Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    1/8

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    2/8

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 Objektif Am

    Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 2 karisma dalam mata pelajaran matematik

    3.2Objektif Khusus

    Di akhir kajian ini di harap pelajar-pelajar akan dapat :

    1 Menguasai kemahiran Kaedah Aliran Carta Dan Undur (KACU) untuk mencari nilai anu

    yang dikehendaki.

    2 Para pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 80 % betul dalam ujian pos yang

    diadakan.

    3 Dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai bagaimana menyelesaikan

    persamaan linear dalam satu anu.

    4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan pembelajaran.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan 42 orang pelajar tingkatan 2 karisma SMK Dato Mohd Yunos SulaimanSemasa pengajaran dijalankan, pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang semuanya terdiridaripada pelajar melayu .

    5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

    5.1 Tinjauan Masalah

    Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian serta ujian pradan ujian pos.

    5.1.1Pemerhatian

    Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian . Sebelum kajian dijalankan murid kurangmemberi respon kepada soalan yang diajukan. Kebiasaannya murid perempuan yang lebihbersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurangmengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan disebabkantopik ini agak sukar. Pemerhatian dan tinjauan juga dijalankan ke atas buku latihan pelajar bagimengesan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar.

    5.1.2Ujian Pra dan Ujian Pos

    Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman daningatan mereka terhadap topik ini. Item ujian pra merupakan item berbentuk subjektif. Selepassaya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan juga tidakmembincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan kaedah (KACU) dan 28

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    3/8

    hari selepas itu saya telah memberikan Ujian pos menggunakan set soalan yang sama denganujian pra.5.1.3 Temubual

    Saya juga telah menjalankan temubual dengan beberapa orang pelajar sebelum dan selepaskaedah KACU ini dijalankan

    5.2 Analisis Tinjauan Masalah

    5.2.1 Analisis pemerhatianBerdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:

    i. Suasana pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan memberangsangkandisebabkan kaedah ini bersifat Hands On dan Minds On.

    ii. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh gurusamada secara lisan. Mereka juga berani kehadapan kelas untuk mencubakaedah ini.

    5.2.2 Analisis ujian pra dan Pos

    BIL KEPUTUSAN UJIAN PRABILANGAN

    UJIAN POSBILANGAN

    1 BETUL SEMUA - -

    2 BETUL 14 - -

    3 BETUL 13 - -

    4 BETUL 12 - 1

    5 BETUL 11 - 3

    6 BETUL 10 1 3

    7 BETUL 9 3 9

    8 BETUL 8 3 6

    9 BETUL 7 5 7

    10 BETUL 6 9 411 BETUL 5 4 1

    12 BETUL 4 10 3

    13 BETUL 3 2 -

    14 BETUL 2 3 -

    15 BETUL 1 2 -

    16 SALAH SEMUA - -

    17 TIDAK HADIR 1 2

    JUMLAH PELAJAR 42 42

    5.2.3 Analisis temubual

    Murid telah memberikan respons positif terhadap kaedah KACU ini berdasarkan beberapatemubual. Berikut adalah beberapa respon temubual yang telah diberikan oleh para pelajar:

    Satu pendekatan yang menarik , cepat faham dan cepat ingat sebab kaedah ini ringkas danmacam permainan

    suasana pembelajaran semakin seronok, kaedah ini tak perlu seimbangkan persamaan atauguna kaedah penggantian, belajar tak susah sangat .

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    4/8

    5.3 Tindakan yang dijalankan

    1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, Saya telah membentuk 7 kumpulan pelajar keranasaya merasakan pembelajaran secara kumpulan amat baik dan dapat membinasemangat kerjasama dikalangan mereka.

    2. Seterusnya saya membekalkan setiap kumpulan dengan modul bercetak dan modelkaedah KACU yang telah saya cipta khas untuk para pelajar.

    3. Saya membimbing pelajar bagaimana menggunakan kaedah KACU yang telah direka

    menggunakan kad manila, disamping kad nombor, kad anu serta kad operasi di papanhitam bagi memudahkan pelajar melihat bagaimana menyelesaikan persamaan linearmenggunakan satu anu dengan mudah dan pelajar melakukan kaedah KACU inimenggunakan model KACU yang telah disediakan sesuai untuk saiz pelajar .

    4. Saya akan memanggil beberapa pelajar secara rawak untuk mencuba keberkesanan

    kaedah ini berdasarkan modul dan akan menerangkan tentang kesalahan yang dilakukanserta membetulkan kesilapan pelajar.

    5. Saya mengarahkan pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan semuabentuk soalan dengan menggunakan kaedah kacu (rujuk latihan).

    6. Seterusnya saya akan membimbing pelajar yang masih lemah dalam kemahiran kaedahKACU ini dan akan membincangkan jawapan bersama-sama dengan pelajar.

    7. Murid menjalani ujian pos. Selepas ujian pos saya dan murid akan membincangkanjawapan sebagai langkah pengukuhan .

    5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian / Penilaian

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 7- 8 minggu bermula daripada 23 April 14 Jun2007. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan topik 4 iaitu Linearequation. Saya telah memperuntukkan waktu kelas tambahan dan 2 waktu P& P untukmembimbing murid cara-cara mengunakan kaedah KACU ini. Selepas 28 hari murid telahmenjalankan Ujian Pos dan sesi temubual telah dijalankan.Untuk mendapatkan pandanganmereka tentang kaedah KACU ini. Murid juga telah diberi masa semasa cuti sekolah untukmemahirkan diri dengan kaedah ini sebelum ujian Pos diadakan.

    Berdasarkan pemerhatian saya , Kaedah KACU ini berjaya membantu murid meningkatkanpencapaian di dalam subtopik Equation Linear. Murid juga kelihatan lebih berkeyakinan danberlumba-lumba hendak menjawab soalan. Skor yang baik diperolehi semasa menjawab ujianPos dan latihan di dalam buku teks. Guru pula dapat mempelbagaikan kaedah pengajaranmenjadikan pembelajaran tidak membosankan malahan menyeronokkan.

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    5/8

    5.5 Refleksi kajian

    Pencapaian murid dalam ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kaedah KACUini tidak memerlukan proses menyeimbangkan persamaan dan penggantian seperti yangterdapat di dalam buku teks tetapi kaedah ini menjurus kepada kemahiran pelajar melukis cartaaliran dan melakukan operasi songsangan sahaja . Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawakaedah KACU ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dankefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran danpembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

    Masih terdapat 4 orang pelajar yang gagal dalam ujian pos kerana pada hari sayamemperkenalkan kaedah KACU ini pelajar ini tidak hadir kesekolah disebabkan menghadapimasalah kesihatan . Selain daripada itu ada 2 orang pelajar tidak hadir ke sekolah dan merekayang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian Pos. Walaupun mereka tidak hadir ke sekolah,saya akan memastikan para pelajar ini dibimbing agar mereka memahami kaedah KACU ini danbukan hanya sekadar menyalin dari rakan-rakan .Saya juga sepatutnya lebih tegas terhadapsegelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.

    Saya juga berasa tersentuh dan terharu di atas komitmen yang diberikan terutama pelajar-pelajarperempuan yang bersungguh-sungguh memahami kaedah ini dan saya yakin kaedah ini dapatmeningkatkan pencapaian mereka di dalam subjek matematik.

    6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Oleh sebab penggunaan kaedah KACU berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topikLinear Equation khasnya untuk tingkatan 2 Karisma,saya bercadang untuk menggunapakaikaedah ini untuk mengajar dikelas lain .Di samping itu kajian juga tidak tertumpu kepada satu anusahaja tetapi untuk menyelesaikan persamaan linear dalam dua anu.Guru juga bolehmenyediakan satu modul penggunaan kaedah KACU di dalam pengajaran dan pembelajaran

    secara lebih terancang dan teratur.

    Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif darisegi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Diharapkan hasil kajian ini dapat dimanafaatkandan menjadikan proses pengajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata:

    Seseorang itu tidak harus menyerah kalah apabila berhadapan dengan masalah. Setiapmasalah dan kesukaran yang dihadapi itu jika diteruskan usaha untuk menyelesaikannya,seseorang itu akan mendapat lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan

    RUJUKAN

    Sebastian Chan (2007). My Tutor. Kuala Lumpur: Penerbitan Pan Earth .Sdn . Bhd.

    H.L.Chua ( 2006) .New Vision . Kuala Lumpur : Penerbitan SNP Pan

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    6/8

    LAMPIRAN 1

    Model Kaedah KACU

    Lampiran 1

    KAEDAH ALIRAN CARTA DAN UNDUR (KACU)

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    7/8

    Contoh

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Meyelesaikan Persamaan Linear Dalam Satu Anu Menggunakan Kacu Di Kalangan Pelajar 2 Karisma

    8/8