1
Teknik terbaik menjana keuntungan PERTANYAAN paling kerap saya terima daripada pelabur saham ialah bagaimana untuk menyaring kaunter berpotensi atau apakah teknik terbaik un- tuk menjana keuntungan di pasaran saham? Teknik yang dimaksudkan oleh mereka ini bermaksud teknik mengenal pasti saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang jika dibeli, akan naik banyak dalam masa yang singkat. Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi serta pendapatan bulanan yang tidak mencukupi membuat- kan ramai orang menceburkan diri di dalam dunia saham, terdesak untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat. Tidak dinafikan ramai orang mengikuti pembelajaran sa- ham termasuk orang-orang yang telah mengalami kerugian di dalam skim ponzi atau lebih tepat telah tersontot dengan pelbagai skim-skim berunsur penipuan. Justeru, mangsa- mangsa skim ini telah beralih mencari alternatif lain untuk mendapatkan semula wang yang telah lebur dengan meng- hadiri bermacam-macam semi- nar termasuk seminar saham Bursa Malaysia. Oleh kerana bebanan hutang serta perbelanjaan harian yang melebihi pendapatan bulanan, mereka yang telah mempunyai asas-asas pelaburan saham ingin membeli saham yang akan naik banyak dengan aliran kenaikan yang pantas. Seboleh- bolehnya, harga saham terse- but terus naik sejurus dibeli. Sebagai contoh, mereka hen- dak mencari saham yang naik pada hari yang sama mereka membeli saham tersebut. Atau setidak-tidaknya, naik keeso- kan harinya atau naik dalam tempoh kontra. Kenaikan itu juga seboleh- bolehnya naik dengan banyak. Sebagai contoh, harga saham yang dibeli pada harga 20 sen perlu naik sekurang-kurangnya 5 sen atau lebih dalam sekelip mata atau dalam satu hari da- gangan. Pedagang runcit ini akan membeli saham-saham murah kebiasaannya di bawah harga 30 sen dengan harapan modal yang kecil akan mem- berikan keuntungan yang besar. Maka, dengan sebab inilah ramai yang sanggup membayar saranan-saranan saham atau buy call secara bulanan sebagai jalan pintas tanpa perlu bersu- sah-payah membuat kajian dan analisa saham. Mereka ini akan menyertai bermacam-macam kumpulan saham di media so- sial Facebook, kumpulan wat- sapp dan telegram. Mendengar atau membaca saranan saham atau buy call tidak salah tetapi ianya perlu diteliti dan dikaji serta ber- dasarkan kepada fakta dan sumber yang sahih. Ramai orang telah mengadu kepada saya tentang kerugian yang dialami kerana mengikuti saranan atau buy call ini. Tetapi apakan daya, ramai juga pelabur yang masih tidak mengambil ik- tibar kerana mereka belum lagi mengalami kerugian seperti si pengadu. Mereka hanya akan sedar apabila mengalami keru- gian dan kemudian barulah mereka akan meminta nasihat daripada saya. Saya banyak menerima aduan melalui e-mel dan pesanan peri- badi Facebook yang menceri- takan tentang kerugian dialami oleh pelabur yang telah mengi- kuti saranan atau buy call ini. Ada yang menyertakan kepada saya portfolio kerugian di atas kertas di mana kerugian tersebut bukan- nya sedikit. Ada yang mencecah sehingga angka RM10,000 untuk satu kaunter sahaja. Untuk mengelakkan dari- pada terjebak dengan saranan atau buy call yang tidak menja- di, pelabur dan pedagang saham tiada pilihan lain melainkan mendapatkan ilmu yang betul. Walaupun pelajaran tentang saham agak meluas, pelabur dan pedagang saham boleh be- lajar perlahan-lahan secara is- tiqomah. Panduan atau modul pembelajaran saham telah saya tulis di beberapa keluaran yang lepas. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian carta untuk menyaring kaunter ber- potensi naik menggunakan pendekatan analisis teknikal mahupun fundamental. Ba- nyak data yang boleh diperoleh daripada perisian ini termasuk penyaringan pantas (quick scan) saham berpotensi naik yang boleh diperoleh tidak sampai satu minit. Untuk memudahkan penya- ringan kaunter berpotensi naik semasa pasaran saham diurus niagakan, pedagang saham ha rian atau jangka masa singkat boleh membuat persediaan awal de ngan membuat kerja rumah sewaktu pasaran tutup iaitu pada bila-bila masa selepas pukul 5 petang. Dengan ini, anda mempunyai banyak masa dan sekiranya ka- jian mendapati saham pilihan anda itu mempunyai potensi naik pada keesokan hari atau di masa hadapan, anda boleh memasukkan pesanan beli se- belum pasaran dibuka keesokan hari kerana kebanyakan pelabur dan pedagang saham mula be- kerja sama waktu dengan waktu pasaran saham Bursa Malaysia. Kita sambung topik ini di minggu hadapan. Mereka yang ingin meng- hadiri Simposium Saham Utu- san 2017 dan mendengar pe- nerangan tentang perisian carta untuk membuat kajian saham, sila daftar di pautan ini: http:// bit.ly/simposiumsahamutu- san2017 CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi serta pendapatan bulanan yang tidak mencukupi membuatkan ramai orang menceburkan diri di dalam dunia saham.”

MBSB, AFB mulakan pelan bergabungwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · dasarkan kepada fakta dan sumber yang sahih. Ramai orang telah mengadu kepada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MBSB, AFB mulakan pelan bergabungwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · dasarkan kepada fakta dan sumber yang sahih. Ramai orang telah mengadu kepada

18 UTUSANBIZ UTUSAN MALAYSIA • RABU 23 OGOS 2017

MBSB, AFB mulakan pelan bergabung Oleh ZUNAIDAH [email protected]

� KUALA LUMPUR 22 OGOS

MALAYSIA Building Society Bhd. (MBSB) akan memu­lakan pelan dan aktiviti

utama bagi memastikan proses penggabungan dengan Asian Fi­nance Bank (AFB) berjalan lancar.

Presiden dan Ket­ua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ah­mad Zaini Othman berkata, kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melak­sanakan cadangan tersebut disam­but baik oleh pihak berkepenti­ngan terutama peme gang saham dan tenaga kerja MBSB.

“Sebelum ini, kami telah pun menyediakan pelan dan aktiviti bagi memastikan proses pengga­bungan ini berjalan dengan lancar dan dengan kelulusan ini, maka ia

boleh dimulakan,” ka­tanya dalam kenyataan di sini semalam.

MBSB yang dimiliki Kumpulan Wang Sim­panan Pekerja (KWSP) sebanyak 65.56 pera­tus mendapat kelulu­san BNM pada Jumaat lalu untuk meneruskan

penggabungan dengan AFB di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Tahun lalu, MBSB me­mulakan rundingan strate­gik bersama pemegang sa­

ham AFB iaitu Qatar Islamic Bank yang memiliki pegangan 66.67 peratus dalam AFB, RUSB Invest­ment Bank Inc. (16.67 peratus), Tadhamon International Islamic Bank (10 peratus) dan Financial Assets Bahrain WLL (6.67 peratus).

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017, MBSB mencatat keuntungan

sebelum cukai seba­nyak RM115.63 juta ber­banding RM74.72 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu manakala perole­han meningkat kepada RM813.42 juta daripada RM812.52 juta.

Prestasi lebih baik itu didorong oleh pen­dapatan operasi dan peruntukan lebih ting­gi bagi kerugian rosot nilai dalam pinjaman,

pendahuluan dan pembiayaan yang dicatatkan semasa tempoh dalam kajian.

Ahmad Zaini berkata, kepu­tusan berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding prestasi tahun lepas dan juga keupayaan syarikat untuk terus mengekalkan pertumbuhan perolehan.

“Ini menunjukkan strategi perniagaan seiring dengan usaha kami untuk memperluaskan seg­men korporat,” katanya.

Teknik terbaik menjana keuntunganPERTANYAAN paling kerap saya terima daripada pelabur saham ialah bagaimana untuk menyaring kaunter berpotensi atau apakah teknik terbaik un­tuk menjana keuntungan di pasaran saham?

Teknik yang dimaksudkan oleh mereka ini bermaksud teknik mengenal pasti saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang jika dibeli, akan naik banyak dalam masa yang singkat.

Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi serta pendapatan bulanan yang tidak mencukupi membuat­kan ramai orang menceburkan diri di dalam dunia saham, ter desak untuk mendapatkan keu ntungan dengan cepat.

Tidak dinafikan ramai orang mengikuti pembelajaran sa­ham termasuk orang­orang yang telah mengalami kerugian di dalam skim ponzi atau lebih tepat telah tersontot dengan pelbagai skim­skim berunsur penipuan. Justeru, mangsa­mangsa skim ini telah beralih mencari alternatif lain untuk mendapatkan semula wang yang telah lebur dengan meng­hadiri bermacam­macam semi­nar termasuk seminar saham Bursa Malaysia.

Oleh kerana bebanan hutang serta perbelanjaan harian yang melebihi pendapatan bulanan, mereka yang telah mempu nyai asas­asas pelaburan saham ingin membeli saham yang akan naik banyak dengan aliran kenaikan yang pantas. Seboleh­bolehnya, harga saham terse­but terus naik sejurus dibeli. Sebagai contoh, mereka hen­dak mencari saham yang naik pada hari yang sama mereka membeli saham tersebut. Atau setidak­tidaknya, naik keeso­kan harinya atau naik dalam tempoh kontra.

Kenaikan itu juga seboleh­bolehnya naik dengan banyak. Sebagai contoh, harga saham yang dibeli pada harga 20 sen perlu naik sekurang­kurangnya 5 sen atau lebih dalam sekelip mata atau dalam satu hari da­gangan. Pedagang runcit ini akan membeli saham­saham

murah kebiasaannya di bawah harga 30 sen dengan harapan modal yang kecil akan mem­berikan keuntungan yang besar.

Maka, dengan sebab inilah ramai yang sanggup membayar saranan­saranan saham atau buy call secara bulanan sebagai jalan pintas tanpa perlu bersu­sah­payah membuat kajian dan analisa saham. Mereka ini akan menyertai bermacam­macam kumpulan saham di media so­sial Facebook, kumpulan wat-sapp dan telegram.

Mendengar atau membaca saranan saham atau buy call tidak salah tetapi ianya perlu diteliti dan dikaji serta ber­dasarkan kepada fakta dan sumber yang sahih.

Ramai orang telah mengadu kepada saya tentang kerugian yang dialami kerana mengikuti saranan atau buy call ini. Tetapi apakan daya, ramai juga pelabur yang masih tidak mengambil ik­tibar kerana mereka belum lagi mengalami kerugian seperti si pengadu. Mereka hanya akan sedar apabila mengalami keru­gian dan kemudian barulah mereka akan meminta nasihat daripada saya.

Saya banyak menerima aduan melalui e­mel dan pesanan peri­badi Facebook yang menceri­takan tentang kerugian dialami oleh pelabur yang telah mengi­kuti saranan atau buy call ini. Ada

yang menyertakan kepada saya portfolio kerugian di atas kertas di mana kerugian tersebut bukan­nya sedikit. Ada yang mencecah sehingga angka RM10,000 untuk satu kaunter sahaja.

Untuk mengelakkan dari­pada terjebak dengan saranan atau buy call yang tidak menja­di, pelabur dan pedagang saham tiada pilihan lain melainkan mendapatkan ilmu yang betul.

Walaupun pelajaran tentang saham agak meluas, pelabur dan pedagang saham boleh be­lajar perlahan­lahan secara is­tiqomah. Panduan atau modul pembelajaran saham telah saya tulis di beberapa keluaran yang lepas.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian carta untuk menyaring kaunter ber­potensi naik menggunakan pendekatan analisis teknikal mahupun fundamental. Ba­nyak data yang boleh diperoleh daripada perisian ini termasuk penyaringan pantas (quick scan) saham berpotensi naik yang boleh diperoleh tidak sampai satu minit.

Untuk memudahkan penya­ringan kaunter berpotensi naik semasa pasaran saham diurus niagakan, pedagang saham ha rian atau jangka masa singkat boleh membuat persediaan awal de ngan membuat kerja rumah sewaktu pasaran tutup iaitu pada bila­bila masa selepas pukul 5 petang.

Dengan ini, anda mempu nyai banyak masa dan sekiranya ka­jian mendapati saham pilihan anda itu mempunyai potensi naik pada keesokan hari atau di masa hadapan, anda boleh memasukkan pesanan beli se­belum pasaran dibuka keesokan hari kerana kebanyakan pelabur dan pedagang saham mula be­kerja sama waktu dengan waktu pasaran saham Bursa Malaysia.

Kita sambung topik ini di ming gu hadapan.

Mereka yang ingin meng­hadiri Simposium Saham Utu­san 2017 dan mendengar pe­nerangan tentang perisian carta untuk membuat kajian saham, sila daftar di pautan ini: http://bit.ly/simposiumsahamutu-san2017

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi serta pendapatan bulanan yang tidak mencukupi membuatkan ramai orang menceburkan diri di dalam dunia saham.”

PDB untung selepas cukai RM317.2 jutaKUALA LUMPUR 22 Ogos – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatat peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 27 peratus ke­pada RM317.2 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 berbanding RM249.7 juta tempoh sama tahun lalu.

Perolehan bagi suku tersebut juga meningkat 22 peratus kepada RM6.5 bilion berbandin g RM5.33 bilion bagi tahun sebelumnya. Prestasi lebih baik itu didorong purata harga jualan lebih tinggi pada 28 peratus berikutan peningkatan Mean of Platts Singapore.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus (gambar) berkata, syarikat masih mencatat prestasi yang baik di sebalik persekitaran ekonomi mencabar dan ini memberi keyakinan kepada PDB untuk meningkatkan pengalaman pengguna menerusi produk dan perkhidmatan terbaik.

Katanya, dalam masa sama, pihaknya juga akan mencari peluang menjalin kerjasama strategik untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada para pengguna dan memberi fokus kepada pengurusan inventori, bekalan dan kecekapan pengedaran serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi.

“Dari segi perniagaan komersial, kami akan terus memberi penekanan kepada memaksimumkan nilai dengan meningkatkan margin segmen produk dan pasaran disasarkan.

“Perniagaan gas petroleum cecair pula, usaha tertumpu kepada pasaran utama manakala untuk minyak pelincir, tumpuan adalah untuk mengembangkan margin produk,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Eksport 12,000 tan nanas MD2 ke China mula tahun iniJOHOR BAHRU 22 Ogos – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan mengeksport 12,000 tan metrik nanas MD2 ke China bermula tahun ini.

Pengerusi LPNM, Datuk Sam­solbari Jamali berkata, proses itu kini di peringkat akhir bagi me­mastikannya menepati protokol, spesifikasi, standard dan piawaian ditetapkan negara tersebut.

“Wakil­wakil dari China sudah melawat ladang­ladang nanas ter­libat dan kini hanya tinggal pros­es akhir iaitu melibatkan proses rawatan untuk mendapatkan ke­lulusan mereka.

“China merupakan pasaran ba­haru bagi kita dan setakat ini tiga

pengusaha iaitu dua dari Johor dan seorang dari Pahang dipilih untuk mengeksport nanas ke Chi­na,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Sembang Nanas Transformasi Na­sional TN50 Aspirasi Nanas Men­jelang 2050 di Ibu pejabat LPNM, Tampoi di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pen­garah LPNM, Datuk Mohd. Anim Hosnan.

Samsolbari berharap, apabila semua syarat ditetapkan dapat dipenuhi, eksport ke China akan berterusan dan pada masa sama, pihaknya sentiasa membuka pe­luang kepada pengusaha lain un­

tuk turut mengeksport nanas.Jelasnya, ketika ini nanas diek­

sport antaranya ke Singapura, Korea, Iran, Emiriah Arab Ber­satu (UAE), Amerika Syarikat dan Jepun dengan nilai dianggarkan RM160 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata, keluasan tanaman nanas varieti MD2 yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa ketika ini adalah 1,987.62 hektar.

Beliau berkata, Johor meru­pakan negeri yang mempunyai keluasan ladang terbesar diikuti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Perlis.

Petron Malaysia rancang buka 10 stesen minyak baharuSHAH ALAM 22 Ogos – Petron Ma­laysia merancang untuk mem­buka 10 buah lagi stesen minyak dalam usaha mendekati lebih ra­mai pelanggan seterusnya men­gukuhkan jenama syarikat itu di negara ini.

Menurut Ketua Dagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali, ketika ini terdapat kira­kira 600 stesen minyak Petron di se­luruh negara termasuk Sarawak dan stesen baharu itu sedang menunggu kelulusan pihak ber­wajib untuk memulakan ope­rasi.

“Sekarang ini dalam 10 lagi yang dah siap, tunggu lesen dan sebagainya, dan ada beberapa lagi dalam pembinaan.

“Kami cukup agresif, Kami ingin membawa produk lebih dekat ke­pada pelanggan melalui pembu­kaan lebih banyak stesen minyak dan menawarkan servis yang lebih selesa dengan menaik taraf per­khidmatan sedia ada.

“Ketika ini kemudahan seperti bilik air dan surau di stesen minyak

Petron telah dinaik taraf dan kami akan teruskan usaha­usaha ini,” katanya ketika ditemui selepas pro­gram Cabaran Hypermarket Sweep Petron di pasar raya Giant Stadium Shah Alam dekat sini hari ini.

Program itu yang dihoskan oleh artis Alif Satar, turut dihadiri Penga­rah Hal Ehwal Korporat GCH Retail (M) Sdn.Bhd., Roseta Mohd. Jaafar.

Mengenai program yang dijalan­

kan, Faridah berkata, ia kali ketiga dianjurkan sebagai penghargaan kepada pelanggan Petron di selu­ruh negara.

Beliau berkata, sebanyak RM240,000 diperuntukkan seba­gai ganjaran kepada 16 pelanggan bertuah dengan lapan daripada mereka memenangi barangan run­cit bernilai RM5,000 dan lapan lagi saguhati bernilai RM3,000.EPIC Mushtari, Stork jalin

kerjasama kepakaranKEMAMAN 22 Ogos – EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd. (EME) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Stork Technical Services Holding B.V untuk melaksanakan perkong­sian teknologi dan kepakaran ber­sama rakan niaga antarabangsa.

Langkah itu sebahagian dari­pada usaha anak syarikat Eas tern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Bhd. yang menjadi sayap penglibatan kerajaan negeri dalam industri minyak gas un­tuk meneroka peluang lebih luas terutama dalam kerja pemulihan dan pembaikan loji.

Pengerusi EME, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, MoU itu akan memberi manfaat besar kepada kedua­dua pihak dalam menjana keuntungan se­cara efisien untuk menghadapi persaingan industri dan ekonomi pada masa depan.

“Kerjasama ini juga akan mem­bantu mempertingkatkan syari­kat kepada lebih aktif, agresif dan produktif dalam mencipta pe luang dalam bidang pemulihan dan pembaikan loji.

“EME dan Strok Technical Ser­vices telah mencapai beberapa kata sepakat untuk melaksana­kan rangkaian kerjasama ini. Ia

adalah usaha untuk menembusi peluang pasaran lebih tinggi khu­susnya yang menepati keperluan Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka berucap dalam majlis menan­datangani MoU itu di sini, petang semalam yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Em­bong.

EME diwakili Pengarah Uru­san Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor manakala Stork Technical Services diwakili Pen­garah Operasi Wilayah, Deon Otto dengan disaksikan Menteri Be­sar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Tengku Zaihan menyifatkan MoU itu suatu anjakan ke arah fasa baharu EME dalam mem­pergiatkan usaha dan aktiviti per­niagaan terutamanya perkong­sian teknologi serta kepakaran dan rakan niaga antarabangsa.

EME ditubuhkan pada 1985 dan menjadi sebahagian dari­pada keluarga EPIC Berhad ber­mula Oktober 2007. Ia berke­cimpung dalam bidang fabrikasi umum, khidmat pemulihan loji, penyelenggaraan tangki, pening­katan dan pengubahsuaian paip serta membaik pulih kapal.

AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN (tiga dari kiri) melancarkan Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar di Resort World, Kijal, Terengganu, kelmarin.– UTUSAN/ AZLAN BAHRUM

AHMAD ZAINI OTHMAN

KUNJUNGAN KE UTUSAN...

FARIDAH ALI (lapan dari kanan) dan Roseta Mohd. Jaafar (sembilan dari kanan) bersama pemenang program Cabaran Hypermarket Sweep Petron di Giant Hypermarket di Shah Alam, semalam . – UTUSAN/JEFFRI IRAN

PROMOSI... Pizza Hut mengadakan lawatan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. bersempena penganjuran Peraduan Gores & Senyum susulan daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-35.

Menurut QSR Brands (M) Holdings Bhd., pengendali Pizza Hut, sebanyak 10 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM35,000 setiap orang hanya dengan menikmati hidangan beraneka di Pizza Hut.

Jelasnya, dengan berbelanja RM35 dalam satu resit untuk mana-mana produk Pizza Hut, pelanggan layak menerima satu kad gores.

Peraduan Gores & Senyum bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

� Penolong Pengarang Meja Ekonomi Utusan Malaysia, Yulpisman Asli (kiri) dan Mohd. Fauzi Jaafar (kanan), wartawan Meja Ekonomi, Nabila Yasmin Razib (dua dari kiri) dan Afiq Mohd. Shah (dua dari kanan) bersama Eksekutif Kanan Zeno Group, Kamini Goh (tiga dari kanan) bergambar bersama replika kad gores Pizza Hut di Ibu pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam.