36
MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017 Kementerian : Kementerian Kewangan Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tarikh : 17 November 2017 Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8, Blok Selatan, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Pengerusi : YBhg. DatoSri Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Pengerusi : YBhg. DatoTan Kwong Jin Bersama MICCI Kehadiran : Seperti di Lampiran I

MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … › v2 › downloads › circulars › 2018 › 06 › ...MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017 Kementerian : Kementerian

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • MINIT MESYUARAT

    PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017

    Kementerian : Kementerian Kewangan

    Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

    Tarikh : 17 November 2017

    Masa : 9.00 pagi

    Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,

    Aras 8, Blok Selatan,

    Kementerian Kewangan Malaysia,

    Presint 2, Putrajaya.

    Pengerusi : YBhg. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy

    Ketua Pengarah Kastam

    Pengerusi : YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin

    Bersama MICCI

    Kehadiran : Seperti di Lampiran I

  • 1.0 UCAPAN PENGERUSI

    1.1 YBhg. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy selaku Pengerusi

    Mesyuarat mengucapkan terima kasih dan mengalu-alu kehadiran

    semua ahli mesyuarat kerana dapat meluangkan masa untuk

    bersama-sama hadir ke mesyuarat pada kali ini.

    1.2 Pengerusi mesyuarat menyatakan hasrat beliau untuk menambah

    kekerapan mesyuarat ini kepada 3 kali setahun seperti yang telah

    dibincangkan di dalam mesyuarat yang lepas memandangkan

    terdapat pindaan Akta Kastam dan uCustoms yang akan bermula

    pada tahun hadapan.

    1.3 Pengerusi mesyuarat memaklumkan menurut Doing Business

    Report 2017 oleh Bank Dunia, Malaysia telah jatuh ke tempat ke-23

    pada tahun 2017 dalam aspek Ease of Doing Business dan

    dijangka akan menduduki tempat ke-24 pada tahun 2018.

    1.4 Sebelum ini Malaysia menduduki tempat ke-21 pada tahun 2011,

    tempat ke-18 pada tahun 2012, tempat ke-12 pada tahun 2013,

    tempat ke-6 pada tahun 2014 dan menurun ke tempat ke-18 pada

    tahun 2015 dan 2016 bagi negara-negara di dunia dalam

    menjalankan aktiviti perniagaan.

    1.5 Beliau turut menerangkan setelah PEMUDAH dan Kabinet meneliti

    laporan penilaian tersebut terdapat 3 aspek yang dinilai dalam

    menentukan kedudukan dimana salah satu aspek adalah penilaian

    kepada perkhidmatan Kastam, yang merupakan punca

    menjadikan kedudukan Malaysia semakin jatuh.

    1.6 Pengerusi mesyuarat juga mengakui terdapat sedikit kelewatan

    dalam proses bayaran balik tuntutan GST dan beliau berjanji

    untuk mempercepatkan proses ini pada masa akan datang.

  • 1.7 Pengerusi Mesyuarat juga menyatakan dalam pembentangan

    Bajet 2018 baru-baru ini terdapat pengumuman tentang Pulau

    Pangkor dijadikan Pulau Bebas Cukai, pelepasan cukai untuk

    kritikal item bagi membantu industri minyak dan gas, Harmonised

    System serta GST.

    1.8 Seterusnya, Pengerusi Mesyuarat turut memaklumkan sistem

    zoning-iaitu penggabungan beberapa buah negeri dan menjadikan

    sebagai satu zon dimana seorang Pengarah Zon dilantik untuk

    setiap zon dan jawatan Pengarah Kastam Negeri dimansuhkan.

    1.9 Pengerusi mesyuarat memaklumkan juga tentang pelancaran

    Aplikasi Mudah Alih yang sangat berguna kepada orang awam

    terutamanya orang berdaftar GST dalam mendapatkan maklumat

    tarif, cukai atau status bayaran cukai yang perlu dibuat dengan

    lebih cepat dan mudah.

    1.10 Akhir sekali, beliau menyatakan bahawa Jabatan Kastam sentiasa

    mengiktiraf peranan dan kepentingan hubungan baik dengan

    swasta serta merakamkan terima kasih atas sumbangan pihak

    swasta dalam menjayakan mesyuarat selama ini.

    TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

  • 2.0 UCAPAN PENGERUSI BERSAMA

    2.1 Pengerusi Bersama, YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin mengucapkan

    terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir ke

    mesyuarat ini. Beliau memaklumkan, beliau mewakili Encik Raja

    Kumaran yang masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani

    pembedahan.

    2.2 Beliau memulakan ucapan dengan mengulas tentang GST, dimana

    beliau menyatakan GST adalah cukai yang lebih telus bagi

    mengantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST)

    sebelum ini. Beliau yakin dan percaya bahawa pertumbuhan

    perniagaan yang lebih lambat di Malaysia adalah positif kerana

    Malaysia mengalami pertambahan yang lambat tetapi berterusan

    berbanding dengan banyak negara lain yang berkembang secara

    pantas.

    2.3 Pengerusi Bersama juga memaklumkan sesetengah bahagian di

    dalam jabatan memang memerlukan lebih perhatian seperti Skim

    ATS. Pihak swasta mengalami sedikit gangguan bagi

    mendapatkan perkhidmatan Skim ATS kerana berlakunya

    pertindihan proses yang perlu dilakukan di Bahagian GST dan

    Bahagian Perkastaman. Beliau memohon agar proses ini dapat

    diselaraskan tanpa perlu menghantar 2 dokumen yang sama di

    kedua-dua bahagian tersebut.

    2.4 Pengerusi Bersama turut menyatakan registran di Pusat

    Transformasi Luar Bandar (RTC) memerlukan tempoh masa yang

    panjang untuk mendapatkan pendaftaran kali pertama, perkara ini

    turut menganggu pergerakan aliran tunai di dalam aktiviti

    perniagaan yang dilakukan syarikat terbabit.

  • 2.5 Pengerusi Bersama turut menyatakan hubungan kerja yang

    dibentuk antara MIDA dan JKDM dalam industri pengilangan

    semula telah memudahkan urusan pihak swasta. Proses penilaian

    dan pemantauan dapat dibuat serentak dan bersama serta mampu

    menjimatkan langkah kerja secara keseluruhannya.

    2.6 Sebagai penutup ucapannya, beliau sekali lagi menyatakan

    sokongan pihak swasta untuk lebih memahami dan memberi

    kerjasama kepada Jabatan Kastam bagi memperkemaskan lagi

    urusan bersama.

    TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

    3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

    3.1 Ahli Mesyuarat telah mengesahkan Minit Mesyuarat Panel

    Perundingan Kastam-Swasta Bil.1/2017 sebulat suara tanpa

    sebarang pindaan.

    UNTUK MAKLUMAN

  • 4.0 MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

    4.1 SELF CERTIFICATION REGIME - PROPOSAL TO IMPOSE

    STRICTER PENALTIES AGAINST FRAUDULENT

    DECLARATIONS

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 masih dalam proses

    semakan Jabatan Peguam Negara.

    ii. Pindaan Akta Kastam 1967 hanya akan dibentangkan

    pada sesi Parlimen pada bulan Julai 2017.

    iii. Walau bagaimanapun, draf pindaan Akta Kastam

    1967 tidak dapat dibentangkan dalam sesi Kedua

    Parlimen pada bulan Julai 2017 seperti yang

    ditetapkan kerana masih belum dimuktamadkan oleh

    Jabatan Peguam Negara.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 akan dibentangkan

    pada sesi Pertama Parlimen 2018.

    TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

  • 4.2 DIFFERENT CUSTOMS PROCEDURES ADOPTED BY FREE

    ZONES IN DIFFERENT STATES

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Kementerian Kewangan dan Malaysian Institute of

    Certified Public Accountant (MICPA) telah

    mengadakan perbincangan berasingan berhubung

    ketidakseragaman penggunaan borang oleh pihak

    berkuasa Zon Bebas.

    ii. Kementerian Kewangan dan MICPA akan terus

    mengadakan mesyuarat pada masa akan datang

    untuk menyelesaikan isu ini.

    TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

    4.3 CUSTOMS INSPECTION RELATED SERVICES BY THIRD PARTY SERVICE PROVIDERS IN PASIR GUDANG AND PORT KLANG

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dan

    JKDM Johor tidak melantik mana-mana syarikat

    untuk membantu pihak Kastam dalam pemeriksaan

    dagangan import dan eksport di Pelabuhan.

    ii. JKDM Selangor hanya memberikan pandangan

    sekiranya diperlukan oleh pihak Berkuasa Zon untuk

    pelantikan pihak ketiga bagi urusan pemeriksaan

    dimana pelantikan tersebut dibuat oleh pihak

    Berkuasa Zon.

  • iii. Manakala, JKDM Johor telah menamatkan surat

    sokongan yang telah diberi kepada Crystal Clover

    Sdn Bhd atas permintaan pihak pengurusan

    bangunan.

    iv. Pihak JKDM Johor tidak membuat sebarang

    pelantikan ke atas mana-mana syarikat atau pihak

    ketiga bagi melaksanakan pemeriksaan kastam.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. JKDM tidak melantik mana-mana syarikat untuk

    membantu dalam membuat pemeriksaan.

    ii. Pihak pengimport adalah berhak untuk membuat

    pilihan untuk menggunakan mana-mana

    perkhidmatan untuk melaksanakan pemeriksaan

    kastam.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

    4.4 CUSTOMS WORKING DAYS AND HOURS

    a. Mesyuarat mengambil maklum :

    i. Federation of Malaysian Manufactures (FMM)

    mencadangkan JKDM perlu memberi kebenaran

    untuk pergerakan kontena selepas waktu bekerja dan

    juga pada hujung minggu tanpa mengira kuantiti

    yang ada di Gudang Berlesen Awam, JKDM Pahang.

  • ii. FMM turut mencadangkan pegawai JKDM perlu

    sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk membuat

    kerja lebih masa dan operasi hujung minggu di

    semua Pejabat Kastam Negeri.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Isu yang dibangkitkan oleh FMM merupakan kes

    terpencil yang telah berlaku di JKDM Pahang dan

    difahamkan JKDM Pahang telah menyelesaikan isu

    ini.

    ii. Pengerusi mesyuarat memaklumkan tiada sekatan

    untuk pegawai-pegawai Kastam bekerja lebih masa

    tetapi permohonan untuk bekerja lebih masa perlu

    dibuat sejam sebelum jam 5.00 petang.

    iii. Syarikat perlu membuat permohonan kepada pihak

    Kastam jika memerlukan pegawai Kastam untuk

    bertugas selepas waktu pejabat atau pada hujung

    minggu.

    iv. Pengarah Kastam Negeri Selangor turut

    memaklumkan akan menambah bilangan pegawai di

    Gudang Berlesen Awam Port Klang dan masih

    mempertimbangkan permintanaan permohonan pihak

    swasta untuk Gudang Berlesen Awam beroperasi 24

    jam.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 4.5 BREAKDOWN OF SMK

    a. Mesyuarat mengambil maklum :

    i. Ketidakberkesanan prosedur fallback semasa Sistem

    Maklumat Kastam (SMK) mengalami masalah teknikal

    menyebabkan masalah yang serius dalam proses

    pelepasan Kastam di Pulau Pinang dan Selangor.

    ii. JKDM telah menghantar surat pekeliling berhubung

    Standard Operating Procedure (SOP) bagi tatacara

    pelaksanaan fallback yang perlu dipatuhi oleh semua

    Pejabat Kastam Negeri.

    iii. Panduan berkaitan pelaksanaan fallback turut diedar

    melalui email dan dimuat naik dalam laman web

    kastam bagi kegunaan pegawai JKDM.

    iv. Arahan pematuhan bagi tatacara pelaksanaan SOP

    fallback turut dihantar kepada semua negeri.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. Walaupun panduan,arahan ataupun SOP fallback

    telah dihantar kepada semua negeri namun masih

    terdapat keadaan di mana pegawai Kastam sukar

    untuk memberi kebenaran bagi membenarkan ejen

    membuat pengikraran secara manual.

    ii. FMFF dan AFAM meminta JKDM untuk mengeluarkan

    senarai focal point bersama nombor yang boleh

    dihubungi jika berlaku masalah system down.

    iii. Kewujudan talian fast response ini akan memberi

    kelebihan kepada pihak Kastam dan ejen.

    TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

  • 4.6 IKRAR PERDAGANGAN MANIFEST (K4) MENUNJUKKAN

    KONSIGNI “TO ORDER”

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Pengikraran maklumat “To Order” dalam manifest

    (K4) di SMK kadangkala menimbulkan kekeliruan di

    pihak ejen perkapalan.

    ii. Shipping Association of Malaysia (SAM) mendakwa

    ada sesetangah pegawai kastam tidak menerima

    pengikraran “To Order” dalam manifest.

    iii. SAM memohon penjelasan samada JKDM akan

    menerima atau menolak ikrar manifest yang

    menunjukkan konsigni “To Order, To Order of

    Shipper, To Order of Consignee, To order of Bank”.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Merujuk kepada trend perniagaan global pada masa

    kini, terma kredit digunakan sebagai pembayaran

    yang memerlukan shipping agent mengikrar manifest

    mengikut maklumat dalam Bill of Landing seperti

    mana diarahkan.

    ii. JKDM tiada halangan menerima ikrar manifest bagi

    elemen yang ditulis “To Order, To Order of Shipper,

    To Order of Consignee dan To order of Bank” di

    ruangan “Consignee Name” sekiranya maklumat

    “Notify Party” di dalam ruangan Bill of Lading sama

    dengan “Importer Name” di Borang Kastam 1.

  • iii. SMK tidak membuat validasi atas medan consignee

    name atau consignee address di dalam manifest

    kerana ianya adalah text free.

    iv. Maklumat hanya akan disemak oleh pegawai penaksir

    semasa pelepasan dagangan.

    v. Walau bagaimanapun, bagi barangan kritikal seperti

    rokok, tayar, minuman keras, barangan tembakau

    dan barangan yang melibatkan permit seperti kereta,

    rokok, minuman keras dan barangan yang melibatkan

    Certificate of Analysis, nama dan alamat konsigni

    perlu dimasukkan dalam ruangan “Consignee Name”.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

    4.7 DIRECT CARRIER TO HOLD BACK DELIVERY ORDER PENDING

    CONSIGNEES

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Shipping Association of Malaysia (SAM) menyatakan

    bahawa JKDM tidak boleh mengarahkan ejen

    perkapalan untuk menahan pelepasan delivery order

    ke atas konsigni / pengimport yang masih

    mempunyai kompaun tertunggak dengan pihak

    kastam.

    ii. Keadaan ini akan menyebabkan ejen perkapalan

    menanggung kerugian.

  • iii. FMFF menyatakan JKDM tidak boleh meminta ejen

    perkapalan untuk menahan pelepasan bagi pihak

    JKDM jika konsigni/ pengimport masih mempunyai

    bayaran tertunggak dengan JKDM.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    iv. Pengerusi meminta JKDM Selangor untuk

    mendapatkan maklumat lanjut daripada SAM dan

    menyelesaikan masalah ini dengan segera.

    TINDAKAN: JKDM SELANGOR

    5.0 MEMBINCANGKAN USUL-USUL BARU

    5.1 PELAKSANAAN APPENDIX K8 DIPERLUASKAN KE FREE ZONE

    DAN GUDANG DI PRAI

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Penggunaan Appendix K8 di semua stesen Kastam di

    Pulau Pinang termasuk Prai telah dipersetujui dalam

    Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta

    Bil.1/2014 peringkat JKDM Pulau Pinang.

    ii. Walau bagaimanapun, pada masa kini, penggunaan

    Apendix K8 hanya dipraktiskan untuk Borang Kastam

    8 dari stesen kastam Kompleks Kargo Udara Kedua,

    LTA Bayan Lepas (P24) ke stesen kastam Zon

    Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa III (P16), Zon

    Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa I (P75), Zon

    Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa IV (P76) dan

    Zon Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa II (P02)

    sahaja.

  • iii. CAPEC mencadangkan penggunaan Appendix K8

    secara meluas di semua stesen Kastam di Pulau

    Pinang dapat mengawal dan menyelesaikan masalah

    hanging form untuk Borang Kastam 8 yang telah

    meningkat setelah pemansuhan penggunaan RFID.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Penggunaan Appendix K8 ini adalah digunakan

    sebagai satu proses mempercepatkan proses

    pelepasan yang melibatkan pengikraran Borang K8,

    di mana senarai K8 yang telah diikrar dalam sistem

    disenaraikan di dalam satu senarai dan akan

    diserahkan kepada stesen penerima oleh ejen dan

    disahkan secara manual.

    ii. Proses ini tidak melibatkan apa-apa percanggahan

    dalam prosedur yang ditetapkan dalam Borang K8

    dan masih melibatkan pemeriksaan ke atas sil dan

    pemeriksaan ke atas barang.

    iii. Proses ini juga didapati mempercepatkan proses

    pelepasan dan semakan semula dokumen yang telah

    diproses bagi mengurangkan hanging dokumen K8.

    iv. Cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk

    dilaksanakan di semua stesen Kastam di Pulau

    Pinang.

    TINDAKAN: JKDM PULAU PINANG &

    BAHAGIAN PERKASTAMAN

  • 5.2 PENYELARASAN PROSES TERIMA MASUK BORANG K8

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. CAPEC memaklumkan berlaku ketidakseragaman

    dalam proses penerimaan masuk Borang Kastam 8 di

    JKDM Pulau Pinang.

    ii. CAPEC mengatakan ada stesen Kastam di Pulau

    Pinang meminta ejen menyerahkan kedua-dua

    Borang Kastam 8 dan K8 chit untuk tujuan

    penerimaan masuk dan ada stesen Kastam yang

    hanya meminta Borang K8.

    iii. CAPEC berharap proses ini dapat diseragamkan di

    semua stesen Kastam di Pulau Pinang dan bergerak

    ke arah paperless.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Surat dasar pelaksanaan paperless dan pengurusan

    pemindahan barang-barang berduti/cukai

    menggunakan Kastam No.8 telah dikeluarkan oleh

    Jabatan Kastam.

    ii. Mengikut dasar ini, adalah memadai dokumen K8

    Chit digunakan sebagai dokumen rujukan bagi tujuan

    penerimaan untuk pelepasan kastam di stesen

    penerima.

    iii. Pengerusi mesyuarat meminta surat-surat yang

    berkaitan dengan dasar Jabatan Kastam dimuatnaik

    dalam laman web JKDM khas untuk pegawai JKDM.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 5.3 TEMPORARY EXPORTATION

    a. Mesyuarat mengambil maklum :

    i. FMM menyatakan kelulusan Pengarah Kastam Negeri

    diperlukan untuk dagangan eksport sementara.

    ii. Walau bagaimanapun, FMM mendakwa berlaku

    kelewatan dalam mendapatkan kelulusan daripada

    Pengarah Kastam Negeri berhubung kemudahan

    eksport sementara.

    iii. FMM mencadangkan JKDM untuk mengeluarkan

    piagam pelanggan atau masa respon yang standard

    bagi surat atau permohonan yang memerlukan

    kelulusan Pengarah Kastam negeri bagi kemudahan

    eskport sementara.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Isu yang dibangkitkan oleh FMM merupakan kes

    terpencil yang melibatkan proses eksport sementara

    yang dikendalikan oleh JKDM Johor.

    ii. Statistik permohonan kelulusan eksport sementara di

    JKDM Johor bermula Januari hingga Oktober 2017

    menunjukkan kesemua permohonan (dengan

    dokumen yang lengkap) telah diluluskan dalam masa

    3 hari waktu bekerja.

    iii. Mesyuarat memutuskan Ketua Cawangan akan

    meluluskan permohonan untuk import sementara

    bagi mengelakkan kelewatan pada masa akan datang.

  • iv. Walau bagaimanapun, Pengerusi Mesyuarat

    memohon Pengarah Kastam Negeri untuk

    memastikan perkara ini tidak berulang di masa

    hadapan dan memaklumkan kepada semua pejabat

    Kastam.

    TINDAKAN: SELESAI/ UNTUK MAKLUMAN

    5.4 CUSTOMS ADVANCE RULING CLIENT CHARTER

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. FMM menyatakan berdasarkan kepada Piagam

    Pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia klasifikasi

    dan ketetapan Kastam harus dikeluarkan dalam

    tempoh:

    a) 90 hari dari tarikh permohonan dengan

    menyediakan dokumen yang lengkap dan tidak

    melibatkan Agensi pakar ;

    b) 60 hari dari tarikh penerimaan laporan dari

    Agensi pakar

    ii. Walau bagaimanapun, FMM mendakwa terdapat

    sesetengah kes dimana Jabatan Kastam/Agensi

    pakar tidak dapat memenuhi 90 hari seperti mana

    dinyatakan dalam Piagam Pelanggan.

    iii. Keadaan ini mewujudkan ketidakpastian di kalangan

    pengimport/pengeksport dalam menguruskan

    penghantaran/penerimaan dagangan mereka.

  • iv. FMM memohon Jabatan Kastam/agensi pakar untuk

    mematuhi Piagam Pelanggan yang ditetapkan dan

    jika proses klasifikasi dan ketetapan mengambil

    masa lebih daripada 90 hari, pemohon perlu

    dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan

    Kastam/Agensi pakar.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. JKDM telah mengambil langkah-langkah yang

    bersesuaian bagi memastikan Piagam Pelanggan 90

    atau 60 hari dipatuhi seperti pembahagian

    permohonan mengikut bab-bab tertentu kepada

    pegawai dan pengenalan dua kumpulan panel

    penetapan pengklasifikasian bagi menentukan

    ketepatan kod tariff.

    ii. Sekiranya pengeluaran keputusan dijangka melebihi

    tempoh 90 hari atas dasar kes terpencil, JKDM akan

    mengambil langkah memaklumkan pemohon seperti

    yang dicadangkan oleh FMM.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

    5.5 NON-ACCEPTANCE OF ADVANCE RULING ISSUED BY RMCD

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. FMM menyatakan mengikut Revised Kyoto

    Convention, ahli World Customs Organization (WCO)

    hendaklah menerima keputusan klasifikasi yang

    dikeluarkan oleh ahli WCO yang lain.

  • ii. FMM memaklumkan terdapat kes di mana pihak

    Kastam negara China mahu menerima keputusan

    klasifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam

    Diraja Malaysia (JKDM).

    iii. Kastam China juga enggan menerima Form E yang

    dibawa oleh pengimport dan sering mengenakan duti

    import ke atas pengimport.

    iv. FMM memohon JKDM dan Kastam China

    membincangkan isu ini dengan lebih lanjut dan

    mewujudkan mekanisme bagi menghadapi kes-kes

    seperti ini pada masa akan datang.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. Menurut Revised Kyoto Convention, peruntukan

    keperluan Binding Rulings telah dijelaskan di dalam

    Chapter 9.

    ii. Dalam bab ini tidak dinyatakan secara spesifik

    keperluan untuk sesuatu negara mesti menerima

    keputusan klasifikasi oleh negara lain.

    iii. Pengimport/pengeksport boleh mengemukakan

    keputusan tersebut bagi melancar proses pelepasan

    barangan mereka.

    iv. Walau bagaimanapun, jika klasifikasi keputusan

    dipertikaikan, maka ia akan tertakluk kepada

    perundangan negara anggota masing-masing

    sepertimana yang disarankan oleh WCO dalam

    Chapter 5 HS Classification Handbook.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 5.6 AMENDMENTS TO THE CUSTOMS ACT 1967 AND FREE ZONE

    ACT 1990

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. FMM difahamkan terdapat pindaan yang ketara /

    peruntukan baru dalam Akta Kastam 1967 dan Akta

    Zon Bebas 1990 yang akan dibentangkan di Parlimen.

    ii. FMM memaklumkan JKDM perlu mendapat

    maklumbalas / pandangan daripada pihak industri

    terhadap pindaan / peruntukan baru Akta Kastam

    1967 dan Akta Zon Bebas 1990.

    iii. FMM mencadangkan JKDM memaklumkan perubahan

    dalam Akta Kastam 1967 dan Akta Zon Bebas 1990

    kepada industri terlebih dahulu agar pihak industri

    mempunyai masa yang secukupnya bagi membuat

    persediaan.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. JKDM bersetuju untuk mengadakan engagement

    bersama pihak industri dan akan mengadakan

    awareness program untuk pihak industri pada awal

    tahun 2018.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 5.7 HARMONISED SYSTEMS – HS CODE

    a. Mesyuarat mengambil maklum :

    i. MICPA memohon JKDM agar memuat naik Jadual

    Korelasi HS2017 yang telah digunakan sejak 1 April

    2017 di laman web Kastam.

    ii. JKDM memaklumkan Jadual Korelasi HS2012 ke

    HS2017 telah dimuat naik ke dalam laman web

    Kastam dan boleh diakses oleh orang awam.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

    5.8 LONG APPEAL PROCESS TO RMCD / MOF

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. MICPA menyatakan dalam Mesyuarat Panel

    Perundingan Kastam-Swasta Bil.2/2016 diputuskan

    bahawa perbincangan berasingan dengan pihak

    syarikat akan diadakan dalam tempoh satu atau dua

    bulan dari tarikh penghantaran kes rayuan tuntutan

    bayaran sebelum membuat sebarang keputusan.

    ii. Walau bagaimanapun, sehingga kini terdapat

    beberapa kes rayuan yang masih tertangguh di

    peringkat Kementerian Kewangan dan JKDM.

  • b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. JKDM masih menjalankan siasatan terhadap kes-kes

    rayuan tuntutan bayaran dan berjanji akan

    menyelesaikan kes yang tertangguh pada akhir 2017.

    TINDAKAN: BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

    5.9 CRITICAL LEVEL OF ILLEGAL CIGARETTES TRADES AND

    GOVERNMENT LOSSES RM4.4BILLION IN REVENUE

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. Kajian terhadap penyeludupan rokok pada tahun

    2016 oleh Nielsen Malaysia menunjukkan antara

    faktor utama yang menyebabkan peningkatan dalam

    rokok seludup adalah disebabkan jurang harga

    antara rokok sah dan rokok seludup.

    ii. Perbezaan harga ini akan menyebabkan kerugian

    hasil kepada negara dan menjejaskan industri

    pengilangan rokok yang sah di Malaysia.

    iii. MICCI mencadangkan bagi mencapai target JKDM

    untuk mengurangkan penyeludupan rokok sehingga

    50 peratus dalam masa 2 tahun, meningkatkan

    penguatkuasaan pada peringkat peruncitan dengan

    lebih konsisten dan aktif disokong oleh liputan media

    bagi memberi kesedaran kepada peruncit.

  • iv. MICCI turut mencadangkan agar JKDM menjadi

    agensi utama dalam penguatkuasaan bersepadu

    antara agensi penguatkuasaan dalam mengatasi

    masalah penyeludupan rokok tidak sah dengan

    mengaktifkan semula 5 Pasukan Petugas Bersepadu

    Mencegah Penyeludupan Rokok Tidak Sah.

    b. Mesyuarat membuat keputusan :

    i. Berdasarkan kepada keputusan kajian terhadap

    penyeludupan rokok di Malaysia pada tahun 2017

    oleh Nielsen Company (Amerika Syarikat) peratusan

    penyeludupan rokok telah menurun sebanyak 2.3

    peratus dan penurunan rokok seludup secara

    keseluruhan kepada 54.5 peratus.

    ii. Langkah kawalan terhadap pembanterasan rokok-

    rokok seludup atau tidak sah dilakukan secara

    menyeluruh dan komprehensif seperti operasi outlet

    dan perayaan, penubuhan Task Force Membanteras

    Rokok Tidak Sah bagi mengenalpasti serta

    pelaksanaan membanteras rokok tidak sah yang

    cuba memasuki negara serta menghapuskan rantaian

    saluran penyeludupan di negara ini.

    iii. JKDM juga bekerjasama dengan agensi-agensi

    penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja

    Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,

    dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tindakan

    National Blue Ocean Strategy (NBOS).

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 5.10 HIGH EXCISE INCREASES LED TO CONSUMERS SWITCHING TO

    CHEAP ILLEGAL CIGARETTES

    a. Mesyuarat mengambil maklum:

    i. MICCI memaklumkan kenaikan cukai eksais yang

    drastik pada tahun-tahun sebelum ini menyebabkan

    jurang harga yang ketara antara rokok sah dan rokok

    tidak sah.

    ii. Keadaan ini menyebabkan pengguna beralih kepada

    rokok tidak sah yang jauh lebih murah daripada

    rokok sah.

    iii. MICCI mencadangkan untuk membekukan kenaikan

    cukai untuk rokok kerana ia akan memberi impak

    yang besar kepada JKDM dalam usaha untuk

    meningkatkan kutipan hasil negara.

    b. Mesyuarat membuat keputusan:

    i. Pelaksanaan duti eksais yang dilaksanakan oleh

    JKDM adalah berdasarkan kepada penetapan polisi

    yang telah ditetapkan oleh Kerajaan setelah

    mengambilkira semua faktor-faktor tertentu.

    ii. JKDM sebagai salah satu agensi pemunggut cukai di

    bawah Kementerian Kewangan sentiasa berusaha

    melaksanakan dasar percukaian yang telah digubal

    oleh kerajaan.

    iii. Dasar percukaian yang dilaksanakan oleh Kerajaan

    yang melibatkan pelaksanaan duti eksais adalah

    antara langkah-langkah memastikan kawalan

    terhadap defisit negara.

    TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

  • 6.0 MEMBINCANGKAN HAL-HAL LAIN

    6.1 KEKURANGAN PEGAWAI KASTAM DI LAPANGAN TERBANG

    ANTARABANGSA LANGKAWI

    a. Air Freight Association of Malaysia (AFAM) menyatakan

    kekurangan pegawai Kastam di kaunter pelepasan

    dagangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

    b. AFAM meminta JKDM untuk menyelesaikan masalah ini

    dengan segera kerana ia menyukarkan proses pelepasan

    Kastam.

    TINDAKAN: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN &

    SUMBER MANUSIA

    6.2 PEMILIHAN HARI & MASA MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN

    KASTAM-SWASTA

    a. Air Freight Association of Malaysia (AFAM) memohon urus

    setia mesyuarat untuk tidak mengadakan mesyuarat pada

    hari Jumaat pada masa akan datang agar ahli mesyuarat

    mempunyai lebih masa untuk membincangkan usul-usul

    yang terlibat.

    TINDAKAN: URUS SETIA MESYUARAT

  • 7.0 UCAPAN PENUTUP PENGERUSI BERSAMA

    7.1 YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin mengucapkan terima kasih kepada

    JKDM atas penganjuran Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

    Swasta pada kali ini.

    7.2 Beliau memaklumkan mesyuarat berjalan lancar dan memberi

    faedah kepada semua ahli mesyuarat.

    7.3 Beliau juga memaklumkan pihak swasta sentiasa bersedia untuk

    membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan

    Kastam dalam melicinkan semua urusan bersama demi kebaikan

    semua pihak.

    7.4 Pihak swasta juga akan memberi sokongan penuh dalam

    membantu JKDM untuk meningkatkan prestasi negara agar

    ditahun hadapan Malaysia akan berada di tempat yang lebih baik

    lagi dalam bidang perniagaan.

    TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

  • 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI

    8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersama

    di atas ucapan penangguhannya. Beliau juga mengucapkan

    terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

    8.2 Pengerusi menyatakan beliau bersetuju dengan pandangan

    Pengerusi Bersama tentang pertumbuhan perniagaan di Malaysia

    yang masih berada pada paras yang baik tetapi pertumbuhan

    yang sedikit perlahan jika dibandingkan dengan beberapa negara

    maju yang berkembang dengan lebih pantas.

    8.3 Pengerusi turut memohon agar kedua-dua pihak meneruskan

    kerjasama yang terbaik di dalam urusan perniagaan dan

    import/eksport melangkaui sempadan untuk masa hadapan.

    Beliau berjanji untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik

    cekap dari semasa ke semasa.

    8.4 Dato’ Sri Pengerusi memaklumkan juga bahawa Jabatan Kastam

    akan menjemput satu atau dua orang wakil dari setiap

    agensi/persatuan perniagaan ke Majlis Dialog bersempena The

    ASEAN Director-General of Customs Meeting yang bakal diadakan

    pada awal bulan Mei 2018.

    8.5 Dato’Sri Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

    mesyuarat dan berharap kerjasama yan terjalin antara pihak JKDM

    dan swasta akan terus berkekalan bagi kebaikan bersama.

    TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

  • 9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

    a. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

    b. Tarikh dan tempat bagi Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

    Swasta Bil.1/2018 akan ditentukan kemudian.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh,

    SEKRETARIAT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA

    28 DISEMBER 2017

  • LAMPIRAN I

    SENARAI KEHADIRAN A. PENGERUSI 1. YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia B. PENGERUSI BERSAMA 2. YBhg. Datuk Tan Kwang Jin Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) C. WAKIL JKDM 3. YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Yahya Timbalan Ketua Pengarah Kastam

    (Penguatkuasaan / Pematuhan) 4. YBhg. Dato’ Paddy bin Abd. Halim Timbalan Ketua Pengarah Kastam

    (Perkastaman / GST) 5. YBhg. Dato’ Dr Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus Timbalan Ketua Pengarah Kastam

    (Pengurusan) 6. YBhg. Dato’ Azimah binti Abd Hamid

    Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

    7. YBhg. Dato’ Mohd Nor bin Hassan Pengarah Kastam

    Bahagian Teknologi Maklumat 8. YBhg. Dato’ Haji Rumainor bin Sarif Pengarah Kastam

    Cawangan Siasatan 9. Tuan Haji Iskandar bin Jaafar Pengarah Kastam

    Bahagian Perkhidmatan Teknik 10. YBhg. Dato’ Sarip bin Ismail

    Pengarah Kastam Negeri Selangor

  • 11. Tuan Ahmad Maher bin Abd Jalil Pengarah Kastam Bahagian GST

    12. Puan Nor Haziah binti Abd Wahab Pengarah Kastam

    Bahagian Perkastaman 13. Puan Radziah binti Abdul Razak Pengarah Kastam

    Bahagian Perancangan Korporat 14. Tuan Saidi bin Ismail Pengarah Kastam Negeri

    Pulau Pinang

    15. Tuan Mohammad Hamiddan bin Maryani Pengarah Kastam Negeri

    Johor 16. Tuan Hadzri bin Mohd Sabri Pengarah Kastam Negeri

    Pahang

    17. Tuan Ismail bin Rahman Timbalan Pengarah Kastam

    Pasukan Projek uCustoms Bahagian Perkastaman

    18. Puan Hasimah binti Semuli Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Industri, Petroleum & Gas

    Bahagian Perkastaman

    19. Puan Wan Marini binti Wan Hamzah Timbalan Pengarah Kastam

    Cawangan Pengurusan Perjenisan, Tarif dan Gubalan Bahagian Perkhidmatan Teknik

    20. Datin Nor Abinah binti Haji Ahmad Sablie Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Perakaunan Hasil Bahagian Perkhidmatan Teknik 21. Puan Choo Kim Foong Timbalan Pengarah Kastam (Perkastaman / Fasilitasi) LTA Kuala Lumpur

  • 22. Puan Rohana binti Mohamed Dali Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Auditan Pasca Import Bahagian Pengurusan Pematuhan 23. Tuan Jasmi bin Yusoff Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Perkhidmatan dan Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia 24. Puan Zainad binti Daud Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi Bahagian GST 25. Puan Nora’ini binti Abd Khalid Timbalan Pengarah Kastam Sektor I Bahagian GST 26. Puan Norlela binti Ismail Timbalan Pengarah Kastam Sektor II Bahagian GST 27. Puan Nur Hanisah Dukes binti Abdullah Timbalan Pengarah Kastam Sektor IV Bahagian GST 28. Tuan Wong Pun Sian Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Pengurusan Penilaian Bahagian Perkhidmatan Teknik 29. Dr Ramlah binti Haji Mukhtar Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan Bahagian Perkastaman 30. Tuan Md Jaafar bin Abdullah Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Zon Perindustrian Bebas (ZPB) Pulau Pinang 31. Puan Fadzlina binti Bafaruddin Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Import & Zon Bebas LTA Kuala Lumpur

  • 32. Puan Radziah binti Ahmad Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Aplikasi Perkhidmatan Kastam Bahagian Teknologi Maklumat 33. Tuan Razali bin Abdullah Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia 34. Tuan Azhar bin Mahamud Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Urusetia Bahagian Perkastaman Pulau Pinang D. WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN 35. Cik Khalilasalwa binti Salleh Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan 36. Puan Noreen Haiza bt Khairudin Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Perkhidmatan I)

    Kementerian Kewangan

    E. WAKIL PIHAK SWASTA 37. Cik Wong Hin Wei Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 38. Encik Mohd Abdul Hadi Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 39. Cik Maygelah Siva

    Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 40. Encik Abd Samad bin Ibrahim

    Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 41. Cik Shamini Sakthinathan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 42. Cik Wong Poh Geng The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

  • 43. Cik Tan Yu Yin The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 44. Encik Larry James Sta Maria

    Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

    45. Encik Huang Shi Yang Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

    46. Encik Koh Siok Kiat

    Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 47. Encik Tiruselvam Kupusamy

    Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 48. Encik Ong Whee Tiong

    The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

    49. Encik Eric Yong Siew Meng

    The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

    50. Encik Walter Culas Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 51. Encik Zainal Abidin

    Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 52. Encik Anuar bin Ashari Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 53. YBhg. Dato’ Sri Dr M. Vijayan Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 54. YBhg. Dato’ Tony Chia Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 55. Encik Alvin Chua Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 56. Encik Krishnan Chelliah Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 57. Encik Lim You Loke Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 58. Encik Hasan Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC)

  • 59. Encik Lim Kar Haw Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 60. Encik Khoo Liong Chuan

    The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

    61. Cik Lim Yen Ling The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

    62. Cik Azlina Zakaria Malaysian Institute of Accountants (MIA) 63. Encik V.Muthiah Central Region Shipping Association (CRSA) 64. Encik Bala. J Central Region Shipping Association (CRSA) 65. Encik BC Teoh Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 66. Encik Leong Lai Khuan Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 67. Encik Fazli Azwan Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 68. Puan Yap Lai Han Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) F. PIHAK BERKUASA PELABUHAN 69. Kapten K. Subramaniam Lembaga Pelabuhan Klang 70. Encik Ahmad Rizal bin Mohd Yusop Lembaga Pelabuhan Klang 71. Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 72. Encik Kamaruzaman bin Hj Munasir Lembaga Pelabuhan Johor 73. Encik Ezat Iskandar bin Monzani Lembaga Pelabuhan Johor

  • 74. Encik Paul Lui Penang Port Sdn Bhd (PPSB) 75. Encik Ismail Mohamed Qhouse Penang Port Sdn Bhd (PPSB) G. SEKRETARIAT 76. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor

    Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

    77. Puan Kohila Rajaram

    Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

    78. Puan Nur Maidizah binti Maidin Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 79. Tuan Muhammad Ellias bin Ibrahim

    Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

    80. Tuan Fatihahtul Ahmad bin Abdul Mutthalib Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 81. Puan Suhaliza bt Mohd Mokhtar Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

    Bahagian Perancangan Korporat 82. Puan Farah Fatihah binti Jamaludin Pembantu Penguasa Kastam

    Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

    83. Puan Hamidah bt Abdul Hamid Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

    Bahagian Perancangan Korporat

  • 84. Encik Zamani bin Husin Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

    Bahagian Perancangan Korporat 85. Cik Normala binti Othman Pembantu Tadbir (P/O) Cawangan Perhubungan Awam

    Bahagian Perancangan Korporat