Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
MENARIK DI DALAM:
Ubat vs Makanan vs Kosmetik 1
Kenali Ubat Berdaftar 2
Kesan dan Akibat Produk
Campurpalsu 4
Iklan Ubat: Boleh atau Tidak? 9
Medication Safety:
Perubahan Jenama Ubat 12
Senarai Ubat Baru Dalam
Formulari Hospital 13
Rehat Minda 15
Disediakan Oleh: Unit Farmasi, Hospital Besut Penaung Dr. Hariza binti Hussin Penasihat Pn Siti Zaleha binti Mat Jusoh Ketua Editor Pn Hazlina binti Ibrahim Editor Cik Farhah Nadia binti Zulkifli Ahli Editorial En Muhammad Syazwan bin Maarof Cik Nur Nazihah binti Nawi Pn Tuan Nur Murni Syakinah Tuan Wil Cik Syuhadah Hanim Mohamad Sabri Cik Noor Najihah binti Mohd Nor Cik Nur Iryani binti Ahmad Rizal Cik Wan Zarinah binti Wan Sulong
EDISI 1/2019
DEFINISI UBAT, MAKANAN KESIHATAN DAN
KOSMETIK
• Bahan kimia untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit
UBAT
• Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba
MAKANAN KESIHATAN
• Bahan atau sediaan untuk digunakan pada bahagian luaran badan manusia dengan tujuan untuk membersih, mewangi, mengubah penampilan dan/atau menghilangkan bau badan, dan/atau melindungi dan mengekalkan dalam keadaan baik
KOSMETIK
2
Kenali Ubat Berdaftar
Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti
dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya. Ubat perlu berdaftar bagi memastikan
ubat tersebut telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti dengan tujuan
utama bagi melindungi dan menjamin kesihatan rakyat. Dua ciri utama pada ubat berdaftar:
1. Mempunyai nombor pendaftaran yang sah
2. Mempunyai pelekat hologram MeditagTM
Nombor pendaftaran ini dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8
nombor dan diakhiri dengan huruf. Contoh:
• MAL 12345678X : UBAT BUKAN RACUN “OTC” di tanda huruf “X”
• MAL 23456789A : UBAT TERKAWAL di tanda huruf “A”
• MAL 34567891T : UBAT TRADISIONAL di tanda huruf “T”
• MAL 12345678N : UBAT SUPLEMEN KESIHATAN di tanda huruf “N”
PELEKAT KESELAMATAN HOLOGRAM MEDITAGTM
Pelekat label Hologram MeditagTM mempunyai ciri keselamatan yang tinggi
Setiap satu hologram diberikan nombor siri. Hologram versi ketiga (Meditag
III) telah diperkenalkan dan mula digunakan pada 1 November 2012.
KENALI UBAT BERDAFTAR
NOMBOR
PENDAFTARAN
MAL
PELEKAT
HOLOGRAM
MEDITAGTM
CONTOH
UBAT
BERDAFTAR
3
DEKODER MEDITAG
Semak senarai produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), di laman web rasmi: www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Product Search' (Quest 3+) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.
KKM telah membekalkan dekoder Meditag kepada semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi setiap negeri dan diletakkan di kaunter dalam premis farmasi untuk diguna oleh orang ramai bagi membuat pengesahan ketulenan produk yang dibeli
QUEST 3
APLIKASI TELEFON YANG BOLEH DIMUAT TURUN
MEDITAG CHECKER
MEDIQUEST
4
Kategori Contoh
Ubat Tahan Sakit & Ubat Urat Campuran yang dikenalpasti: Dexamethasone Kesan Sampingan ❖ tekanan darah tinggi ❖ kerapuhan tulang ❖ kelemahan otot ❖ glaucoma ❖ Sindrom Cushing’s (muka membulat dan
bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil)
Ubat Kurus Campuran yang dikenalpasti: Sibutramine Kesan sampingan ❖ serangan jantung ❖ strok ❖ peningkatan tekanan darah ❖ kering mulut dan tekak ❖ muntah ❖ cirit birit ❖ pening ❖ sakit kepala ❖ kesukaran tidur
Ubat Kuat
Campuran yang dikenalpasti: Sildenafil & Yohimbine
Kesan Sampingan ❖ serangan jantung ❖ strok ❖ pengurangan/kehilangan penglihatan ❖ pengurangan/ kehilangan pendengaran ❖ penurunan tekanan darah ke peringkat
bahaya
KESAN DAN AKIBAT PRODUK CAMPURPALSU
Seven Leave & Al-Taqwa Gaut Asam Urat
Beautiful Slim Body & Bionex
Promax & Kapsul BenKwat
5
Kategori Contoh
Kopi kuat
Campuran yang dikenalpasti:
Sildenafil & it’s analog
Kesan Sampingan:
❖ serangan jantung
❖ strok
❖ pengurangan/kehilangan penglihatan
❖ pengurangan/ kehilangan pendengaran
❖ penurunan tekanan darah ke peringkat
bahaya
Kopi kurus
Campuran yang dikenalpasti: Sibutramine
Kesan sampingan:
❖ serangan jantung
❖ strok
❖ peningkatan tekanan darah
❖ kering mulut dan tekak
❖ muntah
❖ cirit birit
❖ pening, sakit kepala & kesukaran tidur
Minuman Penyembuh Luka
Campuran yang dikenalpasti:
Dexamethasone
Kesan Sampingan:
❖ tekanan darah tinggi
❖ kerapuhan tulang
❖ kelemahan otot
❖ glaucoma
❖ Sindrom Cushing’s (muka membulat dan
bahagian atas badan membesar tetapi
lengan dan kaki seolah-olah mengecil)
Kopi Jantan & Bro Ali Coffee
Slimax Coffee & Slimina Slimming Coffee
Air Ikan Haruan
6
Merkuri
Kesan Sampingan:
▪ kerosakan buah pinggang
▪ ruam kulit, perubahan warna kulit dan
parut serta pengurangan rintangan kulit
untuk jangkitan bakteria dan kulat
▪ mengganggu perkembangan otak kanak-
kanak jika diserap ke dalam kulit
Tretinoin
Kesan Sampingan:
▪ kulit menjadi kemerah-merahan
▪ kulit menggelupas dan sensitif pada
cahaya matahari
Hydroquinone
Kesan Sampingan:
▪ kemerahan pada kulit dan menjadi
hipersensitif pada cahaya matahari
▪ merencatkan proses pigmentasi
▪ meningkatkan risiko untuk pengguna
mendapat kanser kulit
Semua produk kosmetik haruslah dinotifikasi oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(BPFK) yang mana ianya ditubuhkan di bawah Aktiviti Kawalan Kualiti Program Farmasi dan Bekalan.
Institusi ini ditubuhkan untuk menjalankan semua ujian kawalan kualiti ke atas produk
farmaseutikal. Setiap produk yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran yang bersifat unik.
Produk kosmetik yang dinotifikasi juga boleh ditarik balik sekiranya ujian sampel produk didapati
terdapat bahan-bahan yang terlarang. Bahan terlarang yang sering ada dalam produk kosmetik
adalah seperti merkuri, tretinoin dan hydroquinone
KOSMETIK
7
KERATAN AKHBAR MENGENAI KESAN ADVERSE PRODUK TIDAK
BERDAFTAR DAN MENGANDUNGI CAMPURPALSU BAHAN TERLARANG
8
KERATAN AKHBAR MENGENAI KESAN ADVERSE PRODUK TIDAK
BERDAFTAR DAN MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG
9
IKLAN UBAT: BOLEH ATAU TIDAK?
IKLAN UBAT, PERLU ATAU TIDAK PERLU ??
APA ITU IKLAN UBAT ?
• Mengikut Seksyen 2 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, Iklan bermaksud sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label pembalut atau dokumen lain dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan sebarang cara bagi mewujudkan atau memancarkan cahaya atau bunyi
Medium Iklan
• Media Massa (Televisyen, Radio )
• Media Cetak (Akhbar, Majalah, Risalah)
• Media Sosial (Facebook, Instagram, Whatsapp, dan lain-lain)
• Billboard
MENGAPA IKLAN UBAT PERLU DIKAWAL
• Membantu orang awam dalam pembelian ubat yang betul
• Supaya pengguna mendapat maklumat yang tepat tentang sesuatu ubat
• Memastikan pihak pengiklan membuat iklan yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan
• Mengelakkan orang awam terpedaya dengan iklan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab
10
IKLAN
PERKHIDMATAN PRODUK
Makanan Makmal
Perubatan
Klinik
Swasta
Hospital
Swasta
Ubat/
Penyembuh
Alatan
Kawalan BKMM
(Bahagian
Keselamatan &
Kualiti Makanan
Seksyen 3(1) / 4B
Akta Ubat (Iklan
dan Penjualan
Ubat) 1956
Seksyen 4B Akta
Ubat (Iklan dan
Penjualan Ubat)
1956
Seksyen 4A Akta
Ubat (Iklan dan
Penjualan Ubat)
1956
20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIIKLANKAN
(SEKSYEN 3(1) AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956
HERNIA KENCING
MANIS SAWAN
PENYAKIT
MATA
PENYAKIT
JANTUNG
BATUK
KERING
KETAGIHAN
DADAH
ASMA /
LELAH
PENYAKIT
BUAH
PINGGANG
KUSTA
BARAH HIPERTENSI LUMPUH PEKAK SAKIT
MENTAL
MANDUL FRIGIDITI LEMAH
FUNGSI
SEKS
PENYAKIT
KELAMIN
LEMAH
URAT
SARAF
11
IKLAN YANG DILULUSKAN IKLAN YANG TIDAK DILULUSKAN
Ada kelulusan LIU : KKLIU 3139/2017 Tiada kelulusan LIU
IKLAN UBAT PERLU BERDAFTAR
Setiap pengiklanan ubat perlu dipohon melalui Lembaga Iklan Ubat (LIU). Semua iklan yang telah
diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) akan diberikan nombor kelulusan (cth: KKLIU 0143/2017).
Nombor kelulusan iklan tersebut wajib dipamerkan di setiap iklan yang disiarkan.
IKLAN YANG DILULUSKAN IKLAN YANG TIDAK DILULUSKAN
12
MEDICATION SAFETY: PERUBAHAN JENAMA & PEMBUNGKUSAN
UBAT
T. OLANZAPINE
5 MG
T. OLANZAPINE
10 MG
T. FLUOXETINE
20 MG
T. METFORMIN
500 MG
13
BIL MEDICATION INDICATION GROUP PRESCRIBER CATEGORY
1 Charcoal Activated 250mg Tablet
Diarrhoea and food poisoning Emergency C
2 Chloral Hydrate 200 mg/5 ml Mixture (40mg/ml)
Preoperative sedation Psychiatry B
3 Ferrous 500mg,Folic 800mcg,Vit C,B1,B2,B3,B6,B12,Ca Pantothenate Tablet
Anemia due to iron deficiency, megaloblastic anemia where there is an associated deficiency of Vitamin C and Vitamin B-complex particularly in pregnancy. In primary health clinic, the indication is restricted to anemia due to iron deficiency in pregnant women ONLY.
Nutrition and Blood Disorder
A/KK
4 Gemeprost (Prostagladin E1) 1 mg Pessary
Inducing abortion in the first trimester Obstetrics, Gynaecology
A
5 Lignocaine HCl 5% and Phenylephrine HCl 0.5% Nasal Spray
Preparation of nasal mucosa for surgery (eg. Cautery to Little?s area), aid the treatment of acute nose bleeds and removal of foreign bodies from the nose, topical anaesthesia of the pharynx prior to direct or indirect laryngoscopy, topical anaesthesia and local vasoconstriction prior to endoscopy of the upper airways
Anaesthesia A*
6 Midazolam 7.5 mg Tablet
Pre and post-operative sedation Anaesthesia A/KK
7 Oxymetazoline HCl 0.025% (Paediatric) Nasal Spray
Acute colds, paranasal sinusitis and otitis media Ear, Nose and Oropharynx
A
8 Perindopril 4 mg and Indapamide 1.25 mg Tablet
Essential hypertension, for patients whose blood pressure is insufficiently controlled by perindopril alone.
Cardiovascular A/KK
SENARAI UBAT BARU DALAM FORMULARI HOSPITAL BESUT
14
9 Piperacillin 4g + Tazobactam 500mg Injection
Febrile neutropenia, lower respiratory tract infection and severe sepsis Antiinfectives A*
10 Quetiapine Fumarate 100mg IR Tablet
i) Schizophrenia ii) Short term treatment of acute manic episodes associated with bipolar disorder, either monotherapy or adjunct to lithium or divalproex iii) Treatment of depressive episodes associated with bipolar disorder
Psychiatry A*
11 Quetiapine Fumarate 200mg IR Tablet
i) Schizophrenia ii) Short term treatment of acute manic episodes associated with bipolar disorder, either monotherapy or adjunct to lithium or divalproex iii) Treatment of depressive episodes associated with bipolar disorder
Psychiatry A*
12 Rifampicin 150mg + Isoniazid 75mg tablet
For pulmonary tuberculosis in which organisms are susceptible in continuation phase treatment for 4 months
Antiinfectives B
13 Rivaroxaban 20 mg Tablet
i)Prevention of stroke and systemic embolism in adult patients with nonvalvular atrial fibrillation with one or more risk factors, such as congestive heart failure (CHF), hypertension, age ≥ 75 yrs, diabetes mellitus, prior stroke or transient ischaemic attack. ii)Treatment of deep vein thrombosis (DVT), and prevention of recurrent DVT and pulmonary embolism (PE) following an acute DVT in adults. iii) Treatment of Pulmonary Embolism (PE), and prevention of recurrent DVT and pulmonary embolism (PE) following an acute PE in adults
Cardiovascular A*
14 Vildagliptin 50 mg Tablet
FUKKM restriction: As add-on therapy for patient who failed therapy and/or contraindicated/unable to tolerate metformin and/or sulphonylurea. i) As second line therapy in type 2 diabetes patients inadequately controlled on maximal tolerated dose of metformin monotherapy and high risk of hypoglycaemia. ii) As second line therapy in type 2 diabetes patients inadequately controlled on maximal tolerated dose of sulphonylurea and intolerant/contraindicated for metformin therapy. iii) As third line therapy in type 2 diabetes patients inadequately controlled with dual OAD combination therapy with sulphonylurea and metformin iv) As a monotherapy in type 2 diabetes mellitus patients inadequately controlled by diet and exercise alone and for whom metformin is inappropriate due to contraindications or intolerance. v) An adjunct to diet and exercise to improve glycaemic control in patients with type 2 diabetes mellitus
Endocrine A/KK
SENARAI UBAT BARU DALAM FORMULARI HOSPITAL BESUT
15
Para saintis mendapati senyum dan ketawa
merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh
dan mampu memberi manfaat berguna kepada
sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan
memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan
senyuman memperlahankan aliran darah yang
melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke
hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan
dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya
menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi
turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphins dalam otak yang mengurangkan
kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang
itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali
dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah
dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih
banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di
kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika
orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan
stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang
tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem
ketahanan badan.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa
telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa
berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit
sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan
penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan
‘adrenaline’ .
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,
dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu
satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak
perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa
memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyejukkan hati yang sedang
marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
Senyum boleh membahagiakan, tapi
ramai di antara kita terlupa untuk
melakukan senaman yang paling mudah
ini. Senyum semestinya mempunyai
banyak kelebihan.
REHAT MINDA: SENYUM