Upload
sabariah-bahrum
View
2.445
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 1 AKTIVITI PRABACAAN
Definisi dan Konsep Prabacaan.
Kesediaan membaca adalah satu peringkat dalam perkembangan apabila
seseorang kanak-kanak itu sudah boleh belajar membaca sama ada melalui
kematangan atau hasil daripada pembelajaran atau kedua-duanya sekali. (John
Downing & D.V Thackeray)
Kesediaan membaca dirujuk kepada keadaan perkembangan yang
diperlukan sebelum sesuatu kemahiran baru dapat dipelajari. (Kirk Kliebhan &
Lener)
Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima
pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal yang melibatkaan sebarang
aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat
mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat yang lebih tinggi.
Kesediaan Fizikal – merujuk kepada kemampuan kanak-kanak dalam:
I. Keupayaan alat-alat sebutan menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan.
II. Keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk.
III. Keupayaan pendengaran mengecam bunyi – alat muzik, haiwan, kenderaan, suara
Kesediaan Emosi – kemampuannya dapat dilihat dari segi:
I. Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan – seperti bermain dengan bahan bacaan,
membelek-beleknya, melihat buku dan berminat melihat orang di sekitarnya
membaca.
II. Minatnya untuk mendengar bacaan yang berupa cerita
1
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kesediaan Mental – merujuk kepada kemampuan dalam:
I. Keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu.
II. Kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang diketahui.
Kesediaan Umur – Perkembangan otak kanak-kanak berbeza antara satu
dengan yang lain. Terdapat kanak-kanak bersedia untuk membaca seawal usia
dua, tiga atau empat tahun atau lebih lewat daripada itu.
Kesediaan Persekitaran - Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai bahan
bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekelilingnya membaca dan ada
pula orang lain yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat
bersedia untuk membaca berbanding rakan-rakan sebayanya yang tidak
mendapat peluang yang sama.
Rumusan: Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca) berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah) berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi)
Aktiviti Kesediaan Membaca
1. Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
2
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
2. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menjelaskan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menurutnya, tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid-murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendoron mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
3. Aktiviti prabacaan mungkin berbentuk permainan yang membolehkan murid membiasakan diri dengan bentuk, warna, saiz, corak pada bahan maujud dan juga mendengar bunyi atau suara yang sama atau berbeza yang bertujuan untuk melatih ketajaman penglihatan dan pendengaran.
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu;
I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza.
II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza.
III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.
IV. Kemahiran mengenal semua huruf.
V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna.
VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.
VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna.
VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.
3
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Melaksanakan Aktiviti Prabacaan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan.
Guru menyuruh murid menunjuk dengan jari ...
Tunjuk yang sama
Tunjuk yang tidak sama
Tunjuk yang mana besar
Tunjuk yang mana kecil
4
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tunjuk arah yang sama
Guru menyuruh murid menyebut benda-benda di dalam petak A dan B.
Petak A Petak B
Guru menyuruh murid menyebut benda-benda yang sama dalam dalam petak A dan petak B.
Petak A Petak B
Murid menunjukkan bentuk yang sama.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran.
5
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Murid mendengar bunyi rakaman kenderaan di bawah.
Murid mengecam dan menyatakan nama kenderaan. Murid kemudiannya meniru bunyi dan membunyikannya.
Murid mendengar bunyi rakaman haiwan di bawah.
Murid mengecam dan menyatakan nama haiwan. Murid kemudiannya meniru bunyi dan membunyikannya.
Murid mendengar bunyi rakaman objek di bawah.
Murid mengecam dan menyatakan nama objek.
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata.
6
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Murid mengikut dengan jari perjalanan anak ayam.
.
Murid mengikut dengan jari cara bola melantun
Guru menyuruh murid mengikut dengan jari perjalanan ke tempat itu.
7
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 2 ASAS MEMBACA: KAEDAH FONIK
Pendekatan dan Kaedah-kaedah Pengajaran Bacaan di Peringkat Awal.
Terdapat beberapa pendekatan dan kaedah yang telah dicipta bagi menolong
murid mengenal pasti dan mengenal simbol bertulis (perkataan).
Pendekatan mengajar bacaan
Terdapat 3 pendekatan iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan
pendekatan elektik.
Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali juga sebagai pendekatan sintesis.
Pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang
terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar.
Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti
dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
Contohnya :
Perkenalkan huruf = “r”, “u”, “m”, “a” dan “h”
Perkenalkan suku kata = “ru” dan “mah”
Perkenalkan perkataan = “rumah”,….
Perkenalkan ayat = “ini rumah”
Kaedah yang sesuai menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad,
kaedah fonik dan kaedah suku kata.
8
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pendekatan Cerakinan
Pendekatan ini dikenali juga dengan pendekatan cerakinan atau analisis.
Kaedah pengajarannya mendahulukan unsur yang lebih besar dan kemudian
unsur itu dicerakinkankan kepada unsur-unsur yang kecil. Pendekatan ini
mengesyorkan pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan ayat
kepada murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan
huruf.
Contoh:
Perkenalkan ayat = “Rumah saya besar”
Perkenalkan perkataan = “rumah”, “saya” dan “besar”
Perkenalkan suku kata = “ru” dan “mah”,….
Perkenalkan huruf = “r”, “u”, “m”, “a” dan “h”
Pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar bacaan kaedah pandang
dan sebut, kaedah ayat dan kaedah cerita.
Pendekatan Elektik
Pendekatan elektik juga dikenali sebagai pendekatan campuran iaitu
pendekatan yang menggabungkan pendekatan binaan dan pendekatan
cerakinan. Pendekatan ini mesti disesuaikan dengan keadaan murid-murid,
situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. Pendekatan ini juga mesti
dijalankan secara sistematik dan dirancang dengan baik supaya pengajaran.
Kaedah Fonik
Dalam keadah ini, murid-murid diperkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf dan
bukannya nama huruf. Murid-murid dilatih membunyikan bunyi-bunyi huruf secara
terasing dari a – z.. Kemudian huruf-huruf itu bunyi huruf-huruf ini digabungkan untuk
membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Lambang-lambang huruf itu
diperkenalkan dengan bunyinya. Bagi menarik minat murid-murid, penggunaan kaedah
ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan.
9
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Huruf “a” dibunyi “aaa” , “b” dibunyikan “beh”, “t” dibunyikan “teh”, “m”
dibunyikan “meh” dan begitu juga dengan huruf-huruf yang lain. Lambang huruf “a”, “b”,
dan “t” tidak dipekenalkan nama hurufnya iaitu “bi”, “ti” dan “em”.
Perkataan “batu” dieja dengan bunyi huruf :
b ( beh ), a ( aaa ) = ba
t ( teh ), u ( uuu ) = tu
= batu.
Bunyi-bunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan,
misalnya “satu” (gabungan bunyi “sa” dan “tu”), “baju”, “roti” dan sebagainya.
Pada peringkat awal, murid-murid diajar dengan bunyi-bunyi yang tidak bermakna tetapi ia
boleh menanam asas yang kukuh untuk mengenali bunyi-bunyi yang dilambang oleh huruf-
huruf.
Kebaikan dan Keburukan kaedah Fonik
Kebaikan Keburukan
- sesuai dengan susuk bahasa
Melayu yang bersifat fonemik
- membolehkan kanak-kanak
membaca perkataan baru
- memudah murid-murid menguasai
kemahiran bacaan
- bacaan murid tidak licin
- tidak menarik hati kerana suku
kata yang diajar tidak mempunyai
makna
- sukar untuk membunyi kan fonem
diftong dan digraf
10
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 3 ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD
Merupakan kaedah yang paling tua digunakan oleh manusia bagi
mengajarkan bacaan kepada kanak-kanak . Dikenali juga dengan nama kaedah
huruf dan kaedah mengeja. Mengikut kaedah ini, murid-murid diperkenalkan
dengan huruf-huruf yang ada dalam sistem ejaan bahasa Malaysia iaitu huruf a –
z. Murid-murid dikehendaki menghafal nama kedua-dua bentuk huruf iaitu huruf
kecil dan huruf besar. Setelah murid mengenali nama-nama huruf, baharulah
diperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o dan u. Seterusnya huruf-huruf itu
dicantum dengan huruf konsonan untuk membentuk suku kata dan seterusnya
membentuk perkataan.
ba bi bu bo be be
ca ci cu co ce ce
da di du do de de
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan-perkataan seperti baca, babu,
cucu, dada, budi dan sebagainya. Perkataan dibaca mengikut nama hurufnya
dan kemudian baharu disebut perkataannya. Ada dua cara mengeja perkataan-
perkataan itu, iaitu :
- secara huruf satu demi satu
“bi”, “e”, “t”, “u” ( b, a, t, u) = batu
- secara suku kata - ba, tu = batu
“bi”, “e” = ba “t”, “u” = tu = batu
Kebaikan dan Keburukan Kaedah Abjad
11
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kebaikan Keburukan
- kemahiran membaca diasaskan
pada pengenalan huruf dan suku
kata
- setiap huruf atau lambang mewakili
satu bunyi
- tercapai kecekapan dan kemahiran
membaca serta memberi keyakinan
kepada murid
- murid-murid terdorong untuk
membaca dengan mengeja satu
demi satu perkataan menyebabkan
bacaan kurang lancar.
- Memberi tumpuan kepada
penyebutan huruf dan suku kata
bukan kepada maksud yang dibaca.
TAJUK 4 ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
12
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah seluruh kata. Pengajaran bacaan
dimulakan dengan murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan
dan disertakan dengan gambar. Setiap gambar dilabelkan dengan perkataan .
Murid-murid disuruh menyebut perkataan itu dengan mengenali gambarnya
sekali. Setelah mereka mengenalinya dan boleh menyebutnya, baharulah diajar
nama-nama abjad atau huruf yang membentuk perkataan tersebut.
Mengikut kaedah ini, pada permulaan pengajaran murid-murid perlu
mengenali keseluruhan lambang-lambang yang membentuk perkataan. Mereka
perlu mengenali berpuluh-puluh lambang untuk membaca sebuah ayat pendek.
Setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata dan ayat, baharulah
mereka dapat mengenali satu demi satu huruf-huruf yang membentuk perkataan
itu.
Contoh :
bo + la
b + o + l + a
Kaedah ini sebenarnya lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem
ejaan yang bersifat logografik iaitu sesuatu konsep dilambangkan dengan
lambang yang khusus.
13
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kebaikan dan Keburukan Kaedah Pandang dan Sebut
Kebaikan Keburukan
- Perkataan yang diperkenal
bermakna.
- Mereka memahami apa yang
dibaca dan ini dapat mengelak
mereka daripa bosan
- murid-murid terdorong untuk
membaca dengan mengeja satu
demi satu perkataan menyebabkan
bacaan kurang lancKemahiran
mengenal lambing yang membentuk
perkataan agak lambat.
- Murid-murid membaca bukan
berdasarlan perkataan tetapi
berdasarkan gambar..
TAJUK 5 BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
14
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Konsep Menulis
Menurut Kamarudin Hj Husin menulis merupakan proses penghasilan symbol-
simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-
perkataan dan seterusnya menjadi ayat.
Yahya Othman, menulis adalah penyaluran ilmu, idea ataupun maklumat secara
bersistem. Ia mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam atau
kehidupan secara lebih menyeluruh.
Peringkat Pratulisan
Peringkat Pratulisan ialah tempoh murid-murid disedakan dengan aktiviti-aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam
tempoh masa itu latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan
mata harus diberi kepada murid-murid. Latihan-latihan pratulisan menitik
beratkan perkara-perkara berikut :-
a. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
b. Menguasai pergerakan tangan bebas supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna
c. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata
d. Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-Aktiviti Pratulisan
15
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan
b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
c. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di
rumput tanpa menggunakan alat tulis
d. Latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari.
e. Latihan membentuk garis lurus
f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus
g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan
lurus dan bulatan
h. Latihan menyambung titik-titik bagi membentuk huruf-huruf
Contoh Aktiviti
a. Latihan mengikut garis-garis dari kiri ke kanan dan sebaliknya
- - - - - - - - -
- - - - - - - - -
b. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus
16
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
c. Latihan membentuk garis lurus
d. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa
menggunakan alat tulis. (bulatan besar – bulatan kecil)
TAJUK 6 BENGKEL AKTIVITI MENULIS MEKANIS
17
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Aktiviti menulis secara mekanis hendaklah dikuasai pada peringkat awal
supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca. Pada peringkat awal murid-murid dicadangkan membentuk huruf di
kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati
memusakan, barulah dilatih untuk membentuk huruf pada halaman yang bergaris
dan pada masa ini kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada
satu garisan yang lebar ingga ke lembaran satu garis.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di peringkat ini ialah :-
a. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang
terkawal
b. Latihan menulis hrf di atas kertas bergaris dua
c. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu
d. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang
seragam dan mudah dibaca
e. Latihan memadan nama huruf dengan bunyi huruf
f. Latihan menulis huruf mengikut urutan
g. Latihan mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal
h. Latihan menulis suku kata, perkataan dan ayat tunggal
Contoh Aktivti :
a. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal
18
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
b. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu
c. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang
seragam dan mudah dibaca
TAJUK 7AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK
19
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 10: 2003 Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.
2. KAMUS DEWAN EDISI 4:111: 1967 “Pulih’’ bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. [ keadaan semula] Merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.
3. BLAIR: 1956 Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
4. O. C SIMPSON 1975 Merupakan tindakan khas – tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
5. SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF1983 ….satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
6. ISHAK HARUN & KOH BOH BOON 1983 ….sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat (lembap) dalam mencapai pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Bertujuan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran
7. 1982, KPM … Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menggunakan
istilah program pemulihan. Takrif Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap
program pemulihan pada masa itu ialah "suatu rancangan pembelajaran yang
disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau
kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Dalam usaha
20
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
untuk membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan aktiviti alternatif yang
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan."
8. 1984, KPM … Takrif ini diubah suai kemudiannya. Kementerian Pelajaran
Malaysia (1984) menegaskan "Dalam konteks KBSR, program pemulihan
merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Dalam konteks KBSR, murid yang lemah ini terdapat di semua peringkat
persekolahan dan di mana-mana sahaja. Masalah pembelajaran yang mereka
hadapi ini berbeza-beza. Oleh itu langkah-langkah pemulihan perlu juga
berbeza-beza bergantung pada masalah yang timbul. Guru digalakkan untuk
mengekalkan murid-murid yang memerlukan pemulihan ini belajar
bersama-sama rakan sekelasnya."
9. 1986, Syarifah … Syarifah Alwiah (1986) mentakrifkan pendidikan pemulihan
sebagai "... tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa; di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan; dalam
kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa; dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan ...." Takrif ini berasal daripada takrif
yang dibuat oleh National Association for Remedial Education, Great Britain.
Asas takrif ini ialah frasa yang berhuruf condong.
10. 1999, KPM … Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi
masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Kesemua definisi tersebut mengutamakan sasarannya, iaitu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran. Sinonim bagi frasa murid yang menghadapi
masalah pembelajaran ini ialah: murid kurang bernasib baik, murid pencapaian
21
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
rendah, murid lambat atau murid lembam. Murid lembam ialah murid yang gagal
menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya tetapi kegagalan
mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.
Kesemua definisi itu juga menyatakan pendekatan pendidikan pemulihan
yang disebut sebagai langkah atau tindakan khusus. Perkara ini merupakan
sebahagian daripada ciri khas pendidikan pemulihan berbanding dengan
pendidikan biasa.
Idealnya, proses pendidikan pemulihan dilaksanakan oleh guru khas
pemulihan (GKP). KBSR nampaknya tidak menegaskan perkara ini. Dari segi
tempat melaksanakan pengajaran pemulihan, kenyataan yang terkandung dalam
takrif pertama adalah lengkap. Bagaimanapun, KBSR menggalakkan murid-
murid yang memerlukan pemulihan itu belajar bersama-sama rakan sekelasnya.
Perbezaan Antara Pendidikan Khas dengan Pengajaran Pemulihan.
Pendidikan pemulihan berbeza dengan pendidikan khas. Misalnya, dari segi
sasaran pendidikan pemulihan ditujukan kepada kanak-kanak biasa, sedangkan
pendidikan khas ditujukan kepada kanak-kanak cacat seperti terencat akal, cacat
anggota, buta dan sebagainya. Pengajaran pemulihan pula cuma sebahagian
daripada proses pendidikan pemulihan. Kedua-dua istilah ini kerap digunakan
secara bertukar ganti hingga mengaburkan maksudnya. Perlu juga ditegaskan
bahawa program pemulihan merupakan sebahagian sahaja daripada proses
ketika melaksanakan pendidikan pemulihan. Selain itu, pada masa dahulu
pendidikan pemulihan adalah sebahagian daripada program pendidikan
imbuhan.
RUMUSAN: Pendidikan pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
22
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
di dalam kelas. Program pemulihan ini disarankan supaya jurang perbezaan
pencapaian antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama
dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Definisi dan Konsep Penyerapan Pemulihan
1. Penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan
satu proses penyebatian dan penyatupaduan pengetahuan daripada mata
pelajaran lain sebagai isi pelajaran
2. Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam pengajaran merupakan
tindakan yang dilakukan untuk memantapkan lagi kemahiran membaca dan
menulis. Murid-murid yang lemah dan gagal menguasai kemahiran tersebut
dengan baik dan berkesan amat memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Pengajaran pemulihan membaca dan menulis boleh merintis dalam pelbagai
mata pelajaran.Guru boleh mengaplikasikan pengajaran tersebut dalam mata
pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.
Pelaksanaan Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik.
Cadangan Aktiviti:
Latihan mengeja satu dan dua suku kata dalam lirik lagu.
- Mengeja dan menyebut secara berlagu dan menyanyi.
Membuat aksi mengikut bentuk huruf.
- Meniru dan membuat aksi bentuk huruf.
Menjalankan aktiviti kesediaan murid
- Mengenal dan mengecam bunyi alat-alat muzik.
Menyanyikan lagu-lagu yang diperkenalkan.
23
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
- Lagu-lagu yang mengandungi satu dan dua suku kata. Contoh ayat
mudah yang dilagukan.
Menjalankan aktiviti pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat
dalam lirik lagu.
- Melengkapkan perkataan dengan suku kata atau huruf yang tepat.
TAJUK 8
AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
24
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pemulihan bacaan dan tulisan boleh diserap ke dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Guru-guru bahasa Melayu mengaplikasikan
kepelbagaian teknik seni visual untuk meningkatkan penguasaan membaca dan
menulis.
Antara teknik yang boleh diguna pakai ialah melukis gambar, menghasilkan kraf,
kolaj dan ukiran.
Cadangan Aktiviti:
Melukis dan mewarnakan gambar huruf dan perkataan.
Mengeja dan menyebut huruf dan perkataan
Menghasilkan kraf.
Membentuk huruf menggunakan plastisin atau tanah liat.
Membentuk huruf, mengguntingkannya dan manampalnya di
dalam buku.
Menghasilkan kolaj.
Membentuk huruf dan menampalnya dengan cebisan kertas
pelbagai warna.
Membuat dan menghasilkan ukiran.
TAJUK 9
AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN
MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
25
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
JASMANI DAN KESIHATAN
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melibatkan pergerakan lokomotor.
Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu boleh melaksanakan pengajaran pemulihan
membaca dan menulis dengan baik.
Aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan boleh dilaksanakan di dalam
bilik darjah atau di luar bilik darjah sekiranya aktiviti tersebut memerlukan ruang
yang lebih luas dan selesa.
Guru-guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
seperti kad huruf, kad perkataan, permainan bahasa dan melengkapkan
perkataan (puzzle).
Cadangan Aktiviti:
Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor.
Membuat aksi membentuk huruf.
Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara bukan lokomotor.
Menyusun huruf secara teratur
Permainan mengeja.
Memilih atau memadan huruf dan membina perkataan satu serta dua
suku kata.
Permainan membentuk ayat.
Melengkapkan puzzle.
TAJUK 10 MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN/AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUKAN
26
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
ELEKTRONIK
Penyediaan Bahan
Bahan-bahan dan alat-alat amat penting untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia harus sesuai dengan perbezaan-perbezaan
yang ada pada individu dan mengambil kira faktor-faktor kebolehan, perbezaan
jantina, umur, latar belakang. Tidak lupa juga pemilihan atau penyediaan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran itu haruslah bertepatan dengan objektif .
Untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-bahan yang
sesuai, guru hendaklah mengelakkan diri daripada terlalu bergantung kepada
bahan-bahan teks yang dikhaskan sahaja. Sebaliknya guru harus lebih peka dan
boleh menggunakan kebijaksanaan dan daya kreativitinya semasa memilih
bahan tersebut. Sebaik-baiknya bahan itu biarlah mampu menyelesaikan
masalah. Dalam konteks ini pemilihan bahan bukan elektronik diberi tumpuan.
Untuk memilih bahan mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah
mematuhi kriteria-kriteria berikut :-
27
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
1. Bahan haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan
topik yang hendak diajar.
2. Bahan harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli
dan tersendiri
3. Bahan yang dipilih boleh membantu guru dalam aktiviti
pengajaran dan boleh diguna oleh murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
4. Rekabentuk bahan hendaklah menarik dan berkesan. Untuk
menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan ini harus
disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.
5. Bahan haruslah disediakan dengan perbelanjaan yang rendah
dan dalam masa yang berpatutan.
6. Bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah mengandungi
nilai-nilai murni yang tinggi.
Permainan Bahasa
Permainan bahasa secara semulajadi adalah pilihan yang paling praktikal.
Ia telah menjadi sebahagian daripada sumber pendidikan yang penting. Selain
menggalakkan penglibatan pelajar, memupuk semangat dan empati, ia juga
meningkatkan minat dan sikap positif pelajar terhadap pembelajaran
Antara matlamat permainan bahasa adalah untuk mewujudkan satu
situasi pembelajaran yang releks, berbeza dengan suasana pembelajaran
formal. Selain itu, ia juga bermatlaman untuk menambah ataupun
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih
menarik dan berkesan.
28
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Risalah Panduan Guru Bahasa
Malaysia-KBSM(1992) telah menyenaraikan beberapa objektif permainan
bahasa antaranya,
1. untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dalam
kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis
2. untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran bahasa
tertentu mengikut keupayaan mereka
3. untuk menjalankan aktiviti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
lebih mencabar kebolehan mereka dan memberi peluang pembelajaran
yang sama di dalam dan di luar kelas
Cadangan aktiviti permainan bahasa
Permainan Lisan : Mendengar dan bertutur
1. Permainan mencari suara
2. Permainan meneka siapa dia ?
3. Permainan teka benda
4. Permainan beg ajaib
5. Permainan nyanyian
Permainan Bacaan dan Tulisan
29
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
1. Permainan bingo perkataan
2. Permainan perkataan berlawan
3. Permainan kad suku kata
4. Permainan kejar bintang
5. Permainan mencantum titik
Pemintal Lidah
Satu lagi bentuk latih tubi bagi pengajaran lisan ialah apa yang dinamakan
sebagai pemintal lidah. Bagi latih tubi ini guru haruslah menyediakan ayat-ayat
yang mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid-murid dan
meminta murid-murid menyebutnya berulang-ulang sehingga mereka benar-
benar menguasainya. Ayat-ayat yang dibentuk mestilah ayat-ayat yang
bermakna agar meninggalkan kesan kepada murid.
Contoh-contoh ayat untuk latih tubi pemintal lidah :
Pandang pandang depan padang
Misbun tenung tukang tenun
Letak tulang atas dulang
Lusa beli rusa
Pawang letak bawang atas parang
Dari darah dari nanah yang punah di tanah
30
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pasangan Minimal
Pasangan minimal adalah pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan bunyi yang paling minimum atau paling kecil tetapi perkataan-
perkataan itu mempunyai makna yang berlainan.
Murid-murid yang kurang daya diskriminasi pendengarannya mungkin
tidak dapat mengesan perbezaan bunyi itu dan seterusnya tidak dapat
menyebutnya dengan sebutan yang betul. Jadi, latih tubi pasangan minimal ini
adalah untuk memahirkan murid-murid menyebut dengan tepat bunyi-bunyi yang
hampir-hampir sama itu.
Contoh :
ladang lalang dayang lalang
dari lari daki laki
garam karam bagi baki
gali kali tegak tekak
burung murung balas malas
balam malam raba rama
31
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 11 BENGKEL PENGAJARAN MENGGUNAKAN BONEKA
Pendahuluan
Boneka ialah alat atau objek atau bahan yang digerakkan serentak
dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan
yang diceritakan. Guru boleh menggunakan pelbagai boneka yang
melambangkan watak-watak yang tertentu. Aktiviti ini menggunakan gerak geri,
pepatung dan gambar. Bunyi-bunyian juga boleh digunakan.
Nillie Mc’caslin (1984) menyatakan bahawa boneka dapat digunakan
sebagai Alat Bantu Mengajar dan sebagai alat diagnostik. Menggunakan boneka
dapat menarik perhatian pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menarik di dalam kelas.
Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka
(1987), boneka ialah :-
i – Barang permainan yang dibuat menyerupai orang.
ii – Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.
Biasanya semasa boneka dimainkan, pemainnya menggunakan dialog
dan bunyi yang sesuai dengan boneka tersebut. Sebagai seorang guru,
penggunaan boneka ini boleh digunakan pada peringkat pengenalan pelajaran,
perkembangan pelajaran dan pengukuhan pelajaran. Guru boleh memainkan
boneka tersebut ataupun meminta bantuan murid yang berbakat untuk
memainkan boneka tersebut.
Sejarah Ringkas
32
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kewujudan patung atau objek maujud yang menyerupai manusia atau
haiwan sememangnya telah dikenalpasti sejak ketamadunan manusia yang
lampau lagi. Bukti sejarah menunjukkan masyarakat di Tamadun Mesir adalah
masyarakat yang awal menggunakan patung dan memberikan pelbagai fungsi di
dalam kehidupan mereka. Ini adalah berdasarkan catatan lukisan sejarah di
dinding Piramid yang dijumpai di Mesir yang mencatatkan bahawa kegunaan
patung di dalam masyarakat Mesir lampau merangkumi aspek keagamaan dan
perdagangan. Keranda pemerintah-pemerintah Mesir juga dibuat menyerupai
patung pemerintah itu sendiri. Sejarah juga mencatatkan penggunaan patung
sebagai tuhan yang disembah oleh masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung
Tanah Arab sebelum kedatangan dakwah Islam oleh Rasulullah S.A.W. Di dalam
ketamadunan China dan India juga turut mencatatkan objek patung sebagai
objek yang memberi pelbagai makna dalam kehidupan termasuklah disembah
sebagai tuhan.
Walaupun begitu, penggunaan patung atau boneka dalam pendidikan
dikatakan bermula semenjak sebelum Perang Dunia Pertama oleh guru-guru di
Eropah terutamanya guru-guru di Britain. Penggunaan boneka ini pada awalnya
bermula dengan penerapan kisah dongeng kanak-kanak yang popular iaitu
Pinocchio kepada murid-murid di sekolah. Guru-guru di Britain pada ketika itu
juga kadangkala mengupah pemain boneka jalanan untuk memainkan boneka di
dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
Pinocchio ini adalah untuk menerapkan nilai murni bercakap benar dan bersikap
jujur dalam kehidupan seharian. Guru-guru yang menggunakan boneka ini
sependapat mengatakan bahawa penggunaan boneka dapat meningkatkan
suasana ceria dan menarik di dalam kelas.
Selain daripada penggunaan boneka di dalam kelas, terdapat juda
rancangan hiburan kanak-kanak yang menggunakan boneka sebagai medium
untuk pendidikan. Rancangan Sesame Street yang cukup popular di Eropah dan
juga pernah ditayangkan di media Malaysia merupakan rancangan interaktif
pendidikan yang turut menggunakan elemen boneka di dalam pendidikan
33
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
kepada kanak-kanak. Rancangan ini turut diiktiraf oleh Guinnes Book Of World
Record sebagai rancangan televisyen pendidikan yang paling lama ditayangkan
di hampir 50 buah negara dan paling popular suatu ketika dahulu. Di Malaysia,
pengajaran menggunakan boneka juga telah lama diterapkan. Sekitar tahun
1990an, kewujudan rancangan Televisyen Pendidikan atau lebih dikenali
sebagai TV Pendidikan turut menyelitkan slot penggunaan boneka di dalam
pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan ini boleh ditonton oleh pelajar di
sekolah dan penggunaan boneka ini sememangnya memberikan kesan yang
positif terhadap pelajar.
Tujuan Penggunaan Boneka
Sesuai dengan keistimewaan yang terdapat pada boneka, maka tujuan
penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
adalah untuk membolehkan murid :
1. Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.
2. Mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang
menggembirakan.
3. Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap
sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.
4. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni.
5. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
6. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
7. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
8. Teransang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal.
34
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Kelebihan penggunaan boneka di dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar
dan menyerupai benda yang sebenar. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan
boneka adalah dibuat berdasarkan kepada bentuk manusia dan juga haiwan.
2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat
belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Ini juga
mendedahkan murid kepada asas kehidupan manusia, haiwan dan perkara
yang sukar dibayangkan oleh murid seperti bentuk-bentuk haiwan dan bunyi
haiwan tersebut.
3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda
itu dengan lebih baik. Murid pastinya akan tertarik dengan pergerakan
boneka yang pelbagai dan dapat mengenal pasti variasi pergerakan seperti
berjalan dan melompat.
4. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda
itu. Contohnya warna-warna haiwan dan anggota badan.
5. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan. Dalam kisah Pinocchio, murid-murid diajak untuk menkaji kenapakah
hidung Pinocchio menjadi panjang dan murid seterusya akan memahami
bahawa keadaan tersebut berlaku kerana Pinocchio tidak bercakap benar.
6. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama
lain. Murid pastinya akan bercerita sesama rakan atau kepada keluarga
mengenai kisah boneka yang dilihat dan didengar mereka.
35
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Jenis-Jenis Boneka Untuk Pendidikan
Boneka Sarung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka.
Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan
itu dan digerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Boneka daripada Alat Sebenar
Alat sebenar yang dapat dijadikan boneka adalah seperti teko, cawan,
sudu, garpu, senduk dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan sebagai
boneka bolehlah dihiasi dengan warna dan lakaran mengikut watak yang sesuai.
36
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu
yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi
utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota
badan boneka tersebut.
Wayang Kulit
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan
bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu
pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di
bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk
menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan
OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
37
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Boneka Bertali
Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti, Plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada
bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu
ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Boneka Jari
Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari. Biasanya boneka seperti
ini kecil dan bahagian yang dapat digerakkan ialah tangan dan kepala boneka
sahaja.
38
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,
rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini
menggunakan konsep wayang kulit, tetapi berbentuk tiga demensi.
Jenis Pentas
Untuk membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas
telah digunakan. Jenis-jenis pentas adalah seperti yang berikut.
Pentas Tirai
Pentas ini dapat dibuat dengan menggunakan tiang atau tali.
39
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pentas Meja
Untuk membuat pentas ini, meja boleh disusun mengikut saiz pentas yang
dikehendaki. Kain, tirai atau kertas berwarna gelap boleh ditutup pada bahagian
hadapan meja.
Pentas Papan Tulis
Papan tulis diletakkan di bahagian depan dan bahagian belakangnya
disokong dengan sebuah mereka.
Pentas Berlipat
Pentas ini boleh dibuat daripada kotak tebal yang disambung dan dilipat,
atau disusun daripada papan flannel.
40
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Pemilihan Dan Persediaan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Sebelum,
Semasa Dan Selepas Pengajaran Menggunakan Teknik Boneka
Kriteria yang perlu difikirkan oleh seorang guru
Adakah pengajaran menggunakan boneka ini dapat membantu rancangan
pengajaran oleh seorang guru? Apakah pengajaran lisan yang dilakukan
dapat menarik minat murid.
Bagaimana Alat Bantu Mengajar ini dapat disesuaikan dengan pengajaran
seorang guru?
Berkesankah pengajaran menggunakan boneka ini?
Adakah penggunaan boneka betul-betul dapat melengkapkan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Persediaan seorang guru dalam mejayakan teknik boneka
Membiasakan dan mengingatkan langkah-langkah dalam pengajaran.
Persediaan dan pengumpulan bahan dan alat bantu yang diperlukan.
Guru juga boleh melakukan kolaborasi dengan guru pendidikan seni
untuk penyediaan boneka.
Pengetahuan umum untuk menyediakan diri dengan tugasan yang ingin
dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persembahan
diadakan.
Berlatih menggunakan boneka menggunakan kedua-dua belah tangan.
Latihan penggunaan boneka mengikut jenis dan wataknya.
Dapatkan cara menggerakkan boneka untuk mengelakkan persembahan
daripada menjadi kaku.
Kedudukan pelajar semasa persembahan hendaklah berdekatan guru.
45
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Peranan dan menjayakan murid dengan teknik boneka
Murid hendaklah dipastikan bersedia dari segi jasmani, emosi dan
pengetahuan asas mengenai boneka.
Kedudukan murid semasa persembahan boneka hendaklah merapati guru
dan guru hendaklah berada dalam posisi yang lebih tinggi dan mudah
dilihat serta didengari dengan jelas oleh murid.
Selain daripada itu, guru juga boleh mengambil inisiatif berikut untuk
menjayakan teknik boneka :-
Membawa murid untuk menyaksikan persembahan boneka.
Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang mempamerkan boneka.
Membuat pameran boneka di dalam kelas menggunakan boneka
yangd ibuat oleh guru atau dipinjam dari individu tertentu.
Menggalakkan murid-murid membawa boneka daripada rumah.
Mencadangkan murid-murid untuk menonton rancangan televisyen
yang berunsurkan boneka di rumah seperti Sesame Street dan
rancangan kanak-kanak yang menggunakan boneka.
Mengundang pakar-pakar mengenai boneka untuk memberikan
ceramah atau penerangan mengenai boneka.
Sekiranya terdapat kumpulan boneka tempatan, undang mereka untuk
melakukan persembahan di sekolah.
Teknik Penghasilan Boneka
46
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Bahan : Kain kapas pelbagai warna dan kertas.
Alatan : Gam, gunting, pen/pensil
Langkah-langkah membuat boneka :-
1) Bahan-bahan seperti yang diperlukan akan disediakan terlebih dahulu
2) Lakaran awal bentuk dan rekabentuk boneka dibuat di atas kertas.
3) Kertas lakaran bentuk-bentuk itu kemudiannya dipotong seperti yang telah
ditetapkan.
47
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
4) Kertas yang dipotong itu kemudiannya diletakkan di atas lapisan kain kapas
berwarna. Kain kapas berwarna itu kemudiannya dipotong mengikut bentuk
kertas. Gam kemudiannya digunakan untuk melekatkan anggota badan boneka.
5) Beginilah hasil boneka yang telah disiapkan.
48
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
MEMBUAT RUMAH BONEKA
Bahan : Polistren, warna air
Alatan : Pisau, gunting dan gam polistren.
Langkah-langkah membuat rumah boneka :-
1) Bahan-bahan yang dikehendaki seperti di atas disediakan terlebih dahulu.
2) Polistren kemudiannya dipotong kepada dua bahagian menggunakan pisau.
Bahagian pertama berbentuk segi empat tepat untuk badan rumah boneka.
Bahagian kedua berbentuk segitiga pula ialah untuk bumbung rumah boneka.
49
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
3) Dua lubang ditebuk pada bahagian badan yang pertama menggunakan pisau.
Lubang berbentuk segiempat sama ini adalah bertujuan untuk tingkap rumah di
mana boneka akan dimainkan.
4) Kedua-dua bahagian rumah boneka ini akan diwarnakan menggunakan warna
air. Bahagian badan berwarna merah dan bahagian bumbung berwarna kuning.
Biarkan warna air untuk kering kira-kira sejam.
50
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
5) Bahagian badan dan bumbung rumah boneka dilekatkan menggunakan gam
polistren. Rumah boneka siap untuk dimainkan.
Langkah-langkah penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan kami telah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajarn
Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik boneka. Dapat dilihat di sini, kami
telah menghasilkan dua buah boneka jari. Kami juga telah menyediakan sebuah
rumah khas untuk boneka yang diperbuat daripada polisterine. Aktiviti yang telah
51
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
kami rancang melibatkan pengajaran Bahasa Melayu dari aspek prabacaan dan
pratulisan. Langkah-langkah melaksanakan kedua-dua aktiviti ini adalah seperti
yang berikut :
Aktiviti Prabacaan dengan Menggunakan Boneka.
1. Kami telah menyediakan kad-kad gambar yang pelbagai seperti gambar
bola, gajah, dan beberapa gambar yang lain.
2. Kad-kad ini kami tampalkan secara berselerak pada rumah boneka yang
telah kami sediakan.
3. Semua pelajar diminta berkumpul dan bersila di suatu kawasan lapang
bagi sesi pengajaran ini. Guru pula berdiri di hadapan murid bagi
memainkan boneka.
4. Kemudian guru meminta pelajar mengecam setiap gambar yang ada pada
rumah boneka tadi.
5. Pelajar diminta mencari gambar yang dimaksudkan oleh guru. Aktiviti ini
merupakan salah satu daripada aktiviti prabacaan dimana kanak-kanak
diminta mengecam dan membezakan gambar dari segi warna, bentuk,
saiz dan sebagainya.
6. Aktiviti seperti ini adalah berguna untuk penajaman penglihatan.
7. Aktiviti susulan yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan
lembaran kerja kepada pelajar untuk memadankan gambar, mewarnakan
gambar dan sebagainya (sebagai contoh sila rujuk helaian contoh aktiviti
prabaan).
52
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Aktiviti Pratulisan dengan Menggunakan Boneka
1. dengan menggunakan boneka yang sama guru merancang suatu aktiviti
di mana murid dikehendaki mencantumkan titik-titik atau mencari jalan.
2. Aktiviti ini adalah penting bagi melatih koordinasi tangan dan mata murid
kerana apabila menulis nanti pelajar memerlukan koordinasi mata dan
tangan yang baik bagi menghasilkan tulisan yang kemas, teratur dan
tersusun.
3. Sebagai contoh sila lihat di lembaran sebelah.
KAEDAH MEMBENTUK HURUF ‘O’
Arahan : Sambungkan titik-titik di bawah sehingga menjadi bentuk yang
ditetapkan. Kemudian warnakan bentuk tersebut seperti warna
yang ditunjukkan.
53
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
TAJUK 12 BENGKEL PEMBELAJARAN SECARA
INDIVIDU,BERPASANGAN DAN BERKUMPULAN
Pengajaran Pembelajaran Secara Individu
54
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid lambat adalah berbeza-
beza. Oleh kerana banyak kesulitan timbul pada masa mengendalikan
pengajaran, maka layanan secara individu amat perlu. Hanya dengan cara ini
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran secara individu memerlukan guru yang
berkemahiran. Kemahiran yang ada pada guru harus sesuai dengan pelajar yang
akan dihadapi.
Pengajaran dan pembelajaran secara individu adalah sebarang bentuk
penyelenggaran yang membolehkan setiap murid belajar pada setiap masa
mengenai perkara-perkara yang bernilai bagi dirinya sevagai individu.
Pengajaran dan pembelajaran ini tidak mengira bentuk atau cara
menjalankannya tetapi yang penting ialah pengajaran dan pembelajaran itu
mestilah satu penyelanggaran yang membolehkan murid-murid menelaah atau
membuat sesuatu yang berguna bagi diri mereka sendiri
Pengajaran Pembelajaran Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan pelajar. Aktiviti secara berpasangan boleh memberikan
lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, aktiviti secara
berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti
secara kumpulan. Guru lebih mudah untuk pasangan pelajar dengan bergerak
dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain
Pengajaran Pembelajaran Secara Berkumpulan
Salah satu cara yang sesuai dan berkesan untuk melibatkan murid-murid
secara aktif dalam proses pengejaran dan pembelajaran ialah dengan
membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil. Pengajaran dan
pembelajaran secara kumpulan biasanya mendorong murid-murid berkomunikasi
antara satu sama lain secara berkesan. Setiap murid yang terlibat akan merasa
55
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
diri mereka sebagai individu yang setaraf dari segi kedudukan dan ini
memudahkan mereka belajar bersama-sama.
Peranan guru dikurangkan atau tidak diperlukan sama sekali. Dalam hal
ini murid-murid biasanya merasa lebih yakin dan tidak merasa cemas semasa
berkomunikasi. Dalam konteks pemulihan bahasa Melayu terutama dalam
memupuk dan memperkukuhkan kemahiran lisan, kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara kumpulan boleh membantu merangsangkan komunikasi
lisan dengan baik.
Murid-murid berpeluang belajar bersama dan menyelesaikan masalah
bersama-sama. Di samping itu, murid-murid dapat mewujudkan suasana sosial
yang mesra di bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil
berdasarkan kebolehan dan minat mereka. Ini memberi peluang kepada mereka
untuk belajar mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
TAJUK 13 BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PEMULIHAN DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT
Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting
dibincangkan dalam pendidikan literasi masa kini. Teknologi boleh digunakan
dalam membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu proses pengajaran
56
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu. Umum percaya bahawa teknologi
dapat membantu guru menjalankan tugasnya dengan lebih sempurna dan
berkesan.
Penggunaan teknologi banyak membantu dalam proses pembelajaran
kerana kesan daripada pemerolehan maklumat menerusi deria penglihatan
merupakan yang terbesar peratusannya berbanding menerusi cara yang lain.
Kesan Memperoleh Maklumat daripada Pelbagai Deria
Faedah Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Literasi Bahasa
1. Meningkatkan kualiti pembelajaran literasi atau darjah penguasaan
kemahiran literasi yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran
berdasarkan perkembangan semasa dan teknologi terkini.
57
Rasa (1%)
Sentuhan (2%)
Bau (3%)
Pendengaran (11%)
Penglihatan (83%)
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
2. Menggunakan masa dengan berkualiti dalam suasana persekolahan yang
terhad tempohnya bagi mencapai matlamat dalam sesuatu sesi pengajaran
literasi.
3. Meningkatkan kualiti pengajaran guru dan keberkesanannya dalam situasi
pembelajaran yang rencam sifatnya atau jumlah pelajar yang terlalu ramai
dalam sesuatu kelas literasi.
4. Mempelbagaikan teknik pengajaran tanpa mengorbankan kualiti
kandungan dan kemahiran yang hendak dicapai.
5. Membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar literasi, terutama
dalam keadaan persekitaran yang tidak menggalakkan dan membosankan.
Penggunaan Teknologi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam kelas literasi bahasa, teknologi dapat digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara. Penggunaan teknologi
hanyalah alat perantaraan dalam proses hubungan guru dan pelajar secara tidak
langsung untuk mencapai objektif pembelajaran. Penggunaan teknologi sebagai
membantu guru dalam proses pengajaran dan bukannya menggantikan guru
mengajar.
Komputer ialah teknologi elektronik yang mempunyai banyak
keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian ataupun dalam bidang
pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer dapat
digunakan dalam pelbagai tujuan dan teknik. Guru yang berbakat dapat
menggunakan komputer secara kreatif dan kritis bagi membantunya membantu
objektif pembelajaran. Komputer dapat memperkaya teknik pengajaran dan
memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah.
Komputer dapat digunakan bagi membantu pelajar dalam
mempercepatkan penguasaan asas dalam kemahiran membaca dan menulis.
Antara perisian komputer yang boleh digunakan untuk memantapkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah power point.
58
WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Contoh aktiviti membina bahan pengajaran dan pembelajaran membaca
dan menulis menggunakan power point.
59