20
EDISI KHAS 2011 Menarik di dalam Pelan Pembangunan PERAK AMANJAYA Central Forest Spine ( CFS ) Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak

Menarik di dalam Pelan Pembangunan PERAK AMANJAYA EDISI KHAS … · 2015-11-25 · Khas PERANCANGAN PERAK ini dapat menyumbang ke arah yang positif dalam bidang perancangan bandar

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

EDISI KHAS 2011

Menarik di dalam

Pelan Pembangunan PERAK AMANJAYACentral Forest Spine (CFS)Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi danCerun Negeri Perak

Penasihat Y. Bhg. Dato’ Dr. Dolbani bin MijanPengarahJabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul RidzuanKetua EditorPn. Syazlina binti BahariEditorPuan Nik Noraisu binti Nik IbrahimEncik Mohd. Ariffin bin AhmadEncik Izham bin BarahimCik Khairunnisa binti MustaphaPuan Hajjah Che Zu binti AminPuan Hartini binti Hamad

Editorial

Sekapur SirehPERANCANGAN PERAK Edisi Khas ini diterbitkan bagi memenuhi komitmen Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan selaku penasihat dalam bidang perancangan fizikal di negeri Perak yang bertanggungjawab mewujudkan perancangan mampan bagi negeri Perak. Edisi Khas ini turut menampilkan artikel-artikel yang berkaitan perancangan bandar yang terkini seperti Perak Amanjaya, Central Forest Spine (CFS), Urusan Rundingan Bagi Projek-projek Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak, Lembaga Rayuan Negeri Perak dan Perak GIS.

Perak Amanjaya dicetuskan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Menteri Besar Perak dan dihasil usahakan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR). Gagasan Besar ini menggariskan hala tuju dan strategi pembangunan Negeri Perak sehingga tahun 2020 dan selaras dengan Semangat 1Malaysia yang diperjelaskan dalam bentuk Pelan Transformasi. Ia turut dibentangkan dalam Buletin Perancangan Perak Mampan (MPM) bagi memberikan asas (foundation) kepada perancangan pembangunan masa hadapan terutamanya kepada perancangan fizikal/spatial yang juga merupakan satu daripada 3 komponen utama pembangunan negeri Perak. Setiap pembangunan menitikberatkan perancangan yang rapi termasuklah kawasan hutan yang dibincangkan dalam artikel Central Forest Spine (CFS). Ia bertujuan mewujudkan kawasan pemuliharaan yang sesuai dan bersambung dari kawasan hutan dan bukan hutan yang akan dikekalkan sebagai ‘green lung’ bagi kawasan sensitif alam sekitar di Semenanjung Malaysia, di mana negeri Perak termasuk dalam CFS 1 bagi kawasan Liputan Pelan Induk Bagi Koridor Ekologi.

Edisi pada kali ini turut menerangkan proses urusan rundingan bagi projek-projek Jabatan Kerja Raya yang perlu dibincang atau dibuat penyelarasan di peringkat negeri. Selain itu, maklumat terkini penubuhan Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak yang bertindak sebagai pemudah cara mempertimbangkan permohonan melibatkan pembangunan tanah tinggi dan cerun di kawasan kelas III dan pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Perak yang baru turut dimuatkan. Maklumat berkaitan Sistem Maklumat Perancangan Geospatial Negeri Perak turut dikongsikan dalam edisi kali ini dalam artikel Perak GIS di mana ia berintegrasi dengan sistem ‘SISIP’ dalam memproses Kebenaran Merancang di negeri Perak. Diharapkan maklumat yang dipaparkan dalam Edisi Khas PERANCANGAN PERAK ini dapat menyumbang ke arah yang positif dalam bidang perancangan bandar.

DATO’ DR. DOLBANI BIN MIJANPengarahJabatan Perancangan Bandar dan DesaPerak Darul Ridzuan

3 Pelan Pembangunan Perak AMANJAYA7 Keperluan Kepada Pelan Induk Central

Forest Spine (CFS)11 Urusan Rundingan Bagi Projek-projek

Jabatan Kerja Raya14 Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi

dan Cerun Negeri Perak17 Lembaga Rayuan Negeri Perak19 Pengenalan Perak-GIS

Kandungan

Pretty Palm (Livistona sp.) will grow to be a fine-crowned tree with perfectly formed leaves,

largely evident in Royal Belum.

Pokok Palm (Livistona sp.) yang cantik akan membesar menjadi pokok yang berdaun lebat dan sempurna, banyak terdapat di

Royal Belum.

2 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Perak Amanjaya merupakan satu wawasan untuk mencapai aspirasi kesejahteraan kepada Negeri Perak serta menjanjikan aspek berkualiti 3Q dari segi peluang (Quality Opportunity), pendapatan (Quality Income), dan kehidupan (Quality Living) untuk rakyat multi-etnik Negeri Perak mahupun semua yang menetap atau berurusan di Negeri Perak. Ianya juga adalah satu inisiatif yang menjadi nadi semua jentera penggerak sosio-ekonomi Negeri Perak menuju matlamat murni yang membawa keamanan, kejayaan, serta mengembalikan tradisi kegemilangan Negeri Perak.

Untuk merealisasikan Perak Amanjaya, pelan transformasi menyeluruh merangkumi pembangunan sosio, sektoral dan fi zikal akan dilaksanakan di Negeri Perak. Untuk memastikan Perak Amanjaya adalah gagasan mengutamakan rakyat Negeri Perak (people-centric), ia mengaplikasikan pendekatan berdasarkan keberhasilan (Outcome Based Approach) yang berteraskan 7 “Key Result Areas” (KRAs) atau bidang hasil utama seperti pembangunan

seimbang, masyarakat berilmu, dan amalan mesra alam dijadikan panduan dalam setiap strategi, program, projek dan aktiviti pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama produktif pihak swasta dan barisan NGO.

Dalam Perak Amanjaya, transformasi sosio merupakan salah satu tunggak utama. Selain beroleh lonjakan status sosio-ekonomi, rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan satu hati ke arah membina masyarakat harmoni dengan pemantapan jati diri dan penerapan etika.

Kejayaan Perak Amanjaya juga berkait rapat dengan pembangunan sektoral. Negeri Perak mempunyai akses dan kedudukan serta aset dan sumberjaya semulajadi atau buatan manusia yang strategik. Ini dapat dilihat menerusi sektor pelancongan, pertanian dan industri. Pusat pelancongan bertaraf dunia, kegiatan aktiviti pertanian intensif termasuk akuakultur, dan penglibatan aktif dalam industri dengan agensi multinasional merupakan sebahagian intisari

Dalam Perak Amanjaya, transformasi sosio merupakan salah satu tunggak utama. Selain beroleh lonjakan status sosio-ekonomi, rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan satu hati ke arah membina masyarakat harmoni dengan pemantapan jati diri dan penerapan etika.

Pelan Pembangunan PERAK AMANJAYA

3perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

EquitableDevelopment

and Distribution

Skilled, Ethicaland Knowledge Society

Strong, Catalytic, and Inclusive Government

Network of Infrastructure and

Public Facilities

Participative Youth and Social Harmony

Vibrant Private Sector

Eco-Friendly and Sustainable

Development

KRA 1: Agihan dan Pembangunan Seimbang Setiap wilayah dan lapisan masyarakat menikmati faedah daripada inisiatif pembangunan secara adil dan seimbang.

KRA 1.1 Pembangunan wilayah yang seimbang Setiap wilayah dan daerah menyumbang kepada pembangunan negeri Perak secara signifi kan dan menikmati pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh.

KRA 1.2 Pembangunan sumberjaya setempat Sumberjaya setempat digembeling secara optima membentuk rantaian ekonomi yang kukuh dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat secara mampan.

KRA 1.3 Pengukuhan penglibatan agen pembangunan Kerajaan, swasta dan NGO terlibat secara bersepadu dan intensif dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosio-ekonomi wilayah dan komuniti.

KRA 1.4 Pembangunan mesra rakyat dan mampan Perancangan dan program pembangunan mengutamakan penglibatan rakyat serta menyediakan peluang berkualiti yang menyumbang kepada kemajuan jangka panjang negeri Perak.

perancangan dan pelaksanaan transformasi sektoral bagi Perak Amanjaya.

Dari aspek pembangunan fi zikal pula, Perak Amanjaya akan menepati garis panduan Model Pertumbuhan Wilayah oleh Bank Dunia (2009) dengan mengoptimakan konsep 3D iaitu

pengurangan jarak (distance), peningkatan kepadatan (density) dan penguncupan jurang (division) di 5 pusat koridor utama yang terpilih. Ia memberi peluang bagi semua rakyat di Negeri Perak untuk berkongsi menikmati limpahan pembangunan komprehensif yang seimbang dan berkesan lagi berkualiti.

4 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

KRA 2: Masyarakat Berkemahiran, Berilmu dan Berintegriti Setiap individu mempunyai keupayaan menepati keperluan semasa dan dilengkapi dengan nilai murni yang membolehkan penglibatan secara efektif dalam pembangunan masyarakat dan aktiviti ekonomi yang berpotensi tinggi

KRA 2.1 Peningkatan akses pendidikan dan latihan yang berkualiti

Setiap rakyat Perak pada semua peringkat usia mempunyai peluang mendapatkan pendidikan dan latihan yang berkualiti menepati keperluan semasa dan masa hadapan.

KRA 2.2 Pengekalan modal insan berkualiti Negeri Perak menjadi pilihan destinasi utama bagi insane berkemahiran untuk bekerja dan bermastautin.

KRA 2.3 Peningkatan integriti dan kebertanggungjawaban Setiap rakyat mempunyai sifat bertanggungjawab, berintegriti dan patuh pada undang-undang dan peraturan.

KRA 2.4 Pengukuhan daya saing masyarakat Pembangunan sumber dan aset intelektual secara intensif dan rancak yang menyumbang kepada daya inovasi dan kemajuan negeri Perak.

KRA 2.5 Pembangunan masyarakat berinovasi Masyarakat Perak mempunyai daya kreatif, inovasi, kemahiran IT dan bersifat keusahawanan disokong oleh ekosistem, K-ekonomi yang terkehadapan.

KRA 3: Negeri dan Kerajaan Pemangkin Kerajaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang merangsang pertumbuhan disokong oleh sistem penyampaian yang efisien dan memenuhi jangkaan semua pihak berkepentingan

KRA3.1 Pengukuhan kecekapan dan integriti pentadbiran Sistem pentadbiran yang dinamik, responsif dan diyakini pihak berkepentingan berlandaskan polisi yang konsisten dan pentadbiran yang telus.

KRA3.2 Pentadbiran mesra perniagaan Sistem penyampaian pro-perniagaan yang memenuhi keperluan pelabur secara menyeluruh dengan pantas dan kos yang berpatutan.

KRA3.3 Kepimpinan dan penjawat awam yang kompeten Kepimpinan dan penjawat awam yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan berdaya fikir di luar lingkungan serta memiliki akauntabiliti yang tinggi.

KRA3.4 Peningkatan hasil dan daya pemangkin Kedudukan kewangan negeri Perak yang kukuh dan mampan menyokong keberkesanan kerajaan sebagai pencetus sumber pertumbuhan ekonomi baru.

KRA 4: Jalinan Perpaduan Masyarakat Setiap individu menerima dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepelbagaiaan budaya dan agama serta saling menghormati antara satu sama lain

KRA 4.1 Penerimaan kepelbagaian budaya dan agama Masyarakat harmoni yang memahami dan saling menghormati tatacara kehidupan dan amalan agama yang pelbagai dengan patriotisme yang tinggi.

KRA 4.2 Perkongsian nilai hidup murni Masyarakat yang mendokong nilai murni bersama, bersemangat kekitaan, prihatin dan saling menghormati untuk kesejahteraan hidup.

KRA 4.3 Pengukuhan modal sosial Masyarakat yang aktif berinteraksi secara produktif serta menyumbang kepada pengwujudan nilai sosial dan ekonomi.

KRA 4.4 Permuafakatan penjanaan pendapatan Perkongsian pintar yang produktif dan membangunkan kapasiti antara pelbagai lapisan masyarakat dan kaum menghasilkan penjanaan pendapatan yang mampan.

KRA 4.5 Pengukuhan kontrak sosial dan jaminan keselamatan Pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap kontrak sosial dan persekitaran tenteram, aman dan harmoni.

5perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

KRA 5: Angkatan Generasi Muda yang Aktif dan Partisipatif Pembangunan dan kesejahteraan belia terpelihara melalui penyediaan peluang berkualiti yang membolehkan penglibatan belia secara aktif di dalam semua sektor sosio-ekonomi

KRA 5.1 Peningkatan keupayaan belia Generasi muda Perak memiliki pengetahuan, kapasiti dan kebolehan untuk menggunakan sumber sedia ada bagi memajukan kesejahteraan hidup.

KRA 5.2 Penglibatan intensif dalam masyarakat Belia endah kepada persekitaran dan masyarakat serta sentiasa bersedia menggembleng tenaga dan dihargai oleh masyarakat.

KRA 5.3 Daya kepimpinan dan nilai keperibadian tinggi Setiap belia mempunyai kecekalan dan keyakinan yang tinggi, kualiti kepimpinan yang dinamik serta mampu menyesuaikan diri seiring dengan arus pembangunan.

KRA 5.4 Pembudayaan teknologi Golongan muda berkeupayaan mengakses maklumat, mengaplikasikan pengetahuan dan teknologi secara bertanggungjawab dan produktif.

KRA 6: Yayasan dan Gagasan Sektor Swasta yang Mapan Penglibatan pihak swasta yang intensif di dalam semua aktiviti ekonomi dan sosial secara lestari

KRA 6.1 Kepantasan membuat keputusan Sistem penyampaian yang cepat, responsif dan cekap dalam proses membuat keputusan ke atas keseluruhan aspek pelaburan

KRA 6.2 Penyediaan infrastruktur komprehensif Infrastruktur fi zikal dan bukan fi zikal yang terkini, bersepadu dan lengkap yang menyokong aktiviti pelaburan yang intensif

KRA 6.3 “R,D & Design” yang dinamik Aktiviti “R,D & D” yang intensif menghasilkan penemuan bernilai tinggi serta menyokong peningkatan daya saing industri di pasaran global, khususnya industri kecil dan sederhana (IKS)

KRA 6.4 Kemudahcapaian maklumat Capaian yang pantas dan kesediaan maklumat terkini yang tepat dan terperinci memenuhi keperluan pelabur

KRA 6.5 Penerimaan masyarakat tempatan Masyarakat yang bersifat terbuka, memahami dan menerima inisiatif pembangunan melalui penglibatan aktif di setiap peringkat pembangunan

KRA 7: Amalan Mesra Alam dan Kelestarian Sumber Kelestarian alam sekitar dan sumber terpelihara menerusi penekanan yang mendalam akan kepentingannya serta amalan kerjasama oleh semua pihak dalam pemeliharaan dan pemuliharaannya

KRA7.1 Mengurus perdanakan kelestarian Kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan menerapkan nilai kelestarian dalam tadbir urus dan setiap aktiviti yang dilaksanakan.

KRA 7.2 Perletakan nilai ekonomi sebenar Sistem ekonomi yang memberi penilaian yang tepat ke atas semua bentuk sumber negeri dalam setiap peringkat perancangan dan pelaksanaan pembangunan.

KRA7.3 Pembudayaan gaya hidup lestari Rakyat memiliki dan mengamalkan nilai-nilai mesra alam dalam setiap aspek kehidupan dan menikmati kesejahteraan hidup yang lestari.

KRA7.4 Pembangunan “hijau” berdasarkan pendekatan 3T (Taktik, Teknik, Teknologi)

Aktiviti pembangunan fi zikal dan bukan fi zikal yang dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan, didorong oleh penggunaan teknologi “hijau” yang berkesan dan mampu milik.

KRA 7 menjadi ‘garispanduan utama’ kepada pelaksanaan perancangan mampan Perak. Perincian seperti KRA 7.4 menjadi ‘tunggak’ kepada pelaksanaan perancangan fi zikal berasakan kepada konsep pembangunan hijau.

KRA 7: Amalan Mesra Alam dan Kelestarian Sumber

6 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

KAWASAN LIPUTAN PELAN INDUK

Jadual 1.1: Kawasan Liputan Pelan Induk

Bil CFS 1 CFS 2

A. KAWASAN LIPUTAN PELAN INDUK BAGI KORIDOR EKOLOGI

1. Barat Negeri Kedah sehingga bahagian timur Terengganu (Negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Selatan Semenanjung Malaysia (di antara Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor)

B. KELUASAN

2. 3 juta hektar 2.3 juta hektar.

CFS merangkumi kawasan hutan yang tergolong di dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjung Malaysia. CFS seperti yang diterjemahkan di dalam Rancangan Fizikal Negera merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung Malaysia, yang terdiri daripada empat kelompok hutan iaitu:

Keperluan Kepada Pelan Induk Central Forest Spine (CFS)

Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengenalpasti fragmentasi hutan sebagai ‘ancaman kepada pemuliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti’. RFN turut menyedari bahawa ‘pemuliharaan hutan penting dalam pengurusan tanah negara yang optimum’. Kepelbagaian penggunaan kawasan hutan akan lebih dipertingkatkan melalui pengenalpastian kawasan CFS dan program untuk mewujudkan jaringan dan koridor ke kawasan hutan simpan yang lebih terpencil. Di dalam Dasar RFN 19 telah menyatakan bahawa CFS akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Oleh yang demikian, penyatuan kawasan fragmen hutan ini sangat penting dalam mewujudkan keseimbangan dan faedah di antara arus pembangunan dan aktiviti pemuliharaan (RFN, 2005).

Menyedari betapa pentingnya kewujudan penyatuan fragmen hutan tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, telah menyediakan satu kajian pelan induk dengan objektifnya untuk mewujudkan semula hubungan, jaringan dan mengekalkan ataupun memulihara hubungan tersebut bagi kawasan hutan yang telah terpisah di kawasan CFS Semenanjung Malaysia.

i. Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan,

ii. Taman Negara – Banjaran Timur, iii. Pahang Tenggara, Chini dan

kawasan berpaya Bera, dan iv. Taman Negara Endau Rompin

– Rezab Hidupan Liar Kluang.

7perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

OBJEKTIF PELAN INDUK

Pelan Induk ini akan menyumbang kepada Visi keseluruhan CFS untuk mewujudkan kawasan pemuliharaan yang sesuai dan bersambung terdiri dari kawasan hutan dan bukan hutan yang akan dikekalkan sebagai green lung bagi rangkaian kawasan sensitif alam sekitar di Semenanjung Malaysia.

KORIDOR EKOLOGI BAGI CFS

Dua jenis koridor ekologi iaitu Rangkaian Utama (Primary Linkage (PL) dan Rangkaian Sekunder (Secondary Linkage (SL)), telah diwujudkan dalam kajian CFS. Setiap koridor akan membentuk sama ada sambungan ‘linear corridor’ (iaitu rangkaian habitat hutan menghubungkan kepulauan hutan) atau ‘stepping stones’ (iaitu sekelompok habitat yang sesuai) seperti mana dinyatakan dalam Rajah 1.2 dan Jadual 1.1.

Jadual 1.2: Kriteria Koridor bagi CFS Rangkaian Primer dan Sekunder

Bil Kriteria Rangkaian Primer

Rangkaian Sekunder

1. Rangkaian membolehkan terdapatnya sambungan di antara kepulauan hutan berstatus tinggi.

2. Rangkaian membolehkan terdapatnya sambungan di antara kompleks hutan.

3. Rangkaian penting untuk pergerakan pelbagai spesis di antara kompleks/kepulauan hutan.

4. Kepulauan hutan yang disambungkan merupakan habitat yang tidak sesuai untuk pelbagai spesis sekaligus pergerakan spesis ini tidak diperlukan.

5. Kepulauan hutan telah terpisah (seperti lebih 3km kawasan pertanian/petempatan dari kejiranan terdekat)

Dalam kajian ini Rangkaian Utama (PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) terletak di kawasan di mana pentingnya diwujudkan semula sambungan hutan untuk mencapai sambungan utama CFS. Komitmen diperlukan untuk mewujudkan rangkaian-rangkaian utama dan sekunder dan wujudnya kedua-dua rangkaian ke arah pembentukan CFS.

Rajah 1.1: Rangka Asas Pelan Induk

Rajah 1.2: Kesinambungan antara kompleks-kompleks hutan

Rangkaian Utama

• Paling kritikal• Penting kepada mamalia besar• ‘Linear Corridor’

Rangkaian Sekunder

• Keadaan di mana PL tidak sesuai diwujudkan

• Spesis burung dan mamalia kecil• Pendekatan ‘stepping stone’

• Pemeliharaan Alam Sekitar dan Biodiversiti;• Pengawalan dan Pengurusan Kawasan

Tadahan Air;• Mengeksploitasi Pelancongan Berasaskan

Alam Semulajadi dan Potensi Rekreasi;• Pengurusan Hutan Bersepadu di antara

Negeri; dan• Meningkatkan Prestij Peringkat Antarabangsa.

Kesinambungan di antara kompleks-kompleks hutan adalah penting untuk...

• Strategi rangkaian dalam mewujudkan kesinambungan di antara kompleks-kompleks hutan atau kelompok-kelompok hutan,di mana rangkaian utama dan rangkaian sekunder dikenalpasti.

• Mekanisma pelaksanaan bagi melaksanakan kesinambungan koridor

• Usaha pencegahan, inisiatif dan tindakan yang diperlukan untuk melaksanakan Strategi dan Cadangan Rangkaian.

RANGKA ASAS PELAN INDUK

8 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Keseluruhannya, sebanyak 32 rangkaian telah dikenalpasti untuk CFS 1 dan 2 seperti yang telah ditunjukkan di dalam rajah 1.3 dan rajah 1.4, di mana lima belas (15) adalah rangkaian utama dan tujuh belas (17) lagi sebagai rangkaian sekunder. Kombinasi kesemua rangkaian ini akan dapat mewujudkan kesinambungan dalam CFS dan menterjemahkan polisi RFN 19. Strategi pelaksanaan adalah seperti di Rajah 1.5 dan Rajah 1.6.

Jadual 1.3: Kawasan Rangkaian Utama dan Sekunder

Bil Rangkaian Utama (PL) Rangkaian Sekunder (SL)

A. CFS 1

1. PL1 : Tanum FR (Greater Taman Negara) – Sg. Yu FR (Main Range)

PL2 : Temenggor FR (Main Range) – Royal Belum State Park (Main Range)

PL3 : Lojing FR (Main Range) – Sg. Brok FR (Main Range)

PL4 : Padang Chong FR (Bintang Hijau) – Sg. Kuak FR (Main Range)

PL5 : Ulu Muda FR – Gunung Inas FR (Bintang Hijau)

PL6 : Ulu Jelai FR (Main Range) – Hulu Lemoi FR (Main Range)

PL7 : Taman Negara – Tembat FR (Greater Taman Negara)

PL8 : Kenderong FR (Bintang Hijau) – Bintang Hijau (Hulu Perak) FR (Bintang Hijau)

PL9 : Bintang Hijau Larut Matang FR - Bintang Hijau Kuala Kangsar

SL1 : Lebir FR – Relai FR – Ulu Temiang FR - Jentiang FR – Serasa FR – Gunung Stong State Park;

SL2 : Krau WR – Benchah FR – Som FR – Yong FR

SL3 : Bintang Hijau (Hulu Perak) FR – Pepulut FR – Piah FR

SL4 : Taman Negara Forest Complex – Terengganu coast

SL5 : Taman Negara Forest Complex – Terengganu coast 2

SL6 : Taman Negara – Chiku FR

SL7 : Ulu Muda FR – Pedu FR – Chebar FR

SL8 : Ulu Muda FR – Rimba Telui FR

SL9 : Jeli FR – Sg. Sator FR – Sokortaku FR

SL10 : Chabang Tongkat FR – Ulu Sat FR – Temangan FR

B. CFS 2

2. PL1:Labis Timur FR – Lenggor Tengah FR – Mersing FR

PL2:Lesong FR – Resak FR

PL3:Panti FR – Ulu Sedili Selatan FR

PL4:Sungai Marong FR – Bukit Ibam FR – Lesong FR

PL5:Ibam FR – Kedondong FR, Pekan FR – Nenasi FR

PL6:Bera FR – Ibam FR

SL1:Lepar FR – Berkelah FR

SL2:Chini FR – Lepar FR

SL3:Raja Musa FR – Bukit Tarek FR – Bukit Gading FR

SL4:Mersing FR – Jemaluang FR

SL5:Panti FR – Kuala Sedili FR

SL6:Setul FR – Triang FR

SL7:Angsi FR – Beremban FR

RANGKAIAN UTAMA (PL):

Pembangunan dalam kawasan Rangkaian Utama adalah terhad dan tiada penempatan di benarkan. Bagi kawasan penempatan yang telah sedia ada di antara Rangkaian Utama, ianya akan dipindahkan manakala bagi tanah persendirian, tanah tersebut akan dibuat pengambilan balik tanah jika perlu. Jenis pembangunan yang boleh dijalankan adalah bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditentukan di dalam garis panduan rangkaian utama.

RANGKAIAN SEKUNDER (SL):

Oleh kerana rangkaian koridor merupakan kawasan ekologi untuk biodiversiti terutama hidupan liar, pelan induk CFS telah menggariskan garis panduan guna tanah untuk mengawal dan pembangunan sedia ada dan pembangunan di masa hadapan berpandukan kepada pengurusan mampan di dalam ‘core area’ dan ‘buffer zone’ di kawasan koridor ekologi; seperti garis panduan pengurusan pertanian mampan, pengurusan eko-pelancongan mampan yang perlu dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan, orang perseorangan, pemilik tanah dan komuniti tempatan dan garispanduan infrastruktur untuk perancangan dan rekabentuk lintasan hidupan liar untuk infrastruktur linear terutama jalan untuk lebuhraya baru dan struktur fizikal lintasan hidupan liar yang boleh diambilkira dalam rekabentuk jalan.

Bagi garis panduan petempatan dan pembangunan kampung, aktiviti gunatanah pembangunan yang tertentu dibenarkan berdasarkan jenis ekologi dan pengawalan perancangan di dalam setiap koridor yang dikenalpasti. Pengawalan perancangan tersebut adalah seperti berikut;

9perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

RANGKAIAN UTAMA (PL)

i. Pembangunan adalah terhad dan tiada penempatan. Bagi kawasan penempatan yang telah sedia ada di antara Rangkaian Utama, ianya akan dipindahkan manakala bagi tanah persendirian, tanah tersebut akan dibuat pengambilan balik tanah jika perlu.

ii. Jenis pembangunan yang boleh dijalankan adalah bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditentukan di dalam garis panduan rangkaian utama seperti:

• Kemudahan bagi pengurusan hutan dan hidupan liar;

• Penyelidikan secara saintifik; • Pembangunan infrastruktur dan utiliti; dan • Pembangunan pertanian terpilih

iii. Pemasangan pagar yang bersesuaian atau lain-lain jenis mitigasi perlu diambilkira di sekitar kawasan penempatan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

RANGKAIAN SEKUNDER (SL)

i. Tidak dibenarkan sebarang peluasan kawasan penempatan sedia ada.

ii. Jenis pembangunan yang akan dibenarkan adalah bergantung kepada pematuhan syarat kepada garis panduan yang berkaitan seperti:

• Di antara ruang penempatan manusia, pembangunan yang bersesuaian dan aktiviti manusia tanpa mendatangkan kesan kacau ganggu;

• Kemudahan bagi pengurusan hutan dan hidupan liar;

• Penyelidikan secara saintifik; • Pembangunan infrastruktur dan utiliti; dan • Pembangunan pertanian terpilih

iii. Pemasangan pagar yang bersesuaian atau lain-lain jenis mitigasi perlu diambilkira di sekitar kawasan penempatan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

PERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Kelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian Intan

Pengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan HuluPengkalan Hulu

Belukar SemangForest Reserve

Sungai KuakForest Reserve

Padang ChongForest Reserve

NeneringForest Reserve

Klian Intan

Kg. Keledang

Sg. Rui

Sg. Kuak

Kg. Bt. Jerai

Simpang Betong

Tasek

Kg. Alai

Pengkalan Hulu

Tasok

PL4 : Padang Chong FR (Bintang Hijau) – Sg Kuak FR (Main Range)

THAILANDTHAILAND

KEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAH

PULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

PELAN KUNCI

Negeri Perak

Daerah Hulu Perak

Mukim Pengkalan Hulu

Area 7,600ha

LOKASI

Primary Linkages 4 (PL4)Padang Chong – Sungai Kuak

Forest Reserve

Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)Hijau (Larut Matang)

GerikGerikGerikGerikGerikGerikGerikGerikGerik

Kelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian IntanKelian Intan

Bintang Hijau (Hulu Perak)Forest Reserve

Belukar SemangForest Reserve

Nenering

Sg. K

ener

ing

Batu DuaKg. Baharu Batu Dua

Klian Intan

Kenderong

Sg. B

erok

Sg. Kuak

Sg. Kenderong

Kg. Tera

Kg. Alai

Kg. Keledang

Kg. Pahat

Kg. Kerunai

Pengkalan HuluTasok

PL8 : Kenderang FR (Bintang Hijau) – Bintang Hijau FR (Bintang Hijau)

THAILAND

PELAN KUNCI

KEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAH

KELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTAN

PULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Negeri Perak

Daerah Hulu Perak

Mukim Kenering/Gerik/Kerunai/Belukar

Area 15,307ha

LOKASI

Primary Linkages 8 (PL8)Kenderong FR (Bintang Hijau) _

Bintang Hijau (Hulu Perak) FR (Bintang Hijau)

Belukar SemangForest Reserve

Sungai KuakForest Reserve

Padang ChongForest Reserve

NeneringForest Reserve

Klian Intan

Kg. Keledang

Sg. Rui

Sg. Kuak

Kg. Bt. Jerai

Simpang Betong

Tasek

Kg. Alai

Pengkalan Hulu

Tasok

Kg.

PERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Sg. Ijok

Kg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. NangkaKg. Bt. Nangka

Bintang Hijau (Larut Matang)Forest Reserve

Bintang Hijau (Hulu Perak)Forest Reserve

Sg. P

erak

Kg. Sumpitan

Kg. Gua Badak

Kg. Baharu Pdg. Gerun

PL9 : Bintang Hijau Larut Matang FR – Bintang Hijau Kuala Kangsar FR

PELAN KUNCI

KEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAH

KELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTAN

PULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Negeri Perak

Daerah Hulu Perak

Mukim Lenggong

Area 3,684ha

LOKASI

Primary Linkages 9 (PL9)Bintang Hijau Larut matang FR –

Bintang Hijau Kuala Kangsar

Belukar SemangForest Reserve

Sungai KuakForest Reserve

Padang ChongForest Reserve

NeneringForest Reserve

Klian Intan

Kg. Keledang

Sg. Rui

Sg. Kuak

Kg. Bt. Jerai

Simpang Betong

Tasek

Kg. Alai

Pengkalan Hulu

Tasok

PERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Bubu (Larut Matang)Forest Reserve Bukit Payung (Kuala Kangsar)

Forest Reserve

Sg. B

t. G

anta

ng

PL 10 : Bukit Larut FR – Bubu FR

PELAN KUNCI

KEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAHKEDAH

KELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTANKELANTAN

PULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPULAU PINANGPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAKPERAK

Negeri Perak

Daerah Larut Matang

Mukim Bukit Gantang

Area 202ha

LOKASI

Primary Linkages 9 (PL9)Bintang Hijau Larut matang FR –

Bintang Hijau Kuala Kangsar

Tanpa Skala

Hutan Simpan Kekal

Getah

Jalan

Landasan Keretapi

Sungai

Koridor

Pekan/Kampung

PETUNJUK

10 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Ogos 1993 telah memutuskan supaya bangunan Kerajaan Persekutuan dikehendaki mendapatkan kelulusan perancangan daripada PBT sebelum pembinaan dimulakan manakala kelulusan bagi pelan bangunan adalah dikecualikan.Seksyen 20A, Akta 172 menghendaki setiap jabatan atau agensi Kerajaan berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) berkenaan aktiviti pemajuan yang hendak dijalankannya. Ini bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil maklum berkenaan dengan projek pembangunan yang hendak dilaksanakan dan mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan adalah di luar daripada perancangan dan menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fi zikal di kawasan tersebut.

Peruntukan seksyen 20A, Akta 172 menyatakan bahawa:

Dalam konteks ini, rundingan bermaksud perbincangan dan penyelarasan. Melalui rundingan ini, aktiviti-aktiviti pemajuan akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan ia selaras dengan dasar semasa negeri berkenaan. Kerajaan negeri boleh membuat perancangan awal dan menyediakan kemudahan sokongan yang sesuai dengan projek tersebut. Melalui rundingan ini juga, projek- projek yang dijalankan oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan dapat berjalan dengan lancar kerana ia mendapat sokongan kerajaan negeri dari peringkat awal lagi.

Bagi memastikan penyelarasan perkara-perkara teknikal berkaitan sesuatu projek Kerajaan, proses rundingan di bawah seksyen 20A, Akta 172 hendaklah diguna pakai.

Proses rundingan ini hendaklah menyelaraskan aspek-aspek teknikal utama yang menyentuh:

a) penyelarasan dengan rancangan pemajuan; b) perancangan dan kesesuaian guna tanah;c) penyelarasan aksesibiliti;d) jaringan sistem infrastruktur dan utiliti; e) jaringan sistem saliran dan perparitan; f) aras permukaan tapak; dan g) analisis topografi .

"Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau

agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa tentang apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di

dalam Negeri itu".

Bagi memastikan penyelarasan perkara-

perkara teknikal berkaitan sesuatu

projek Kerajaan, proses rundingan di bawah seksyen 20A, Akta

172 hendaklah diguna pakai.

Urusan Rundingan Bagi Projek-ProjekBagi Projek-ProjekJabatan Kerja Raya

11perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Jadual 1: Keahlian Jawatankuasa Teknikal Kepada JPN

Pengerusi: Pengarah JPBD Negeri

Ahli: Yang Dipertua PBT berkaitanPengarah Pejabat Tanah dan GalianPentadbir Tanah Daerah berkaitanPengarah Jabatan Kerja RayaPengarah Jabatan Pengairan dan SaliranPengarah Jabatan Alam SekitarPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPengarah Jabatan Mineral dan GeosainsPengurus Suruhanjaya dan Komunikasi MalaysiaPengurus Besar Indah Water KonsortiumPengurus Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pengurus Besar Lembaga Air PerakJabatan-Jabatan teknikal lain yang berkaitan akan dijemput mengikut keperluan.

Urusetia: Bahagian Perancangan Korporat JPBD Perak

PROSES RUNDINGAN

Proses urusan rundingan bagi projek-projek Kerajaan yang diurus sepenuhnya dan diselia oleh JKR adalah melibatkan tiga peringkat utama seperti berikut :

a) JKR mengemukakan permohonan projek beserta pelan dan dokumen berkaitan kepada Setiausaha JPN

JKR hendaklah mengemukakan permohonan projek yang akan dijalankan berserta pelan dan dokumen yang lengkap (tidak termasuk pelan bangunan) kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri selaku Setiausaha JPN. Bilangan pelan yang perlu disertakan adalah sebanyak 12 salinan dan bilangannya adalah bergantung kepada bilangan Ahli Jawatankuasa Teknikal JPN. Cadangan projek yang dikemukakan oleh JKR, hendaklah mengandungi maklumat perancangan yang lengkap seperti berikut:-

i. Butir-Butir Tanah; • No. Lot; • Mukim; • Daerah; • Majlis Bandaraya/Perbandaran/ Daerah; dan • Keluasan (hektar).

ii. Keterangan Tapak;

iii. Keadaan Fizikal Tapak; • Sistem saliran dan perparitan; • Aras permukaan tapak; • Anjakan bangunan dan rezab-rezab; dan • Analisis topografi;

iv. Jalan masuk dan keluar;

v. Jenis pembangunan sedia ada di sekitar tapak; dan

vi. Penggunaan tanah/bangunan yang sedia ada (jika ada) di atas tanah/tapak.

b) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kepada JPN

Jawatankuasa Teknikal JPN dengan kuasa yang diperturunkan oleh JPN akan berunding dan menyelaraskan perkara-perkara teknikal.Jawatankuasa Teknikal kepada JPN hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 12 ahli seperti di Jadual 1. Pengarah JPBD Negeri adalah Pengerusi kepada Jawatankuasa ini dan Bahagian Kawalan Pembangunan, JPBD Perak Darul Ridzuan akan bertindak sebagai urus setia.

12 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

c) Pemakluman Kepada JPN

Setiausaha JPN akan memaklumkan kepada JPN berkenaan rundingan bagi projek-projek JKR. Pemakluman rundingan juga akan dimaklumkan kepada PBT berkaitan.

Pengarah JPBD Negeri selaku Setiausaha JPN setelah menerima senarai projek yang mengandungi maklumat perancangan yang lengkap daripada pihak JKR, hendaklah mengadakan rundingan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.

Memandangkan PBT tidak lagi mengenakan syarat-syarat kebenaran merancang bagi projek-projek tersebut, JKR hendaklah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

Rajah 1: Carta Alir Proses Urusan Rundingan Dengan JPN

Jabatan-jabatan teknikal selaku Ahli Jawatankuasa Teknikal JPN hendaklah menyelesaikan isu-isu berkaitan teknikal semasa proses rundingan dijalankan manakala PBT hendaklah akur keputusan JPN dan memberi kerjasama semasa pelaksanaan projek.

JPBD negeri akan memainkan peranan utama bagi memastikan urusan memudahcara perakuan melalui proses rundingan ini berjalan lancar.

Proses rundingan ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

(a) mengambil kira perkara-perkara yang telah diselaraskan semasa proses rundingan bagi memastikan pandangan dan ulasan jabatan-jabatan teknikal diambil kira serta dipatuhi; dan

(b) mengemukakan surat aku janji (letter of undertaking) kepada JPN apabila projek hendak dilaksanakan.

JKR mengemukakan senarai cadangan projek berserta maklumat perancangan yang lengkap kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri selaku Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

Jabatan Kerja Raya mengemukakan

permohonan cadangan projek

Jawatankuasa Teknikal JPN dengan kuasa yang diperturunkan oleh JPN akan berunding dan menyelaraskan perkara-perkara teknikal. Pemakluman juga akan dikemukakan kepada PBT berkaitan.

Mesyuarat J/K Teknikal JPN

Setiausaha JPN memaklumkan kepada JPN berkenaan rundingan bagi projek-projek JKR.

Pemakluman kepada JPN

Pemakluman kepada PBT

Tempoh masa 14 hari. Perlu rujuk takwim Tarikh terdekat.

13perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi Dan Cerun Negeri Perak (JTTTCP) ini adalah sebagai pemudah cara bagi mempertimbangkan permohonan yang melibatkan pembangunan di kawasan kelas III.Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak (JTTTCP):-

i. Membuat keputusan/nasihat mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan.

ii. Menilai pelan susunatur, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada

Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III dan IV.

iii. Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan.

iv. Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri.

v. Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

vi. Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) berdasarkan semasa arahan Jawatankuasa (JTTTCP).

Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun

NEGERI PERAK

14 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun

NEGERI PERAK

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL TANAH TINGGI DAN CERUN NEGERI PERAK (JTTTCP)

Jadual 1.2: Senarai Ahli Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi Dan Cerun Negeri Perak

BIL AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL TANAH TINGGI DAN CERUN NEGERI PERAK

JAWATAN

1. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Perak Darul Ridzuan.

Pengerusi

2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan DesaYang Dipertua PBT berkaitanPengarah Pejabat Tanah dan GalianPengarah Jabatan Kerja RayaPengarah Jabatan Pengairan dan SaliranPengarah Jabatan Alam SekitarPengarah Jabatan Mineral dan GeosainsPengarah Jabatan PerhutananPengarah Jabatan PertanianKumpulan IKRAM Sdn Bhd

SetiausahaAhli

Bahagian Kawalan Pembangunan, JPBD Perak Darul Ridzuan Urusetia

KRONOLOGI GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI

Jadual 1.2: Kronologi Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi

BIL PERKARA TARIKH

1. Jemaah Menteri telah membincangkan mengenai Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa dan bersetuju;- KPKT menyelaras dan mengemaskini 2 garis panduan – Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit

(KPKT,1997) dan Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi (NRE, 2005) ; dan Pembekuan serta-merta projek-projek baru di kawasan cerun Kelas III sehingga satu reka bentuk perancangan dikuatkuasakan oleh KPKT.

12 Disember 2008

2. Garis Panduan telah dibentangkan ke Mesyuarat Pra Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke-61 5 Januari 2009.

3. Garis Panduan telah dibentangkan ke Mesyuarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersama Profesional dan “Industry Players” Bil. 1/2009 bagi mendapatkan maklumbalas. Ia bertujuan untuk menyelaras garis panduan sedia ada KPKT dan NRE.

23 Februari 2009

4. Jemaah Menteri menangguhkan keputusan kertas kerja. 8 Julai 2009

5. YAB Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat bagi menyelaras isu-isu berbangkit 17 Julai 2009

6. Jemaah Menteri bersetuju dengan garis panduan ini 12 Ogos 2009

7. Garis Panduan ini telah dipersetujui di dalam MNKT ke-62 17 September 2009

8. Pekeliling KPKT diedar kepada PBT 15 Okober 2009

9. Mesyuarat Penyelarasan KPKT bersama Setiausaha-Setiausaha Negeri Bil 2/1009 yang telah diadakan di SUK Perlis 16 November 2009

10. Mesyuarat KPKT bersama Para Profesional dan Industry Player Bil. 1/2010 27 Januari 2010

11. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil.1/2010 Kerajaan Negeri Perak Bersetuju Dengan Pemakaian Garis Panduan Peracangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi

18 Mac 2010.

12. Garis Panduan telah dibentangkan di Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 2/2010 di JPBD Perak

29 April 2010

13. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bil.1622 telah mengesahkan Garis Panduan ini pada 26 Mei 2010 19 Mei 2010

14. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak 28 Jun 2010

15perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS 15

PENYELARASAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI

Jadual 1.2 : Penyelarasan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi

GP KPKT, 1997 GP NRE, 2005 PENYELARASAN GP

• Kawasan berisiko rendah dan sederhana.

• Kawasan berisiko tinggi.

Lereng bukit yang mempunyai kecerunan.

Kawasan Bukit adalah kawasan yang mempunyai ketinggian 150–300 meter (UPE, JPM & WWF, 2002) yang lazimnya merupakan kawasan tadahan air dan kawasan sensitif alam sekitar.

Kawasan Tanah Tinggi ditakrifkan sebagai tanah-tanah yang mempunyai kedudukan lebih dari 300 meter dari aras laut (UPE, JPM & WWF, 2002 dan NRE 2005).

Tidak dinyatakan aspek ketinggian.

300 meter ke atas. • Ketinggian dibahagikan kepada 4 kategori (UPE, JPM & WWF):• Tanah Rendah (< 150 meter);• Tanah Bukit (150–300 meter);• Tanah Tinggi (300– 1,000 meter); dan• Gunung (> 1,000meter).

• Ini juga adalah selaras dengan takrifan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

• Untuk kawasan bandar sedia ada di kawasan natural plateau ketinggian diambil kira dari datum bandar tersebut.

• Risiko Tinggi >25 darjah• Risiko Rendah/

Sederhana • < 25 darjah

Mengikut klasifikasi I, II, III dan IV yang Merangkumi 15 darjah – 35 darjah cerun mengikut pembatasan geoteknikal.

• Mengikut klasifikasi NRE:• Kelas I (<15 darjah);• Kelas II (15 -25 darjah);• Kelas III (25 – 35 darjah); dan• Kelas IV (> 35 darjah).

Aspek ketinggian dan kecerunan telah digabungkan dalam Garis Panduan Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang baru.

Antara faedah-faedah yang dijangka akan diperolehi melalui pelaksanaan garis panduan ini adalah seperti berikut:

a) mewujudkan satu mekanisme yang lebih teratur dan selaras untuk digunapakai oleh semua PBT;

b) mengurangkan bencana alam, kemalangan jiwa, kemusnahan harta benda dan alam sekitar;

c) dapat mengawal keupayaan tampungan (carrying capacity) bagi kawasan tanah tinggi, berbukit dan kawasan sekitarnya yang mempunyai nilai-nilai estetik alam sekitar dan juga meningkatkan nilai ekonomi serta pelancongan negara;

d) pengawalan ini juga akan memastikan hanya industry players yang berwibawa yang dapat kekal dan menepati syarat-syarat kelulusan; dan

e) garis panduan jika dipatuhi akan meningkatkan imej dan kemampanan bandar.

16 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

LATAR BELAKANG

Lembaga Rayuan Negeri Perak telah ditubuhkan pada 1996 di bawah peruntukan Seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Ia merupakan satu badan berkecuali yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuashati dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas permohonan kebenaran merancang atau bantahan yang dikemukakan oleh mereka.FUNGSI

Mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes-kes rayuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

KES-KES YANG BOLEH DIRAYU

Orang awam boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Perak dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada mereka atau suatu tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Kes-kes rayuan yang boleh dibuat adalah berhubung dengan perkara-perkara berikut:

i. Rayuan Terhadap Keputusan PBPT (Subseksyen 23 (1) (a) & (b)

Seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan PBPT yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh PBPT dalam memberikan kebenaran merancang itu; dan

Seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan PBPT berhubung dengan bantahannya.

ii. Pembatalan Dan Pengubahsuaian Kebenaran Merancang Dan Kelulusan Pelan Bangunan (Subseksyen 25(9)

Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengancara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.

iii. Notis Rekuisisi (Subseksyen 30(2)

Seseoarang yang terkilan dengan suatu notis rekuisisi boleh, dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan.

iv. Notis Rekuisisi (Subseksyen 30(7))

Jika orang ditawarkan pampasan di bawah subseksyen (6) itu terkilan dengan

Lembaga Rayuan NEGERI PERAK

17perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS 17

amaun pampasan itu, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar.

v. Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok (Seksyen 35C)

Mana-mana orang yang terkilan dengan:

(a) suatu perintah pemeliharaan pokok, (b) mana-mana peruntukan dalam suatu

perintah pemeliharaan pokok, (c) (i) penolakan pemberian kebenaran

bertulis; (ii) mana-mana syarat yang

dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) seksyen 35A(2)(a); atau

(d) suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh dia diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

vi. Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok (Seksyen 35D(3)

Jika pemunya tanah itu tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diawardkan, dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh award itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau mengubah amaun pampasan yang diawardkan.

vii. Penggantian pokok (Seksyen 35E(3)

Mana-mana orang yang terkilan dengan –

(a) penolakan untuk mengetepikan kehendak menggantikan pokok di bawah perenggan (1);

(b) mana-mana perintah yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) atau (b);

(c) mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(d); atau

(d) penolakan untuk melanjutkan masa di bawah subseksyen (2),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh orang itu diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan terma dan syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

Semua kes rayuan ini akan didengar oleh satu panel Lembaga Rayuan Negeri Perak terdiri daripada Pengerusi dan dua (2) ahli Lembaga Rayuan yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Panel setelah mendengar kedua-dua pihak perayu dan responden akan memberi keputusan sama ada menolak atau membenarkan rayuan berkenaan.

PELANTIKAN AHLI LEMBAGA RAYUAN

Pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli Lembaga Rayuan telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Perak untuk tempoh 3 tahun mulai 15 April 2010 sehingga 14 April 2013.

Pengerusi dan Timbalan PengerusiMengikut Seksyen 36 (2)(a) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah melantik dengan persetujuan Menteri, seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi bagi Lembaga Rayuan itu iaitu orang yang menjadi atau telah menjadi hakim atau peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi atau anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia atau yang berpengalaman dari segi kehakiman atau kelayakan dan pengalaman sesuai yang lain.

Ahli-ahli Lembaga RayuanMengikut Seksyen 36(2)(b) Akta 172 juga, pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri adalah melibatkan beberapa orang yang layak, tidak melebihi dua belas (12) orang yang difi kirkan memadai oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menjadi ahli tambahan Lembaga Rayuan itu.

Tempoh PelantikanTempoh pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri ini memegang jawatan adalah dihadkan tidak lebih dari 3 tahun tetapi adalah layak dilantik semula oleh Pihak Berkuasa Negeri yang juga boleh menarik balik pelantikan ini tanpa memberi apa-apa sebab sebagaimana mengikut Seksyen 36 (3) Akta 172.

PERUNTUKAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Perlaksanaan dan perjalanan Lembaga Rayuan Negeri Perak adalah berdasarkan Bahagian iv dan vi Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Perak 1991 dan pindaan 2005.

AHLI LEMBAGA RAYUAN NEGERI PERAK 2010 - 2013

3. Ahli DATO YAACOB BIN NORDIN4. Ahli TN. HJ. IZHAR BIN HJ. SAIDIN5. Ahli EN. MOHD. NOR BIN MOHID 6. Ahli DATO’ HJ. MUSTAPHA B. SA’AD7. Ahli MR TAN HOOI MENG

1 2

1. Pengerusi DATO’ HJH. SHAMSURIAH BINTI

SULAIMAN2. Timbalan Pengerusi TN. HJ. IZHAR BIN HJ. SAIDIN

3 4 5 6

7

18 perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

Perak GIS merupakan Sistem Maklumat Perancangan Geo-Spatial Negeri Perak yang dibangunkan menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi atau ‘Geographical Information System’ (GIS).

FAEDAH PERAK- GIS

Faedah-faedah dari sistem GIS adalah seperti berikut:

a) Membekalkan data geo-spatial yang tepat dan terkini bagi membantu membuat keputusan perancangan;

b) Menggalakkan perkongsian maklumat antara jabatan berkaitan;

c) Menggurangkan keperluan ruang pejabat bagi tujuan penyimpanan data geo-spatial;

d) Membolehkan penyebaran maklumat dengan lebih mudah dalam format ‘softcopy’ dan melalui internet; dan

e) Meningkatakan produktiviti kakitangan jabatan dengan mengurangkan beban melakukan tugas berkaitan perancangan secara manual.

Setakat ini, sistem hanya dapat diekses dalam pejabat dimana ianya berintegrasi dengan Sistem Kebenaran Merancang ‘e-Plan’ untuk tujuan membantu proses permohonan Kebenaran Merancang seperti:

a) Permohonan tanah kerajaan dan tukar syarat tanah;

b) Permohonan pecah sempadan (susunatur);

c) Permohonan pelan pinta ukur;d) Permohonan pelan bangunan; dane) Permohonan pengambilan balik tanah

dan pampasan.

Pada masa hadapan, untuk memaksimakan penggunaan sistem GIS, Perak- GIS dirancang untuk dicapai melalui internet bagi tujuan perkongsian bersama awam (akses umum) dan agensi-agensi kerajaan berkaitan (akses terhad).

Pangkalan data Perak- GIS dibangunkan berasaskan model data perancangan bandar dan desa atau ‘Planning Data Model’ untuk penyediaan Rancangan Pemajuan seperti Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pangkalan data ini telah distrukturkan mengikut 13 modul. Bagi memudahkan penyimpanan data secara teratur, ianya dibahagikan seperti berikut:

Pengenalan Perak-GIS

19perancangan PERAK | 2011 | EDISI KHAS

MODUL LAPISAN TERPERINCI

1. Asas • Kadastral• Kontur• Grid Kadastral• Grid Topografi

2. Perancangan Bandar

• Gunatanah Semasa• Comitted Developement• Cadangan Pengezonan• Sempadan Pengezonan• Rancangan Struktur• Rancangan Tempatan• Sempadan Rancangan Tempatan.• Blok Perancangan• Pekan Bandar

3. Perumahan • Skim Perumahan• Penempatan Desa• Setinggan

4. Perdagangan • Perdagangan

5. Industri • Industri dalam Estet• Industri luar Estet

6. Kemudahan Awam • Pendidikan• Institusi Kesihatan• Balai Polis• Sempadan Perkhidmatan Polis• Pejabat Pos• Sempadan Kawasan Pos• Keagamaan• Perkuburan • Balai Bomba• Sempadan Perkhidmatan Bomba• Jabatan Kerajaan• Kegunaan Kerajaan• Sukan dan Rekreasi• Institusi Kebajikan

7. Utiliti Awam • Laluan Paip Air• Stesen Bekalan Air• Zon Perkhidmatan Bekalan Air• Jaringan Elektrik• Stesen Bekalan Air• Zon Perkhidmatan Elektrik• Laluan Perparitan• Kawasan Banjir• Tapak Pelupusan• Laluan Pembentungan• Taburan Stesen Pembentungan• Zon Perkhidmatan Pembentungan• Jaringan Telekomunikasi• Taburan Stesen Telekomunikasi• Zon Perkhidmatan Telekomunikasi• Laluan Pengairan• Stesen Pengairan• Jaringan Bekalan Gas• Stesen Bekalan Gas• Zon Bekalan Gas

MODUL LAPISAN TERPERINCI

8. Pengangkutan • Jalan Negeri• Jalan Daerah• Stesen Perkhidmatan Jalanraya• Landasan Keretapi• Stesen Perkhidmatan Keretapi• Pengurusan Lalulintas• Pengangkutan Awam• Lapangan Terbang• Pelabuhan • Lebuhraya

9. Tanah Lapang dan Rekreasi

• Tanah lapang dan rekreasi

10. Demografi • Demografi Mengikut Daerah• Sempadan Daerah Banci

11. Pentadbiran • Sempadan Daerah• Sempadan Mukim• Pihak Berkuasa Tempatan• Pilihanraya DUN• Pilihanraya Parlimen

12. Alam Sekitar • Tanah-tanih• Geologi • Hujan • Sumber Alam• Suhu • Kualiti Udara• Bunyi • Kualiti Air• Sungai

13. Pelancongan • Tarikan Pelancongan• Kemudahan Penginapan

KESIMPULAN

1. Perak- GIS merupakan pendekatan terkini dalam mewujudkan satu pangkalan data yang mempunyai skala yang besar dalam perkongsian maklumat data spatial untuk keseluruhan Negeri Perak.

2. Penggunaan Perak GIS mampu meningkatkan dan mengukuhkan peranan Jabatan selaku ‘data custodian’ kepada maklumat Gunatanah.

3. Pengumpulan dan penyeragaman data ke dalam pangkalan data (geodata base) dapat membantu agensi- agensi kerajaan membuat perancangan, polisi dan strategi pembangunan bagi sesuatu kawasan, contohnya seperti cadangan bagi tapak pembangunan oleh Kerajaan Negeri

4. Perak GIS yang dimiliki JPBD Perak juga membekalkan maklumat geospatial kepada agensi- agensi dan orang awam untuk tujuan- tujuan yang berkaitan dengan perancangan (bayaran dikenakan bagi sektor swasta dan percuma bagi agensi kerajaan).

http://jpbd.perak.gov.myJabatan Perancangan Bandar dan

Desa Perak Darul RidzuanTingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30646 Ipoh, Perak Darul Ridzuan