Upload
azean
View
2.015
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
2
2MODUL SAINS TERAS SPM 2012
Bahagian 1 Isi Kandungan : Bil Perkara Muka surat 1 Format Kertas Peperiksaan Sebenar 3 – 4 2 Strategi Menjawab Kertas 1 5 – 10 3 Strategi Menjawab Kertas 2 Bahagian A 11 – 16 4 Strategi Menjawab Kertas 2 Bahagian B 17 – 18 5 Strategi Menjawab Kertas 2 Bahagian C 19 – 31 6 Contoh-contoh Kata Tugas 32 – 33 7 Analisis Soalan SPM 2007 – 2011 34
3
3FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS MULAI TAHUN 2005
BIL PERKARA KERTAS 1 (1511/1 ) KERTAS 2 (1511/2) 01
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Objektif
02 Jenis Item Item Objektif Pilih Jawapan aneka pilihan aneka gabungan
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan
Item subjektif Item berstruktur Item Respons Terbuka Item Respons Tertutup
03 Bilangan Soalan 50 (Jawab semua) Bahagian A 4 (jawab semua) 20 markah Bahagian B 5 ( Jawab semua) 30 markah Bahagian C
1 (wajib) 10 markah
2 atau 3 (pilih 1) 10 markah
04
Jumlah Markah
50
70
05
Cara Memberi Respons
Ditanda pada borang OMR
Ditulis pada ruangan kertas soalan
06
Tempoh Ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
07 Wajaran Konstruk Pengetahuan : 25 Pemahaman : 15 Aplikasi : 10
Pengetahuan : 20 Pemahaman : 14 Kemahiran Saintifik : 30 Aplikasi : 6
08
Contoh Item berdasarkan Konstruk
Rujuk contoh soalan LP Rujuk contoh soalan LP
09 Pemarkahan Dikotomus (markah 1 atau 0)
Analitikal
10
Cakupan Respons
Konstruk di taksir pada semua konteks
Konstruk di taksir pada semua kontek
11
Aras Kesukaran Rendah : R Sederhana : S Tinggi : T
R : S : T = 5 : 3 : 2 R : S : T = 5 : 3 : 2
Keseluruhan
R : S : T = 5 : 3 : 2
12
Alatan Tambahan
Kalkulator saintifik
4
4STRATEGI UNTUK MENJAWAB KERTAS 1 STRATEGI
1. Murid mesti mencari / menyediakan / mengumpul set-set soalan objektif berbentuk topikal dari buku-buku ulangkaji / revisi
2. Laksanakan kaedah “test dan retest” sehingga memperolehi 85% betul dari setiap set topical 3. Latih menjawab setiap soalan objektif dalam masa 1 minit 30 saat 4. Latih menjawab soalan yang sukar menggunakan “ Teknik Singkir “
KAEDAH TEST AND RETEST
1. Dapatkan soalan objektif secara topikal.( fotostat dari soalan-soalan tahun lepas 2003-2011) 2. Buat latihan mengikut topik. 3. Sekiranya markah yang diperolehi kurang daripada 85% (set 50 soalan – mesti betul 43), 4. Ulang latihan pada topik yang sama sehingga mencapai 85% atau lebih. 5. Aktiviti persediaan untuk mengulang latihan termasuklah (baca buku teks, membaca nota, membaca peta minda, berbincang dan mengadap guru) 6. Sekiranya sudah mencapai / mengatasi 85 % bolehlah membuat soalan dari topik yang lain. 7. Kalau anda sudah laksanakan semua 15 topik sehingga bulan Oktober, ini bererti anda masuk ke bilik peperiksaan dengan 85 % keyakinan.
TEKNIK SINGKIR Contoh 1 Jika seorang lelaki tidak buta warna berkahwin dengan seorang perempuan pembawa gen buta warna, kemungkinan A terdapat anak perempuan mereka pembawa buta warna. B semua anak perempuan mereka normal. C semua anak lelaki buta warna. D semua anak mereka normal. Contoh 2 Antara berikut yang manakah fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal? A Mengawal atur kitar haid B Merangsang penghasilan sperma C Menambah kadar denyutan jantung D Mengawal aras glukosa dalam darah Nota : 1. Untuk jawab soalan ini cari jawaban yang paling salah dahulu. 2. Tolak jawapan itu(tinggal tiga pilihan jawapan) 3. Tolak jawapan yang dikira salah satu lagi (tinggal dua pilihan jawapan) 4. Cuba tolak lagi satu jawaban yang dikira salah (tinggal satu jawapan sahaja –
itulah jawapannya)
5
5KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN PROSES
SAINS PENERANGAN PETUNJUK
MEMERHATI
Suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria (satu atau lebih) seperti deria penglihatan, sentuhan, pendengaran, rasa atau bau. Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu penyiasatan saintifik mungkin melibatan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan berbantu alat tertentu
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.
Mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dapat dikesan.
Memperihalkan perubahan yang berlaku.
Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.
Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci
MENGELAS
Suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengasingkan dan mengkelompokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria yang ditentukan seperti ciri atau sifat sepunya.
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan.
Mengumpul berdasarkan sifat sepunya.
Menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek.
Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan.
MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.
Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan.
Menggunakan nombor untuk merekod fenomena.
Membandingkan objek-objek menggunakan nombor.
Menggunakan alat dengan betul.
Mencatat bacaan dengan tepat. Mencatat unit dengan betul. Memilih dan menggunakan
unit yang piawai dengan betul. Membanding masa, jarak, luas
dan isi padu dengan unit yang berkaitan.
Boleh mengenali pola dalam jadual-jadual nombor.
Menentukan kejituan ukuran tertentu.
Menggunakan skala dan
6
6menerangkan nisbah.
MEMBUAT INFERENS
Kemahiran membuat inferens adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan.
Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah.
Membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian.
Membuat penjelasan yang difikirkan munasabah terhadap sesuatu pemerhatian.
Menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya
MERAMAL
Kemahiran Meramal adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku.
Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan.
Menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan.
Mengesan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas,
Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru.
BERKOMUNIKASI
Kemahiran Berkomunikasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, jadual atau model.
Kenalpasti ciri umum sekumpulan item.
Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna sesuatu kepada rakan.
Merekod maklumat daripada kajian.
Meneliti maklumat yang ingin disampaikan.
Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuaian.
Merancang dan menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian.
Menggunakan bahan rujukan. Menentukan sasaran yang akan
menerima maklumat.
7
7
MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
Memperihalkan lokasi dengan masa
Memperihalkan perubahan arah dengan masa
Memperihalkan perubahan bentuk dengan masa
Memperihalkan perubahan saiz dengan masa
Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan
Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat dari kedudukan yang berlainan
Menerangkan hubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak
MENTAFSIR MAKLUMAT
Kemahiran mentafsir maklumat adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memeberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang terkumpul. Data yang dikumpul adalah dalam berbagai bentuk seperti jadual, graf, gambar rajah, carta dan sebagainya.
Megumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya
Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh
Menyatakan hubungan di antara maklumat
Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
MENDEFINISI SECARA OPERASI
Kemahiran mendefinisi secara operasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menjelaskan sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri
Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
Kemahiran megawal pemboleh ubah adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengenal pasti faktor atau pemboleh ubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan serta menentukan kaedah untuk mengakaji kesan perubahan pada
Menentukan pemboleh ubah yang releven dalam penyiasatan
Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan
Menentukan apakah yang perlu
8
8pemboleh ubah dimanipulasikan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dengan memalarkan pemboleh ubah yang lain
dilakukan keatas pemboleh ubah yang dimanipulasikan
MEMBUAT HIPOTESIS
Kemahiran membuat hipotesis adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengemukakan pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya
Mengenal pasti pemboleh ubah Membuat inferens yang
munasabah Menentukan hubungan di
antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens
MENGEKSPERIMEN
Kemahiran mengeksperimen adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Ia merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi kerana merangkumi kesemua proses sains yang telah dinyatakan sebelum ini.
Membuat pemerhatian Mengemukakan soalan serta
membuat inferens Membuat hipotesis yang boleh
diujikan Mengawal pemboleh ubah atau
mendefinisi secara operasi Menentukan peralatan yang
diperlukan bagi suatu eksperimen
Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data
Menganalisis dan mentafsir data
Membuat kesimpulan Melapor keputusan eksperimen
yang telah dijalankan
9
9STRATEGI UNTUK MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) A) Mengawal Pembolehubah Cara mencari pembolehubah 1. Daripada ayat, kenalpasti pembolehubah Contoh : Mengkaji kesan kesan satu antibiotik yang mempunyai kepekatan berbeza ke atas pertumbuhan bakteria Langkah :
a. Garis pembolehubah dalam ayat b. Pembolehubah yang digaris merujuk kepada pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas c. Kenalpasti antara kedua-duanya yang mana perubahannya telah ditetapkan, ini adalah pembolehubah
manipulasi. d. Yang satu lagi adalah pembolehubah bergerakbalas.
2. Daripada Jadual : Contoh 1:
Masa / minit 0 2 4 6 8 10
Suhu / 0C 28 48 68 88 102 102 Langkah :
1. Kedua-dua pembolehubah didapati daripada tajuk jadual iaitu masa dan suhu 2. Masa adalah pembolehubah dimanipulasi sebab masa bertambah atau diubah / baris 1 3. Maka suhu adalah pembolehubah bergerakbalas kerana perubahan suhu dicatatkan / baris 2
Contoh 2
Pasangan logam Bacaan voltmeter / V
Aluminium dan plumbum 1.5
Pumbum dan plumbum 0.0 Langkah:
a. Kedua-dua pemboleh ubah didapati daripada tajuk jadual iaitu Pasangan logam dan Bacaan voltmeter. b. Pasangan logam adalah pemboleh ubah dimanipulasi sebab ada dua logam berbeza / pada lajur. c. Maka Bacaan voltmeter adalah pemboleh ubah bergerak balas sebab bacaan voltmeter diperhatikan / pada baris.
3. Daripada Graf :
Contoh :
Paksi Menegak
Paksi Mendatar
Pembolehubah bergerakbalas
Pembolehubah manipulasi
10
10 Langkah :
a. Pemboleh dimanipulasi ialah pada paksi mendatar iaitu masa b. Pembolehubah bergerak balas ialah pada paksi menegak iaitu isipadu gas
Langkah :
i. Rujuk kepada label paksi graf. ii. Label paksi paksi mendatar/ mengufuk adalah pembolehubah manipulasi. iii. Label paksi menegak adalah pembolehubah bergerakbalas.
Pembolehubah dimalar :
i. Didapati dalam pernyataan dalam soalan ii. Bukan dari radas iii. Mesti menunjukkan / mempunyai parameter
Contoh SPM 2003
Kesilapan Pembetulan 1. Bongkah Sifat :
1. Jisim bongkah 2. Jisim logam 3. Berat bongkah 4. Ketinggian bongkah
2. Cakera antibiotik 1. Kepekatan antibiotik 2. Cakera yang berkepekatan antibiotik tinggi
dan rendah
B) Membuat Hipotesis 1. Kenalpasti pemboleh ubah (guna cara menegenalpasti pembolehubah)
i. dimanipulasi ii. Kenalpasti pemboleh ubah bergerakbalas
Masa / minit
Isipadu gas / cm3
Pembolehubah bergerakbalas
Pembolehubah manipulasi
Logam L
Logam M
11
11Contoh : Mengkaji kesan satu antibiotik yang mempunyai kepekatan berbeza terhadap pertumbuhan bakteria
Pemboleh ubah dimanipulasi : kepekatan antibiotik
Pemboleh ubah bergerakbalas : pertumbuhan bakteria 2. Gunakan kata penghubung yang sesuai :
Contoh : i. semakin tinggi kepekatan antibiotic semakin luas kawasan jernih ii. semakin tinggi kepekatan antibiotic semakin kecil kawasan jernih iii. Jika kepekatan antibiotic tinggi maka luas kawasan jernih besar
3. Ayat yang dibina mesti ayat lengkap 4. Boleh diuji dalam eksperimen
Contoh hipotesis: i. Antibiotik yang mempunyai kepekatan yang tinggi mempunyai saiz bakteria semakin besar ii. Semakin tinggi kepekatan bakteria, semakin besar bakteria * Jawapan ini salah kerana pernyataan yang bergaris tidak boleh diuji sebab saiz bakteria tidak berubah, yang berubah
hanyalah keluasan kawasan jernih)
C) Mendefinisi secara operasi 1. Tentukan definisi sesuatu konsep Contoh : Definisi alkali, Larutan yang mengandungi ion hidroksida 2. Ubah definisi kepada perkara yang dapat dilihat / diperhatikan
Contoh : Ion hidroksida tidak dapat dilihat tetapi boleh diuji menggunakan kertas litmus. (Menukarkan warna kertas litmus dari warna merah ke warna biru)
3. Tulis semula definisi mengikut konsep yang betul menggunakan perkara yang boleh diperhatikan
Contoh : Definisi secara operasi bagi alkali
Larutan yang menukarkan warna kertas litmus dari merah ke biru. Contoh :
Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan satu antibiotik yang mempunyai kepekatan yang berbeza ke atas pertumbuhan bakteria 1. Tentukan definisi konsep antibiotik Contoh : Definisi antibiotik,
Bahan kimia yang boleh membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma 2. Ubah definisi kepada perkara yang dapat dilihat / diperhatikan
Contoh : Pertumbuhan mikroorganisma tidak dapat dilihat tetapi boleh duji dengan keluasan kawasan jernih.
12
12(Kawasan jernih menunjukkan bahawa tiada mokroorganisma di kawasan itu atau mikroorganisma sudah mati)
3. Tulis semula definisi mengikut konsep yang betul menggunakan perkara yang boleh diperhatikan
Contoh : Definisi secara operasi bagi antibiotik Antibiotik ialah bahan yang dapat menghasilkan kawasan jernih
D) Membuat Inferens
1. Dapatkan maklumat melalui pemerhatian dan membuat kesimpulan awal yang munasabah terhadap pemerhatian tersebut (boleh menyatakan sebab bagi pemerhatian tersebut)
Contoh :
i. Pemerhatian : Lekukan yang dihasilkan oleh bongkah P adalah lebih dalam daripada lekukan yang dihasilkan oleh bongkah Q
ii. Inferens : a. Lekukan P lebih dalam kerana tekanan yang dikenakan oleh bongkah P adalah lebih berbanding
bongkah Q PERSEDIAAN BAHAGIAN A
1. Murid hendaklah boleh mengaplikasi Kemahiran Proses Sains (KPS) untuk menjawab Bahagian A.
2. Terdapat empat soalan yang menguji semua KPS, dari KPS-1 hingga KPS-11.
3. Markah yang diperoleh dalam Bahagian A ini ialah 20.
4. Mungkin sesuatu KPS itu akan ditanya lebih daripada satu kali.
5. Latihan yang banyak adalah sangat perlu.
6. Jawapan untuk bahagian A terdapat di dalam soalan secara tersurat atau tersirat
Lekukan oleh bongkah P
Lekukan oleh bongkah Q
13
13Contoh item Bahagian A [KSNA 02]
Logam X bertindak balas dengan asid hidroklorik, membebaskan gas hidrogen. Graf dalam Rajah 1 menunjukkan isipadu hidrogen yang dikumpulkan bagi sela masa 2 minit apabila 20 g logam X bertindak balas dengan 200 ml asid hidroklorik.
a. Dalam eksperimen di atas nyatakan pemboleh ubah;
(i) dimalarkan……………………………………………………………
(ii) bergerakbalas………………………………………………………
(iii) dimanipulasikan…………………………………………………….
(b) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini
……………………………………………………………………………………………
(c) Berapakah jumlah isi padu hidrogen yang terkumpul dalam masa 7 minit pertama.
……………………………………………………………………………………………
(d) Ramalkan isipadu gas yang terbebas pada minit ke 16 dalam tindak balas ini.
……………………………………………………………………………………………
Peraturan Pemarkahan
(a) (i) jisim logam / isipadu asid hidroklorik (ii) Isi padu gas hidrogen (iii) Masa
(b) Apabila masa bertambah jumlah isi padu hidrogen bertambah sehingga semua logam bertindak balas. (c) 26 cm 3 (d) 30 cm 3
2 4 6 8 10 12 14
10
20
30
Isipadu gas Hidrogen / cm3
Rajah 1
14
14PERSEDIAAN BAHAGIAN B
1. Murid perlu mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam rangsangan soalan. 2. Rangsangan soalan adalah dalam bentuk pernyataan, gambarajah, carta alir, jadual atau tindak balas kimia. 3. Selalunya terdapat maklumat yang membantu untuk mendapatkan jawapan dalam rangsangan soalan. 4. Jangan menggunakan huruf potong atau ringkas untuk jawapan (yg; krn; spt; krom; b’satu) 5. Ejaan istilah dan melabel mesti betul. 6. Bagi rajah sinar, garis sinar mesti dilukis dengan menggunakan pembaris dan ada anak panah.
Contoh item Bahagian B [PSNA 01 & KSNA 01]
Peraturan Pemarkahan a)
b) Asid etanoik / Asid formik (c) (i) Membran protein pecah // zarah-zarah getah berlanggaran antara satu dengan lain. (ii) Cas-cas positif dari asid / ion hidrogen meneutralkan cas-cas negatif pada membran protein. (d) Molekul / zarah getah menggumpal // getah membeku (e) (Larutan) Ammonia
BBaahhaann PP
R
Peringkat A Peringkat B
Zarah Lateks Rajah 2
Membran protein
+
Peringkat B
BBaahhaann PP
RR
Peringkat A
Zarah Lateks
+
Membran protein
15
15Strategi Untuk Menjawab Bahagian C Contoh Soalan C1 1. Kaji pernyataan berikut; (a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah] (b) Dengan menggunakan penapis warna merah, penapis warna biru dan penapis warna hijau dan radas-radas lain,
huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis di (a) berpandukan perkara-perkara berikut; Tujuan eksperimen [1 markah] Mengenalpasti pembolehubah [2 markah] Senarai radas [1 markah] Prosedur [4 markah] Penjadualan data [1 markah]
Peraturan Permarkahan (a) Boleh membuat hipotesis iaitu menghubungkan pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak
balas. Contoh jawapan:
1. Penapis merah membenarkan cahaya merah sahaja menerusinya. 2. Penapis biru membenarkan cahaya biru sahaja menerusinya 3. Penapis hijau membenarkan cahaya hijau sahaja menerusinya. 4. Penapis warna tertentu membenarkan cahaya warna tertentu sahaja menerusinya. 5. Penapis cahaya primer membenarkan cahaya tertentu sahaja menerusinya.
[Mana-mana satu] [1 m]
Boleh menyatakan tujuan eksperimen Boleh menyatakan pembolehubah yang terlibat Boleh menyenaraikan semua radas yang diperlukan Boleh menyenaraikan kaedah eksperimen Boleh membina jadual yang mengandungi pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak
balas.
Contoh Jawapan: Tujuan: Mengkaji kesan penapis warna primer terhadap cahaya putih // Mengkaji kesan penolakan cahaya berwarna [1m] Pembolehubah: Pembolehubah dimanipulasi: penapis warna / warna penapis Pembolehubah bergerak balas: warna pada skrin//
cahaya berwarna yang melalui penapis
Apabila cahaya putih dipancarkan ke atas penapis warna primer, terdapat cahaya warna tertentu melaluinya.
(b)
16
16Pembolehubah dimalarkan 1. (sumber) Cahaya putih 2. skrin (warna) putih / kain putih / kertas putih /
dinding putih 3. sumber cahaya 4. jenis / saiz / ketebalan / bahan penapis
[Mana-mana dua] [2m] Radas:
1. Penapis warna hijau 2. Penapis warna biru 3. Penapis warna merah 4. Lampu suluh / kotak sinar / cahaya putih 5. Skrin putih / kain putih / kertas putih / dinding putih. [1m]
Kaedah:
1. Letakkan penapis warna merah di antara kotak sinar dan skrin (putih) 2. Hidupkan lampu suluh dan halakan cahaya (kearah skrin putih) melalui penapis warna
merah 3. Perhatikan/catatkan warna yang kelihatan (di skrin) 4. Ulang langkah 1 - 3 dengan menggunakan penapis warna biru dan hijau [4m]
Keputusan:
(warna) penapis / penapis primer Warna pada skrin / pemerhatian Merah Biru Hijau
[1m]
CONTOH- CONTOH SOALAN LATIH TUBI
Bahagian C: Soalan 1
(a) Cadangkan satu hipotesis yang sesuai untuk menyiasat pernyataan di atas. (b) Seterusnya dengan menggunakan luas permukaan berlainan pada paku dan ketulan plastisin, huraikan satu rangka
eksperimen untuk menguji hipotesis anda berpandukan perkara berikut.
(i) Tujuan eksperimen (ii) Mengenalpasti pembolehubah (iii) Senarai radas (iv) Kaedah (v) Penjadualan data
Luas permukaan sentuhan mempengaruhi tekanan yang dikenakan keatas suatu permukaan
17
17Jawapan: ( Lengkapkan ayat dengan mengisi tempat kosong )
(a) Hipotesis : Semakin _______________ luas permukaan _________________ semakin _____________ tekanan terhasil.
(b)
(i) Tujuan : Mengkaji hubungan antara _________________ ______________ dengan _____________ yang
terhasil.
(ii) Pembolehubah:
(a) Dimalarkan : _____________________
(b) Dimanipulasi : ____________________
(c) Bergerak balas : ____________________
(iii) Senarai radas: _________________________________
(iv) Kaedah :
(a) Pemberat 500 g diletakkan di atas setiap paku besi yang berlainan ketajaman seperti rajah di atas.
(b) Kedalaman lekukan yang terbentuk pada _______________ dibandingkan.
(c) Pemerhatian dicatat dalam jadual.
(v) Penjadualan data:
Paku besi Kedalaman lekukan (cm) Hujung tajam
Hujung tumpul
Kepala paku
pemberat
plastisin
Paku besi
18
18BAHAGIAN C SOALAN 11 DAN 12 CERAIAN (B) – KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR (KBSB) Tiga strategi berfikir
1. Mengkonsepsi 2. Menyelesaikan Masalah 3. Membuat Keputusan
1. MENGKONSEPSI Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik yang saling berhubungkait. Langkah penggunaan:
1. Kenal pasti maklumat 2. Kenal pasti ciri sepunya 3. Hubungkaitkan ciri untuk membina konsep 4. Kenal pasti contoh dan bukan contoh 5. Bina konsep sebenar
Contoh 1 Terdapat dua jenis perubahan jirim iaitu perubahan fizik dan perubahan kimia. (a) Rajah 1.1 menunjukkan pembakaran pita magnesium dalam udara.
Nyatakan empat sebab mengapa tindak balas di atas merupakan suatu perubahan kimia. [4 markah]
(b) Rajah 1.2 menunjukkan perubahan fizik yang berlaku ke atas tiga bahan yang berlainan.
19
19
Kaji maklumat dalam Rajah 1.2 dan bina konsep tentang perubahan fizik. Jawapan anda hendaklah berdasarkan langkah-langkah berikut;
Mengenal pasti maklumat [1 markah] Mengenal pasti ciri-ciri sepunya [2 markah] Menghubungkaitkan antara ciri-ciri sepunya dengan perubahan fizik untuk membina konsep awal
[1 markah] Menyatakan satu contoh lain perubahan fizik dan satu contoh bukan perubahan fizik
[1 markah] Menyatakan konsep sebenar perubahan fizik [1 markah]
Skema Jawapan (a) Boleh menyatakan empat sebab mengapa pembakaran pita magnesium merupakan perubahan kimia.
Contoh jawapan 1. Bahan baru / magnesium oksida dihasilkan 2. Komposisi / sifat kimia bahan baru dan bahan asal berbeza 3. Perubahan tidak berbalik 4. Melibatkan perubahan tenaga yang (besar) / tenaga haba
dibebaskan / memerlukan tenaga haba. [4markah]
Boleh mengenalpasti maklumat dari gambar (sekurang-kurang 2).
Contoh jawapan 1. (Ketulan) ais (melebur) menjadi air 2. (Hablur) gula melarut dalam air 3. Bongkah besi (diketuk) menjadi nipis [1markah]
Boleh menyenaraikan ciri sepunya
(b)
20
20Contoh jawapan 1. Tiada bahan baru terhasil 2. Perubahan yang boleh berbalik 3. Komposisi / sifat kimia tidak berubah 4. Melibatkan perubahan keadaan / bentuk / saiz bahan / fizikal 5. Melibatkan perubahan tenaga yang kecil [Mana-mana dua] [2markah]
Boleh menghubungkaitkan perubahan fizik dengan ciri sepunya untuk bina konsep awal
Contoh jawapan 1. Tiada bahan baru terhasil dan berlaku perubahan bentuk / keadaan / saiz menunjukkan perubahan fizik
[1markah] Boleh menyatakan satu contoh perubahan fizik yang lain dan satu contoh bukan perubahan fizik
Contoh jawapan Contoh perubahan fizik yang lain 1. Garam melarut 2. Penghabluran garam 3. Pemanasan iodin / naftalena 4. Peleburan / pemanasan lilin
Bukan contoh perubahan fizik 1. Besi berkarat 2. Pembakaran magnesium 3. Pembakaran lilin
(Jawapan mesti mempunyai satu contoh perubahan fizik dan satu contoh bukan perubahan fizik). [1markah]
Boleh membina konsep sebenar bagi perubahan fizik
Contoh jawapan
1. Perubahan fizik ialah proses yang melibatkan perubahan rupa bentuk tanpa menghasilkan bahan baru. [1markah]
Contoh 2
(a) Kuprum ialah bahan atom manakala gula ialah bahan molekul.
Nyatakan empat perbezaan antara kuprum dengan gula berdasarkan sifat bahan atom dengan sifat bahan molekul. [ 4 markah ]
(b) Seorang pelajar mendapati gula yang disimpan di dalam balang telah terlarut membentuk larutan. Terangkan
bagaimana pelajar itu boleh mendapatkan semula hablur gula daripada larutan gula itu.
Penerangan anda mestilah mengandungi perkara berikut:
Pernyataan masalah
Nama Kaedah yang digunakan
Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam kaedah itu
[ 6 markah ]
21
21Jawapan:
(a) Bahan Atom Bahan Molekul
(b)
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah untuk mendapatkan semula _________________daripada ______________ itu?
Kaedah yang digunakan ialah _____________________
Langkah-langkah ;
(i) Larutan gula ______________ sehingga _______________
(ii) Larutan itu dibiarkan _________________ dan dituraskan
(iii) ______________________ terbentuk.
Contoh 3 : SPM 2004 (a) Nyatakan empat perbezaan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal [ 4 markah] (b) Rajah 10 menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh seorang pelajar.
Rajah 10
Kaji aktiviti-aktiviti itu. Terangkan bagaimana anda membina suatu konsep berdasarkan maklumat dalam rajah
10.
Penerangan anda hendaklah berdasarkan kepada perkara berikut:
Kenalpasti dua cirri sepunya
Membaca
Tindakan
Menulis
Berjalan
Menjalankan eksperimen
22
22 Membina konsep awal
Memberikan contoh lain dan bukan contoh yang berkaitan dengan konsep
Menjelaskan konsep sebenar.
Jawapan :
(a) Tindakan Terkawal Tindakan Luar kawal
Contoh 4 : Penyelesaian Masalah Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Langkah Penggunaan
1. Mengenal pasti / memahami masalah 2. Menjelaskan masalah 3. Mencari alternatif penyelesaian masalah 4. Menjelaskan operasi penyelesaian masalah 5. Menilai cara penyelesaian masalah
Soalan
(a) Seorang petani mendapati hasil buah-buahan dari ladangnya telah meningkat. Hasilnya dihantar ke kilang untuk diproses.
Nyatakan dua kaedah yang boleh digunakan untuk memproses buah-buahan itu. Jelaskan kaedah itu. [4 markah]
(b) Ladang buah-buahan itu terletak di cerun bukit. Selepas beberapa tahun hakisan tanah berlaku di ladangnya. Terangkan bagaimana petani itu dapat mengatasi masalah tanah ladangnya. Jawapan anda hendaklah mengandungi perkara berikut;
Mengenal pasti masalah [1 markah] Penjelasan masalah [1 markah] Kaedah-kaedah penyelesaian [1 markah] Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda [1 markah]
23
23 Skema Jawapan
(a) Boleh menyatakan dua kaedah memproses buah-buahan dan penjelasannya.
Contoh jawapan 1. Pembungkusan vakum
- menyingkirkan udara daripada bungkusan 2. Penyinaran
- mendedahkan makanan kepada sinar gama / sinar radioaktif / sinar X 3. Pengetinan
- buah-buahan dipanaskan pada suhu tinggi 4. Pendehidratan / pengeringan
- kandungan air disingkirkan / disalai / dijemur / dikeringkan 5. Penjerukan
- disimpan makanan dalam larutan gula / garam
6. Pempasteuran - jus / air buah dipanaskan pada suhu tertentu
7. pendinginan
- disimpan di bilik sejuk / peti sejuk / suhu tertentu [mana-mana dua dan penjelasannya] [4markah]
(b)
Boleh mengenal pasti masalah
Contoh jawapan 1. Hakisan tanah [1markah]
Boleh menjelaskan masalah
Contoh jawapan 1. Cerun 2. Tanah mudah mengalami hakisan [1markah]
Boleh menyenaraikan kaedah-kaedah penyelesaian Contoh Jawapan 1. Menggunakan kaedah tanaman kontur 2. Menggunakan kaedah tanaman secara teres 3. Menanam tanaman penutup bumi 4. Membina parit / longkang 5. Menggunakan penutup plastic 6. Membina benteng [mana-mana tiga] [3markah]
Boleh memberi penjelasan bagi kaedah yang dipilih Contoh jawapan 1. Tanaman teres
- mengelakkan tanah dari dihanyutkan
24
242. Tanaman penutup bumi
- memegang tanah - membekalkan baja / nitrogen
3. Tutup dengan plastic - mengekalkan kelembapan tanah - mengelakkan pertumbuhan rumpai - mengelakkan tanah dari dihanyutkan
[mana-mana satu] [1markah] 3. MEMBUAT KEPUTUSAN Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan criteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Langkah Penggunaan
1. Mengenal pasti matlamat 2. Mengenal pasti alternatif untuk mencapai matlamat 3. Menyusun alternatif mengikut keutamaan 4. Menilai alternatif yang dipilih 5. Memilih alternatif yang terbaik (membuat keputusan)
Contoh Soalan Anda mendapati pokok keledek yang ditanam mempunyai daun berwarna kuning dan pertumbuhannya terbantut. Cadangkan beberapa cara untuk mengatasi keadaan ini dan pilih cara terbaik untuk dilaksanakan. Skema Jawapan (i) Matlamat: Untuk mendapatkan pokok yang tidak bantut dan berdaun hijau.
[1 markah] (ii) Alternatif;
(a) Gunakan baja nitrogen Baja nitrogen boleh mengatasi masalah daun kuning // Menghasilkan pokok berdaun hijau dan pertumbuhan baik / tidak bantut.
(b) Gunakan baja mengandungi fosforus Baja fosforus menghasilkan pokok tidak bantut sahaja
(c) Gunakan baja mengandungi kalium. Baja kalium mengatasi masalah daun kuning sahaja [Mana-mana dua] [2markah] (iii) Urutan pilihan;
(a) Guna baja nitrogen (b) Guna baja fosforus (c) Guna baja kalium [1markah]
(iv) Alternatif terbaik: Pilih menggunakan baja nitrogen [1markah] (v) Penerangan: Penggunaan baja nitrogen boleh mengatasi kedua-dua masalah yang dihadapi // mengatasi masalah
bantut dan berdaun kuning. [1 markah]
25
25 Contoh Kata-kata Tugas KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24
Anggarkan Apakah Bagaimanakah Bandingkan Berapakah Bezakan Bilakah Bincangkan Buktikan Cadangkan /syorkan Carikan Cerakinkan Deduksikan Fokuskan Gambarkan Gariskan Hitungkan Huraikan IIustrasikan Jadualkan Jelaskan Kelaskan Kemukakan Kenalpasti
Memberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan Memberi maklumat yang khusus/spesifik Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara /keadaan/langkah/kejadian Memberi persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkar Memberi kuantiti Memberi kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara Menyatakan masa atau waktu Memberi pandangan daripada beberapa aspek Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta Mengemukakan sesuatu seperti idea/pendapat Memberi jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas Menghuraikan sesutu kepada bahagian Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu Menumpukan kepada sesuatu objek Melukis gambar Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses atau tindakan Memberi jawapan melaui kaedah pengiraan Memperihalkan /meceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci/dengan teratur. Menjelaskan dengan contoh/gambar/rajah Membuat susunan acara/perkara yang diatur mengikut masa yang ditetapkan Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami Mengasingkan kepada beberapa kumpulan berdasarkan/mengikut ciri-ciri tertentu Memberi pendapat sama ada menyokong/membangkang Menunjukkan sesuatu berdasarkan fakta / rangsangan yang diberi
25 26
Lakarkan Lorekkan
Melukis rajah / gambar rajah / peta secara kasar Melukis dengan garisan / corengan pada kawasan tertentu / rantau / ruangan
26
26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42
Lukiskan (teknikal) Mengapakah Namakan Nyatakan Peringkatkan Ramalkan Rekodkan Senaraikan Siapakah Susunkan Tafsirkan Takrifkan Tentukan Tentusahkan Terangkan Ukurkan
Membuat rajah seperti carta, gambar, graf / bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala yang tepat / terperinci Memberi sebab Memberi panggilan / sebutan bagi sesuatu tempat / orang / proses / alat Memberikan fakta tanpa huraian / sokongan Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut tingkatan / aras tertentu Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / pemerhatian mengikut format Menyatakan beberapa fakta / pernyataan berbentuk point Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu Mengatur mengikut tertib yang ditentukan Menerangkan maksud ayat dengan terperinci Memberi tafsiran istilah yang diberikan Memberi kenyataan berdasarkan proses / alas an Mengesahkan sesuatu dengan memberi bukti Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab Memerlukan kuantiti dengan unit yang boleh didapati daripada sesuatu alat pengukuran
27
27
ANALISIS KERTAS SAINS SPM ( 2006 - 2011 )
SOALAN
BAB 2007 2008 2009 2010 2011 O A B C O A B C O A B C O A B C O A B C
1 Penyiasatan Saintifik 2 Kordinasi badan 5 3 1 4 1 3 1 4 1 3 Pewarisan dan Variasi 3 1 3 4 1 4 1 4 1 4 Jirim dan Bahan 3 4 1 1 4 1 5 1 3 5 Tenaga dan Perubahan Kimia 4 1 4 3 1 3 1 4 1 6 Tenaga Nuklear 2 1 2 1 4 3 3 1 7 Cahaya, Warna dan Penglihatan 5 1 3 1 3 1 4 1 3 1 8 Bahan Kimia dalam Industri 2 1 2 2 1 2 1 3
Bilangan Soalan Tingkatan 4 24 2 2 1
21 2 2 1
24 1 3 2
24 2 3 1
24 2 2 1
9 Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Benda Hidup 3 1 5 1 4 1 3 1 3 1 10 Nutrisi dan Pengeluaran Makanan 4 3 1 4 3 1 3 1 11 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 2 1 6 1 2 1 1 4 1 3 1 12 Sebatian Karbon 5 1 3 1 3 1 4 5 1 13 Gerakan 5 1 5 1 5 1 4 2 4 1 14 Teknologi dan Pengeluaran Makanan 2 1 2 1 3 4 3 1 15 Bahan Sintetik dalam Industri 2 1 2 1 2 2 1 3 1 16 Elektronik dan Teknologi Maklumat 3 1 3 3 1 2 2
Number of Form 5 Questions 26 2 3 2
29 2 3 2
26 3 2 1
26 2 2 2
26 2 3 2
TOTAL 50 4 5 3
50 4 5 3
50 4 5 3
50 4 5 3
50 4 5 3
O = Soalan objektif T = Soalan teori P = Soalan amali E = Soalan esei