4
SMK BANDAR EASTER, FELDA BUKIT EASTER, KOTA TINGGI, JOHOR. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Kali Kedua 2015 Tarikh : 08 April 2015 Hari : Rabu Tempat : Bilik Taklimat Masa : 2.00 ptg – 3.00 ptg Kehadiran : 1. En. Mohd Zamri Bin Hassan 2. En. Kumaran 3. Cik Norain Bt. Mohd Amir 4. En. Abd. Rahim Bin Salman AGENDA MESYUARAT 1. 0 Ucapan Aluan Pengerusi En. Mohd Zamri Bin Hassan mengucapkan salam dan selamat petang serta mengalu-alukan semua guru yang menghadiri mensyuarat panitia geografi kali kedua. Tindakan : Makluman 2. 0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas Cik Norain mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh En. Kumaran Tindakan : Makluman 3. 0 3. 1 Perkara-Perkara Berbangkit Tiada 4. 0 KBAT

Minit Mesyuarat Geografi Kali Ke2 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nhb

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Geografi Kali Ke2 2015

SMK BANDAR EASTER, FELDA BUKIT EASTER,KOTA TINGGI, JOHOR.

Minit Mesyuarat Panitia Geografi Kali Kedua 2015

Tarikh : 08 April 2015Hari : RabuTempat : Bilik TaklimatMasa : 2.00 ptg – 3.00 ptg

Kehadiran :1. En. Mohd Zamri Bin Hassan2. En. Kumaran3. Cik Norain Bt. Mohd Amir4. En. Abd. Rahim Bin Salman

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

En. Mohd Zamri Bin Hassan mengucapkan salam dan selamat petang serta mengalu-alukan semua guru yang menghadiri mensyuarat panitia geografi kali kedua.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Cik Norain mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh En. Kumaran

Tindakan : Makluman

3.0

3.1

Perkara-Perkara Berbangkit

Tiada

4.0

4.1

4.2

KBAT

GKMP memaklumkan kepada semua guru bahawa beliau meminta guru-guru menerapkan soalan KBAT dalam latihan serta soalan peperiksaan.

Tindakan : Semua guru

Justeru, meminta supaya guru-guru meningkatkan kualiti soalan latihan yang diberikan kepada semua murid.

Tindakan : Semua guru

5.0

5.1

PBS Dan PT3

Guru-guru diminta merekodkan Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) secara offline. Bagi guru tingkatan 1, 2 & 3, perekodan dilakukan pada komputer di bilik SU PT3. Perekodan dilakukan berperingkat-peringkat mengikut arahan setiausaha PBS.

Tindakan : Semua guru

Page 2: Minit Mesyuarat Geografi Kali Ke2 2015

5.2

5.3

5.4

 

Guru-guru perlu kemaskini fail portfolio masing-masing mengikut isi kandungan yang terkandung dalam edaran dan surat lantikan 2015 telah diberikan oleh setiausaha  PT3/PBS.

Tindakan : Semua guru

Keputusan ujian progresif perlu direkodkan dalam PPPM modul offline mengikut julat markah dan gred untuk menengah rendah (T1-T3) seperti berikut:

85  -100   A             40 - 49    E 70  - 84    B              01 - 39    F60  - 69    C             00           TH50  - 59    D

Tindakan : Semua guru

Bagi PT3, guru-guru diminta melatih pelajar bagaimana cara menulis laporan PT3 memandangkan band sekolah bergantung kepada keputusan peperiksaan PT3. Bagi PT3, tema Kemahiran Geografi, Band 5 dan 6 telah diterapkan soalan berbentuk PT3 dan sedang dijalankan pada bulan April. Cik Norain mencadangkan tingkatan 1 dan 2 juga boleh dilakukan sedemikian.  Dicadangkan bagi tingkatan 1 dan 2, markah diberikan dan dimasukkan bersama peperiksaan akhir tahun.

Tindakan : Semua guru

6.0

6.1

6.2

Hal-Hal Lain

Latihan Cuti Sekolah Bulan MAC

Pengerusi meminta guru-guru memberi maklum balas tentang kerja sekolah yang diberikan kepada murid semasa cuti penggal bulan Mac yang lalu.

Tingkatan Satu : Semua murid kelas hadapan menyerahkan kerja masa cuti kecuali beberapa murid kelas belakang yang tidak menyerahkan tugasan mereka walaupun telah diberi contoh untuk menjawab.

Tingkatan Dua : Tiada masalah dan guru-guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk melengkap latihan.

Tingkatan Tiga : Terdapat sebahagian murid kelas belakang yang tidak menyerahkan tugasan mereka dan telah dikenalpasti. Mereka ini akan dikenakan tindakan disiplin.

Tindakan : Makluman

Semakan Buku Latihan/Nota

KP memaklumkan bahawa semua guru tingkatan 2 dan 3 telah menyerahkan buku latihan/nota murid untuk disemak. Bagi tingkatan satu hanya 2 kelas masih belum dihantar untuk disemak.

Selepas membuat semakan buku latihan murid, KP mengharapkan semua guru perlu lebih kerap menyemak buku latihan/nota murid dan meminta murid membuat pembetulan apabila ada kesalahan.

KP mengharapkan latihan yang lebih perlu diberikan kepada semua murid terutamanya murid tingkatan satu.

Page 3: Minit Mesyuarat Geografi Kali Ke2 2015

6.3

6.4

6.5

Tindakan : Semua guru

Program I-Think

Guru-guru diminta melaksanakan p&p dengan menerapkan program i-Think dan merekodkan di dalam ruangan aktiviti pembelajaran jenis peta i-Think yang digunakan. Contoh, peta pokok, peta buih, peta buih berganda.

Tindakan : Semua guru

 Perancangan Belanjawan

 Bahan-bahan cetakan untuk PBS, guru tingkatan 1 dan 2 boleh dihantar untuk dicetak.Tindakan : Makluman

Pertandingan mewarnakan dan melabelkan Negara-negara ASEAN akan dijalankan pada awal bulan Julai 2015. Semua bahan untuk pertandingan ini akan disediakan oleh ketua panitia geografi.

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh:                                                                  Disemak oleh:

................................................                                                             ............................................( Setiausaha Panitia Geografi)