40
Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONAS Kementerian Pelajaran Malaysia 2010 1. Pengenalan Program Sahabat PPDa-Petronas adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dan Petronas untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan pencegahan dadah. Untuk tujuan tersebut 100 orang pemimpin-pelajar akan dilatih sebagai fasilitator bagi mengendalikan program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dan rendah. 2. Matlamat Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran membimbing dan memudahcara dan mampu menggunakan kemahiran tersebut untuk membimbing peserta -peserta Program Orientasi Sahabat PPDa- Petronas dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah lainnya bagi mencapai visi Sekolah Bebas Dadah Menjelang Tahun 2012. 3. Objektif Pada akhir program peserta-peserta : 1. memiliki pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik. 2. memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik. 3. mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan PPDa lainnya dengan berkesan. JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 1

Modul Program Fasiitator Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

1. Pengenalan

Program Sahabat PPDa-Petronas adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Petronas untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam

pendidikan pencegahan dadah. Untuk tujuan tersebut 100 orang pemimpin-

pelajar akan dilatih sebagai fasilitator bagi mengendalikan program Orientasi

Sahabat PPDa-Petronas yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah

menengah dan rendah.

2. Matlamat

Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran membimbing dan memudahcara

dan mampu menggunakan kemahiran tersebut untuk membimbing peserta -

peserta Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas dan aktiviti pendidikan

pencegahan dadah lainnya bagi mencapai visi Sekolah Bebas Dadah Menjelang

Tahun 2012.

3. Objektif

Pada akhir program peserta-peserta :

1. memiliki pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan

fasilitator yang baik.

2. memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator

yang baik.

3. mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan

PPDa lainnya dengan berkesan.

4. Sasaran & Jumlah Peserta

1. Pemimpin pelajar sekolah menengah ( Tkn 3 hingga 6 )

2. Pemimpin murid sekolah rendah ( Thn 5 dan 6 )

3. Bilangan peserta : 50 lelaki + 50 perempuan

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 1

Page 2: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

5. Jangkamasa Latihan

3 hari 2 malam ( 2 hari )

6. Tentatif Program

( Rujuk jadual )

7. Tempat

Dewan dan tempat terbuka

8. Pengisian

1. Suai kenal

2. Kemahiran Kepimpinan

- Potensi diri

- Berfikir positif

- Ciri-ciri pemimpin yang baik

3. Kemahiran Interpersonal

- kemahiran mendengar

- kemahiran melayan

- kemahiran membimbing

4. Kemahiran asertif

5. Kemahiran berucap

- pengacaraan majlis

6. Nafas segar dan Riadah

7. Moral dan Kerohanian

8. Rumusan dan penilaian

9. Pensijilan dan penutupan.

9. Pendekatan

1. Taklimat

2. LDK

3. Main peranan

4. Aktiviti kaunseling

5. Ceramah

6. Latihan fizikal

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 2

Page 3: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10. Modul Latihan

10.1 SLOT 1 : SUAI KENAL

1. AKTIVITI TANGAN

(a) Angkat tangan (P) & (L) – 1 tangan – 2 tangan , kira 10

hingga :konsep adil.

(b) Kira tepukan (P) & (L)– 1,2,3,4,5,6.......

(c) Angkat tangan (P) – cium tangan

Angkat tangan (L) – cium tangan

2. PERTANDINGAN BOLA

2 kumpulan –lelaki & perempuan

(L)- Manchester (P) – Chelsea

Fasi memberi arahan berdasarkan tangan dan peserta dikehendaki

bertindak berdasarkan gerakan tangan fasi.

Dahi–(P) alamak (L) – Ayoyo

Gol –kaki ( fasillitator )

Fasi memberi arahan dengan menggabungkan gerakan tangan dan juga

kaki fasilitator.

3. SESI MENGURUT

Kumpulan dibahagikan kepada 6 kumpulan ( 2 kumpulan perempuan dan

4 kumpulan lelaki)

(a) urut gaya ahli sukan

Peserta belakang mengurut orang hadapan

Dimulakan dengan urutan yang kuat dan diikuti pula dengan urutan yang

lembut.

(b) tangan letak atas bahu- urut dengan kuat diikuti dengan urut kasih

sayang

- tumbuk ahli sukan

-tumbuk kasih sayang

-karate ahli sukan

(c) ‘chop’ pinggang kawan – 6x

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 3

Page 4: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

(d) urut dahi – putaran depan dan belakang

Vice versa

3. SENAMAN KASIH SAYANG

Barisan 1 mengadap B2, B3 mengadap B4 dan B5 mengadap B6

(pastikan tidak bercampur lelaki dan perempuan)

1. lutut bertemu lutut

(a) salam perkenalan

(b) cium tangan kawan berbunyi dengan mulut

(c) mata bertemu mata, pegang bahu

Geli/seronok/: normal

Kesimpulan

Aktiviti yang dijalankan tidak ada nilai jika tidak ikhlas

90% gosok – ikhlas -

- anak dan ibubapa

10% rasa ganjil – one word x pernah dibelai

Jika cium berbunyi maka akan dibalas dengan berbunyi juga

Prinsip keikhlasan samada disekolah, /rakan

4. RINGGIT MALAYSIA

Kumpulan dibentuk menjadi 4 baris ( 3baris lelaki dan 1baris perempuan)

Setiap peserta akan mendapat nilai ringgit mengikut warna.

Barisan 1 – 10 sen

Barisan 2 – 50 sen

Barisan 3 – 5 sen

Barisan 4 – 20 sen

(a) fasi memberikan arahan untuk membentuk kumpulan berdasarkan nilai-

nilai yang dikehendaki oleh fasi dalam masa 1 minit.

(b) Kumpulan yang tidak berjaya dikenakan denda

Denda bergantung kepada budibicara fasi.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 4

Page 5: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

5. AKTIVITI 3S (SUKA SAMA SUKA)

1. Peserta diarahkan membentuk kumpulan berdasarkan

(a) bilangan ahli keluarga yang sama

(b) bulan kelahiran

2. Peserta dikehendaki beratur mengikut turutan umur.

Peserta diminta mengira dari no.1 hingga 6 kemudian dikehendaki

membentuk kumpulan berdasarkan nombor tersebut. Maka

terbentuklah 6 kumpulan.

3. Didalam kumpulan , peserta dikehendaki menghantar wakil yang

mempunyai

(a) badan yang paling slim

(b) badan yang paling gagah

(c) suara yang paling kuat

(d) suara yang paling manja

(e) wajah yang paling handsome

(f) wajah yang paling cun

(g)bakat untuk menggayakan lagu

Setiap aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini diberikan markah

berdasarkan pengadilan oleh fasi.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 5

Page 6: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10.2 SLOT 2 : KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Matlamat

Melatih fasilitator dalam kalangan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam

aspek kepimpinan, pengendalian kumpulan dan bijak membuat keputusan.

Objektif

1. Melahirkan fasilitator yang mempunyai potensi diri yang dapat

mengendalikan sesuatu aktiviti

2. Membolehkan pelajar menyampaikan maklumat dengan pendekatan

yang lebih berkesan

3. Melahirkan kepimpinan yang mempunyai “positif thinking”.

4. Melahirkan fasilitator yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi.

Aktiviti 1 : AKU PEMIMPIN

Masa : 30 Minit

Alatan : Kertas A4, Pen

Objektif : 1. Mengetahui bahawa setiap individu ada potensi diri

2. Peserta dapat menghargai potensi diri

Langkah

1. Peserta diminta berada dalam kumpulan kecil

2. Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4 dan pen.

3. Peserta diminta menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.

4. Setiap peserta membacakan jawatan yang pernah disandang kepada ahli

kumpulannya

5. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang ahli kumpulan yang

menyandang jawatan paling banyak.

6. Peserta tersebut diminta menyatakan semula kepada semua peserta.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 6

Page 7: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

7. Fasilitator meminta peserta menyatakan perasaan apabila menyatakan

jawatan-jawatan yang pernah di sandang kepada rakan-rakan

Rumusan

1. Setiap insan unik dan bernilai

2. Setiap insan yang dilahirkan adalah pemimpin.

3. Sebaik-baiknya berbanggalah dengan diri kita dan apa yang kita ada

kerana ia adalah kelebihan diri kita

Aktiviti 2 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Masa : 30 Minit

Alatan : Borang kekuatan dan kelemahan, pen

Objektif : 1. Berani mengakui kekuatan dan kelemahan diri

2. Dapat meningkat konsep kendiri

Langkah

1. Peserta berada dalam kelompok besar

2. Fasilitator mengedarkan borang kekuatan dan kelemahan kepada peserta.

3. Peserta diminta mengisi borang tersebut.

4. Beberapa peserta diminta membaca maklumat yang diisi dalam borang.

5. Fasilitator membuat rumusan.

Rumusan

1. Setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan

2. Setiap insan perlu meningkatkan kekuatan diri untuk menjadi pemimpin

yang cemerlang.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 7

Page 8: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

NAMA : _________________________________________

KEKUATAN KELEMAHAN

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 8

Page 9: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 3 : AKU PEMIMPIN CEMERLANG

Masa : 30 Minit

Alatan : Pen, kertas mahjong, kertas memo

Objektif : 1. Peserta menyedari bahawa setiap individu

mempunyai bakat kepimpinan

2. Peserta dapat menyatakan ciri-ciri pemimpin cemerlang

Langkah

1. Peserta diminta berada dalam kumpulan kecil

2. Setiap peserta diberikan sehelai kertas memo dan pen.

3. Setiap kumpulan diminta melukis gambarajah manusia di kertas mahjong

yang disediakan.

4. Peserta diminta menulis satu ciri pemimpin cemerlang yang ada dalam diri

masing-masing.

5. Setiap peserta membaca dan menjelaskan ciri kepimpinan yang telah

ditulisnya

6. Ahli kumpulan diminta bersoaljawab mengenai ciri kepimpinan tersebut.

7. Peserta diminta menampal ciri kepimpinan tersebut pada gambarajah

manusia yang telah dilukis

8. Setiap kumpulan diminta membentangkan ciri-ciri kepimpinan kepada

kelompok besar .

Rumusan

1. Setiap insan ada ciri-ciri kepimpinan dalam diri

2. Setiap insan perlu mempraktikan cirri-ciri pemimpin cemerlang dalam

setiap tugasan dan tanggungjawab.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 9

Page 10: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 4 : KAPAL KARAM

Masa : 30 Minit

Alatan : Lampiran ‘Kapal Karam’

Objektif : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan cepat

2 Keputusan yang dibuat mestilah tepat dan tidak terburu-

buru.

Langkah

1. Fasilitator mengedarkan lampiran ‘kapal karam kepada peserta

2. Peserta dikehendaki menyenaraikan enam orang yang perlu diselamatkan

mengikut keutamaan.

3. Setelah itu fasilitator meminta peserta menyatakan pendapat mereka

tentang penyusunan nama tersebut.

4. Peserta lain diminta memberi pendapat.

Rumusan

1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

2. Tenang menghadapi saat-saat genting.

3. Keputusan yang dibuat hasil pemikiran yang tajam.

KAPAL KARAM

ORANG KAYA YANG BUDIMAN GURU KELAS ANDA

KAWAN KARIB ADIK YANG NAKAL

IBU YANG SAKIT TUAPENGEDAR DADAH YANG JUTAWAN

PENAGIH DADAH YANG INSAF

ORANG MISKIN

ABANG YANG BUTABAPA YANG TIDAK BEKERJA

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 10

Page 11: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10.3 SLOT 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Matlamat Pelajar perlu mengetahui kepentingan komunikasi secara

berkesan di antara individu untuk memperbaiki dan

mengeratkan perhubungan dari hasil maklumat yang jelas

dan tepat.

Objektif :

i) Pelajar akan mendapat pengetahuan bahawa sesuatu mesej

itu akan berubah apabila disalurkan melalui ramai penyampai.

ii) Pelajar dapat mengkaji dan mengenalpasti perbezaan

antara komunikasi sehala dengan komunikasi dua hala.

iii) Pelajar dapat mengetahui kepentingan komunikasi tanpa lisan

untuk menghantar dan menginterprestasikan mesej.

Aktiviti 1 : SAMPAIKAN MESEJKU

Peserta : 6 hingga 8 orang

Masa : 40 minit

Bahan : Teks mesej, kertas dan pen.

Prosedur :

1. Bahagikan kumpulan kepada 6 hingga 8 orang. Setiap kumpulan

berada dalam satu barisan pada jarak 2 meter antara satu sama

lain.

2. Peserta pertama akan diberi mesej untuk dihafal dalam masa 1

minit kemudian diminta menyampaikan mesej tersebut secara

berbisik kepada peserta kedua tanpa didengari oleh orang lain.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 11

Page 12: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

3. Peserta kedua bergerak menyampaikan mesej kepada rakan

peserta ketiga dan seterusnya hingga peserta terakhir.

4. Peserta terakhir perlu menulis mesej yang diterima dari rakannya

pada sehelai kertas.

5. Bandingkan antara mesej yang terhasil oleh setiap kumpulan

dengan mesej asal.

6. Jika perlu, setiap kumpulan membuat mengenalpasti kelemahan

dan kekuatan kumpulan masing-masing.

7. Sebagai pengukuhan aktiviti ini boleh diulang dengan mesej yang

lain.

Rumusan : Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan ketelusan dalam

menyampaikan mesej supaya ketepatan mesej itu dapat

dikekalkan.

Aktiviti 2 : PERMAINAN RAJAH

Peserta : 10 orang

Masa : 40 minit

Bahan : Helaian aktiviti / rajah, sehelai kertas kosong dan sebatang

pen bagi setiap orang.

Prosedur :

1. Peserta diminta mencari pasangan dan duduk secara berdepan.

Peserta 1 diberi helaian aktiviti /rajah yang telah disediakan

manakala Peserta 2 diberi sehelai kertas kosong dan sebatang

pen.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 12

Page 13: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

2. Peserta 1 dikehendaki menghuraikan rajah secara lisan kepada

pasangannya. Peserta 2 dikehendaki melukis rajah tersebut pada

bahagian atas kertas kosong tanpa dibenarkan bertanya soalan.

Walau bagaimanapun mereka dibenarkan meminta supaya sesuatu

arahan diulang tetapi tidak dibenarkan meminta sebarang

penjelasan.

3. Langkah 2 diulang. Kali ini peserta dibenarkan untuk bertanya

soalan. Rajah akan dilukis pada kali kedua dibahagian bawah

kertas kosong tadi.

4. Kedua-dua lakaran dibandingkan dengan rajah asal.

Rumusan :

Komunikasi sehala melibatkan sesuatu mesej dihantar daripada seorang

individu kepada individu yang lain tanpa maklum balas. Komunikasi 2 hala

pula melibatkan maklumbalas daripada pihak penerima mesej dan

penyampai mesej melalui soalan yang ditanya, bersetuju tentang sesuatu

perkara dan bertanya sesuatu dengan menggunakan cara yang berlainan.

Aktiviti 3 : KOMUNIKASI TANPA LISAN

Peserta : 10 orang

Masa : 40 minit

Bahan : Helaian aktiviti komunikasi tanpa lisan, kertas kosong dan

pen

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 13

Page 14: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Prosedur :

1. Tiga orang peserta dipilih sebagai model untuk melakukan

komunikasi tanpa lisan berdasarkan mesej yang disediakan. Aktiviti

ini berbentuk pertandingan antara kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas kosong dan pen untuk

membuat catatan pemerhatian.

3. Setiap model secara bergilir-gilir menterjemahkan mesej dan situasi

berdasarkan skrip mesej yang dibekalkan melalui komunikasi tanpa

lisan.

4. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membuat pemerhatian

dan menterjemahkan mesej berdasarkan situasi yang dilakukan

oleh model.

5. Aktiviti ini berterusan dengan mesej yang kedua dan ketiga dengan

cara yang sama.

6. Setelah tamat tiga mesej, setiap kumpulan membacakan catatan

yang dibuat oleh kumpulan dan dibandingkan dengan skrip asal.

Rumusan :

Membina kerjasama dalam membuat keputusan terbaik.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 14

Page 15: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Lampiran 1

Aktiviti 1 : Dengarlah Mesejku

Mesej 1 - 15 patah perkataan

Contoh : RAMAI MANGSA BANJIR TELAH MEMBANJIRI BANJARAN TITIWANGSA UNTUK MENERIMA SUMBANGAN DARI TABUNG BENCANA ALAM NEGARA

Mesej 2 - 25 patah perkataan

Contoh : BEG TANGAN KAKAK YANG DIPERBUAT DARIPADA KULIT BUAYA TELAH TERJATUH KE DALAM KOLAM BUAYA SEMASA KAKAK MENONTON PERTUNJUKAN BUAYA DI TAMAN BUAYA BERHAMPIRAN TAMAN BUDAYA NEGERI MELAKA

Aktiviti 2 : Permainan Rajah

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 15

Page 16: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 3 : Komunikasi Tanpa Lisan

Mesej 1 : Buli

Pada suatu petang, ketika saya menunggu bas untuk pulang ke

rumah, tiba-tiba datang tiga orang pelajar Tingkatan 4 menghampiri saya.

Mereka mengugut dan membuli saya dengan meminta wang. Saya

ketakutan dan menjerit meminta tolong. Akhirnya saya diselamatkan oleh

pengawal keselamatan sekolah.

Mesej 2 : Pergaduhan

Pada waktu rehat, ketika pelajar beratur membeli makanan

berlaku tolak-menolak di antara satu sama lain. Ini menyebabkan

pergaduhan berlaku di antara beberapa orang pelajar. Situasi ini telah

dapat dileraikan oleh guru bertugas. Pelajar yang terlibat telah dinasihatkan

bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Mesej 3 : Merokok

Ketika pergi ke tandas saya melihat lima orang pelajar sedang

merokok. Saya terus memberi teguran kepada pelajar tersebut sebaliknya

mereka bertindak kasar lalu menumbuk saya. Saya terus terjatuh.

Kejadian tersebut disedari oleh guru disiplin. Pelajar tersebut telah dihukum

rotan oleh guru disiplin.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 16

Page 17: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10.4 SLOT 4 : AKTIVITI SIMULASI KUMPULAN

Tajuk : Awas : Sisa Toksid

Alatan :

1. 2 buah mangkuk berisi soda bikarbonat dan cuka setiap kumpulan

2. 1 baldi untuk setiap kumpulan

3. 5 utas tali rapia berukuran 6 meter

Langkah :

1. Dilaksanakan dalam kumpulan kecil

2. setiap tali akan dipegang oleh 2 orang peserta

3. mangkuk dan baldi diletak ditengah bulatan berkeluasan 2 meter

4. peserta akan berusaha untuk mengalihkan bekas ini ke sasaran sejauh 50

meter.

5. bahan dalam baldi dan mangkuk tidak boleh tumpah

6. kumpulan yang melakukan kesilapan akan didenda

7. kumpulan yang melaksanakan dengan sempurna akan diberi ganjaran

Falsafah :

1. Kumpulan perlu berhati-hati supaya sampai ke destinasi tanpa

kemalangan

2. menggalakkan kerjasama kumpulan, mematuhi arahan, disiplin diri,

3. melahirkan daya kepimpinan

Rumusan :

1. tempoh masa yang diambil

2. bagaimana boleh berlaku kemalangan ( bahan tumpah)

3. Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut

4. bagaimana reaksi ahli kumpulan

5. apakah kekuatan kumpulan yang berjaya

6. apakah yang telah dipelajari oleh setiap ahli melalui aktiviti ini yang boleh

diaplikasikan disekolah

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 17

Page 18: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10.5 SLOT 5 : KEMAHIRAN BERUCAP

Tajuk : Dengarlah Ucapanku

Matlamat : Membentuk peserta yang mempunyai keyakinan dan ktrampilan

diri dalam menyampaikan ucapan.

Objektif : Di akhir sesi ini pelajar akan dapat;

1. menguasai asas kemahiran membuat pengucapan

awam di hadapan umum (eye contact, lontaran dan

intonasi suara , gaya bahasa badan)

2. memahami susun atur acara majlis dan senarai

tetamu yang dijemput mengikut jawatan

3. mengendalikan majlis dengan lancar dan berkesan

Aktiviti umum :

a) Intonasi suara

1. tinggi/rendah/sederhana

2. mood suara

(tegas/gembira/sedih/marah/arahan/dsb...)-mimik

muka

3. kelancaran

b) Eye contact

1. tumpuan kearah hadirin

c) Gaya bahasa badan (body language)

1. gaya tangan

2. gaya gerak badan

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 18

Page 19: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

d) Penyediaan skrip mengendalikan majlis

1. senarai tetamu

2. bacaan doa/ikrar

3. urutan majlis

4. penutup

Aktiviti kumpulan :

a) Latihan suara/mimik muka/gaya bahasa badan

1. berdasarkan skrip yang disediakan (pelbagai

mood)

2. spontan

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 19

Page 20: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

10.6 SLOT 6 : KEMAHIRAN MEMUDAH CARA “ASERTIF”

Aktiviti 1 : Simulasi 1 – Kemahiran “Katakan Tidak”

a. Objektif :

1. Berani mengatakan TIDAK kepada perkara-perkara negatif

2. Berani membuat keputusan tanpa menyinggung perasaan orang lain

3. Menghargai diri sendiri dan orang lain

b. Bahan : Petikan Situasi 1 (Dunia Baru)

c. Jangkamasa : 30 minit

d. Aktiviti/Langkah :

1. Fasilitator mengedarkan petikan situasi 1

2. Setiap ahli kumpulan diberi masa 5 minit untuk membaca dan

memahami petikan

3. Fasilitator membantu ahli kumpulan untuk memilih peranan serta

melakonkan watak masing-masing

4. Ahli kumpulan diminta untuk memberikan respon (Sumbangsaran)

5. Fasilitator membuat rumusan

e. Falsafah :

1. Menghargai diri dan orang lain

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 20

Page 21: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 2 : Simulasi 2 – Kemahiran “Tegas Diri”

Objektif :

1. Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri

2. Berani membuat keputusan tanpa pengaruh luar

3. Mempertahankan prinsip dan etika diri

Bahan : Petikan Situasi 2 (Aku Tetap Aku)

a. Jangkamasa : 30 minit

b. Aktiviti/Langkah:

1. Fasilitator mengedarkan petikan situasi 2

2. Setiap ahli kumpulan diberi masa 5 minit untuk membaca dan

memahami petikan

3. Fasilitator membantu ahli kumpulan untuk memilih peranan serta

melakonkan watak masing-masing

4. Ahli kumpulan diminta untuk memberikan respon (Sumbangsaran)

5. Fasilitator membuat rumusan

c. Falsafah :

1. Setiap individu mempunyai hak untuk menyatakan perasaan,

pendapat, kepercayaan dan sikap masing-masing.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 21

Page 22: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

RIADAH / PERMAINAN KAUNSELING

Aktiviti 1

Tajuk : Langkah bertuah

Alatan :

1. Belon berisi air

2. kerusi

3. benang

4. duit mainan

Langkah – langkah

1. Peserta bergerak didalam kumpulan masing-masing dan diberikan

tugasan.

2. Kemudian setiap kumpulan diberikan benang, belon yang berisi air dan

juga kerusi.

3. Peserta dikehendaki mengikat diri dalam kumpulan lelaki dan perempuan

dan mereka dikehendaki menjunjung kerusi yang berisi belon sambil

berjalan menaiki tangga.

4. Markah akan diberikan berdasarkan kejayaan kumpulan tidak

memutuskan benang dan juga belon tidak jatuh kebawah

5. kemudian peserta juga dikehendaki melambung belon yang berisi air dan

menyambutnya semula.

6. Mereka yang berjaya akan diberikan markah

7. Peserta juga dikehendaki mengambil nilai matawang didalam kolam

dengan menggunakan kemahiran apa sahaja bagi mengumpulkan mata

kumpulan masing-masing.

Falsafah :

1. mengeratkan hubungan antara ahli

2. melahirkan semangat bertolak ansur

3. meningkatkan semangat kerjasama

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 22

Page 23: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 2

Tajuk : Jambatan Emas

Alatan :

1. Straw

2. Cincin

Langkah :

1. peserta akan diberikan 3 batang straw seorang

2. setiap peserta akan menyambung straw

3. peserta akan mengimbangi straw tersebut di atas 2 jari telunjuk pada

paras dada

4. fasi akan memasukkan dua bentuk cincin di kiri dan kanan straw sebagai

pengimbang

5. Peserta dikehendaki meletakkan straw di atas tanah tanpa menjatuhkan

cincin

Falsafah :

1. melatih keseimbangan minda dan psikomotor peserta

2. memupuk kemahiran membuat keputusan

3. melatih kemahiran mendengar arahan dengan teliti

4. melahirkan semangat kerjasama, disiplin diri

5. membina keyakinan diri

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 23

Page 24: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

Aktiviti 3

Tajuk : Puncak Impian

Alatan :

1. Straw

2. Salotape

Langkah :

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 2 bungkus straw dan 1 salotape

2. Peserta diminta membina menara dengan menggunakan alatan yang

dibekalkan

Falsafah :

1. mencungkil bakat dan kreativiti peserta

2. melatih peserta supaya sentiasa berhati-hati dalam hidup

3. menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan

4. membina keyakinan diri

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 24

Page 25: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

KULIAH SUBUH

1. Kuliah Maghrib 1

1. NAMA AKTIVITI : Santapan Senja 1

2. MATLAMAT: Kesedaran kepentingan ilmu bagi seorang pemimpin dalam

organisasi

3. OBJEKTIF :

3.1 Menerangkan kepentingan mendalami ilmu bagi seorang pemimpin

organisasi

3.2 Menyatakan kesan terhasil dalam sebuah organisasi yang mempunyai

pemimpin berilmu

4. JANGKA MASA : 45 minit

5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla

6. LANGKAH :

6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan

kuliah.

6.2 Penceramah menerangkan kepentingan mendalami ilmu bagi

seorang pemimpin organisasi

6.3 Penceramah menyatakan kesan terhasil dalam sebuah organisasi

yang mempunyai pemimpin berilmu

6.4 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN

7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN

Peserta diminta menulis pada satu kertas kosong jenis-jenis ilmu

yang perlu mereka dalami.

9. TENAGA :

9.1 Seorang penceramah

9.2 Seorang juru acara

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 25

Page 26: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

2. Kuliah Maghrib 2

1. NAMA AKTIVITI : Santapan Senja 2

2. MATLAMAT: Kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pemimpin teladan

3. OBJEKTIF :

3.1 Melahirkan pemimpin yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT

3.2 Menyatakan faktor kegagalan seorang pemimpin yang tidak berakhlak

3.3 Membuat perbandingan antara pemimpin yang berakhlak dengan

pemimpin yang tidak berakhlak

4. JANGKA MASA : 45 minit

5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla

6. LANGKAH :

6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan

kuliah.

6.2 Penceramah menerangkan kepada peserta bagaimana cara untuk

melahirkan pemimpin yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah

SWT

6.3 Penceramah menyatakan faktor kegagalan seorang pemimpin yang

tidak berakhlak

6.4 Penceramah membuat perbandingan antara pemimpin yang

berakhlak dengan pemimpin yang tidak berakhlak

6.5 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN

Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN

Peserta diminta mengulas kembali tanggungjawab mereka sebagai

seorang pemimpin yang berakhlak.

9. TENAGA :

9.1 Seorang penceramah

9.2 Seorang juru acara

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 26

Page 27: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

3. Kuliah Subuh 1

1. NAMA AKTIVITI : Murni Pagi 1

2. MATLAMAT: Menjadikan diri sebagai pemimpin yang boleh dicontohi

3. OBJEKTIF :

3.1 Menerangkan sikap yang perlu ditonjolkan oleh seorang pemimpin

organisasi

3.2 Menyedarkan bahawa setiap perlakuan seorang pemimpin akan

diteladani oleh orang bawahannya.

4. JANGKA MASA : 30 minit

5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla

6. LANGKAH :

6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan

kuliah.

6.2 Penceramah menerangkan sikap yang perlu ditonjolkan oleh

seorang pemimpin organisasi

6.3 Penceramah menyedarkan bahawa setiap perlakuan seorang

pemimpin akan diteladani oleh orang bawahannya

6.4 Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN

7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN

Peserta diminta menulis pada satu kertas tokoh pemimpin Islam

yang boleh dijadikan idola.

9. TENAGA :

9.1 Seorang penceramah

9.2 Seorang juru acara

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 27

Page 28: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

4. Kuliah Subuh 2

1. NAMA AKTIVITI : Murni Pagi 2

2. MATLAMAT: Kesedaran mengenai pemimpin yang berkemahiran dalam

pengurusan organisasi.

3. OBJEKTIF :

3.1 Menyatakan kecemerlangan organisasi yang diuruskan dengan

berkesan

3.2 Menerangkan keperluan mempunyai pemimpin yang berkemahiran.

4. JANGKA MASA : 30 minit

5. LOKASI CADANGAN : Surau / musolla

6. LANGKAH :

6.1 Peserta berkumpul dalam satu kumpulan besar di dalam kawasan

kuliah.

6.2 Penceramah menyatakan kecemerlangan organisasi yang

diuruskan dengan berkesan.

6.3 Penceramah menerangkan keperluan mempunyai pemimpin yang

berkemahiran

Penceramah membuat kesimpulan mengenai tajuk kuliah.

7. PERALATAN

7.1 Sistem pembesar suara

8. PENILAIAN / DAPATAN

Peserta diminta menulis program yang ingin dilaksanakan di

peringkat sekolah.

9. TENAGA :

9.1 Seorang penceramah

9.2 Seorang juru acara

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 28

Page 29: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

SESI PENILAIAN DAN RUMUSAN

1. Semua peserta berada dalam kumpulan besar.

2. Peserta diedarkan borang penilaian kursus dan diminta

melengkapkannya.

3. Peserta-peserta diberikan peluang berkongsi dapatan dan pandangan

terhadap aktiviti-aktiviti yang disertai sepanjang kursus berlangsung.

4. Fasilitator membuat rumusan akhir dan menyatakan harapan kepada

kefungsian peserta selepas selesai kursus.

1. Pengetahuan dan kemahiran sangat penting dalam

menjalankan sesuatu tugas.

2. Gunakan segala ilmu yang diperolehi untuk menyampaikan

mesej yang baik kepada rakan-rakan lain.

3. Pimpin diri ke arah kebaikan dan pimpin rakan-rakan untuk

mencapai cita-cita yang sama.

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 29

Page 30: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

JADUAL KURSUS

FASILITATOR SAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT NEGERI

( PELAJAR MENENGAH DAN RENDAH )

TARIKH :

Masa 5.307.00

7.008.00

8.00 10.00 10.0010.30

10.3012.30

12.302.30

2.304.30

4.307.00

7.008.30

8.3010.30

10.3011.00

Ha

ri 1 Perjalanan pergi Daftar

Taklimat

Min

um

pet

an

g,

So

lat,

Ria

da

h

Ke

ma

s d

iri,

Ma

kan

, S

ola

t, K

ulia

h

Slot 1

SUAI KENAL

Min

um

Tid

ur

Ha

ri 2

Ke

ma

s d

iri,

So

lat,

Ku

liah

Na

fas

Se

gar

, S

arap

an.

Slot 2

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Re

ha

t, m

inu

m

Slot 3

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Re

ha

t M

aka

n S

ola

t

Slot 4

AKTIVITISIMULASI

KUMPULAN

Slot 5

MAHIR BERUCAP

Ha

ri 3

Slot 6

KEMAHIRANMEMUDAHCARA

ASERTIF

Slot 7

RUMUSAN PENILAIAN PENUTUP

Perjalanan balik

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 30

Page 31: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

BORANG PENILAIAN

Arahan : Tandakan mengikut skala yang diberikan. Sangat Baik (SB), Baik (B), Sederhana (S), Kurang baik (KB) dan Lemah (L). Sila bulatkan satu nombor sahaja bagi setiap penyataan

SB B S KB L

1. Pendaftaran 1 2 3 4 5

2. Makanan 1 2 3 4 5

3. Penginapan 1 2 3 4 5

4. Tempoh Kursus 1 2 3 4 5

5. Taklimat dan Ice Breaking 1 2 3 4 5

6. Bicara Intelek 1 2 3 4 5

7. LDK 1 1 2 3 4 5

8. LDK 2 1 2 3 4 5

9. LDK 3 1 2 3 4 5

10. LDK 4 1 2 3 4 5

11. LDK 5 1 2 3 4 5

12. Sukan seling 1 2 3 4 5

Cadangan :

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010

PENILAIAN KURSUSPROGRAM SAHABAT PPDa-

PETRONAS

31

Page 32: Modul Program Fasiitator Pelajar

Modul Kursus Fasilitator Pelajar Program Sahabat PPDa-PETRONASKementerian Pelajaran Malaysia 2010

SENARAI PENGGUBAL MODUL

1. En. Wan Muhamad Azan Bin W Jaafar PKU JPN Pahang ( Ketua )

2. En. Muhamed Shuhaimi Bin Abd Rashid KU JPN Johor

3. En. Mohd Farris Bin Ismail KU JPN Putrajaya

4. En. Abdul Latif Bin Yusof PKU JPN Melaka

5. Pn. Hjh Rosinah Bt Hj. Hussein PKU JPWP Kuala Lumpur

6. En. Isahak Bin Osman PKU JPN Pulau Pinang

7. En. Ahmad Bin Sauti PKU JP Sarawak

8. En. Nordin Bin Abdullah PKU JPN Perlis

9. En. Abd Ghani Bin Jaafar PKD Pontian, Johor

10. En. Sabri Bin Sulaiman PKD Mersing, Johor

11. En. Abdul Rashid Bin Awang PKD Temerloh, Pahang

12. En. Ahmad Kamari Bin Salleh PKD Batang Padang, Perak

13. En. Zubir Bin Harun PKD Dungun, Terengganu

14. En. Mat Yusof Bin Mat Ali PKD Marang, Terengganu

15. En Rosli bin Puteh PKD Kulai

JK Penggubal Modul TOTFASI Sahabat PPDa-PETRONAS 2010 32