25
MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM BIDANG MATEMATIK KBSM TINGKATAN 4 SARASWATHI A/P KANTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM BIDANG MATEMATIK

KBSM TINGKATAN 4

SARASWATHI A/P KANTHASAMY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

PSZ 19: 16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM

BIDANG MATEMATIK KBSM TINGKATAN 4

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

SAYA : SARASWATHI A/P KANTHASAMY (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 124, BT. 16, JALAN PM. DR. MD NOR BIN BAKAR LANGAT, 42700 BANTING, (Nama Penyelia) SELANGOR. Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004 Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR. MD. NOR BIN BAKAR

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004

Page 4: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA

KRITIS DAN KREATIF DALAM BIDANG MATEMATIK KBSM

TINGKATAN 4

SARASWATHI A / P KANTHASAMY

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SARASWATHI A/P KANTHASAMY

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004

Page 6: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

iii

Especially for,

My parents, sisters

brothers, siblings and

dear friends....

THANK YOU

VERY MUCH.......

Page 7: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada tuhan dengan izinya, Projek Sarjana Muda ini telah

dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Dikesempatan ini, ingin

saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya

kepada penyelia projek ini iaitu PM Dr. Md Nor Bin Bakar yang telah banyak

memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi

menghasilkan projek ini dengan sebaik mungkin. Jasa beliau hanya Tuhan

yang akan membalas.

Penghargaan ini juga ditujukkan kepada guru besar, guru-guru dan

pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Sekolah Bestari),

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Jugra dimana kerja sama yang diberikan amatlah dihargai. Tanpa

kerjasama dari mereka semua, projek ini tidak dapat diselesaikan.

Tak lupa ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak

membantu sama ada secara langsung mahupun tidak. selain itu, ucapan ini

juga disampaikan kepada ahli keluarga yang telah banyak memberikan

semangat dan dorongan untuk menjayakan projek sarjana muda.

Akhir sekali, ucapan ini juga disampaikan kepada rakan-rakan

seperjuangan malahan kepada semua dengan bimbingan, nasihat dan

semangat yang diberikan. Terima kasih untuk segala-galanya.

Page 8: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguasai tahap kemahiran berfikir dan

matlamat dikalangan pelajar dari beberapa buah Sekolah Menengah di negeri

Selangor. Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah dengan

membuat tinjauan di tiga buah sekolah daerah kuala langat. Teknik soal selidik

digunakan untuk mendapatkan data-data mengenai kemahiran berfikir dalam

tajuk-tajuk terpilih seperti garis lurus, set dan persamaan serentak. Kajian ini

melibatkan tiga buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan (Sekolah

Bestari), Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Jugra yang melibatkan responden seramai 90 orang

pelajar. Menurut analisis data yang diperolehi, penyelidik menyimpulkan bahawa

kebanyakkan pelajar dari setiap sekolah masih belum mencapai tahap pemikiran

kritis dan kreatif yang memuaskan dalam matematik KBSM. Namum begitu,

tahap pemikiran mereka boleh diperbaiki lagi dengan mengikuti langkah-langkah

berfikir. Menurut indeks diskriminasi dan aras kesukaran, peratus betul dan salah

telah dapat dikenali. Secara keseluruhan, sebanyak 65.18% betul dan 34.85%

salah diperolehi daripada ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Walau bagaimanapun,

peratus salah boleh dikurangkan dengan pelajar menguasai beberapa peringkat

tahap pemikiran kritis dan kreatif yang tertentu dalam matematik KBSM. Dengan

ini tahap pencapaian pelajar dapat ditingkatkan pada masa akan datang. Oleh itu,

diharapkan para guru dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan

kemahiran berfikir dalam matematik KBSM yang amat rumit kepada pelajar.

Page 9: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

vi

ABSTRACT

This research as been done to discusses the ability in thinking and the aim

among the students from several high schools around Selangor state. Survey has

been carried out as a methodology of this research in three schools at Kuala

Langat district. Questioners has been asked to gained data regarding the ability to

think on the selected topics such as linear equation, set and quadratic equation.

This research involves 3 schools, there is Sekolah Menengah Kebangsaan

(Sekolah Bestari), Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) and Sekolah

Menengah Kebangsaan Jugra which involves 90 students. Based on the data

analysis, researchers concluded that most of the students from these schools were

not reach the expected level of cretive and critise thinking in KBSM Mathematics.

Although the problem sounds critical, but it can be solve by the assist of teachers

in this specific subject. The discrimination index and difficulty index shows that

the percentage of correct and incorrect can be identified. According to the survey,

we made that there is three schools, 65.18% were correct and 34.85% were

incorrect. By mastering other stages of creative and critis thinking in KBSM

Mathematics, the percentage of incorrect can be reduced. On the other hand, this

will increase students achievement. As a conclusion we hope that teacher will

play their part on giving the right way of solution.

Page 10: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Persoalan Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.5.1 Pemikiran Kritis 10

1.5.2 Pemikiran Kreatif 11

Page 11: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

viii

1.6 Terminologi 12

1.7 Batasan Kajian 14

BAB II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir 15

2.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis 24

2.2.1 Pemikiran Kritis Aras Rendah 28

2.2.2 Pemikiran Kritis Aras Tinggi 28

2.2.3 Maklumat dan Data 29

2.2.4 Persepsi 30

2.2.5 Intuisi 30

2.2.6 Multi-Dimensi 30

2.2.7 Realiti 31

2.2.8 Perincian 31

2.2.9 Logikal 32

2.2.10 Kesan dan Risiko 32

2.3 Kemahiran Berfikir secara Kreatif 33

2.3.1 Kreatif sebagai Gaya Hidup 34

2.3.2 Kreatif sebagai Proses Intelektual 35

2.3.3 Kreatif sebagai Penghasilan

Produk / Objek 37

2.3.4 Kreativiti sebagai Proses Imaginasi 37

2.4 Matematik KBSM 42

2.5 Kesimpulan 47

Page 12: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 49

3.1 Reka Bentuk Kajian 49

3.2 Sampel Kajian 50

3.3 Instrumen Kajian 51

3.4 Prosedur Kajian 52

3.5 Kajian Rintis 52

3.6 Analisis Data 53

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Analisis Dapatan Kajian Rintis 55

4.2.1 Profail Responden 55

4.2.2 Analisis Demografi Responden 56

4.3 Analisis Dapatan Kajian Sebenar 62

4.3.1 Profail Responden 62

4.3.2 Analisis Demografi Responden 63

4.4 Butiran Item 106

4.4.1 Aras Kesukaran Pelajar 106

4.5 Keputusan Kajian 125

4.6 Kesimpulan 127

Page 13: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

x

BAB V PERBINCANGAN DAN CADANGAN 129

5.1 Pengenalan 129

5.2 Rumusan 129

5.3 Cadangan 133

5.4 Kesimpulan 140

BIBLIOGRAFI 143

LAMPIRAN 154

Page 14: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Penentuan Pengembalian Borang Soal Selidik 56

4.2 Minat Pelajar terhadap Matematik KBSM 57

4.3 Topik yang Sukar kepada Pelajar 58

4.4 Peruntukan Masa Ulangkaji 60

4.5 Ulangkaji Topik Baru sebelum Pengajaran 61

4.6 Penentuan Pengembalian Borang Soal Selidik 62

4.7 Minat Pelajar terhadap Matematik KBSM 63

4.8 Topik yang Sukar kepada Pelajar 66

4.9 Peruntukan Masa Ulangkaji 82

4.10 Ulangkaji Topik Baru sebelum Pengajaran 84

4.11 Aras Kesukaran Pelajar 106

4.12 Peratus Betul dan Salah bagi Sekolah B 125

4.13 Peratus Betul dan Salah bagi Sekolah C 126

4.14 Peratus Betul dan Salah bagi Sekolah D 127

Page 15: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

Xii

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT

4.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 57

4.2 Sekolah A 59

4.3 Minat Pelajar dalam Matematik 64

4.4 Sekolah B 67

4.5 Sekolah C 67

4.6 Sekolah D 68

Page 16: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

xiii

SENARAI SINGKATAN

CORT - Cognitive Research Trust

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3m - Membaca, Menulis, Mengira

UNICEF - United Nations Educational Scientific and

Cultural Organization

UNESCO - United Nations International Children’s Emergency

Fund

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

P.A.D.I - Peningkatan dan Asuhan Daya Intelek

ADAPT - Accent on the Development of Abstract Process of

Thought

SOAR - Stress on Analytical Reasoning

IQ - Intelligent Quotient

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

‘h’ - Halaman

Sekolah A - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

Sekolah B - Sekolah Menengah Kebangsaan (Bestari)

Sekolah C - Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist

Sekolah D - Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra

‘⊃’ - Super set

‘⊂’ - subset

‘∪’ - Kesatuan

‘∩’ - Persilangan

R - Responden

Page 17: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Topik yang sukar kepada pelajar di Sekolah A 154

B Topik yang sukar kepada pelajar di Sekolah B 157

C Topik yang sukar kepada pelajar di Sekolah C 160

D Topik yang sukar kepada pelajar di Sekolah D 163

E Borang Soal Selidik 166

Page 18: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

1

BAB I

PENGENALAN

Manusia dianugerahkan daya kemampuan akal untuk berfikir, maka dengan

menggunakan pemikiran, manusia boleh menguruskan alam. Sedikit demi sedikit

dunia ini dimajukan dari yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Bermula dengan

keadaan yang primitif dengan tenaga fizikal yang terhad digunakan, dunia ditukar

kepada wajah yang ada seperti dilihat sekarang, selari dengan alaf baru, transformasi

budaya, persekitaran dan amalan masyarakat bukan berlaku secara sendiri tetapi

dengan sengaja. Pemikiran adalah sesuatu kuasa yang amat hebat yang ada pada

setiap manusia. Apabila digunakannya dengan baik, maka ia akan membawa

manusia ke arah kemajuan dan kebahagian. Tetapi setelah disalahgunakan, ia akan

menghancurkan manusia itu sendiri.

Pemikiran sangat sukar untuk ditafsirkan dengan tepat. Perkataan-perkataan

yang berkaitan dengan pemikiran seperti fikir, berfikir, memikirkan dan sebagainya

adalah berkaitan dengan akal dan otak manusia. Fikir boleh didefinasikan sebagai

mempercayai, mempertimbangkan, mengingati atau mengimaginasikan. Berfikir juga

dikaitkan dengan kemampuan menggunakan akal untuk merancang, menyelesai,

Page 19: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

2

membuat keputusan dan seumpama dengannya. Sementara pemikir pula adalah orang

yang menggunakan akal untuk merancang, membuat pertimbangan, renungan, angan-

angan, imaginasi dan seumpama dengannya untuk mencari jawapan bagi sesuatu

persoalan. Oleh itu pemikiran melibatkan proses mempercayai, mengingati dan

menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu dan seterusnya untuk mendapatkan

hasil.

Menurut Beyer (1984), berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk

konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Menurut Fraenkel (1980), berfikir

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan

maklumat dalam bentuk tertentu. Manakala menurut Mayer (1997), pula pendapat

bahawa melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda

atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

Penyelidikan dalam pendidikan telah membuktikan bahawa guru adalah faktor

utama dalam persekitaran sekolah yang boleh mempengaruhi perkembangan pelajar

(Eegar dan Kanchak, 1988). Guru dapat membantu dan membimbing perkembangan

pemikiran pelajar melalui pendekatan kaedah dan teknik yang berkesan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Edward de Bono (1976), pemikiran bercorak

diskriptif dan pasif. Kemahiran berfikir yang perlu diajar secara eksplisit iaitu

kemahiran yang membina, aktif dan kreatif. Ekoran daripada pendirian ini, beliau

telah mencadangkan pelbagai strategi khusus untuk mengajar kemahiran berfikir,

contohnya CORT (Cognitive Research Trust).

Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, bolehlah disimpulkan bahawa

berfikir merupakan suatu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna

dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau

menyelesaikan masalah. Terdapat dua jenis pemikiran iaitu, pemikiran kritis dan

Page 20: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

3

pemikiran kreatif. Tahap penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau

masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah, di samping

keupayaan untuk memproses maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru atau asli

dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM. Kedua-dua kemahiran

berfikir ini (kritis dan kreatif), digunakan semasa seseorang pelajar itu melakukan

proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dalam pembelajaran

matematik KBSM. Kemahiran berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis

dan cara belajar seseorang itu terutamanya dalam mata pelajaran matematik KBSM.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Secara umum, tahap pemikiran ditakrifkan sebagai perolahan dan pentafsiran

akal untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Dalam erti kata lain, tahap pemikiran

boleh dilihat sebagai satu proses penggunaan akal untuk mencari penyelesaian kepada

suatu masalah atau mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan dalam hidup

manusia. Tahap pemikiran sebenarnya tidak berlandaskan akal semata-mata,

sebaliknya naluri kepercayaan yang ada dalam diri manusia berfungsi dengan lebih

ketara. Dewey (1993) mentakrifkan tahap pemikiran sebagai perilaku dalam

menyelesaikan masalah matematik, sementara Bochenski (1990 : 59) menyatakan

bahawa berfikir adalah setiap perkembangan idea-idea dan konsep yang ditakrifkan

oleh minda. Mohd Micheal Abdullah (1995) mentafsirkan pemikiran sebagai

membuat keputusan. Sementara itu Son Hj. Nor dan Mohd Dahlan (1993)

menyatakan pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

Page 21: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

4

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai kepelbagaian kemungkinan, idea, dan

membuat pertimbangan yang wajar, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

serta membuat refleksi dan meta kognitif terhadap proses yang dialami. Sementara

itu, Pusat Perkembangan Ko-kurikulam, kementerian Pendidikan Malaysia (1995)

mendefinasikan tahap pemikiran sebagai proses yang kompleks sering berlaku dalam

minda seseorang.

Selain daripada bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling

biasa dilakukan oleh manusia. Dalam seminar bertema “Education For All” 1990

yang dianjurkan oleh Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO, kemahiran asas tidak lagi

terbatas kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi, ditambahkan dua

kemahiran lagi, iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Oleh itu, pendidikan

sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir di kalangan generasi

masa kini. Dengan itu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pembelajaran

Matematik KBSM memerlukan perhatian luas dari semua pihak baik pendidik

mahupun pelajar.

Sebagaimana kita ketahui bahawa pendidikan formal adalah merupakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di dalam kelas. Aktiviti ini

melibatkan dua iaitu pihak selaku penyampai ilmu dan pihak pelajar selaku penerima

ilmu. Kerap berlaku dimana sesuatu pengajaran itu tidak dapat diterima atau difahami

oleh sebilangan pelajar di atas sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu guru-guru yang

menghargai potensi pelajar adalah guru yang akan menyema benih pertumbuhan idea-

idea yang bijak dan asli iaitu menggerakkan daya pemikiran pelajar dalam Matematik

KBSM. Apabila seseorang guru terlibat dalam memberi wajah dan corak baru bagi

pengetahuan yang telah diperolehi, maka ia juga merupakan penggalak tingkah laku

kreatif pelajar.

Page 22: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

5

Semua orang berfikir tetapi kebanyakkan dari pelajar tidak tahu teknik-teknik

itu diistilahkan teknik pemikiran biasa supaya sesuai dengan kehidupan harian.

Teknik-teknik itu diistilahkan teknik pemikiran biasa supaya mereka memiliki

keupayaan berfikir menggunakan teknik-teknik yang berkesan. Pelajar-pelajar ini

perlu mengikis kecenderungan berfikir dengan menggunakan tahap pemikiran biasa

kerana pemikiran biasa tidak berdaya menghasilkan pandangan dan idea-idea yang

bermutu. Oleh yang demikian, mereka perlu mempelajari teknik-teknik berfikir.

Antara sebab yang menjadi penghalang kepada pencapaian yang baik bagi

sesuatu pengajaran khususnya pengajaran konsep matematik KBSM adalah

disebabkan keupayaan mental pelajar berfikir. Jika pelajar ingin menjadi insan yang

berkebolehan dalam membuat keputusan yang bijak terhadap masalah-masalah yang

dihadapi maka mereka haruslah menggunakan proses kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif dengan sewajarnya dalam proses pembelajaran sehariannya. Kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk

menghadapi kehidupan yang mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan

sentiasa bersaing. Tetapi malangnya, didapati bahawa pelajar-pelajar masih tidak

sedar tentang kepentingannya dan masih mengamalkan kesilapan berfikir seperti

berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.

Secara umumnya, guru telah lazim dengan keadaan dimana pelajar kurang

menggunakan tahap kemahiran berfikir di dalam proses pembelajaran mereka

terutamanya dalam mata pelajaran Matematik KBSM. Hasil kerja pelajar juga

didapati kurang menggunakan fikiran (lacking in thought fulness) malahan, respon

lisan pelajar juga mempunyai ciri-ciri pemikiran yang salah atau silap. (faulty

thinking) dan idea pelajar yang agak cetek. (Candice, Bos dan Vanghan, 1993).

Page 23: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

6

Ekoran dari delima ini, guru harus lebih peka tentang menggalakkan

keupayaan berfikir dikalangan pelajar. Sekolah yang prihatin dalam tempat dimana

pelajar boleh memperkembangkan strategi penyelesaian masalah yang produktif,

teknik membuat keputusan yang bertimbang rasa, kreatif dan berpemikiran innovatif.

Bagi mengatasi dan menyemai kebolehan pelajar berfikir, kemahiran berfikir harus

disebatikan (infusion) dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar

dapat memikirkan yang dipelajari dan sekaligus meminimumkan kesilapan berfikir.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran berfikir bukanlah satu perkara yang baru kerana ia sudah lama

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi kebanyakkan pelajar

tidak tahu cara-cara penggunaan kemahiran tersebut dalam pembelajaran mata

pelajaran Matematik KBSM. Kebanyakkan guru tidak sedar tentang kemahiran

berfikir yang digunakan dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya

intelek pelajar. Mereka memberi lebih tumpuan kepada penghafalan dan ingatan

kembali isi kandungan. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah hanya diberi penegasan dalam tahun 80’an.

Memikir tentang tujuan pendidikan adalah memikirkan tentang jenis manusia, jenis

ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial

dan kualiti tamadun bangsa (Petikan Wan Zahid Mohd Nordin 1988). Tegasnya

kualiti tamadun bangsa yang dimaksudkan hanya akan dapat wujud dengan lahirnya

individu-individu yang mampu menggunakan minda mereka untuk berfikir sebaik-

baiknya.

Page 24: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

7

Terdapat komen daripada pihak luar dan dalam yang menyatakan bahawa

institusi di Malaysia diandaikan sebagai “Crammers of knowladge” dan

“atomization of learning” dan “reproducing orientation” (Samuaiowiez, 1987;

Zainal, 1990). Kesilapan tersebut kemungkinan disebabkan oleh keadaan di mana

guru memberi penekanan yang berlebihan terhadap bahan pembelajaran dengan

harapan pelajar akan mengetahui segala-galanya, dengan apa cara sekalipun. Pelajar

disogokkan dengan ilmu pengetahuan dan kemudiannya digalakkan meluahkan

kembali dalam peperiksaan. Umumnya pelajar disuapkan dengan ilmu dan dengan

secara tidak langsung pelajar kekurangan masa untuk berfikir.

Guru dan pelajar seharusnya didedahkan kepada “cara berfikir” yang

memungkinkan terciptanya sesuatu yang baru tanpa melibatkan masa yang banyak.

Perancangan dan strategi yang rapi, adalah bukan suatu perkara yang mustahil untuk

dilakukan. Malahan memerlukan pelajar menggunakan struktur ilmu dalam

menyelesaikan masalah atau mengilhamkan idea unik, yang melibatkan kaedah

pemikiran lateral, pemikiran saintifik dan pemikiran kritis.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menyarankan tentang peri

pentingnya perkembangan daya intelek seseorang individu. Selaras dengan itu, salah

satu objektif KBSM ialah untuk “mengembangkan dan meningkatkan lagi daya

intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif”. Bagi mencapai hasrat

Wawasan 2020 dan Wawasan pendidikan adalah penting bagi sistem pendidikan kita

mendidik dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan

berketrampilan tetapi juga yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kenichi Ohmae (1987), cendekiawan berbangsa Japun menyatakan kunci

kepada masa depan sesuatu bangsa bergantung kepada sumber manusianya. Ia tidak

Page 25: MENGKAJI TAHAP PENGGUNAAN KEMAHIRANBERFIKIR … AP000496 D... · mengkaji tahap penggunaan kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang matematik kbsm tingkatan 4 saraswathi

8

lagi bergantung kepada sumber alam semula jadi sebagaimana berlaku pada zaman

terdahulu. Kuantiti serta bilangan manusia terpelajar merupakan penentu yang

menentukan sesebuah negara itu makmur atau sebaliknya. Untuk mencapai hasrat ini

setiap individu harus mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menggunakan fakulti

akal itu dengan bijaksana dan bersistem. Justeru itu melalui latihan dan pengalaman

pelbagai, seseorang individu itu dapat meningkatkan pemikirannya secara kritis dan

kreatif.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Soalan-soalan yang dikemukaan semasa penyelidik menjalankan kajian adalah

seperti berikut:-

i. Sejauh manakah tahap pemikiran pelajar-pelajar tingkatan 4

dalam pembelajaran matematik KBSM?

ii. Adakah pemikiran kritis dan kreatif memainkan peranan yang

penting dalam bidang matematik KBSM?

iii. Sejauh manakah tahap penggunaan kemahiran berfikir dalam

bidang matematik di kalangan pelajar tingkatan 4?