17
Disediakan oleh: Puan Kamsiah binti Tumin MEMBINA 5 AYAT DARIPADA GAMBAR (JENIS SITUASI)

Membina 5 ayat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Membina 5 ayat

Disediakan oleh:Puan Kamsiah binti Tumin

MEMBINA 5 AYAT DARIPADA

GAMBAR(JENIS SITUASI)

Page 2: Membina 5 ayat

PENERANGAN

Ayat yang menggambarkan situasi boleh diilhamkan

daripada sebarang pemerhatian anda daripada

grafik atau gambar.

Page 3: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

Page 4: Membina 5 ayat

1. Terdapat beberapa buah rumah papan yang agak usang di tengah-tengah kawasan sawah padi itu.

2. Sawah padi di kawasan itu sudah dibajak dan sedia untuk ditanam dengan anak padi.

3. Seorang perempuan sedang menanam beberapa gemal anak padi di petak sawah tersebut.

4. Anak padi itu ditanam berbaris-baris supaya pokok padi dapat membesar dan hidup subur.

5. Tujuan orang-orangan dipacakkan di sawah padi adalah untuk menghalau burung-burung yang ingin memakan buah padi yang masak

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 5: Membina 5 ayat

PENERANGAN

Ayat menggambarkan aktiviti hasil daripada kata kerja atau perbuatan yang dipaparkan dalam grafik

atau gambar.

Page 6: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 7: Membina 5 ayat

1. Seorang pekebun sayur sedang memagari kebun sayurnya daripada kawat berduri untuk menyelamatkannya daripada musuh tanaman.

2. Pekebun sayur itu sedang menggemburkan batas dengan menggunakan sebatang penggaru .

3. Pekebun sayur itu sedang membersihkan pokok-pokok sawi yang baru ditanamnya.

4. Isteri dan anak-anaknya juga sedang mencabut rumput di kawasan kebun sayur mereka.

5. Pekebun sayur itu menjual sayur-sayurannya sendiri kepada orang ramai di pasar tani.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 8: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

Page 9: Membina 5 ayat

1. Ali sangat gembira kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

2. Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahir Ali pada hari itu.

3. Juadah dan kuih-muih yang dihidangkan oleh emaknya sungguh sedap dan menyelerakan.

4. Ali berasa gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya.

5. Ali sedang meniup lilin dan kawan-kawannya menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 10: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 11: Membina 5 ayat

1. Empat orang peserta lelaki sedang bertanding bagi merebut juara dalam acara olahraga.

2. Seorang pelajar lelaki sedang melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi bergalah.

3. Seorang hakim garisan sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya.

4. Para penonton telah memberikan sokongan dan tepukan kepada peserta yang bertanding.

5. Para penonton melonjak kegembiraan apabila peserta pasukannya menang pertandingan.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 12: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 13: Membina 5 ayat

1. Keluarga Encik Ahmad sedang berkelah dan mandi-manda di tepi pantai.

2. Encik Ahmad pula sedang berehat di tepi pantai sambil membaca sebuah novel.

3. Beberapa orang budak sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai itu.

4. Hasnul dan kawan-kawannya sedang mandi laut sambil bermain baling dan rebut bola.

5. Sebuah kapal layar yang besar itu sedang belayar di tepi pantai ketika itu.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 14: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi/keadaan yang terdapat dalam gambar.

Page 15: Membina 5 ayat

1. Semua kaum turut memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

2. Mereka yang terlibat dalam perbarisan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.

3. Semua peserta yang terlibat menjayakan perbarisan itu menampakan semang patriotisme.

4. Perbarisan Sambutan Hari Merdeka ini disertai oleh pelbagai agensi dan ribuan peserta.

5. Upacara perbarisan itu juga dapat ditonton secara langsung oleh semua rakyat Malaysia.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat:

Page 16: Membina 5 ayat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 17: Membina 5 ayat

1. Mei Lan dan kawan-kawannya sedang menunggu bas di sebuah pondok perhentian bas.

2. Sementara menunggu bas tiba, dia mengisi masa dengan membaca buku pelajarannya.

3. Seorang perempuan sedang menatap dan membaca surat khabar semasa menunggu bas.

4. Mei Lan telah berjaya dalam pelajaran dan menerima anugerah cemerlang di sekolahnya.

5. Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Mei Lan atas kejayaan cemerlangnya itu.

CADANGAN JAWAPANContoh Ayat: