40

MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

  • Upload
    lyduong

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan
Page 2: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

018/028/038 SAINS

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 018/028/038

Markah : 40 markah

Masa : 1 jam

REKABENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Mempunyai 8 soalan struktur – semua soalan mesti jawab.

Soalan 1 dan Soalan 2 memperuntukan 4 markah bagi setiap soalan.

Soalan 3 hingga soalan 6 memperuntukan 5 markah bagi setiap soalan.

Soalan 7 dan Soalan 8 memperuntukan 6 markah bagi setiap soalan.

Konstruk yang diukur ialah :

a. Keupayaan calon mengetahui, memahami, menganalisis, mensentesis dan

mengaplikasi, menilai dan mencipta.

b. Keupayaan calon menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS).

Page 3: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

PRESTASI TERPERINCI

Soalan 1

Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan

melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan kepada salah satu

daripada 3 jenis haiwan yang disenaraikan sebagai pilihan jawapan .

Page 4: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Berdasarkan jawapan yang diberi. Calon dapat mengenal pasti jenis haiwan yang tepat dan

memadankan dengan betul berdasarkan maklumat yang diberi. Hanya terdapat satu jenis

haiwan sahaja yang menepati maklumat tersebut.

Page 5: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 1 (b)

Bagi soalan 1 (b), calon diminta menulis nama haiwan lain yang mempunyai ciri-ciri

sepunya seperti haiwan dalam kumpulan bertanduk dan berbisa seperti pada Rajah 1.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 6: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan 2:

Sebahagian besar calon dapat mengelaskan dan dapat menamakan jenis haiwan mengikut

ciri khas yang dikehendaki iaitu haiwan yang bertanduk dan haiwan berbisa dan haiwan

tersebut menggunakan ciri khas tersebut untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Soalan 1(c)

Soalan ini meceritakan satu situasi di sebuah kebun sayur dan haiwan yang merosakkan

sayuran tetapi calon diminta untuk menyatakan fakta sains tentang mengapa siput

Page 7: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

memasukkan badannya ke dalam cengkerang apabila disentuh. Soalan ini juga adalah

merupakan satu soalan yang ada unsur KBAT di dalamnya.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Jawapan 2:

Sebahagian besar calon dapat mengenal pasti fakta sains yang tepat untuk dijadikan

respon iaitu haiwan melindungi diri daripada musuh atau dengan perkataan lain haiwan

mengelakkan diri daripada bahaya ataupun ancaman.

Page 8: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SOALAN 2

Soalan ini dipetik dari bidang pembelajaran Sains Fizikal dalam Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berkaitan

tajuk masa. Soalan ini menyediakan Rajah 2.1 yang menunjukkan sebuah radas yang

digunakan untuk mengukur masa dengan menggunakan titisan air.

Page 9: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 2(a)

Bagi soalan 2 (a), calon dikehendaki memilih dua aktiviti yang sama fungsinya dengan

Rajah 2.1 iaitu untuk mengukur masa berdasarkan peristiwa yang berulang secara

seragam. Calon dikehendaki menandakan (√) pada dua daripada empat pilihan jawapan

yang disediakan.

Page 10: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon berjaya memahami maklumat yang dibekalkan dalam Rajah 2.1 tentang konsep

masa dan menghubungkannya dengan dua aktiviti yang sepadan. Mereka seterusnya

menandakan (√) bagi dua aktiviti tersebut iaitu ayunan bandul dan denyutan nadi yang

boleh digunakan untuk menyukat masa sama seperti Rajah 2.1.

Page 11: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 2(b)

Soalan 2(b), mengkehendaki calon untuk menyatakan konsep pengukuran masa

berdasarkan titisan air yang berulang secara seragam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

2.1.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 dan jawapan yang

menepati konsep pengukuran masa.

Page 12: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 2(c)

Page 13: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 2 (c), mengemukakan Rajah 2.2 kepada calon di mana tiga objek tersedia untuk

digunakan dalam penyiasatan berkaitan dengan masa. Objek-objek itu adalah bikar, botol

berisi air dan paku tekan. Calon dikehendaki mencipta satu alat mengukur masa

menggunakan tiga peralatan ini sahaja tanpa penambahan sebarang peralatan lain.

Calon berjaya mereka cipta sebuah peralatan mengukur masa menggunakan tiga peralatan

yang disediakan dalam Rajah 2.2 tanpa ada sebarang penambahan alat lain.

Page 14: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 3

Bagi Soalan 3 diambil dari sukatan pelajaran Tahun 6 dibawah Tema Bumi dan Sains

Angkasa. Calon dikehendaki memahami satu situasi fenomena gerhana berdasarkan rajah

3 iaitu fenomena gerhana matahari. Calon perlu memahami dan mengingati bagaimana

fenomena tersebut terjadi iaitu kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi mesti berada dalam

satu garis lurus. Calon juga perlu meneliti perubahan kecerahan matahari bermula dari

10.00 a.m. hingga 10.45.a.m.

Page 15: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 3 (a), calon dikehendaki memilih corak kejadian gerhana matahari yang betul

berdasarkan gambarajah yang diberikan. Majoriti calon kumpulan tinggi dapat membuat

pilihan yang tepat berdasarkan kehendak soalan. Calon telah menanda (√) pada kotak

yang disediakan.

Contoh jawapan:

Calon dapat menjawab dan menanda dengan betul pada kotak jawapan.

Page 16: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 3(b)

Bagi Soalan 3 (b), calon dikehendaki memahami pengetahuan tentang teori dan fakta sains

dengan baik serta berupaya mengaplikasikannya dalam jawapan yang menguji

pengetahuan Sains. Calon mesti faham situasi Gerhana Matahari, boleh melakar, melabel

mengikut susunan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada pukul10.45a.m dengan betul.

Contoh jawapan:

Calon dapat membuat lakaran kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam kedudukan satu

garis lurus. Selain itu saiz yang menunjukkan perbandingan antara saiz matahari bulan dan

bumi juga bersesuaian. Calon juga dapat melabel objek dengan tepat.

Page 17: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Bagi Soalan 3 (c) (i), calon dikehendaki membuat ramalan berkaitan kejadian

gerhana matahari di Bandar S pada keesokan hari. Calon telah menanda (√) pada

kotak yang disediakan.

Contoh jawapan:

Calon dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan kehendak soalan.

Soalan 3(c) (ii) mengkehendaki calon menyatakan alasan berkaitan tidak berlakunya

kejadian gerhana di Bandar S.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 18: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan 2:

Calon dapat memahami kehendak soalan dengan memberikan alasan yang tepat.

Calon mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dibelajari bahawa gerhana

hanya akan berlaku jika kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu

garis lurus dan menghubungkait dengan peredaran Bulan dan Bumi itu sendiri yang

sentiasa berubah-ubah.

Soalan 4

Page 19: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Item ini adalah salah satu tajuk dari tema Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahun 6 di

bawah standard kandungan mesin ringkas. Stimulus atau rangsangan yang digunakan bagi

memandu calon mengenal pasti rangsangan yang dikemukakan. Calon perlu meneliti dan

mentafsir maklumat daripada stimulus yang disediakan tentang jenis mesin ringkas

tersebut. Menggunakan maklumat inilah calon dikehendaki menjawab tiga sub-item yang

dikemukakan.

Soalan 4(a)

Bagi soalan 4a calon perlu memilih dan menggariskan mesin ringkas yang betul untuk

digunakan memotong tandan kelapa sawit.

Contoh jawapan:

Calon dapat memilih jawapan yang betul berdasarkan daripada dua pilihan jawapan yang

diberi.

Soalan 4(b)

Bagi soalan 4b calon perlu mengenal pasti mesin ringkas yang terdapat pada mesin

kompleks (kereta sorong). Calon perlu menulis dua jenis mesin ringkas dalam ruang yang

disediakan.

Page 20: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Jawapan 2:

Calon dapat mengenalpasti dengan betul dua jenis mesin ringkas yang terdapat pada

kereta sorong yang diberi.

Soalan 4(c) (i)

Sub item soalan ini memerlukan calon menandakan simbol dalam kotak yang disediakan.

Calon perlu memilih laluan yang manakah paling mudah untuk menolak kereta sorong ke

atas bukit.

Page 21: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh jawapan:

Calon dapat menandakan simbol pada jawapan yang betul untuk laluan yang paling

mudah untuk menolak kereta sorong ke atas bukit. Laluan tersebut ialah laluan yang

bengkang bengkok.

Soalan 4 (c) (ii)

Calon wajib menandakan simbol pada 4 (c) (i) pada laluan yang paling mudah untuk

menolak kereta sorong ke atas bukit dengan betul. Soalan 4 (c) (ii) adalah soalan berkait

dengan soalan 4 (c) (i). Calon perlu menjawab untuk melayakkan jawapan di 4 c (ii) dinilai.

Sekiranya soalan soalan 4 c (i) tidak dijawab atau dijawab tetapi salah maka jawapan calon

di 4 c (ii ) tidak akan dinilai.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 22: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan 2:

Calon dapat menyatakan alasan yang betul mengapa laluan di soalan 4 c ( i) dipilih. Calon

memahami kaitan antara soalan 4 c (ii) dengan soalan 4 c (i).

Soalan 5

Soalan ini mengemukakan satu penyiasatan untuk menguji tentang bagaimana sesuatu

objek itu boleh berkarat atau tidak berkarat serta dapat menyatakan faktor yang

menyebabkan pengaratan berlaku.

Page 23: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 5 (a)

Soalan ini meminta murid menulis satu pemerhatian yang berlaku kepada objek atau paku

dalam tabung uji pada Rajah 5.1 selepas seminggu . Calon perlu menggunakan kemahiran

proses sains ‘memerhati’ untuk menjawab soalan ini.

Contoh jawapan:

Calon dapat membuat pemerhatian yang tepat tentang apa yang berlaku selepas seminggu

penyiasatan itu iaitu paku besi M tidak berkarat , paku besi N berkarat. Calon juga boleh

memberikan jawapan lain iaitu paku M tidak berubah warna , paku N berubah warna.

Respon ini dapat menunjukkan ada berlakunya proses pengaratan atau tidak, seperti mana

kehendak soalan.

Page 24: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 5 (b)

Soalan ini meminta murid menyatakan inferens atau sebab mengapa berlakunya proses

pengaratan atau tidak berlakunya proses pengaratan pada jawapan 5 (a) dan calon perlu

menyatakan faktor penyebabnya. Soalan ini merupakan soalan berkait antara 5(a) dan 5

(b) dimana soalan 5 (a) mestilah dijawab betul sebelum soalan 5 (b) diambil kira responnya

. Soalan ini juga adalah soalan menguji KPS .

Contoh jawapan:

Calon menjawab soalan ini dengan menyatakan faktor penyebab berlakunya pengaratan

iaitu adanya kehadiran udara atau tidak dengan membandingkan antara paku M dan paku

N.

Page 25: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 5(c)

Soalan ini adalah soalan yang berpandukan Rajah 5.2 yang mengemukakan situasi dua

gergaji W yang selalu digunakan ianya tidak berkarat dan gergaji X yang tidak digunakan

tetapi berkarat. Soalan ini juga masih lagi dalam tajuk pengaratan tetapi meminta calon

untuk mengenal pasti kaedah atau cara yang boleh digunakan bagi mengelak atau

mencegah pengaratan berlaku kepada 2 iaitu 5 (c)(i) dan 5(c)(ii)

Soalan 5(c)(i)

Soalan ini meminta calon menyatakan sebab atau alasan yang munasabah mengapa

gergaji W tidak berkarat walaupun selalu digunakan.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 26: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan 2:

Kebanyakan calon memberikan jawapan popular iaitu kaedah penjagaan gergaji selepas

digunakan iaitu disapu minyak atau disapu minyak gris. Antara jawapan lain yang boleh

diterima ialah berlakunya hakisan .

Soalan 5(c)(ii)

Soalan ini meminta calon menyatakan cara atau kaedah mencegah pengaratan yang

sesuai untuk gergaji supaya tidak mudah berkarat.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Jawapan 2:

Kebanyakan calon memberikan jawapan popular iaitu disapu minyak atau disapu minyak

gris sebagai cara bagi mencegah pengaratan. Antara jawapan lain yang boleh diterima

ialah menyapu bahan anti karat dan membalut dengan kertas minyak.

Page 27: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SOALAN 6

Soalan ini dipetik dari bidang pembelajaran Sains Bahan dalam Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berkaitan

tajuk keporosan tanah. Soalan ini menyediakan Rajah 6 yang menunjukkan eksperimen

untuk menguji keporosan tiga jenis tanah yang sebagai Tanah R, Tanah S, dan Tanah T.

Soalan 6(a)

Soalan 6(a) ini memerlukan calon untuk menyatakan satu pemerhatian berdasarkan

keputusan penyiasatan yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Pemerhatian tersebut mestilah

menunjukkan perbandingan mengenai sama ada pengaliran air melalui ketiga-tiga jenis

tanah iaitu Tanah R, Tanah S, dan Tanah T atau pun isipadu air yang terkumpul di dalam

ketiga-tiga bikar iaitu Bikar I, Bikar II, dan Bikar III.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 28: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon berjaya menyatakan pemerhatian dengan membandingkan isipadu air yang

terkumpul dalam ketiga-tiga bikar tersebut.

Jawapan 2:

Terdapat juga calon yang menyatakan perbandingan pemerhatian tentang pengaliran air

melalui ketiga-tiga jenis tanah itu.

Soalan 6(b)

Soalan 6(b) ini memerlukan calon untuk menyatakan satu hipotesis berdasarkan

penyiasatan yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Hipotesis tersebut mestilah menggunakan

pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas yang ditunjukkan di dalam

Rajah 6. Pemboleh ubah dimanipulasi bagi soalan ini boleh dikemukakan dalam dua

bentuk, sama ada;

(i) keporosan tanah

(ii) kebolehan tanah mengalirkan air

Manakala pemboleh ubah bergerak balas bagi soalan ini hanya dapat dilihat melalui isipadu

air yang terkumpul di dalam bikar.

Calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak

balas dan menghubungkan kedua-duanya dalam satu ayat hipotesis yang betul.

Page 29: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 6(c)

Soalan 6(c) ini memerlukan calon untuk menyatakan corak perubahan isi padu air yang

terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan corak bagi isi padu air yang terkumpul dalam bikar I, bikar II dan

bikar III.

Soalan 6(d)

Soalan 6(d) ini memerlukan calon untuk menggunakan maklumat tentang isipadu air yang

terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III dan seterusnya meramalkan manakah satu

diantara tanah R, tanah S dan tanah T yang terlibat dalam eksperimen dalam Rajah 6 itu

adalah tanah liat. Calon dikehendaki memberikan jawapan dengan cara membulatkan

pilihan jawapan mereka.

Page 30: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan ”S” adalah tanah liat berdasarkan isipadu air yang terkumpul

dalam bikar I, bikar ii dan bikar III.

Soalan 6(e)

Soalan 6(e) ini memerlukan calon untuk menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dan

kebolehan air mengalir melalui tanah R, tanah s dan tanah T untuk memilih tanah yang

paling sesuai untuk menanam jagung sama ada tanah R, tanah S atau tanah T.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan ”T” adalah tanah yang paling sesuai untuk menanam jagung

berdasarkan isipadu air yang terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III.

Page 31: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 7

Soalan ini merupakan soalan dari bidang Sains Bahan Tahun 5, tajuk Jirim, standard

kandungan adalah perubahan keadaan jirim dan standard pembelajaran adalah

memerihalkan jirim boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan, peleburan dan

penyejatan. Manakala standard prestasi adalah Tahap 2 iaitu memerihalkan proses

perubahan keadaan jirim.

Bagi Soalan ini calon mesti dapat menyatakan proses perubahan keadaan jirim yang

berlaku dari J ke K.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan nama proses perubahan keadaan jirim yang berlaku dari J ke K

iaitu peleburan.

Page 32: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Bagi Soalan ini calon dapat menyatakan cara mengekalkan keadaan aiskrim seperti J.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan cara untuk mengekalkan keadaan aiskrim seperti J .

Bagi soalan ini calon dikehendaki menanda () pada satu petak dan menyatakan alasan

keadaan jirim K kembali ke keadaan J.

Page 33: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Contoh jawapan:

Calon dapat menanda () pada satu petak dan menyatakan alasan keadaan jirim K

kembali ke keadaan J yang bersesuaian dengan petak yang ditandakan.

Page 34: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu hipotesis berdasarkan jadual yang diberikan

iaitu saiz aiskrim dengan masa yang diambil untuk aiskrim melebur dengan sepenuhnya.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan hipotesis dengan mengenal pasti pembolehubah manipulasi dan

pembolehubah bergerakbalas serta menyatakan corak perubahan pembolehubah

manipulasi dan pembolehubah bergerak balas dengan betul. Calon juga dapat menyatakan

hipotesis dengan menggunakan ayat yang tepat.

Bagi soalan ini memerlukan calon memadankan maklumat dengan pembolehubah yang

betul.

Page 35: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah yang tepat daripada maklumat dalam jadual 7

yang diberi dan calon membuat padanan yang betul.

Page 36: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 8

Item soalan 8 berdasarkan tema Sains Fizikal Tahun 6. Soalan yang dikemukakan adalah

dari standard kandungan kelajuan.

Soalan 8(a)

Item ini memerlukan calon menyatakan sebab mengapa memilih kenderaan Y. Calon perlu

menyatakan sebab yang munasabah berdasarkan rangsangan data dalam Jadual 8 iaitu

tempoh masa yang singkat apabila menggunakan kenderaan Y.

Page 37: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Calon berjaya memberikan alasan yang betul mengapa jenis kenderaan Y dipilih untuk

perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu.

Soalan 8(b)

Calon diminta meramalkan jenis kenderaan Y yang sesuai berdasarkan pemerhatian dalam

maklumat Jadual 8.

Contoh jawapan:

Calon dapat menjawab dengan betul. Kebanyakkan calon berjaya memilih jenis kenderaan

yang betul untuk mempercepatkan masa perjalanan untuk jarak 350 km.

Soalan 8(c) (i)

Tugasan soalan berkaitan dengan KPS mengawal pembolehubah. Calon dikehendaki

menyatakan satu pemboleh ubah malar. Calon boleh mengenal pasti pembolehubah

tersebut berdasarkan stimulus soalan.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Page 38: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Jawapan 2:

Calon menjawab dengan betul setelah berjaya membezakan antara ketiga-tiga jenis

pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan. Respons calon tertumpu kepada maklumat

sedia ada di dalam rangsangan soalan.

Soalan 8 (c) (ii)

Tugasan soalan berkaitan dengan KPS Mengawal Pembolehubah. Calon dikehendaki

menyatakan pemboleh ubah bergerak balas. Pembolehubah ini jelas dinyatakan dalam

Jadual 8. Kebanyakan calon mengambil jawapan berdasarkan jadual tersebut.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Jawapan 2:

Item ini menyumbang markah kepada majoriti calon. Calon menjawab tepat dengan

mengambil maklumat sedia ada didalam Jadual 8.

Page 39: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

Soalan 8 (d)

Item ini memerlukan calon menghitung kelajuan kenderaan X dan menunjukkan jalan kerja

pada ruangan yang disediakan. Rumus untuk mendapat jawapan kelajuan tersebut telah

dinyatakan dalam tugasan.

Contoh jawapan:

Sebahagian besar calon dapat memberikan jawapan yang tepat. Calon menguasai

kemahiran Matematik asas untuk mengira rumus yang diberikan.Jalan pengiraan

ditunjukkan dengan ringkas dan jelas.

Page 40: MergedFile - gurubesar.my · Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

SARANAN KEPADA CALON

1. Kuasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks.

2. Kuasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran dalam bilik darjah seperti

Penilaian Kerja Amali (PEKA).

3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan

selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran.

SARANAN KEPADA GURU

1. Bimbing murid untuk menguasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks

terutama yang melibatkan pengelasan, definisi dan prinsip sains.

2. Membantu murid untuk menguasai Kemahiran Proses Sains melalui

pembelajaran dalam bilik darjah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan

dilakukan secara berterusan.

3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan

selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran. Bimbing murid untuk menjawab

semua soalan yang disediakan disetiap penghujung tajuk sebagai pengukuhan.