28
MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK UNTUK KEGUNAAN KOLAM HIASAN MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

  • Upload
    vonhan

  • View
    314

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK UNTUK

KEGUNAAN KOLAM HIASAN

MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK

UNTUK KEGUNAAN KOLAM HIASAN

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

5765 MK21 GUAR PERAHU, Nama Penyelia

KBG. SEMANG, 14400

BKT. MERTAJAM, PULAU PINANG

Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :………………………………………………

Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 4: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

iii

MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK UNTUK

KEGUNAAN KOLAM HIASAN

MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

iv

“saya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama penulis : MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 6: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

v

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t

Tesis ini didedikasikan kepada

Keluarga tercinta

Bapa (Hj. Ahmad Bin Hassan), Mak ( Hjh. Che Amah Binti Shafiee),

Kakak (Nurliyana Binti Ahmad),

Kedua-Dua Adik (Nur Syazana dan Muhammad Khairul Izzuddin)

Sahabat yang disayangi

Noraqma Aqmal Bin Yunos, Muhamad Fikri Bin Zakaria,

Mohamad Shahrizad Bin Saiaan, Seluruh pelajar SPH ambilan Disember

Penyelia yang disayangi

Dr. Muhammad Sukri Bin Saud

Terima kasih diatas sokongan, semangat dan bantuan yang telah

diberikan.

Page 7: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

vi

PENGHARGAAN.

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pertama

kali saya ingin melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada penyelia saya

yang sentiasa membimbing dan memberi cadangan serta memberi semangat sepanjang

proses menyaipkan projek sarjana muda ini iaitu Dr. Muhammad Sukri Bin Saud. Tanpa

bantuan dan dorongan serta idea-idea yang banyak membantu saya bagi membolehkan

saya menyiapkan projek dan juga laporan lengkap projek saya yang bertajuk Membina

Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik Untuk Kegunaan Kolam Hiasan.

Seterusnya penghargaan kepada kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga saya

yang lain yang memberi semangat dan juga bantuan daripada segi cadangan dan

kewangan bagi membolehkan saya mencapai matlamat menyiapkkan projek saya ini.

Terima kasih kerana memberi bantuan moral dan doa yang banyak membantu saya dari

segi rohani. Walaupun mereka jauh namun doa dan semangat mereka sentiasa

membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan projek ini.

Tidak dilupakan juga kepada sahabat karib saya iaitu Noraqma Aqmal,

Mohamad Shahrizad dan Muhamad Fikri yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar

serta sokongan moral bagi saya. Sesungguhnya jasa baik kalian amat dihargai dan sangat

besar. Juga kepada pensyarah-pensyarah JPTK yang membantu secara langsung dan

tidak langusng sepanjang saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Moga jasa baik

kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa.

Akhir sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

sepanjang saya menyiapkan projek ini. Moga kalian akan diberkati Tuhan. Sekian.

Page 8: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

vii

ABSTRAK

Pembinaan rekacipta ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu mesin

pemberi makanan ikan automatik yang menggunakan mikro pemprosesan PIC P16F877.

Ia sebagai pengawal utama yang diletakkan dikawasan kolam rumah. Objektif kajian

adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku seperti faktor pemberian

makanan ikan yang tidak sistematik, mengurangkan lebihan makanan ikan didalam

kolam dan mencipta satu alat yang lebih sistematik dan lebih praktikal. Penghasilan

projek ini juga melibatkan kerja-kerja berkaitan elektronik, elektrik dan juga kerja kayu.

Untuk mengawal tetapan masa, peranti elektronik seperti timer dan juga microcontroller

digunakan. Peranti ini membolehkan masa pemberian makanan yang lebih sistematik

mengikut masa yang telah ditetapkan. Lebihan makanan juga dapat dikurang dengan

penggunaan peranti elektronik ini dimana makanan yang diberikan didalam sukatan

tertentu berdasarkan tetapan masa. Beberapa kaedah lain telah digunakan seperti

merujuk hasil kajian terdahulu dan juga mesin-mesin pemberi makanan ikan yang sedia

ada di pasaran serta yang telah dihasilkan oleh individu-individu tertentu. Hasil daripada

pengujian yang telah dijalankan, projek ini telah berfungsi dengan baik dan telah

mencapai objektif pembinaan rekacipta ini. Dengan terhasilnya rekacipta ini secara tidak

langsung ia mampu menjadi inovasi kepada pembinaan landskap pada masa hadapan.

Page 9: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

viii

ABSTRACT

The construction of this invention is intended to produce a machine that automatically

feed fish using PIC P16F877 micro-processing. It is a main controller which is placed at

the pond area. The objective is to solve problems that occur as factors fish feeding that

are not systematically, reduce the surplus of fish food in the pond and create a tool that

is more systematic and more practical. Development of this project involves electronic,

electrical and wood working. To control the setting time, electronic devices such as

timers and the microcontroller is used. This device allows the feeding to be more

systematic base on time that has been set. Surplus food can also be reduced with the use

of electronic devices where the food is given in the pond based on the time setting.

Several other methods have been used as reference such as previous studies and also the

fish food feeder machines in the market and that have been produced by certain

individuals. The results of testing conducted, this project has been functioning well and

has achieved the objectives of the construction of this invention. With the development

of this invention indirectly can become an innovation to the construction of landscape in

the future.

Page 10: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PEMBIMBING ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Kajian 5

1.2.1 Perbezaan Produk Pemberi Makanan Ikan Dipasaran 6

1.2.1.1 Perbezaan jenis-jenis kaedah

Pemberian makanan ikan 7

1.3 Penyataan Masalah 8

Page 11: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

x

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan kajian 10

1.6 Skop Projek 10

1.7 Definisi Istilah 10

1.7.1 Suis 11

1.7.2 Mikro Pemproses 11

1.7.3 Mesin 11

1.7.4 Perumah 12

1.7.5 Automatik 12

1.8 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Rekabentuk 14

2.1.1proses Reka Bentuk 15

2.1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Yang Wujud 16

2.1.1.2 Kajian Mengenai Masalah Yang

Timbul Dan Diterjemahkan

Dalam Bentuk Yang Boleh

Difahami Seperti Pada Kertas Lukisan 17

2.1.1.3 Menyesuaikan Dengan Kemampuan

Dan Pengetahuan Sedia Ada 17

2.1.1.4 Menganalisa Supaya Ianya Dapat Memenuhi

Keperluan Untu Kmelaksanakan 18

2.1.1.5 Pemilihan Dan Penilaian 18

2.1.1.6 Menyampaikan Penyelesaian Yang Dipilih 19

2.2 Sistem Pemakanan Ikan 20

2.2.1 Kadar Pemakanan Ikan 20

Page 12: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xi

2.2.2 Kekerapan Dan Waktu Pemberian

Makanan Ikan 20

2.2.3 Jenis Makanan Ikan 22

2.3.1 Kumpulan-Kumpulan Makanan Ikan 24

2.3 Pemberi Makanan Ikan Automatik 25

2.4 Contoh Projek Pemberi Makanan Ikan Automatik 26

2.4.1 Automatic Pet Feeder 26

2.4.2 Commercial Fish Feeder 27

2.4.3 Automatic Aquarium Feeder 28

2.5 Kesimpulan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 30

3.1 Carta Alir Proses 34

3.2 Lakaran Projek 35

3.3 Lakaran 35

3.4 Lukisan Kerja 35

3.5 Bahan 36

3.6 Peralatan 36

3.7 Kaedah Dan TeknikPembuatan 36

3.8 Pengiraan Kos 37

3.8.1 Kos Bahan Mentah 37

3.9 Pengenalan Komponen Projek 40

3.9.1 Pemasa 40

3.9.1.1 Binaan Dalaman 41

3.9.1.2 Fungsi Setiap Pin Pemasa. 42

3.9.1.3 Formula Rekaan 43

3.9.2 Geganti 44

3.9.2.1Binaan Dan Tamatan Geganti 44

Page 13: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xii

3.9.2.2 Konsep Geganti 45

3.9.2.3 Cara Berfungsi 46

3.2.3 Suis 46

3.2.4 Diod Pemancar Cahaya (Led) 48

3.9.5 Mikropemproses 49

3.9.6 Pengubah 51

3.9.6.1 Teras 52

3.9.7 Transistor 53

3.9.8 Kapasitor 54

3.9.9 Litar Bersepadu 56

3.10 Kesimpulan 56

BAB 4 PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN KEPUTUSAN PROJEK

4.0 Pengenalan 58

4.1 Proses Penghasilan Projek 59

4.2 Proses Penghasilan Komponen Elektronik 60

4.2.1 Proses Membuat Litar 60

4.2.1.1 Kaedah Membuat Litar Surih 61

4.2.1.2 Kaedah Lettering 62

4.2.1.3 Kaedah Etching 63

4.2.1.4 Menebuk Lubang Pada Papan Pcb 64

4.2.1.5 Memasang Komponen 65

4.2.1.6 Memateri Komponen 65

4.3 Proses Penghasilan Komponen Mekanikal 68

4.3.1 Komponen Mekanikal Dalaman Projek 68

4.3.2 Komponen Mekanikal Luaran Projek 70

4.4 Pengujian Projek 71

4.5 Pengujian Pembangunan Sistem 72

4.5.1 Pengujian Menggunakan Multimeter 72

4.5.2 Pengujian Menggunakan Perisian 73

Page 14: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xiii

4.5.3 Pengujian Pada Persekitaran Sebenar 74

4.5.3.1 Jarak Taburan Makanan. 75

4.6 Kesimpulan 75

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 76

5.1 Rumusan 77

5. 2 PerbincanganKajian 78

5.2.1 Masalah Penghasilan Projek 78

5.2.2 Kelebihan Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik 80

5.2.2 Kelemahan Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik 81

5.3 Cadangan 83

5.4 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN

Page 15: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1: Kos Projek 37

Jadual 3.2: Carta Ghantt 38

Jadual 4.1: Jarak Taburan 76

Page 16: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 1.1: Mesin Makanan Ikan Kolam 6

Rajah 1.2: Mesin Makanan Ikan Akuarium 7

Rajah 2.1: Proses Rekabentuk Kejuruteraan 16

Rajah 3.1: Carta Alir Penghasilan Projek Sarjana Muda 31

Rajah 3.2: Carta Alir Proses Mesin Berfungsi 34

Rajah3.3: Binaan Pemasa 40

Rajah3.4: Litar Dalaman Pemasa 555 41

Rajah3.5: Geganti 44

Rajah3.6: Bentuk Suis 47

Rajah3.7: Blok 3 Komponen Asas Mikropemproses 50

Rajah3.8: Kedudukan Pin Mikropemproses 50

Rajah3.9: Binaan Dalaman Pin Mikropemproses 51

Rajah3.10: Binaan Asas Pengubah 52

Rajah3.11: Simbol Transistor 54

Rajah3.12: Litar Penggunaan Transistor 54

Page 17: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xvi

Rajah 3.13 Kapasitor 55

Rajah 3.14 Keratan Rentas Litar Bersepadu 56

Rajah 4.1: Rangka Kerja Penghasilan Komponen Elektronik 59

Rajah: 4.2: Rangka Kerja Penghasilan Komponen Mekanikal 60

Rajah 4.3: Surihan Litar Menggunakan Komputer 61

Rajah 4.4: Proses Lettering 62

Rajah 4.5: Proses Etching 63

Rajah4.6: Rendaman Etching 64

Rajah 4.7: Proses Menebuk Lubang 64

Rajah 4.8: Cara Memateri Komponen Pada Papan PCB 66

Rajah4.9: Memateri Pada Papan Litar 66

Rajah4.10: Litar Lengkap 67

Rajah4.11: Litar Skematik Projek 67

Rajah 4.12: Komponen Dalaman Projek 68

Rajah 4.13: Komponen Luaran Projek 70

Rajah 4.14 Pandangan Sisi Projek 70

Page 18: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xvii

SENARAI SINGKATAN.

AC - Alternate Current

CPU - Center Processing Unit

I/O - Input / Output

IC - Integrated Circuit

LED - Light Emitted Diode

PCB - Printed Circuit Board

PLC - Programmable Logic Controller

RAM - Random Access Memory

Page 19: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Lukisan Kerja 89

B Datasheets Mikropemproses 94

C Senarai Kod Mikropemproses 105

Page 20: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada tahun 2010 Malaysia telah diistiharkan sebagai negara inovasi.Ini

menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk cuba menjadikan negara kita sebuah

negara berinovasi seperti negara di asia tenggara lain iaitu Singapura dan Indonesia.

Pengistiharan ini dilakukan untuk memberikan satu perubahan yang lebih ketara bagi

menjana ekonomi negara yang lebih maksimum berbanding dengan tahun-tahun

sebelum ini (Mosti, 2010).

Kini Malaysia sedang mengalami perubahan dimana kerajaan tahu bahawa

keperluan bertukar daripada ekonomi berasaskan ilmu kepada ekonomi berasaskan

inovasi supaya negara dapat berdiri sebaris dengan negara-negara maju seperti

Britain dan Amerika Syarikat seterusnya meletakkan pembangunan ekonomi

berasaskan inovasi dan kreativiti ia boleh dijadikan sebagai strategi utama bagi

memacu pembangunan negara dengan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi

(Mohd Najib Abdul Razak,2010).

Pengistiharan ini, membolehkan inovasi menjadi asas kepada pertumbuhan

dan kemajuan negara. Ia adalah pemangkin yang boleh menentukan acuan dan

kepantasan negara untuk maju. Bagi Malaysia, ia adalah sebagai satu teras peralihan

kepada ekonomi diterajui teknologi dan ianya penting dalam mengekalkan kelebihan

Page 21: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

2  

daya saing negara. Perubahan yang berlaku hari ini memerlukan kerajaan dan

industri meletakkan inovasi serta daya kreatif sebagai faktor utama mencapai anjakan

kepada ekonomi berasaskan inovasi (Lokman Mohd Hashim, 2010). Manakala

ekonomi yang berasaskan inovasi adalah satu elemen penting dalam Model Ekonomi

Baru (MEB) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri dan diyakini ianya mampu

mencipta peluang dan kekayaan baru yang hanya dapat dicapai jika golongan muda

ketika ini bersifat kreatif, inovatif lagi cekap membuat keputusan kerana di dalam era

globalisasi ini kita perlu menggunakan inovasi, kepakaran dan modal sejagat untuk

terus maju (Mohamed Khaled Nordin, 2010).

Oleh itu, inovasi sebenarnya melibatkan penemuan yang memudahkan proses

kerja dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti atau mutu hasil kerja

secara ketara. Ini termasuklah inovasi teknologi yang melibatkan penghasilan

rekacipta bahan baru, dan inovasi sosial yang merangkumi kaedah baru dalam

mengurus masyarakat, memudahkan proses kerja dan penyelenggaraan maklumat

(Lokman Mohd Hashim, 2010). Tambahan pula, inovasi juga mampu dijadikan

sebagai usaha untuk meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk, perkhidmatan

dan menjadi landasan baru kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan

(Utusan Malaysia, 2009).

Melihat kepada kepentingan inovasi, maka kepelbagaian produk berinovasi

perlu wujud di dalam pelbagai bidang atau sektor. Oleh itu, kelebihan sesuatu produk

yang inovatif boleh mengubah sesebuah industri menjadi lebih maju. Dimana,

pencarian idea yang bermula dari biasa dan dipandang ringan, setelah diinovasikan

akan menjadi hebat dan luar biasa (Mohd Faizal Aziz, 2010).

Dengan ini, inovasi di dalam landskap dilihat satu perkara yang baru bagi

masyarakat. Alat-alat yang baru dicipta bagi membantu penggemar landskap

menyelesaikan masalah ketiadaan masa untuk memberi makanan kepada ikan

ternakan mereka dan tidak mempunyai cara yang sistematik semasa memberi

makanan mampu diselesaikan dengan penghasilan produk yang diinovasikan.

Page 22: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

3  

Produk untuk kegunaan landskap ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu

ikon landskap jika diletakkan dikawasan kolam dan taman mereka. Landskap dalam

erti kata umum adalah pantulan daripada gabungan sistem semulajadi, dinamik dan

sosial di dalam kehidupan harian. Landskap adalah hasil interaksi di antara faktor

abiotik (sifat fizikal seperti air, udara dan tanah), biotik (sifat peribumi kehidupan

seperti haiwan, serangga dan tumbuh-tumbuhan serta ekosistemnya) dan budaya

(seperti corak kehidupan manusia, komuniti, ekonomi mahupun sejarah) yang secara

tidak langsung telah mewujudkan peradaban persekitaran setempat (Dzarul  Hardy 

Azwar, 2009) 

Menurut Najib Talib (2001) pula, landskap merupakan apa-apa yang terdapat

di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik,

gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen

buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan. Landskap

memainkan peranan yang penting di dalam menyegarkan pemandangan serta

menyejukkan kawasan persekitaran rumah.

Ini bermakna, landskap bukanlah pokok atau tumbuh-tumbuhan semata-mata

yang sering menjadi sebutan atau tanggapan umum. Ia merupakan salah satu fungsi

atau elemen yang diadaptasikan di dalam sesuatu reka bentuk ruang atau kawasan

luaran bergantung kepada tujuan reka bentuk tersebut (Dzarul Hardy Azwar, 2009).

Ungkapan landskap itu sendiri sering disama ertikan dengan pokok-pokok di

taman mahupun tumbuh-tumbuhan yang terdapat di persekitaran kita. Namun,

tanggapan masyarakat umum yang seakan sudah sebati dengan sinonim erti

ungkapan lanskap dan taman, telah tidak lagi disalahtafsirkan dengan maksud yang

sebenarnya.

Page 23: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

4  

Di dalam pembinaan landskap pula, kolam buatan adalah salah satu elemen

terpenting di dalam penghasilan sesebuah landskap. Penggunaan elemen kolam ikan

di kawasan landskap ini juga telah dipraktikkan secara meluas seperti dikawasan

pejabat, hospital, bangunan pentadbiran kerajaan, pusat membeli-belah dan

dikawasan riadah.

Menurut Jimi Tan (2007), kolam bukan sahaja mempunyai peranan sebagai

satu produk binaan sahaja malah peranan yang lebih besar dimainkan oleh kolam

yang dikatakan bukan sahaja boleh menyejukkan pemandangan malah boleh

dijadikan sebagai satu terapi kesihatan. Kolam ikan yang dibina selalunya akan

menempatkan ikan-ikan yang mahal serta memerlukan penjagaan yang rapi serta

perlu diberi makan secara konsisten dan teratur agar ikan akan menjadi sihat dan

hidup dalam tempoh jangka hayat yang lama (Azwan Anwar, 2008).

Menurut Jimi Tan (2007) lagi, untuk ternakan ikan air dalam kolam, penyakit

sering menyerang apabila ikan mengalami tekanan. Oleh itu untuk mengelakkan ikan

dari dijangkiti penyakit, pengurusan kesihatan ikan perlu diberi keutamaan dalam

usaha mencegah berlakunya penyakit ikan.Disinilah faktor pemakanan akan

memainkan peranan yang amat penting. Oleh itu pengurusan kolam yang baik dapat

mewujudkan suasana ekosistem yang baik dan produktif serta boleh menyediakan

tempat yang sesuai untuk ikan hidup, membiak dan membesar (Jimi Tan, 2007).

Sistem pengurusan kolam yang salah mampu memberi kesan yang tidak baik

kepada ikan yang dibela. Pengurusan kolam yang baik termasuklah daripada segi

faktor aliran air dan oksigen, dan sistem pemberian makanan ikan yang memberikan

kesan kepada kebersihan kolam dan ikan. Mutu air juga perlu diperiksa dari masa ke

semasa. Ini bertujuan untuk memastikan mutu air sentiasa berada pada tahap yang

baik dan sesuai untuk ikan hidup dan membesar (Azwan Anwar, 2008). Sistem

pemakanan atau cara ikan ini diberi makan menjadi satu masalah bagi pemilik

landskap. Sekiranya ikan diberi makan pada waktu yang tidak tetap dan tidak

menentukan ia akan memberi kesan kepada tumbesaran ikan.

Page 24: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

5  

Lazimnya cara ikan diberi makan adalah secara manual iaitu pemilik akan

menabur makan ikan terus kedalam kolam. Namun, ia mempunyai masalah kerana

waktu pemakan ikan yang tidak menentu dan jika penghuni tiada dirumah maka ikan

akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi makan sehingga ke beberapa hari. Dengan

menggunakan sistem pemakanan yang sistematik dan berjadual atau dengan lebih

mudah lagi menggunakan mesin bermasa ia mampu menyelesaikan masalah ini.

Penggunaan mesin ini memudahkan penghuni dan juga lebih efisien kerana ia

akan memberi makan pada kadar yang betul dan pada masa yang betul mengikut

tetapan penghuni itu sendiri. Mesin ini boleh dibiarkan dikawasan kolam dan

sekiranya penghuni tiada dirumah untuk jangka masa yang lama ia mampu memberi

makan kepada ikan-ikan dan mengekalkan tahap kesihatan ikan itu sendiri. Mesin ini

tidak memerlukan sistem bekalan tenaga yang tinggi dan tidak mengeluarkan kos-

kos sampingan yang mahal malah ia mesra alam.

Melihat kepada pekentingan penjagaan ikan, makan produk berinovasi perlu

dicipta agar ianya mampu memberi satu jalan penyelesaian kepada permasalahan

yang terjadi. Oleh itu, satu mesin pemberi makanan ikan automatik akan dicipta

untuk cuba menyelesaikan permasalahan yang terjadi.

1.2 Latar belakang kajian

Mesin memberi makanan ikan secara automatik telah menjadi satu daya

tarikan kepada penternak-penternak ikan secara besar-besaran atau pemilik

persendirian pada masa kini. Bagi yang berkemampuan untuk membeli alat ini

mereka akan cuba untuk mendapatkan satu alat yang bukan sahaja memudahkan

kerja mereka, malah murah, lebih efisen dan lebih praktikal untuk diletakkan

dikawasan kolam ternakan dan juga kolam di rumah. Penggemar landskap juga

memerlukan satu cara yang baru bagi memastikan ikan peliharaan mereka sentiasa

diberikan makanan yang mencukupi dan pada masa yang tetap.

Page 25: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

6  

1.2.1 Perbezaan Produk Pemberi Makanan Ikan Dipasaran

Rajah 1.1:Mesin Makanan Ikan Kolam

Produk diatas menunjukkan satu mesin yang memberi makanan kepada ikan

ternakan dimana mesin akan dipasangkan di tepi kolam tenakan dan makanan akan

jatuh ke bawah. Kelemahan produk ini adalah makanan hanya jatuh pada satu tempat

sahaja. Makanan akan tertumpu pada satu kawasan sahaja menyebabkan ikan yang

berada dikawasan lain tidak mendapat makanan yang mencukupi untuk tumbersaran.

Kelemahan lain mesin ini ialah ianya mempunyai sistem bukaan yang rumit

dimana ianya dikawal oleh sistem pengaturcaraan logic (PLC) yang agak mahal dan

memerlukan kos penghsilan yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang rumit dan

memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem

pengaturcaraan logic (PLC) sahaja.

 

Page 26: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

7  

Rajah 1.2:Mesin Makanan Ikan Akuarium

Produk keluaran di atas ialah produk yang dicipta untuk kegunaan akuarium

dirumah dimana ianya diletakkan dibahagian atas akuarium atau dibahagian tepi

dengan diapit dengan pelekat yang mampu bertahan pada permukaan cermin

akuarium. Produk ini mempunyai kelemahan dimana makanan yang digunakan

adalah jenis keluaran khas yang berbentuk panjang ke bawah dan terendam di dalam

air akuarium. Ini akan menyebabkan air akuarium akan mudah kotor dan perlu

ditukar kerap berbanding akuarium biasa.

Kelemahan lain ialah ikan tersebut akan makan melalui makanan yang

terendam di dalam air. Produk ini hanya menggunakan satu alat untuk memegang

makanan daripada terputus. Produk ini hanya menggunakan aktiviti ikan sahaja

untuk memberi makanan dimana ikan tersebut perlu menggigit sendiri makanan

daripda kaedah biasa dimana makanan akan jatuh sendiri akibat proses mesin sendiri.

Ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara dan kelemahan yang ingin diatasi di

dalam penghasilan mesin pemberi makanan automatik yang ingin dihasilkan.

Page 27: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

8  

1.2.2 Perbezaan jenis-jenis kaedah pemberian makanan ikan

a. Cara tabur

Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak kecil. Makanan dimasukkan ke

dalam bekas seperti baldi dan penternak akan membawa makanan tersebut ke

sekeliling pelantar sangkar sambil menabur makanan. Kaedah ini di dapati sesuai

bagi ternakan kecil-kecilan (Mohd Khalil, 2009).

Cara memberi makan jenis taburan ini kurang efisen kerana makanan

diberikan dengan jumlah yang tidak sekata dan akan terjadi lebihan makanan di

dalam kolam dan menyebabkan kolam cepat kotor dan ikan mudah diserang

penyakit.

b.‘Demad Feeder ‘

Alat ini tediri dari tabung makanan, injap dan padel yang terendam di dalam

air. Alat ini dipasang ditepi sangkar. Makanan dimasukkan ke dalam tabung

makanan berbentuk silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kon dan dipasang

injap. Injap ini akan terbuka sekiranya padel digerakkan. Apabila hendak makan

ikan-ikan akan menyentuh padel dan pergerakkan ini akan membuka injap dan

makanan akan jatuh ke dalam sangkar. Ikan-ikan akan merebut makanan tersebut

(Mohd Khalil, 2009).

Penternak perlu memeriksa tabung makanan dan mengisinya semula apabila

makanan di dalam tabung itu habis dimakan ikan. Proses ini akan berulang-ulang

sehinggalah semua ikan sudah kenyang. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik

kerana ikan akan mengambil makanan secukupnya sehingga kenyang. Ini bermakna

ikan sentiasa mendapat makanan yang mencukupi dan berterusan. Keadaan ini akan

mempercepatkan tumbesaran ikan.

Page 28: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK … · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti ... kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa

9  

1.3 Penyataan masalah

Penggemar landskap selalunya mempunyai masalah berkaitan dengan kolam

ikan mereka. Perkara utama yang terjadi ialah bagaimana untuk mengelakkan

terjadinya kelambatan memberi makanan kepada ikan-ikan yang dipelihara dan

bagaimana untuk mempunyai tempoh memberi makan ikan yang konsisten. Perkara-

perkara ini selalunya akan menyebabkan pemilik terpaksa menukar atau mengganti

ikan-ikan mereka kerana mudah mati disebabkan faktor waktu pemakanan yang tidak

konsisten. Untuk mereka yang prihatin mereka akan cuba untuk menyelesaikan

masalah ini dengan mudah dan untuk penyelesaian jangka masa panjang. Oleh

disebabkan itu, produk ini dicipta untuk menyelesaikan masalah, memudahkan dan

juga meringankan kerja memberi makan kepada ikan peliharaan kolam dan juga

memperkenalkan teknologi baru bagi bidang landskap.

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini

objektif projek adalah bertujuan untuk:

a. Membangunkan satu mesin pemasa untuk memberi makan secara automatik

yang akan diletakkan dikawasan kolam.

b. Menentukan keberkesanan mesin yang dibina dengan menguji pada situasi

sebenar.