7
Mengenai kepercayaan dan juga pegangan Cina ini boleh dibahagikan kepada dua ketegori, yang pertama adalah kepercayaan dalam agama dan yang kedua pula kepercayaan dalam adat dan budaya. Antaranya dinyatakan di bawah: a) Kepercayaan dalam agama: Kepercayaan kepada dewa-dewi, roh nenek moyang (spiritisme), dan lain-lain spirituil. Antara kepercayaan ritual yang terkenal di Kelantan ialah Datuk Kong atau dikenali sebagai Tok Kong. Menurut sebutan orang Cina adalah merupakan ‘Local Deity’ atau ‘Dewa Kawasan’ bagi sesuatu tempat. Paling terkenal dengan panggilan ‘Earth Deity’ atau ‘Dewa Bumi’. Apa yang nyata, ia merujuk kepada personaliti yang sama, iaitu Datuk Kong atau dikenali juga Datuk Keramat. Datuk Kong merupakan dewa pangkat rendah di dalam hirierki dewa-dewi Cina. Kebanyakkan Datuk Kong yang disembah adalah orang Melayu yang telah meninggal malah patung di dalam rumah Datuk Kong juga merupakan patung berciri- cirikan orang Melayu dengan memakai songkok, berkain samping, berbaju Melayu dan memegang rantai tasbih. Ini kerana mereka mempercayai bahawa roh orang baik-baik dan alim ini bila disembah dan disajikan dapat memberikan pelindungan kepada penduduk kampung. Datuk Kong ini juga dikatakan dapat memberi kekayaan kepada sesiapa yang rajin membaca zikir atau mantranya berulang kali (seperti bertasbih) dan sesiapa yang rajin memuji-muji Datuk Kong akan diluaskan rezekinya, dilepaskan dari segala bentuk kesulitan dan lain-lainnya. Datuk Kong juga akan menunaikan hajat kepada sesiapa sahaja yang berdoa kepadanya. Dalam sesetengah upacara Datuk Kong akan dipanggil oleh bomoh Cina dengan cara menurun untuk berkomunikasi dengan penganut- penganutnya. b) Kepercayaan adat: Kepercayaan kepada angka. Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki eleman positif dan negatif. Hal ini tergolong dalam ketegori membawa tuah dan nasib. Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dalam banyak-banyak angka, angka yang dianggap negatif satu-satunya angka 4. Mereka mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yang membawa sial danmemiliki eleman yang negatif. Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (sì)=4 ia mempunyai bunyi yang sama dengan ( ) yang membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam. Berlainan pula dengan angka (bā)= 8Mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan. Dalam dialek cantonese pulak, bunyi bā disebut sebagai ‘baat’ dan sama bunyinya dengan ‘faat’yang bermakna masa depan yang cerah. Tidak hairanlah sekiranya mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki angka ini. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga ada sesetengah kaum Cina juga telah menolak kepercayaan ini dan mereka menganggapnya sebagai kepercayaan yang karut.

Mengenai Kepercayaan Dan Juga Pegangan Cina Ini Boleh Dibahagikan Kepada Dua Ketegori

Embed Size (px)

Citation preview

  • Mengenai kepercayaan dan juga pegangan Cina ini boleh dibahagikan kepada dua

    ketegori, yang pertama adalah kepercayaan dalam agama dan yang kedua pula

    kepercayaan dalam adat dan budaya. Antaranya dinyatakan di bawah:

    a) Kepercayaan dalam agama: Kepercayaan kepada dewa-dewi, roh nenek

    moyang (spiritisme), dan lain-lain spirituil.

    Antara kepercayaan ritual yang terkenal di Kelantan ialah Datuk Kong atau dikenali

    sebagai Tok Kong. Menurut sebutan orang Cina adalah merupakan Local Deity

    atau Dewa Kawasan bagi sesuatu tempat. Paling terkenal dengan panggilan Earth

    Deity atau Dewa Bumi. Apa yang nyata, ia merujuk kepada personaliti yang

    sama, iaitu Datuk Kong atau dikenali juga Datuk Keramat. Datuk Kong merupakan

    dewa pangkat rendah di dalam hirierki dewa-dewi Cina. Kebanyakkan Datuk Kong

    yang disembah adalah orang Melayu yang telah meninggal malah patung di dalam

    rumah Datuk Kong juga merupakan patung berciri- cirikan orang Melayu dengan

    memakai songkok, berkain samping, berbaju Melayu dan memegang rantai tasbih.

    Ini kerana mereka mempercayai bahawa roh orang baik-baik dan alim ini bila

    disembah dan disajikan dapat memberikan pelindungan kepada penduduk kampung.

    Datuk Kong ini juga dikatakan dapat memberi kekayaan kepada sesiapa yang rajin

    membaca zikir atau mantranya berulang kali (seperti bertasbih) dan sesiapa yang rajin

    memuji-muji Datuk Kong akan diluaskan rezekinya, dilepaskan dari segala bentuk

    kesulitan dan lain-lainnya. Datuk Kong juga akan menunaikan hajat kepada sesiapa

    sahaja yang berdoa kepadanya. Dalam sesetengah upacara Datuk Kong akan dipanggil

    oleh bomoh Cina dengan cara menurun untuk berkomunikasi dengan penganut-

    penganutnya.

    b) Kepercayaan adat: Kepercayaan kepada angka.

    Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi

    mereka angka memiliki eleman positif dan negatif. Hal ini tergolong dalam ketegori

    membawa tuah dan nasib. Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki

    maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dalam

    banyak-banyak angka, angka yang dianggap negatif satu-satunya angka 4. Mereka

    mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yang membawa sial danmemiliki

    eleman yang negatif. Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (s)=4 ia mempunyai bunyi yang sama dengan ( s ) yang membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan

    Viatnam. Berlainan pula dengan angka (b)= 8Mempunyai bunyi yang sama dengan (f) yang membawa maksud kemewahan. Dalam dialek cantonese pulak,

    bunyi b disebut sebagai baat dan sama bunyinya dengan faatyang bermakna

    masa depan yang cerah. Tidak hairanlah sekiranya mereka sanggup menghabiskan

    ribuan ringgit untuk memiliki angka ini. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga

    ada sesetengah kaum Cina juga telah menolak kepercayaan ini dan mereka

    menganggapnya sebagai kepercayaan yang karut.

  • [Dr. Hj. Ann Wan Seng]

    Menjelaskan Pantang Larang Kaum Cina:

    Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan

    seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka

    banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan

    yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal, kelahiran, perkahwinan dankematian. Adat resam

    dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam

    masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam

    masyarakat Cina secara keseluruhannya.

    a) Sewaktu mengandung

    Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa

    mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa

    kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina

    yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalamsetiap tindak-tanduk dan kegiatan

    seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita

    mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini

    kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek

    moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan

    apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat banyak

    pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan

    melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami

    kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-

    kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

    Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.

    Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan

  • tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa

    mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk

    mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

    Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka

    kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,

    wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan

    mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini

    akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki

    atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama

    apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung

    adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

    b) Kelahiran:

    Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam

    bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak

    dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat

    dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan

    selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya

    kata-kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima. Kelahiran

    seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai

    memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.

    Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

    c) Perkahwinan

    Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun

    keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang

    lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri.

    Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta

    memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, lelaki Cina akan menghadapi banyak tanggungjawab

    baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa

    dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak-kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun.

    Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina

    untuk berkahwin. Pada masa dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa.

    Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai

    kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak-anak mereka. Walaupun kini perkahwinan

    tidak diatur oleh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan

    peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

    Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa

    sesuatu perkahwinan diadakan iaitu:

    1. Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami

    isteri yang sah dari segi undang- undang.

    2. Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin

    baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda

    pengenalan antara satu sama lain.

    3. Jamuan makan. Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan-kawan akan dijemput.

    Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk

    dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam

  • perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan

    saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung

    kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu-tetamu yang hadir

    eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya-baiknya hendaklah

    dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna-warna

    ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu

    berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada

    mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti

    kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.

    Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh

    kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

    d) Kematian

    Upacara kematian yang melibatkan penziarahan dan penjagaan mayat biasanya berlangsung

    dari tiga hingga tujuh hari. Ini untuk membolehkan sanak saudara dan rakan taulan memberi

    penghormatan terakhir, selain menghadiri upaca pengebumian. Sumbangan wang

    dalam sampul putih biasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang

    menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam bentuk angka yang ganjil.

    Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi ke

    rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam

    atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah

    membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan

    kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma

    atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu

    persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.

    Dalam kebudayaan Cina, kematian selain melibatkan perbelanjaan wang yang besar

    jumlahnya, dianggap sebagai sesuatu yang kotor/mencemarkan, malah amat kotor dan

    mencemarkan sekali. Justeru itu, terdapat dua pihak yang terpaksa bergelumang dengan

    kekotoran/ pencemaran yang membawa sial ini. Pertama ialah keluarga si mati, kedua ialah

    rakan taulan yang menziarah.

    Sehubungan dengan kekotoran ini, mayat Cina diuruskan dengan penuh berhemat dan

    penuh teliti. Oleh itu, (orang Cina) mengambil langkah berhati-hati semasa berhadapan dengan

    hal kematian dan lebih-lebih lagi dengan mayat si mati. Untuk ini, ramai (orang Cina) yang

    berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat

    dalam keranda dari jarak yang dekat semasa memberi penghormatan terakhir takut-takut

    terlekat sial. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh

    mereka (orang Cina) yang mengziarahi. Ini kerana penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya,

    apatah lagi untuk diusung pada hari pengkebumian.

    Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah

    atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang

    membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang

    diberi itu boleh dimakan.

    e) Perayaan

  • Majlis riang ria yang paling dinantikan oleh kaum Cina adalah tahun baharu. Ia boleh

    dikatakan festival Cina yang paling penting dan yang paling meriah untuk diraikan selama

    15 hari pada bulan pertama takwim Cina.

    Perayaan tahun baru diadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan ahli

    keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru. Perayaan ini diserikan dengan adat

    orang tua memberi angpau kepada kanak-kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan

    rumah tangga. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain

    merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik

    sepanjang tahun.

    Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini, adalah untuk menghalau kuasa jahat

    seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara yang baik-baik.

    Kadang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang tahun

    dipenuhi rahmat dan hujan.

    Mercun ikut dipasang untuk menghalau kuasa jahat selain menandakan kemeriahan

    perayaan tahun baru. Dan pada tahun baru juga terdapat buah yang sinonim dengan orang

    Cina iaitu limau. Juga menjadi amalan baik untuk membawa dua atau empat biji limau

    Mandarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa menziarahi pada

    perayaan tahun baru. Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Ini kerasa

    dalam bahasa sukuan Cina kantonis, nama/sebutan untuk limau menyerupai nama/sebutan

    untuk emas.

    f) Pantang larang makan

    Orang Cina amat mementingkan kesihatan dan makanan yang berkhasiat. Orang tua dilarang

    memakan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi. Mereka yang mempunyai luka

    pada badan tidak dibenarkan memakan udang dan ketam kerana mengakibatkan luka susah

    sembuh. Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh putus kerana membawa petunjuk

    yang tidak baik. Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang

    mereka makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan. Orang Cina tidak digalakkan

    bercakap semasa makan. Mereka dilarang mengetuk mangkuk dan pinggan dengan penyepit.

    Terdapat banyak kepercayaan Cina jika ingin disenaraikan. Ini kerana orang Cina akan

    mewarisi setiap kepercayaan daripada nenek moyang mereka. Jadi, tidak menjadi masalah

    untuk memahami kondisi mereka memandangkan ia adalah kepercayaan yang menyeluruh di

    dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini boleh dirujuk mana-mana buku yang disenaraikan di

    akhir perbincangan masalah ini juga boleh dirujuk kepada orang Cina sendiri.

    Setelah mengenal pasti kepercayaan dan pegangan orang Cina maka bolehlah

    dikritiskan dengan memahami kepincangan dalam agama mereka. Sebelum itu hendaklah

    mengetahui bagaimana kronologi agama Cina terbentuk.

    Mengenal Pasti Masalah Dalam Agama Yang Dianut Oleh Cina:[1]

    a) Majoriti Cina non-muslim di Malaysia adalah penganut agama Buddha (Mahayana).

    Dalam falsafah Buddha ini terdapat beberapa kepincangan dasar dan salah satunya

    falsafah Buddha tidak memiliki penjelasan mengenai konsep ketuhanan dan juga

    penciptaan. Sebelum itu perlulah mengenali konsep agama yang dianut oleh orang

    Cina. Hal ini boleh dilihat dalam sejarah China di mana kronologi pencantuman tiga

    agama Cina berlaku iaitu agama Confusios, Taoisme dan Buddha. Hal ini

    dinamakan sebagai sinkretisme (ia adalah hasil daripada gnosticisme dibawah

  • pecahan pluralisme) atau dikenali penyatuan aliran yang berbeza-beza. Orang Cina

    menggangap ketiga agama itu saling isi mengisi antara satu sama lain, yang satu

    menyempurnakan kekurangan yang lain. Bagi mereka yang hendak mengatur alam

    realiti akan merujuk kepada Confusios. Mereka yang mencarikan kehidupan yang

    romantik dan perhubungan alam ghaib akan merujuk kepada Taoisme. Manakala

    bagi mereka yang menempuh jalan ke akhirat akan merujuk Buddha. Pada

    hakikatnya memang tidak ada pertentangan atau percanggahan benterokan ketiga

    agama ini, kerana masing-masingnya seolah-olah berjalan mengikut lajurnya sendiri

    dan tidak memasuki lajur yang lain. Bagi mereka tiga agama itu mempunyai satu

    tujuan juga, iaitu hendak memberi kebahagian kepada manusia.

    b) Kaum Cina sangat fleksibel dan juga memiliki pegangan yang kukuh terhadap

    falsafah mereka. Sekira diteliti kembali sejarah perkembangan agama Buddha yang

    mana kronologi awal pengasasnya adalah Siddhartha Guatama Buddha yang lahir

    dari Kapilavastu terletak di sebelah utara India Tengah berhampiran dengan Nepal.

    Guatama Buddha pada awalnya adalah seorang penganut agama Hindu yang

    membawa pembaharuan di dalam agamanya. Setelah itu dia dipulaukan oleh

    golongan Brahma kerana dia didakwa sebagai seorang ahli bidah. Jelas disini

    bahawa Guatama Buddha adalah orang India dan membawa ideologi Hinduisme.

    Persoalan mula timbul, bagaimanakah orang Cina menerima agama Buddha

    sedangkan sejarah awal Buddha tidak ada kaitan dengan Cina? Sejarah menyatakan

    bahawa falsafah Buddha mula memasuki ke Cina pada 399 SM oleh seorang sami

    yang bernama Fa Hsien. Ini jelas bahawa kaum Cina sangat fleksibel sehingga dapat

    mengaplikasikan Buddha pada awalnya adalah India kepada budaya Cina.

    c) Dalam agama Buddha memiliki kitab sucinya yang dinamakan Tri-Pitaka yang

    bermakna tiga bakul. Kitab ini ditulis dalam bahasa Pali, suatu bahasa

    yangmempunyai perkaitan rapat dengan bahasa Sanskrit. Tripitaka yang dalam

    bahasa Pali disebut Tipitaka adalah tiga gabungan tulisan penting yang

    terdiri daripada: Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka, dan Abhi-dhamma Pitaka yang ditulis

    dalam bentuk persajakan, memuatkan ajaran-ajaran mengenai kepelbagaian

    cawangan doktrin Buddha. Kitab agama Buddha ini sukar untuk diperolehi, jadi

    tidak hairanlah sekiranya ramai dari penganut agama Buddha tidak memilikinya.

    Ada juga segelintir dikalangan penganut agama Buddha tidak mengenali langsung

    kitab-kitab ini. Penafsiran kandungan kitab ini juga tidak banyak dinyatakan di

    dalam buku-buku terbitan kuil. Ini jelas menunjukkan bahawa pengamalan kaum

    Cina Buddha tidak bergantung terus kepada kitab agama mereka. Mereka lebih

    terikat dengan budaya orang dulu-dulu.

    d) Mengenai agama anutan kaum Cina ini masih lagi diperdebatkan oleh ilmuan

    perbandingan agama dan juga ahli falsafah. Terdapat dua kes, pertama ramai ilmuan

    menyatakan bahawa Buddha itu bukanlah suatu agama tetapi ia sekadar falsafah.

    Manakala ada juga dakwaan menyatakan Confusios dan Taoisme tidak lebih

    daripada kepercayaan orang Cina dan ia bukan agama. Kedua, terdapat penafsiran

    menyatakan bahawa gabungan ketiga-ketiga agama Cina ini (sinkritisme Confusios,

    Taoisme dan Buddha) tidak sepatutnya dinamakan sebagai agama Buddha seperti

    dilabelkan oleh kebanyakkan ilmuan. Ini seolah-olah mengetepikan sistem agama

  • Confusios dan Taoisme dalam kepercayaan Cina yang mana tidak kurang hebatnya

    pengaruh mereka di dalam masyarakat Cina. Ada usul cadangan supaya menamakan

    kembali fahaman sinkritis ketiga-tiga agama ini.

    Kesimpulan

    Pada bahagian akhir bab dinyatakan perbincangan kepincangan itu bukanlah bermaksud

    untuk mengkritik agama Buddha tetapi untuk memberi ruang perbincangan secaraakedemik

    kepada mereka yang mengkaji agama Buddha dan budaya Cina. Sesungguhnya dapat

    disimpulkan bahawa orang Cina lebih mementingkan budaya daripada agama.

    Sebab itulah kaedah untuk berdakwah kepada orang Cina adalah penting untuk mendalami

    budaya dan adat mereka lebih-lebih lagi boleh berbahasa mandarin. Mereka (orang Cina)

    bersifat fleksibel dan mudah untuk didekati dan antara kaedah yang paling mesra yang sering

    diamalkan oleh para pendakwah adalah menjemput mereka ke restoran untuk menikmati

    hidangan beserta mengadakan dialog dan beramah mesra. Pengetahuan dan pemahaman yang

    dijelaskan secara ringkas di atas ini sudah tentu banyak membantu kita melakukan penyesuaian

    budaya dengan lebih baik lagi, khususnya dalam bentuk empati budaya (yakni pemahaman

    sesuatu kaum) serta relativiti budaya (iaitu sesuatu budaya itu tidak sama dengan yang lain).

    Catatan Akhi Zulkifli (orang KB bertugas di Sandakan) yang menyertai seminar:

    Kebudayaan cina,

    Setia pada negara, taat pada ibubapa-lindungi keluarga.

    Kerajinan dan kesungguhan.

    Pemujaan dewa dan nenek moyang.

    Aspek di atas -humanisme persoalan manusia dan masyarakat.

    Aspek kelahiran.

    Pantang larang sebulan untuk ibu bersalin berehat.

    Anak lahir umur sebulan, jamuan makan + ang pau sampul merah atau hadiah-balut kertas

    merah, merah jambu atau kuning.

    Sambut hari lahir genap 60 tahun. Kejayaan. Jamu mee yang panjang usia panjang. Angpau

    jumlah wang genap.

    Merah warna berkat-darah kehidupan, tangkis kuasa jahat.

    Perayaan.

    Festival tahun baru cina selama 15 hari. Jamuan, bersosial. Jamuan kumpul semula ahli keluarga

    mlm ambang tahun baru.