1
Bil: 33 RABU, 21 FEBRUARI 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan promosi harga runtuh dari 15 Februari hingga 15 April 2007. Novel dewasa dan kanak-kanak, buku puisi, sastera dan buku terpilih dijual dengan harga RM1.00 hingga RM3.00. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Pengarang: Soo Cham ISBN: 983-62-9406-6 Harga: RM25.00 Buku ini mengisahkan penderitaan seorang ibu bernama Abu yang ber- bangsa Cina apabila anak-anaknya, Soo Sau Yong, Soo Sau Chin dan Sui Yin memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu. Anak-anaknya yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Melayu telah serasi hidup dengan budaya dan masyarakat Melayu sehingga sanggup meninggalkan agama asalnya dan ibunya. Namun, si ibu tidak dapat menerima hakikat ini. ”Kenapa orang Cina hendak jadi orang Melayu?”. Pertukaran agama anak-anaknya membuatkan si ibu selalu menitiskan air mata setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina. Mampukah si ibu mendapatkan semula kasih sayang anak-anaknya yang semakin hilang? Ikutilah kesu- dahannya dalam novel yang amat menarik ini. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 21 emel MUNSYI Syabas! Semoga menjadi contoh kepada yang lain. Perbadanan Putrajaya telah menukarkan papan tandanya ke bahasa Melayu. Wacana Pemikiran Jong Chian Lai Oleh Abang Haliman Haji Abang Julai J ong Chian Lai merupakan penulis pertama kelahiran Sarawak yang menerima SEA Write Award, anugerah berprestij kerajaan Thailand bagi tahun 2006. Sebagai peng- hargaan kepada penulis yang berjaya mengharumkan nama Malaysia amnya dan Sarawak khususnya, DBP Cawangan Sarawak (DBPCS) telah meng- adakan Wacana Pemikiran Jong Chian Lai di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak pada 6 Februari 2007. Di samping memperlihatkan keterampilan penulis, wacana ini juga ber- tujuan untuk membincangkan sumbangan penulis dari kaca mata penyair dan pengkaji sas- tera tanah air. Dunia penulisan Jong Chian Lai bermula dengan genre puisi diikuti dengan genre cerpen dan novel. Namun begitu, bakatnya lebih menyerlah sebagai penulis cereka. Dari tahun 1980 hingga 2005, beliau telah menghasilkan 24 buah cerpen, dan empat buah antologi cerpen yang diterbitkan secara persendirian iaitu Musim Terakhir (1988), Bunga Rimba (1998), Menganyam Kedukaan (1999), dan Dunia Sebayan (2005). Cerpen beliau juga telah diter- bitkan dalam 35 buah antologi, bersama-sama penulis lain, selain diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh empat orang pengkaji sastera iaitu Datuk Dr. Mohd. Anuar Haji Rethwan, Mohamad Saleeh Rahamat, Jeniri Amir dan Hazami Jahari. Sesi pembentang- an telah dipengerusikan oleh Abang Haliman Abang Julai. Datuk Dr. Mohd. Anuar mem- bicarakan sumbangan beliau dalam genre cerpen, khusus- nya cerpen terbaharunya yang bertajuk ‘Engsera’ (Dewan Sastera, Januari 2007) dalam kertas kerja bertajuk “Cerpen ‘Engsera’ Jong Chian Lai: Legasi Pahlawan dalam Mitos dan Realisme Magis”. Cerpen ini selain memperlihatkan kesi- nambungan struktur cerpen- cerpennya yang terdahulu, turut memperlihatkan elemen yang menambahkan nilai kekuatan cerekanya. Penyelidikan yang dilakukan penulis telah mem- bantu beliau menghasilkan cer- pen-cerpen bercorak sejarah, perhubungan antara kaum, serta sosiobudaya Iban dalam pelbagai cabaran moden dan pembangunannya. Menerusi kertas kerja bertajuk “Citra Subaltern, Comprador, dan Ambivalence dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis Budaya”, Mohd. Saleeh Rahamat membincang- kan karya yang berlegar dalam lapangan disiplin budaya untuk melihat makna bahasa yang ditampilkan dalam karya sas- tera. Pemaknaan bahasa itu membentuk satu citra budaya yang diterapkan dalam masya- rakat. Jong Chian Lai telah memper- lihatkan gaya kepengarangan yang seragam dalam novel-novel- nya. Watak yang diberi fokus atau pembelaan ialah golongan subaltern, dan mereka yang di- tindas oleh golongan penguasa melalui tali barut yang disebut sebagai comprador , tetapi dalam masa yang sama wujud sikap berbelah bagi antara keingin- an membela golongan subal- tern dengan keinginan untuk menerima agenda penguasa. Jong bijak menyampaikan idea budayanya itu tanpa mengatakannya secara terus terang tetapi membiarkan imej dan aksi watak bermain di pentas fiktif secara artistik. Misalnya, citra ambivalence yang menyelubungi ideanya bergelut dalam diri setiap watak secara bersahaja. Jong membi- arkan pembaca menggunakan daya taakulan untuk mencari makna tersebut tanpa memberi- tahunya secara langsung. Jeniri Amir dengan tajuk kertas kerja “Dari Pindah ke Meredah Ombak Keributan: Dunia dalam Kata, Dunia Beraneka Gaya” menyatakan bahawa Jong Chian Lai meng- akui bahawa hasratnya ketika mengarang novel, antara lain adalah untuk menjadi individu berbangsa Cina yang men- dukung cita-cita mendaulatkan bahasa Melayu dan membina jambatan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum melalui sastera. Kekuatan novel Jong turut terletak pada kekuat- an bahasa. Hal ini diakui oleh Panel Penilai Peraduan Novel DBPCS Sempena 20 Tahun Sarawak Merdeka yang menya- takan kebolehan beliau menye- imbangkan semua aspek teknik penulisan cereka. Penampilan watak membawa perwa- takan masing-masing begitu meyakinkan, plot ceritanya ter- susun kemas dan menimbulkan keinginan pembaca untuk terus membaca dari satu halaman ke satu halaman berikutnya. Hazami Jahari dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Dari Pindah ke Pemberontakan : Tingkat Kematangan Kepe- ngarangan Jong Chian Lai” melihat Jong Chian Lai sebagai penulis yang cukup menonjol melalui cerpen dan novel. Tetapi yang paling mengesankan bagi Hazami ialah keupayaan Jong Chian Lai memindahkan pe- ngalaman, pemikiran dan seja- rah lampau ke dalam dunia kre- atif yang menampakkan kema- tangannya sebagai penulis. Jelaslah Wacana Pemikiran ini berjaya mengupas pelbagai sudut dunia penulisan peneri- ma anugerah SEA Write Award bagi tahun 2006. KHUSYUK: Jong Chian Lai (kanan) yang turut hadir dalam wacana pemikirannya di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak. AIR MATA IBU Majlis Mengenang Jasa Zaini Ozea 9 Buku DBP Menang Hadiah ISESCO 11

MAtA Wacana Pemikiran Jong Chian Lai - Halaman Utama PRPM · nambungan struktur cerpen-cerpennya yang terdahulu, turut memperlihatkan elemen yang menambahkan nilai kekuatan cerekanya

Embed Size (px)

Citation preview

Bil: 33 RABU, 21 FEBRUARI 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan promosi harga runtuh dari 15 Februari hingga 15 April 2007. Novel dewasa dan kanak-kanak, buku puisi, sastera dan buku terpilih dijual dengan harga RM1.00 hingga RM3.00.

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari

Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Pengarang: Soo ChamISBN: 983-62-9406-6Harga: RM25.00

Buku ini mengisahkan penderitaan seorang ibu bernama Abu yang ber-bangsa Cina apabila anak-anaknya, Soo Sau Yong, Soo Sau Chin dan Sui Yin memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu.

Anak-anaknya yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Melayu telah serasi hidup dengan budaya dan masyarakat Melayu sehingga sanggup meninggalkan agama asalnya dan ibunya. Namun, si ibu tidak dapat menerima hakikat ini. ”Kenapa orang Cina hendak jadi orang Melayu?”. Pertukaran agama anak-anaknya membuatkan si ibu selalu menitiskan air mata setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina.

Mampukah si ibu mendapatkan semula kasih sayang anak-anaknya yang semakin hilang? Ikutilah kesu-dahannya dalam novel yang amat menarik ini.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 21 emel

MUNSYI

Syabas! Semoga menjadicontoh kepada yang lain.

Perbadanan Putrajaya telahmenukarkan papan tandanya

ke bahasa Melayu.

Wacana Pemikiran Jong Chian LaiOleh Abang Haliman Haji Abang Julai

J ong Chian Lai merupakan penulis pertama kelahiran Sarawak yang menerima

SEA Write Award, anugerah berprestij kerajaan Thailand bagi tahun 2006. Sebagai peng-hargaan kepada penulis yang berjaya mengharumkan nama Malaysia amnya dan Sarawak khususnya, DBP Cawangan Sarawak (DBPCS) telah meng-adakan Wacana Pemikiran Jong Chian Lai di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak pada 6 Februari 2007. Di samping memperlihatkan keterampilan penulis, wacana ini juga ber-tujuan untuk membincangkan sumbangan penulis dari kaca mata penyair dan pengkaji sas-tera tanah air.

Dunia penulisan Jong Chian Lai bermula dengan genre puisi diikuti dengan genre cerpen dan novel. Namun begitu, bakatnya lebih menyerlah sebagai penulis cereka. Dari tahun 1980 hingga 2005, beliau telah menghasilkan 24 buah cerpen, dan empat buah antologi cerpen yang diterbitkan secara persendirian iaitu Musim Terakhir (1988), Bunga Rimba (1998), Menganyam Kedukaan (1999), dan Dunia Sebayan (2005). Cerpen beliau juga telah diter-bitkan dalam 35 buah antologi, bersama-sama penulis lain, selain diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh empat orang pengkaji sastera iaitu Datuk Dr. Mohd. Anuar Haji Rethwan, Mohamad Saleeh Rahamat, Jeniri Amir dan Hazami Jahari. Sesi pembentang-an telah dipengerusikan oleh Abang Haliman Abang Julai.

Datuk Dr. Mohd. Anuar mem-bicarakan sumbangan beliau dalam genre cerpen, khusus-nya cerpen terbaharunya yang bertajuk ‘Engsera’ (Dewan Sastera, Januari 2007) dalam kertas kerja bertajuk “Cerpen ‘Engsera’ Jong Chian Lai: Legasi Pahlawan dalam Mitos dan Realisme Magis”. Cerpen ini selain memperlihatkan kesi-nambungan struktur cerpen-cerpennya yang terdahulu, turut

memperlihatkan elemen yang menambahkan nilai kekuatan cerekanya. Penyelidikan yang dilakukan penulis telah mem-bantu beliau menghasilkan cer-pen-cerpen bercorak sejarah, perhubungan antara kaum, serta sosiobudaya Iban dalam pelbagai cabaran moden dan pembangunannya.

Menerusi kertas kerja bertajuk “Citra Subaltern, Comprador, dan Ambivalence dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis Budaya”, Mohd. Saleeh Rahamat membincang-kan karya yang berlegar dalam lapangan disiplin budaya untuk melihat makna bahasa yang ditampilkan dalam karya sas-tera. Pemaknaan bahasa itu membentuk satu citra budaya yang diterapkan dalam masya-rakat.

Jong Chian Lai telah memper-lihatkan gaya kepengarangan yang seragam dalam novel-novel-nya. Watak yang diberi fokus atau pembelaan ialah golongan subaltern, dan mereka yang di-tindas oleh golongan penguasa melalui tali barut yang disebut sebagai comprador, tetapi dalam masa yang sama wujud sikap

berbelah bagi antara keingin-an membela golongan subal-tern dengan keinginan untuk menerima agenda penguasa.

Jong bijak menyampaikan idea budayanya itu tanpa mengatakannya secara terus terang tetapi membiarkan imej dan aksi watak bermain di pentas fiktif secara artistik. Misalnya, citra ambivalence yang menyelubungi ideanya bergelut dalam diri setiap watak secara bersahaja. Jong membi-arkan pembaca menggunakan daya taakulan untuk mencari makna tersebut tanpa memberi-tahunya secara langsung.

Jeniri Amir dengan tajuk kertas kerja “Dari Pindah ke Meredah Ombak Keributan: Dunia dalam Kata, Dunia Beraneka Gaya” menyatakan bahawa Jong Chian Lai meng-akui bahawa hasratnya ketika mengarang novel, antara lain adalah untuk menjadi individu berbangsa Cina yang men-dukung cita-cita mendaulatkan bahasa Melayu dan membina jambatan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum melalui sastera. Kekuatan novel Jong turut terletak pada kekuat-

an bahasa. Hal ini diakui oleh Panel Penilai Peraduan Novel DBPCS Sempena 20 Tahun Sarawak Merdeka yang menya-takan kebolehan beliau menye-imbangkan semua aspek teknik penulisan cereka. Penampilan watak membawa perwa-takan masing-masing begitu meyakinkan, plot ceritanya ter-susun kemas dan menimbulkan keinginan pembaca untuk terus membaca dari satu halaman ke satu halaman berikutnya.

Hazami Jahari dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Dari Pindah ke Pemberontakan :Tingkat Kematangan Kepe-ngarangan Jong Chian Lai” melihat Jong Chian Lai sebagai penulis yang cukup menonjol melalui cerpen dan novel. Tetapi yang paling mengesankan bagi Hazami ialah keupayaan Jong Chian Lai memindahkan pe-ngalaman, pemikiran dan seja-rah lampau ke dalam dunia kre-atif yang menampakkan kema-tangannya sebagai penulis.

Jelaslah Wacana Pemikiran ini berjaya mengupas pelbagai sudut dunia penulisan peneri-ma anugerah SEA Write Award bagi tahun 2006.

KHUSYUK: Jong Chian Lai (kanan) yang turut hadir dalam wacana pemikirannya di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak.

AirMAtAibu

MajlisMengenangJasaZaini Ozea

9Buku DBPMenangHadiahISESCO

11