21
Merejam Lembing

Merejam lembing

Embed Size (px)

Citation preview

Merejam Lembing

PengenalanMengikut catatan acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita

SejarahRejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

MatlamatMatlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para

pemenang akan ditentukan menerusi rejaman ataubalingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu

bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasanmembuat rejaman iaitu padang.

Alatan Diperbuat daripada Kayu / Besi / Logam Campuran Bahagian lembing terdiri daripada kepala (panjang), pegangan (grip), hujung/ekor (tajam)

Ukuran bahagian lembing terbahagi kepada: BHG. Kepala : 25cm -33cm BHG. Pegangan : 15cm 16cm (lelaki) 14cm 15cm (perempuan/lelaki bawah18) Berat minimum lembing 800g (kategori lelaki), 600g (kategori perempuan)

Penggunaan Kasut Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.

Pita Ukur Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih pajang ukurannya. Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda

Kawasan Rejaman LembingKawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.

Kawasan larian adalah berukuran panjang 36.5, lebar 4 m. Kawasan rejaman adalah berukuran: Dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau

Peraturan Merejam Lembing Lembing hendaklah dipegang pada bahagan gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat.

Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah. Sarung tangn tidak dibenarkan. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mar ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

Kesilapan UmumPeluang melakukan kesalahan dalam acara lontaran atau lompatan adalah tinggi berbanding dengan acara larian. Dalam mengambil bahagian dalam acara-acara lontaran, peserta bukan sahaja perlu mengawal diri, tetapi pada masa yang sama mengawal peralatan yang digunakan serta kawasan yang membolehkannya membuat lontaran. Setiap anggota tubuh peserta juga dapat mengawal dan mengimbangi kedudukan semasa, sebelum dan selepas melakukan lontaran. Akibatnya sering berlaku kesilapan sepanjang pergerakan peserta.

Prinsip Asas Lembing Pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing.

Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

Teknik Pegangan LembingGaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kemahiran Asas Merejam Lembing Dalam melaksanakan permainan ini, terdapat beberapa fasa yang dilalui: - Fasa Persediaan

- Fasa Lari Landas- Fasa Rejaman - Fasa Ikut Lajak

Fasa persediaan

Fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang ke arah kawasan rejaman

Fasa Lari Landas Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

Fasa Rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

Fasa Ikut Lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan