minit 1m1s

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 MINIT MESYUARAT 1 MURID 1 SUKAN BIL. 1/ 2012 TARIKH MASA TEMPAT DIPENGERUSIKAN : : : : 5 JANUARI 2012 / KHAMIS 1.30 PETANG. PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 PN. NOORSIATI BT. KASSIM (GPK KOKURIKULUM)

KEHADIRAN Bil1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

:

Nama GuruPn. Noorsiati bt. Kassim En. Mohd Rafi b. Ahmad Hamil En. Mohamad Norazham b. Ismail En. Mohd Norhisam b.Zolkifly En. Zahrol b. Amat Isnin En. Mohamad Tamizi b. Mohd Sarbini En. Wan Razali b. Wan Sulaiman En. Mohd Naim B. Mohamed En. Mohd Sofhan b. Sekandar Pn. Fairus bt. Mazlan Pn. Norlizawati bt. Johdi Pn. Noriah Bt. Paidi Pn. Noraini bt. Jalil Cik Maznizasham bt. Mazlan Cik Nadia Syamimy Aiza bt. Othman

Tandatangan

1 1.1

Ucapan Pengerusi. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab seterusnya mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam Mesyuarat 1 Murid 1 Sukan Bil. 1/ 2012

1.3

Pengerusi

memaklumkan

bahawa

mesyuarat

hari

ini

membincangkan

mengenai perlaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan . 1.4 Fokuskan murid kepada 1 acara sukan sahaja untuk membuat persediaan awal dan membuat perancangan secara terperinci dan teliti. Guru perlu menarik minat murid-murid untuk menyertai acara sukan. 2 2.1 Perlaksanaan program 1 Murid 1 Sukan Permainan yang dipilih adalah berdasarkan kepada Kelab Sukan dan Permaian iaitu bola sepak, bola jaring, bola baling, sepak takraw, bola tampar, dan olahraga. Murid tahun 3, 4, 5 dan 6 dibahagikan mengikut Kelab Permainan dan Sukan masing-masing manakala murid tahun 1 dan 2 akan diagihkan kemudian oleh GPK KoKurikulum kepada permainan-permainan tersebut. 2.2 GPK KoKurikulum menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan penglibatan semua murid. Program ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 60 minit, 1 kali seminggu. Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk penyediaan pasukan elit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang belajar di sekolah ini dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat. 2.3 Dalam merealisasikan dasar ini, guru-guru sedar akan berhadapan dengan masalah kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti/ latihan yang bersesuaian agar kehadiran murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan cadangan aktiviti yang telah ditunjukkan.

2.4

Program ini melibatkan murid daripada tahun 1 hingga tahun 6, justeru terdapat kekangan dari segi masa dan ketetapan waktu latihan. Bagi mengelakkan peratus ketidakhadiran yang tinggi, program ini akan diadakan sewaktu hari persekolahan. Murid sesi pagi akan melibatkan diri dalam program ini pada sebelah petang dan juga sebaliknya bagi pelajar sesi petang. Berikut adalah jadual perlaksanaan program 1 Murid 1 Sukan :

Sesi Persekolahan Hari Masa ( 60 minit )

Petang Selasa 12.00 1.00 petang

Pagi Selasa 1.30-2.30 petang

3.

Perkara Berbangkit

3.1.

Tiada perkara berbangkit.

4.

Hal-hal lain

4.1

Murid Tahun 6 boleh dilibatkan dalam Program 1 Murid 1 Sukan. Walaubagaimanapun penglibatan mereka perlu dirancang dan disusun atur dengan lebih terperinci supaya tidak bertindih dengan kelas tambahan yang telah dirancang demi kecemerlangan murid dalam bidang akademik.

PENUTUP

-

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(CIK NADIA SYAMIMY AIZA BINTI OTHMAN ) Naib Setiausaha Sukan 2, SK Kulai 1. Disemak oleh : . (PN. NOORSIATI BT. KASSIM) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kulai 1.

( PN. RONA BINTI MD TAMIN) Guru Besar, SK Kulai 1.