23
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN) AZILAH BINTI ARSAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN

MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN

INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)

AZILAH BINTI ARSAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)
Page 3: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)
Page 4: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN

MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN

INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)

AZILAH BINTI ARSAD

Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)
Page 6: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

iii

Buat yang teristimewa,

Ayah yang dikasihi : Arsad bin Kamil Emak yang disayangi : Kamisah binti Othman

Abang, along, akak, adik yang diingati : Zulkifli, Afizah, Aziana, Arif,

dan

Rakan-rakan yang banyak membantu

Terima kasih atas segalanya

Page 7: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Jutaan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Dr Noraffandy

Yahaya, selaku penyelia projek sarjana muda ini yang telah banyak memberikan

tunjuk ajar, panduan, dorongan dan sokongan di sepanjang tempoh projek ini

dijalankan.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini

dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

v

ABSTRAK

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah

menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang

pendidikan. Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam

pendidikan. Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan

menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang

mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan

interaktiviti. Sejajar dengan itu, pengkaji membangunkan sebuah modul pembelajaran

kendiri bagi subjek Macromedia Authorware 7 bagi tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan

Interaktiviti di Dalam Persembahan’ berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif. Modul

ini menggunakan fail video yang menggunakan elemen ”screen capture” sebagai media

penyampaian maklumat utama dan juga menggunakan elemen-elemen multimedia yang

lain seperti teks dan grafik. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

Adobe Captivate 3 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian yang lain

seperti Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia

Dreamweaver 8. Modul ini berteraskan Model ADDIE (Rosset, 1987) sebagai model

rekabentuk pengajaran dan panduan sepanjang proses pembangunan modul ini.

Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar yang akan dan sedang belajar Macromedia

Authorware 7 dan guru amnya. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD)

bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Penghasilan modul pembelajaran

kendiri ini diharapkan dapat menggalakkan pengguna menjalankan pembelajaran kendiri

di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan

perkembangan teknologi masa kini.

Page 9: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

vi

ABSTRACT

Nowadays the use of multimedia technology in education field has become an

essential in developing and expanding the education field. Individual learning based on

module has been used in education. Electronic module is a software that created by

using computer technology with the supported by the others software which contains

multimedia elements such as audio, video, text, graphics, animation and interactivity.

Thus, the researcher had developed a self-learning’s module of Macromedia Authorware

7 subject for topic ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’

based on active learning approach. This module used video file which use screen

capture element as the main media in presenting information and used the others

multimedia elements such as texts and graphics. This interactive module was developed

by using Adobe Captivate 3 as main software and supported by the others software such

as Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 and Macromedia Dreamweaver 8.

This module is based on Model ADDIE (Rosset, 1987) as a reference and guidance

along the development process of this module. The target user for this project will be

the students who are and will studying Macromedia Authorware 7 and teachers

generally. This module is packaged in the form of compact disc (CD) to make it easy to

be used by the user. This self-learning’s module production is hoped to encourage user

to carry out learning by their own by increasing the education and learning quality

parallel with the technological development nowadays.

Page 10: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGESAHAN FAKULTI

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Pembangunan MPK

1.5 Kepentingan Penghasilan MPK

1.5.1 Pelajar

1.5.2 Guru / Pensyarah

1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )

1

1

5

7

8

8

8

9

9

Page 11: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

viii

1.5.4 Pihak Yang Berminat

1.6 Skop Kajian

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Modul Pembelajaran Kendiri

1.7.2 Multimedia

1.7.3 Authorware

1.8 Penutup

10

10

10

10

11

12

12

2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Perkembangan MPK di Malaysia

2.3 Model Reka Bentuk Pembangunan MPK

2.3.1 Model ASSURE

2.3.2 Model Hannafin & Peck

2.3.3 Model Robert Glasea

2.3.4 Model Waterfall

2.3.5 Model ADDIE

2.3.5.1 Analisis (Analysis)

2.3.5.2 Rekabentuk(Design)

2.3.5.3 Pembangunan(Development)

2.3.5.4 Pelaksanaan (Implementation)

2.3.5.5 Penilaian (Evaluation)

2.4 Teori Pembelajaran dan Aplikasinya Dalam MPK

2.4.1 Teori Kognitivisme

2.4.2 Teori Konstruktivisme

2.4.3 Pendekatan Pembelajaran Aktif dan

Aplikasinya Dalam Penghasilan MPK

2.5 Kelebihan MPK

2.6 Penutup

13

13

13

17

17

19

20

21

22

23

23

24

24

24

24

25

26

27

33

34

Page 12: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

ix

3

REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Dalam

Pembangunan MPK

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis)

3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna

(Pelajar)

3.2.1.2 Analisis Terhadap Persekitaran

Pembelajaran

3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design)

3.2.2.1 Carta Alir

3.2.3 Fasa Pembangunan (Development)

3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation)

3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation)

3.3 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Aktif

3.4 Pemilihan Perisian

3.4.1 Adobe Captivate 3

3.4.2 Macromedia Authorware 7

3.4.3 Macromedia Dreamweaver 8

3.4.4 Adobe Photoshop CS

3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran Kendiri yang

Dihasilkan

3.6 Penutup

35

35

35

37

37

38

38

39

42

43

43

44

45

46

46

46

47

47

48

4 HASIL REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI (MPK)

4.1 Pengenalan

4.2 Reka Bentuk Modul

49

49

49

Page 13: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

x

4.2.1 Laman Utama

4.2.2 Modul

4.2.2.1 Button

4.2.2.2 Time Limit

4.2.3 Contoh

4.2.4 Uji Minda

4.2.5 Pautan

4.2.6 Kredit

4.2.7 Peta Laman

4.3 Elemen Multimedia

4.3.1 Grafik

4.3.2 Teks dan Warna

4.3.3 Video

4.4 Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Oleh Rakan

4.5 Penutup

51

52

53

56

57

58

59

60

61

62

62

62

63

64

65

5 PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri

5.3.1 Pengurusan Masa dan Kekurangan Panduan

5.3.2 Kekurangan Kemahiran dan Kepakaran

5.3.3 Masalah Memindahkan Strategi

Pembelajaran Aktif ke Dalam Modul

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

66

66

66

68

68

69

70

70

71

RUJUKAN 72

Page 14: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK HALAMAN

2.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model Hannafin &

Peck

20

2.2 Aliran Kerja Berdasarkan Model Robert Glasea

20

2.3 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

23

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

36

3.2 Carta Alir Pembangunan Modul

40

3.3 Carta Alir Projek 41

4.1 Paparan Laman Utama

51

4.2 Paparan Garis Navigasi 52

4.3 Paparan Laman Modul 52

4.4 Paparan Laman Modul Button 53

4.5 Hiperteks Kembali ke Laman Modul 54

Page 15: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

xii

4.6 Paparan Arahan Kepada Pengguna 54

4.7 Paparan Modul Button 55

4.8 Paparan Panel Kawalan 55

4.9 Paparan Laman Modul Time Limit 56

4.10 Paparan Modul Time Limit 56

4.11 Paparan Laman Contoh 57

4.12 Paparan Laman Uji Minda 58

4.13 Paparan Laman Pautan 59

4.14 Paparan Laman Kredit 60

4.15 Paparan Peta Laman 61

Page 16: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang lebih berwawasan sebagai

generasi baru yang akan mengisi tonggak kepimpinan negara di masa akan datang.

Selaras dengan usaha kerajaan ke arah mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah

merancang satu agenda untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf

dunia. Agenda tersebut dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010 (RMK-9) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri

Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Oleh itu, Kementerian

Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal

insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada

melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Begitu juga dengan

Page 17: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

2

kewujudan sekolah bestari, sekolah wawasan, serta sekolah kluster ke arah

memartabatkan kualiti pendidikan di kalangan anak bangsa.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak

formalisasi pendidikan terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil

peristiwa pengajaran yang dikendali pengajar. Menurut pandangan ahli kognitif,

pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan

perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Aliran behavioris pula berpendapat,

pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam

suatu situasi. Dalam psikologi humanis, pembelajaran dianggap proses yang dapat

membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Kimble (1961)

pula menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap

akibat daripada latihan pengukuhan.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran yang

sebenar bukan hanya mengingat semata-mata apa yang diajar oleh guru. Ini kerana

hampir semua yang dipelajari akan hilang mengikut peredaran masa. Untuk menyimpan

apa yang telah dipelajari, pelajar perlu menyimpan apa yang mereka telah dengar dan

lihat sebagai sesuatu yang bermakna. Dalam pelbagai cara, otak berfungsi sebagai

komputer dan kita sebagai pengguna. Komputer perlu di pasang suis sebelum boleh

digunakan begitu juga dengan otak kita. Apabila berlakunya pembelajaran pasif, otak

tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Otak kita perlu mempunyai kaitan antara apa yang

telah diajar dengan apa yang kita tahu dan fikir. Semasa pembelajaran pasif, otak kita

tidak dapat berhubung dengan minda sepenuhnya. Ini kerana, minda tidak berfikir dan

kita tidak dapat menyimpan maklumat.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di universiti, pelajar akan

didedahkan dengan subjek multimedia tetapi bergantung kepada kursus yang diambil.

Seperti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kaedah yang biasa digunakan untuk

Page 18: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

3

mengajar subjek tersebut adalah kaedah kuliah tetapi pelajar biasanya akan diberikan

latihan amali di makmal komputer oleh tenaga pengajar yang berkebolehan. Walau

bagaimanapun, kelas latihan amali tersebut mempunyai masa yang agak terhad untuk

membolehkan mereka memahami keseluruhan isi kandungan yang ingin disampaikan.

Ini akan melambatkan proses pembelajaran mereka tambahan pula, mereka perlu belajar

sendiri tentang sesuatu yang baru tanpa panduan yang betul. Pensyarah hanya mengajar

dalam bentuk kuliah dan akan memberi penerangan serba sedikit tentang perisian yang

digunakan. Selebihnya, pelajar perlu belajar sendiri dengan dibantu oleh tenaga

pengajar semasa latihan amali atau pun merujuk rakan. Pensyarah perlu menghabiskan

silibus mereka supaya pelajar tidak akan ketinggalan sebelum berlakunya ujian atau pun

peperiksaan akhir.

Jika diperhatikan di sini, pelajar hanya banyak menerima dari memberi sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini akan melahirkan pelajar yang malas

untuk berfikir dan hanya menunggu sahaja untuk diberi sesuatu pengetahuan.

Tambahan pula, pensyarah mempunyai pelajar yang ramai dan tidak mampu untuk

mengajar seorang demi seorang. Disinilah pentingnya modul pembelajaran kendiri.

Melalui modul ini, pelajar dilatih untuk mencuba sesuatu yang baru untuk pemahaman

mereka sebelum merujuk kepada pensyarah atau pun tenaga pengajar jika menghadapi

masalah tentang sesuatu yang tidak difahami terutama semasa menyiapkan tugasan

menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.

MPK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

memusatkan kepada pelajar. Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di

bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu

disediakan untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran pelajar.

MPK menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Pembelajaran bermodul ini memberi kebebasan kepada pelajar memilih bahan yang

sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing.

Melalui proses pembelajaran ini, pelajar dapat berkongsi kefahaman dan saling memberi

tunjuk ajar antara satu sama lain. Proses ini secara tidak langsung dapat memotivasikan

Page 19: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

4

mereka ke arah sikap kendiri. Pengetahuan ialah hasil penjelmaan maklumat peribadi

(Larsen, 1986). Pengetahuan juga ialah pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi

dan disampaikan (Allen, 1997).

Terdapat beberapa maksud MPK. Menurut Goldschmid (1973), modul

pembelajaran kendiri (MPK) ditakrifkan sebagai :

“Satu unit bebas yang serba lengkap dengan siri-siri perancangan melibatkan aktiviti-

aktiviti pembelajaran yang direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif-

objektif tertentu dengan jelas.”

Meyer (1979) pula mentakrifkan MPK sebagai :

“Program separa yang serba lengkap dan unit kerja sendiri yang direka untuk mencapai

objektif-objektif tertentu dalam satu jangka masa yang pendek, biasanya beberapa hari

atau kurang. Biasanya tetapi tidak selalu, berdasarkan satu model teknologi pendidikan.

Sentiasa dipakej untuk digunakan sebagai satu sumber pembelajaran bebas. Mungkin

ada atau mungkin tidak sebuah unit kursus yang dilanjutkan.”

Menurut Kamdi (1990), MPK ditakrifkan sebagai :

”Suatu pakej pengajaran pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap

mengandungi komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan

aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacaranya yang sistematik

supaya murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit

pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu.”

Secara keseluruhannya, modul pembelajaran kendiri (MPK) ini boleh ditakrifkan

sebagai satu pakej pengajaran pembelajaran yang serba lengkap dirancang dengan

aktiviti pembelajaran direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif tertentu

supaya pelajar dapat belajar dan mengikuti langkah demi langkah dalam menguasai

Page 20: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

5

sesuatu unit pembelajaran dan proses pembelajaran dijalankan secara individu seperti

satu sumber pembelajaran bebas untuk kefahaman yang lebih mendalam. Menurut

Rogers (1994), pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran

seseorang, secara semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar.

Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shahrom Noordin,

1994). Menurut Russell (1974), MPK boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk media

seperti bahan bercetak; bahan-bahan visual misalnya gambarajah, gambar-gambar, slaid

dan filem, video; bahan-bahan audio misalnya rakaman-rakaman; bahan-bahan sebenar

misalnya peralatan makmal; dan dalam bentuk pengajaran lisan (oral instruction)

misalnya perbincangan.

1.2 Latar Belakang Masalah Pembudayaan teknologi di sekolah dan institut pengajian tinggi walaupun bukan

merupakan sesuatu perkara yang baru tetapi tetap merupakan satu perubahan yang akan

menentukan sama ada teknologi akan digunakan dengan sepenuhnya dalam pengajaran

dan pembelajaran di abad 21. Selaras dengan pembangunan modul ini yang dihasilkan

dalam bentuk perisian cakera padat (CD), pengguna akan didedahkan dengan

penggunaan komputer untuk membolehkan mereka menggunakan modul ini sebagai

bahan rujukan untuk mempelajari Macromedia Authorware 7.

Perisian pendidikan yang dibangunkan dengan menggunakan pendekatan yang

tertentu memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

bakat. Oleh sebab itu, adalah penting untuk guru mengguna dan mengkaji sesuatu

perisian pendidikan sebelum diberi kepada pelajar. Kesesuaian isi pelajaran,

pengetahuan sedia ada yang diperlukan serta kumpulan sasaran adalah penting supaya

pelajar menggunakan perisian yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Menurut

Gagne (1985), pelajar akan giat belajar jika dia berminat dan fikiran mereka dirangsang

melalui pelbagai pancaindera.

Page 21: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

6

Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan

meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam

komputer. Mengikut Heinich (dalam Winn, 1990), guru dan teknologi seharusnya

bergandingan, di mana teknologi sebagai penyampai maklumat yang rutin dan guru

membuat perancangan dan menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran, inilah

cara yang paling ideal. Mengikut definisi Association of Educational Technology and

Communication (1977), teknologi pendidikan adalah merupakan satu proses yang

kompleks dan bersepadu, yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan

organisasi untuk menganalisis masalah, merekabentuk, melaksana dan menilai serta

menguruskan penyelesaiannya yang melibatkan semua aspek pembelajaran.

Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran

individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan

adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar ini (H.K.Chai, 1991).

Modul pembelajaran kendiri (MPK) perisian Macromedia Authorware 7 yang akan

dihasilkan adalah modul yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah langkah demi langkah. Pelajar akan belajar mengikut arahan yang

terdapat di dalam modul ini untuk mempelajari sesuatu tajuk. Dengan menggunakan

modul ini, pelajar boleh belajar sendiri mengikut kebolehan dan kemampuan diri.

Modul pengajaran kendiri perisian Macromedia Authorware 7 yang terdapat di pasaran

adalah agak mahal. Penulisan yang panjang serta isi kandungan yang tebal

menyukarkan pelajar untuk memfokuskan kepada beberapa tajuk yang ingin dipelajari.

Urutan pelajaran dari susah ke senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul

pembelajaran kendiri. Ini kerana pelajar belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke

abstrak, dan dari am kepada yang khusus (Saniah Sayuti et al., 2000).

Sebagai contoh, di UTM, Skudai untuk matapelajaran Bahasa Gubahan

(SPM2322) dan Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM (SPM4332), pelajar

diajar menggunakan perisian Macromedia Authorware sebagai perisian untuk membuat

tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah. Pelajar dikehendaki mencari modul atau

bahan pembelajaran sendiri tentang penggunaan perisian tersebut. Pelajar akan

Page 22: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

7

menghadapi masalah dalam pemilihan bahan yang terbaik untuk dijadikan rujukan.

Matapelajaran Bahasa Gubahan merupakan asas kepada Pembangunan Multimedia

Berasaskan CD-ROM kerana pelajar akan menghasilkan satu perisian pengajaran

mengikut topik yang diberi dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7

sebagai perisian utama. Secara tidak langsung, modul ini dapat membantu pelajar dalam

tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ untuk

pembinaan soalan khususnya.

Penggunaan MPK akan memberikan para pelajar sedikit ruang kebebasan untuk

meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan cara masing-masing

dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam MPK berkenaan agar

bahan pembelajaran tersebut boleh dikuasai dengan baik (Shaharom, 1990). Dari

beberapa kajian yang telah dilakukan seperti (Shaharom, 1994; Kamdi, 1990; Hunt dan

Lamkin, 1975; Gabriel dan Pillai, 1981; Brewer, 1977) mendapati bahawa pengajaran

bermodul (PB) menggunakan MPK telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran, misalnya dari segi pencapaian akademik, penguasaan serta tanggapan

terhadap sesuatu konsep, sikap pelajar terhadap matapelajaran, ketrampilan dalam

pembelajaran serta beberapa aspek lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah kekurangan modul bagi perisian Macromedia Authorware 7 di pasaran

memberi idea kepada pembangun untuk menghasilkan modul yang menggunakan

Bahasa Melayu sepenuhnya. Ini kerana bagi terbitan luar negara, penulis menggunakan

Bahasa Inggeris di dalam penulisan modul mereka. Ini akan menyukarkan pelajar yang

lemah penguasaan dalam Bahasa Inggeris mereka. Selain itu, harga di pasaran yang

tinggi serta isi kandungan yang tebal menyukarkan pelajar untuk memahami dengan

lebih tepat apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Tambahan pula tahap kefahaman

pelajar adalah berlainan antara satu sama lain.

Page 23: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI …€¦ · modul pembelajaran kendiri (mpk) bagi perisian macromedia authorware 7 (asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan)

8

Disinilah timbulnya idea untuk menghasilkan modul ini. Modul yang dibina

adalah menjurus kepada ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam

Persembahan’ sahaja untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka bagi tajuk ini.

Tujuan MPK perisian Macromedia Authorware 7 ini dihasilkan adalah untuk mengatasi

masalah kekurangan guru dan bahan rujukan tambahan.

1.4 Objektif Pembangunan MPK

a) Merekabentuk Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia

Authorware 7 menggunakan Model ADDIE dan pendekatan pembelajaran

aktif.

b) Membangunkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia

Authorware 7 untuk Fakulti Pendidikan, UTM bagi tajuk ‘Asas Penyediaan

Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ yang menggunakan

Bahasa Melayu.

1.5 Kepentingan Penghasilan MPK

Kepentingan MPK terbahagi kepada 4 golongan. Antaranya ialah pelajar, guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak yang berminat.

1.5.1 Pelajar

Modul Pembelajaran Kendiri ini dibina untuk menarik minat pelajar dalam

mempelajari perisian Macromedia Authorware kerana bahasa yang digunakan adalah