11
http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html MONDAY, AUGUST 24, 2009 GURU SEBAGAI SATU PROFESION Konsep perguruan Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut- institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Pekerjaan yang dianggap professional. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. - Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. - Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. 3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. - Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. 4. Mendapat latihan khusus. - Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ESAIMEN

Citation preview

Page 1: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

M O N D A Y , A U G U S T 2 4 , 2 0 0 9

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep perguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika

dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara

dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,

manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan

mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan

bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,

pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan

dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa

perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau

melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk

menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Pekerjaan yang dianggap professional.

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik

dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru

contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-

guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa

menjalankan tugas.

- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu

bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan

dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu

sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan

mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa

melaksanakan tugas mereka.

Page 2: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi

terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan

perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada

organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan

autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus

dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi

mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan

profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan

seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan

oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan

cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan

hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi

segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu

bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa

sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?

Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah

suatu pekerjaan yang profesional. 

Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion

keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor

perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai

‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang

beranggapan sedemikian.

Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah

mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh

dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau

di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya

Page 3: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang

mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan

yang profesional. 

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan

guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk

memperkukuhkan jawapan anda. 

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan

profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak

mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang

yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional

kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara

langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan

hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya

senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman. 

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai

profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata,

tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga

melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor,

akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Etika perguruan. 

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi

sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek

moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan

memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.[2]

Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis

panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.

Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan

dikenakan hukuman sewajarnya.

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme

Page 4: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

keguruan 

Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, “Segala sesuatu itu

bermula daripada diri kita dulu”. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan

penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. 

Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan

tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan

atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika

seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam

etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut. 

Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan

martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan

menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti

tinggi.

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri

kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari

segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan

sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada

pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya

dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Pembelajaran sepanjang hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan

satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. “Belajar sepanjang hayat”,

membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling

penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan.

Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang

begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang

merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama

ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal

berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara

bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan

yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu.

Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat

Page 5: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

disimpulkan kepada proses seperti berikut:

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat

kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada

masa sekarang, mahupun pada masa akan datang; dan proses pembelajaran

seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila

seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

a. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan

yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya

melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

b. Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang

menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada

mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

c. Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar

sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang

berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

d. Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan

rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran

sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.

e. Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami

budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.

f.

Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap

profesionalisme perguruan.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan

o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu

guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.

o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus

peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut

termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

2. Membuat penyelidikan dan penulisan

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari

kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau

pengajaran seseorang guru.

o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,

penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan

Page 6: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan

penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.

3. Usaha ke arah perkembangan kendiri

o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan

tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi

cara kerja seseorang guru.

o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka,

percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut

melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan

meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini

o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus

sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut

perkembangan zaman.

o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan

agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

5. Pembelajaran sepanjang hayat

o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih

dinamik.

o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat

kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar

terhadap seseorang guru.

Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan

dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan

membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti

atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang

pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.

Akauntabiliti guru terhadap:

1. Pelajar

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi

masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

mengikut kaedah dan teknikyang berkesan.

2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding

Page 7: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

hal-hal lain.

3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,

emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.

4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa

bayaran atau hadiah.

5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa

dan bersopan santun semasa bertugas.

2. Diri

1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan

sempurna.

2. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.

3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan

dengan perbelanjaan.

4. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

5. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa

atau elektronik.

6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.

3. Bangsa dan Negara

1. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara

berlandaskan Rukun Negara.

2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa

dalam diri pelajar.

3. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian

secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.

5. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi

mewujudkan suasana harmoni.

4. Terhadap Tugas dan Kerja

1. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran

yang diajar.

2. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.

3. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan

oleh jabatan atau pentadbir sekolah.

4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai

objektif pelajaran secara maksimum.

5. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Page 8: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.

Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru.

Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana

semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh

dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan,

sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan

sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai

seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya

kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan

khususnya di negara kita.

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan

tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu

dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

Ciri-ciri Guru Beretika

1. Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar' serta mengelakkan

diri daripada melanggar hukum agama, tata susila masyarakat dan undang-undang

negara.

2. Meletakkan ilmu dan pengajaran di atas kepentingan diri sendiri.

3. Kemaskini dengan maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.

4. Mempelajari dan mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan

teknologi pendidikan.

5. Memahirkan diri dan memahami segala aspek pelajaran yang diajar. (Trampil

dalam pelajaran dan mahir dalam pengajaran)

6. Adil saksama, demokratik dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar

(Tiada pilih kasih atau pet).

7. Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti

melibatkan pelajar.

8. Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah

bukan dengan cara memarahi.

Page 9: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

9. Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluan~kan masa untuk

membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.

10. Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan

memperkembangkan idea pelajar.

11 . Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka

benar-benar terlatih atau faham mengenainya.

12. Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran I

kemampuan berlainan.

13. Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani I dihormati pelajar.

14. Prihatin ten tang sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.

15. Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.

16. Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan /

kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.

17. Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai

budaya maktab dan masyarakat.

18. Bijak mengurus dan menggunakan masa.

19. Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi

menyenangkan. Mampu berkecindan / berjenaka dan boleh menerima jenaka.

(Sense of humour )

20. Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.

21. Menghormati displin ilmu orang lain, di hadapan pelajar, rakan sejawat dsbnya.

22. Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan

kekurangan sebagai penghalang).

23. Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.

24. Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan

keberkesanan.

25. Dapat menjadi model / teladan

26. Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam melaksanakan tugas.

27. Berani mencuba dan berflkiran terbuka.

28. Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau

rakan guru.

29. Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga

tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan

sejawat.

30. Cermat dan hemat terutama dalam aspek yang memerlukan ketepatan dan

ketentuan.

Page 10: Mengapa Ramai Menganggap Guru Bkn Profesional

http://eugynecollegenotes.blogspot.com/2009/08/guru-sebagai-satu-profession.html

31. Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.

32. Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan

iktisas serta gemar menyebarkan ilmu.

33. Mudah bergaul, pandai menyesuaikan diri dan mampu memahami keadaan serta

mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekerja. Bijaksana dalam menyelesaikan

masalah.

34. Bersemangat dan memiliki keyakinan diri yang kuat (enthusiasm is contagious)

serta mementingkan kecemerlangan.

35. Mampu mewujudkan semangat kesetiakawan, semangat yang mengandungi un

sur solidarity, kerjasama, perkongsian dan bertukar-tukar pengalaman serta idea

dengan rakan setugas.

36. Berperanan sebagai wakil sekolah dalam aktiviti dan majlis yang dianjurkan oleh

masyarakat.

37. Sentiasa menilai keberkesanan diri dan memberi ruang kepada pelajar dan pihak

berkenaan membuat penilaian. Bersedia membaiki diri dan prestasi keIja dari

semasa ke semasa.

38. Memberi perkhidmatan dengan ikhlas - tidak mengharap ganjaran.