4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAERAH HULU LANGAT BIL 1/ 2013 Tarikh: 18 Februari 2013 Hari: Isnin Masa: 2.00 petang Tempat: Blok E, PPDHL Kehadiran: Seperti lampiran Agenda Mesyuarat 1.0 Ucapan Pengerusi Majlis 2.0 Taklimat S-Lib 3.0 Ucapan Pengerusi PKG Hulu Langat 4.0 Ucaptama Penolong Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor 5.0 Pelantikan Jawatankuasa GPM Daerah Hulu Langat Sesi 2013 6.0 Laporan Aktiviti 2012 7.0 Perancangan Aktiviti 2013 8.0 Aplikasi Data 9.0 Hal-Hal Lain 1.0 Ucapan Pengerusi Majlis 1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al Faatihah. 1.2. Ucapan terima kasih kepada GPM yang hadir 1.3. Mesyuarat diadakan pada waktu petang kerana MMI (Melindungi Masa Instruksional). 1.4. Memaklumkan bahawa penarafan IQ PSS telah dibuka pada 7 Januari 2013 sehingga 30 Mac 2013. Penggredan pada 1 April 2013. 1.5. Pengerusi juga memberitahu bahawa i-NILAM telah dibuka. GPM diminta memuatnaik nama murid daripada APDM. 2.0 Taklimat S-Lib 3.0 Ucapan Pengerusi PKG Hulu Langat ~ En. Mohd. Mahizam bin Toha 3.1 Ucapan salam dan penghargaan kepada GPM yang hadir pada hari ini. 3.2 GPM akan berjumpa di dalam mesyuarat di peringkat PKG zon masing-masing selepas ini. 3.3 Memaklumkan tujuan utama menjemput Penolong Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor adalah untuk mendengar masalah GPM Daerah Hulu Langat dan mencari jalan penyelesaian. 4.0 Ucaptama Pen. Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor ~ En. Nor Ahmad bin Khamzah 4.1 Memberitahu bahawa beliau hadir untuk mendengar masalah GPM Daerah Hulu Langat. 4.2 Ramai GPM Negeri Selangor belum mendapat surat lantikan. 4.3 GPM yang ingin dilantik tidak mengajar subjek kritikal seperti Sejarah dan Geografi dan mestilah mempunyai Kursus Asas Pengurusan PSS. GPM juga mestilah telah mengajar sekurang- kurangnya 3 tahun. 4.4 Pentadbir sekolah tidak boleh menukar GPM sesuka hati mereka atau setiap tahun.

Minit Mesyuaratjawatankuasa Gpm Daerah Hulu Langat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Minit Mesyuaratjawatankuasa Gpm Daerah Hulu Langat

Citation preview

MINIT MESYUARATJAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)DAERAH HULU LANGAT BIL 1/ 2013

Tarikh:18 Februari 2013Hari:IsninMasa:2.00 petangTempat:Blok E, PPDHLKehadiran:Seperti lampiran

Agenda Mesyuarat

1.0Ucapan Pengerusi Majlis2.0Taklimat S-Lib3.0Ucapan Pengerusi PKG Hulu Langat4.0Ucaptama Penolong Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor5.0Pelantikan Jawatankuasa GPM Daerah Hulu Langat Sesi 20136.0Laporan Aktiviti 20127.0Perancangan Aktiviti 20138.0Aplikasi Data9.0Hal-Hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al Faatihah.1.2. Ucapan terima kasih kepada GPM yang hadir 1.3. Mesyuarat diadakan pada waktu petang kerana MMI (Melindungi Masa Instruksional).1.4. Memaklumkan bahawa penarafan IQ PSS telah dibuka pada 7 Januari 2013 sehingga 30 Mac 2013. Penggredan pada 1 April 2013.1.5. Pengerusi juga memberitahu bahawa i-NILAM telah dibuka. GPM diminta memuatnaik nama murid daripada APDM.

2.0 Taklimat S-Lib

3.0 Ucapan Pengerusi PKG Hulu Langat ~ En. Mohd. Mahizam bin Toha3.1 Ucapan salam dan penghargaan kepada GPM yang hadir pada hari ini.3.2 GPM akan berjumpa di dalam mesyuarat di peringkat PKG zon masing-masing selepas ini.3.3 Memaklumkan tujuan utama menjemput Penolong Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor adalah untuk mendengar masalah GPM Daerah Hulu Langat dan mencari jalan penyelesaian.

4.0 Ucaptama Pen. Pengarah Unit PSP, BTPN Selangor ~ En. Nor Ahmad bin Khamzah4.1 Memberitahu bahawa beliau hadir untuk mendengar masalah GPM Daerah Hulu Langat.4.2 Ramai GPM Negeri Selangor belum mendapat surat lantikan. 4.3 GPM yang ingin dilantik tidak mengajar subjek kritikal seperti Sejarah dan Geografi dan mestilah mempunyai Kursus Asas Pengurusan PSS. GPM juga mestilah telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.4.4 Pentadbir sekolah tidak boleh menukar GPM sesuka hati mereka atau setiap tahun.4.5 PKG akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan PSS selaras satu negeri Selangor. Sukatan telah siap dan akan diedarkan ke setiap PKG.4.6 GPM mesti ada ilmu dalam bidang pengurusan. GPM mestilah meletakkan diri mereka di atas supaya semua pihak memandang tinggi terhadap GPM.4.7 Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan semua murid.4.8 PKG diminta mengenalpasti GPM yang masih tiada surat lantikan.4.9 GPM yang belum dilantik diminta menghantar borang ke PKG. PKG akan menghantar ke PPD dan diambil semula untuk diserahkan kepada En. Nor Ahmad sendiri dan kemudian barulah dihantar ke JPN Selangor. 4.10 Beliau sendiri akan memastikan semua GPM akan dilantik pada tahun ini.4.11 GPM diminta membuka e-mail setiap hari supaya maklumat cepat diketahui.4.12 Menjawab soalan berkaitan fail SPSK, GPM diminta meneruskan sistem fail yang sedia ada. Ia akan diselaraskan kemudian.4.13 Mengenai jawatan GPM yang akan dimansuhkan, En. Nor Ahmad meminta semua GPM meneruskan tugasan seperti biasa kerana belum ada maklumat rasmi bahawa jawatan GPM akan dimansuhkan. Negeri Melaka memang sedang menjalankan program rintis di mana N17 yang menguruskan PSS. Program ini banyakmengalami masalah kerana N17 tiada kemahiran untuk mengajarLiterasi Maklumat kepada murid-murid. Memang ada berita untuk memansuhkan jawatan GPM tetapi keputusan rasmi belum dikeluarkan lagi setakat ini.4.14 Berkaitan permintaan agar En. Nor Ahmad berjumpa dengan Guru Besar dan menerangkan mengenai skop kerja GPM dan adakah GPM harus menjadi Setiausaha Kurikulum, GPM diminta membuat salinan pekeliling waktu mengajar GPM 6 hingga 8 waktu dan dilekatkan dalam Buku Rekod Mengajar Harian. Semasa mesyuarat induk, GPM diminta menerangkan tugas-tugas GPM agar semua dapat mengetahuinya. GPM juga diminta membuat satu laporan khas aktiviti seminggu (dalam buku khas). GPM mesti ada senarai tugas dan sukatan. Jika tiada sila rujuk PKG masing-masing.4.15 Mengenai pembelian buku MGB yang diwajibkan setiap sekolah membeli sebanyak RM5,000.00, En. Nor Ahmad akan menyiasat perkara ini.4.16 Menjawab soalan berkaitan agihan kewangan PSS, En. Nor Ahmad akan mendapatkan peratus terkini dari JPN. Sebanyak 70% daripada wang peruntukan mesti dibelanjakan.4.17 Berkaitan soalan mengenai kenapa perlu mengisi i-NILAM dan S-Lib, En. Nor Ahmad menerangkan bahawa bukan semua sekolah menggunakan S-Lib tetapi semua sekolah perlu menggunakan i-NILAM. Selangor tempat keempat dari bawah i-NILAM tidak disempurnakan oleh GPM. GPM diminta sentiasa memberi sokongan kepada i-NILAM. Jika ada sebarang masalah berkaitan, sila rujuk PKG.4.18 Menjawab soalan berkaitan talian Internet yang bermasalah, En. Nor Ahmad meminta kerjasama GPM agar mengumpul kerja banyak-banyak dan selesaikan di PKG yang talian Internet lebih laju dan memuaskan.4.19 Mengenai soalan i-NILAM dan Status Pelaksanaan yang perlu diisi oleh GPM, En. Najmuddin menerangkan bahawa i-NILAM tiada laporan seperti yang diperlukan oleh Unit PSP. 4.20 En. Nor Ahmad mengingatkan GPM SJK (T) dan SJK (C) bahawa tahun ini sekolah mereka akan dipantau kerana peratusan i-NILAM terlalu rendah.4.21 Menjawab soalan berkaitan pelan strategik, En. Nor Ahmad meminta GPM merujuk kepada Buku Pengurusan PSS.4.22 Memaklumkan berkaitan PSS Cemerlang, PKG akan mencalonkan. GPM diminta menjadikan sekolah yang pernah menang sebagai penanda aras.4.23 Beliau memberitahu hasrat ingin melihat GPM lelaki menjadi cemerlang. pemantauan akan dilakukan di sekolah GPM lelaki.

5.0Pelantikan Jawatankuasa GPM Daerah Hulu Langat Sesi 20135.1Keputusan mengenai perlantikan adalah seperti berikut:

Pengerusi:Pn. Mazraidah binti Hashim - SK Dusun NandingNaib Pengerusi:- SMK SAASSetiausaha:Pn. Khadijah- SK KajangBendahari:En. Zalinor- SK Kg. Rinching

AJK:Zon CherasEn. Mohd. Shahyu- SK Desa BaiduriPn. Sakinah binti Nor- SMK PerimbunZon Bangi- SK Bandar Baru Bangi- SMK Maahad HamidiahZon Ampang- SK Kg. Cheras Baru- SMK Tasik PermaiZon Kajang- SK Seri Sekamat- SMKZon Semenyih- SK Bandar Rinching- SMK Taman Jasmin 2

6.0Laporan Aktiviti 20126.1Kursus Peningkatan6.2Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM6.3Bengkel Pengumpulan Borang6.4Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kem NILAM6.5Tokoh NILAM Daerah Hulu LangatRendah:Muhammad Adib Ashman bin Kosim dari SK Dusun NandingMenengah:.................6.6Mesyuarat GPM Daerah Hulu Langat6.7Bengkel IQ PSS6.8Pemilihan Calon Tokoh NILAM Zon6.9Bengkel Pengumpulan Data NILAM Setengah Tahun6.10Bengkel Khidmat Bantu PSS - GPM boleh mohon khidmat bantu6.11Khidmat Bantu PSS Negeri - SMK SAAS dan SK Bangi

7.0Perancangan Aktiviti 20137.1Pemantauan dan Khidmat Nasihat Semua Sekolah Ahli7.2Bengkel Penilaian Tokoh NILAM

8.0Aplikasi Data8.1IQ PSS8.2i-NILAM8.3SSQS - http://ssqs.moe.edu.my8.4Talian Help Desk - seperti lampiran8.5Buku Log Penggunaan Kampus Astro

9.0Hal-Hal Lain9.1Pelantikan GPM - hantar permohonan baru ke PKG masing-masing pada atau sebelum 28 Februari 2013. Borang pencalonan boleh download dari laman web PKGHL.9.2Maklumat Pengurusan PSS - hantar salinan kad pengenalan untuk pendaftaran ke Sistem Tarantula dan jadual waktu mengajar ke PKG masing-masing.9.3GPM diminta melengkapkan maklumat dalam IQ PSS sebelum 22 Mac 2013.9.4GPM diminta import senarai nama murid dari APDM online ke i-NILAM. Sila baca manual berkaitan.9.5GPM diminta mengisi maklumat GPM dan profail sekolah di laman web PKGHL.9.6Program NILAM SeDaerah pada 22 April 2013.9.7Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Zon Ampang pada 8 Mei 2013 dan Zon Cheras pada 15 Mei 2013.9.10Kem NILAM Daerah akan diadakan pada 15 hingga 17 Jun 2013.

10.0Ucapan Penangguhan10.1Pengerusi mengharapkan semua GPM menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.10.2Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

................................................................................................................(MAZRAIDAH BINTI HASHIM)(WAN MOHD ZAIDEE BIN WAN ZIN)Pengerusi GPMPegawai Teknologi PendidikanDaerah Hulu LangatPKG Cheras