada Orang Asli memerlukan suatu revolusi insaniah yang totaldi kalangan para pendukung penyebaran maklumat Islam keranaperalihan paradigma ini bukan hanya diperlukan untuk meningkatkan kualitidan produktiviti para komunikator sahaja, tetapi juga meliputi pentadbirandan reformasi seluruh pandangan hidup, sistem nilai, sikap, pemikirandan budaya kerja mereka. (Nordin Ahmad 1998: 295)

Penulis juga melihat usaha-usaha untuk menyebarkan Islam tidakharus selama-lamanya bersifat eksklusif batas lingkungan sesama Muslim,sedangkan mereka yang belum menerima Islam tidak mendapat apa-apa manfaat selain daripada perasaan cemas dengan gambaran yangdiberikan oleh pihak-pihak tertentu terdapat fenomena kebangkitan Islam.Adalah amat malang andainya kebangkitan Islam tidak dapat membawarahmat yang sejagat, sekiranya masyarakat bukan Islam tetap tidaktertarik untuk menerima kesucian Din ini kerana kita masih tidak dapatmenampilkan Islam dalam wajah yang murni dan memikat hati mereka.Justeru itu, perlaksanaannya memerlukan suatu perubahan pendekatandan modus operandi yang mampu mengundang lebih ramai lagimasyarakat Orang Asli yang menerima Islam sebagai satu cara hidupyang lengkap.

Secara teoritikalnya, usaha penyebaran maklumat Islam hendaklahmendapat sokongan daripada semua pihak. Keperluan kepadapenggemblengan tenaga para komunikator Islam yang bermutu tinggidari segi kecemerlangan rohani, berpandangan terbuka dan mempunyaikepakaran tertentu. Masyarakat Islam harus menyedari dan meyakinibahawa menjadi tanggungajwab mereka untuk menunjukkan jalan yangbenar dan mengikiskan kepercayaan karut tradisi masyarakat OrangAsli. Perkembangan Islam telah memberikan dimensi penting dalammencorakkan pemikiran masyarakat Orang Islam dan membina umatyang dinamik, maju serta melahirkan intelektual Islam di kalangan merekayang sama-sama melaksanakan tanggungjawab menyebarkan Islam.

78

Page 13: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Seterusnya penyebaran maklumat Islam yang dijalankan mestilahbersifat kesinambungan yang dapat dilaksanakan menerusi kelas fardhuain dan program-program sosial. Langkah demikian dapat melahirkanmasyarakat yang ikram, harmoni dan progresif. Sehubungan itu, perananJHEOA, JAIS dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta orangperseorangan sangat penting untuk mendidik mereka dan membinamasyarakat yang baik, dinamik dan maju. Penempatan guru-guru agamadi samping melatih dai' daripada kalangan mereka, sangat penting agardapat memberi bimbingan secara berterusan teori dan praktikal. Suasanayang demikian dapat melahirkan perasaan hormat-menghormati di antarasatu sama lain bahkan dapat menyediakan pakar rujuk bukan lagi bomohatau pawang yang dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Kesimpulan

Pembangunan Insaniah dapat mengembalikan dan menggerakkanmasyarakat Orang Asli serta menyelamatkan mereka daripada taqlidwarisan tradisi yang menghalang mereka untuk menerima kemajuan.Segala aspek tasawwur "worldview" Islam yang bercirikan metafizik,universal, rasional, etika dan estetika telah membawa manusia kepadasuatu situasi hidup yang sebenar. Worldview yang berlandaskan Islamsahajalah yang dapat menyelamatkan masyarakat minoriti ini dalammenghadapi cabaran zaman. Untuk mencapai kejayaan ini worldviewIslam mestilah menjadi arus piawaian segala agenda. Tasawwur Islamjuga mestilah terserlah dalam segala hukum hakamnya sebagai kawalanmutu dan spesifikasinya dalam segala perkara pembangunan danperancangan. Dengan itu, kewibawaan Islam bukan sahaja sebagai unsurspiritualiti yang terhad kepada aspek ritual semata, bahkan juga sebagaistigma atau pemangkin kepada tamadun ummah khususnya masyarakatOrang Asli.

Rujukan

(1977). Malaysia Baku Resmi Tahunan, KualaLumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

79

Page 14: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Alberto Gomez (1986). Pembangunan Ekonomi Orang Asli "KertasKerja Simposium Ke-2 Kehidupan dan PembangunanMasyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia", Bangi:UKM.

al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin (1957). Tafsir al-Qasimi, Jil. 12,Beirut: Dar al-Kutub al-Arabiyyah.

al-Shaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad (1964). Fathal-Qadir,Jil. 3, Misr: Syarikah Maktabahwa Matba'ah al-Babi al-Habibi.

Dentan, R.K. (1964). Senoi Semang in Ethnic Groups of MainlandSoutheast Asia, New Haven: Human Relation Area Files Press.

Dunn, F.L. (1975). "Rain-Forest Collextors and Traders: A Study ofResource Utilization in Modern and Ancient Malaya", Monographsof the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS),Kuala Lumpur: Percetakan Mus Sdn. Bhd.

Endicott, Kirk (1995). The Impact of Economic Modernization on theOrang Asli of Northern Peninsula Malaysia, Issues in MalaysianDevelopment, Heineman Educational Book (Asia) Ltd.

Faisal Hj. Osman (1991). "Pendidikan Islam Konsep dan Realiti", IslamCabaran dan Isu Semasa, Kuala Lumpur: DBP.

Geoffrey Benjamin (1976). "Austroasiatic Subgroupings and Prehistoryin the Malay Peninsula" in Ausroasiatic Studies, Philip N. Jenner,et. al. Honlulu: The University Press of Hanoi.

Hassan Mat Noor (2002). "Pendidikan dan Masa Depan Komuniti OrangAsli" dalam Masyarakat dan Perubahan, Bangi: UKM.

Hood Hj. Salleh (1986). "Dakwah dan Pembangunan Masyarakat OrangAsli di Semenanjung Malaysia" Kertas Kerja Seminar Islam diKalangan Masyarakat Malaysia, Bangi: UKM.

Iskandar Carey (1970). "The Orang Asli and Social Change", JFMSM,Jil. XIII.

80

Page 15: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

JHEOA (1998). Budaya, Pantang Larang dan Amalan KesihatanOrang Asli Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: KementerianPendidikan Malaysia dan UNICEF.

(1961). Dasar Kerajaan Berkanun Dengan PentadbiranOrang Asli Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: JHEOA.

(1991). Profil Orang Asli di Semenanjung Malaysia,Kuala Lumpur: JHEOA.

(2001). Buletin Asli, Kuala Lumpur: JHEOA.

Jimin Idris (1968). Distribution of Orang Asli in West Malaysia",JMBRAS, Jil. VII.

John D. Leary (1995). Violence and the Dream People, The OrangAsli in the Malaysian Emergency 1948-1956, USA.

Kamal Hassan (1985). "Pendidikan Islam dalam Seminar PenghayatanIslam dalam Pendidikan, Selangor: ITM Shah Alam, Selangor.

Nordin Ahmad (1998), Dakwah Orang Asli di Semenanjung Malaysia,Tesis Sarjana, Kuala Lumpur: UM.

Rosenthal, F. (1970). Knowledge Triumphant: 'The Concept ofKnowledge in Medival Islam' Leiden Brill.

Sha Hut, Muhammad (1983). Min Taujihat al-Islam, Beirut: Dar al-Syuruq.

Skeat dan Blagden (1966).

Vasil, R.K. (1971). Political in a Plural Society, Kuala Lumpur: OxfordUniversity Press.

Wheatly, P. (1964). Impression of the Malay Peninsula in AncientTimes, Singapore: Eastern Universities Press.

Wung Gung Wu (1958). The Nanhai Trade : A Study of the Early Historyof Chinese Trade in the South China Sea, JMBRAS, jil. 3: KualaLumpur: Princraft Limited.

81

Page 16: Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan Insaniah

Jurnal CITU

Zulkifli Hj. Mustafa (1986). Pembangunan Ekonomi Orang Asli "KertasKerja Simposium Ke-2 Kehidupan dan PembangunanMasyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia", Bangi: UKM.

HUZAIMAH ISMAIL, Pensyarah CITU, UiTM Shah Alam

PROF. MADYA DR. CHE ZARINA SA'ARI, Pensyarah AkademiPengajian Islam, Universiti Malaya

82