Upload
doandien
View
273
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Modul Latihan
PEMBANGUNAN
DASAR DAN
HALA TUJU SEKOLAH 14 Laluan
Lembaran Kerja Latihan
Disusun oleh
Abdul Razak bin Alias
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek [email protected] [019 – 947 4045]
Pelan
Pembangunan Organisasi
MODUL ___ JAM
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”
VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
Sebelas Anjakan Untuk Transformasi Sistem
1 Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017
Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional
Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020
Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun
2 Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Dan Digalakkan Mempelajari Bahasa Tambahan
Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris
Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3 Melahirkan Rakyat Yang Menghayati Nilai
Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid
Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah
4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas
Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020
Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013
Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016
Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025
2
5 Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah
Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid
6 Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014
Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang saksama
7 Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia
Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah
Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris
Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid
8 Mentransformasi Kebolehan Dan Keupayaan Penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid
Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016
9 Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti, Dan Sektor Swasta Secara Meluas
Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja
10 Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun
Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11 Meningkatkan Ketelusan Untuk Kebertanggungjawaban Awam Secara Langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025
3
ASPIRASI SISTEM
Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang tahun 2020
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-
masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020.
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan
sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah
untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan,
Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi
kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau
latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi
jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid
lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid
belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini
mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina
masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan
aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
Malaysia.
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia
ada
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun
peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan
tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
4
ASPIRASI MURID
Pengetahuan Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya
kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu
didedahkan kepada pengetahuan am yangmenyeluruh tentang Malaysia,
Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga
digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain
seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran
Berfikir Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap
murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian,
menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran
Memimpin Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin
dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran
Dwibahasa Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan
tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid
sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan
semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan
Kerohanian Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap
murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan
dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem
pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti
Nasional Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,
diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama
atau status sosio ekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap
murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang
sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti
nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima
kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
5
PEMIKIRAN STRATEGIK: TEMPLAT ABC UNIVERSAL Sumber: Haines Centre for Strategic Management
“Menjelaskan dan Mempermudahkan Pemikiran Anda” – Tentang Projek Anda
__________________________________________________________
(Nama Organisasi – Isu – Masalah – Projek – Usaha Perubahan (dll.)
Laluan 1
IMBASAN PERSEKITARAN LUARAN MASA DEPAN Apakah yang akan berubah di masa depan kita? Persekitaran luaran yang akan memberi kesan kepada kita
E
____________________
TARIKH MASA DEPAN A
OUTPUT/ OUTCOMES
PENILAIAN SEMASA STRATEGI UTAMA TINDAKAN
KEUTAMAAN (dan bajet)
HASIL YANG DIINGINI
Di manakah kita
sekarang?
__________________ TARIKH MASA KINI C
INPUT Bagaimanakah kita sampai ke sana (merapatkan jurang dari ke \ ? C A
KENDALIAN SISTEM / PROSES D
Ukuran Kejayaan Utama / Matlamat Bagaimanakah kita akan tahu apabila kita sampai ke sana?
Di manakah kita mahu menjadi?
B GELUNG MAKLUM BALAS
S W
O C
6
PERANCANGAN STRATEGIK
Membina Pelan Pembangunan Organisasi memerlukan Perancangan Strategik.
Perancangan strategik adalah “usaha yang berhati-hati dan berdisiplin bagi
menghasilkan keputusan serta tindakan asas yang membentuk dan memandu
organisasi, apa yang dilakukannya dan mengapa ia melakukannya” (Bryson, 2011).
Perancangan strategik adalah pendekatan yang berurusan dengan cabaran yang
dihadapi organisasi. Cabaran ini memerlukan pemimpin berhati-hati dan berdisiplin jika
ia ingin diurus secara efektif.
Semua organisasi adalah dalam keadaan perubahan yang berterusan dan berubah-
ubah – walaupun mereka merasakan ianya stabil adalah secara tipikal berubah dalam
berbagai cara. Orang akan datang dan pergi, mandat bertukar, bajet berubah,
keperluan dan harapan pemegang taruh adalah juga berubah dan sebagainya.
Organisasi yang diurus secara strategik mendefinisikan di mana mereka mahu menjadi
dan mengurus perubahan secara efektif menerusi agenda tindakan bagi mencapai
masa depan berkenaan.
• Perancangan strategik adalah cara berfikir, bertindak dan belajar.
• Ia sering kali mengambil pandangan yang komprehensif dengan memberi
fokus terhadap gambaran yang besar atau “big picture”, ia juga membawa
tindakan yang spesifik, disasarkan dalam masa kini dan memberi kesan
jangka masa panjang.
• Ianya berkaitan dengan berwawasan dan sering kali proaktif berbanding
reaktif bagi menangani isu keperluan untuk berubah.
• Ianya fleksibel dan praktikal.
• Ianya panduan membuat keputusan dan pengagihan peruntukan;
perancangan strategik adalah panduan membuat bajet.
7
Perancangan strategik bukanlah satu perkara tersendiri tetapi sebagai pilihan set
konsep, prosedur, metodologi dan alat yang boleh membantu organisasi bukan
berasaskan keuntungan dan awam menjadi lebih berjaya dalam mendefinisi dan
mencapai misi dan visi mereka dan dalam mencipta nilai yang signifikan dan bertahan.
Menerusi perancangan strategik, organisasi boleh
• Membincang dan mendokumen tentang persekitaran di mana mereka
berada dan beroperasi dan meneroka faktor dan trend yang
mempengaruhi cara mereka melakukan urusan dan melakukan peranan
meraka.
• Memperjelas dan merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi.
• Memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan
jelas visi, di mana organisasi mahu berada.
• Membangun strategi bagi melaksanakan mandat, memenuhi misi,
merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan mengenal
pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat, peringkat
hasil dan perkhidmatan, klien, pengguna atau pembayar, kos, kewangan,
struktur, proses dan pengurusan.
Untuk lebih efektif, perancangan strategik mesti berorientasikan tindakan dan
keputusan dan mesti dihubungkan kepada perancangan operasi. Ia mesti juga
dihubungkan kepada pelbagai jenis fungsi perancangan - teknologi maklumat, sumber
manusia, kewangan, pelan urusan dan sebagainya. Perancangan untuk semua jenis
mesti dilakukan dengan implementasi perkara yang ada dalam fikiran, dan
implementasi proses sendiri mesti diuruskan secara efektif; sebaliknya, harapan dan
impian lebih sedikit daripada fantasi.
8
RANGKA KERJA MEMBINA PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI PELAN JANGKA MASA PANJANG PELAN JANGKA MASA PENDEK
(3 – 5 TAHUN) (1 TAHUN)
Misi Visi Nilai
Strategi 1
Strategi 2 Pelan Taktikal Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4
Pelan Operasi 1
Pelan
Operasi 2
Pelan Operasi 3
Pelan
Operasi 4
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 1
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 3
Objektif 1 …
Objektif 2 …
Objektif 3 … Strategi 3 dan …
9
MISI
Mengapakah sekolah wujud?
Perkhidmatan, Produk & Maklumat
Pelanggan Hasil Akhir, Outcome, Akibat
1 Menggambarkan apakah yang organisasi lakukan sekarang (apakah perkhidmatan yang ditawarkan?) DAN bagaimanakah cara melakukannya
2 Menggambarkan kepada siapakah perkhidmatan tersebut diberikan. Ianya menjawab soalan siapakah pelanggan utama organisasi?
3 Menggambarkan hasil akhir yang diingini. Apakah keperluan pelanggan yang dapat organisasi penuhi?
Perkhidmatan, Produk & Maklumat
Pelanggan Hasil Akhir, Outcome, Akibat
"Misi kami adalah untuk menyediakan ... (pelanggan) dengan ...
(perkhidmatan dan produk) dalam rangka mencapai ... (mengapa kita
wujud / ciri-ciri keunikan, nilai atau prinsip pegangan utama sekolah
dalam memenuhi tujuan kewujudannya).”
EDARAN 02 EDARAN 02 Laluan 2
10
VISI
Visi mengandungi pernyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi dan lazimnya mengandungi maklumat mengenai cita-cita organisasi.
Pernyataan visi adalah gambaran keunggulan prestasi organisasi yang dikongsi
bersama.
Ia adalah panduan gambaran kejayaan dan menjawab soalan:
"Apakah yang ingin kita ciptakan?"
"Bagaimanakah kita ingin dikenali?"
Proses pembinaan visi;
Berfikir mengenai masa hadapan yang ingin dicapai dalam masa 3 -5 tahun.
Membentuk halatuju yang jelas berdasarkan aktiviti organisasi.
Memberi inspirasi kepada anggota organisasi.
Memutuskan Siapa Kita, Apa Kita Buat, dan Ke Mana Hendak Kita Tuju.
Laluan 3
12
NILAI SEKOLAH
Nilai merupakan
Faktor kemanusiaan yang akan mendorong pekerjaan.
Set panduan, prinsip, kepercayaan, atau pernyataan yang akan menyokong
mematuhi janji dan sebagai panduan mencapai visi.
NILAI
Laluan 4
14
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen bertulis, dipamerkan, jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut
standard dan memberitahu hak-hak pelanggan.
Komitmen - 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga
dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya
kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg
bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja;
Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan,
kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu
terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk
mengekalkan askar-askarnya di sana.
Ikrar - Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh,
biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia
antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan:
orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh;
mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri
ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan
sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat;
pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb)
yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu.
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 – 2013)
16
Ditulis berdasarkan kaca mata pelanggan. Ditetapkan standard – satu ukuran
kejayaan kuantitatif.
Fokus – Pelanggan, standard dan sikap
Ciri-ciri – Jelas, senang disebarkan, praktikal, khusus, mempunyai
kebolehpercayaan, dan boleh ditambah baik.
[NAMA SEKOLAH] komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik
kepada semua pelanggan kami
KEPADA MURID
KEPADA GURU DAN KAKITANGAN
KEPADA WARIS
KEPADA PEMEGANG TARUH
17
INDIKATOR KEJAYAAN SEKOLAH
Indikator kejayaan sekolah boleh dibahagikan kepada dua:
1. Berfokuskan murid
2. Tidak Berfokuskan murid
Indikator menyediakan standard untuk sekolah atau murid dilihat dan boleh diukur.
Tanpanya, ianya susah, ataupun mustahil untuk mengukur kejayaan murid atau
keberkesanan sekolah atau cuba menambahbaik pembelajaran. Indikator juga
mengukur sejauh mana misi dan visi sekolah dicapai.
Indikator Kejayaan Murid adalah: keputusan yang boleh diukur berfokuskan murid
yang sekolah ada keupayaan, berhasrat atau perlu mempengaruhi dan baginya ia
sanggup atau dikehendaki dipertanggungjawabkan.
Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
Laluan 5
18
Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
Indikator Kejayaan Tidak Berfokuskan
Murid Yang Diukur Oleh
19
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Kejayaan misi dan visi dilihat kepada pencapaian matlamat. Matlamat merupakan
kejayaan yang ingin dicapai masih bersifat umum. Ianya diukur berdasarkan
pencapaian objektif.
Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat. Ianya sesuatu yang boleh
diukur. Memiliki ciri-ciri SMART.
SMART
S = Specific / Spesifik;
M = Measurable / Boleh Di Ukur;
A = Attainable / Boleh Di Capai;
R = Reasonable / Wajar-Munasabah;
T = Timeline / Ada Tempoh Masa)
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI)
Sasaran
Ingat: Membezakan antara keputusan / hasil (apa) dan cara (bagaimana).
MATLAMAT OBJEKTIF
Laluan 6
20
MATLAMAT OBJEKTIF
Empat (4) Skala Pengukuran
1. Nominal (Kurang dipercayai, samar-samar dan mungkin keliru)
Menamakan sesuatu (contoh, cemerlang, cantik, sejuk, panas)
Matlamat 2. Ordinal (Samar-samar dan kabur tetapi lebih dipercayai daripada nominal
Menentukan sesuatu lebih hebat daripada yang lain (contoh, pasukan ini lebih hebat daripada pasukan tersebut)
3. Interval – Sela (Lebih dipercayai, tepat)
Berkaitan item sepanjang skala dengan selang yang sama yang mempunyai titik sifar secara rambang (contoh, darjah celsius)
Objektif 4. Ratio – Nisbah
(Lebih dipercayai, tepat) Berkaitan item sepanjang skala pada satu titik sifar diketahui dengan selang yang sama. (contoh, berat, jarak)
21
MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / PERSOALAN POKOK
Analisis Persekitaran (Keperluan)
Analisis persekitaran adalah proses untuk mengenal pasti semua elemen dalaman
dan luaran yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi dan menilai tahap
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman yang hadir. Penilaian
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman kemudiannya dimasukkan ke
dalam proses membuat keputusan untuk menyelaraskan strategi yang lebih baik
dengan persekitaran organisasi.
Apakah cara dan alat mengumpul data bagi tujuan analisis persekitaran?
Laluan 7
Aspek Ketara
Strategi Objektif
Polisi dan Prosedur
Struktur Teknologi
Rantaian Arahan
Autoriti Formal
Aspek Tersembunyi
Sikap Persepsi
Norma Kumpulan
Interaksi Formal Konflik Interpersonal Konflik Interkumpulan
22
Untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi peningkatan pencapaian murid
secara khususnya dan pencapaian sekolah amnya, mereka yang bekerja untuk
menyelesaikan masalah mesti menentukan apa masalah yang mereka cuba untuk
menyelesaikannya, dan sebab sebenar masalah berkenaan.
Mana-mana perangkap yang mudah untuk jatuh ke dalamnya sering untuk
seseorang itu terus melompat kepada penyelesaian sebelum memastikan masalah
sebenarnya. Menggali jauh di bawah gejala masalah akan mendedahkan punca
supaya penyelesaian yang sesuai boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian
murid dan keberkesanan sekolah. Banyak alat yang boleh digunakan untuk tujuan
ini, antara alat-alat berkenaan
Analisis SWOT
Percambahan Fikiran (Brainstorming)
Teknik Kumpulan Nominal
Diagram Sebab_Akibat
Matriks Keputusan
Diagram Kesamaan Dan Saling Berhubungan
Analisis Force Field
Matriks „Adalah / Bukanlah‟
Pemetaan Minda
Diagram Pokok
Perbandingan Berpasang
Kajian-kajian (Profil Sekolah), laporan dan aduan dll.
23
ANALISIS KEPERLUAN
-5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat + Dalaman
(Dalam Konteks Sekolah) 1. Apakah yang perlu untuk hebat?
2. Sekarang ini, adakah ia penggerak
atau penghalang?
3. Berapakah skalanya?
4. Manakah yang perlu dahulu dihapuskan
atau ditingkatkan?
Luaran (Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
ara
24
ANALISIS KEPERLUAN
-5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat + Dalaman
(Dalam Konteks Sekolah)
Luaran (Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
ara
25
INISIATIF / STRATEGI
Inisiatif atau strategi adalah usaha yang kena buat bagi menyelesaikan masalah
yang wujud. Permasalahan adalah kesulitan yang dirasakan oleh seseorang.
Permasalahan dapat juga diertikan sebagai sesuatu yang menghalangi tercapainya
tujuan[1]. Secara umum, suatu masalah didefinisikan sebagai keadaan atau jurang
antara harapan dan kenyataan. Masalah sebagai jurang antara keperluan yang
diinginkan dan keperluan yang ada[2].
ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI
Laluan 8
26
PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PANJANG): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, INISIATIF / STRATEGI
Matlamat /
Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi Pegawai
Bertanggung-jawab
TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
Laluan 9
28
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi Pegawai
Bertanggung-jawab
TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
29
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi Pegawai
Bertanggung-jawab
TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar)
30
PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PENDEK): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN TAHUNAN, INISIATIF / STRATEGI
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran 2015
Inisiatif / Strategi Pegawai
Bertanggung-jawab
TOV
OTI1 [AR]
OTI2 [AR]
ETR [AR]
Laluan 10
32
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran 2015
Inisiatif / Strategi Pegawai
Bertanggung-jawab
TOV
OTI1 [AR]
OTI2 [AR]
ETR [AR]
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar) ETR: Expected Targeted Result (Keputusan Sasaran Dianggarkan) OTI: Operational Targeted Increment (Kenaikan Sasaran Operasi)
33
11a PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN GRID IMPAK-BOLEH BUAT
1
2 Impak
3
4
0
Tinggi
Boleh Buat 1 2 3 4
Tinggi
CATATAN Boleh Buat mengambil kira (a) tahap kesukaran proses kerja; (b) Kompetensi staf yang bertanggungjawab; (c)Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat; (d) Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan; (e)Andaian keupayaan mengatasi halangan; (f) Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi; (g) Akur kepatuhan dengan mandat / arahan; (h) Rekod keberkesanan yang lepas; (j) Kesesuaian dengan
persekitaran terkini
Laluan 11
34
11 b PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI BERDASARKAN PEMBERATAN Menggunakan skala likert 1 - Amat Rendah - 5* 2 - Rendah - 4 3 - Sederhana - 3 4 - Tinggi - 2 5 - Amat tinggi - 1
Bil Kriteria Pemilihan 1 2 3 4 5
1 Tahap kesukaran proses kerja*
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab
3 Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat*
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan (tahap keperluan)*
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan
6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8 Rekod keberkesanan yang lepas
9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini
Jumlah Skor
Keputusan
Ulasan
Inisiatif / Strategi / Aktiviti mana didahulu?
36
11c PENJANAAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS
Dalaman Luaran
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
W1 W2 W3 W4 W5 W6 W7 W8
PELUANG (O)
O1 O2 O3 O4 O5 O6 O7 O8
CABARAN / ANCAMAN (C/T)
C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8
38
PELAN TAKTIKAL
INISIATIF / STRATEGI
Bil Program, Aktiviti, Projek
dan Tindakan Tanggung
jawab Tempoh/
Hari Kos/
Sumber Output / Outcome KPI Sasaran
Pelan Kontingensi
Laluan 13
41
PELAN OPERASI Matlamat Strategik : Iniasiatif / Strategi :
Nama Program / Projek :
Objektif Program / Projek : Tanggungjawab : Tempoh / Hari : Tempat : Sasaran : Kos / Anggaran Perbelanjaan : Sumber : Jawatankuasa : Ringkasan Program :
Laluan 14
42
Langkah Proses Kerja Tanggungjawab KPI Sasaran Status/Pelan Kontigensi
1
Mesyuarat Jawatankuasa: - Bentang kertas kerja - Lantikan J/Kuasa - Tetapkan tarikh - Anggaran kos - Agihan tugas
2 Taklimat kepada yang terlibat
3 Mempromosikan program - surat pemberitahuan - surat jemputan
4
Penyediaan bahan
5 Penyediaan tempat dan peralatan
6 Pelaksanaan Program
7 Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem
43
TERIMA KASIH.
Pensyarah Kanan
Jabatan Coaching & Mentoring
Institut Aminuddin Baki
Bandar Enstek
NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); Diploma Pendidikan (UTM),
Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM)
Certificate in Coaching Practice Programme (UMCCeD); Kursus
Leadership Coaching & Mentoring (IAB); Certificate Programme on
Coaching & Mentoring (The University of Waikato); Coaching &
Mentoring – Awareness (Shaker Sdn Bhd))
Pengalaman Mengajar & Mentadbir
1990 Mula mengajar, SMK Kuala Krau
1992 – 1999 PK Kokurikulum SMK Kuala Krau
PK HEM, SMK Kuala Krau
GKMP T & V, SMK Kuala Krau
1999 – 2000 Cuti Belajar
2001 PK Petang, SMK Mentakab
2002 – 2009 Memangku Pengetua & Care Taker, SBPI Temerloh
PK, SBPI Temerloh
2009 PK, SMK Datuk Bahaman
2010 – 2014 Ketua Jabatan, Jabatan Mentoring & Coaching, IAB
2009 – Sekarang Pensyarah Kanan, IAB
Bidang Latihan di
IAB
Coaching &
Mentoring
Perancangan
Strategik
019 – 947 4045
abdulrazakal@iab.
edu.my