Mengaji Dan Rumah Ngaji

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Mengaji Dan Rumah Ngaji

    1/3

    Mengaji dan Rumah Ngaji

    Johari Yap

    19 April 2016

    DALAM soal menuntut ilmu, usia bukan penghalang. Bagaimanapun, bagi mereka yang

    memperoleh hidayah dan memeluk Islam; ada yang pada usia 20-an, ada yang 30-an dan ada

     juga pada usia yang agak lanjut, mereka mungkin segan untuk mengaji al-Quran. Lebih-lebih

    lagi bagi yang sibuk dengan urusan mencari makan, seribu satu alasan diberi untuk tidak

    mengaji.

    Bagi seorang Cina yang baru memeluk Islam, antara cabaran terbesar yang dihadapinya adalah

    untuk membaca al-Quran dengan lancar dan laju seperti orang Melayu. Maklum sahaja lidah

    yang sudah keras bukan mudah untuk dilentur.

    Pada peringkat permulaan belajar membaca al-Quran, sememangnya sukar untuk menyebut

    huruf dan perkataan tertentu sehingga ada yang akan gagap.

    Malah, Dr Zakir Naik (DZN) pun menghadapi masalah gagap semasa kecil sehingga sukar

     baginya untuk menyebut namanya sendiri ketika itu.

    Bercakap mengenai perkara ini, penulis agak kecewa dengan seorang hamba ALLAH yang

    menggelar dirinya "Ustaz" dalam laman sosial Facebook. Ustaz ini mempersoalkan hafazan al-

    Quran DZN serta mengutuk gaya sebutan beliau.

    Mungkin dia tidak sedar atau tidak ambil tahu bahawa DZN adalah seorang yang gagap satu

    ketika dulu dan perbuatannya memperkecilkan DZN sebegitu adalah satu penghinaan yang

    amat tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim apatah lagi yang menggelar dirinya ustaz.

    Walaupun gagap dan bercakap di hadapan beberapa orang pun tidak mampu, DZN mempunyai

    cita-cita untuk menjadi penceramah dan pendakwah terbaik dunia. Berkat niat dan azam murni

     beliau dengan latihan yang bersungguh-sungguh bertahun-tahun lamanya, DZN yang

    dahulunya gagap dan lemah hafalannya, kini menjadi seorang pendakwah yang fenomenal.

  • 8/18/2019 Mengaji Dan Rumah Ngaji

    2/3

     

    “Ustaz” tersebut juga mengutuk pengIslaman seorang remaja perempuan, Nina Grace, ketika

    menghadiri syarahan DZN di Kemaman. Dia mendakwa Nina sememangnya sudah terdahulu

    kembali kepada Islam dan pengIslamannya pada majlis syarahan DZN adalah publisiti

    murahan semata-mata. Bagaimanapun, dia telah memadam status tersebut setelah ia menjadi

    viral.

    Sebenarnya, kebolehan untuk membaca al-Quran dengan lancar tidak bergantung pada kaum

    dan sama ada lahir Islam atau golongan Muhajir. Sebagai contoh, kita ada Dr Mohd Fuad Yeoh

    yang bukan sahaja lancar membaca al-Quran malah fasih berbahasa Arab. Begitu juga Ustaz

    Farid Ravi yang mengajar al-Quran di Tilawah Interaktif (RTM1). Yang penting, usaha serta

    doa agar ALLAH permudahkan.

    Sekiranya benar-benar berazam untuk dapat membaca dengan baik dan lancar, kita boleh

     biasakan diri mendengar bacaan Qari seperti Misyari Rashid Alafasy sebagai contoh, setiap

    kali menaiki kenderaan ke tempat kerja atau di mana sahaja kita berada. Belajar tajwid dari

    asas, gunakan al-Quran yang ada tanda tajwid serta kaedah berwarna Al-Waqfu Wal Ibtida’

     bagi memudahkan untuk mengetahui cara berhenti dan memulakan bacaan al-Quran.

    Banyak tempat untuk kita belajar mengaji. Satu daripadanya adalah di Rumah Ngaji, iaitu

    tempat di mana pengajian al-Quran adalah percuma dan ia ada di seluruh negara. Program

    Rumah Ngaji anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas kini mempunyai lebih 900 pusat di

    seluruh negara. Menurut Datuk Abdul Jalil Ali, Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

    yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf, program Rumah Ngaji ini adalah bagi

    membantu masyarakat menghayati, memahami dan mengamalkan pembacaan al-Quran.

    Syabas kepada Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, yang tidak segan silu menceritakan

     bahawa beliau tidak pandai mengaji sehinggalah berusia 45 tahun sewaktu pemergian ayahnya.

    Rosyam turut mengaku bahawa beliau ketika itu hanya menghafal tiga surah, iaitu surah al-

    Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

    Beliau tidak malu untuk mula belajar mengaji dari "alif, ba, ta". Akhirnya, berkat kesabaran

    dan kesungguhan, beliau berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun.

  • 8/18/2019 Mengaji Dan Rumah Ngaji

    3/3

    Kita boleh mencapai apa sahaja impian sekiranya berusaha dan bersungguh-sungguh

     berbekalkan juga doa pada ALLAH SWT.

    Sebagai seorang Muslim, sekiranya kita boleh berhabis wang ringgit dan masa untuk mengejar

    kekayaan dan kejayaan duniawi, kita juga sepatutnya melakukan yang sama untuk belajar

    mengaji al-Quran dan mencari ilmu agama agar kejayaan duniawi selari dengan kejayaan

    ukhrawi, mudah-mudahan.

    * Penulis Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)