4
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) KALI KEDUA TAHUN 2012 SK JALAN SEMENYIH 2, KAJANG. Tarikh : 16 Nov 2012 Masa : 12.30 tengahari Tempat : Bilik Operasi GPK AHLI YANG HADIR 1. Pn. Hjh. Sabriah Bt A. Latiff Pengerusi GPK Kurikulum 2. En. Hairul Anuar Bin Harith Setiausaha Pegawai Aset sekolah 3. En. Mohd Radzi Bin Ishak Pegawai Stor sekolah 4. En. Redzuan Bin Jaris Lembaga Pemeriksa 5. Pn. Beh Mee Foong Pegawai Pemeriksa 6. Pn. Kalai Chelvi RPC Pegawai Pemeriksa 7. Pn. Roslah bt Hassan Guru Media TIDAK HADIR Tiada 1. UCAPAN PENGERUSI Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-2 Bil. 2/2012. 2. MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Roslah Bt Hassan dan disokong sebulat suara. 3. PELAPORAN ASET

Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

meeting

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)KALI KEDUA TAHUN 2012

SK JALAN SEMENYIH 2, KAJANG.

Tarikh : 16 Nov 2012

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Operasi GPK

AHLI YANG HADIR

1. Pn. Hjh. Sabriah Bt A. Latiff PengerusiGPK Kurikulum

2. En. Hairul Anuar Bin Harith Setiausaha Pegawai Aset sekolah

3. En. Mohd Radzi Bin IshakPegawai Stor sekolah

4. En. Redzuan Bin JarisLembaga Pemeriksa

5. Pn. Beh Mee FoongPegawai Pemeriksa

6. Pn. Kalai Chelvi RPCPegawai Pemeriksa

7. Pn. Roslah bt HassanGuru Media

TIDAK HADIR

Tiada

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-2 Bil. 2/2012.

2. MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Roslah Bt Hassan dan disokong sebulat suara.

Page 2: Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012

3. PELAPORAN ASET

3.1 Aset SemasaUnit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset alih kerajaan yang tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan pendokumentasian dan tindakan pelupusan sekiranya perlu. Senarai ini perlu diselesaikan pada atau sebelum 26 Nov 2012.

Tinadakan : Pegawai Aset

3.2 Pendaftaran AsetKEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap diisi dengan maklumat harga mengikut nilaian semasa.

Makluman

3.3 KEW.PA-4 dan 5Tindakan menyelaraskan jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-4 dan 5 sedang dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-4 dan 5 telah dikenal pasti dan dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan perkara ini segera.

Tindakan : Pegawai Aset

3.4 Aset Sumbangan‘Surat Akuan Penyumbang’ bagi aset sumbangan perlu dilengkapkan semasa penerimaan aset sumbangan berkenaan. Bagi penerimaan sumbangan koleksi, mohon Ketua Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi membuat pindaan yang sesuai bagi ‘Surat Akaun Penyumbang’ dan emailkan ‘Surat Akaun Penyumbang’ berkenaan kepada pemantau untuk diguna pakai.

Tindakan : Penerima Aset

3.5 Pengurusan StorUnit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok bekalan pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.

Tindakan : Pegawai Stor

4. MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2012Rujuk lampiran

4.2 Pendaftaran AsetUnit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan inventori. Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan.

4.3 Selenggara AsetUnit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima aduan kerosakan dari kakitangan.

Page 3: Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012

4.4 Kehilangan Dan Hapus KiraTiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.

5. LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

6. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Satu mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan bagi memutuskan Kuasa Melulus bagi tindakan pelupusan dan hapus kira jabatan.

Makluman

7. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIBTiada.

Makluman

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIHKERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam proses tindakan.

Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 KEW-PA2 & KEW-PA3 JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit. Mohon kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3 dan diserahkan kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov 2012.

Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

9.3 Carta Alir Kerosakan Aset Alih KerajaanBorang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat pengesahan dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.

Makluman

9.4 Pergerakan Aset Alih KerajaanSetiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan kepada Unit Aset untuk tujuan pemantauan.

Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

9.5 Kehilangan Dan Hapus kira Tiada laporan

Makluman

9.6 Agihan Stok Bekalan PejabatMesyuarat bersetuju agar agihan stok bekalan pejabat dilakukan 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Khamis.

Page 4: Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012

Makluman

9.7 Penyimpanan Daftar / Rekod AsetSemua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail kulit keras dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Pegawai Stor

9.8 Penempatan AsetSemua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.

Makluman

9.9 Pelabelan AsetUnit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan mengambil tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset.

Tindakan : Unit Aset

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset KerajaanSemua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset dipohon untuk mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 ptg.

Minit disediakan oleh,

(HAIRUL ANUAR BIN HARITH)SetiausahaJawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)

Disahkan oleh,

(EN. TAN KIAN KIAT)Guru BesarSK Jalan Semenyih 2, Kajang.

Page 5: Minit Mesyuarat Aset Sekolah Kali Ke-2 Bil. 2-2012