4
PPKI SMK KHIR JOHARI MODUL RINGKAS EXPLORACE MINGGU PENDIDIKAN KHAS, SMK KHIR JOHARI AKTIVITI PERMULAAN AKTIVITI Fasilitator :________________________________________ Tempat :________________________________________ Nama aktiviti : Puzzle Peta Bahan aktiviti : Peta yang dipotong dijadikan puzzle. - Setiap pasukan akan menerima sampul yang mengandungi puzzle dan borang checkpoint. - Mereka perlu mencantumkan puzzle berkenaan untuk mendapatkan peta yang mengandungi arahan check point yang perlu dituju. - Setelah puzzle selesai mereka akan ke chekpoint masing-masing berdasarkan peta puzzle yang telah deiselesaikan. MASA AKTIVITI : 5 MINIT 1. CP 1 Fasilitator :________________________________________ Tempat :________________________________________- Nama aktiviti : Cari duit dalam bekas. Bahan aktiviti: katak hidup /bekas lutsinar atau kotak / duit syiling 10sen, 20sen dan 5sen / pasir. - Pasukan yang tiba akan diberikan arahan oleh fasilitator berkenaan jumlah wang yang perlu mereka cari bagi menyelesaikan tugasan ini. Jumlah cadangan ialah 75sen. - Setiap ahli pasukan perlu mengambil wang syiling di dalam bekas yang mengandungi katak dan pasir secara bergilir-gilir. Seorang ahli pasukan perlu mengambil sekeping wang syiling sahaja sehingga jumlah mencukupi. - Setelah selesai tugasan yang diberikan, Stiker akan diberikan kepada pasukan. - Pasukan yang gagal akan didenda oleh Fasilitator. MASA AKTIVITI : 10 MINIT

Module AKTIVITI Explorace Smkkj

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dfdfdfd

Citation preview

PPKI SMK KHIR JOHARIMODUL RINGKAS EXPLORACEMINGGU PENDIDIKAN KHAS, SMK KHIR JOHARIAKTIVITI PERMULAAN AKTIVITIFasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________Nama aktiviti : Puzzle PetaBahan aktiviti : Peta yang dipotong dijadikan puzzle. Setiap pasukan akan menerima sampul yang mengandungi puzzle dan borang checkpoint. Mereka perlu mencantumkan puzzle berkenaan untuk mendapatkan peta yang mengandungi arahan check point yang perlu dituju. Setelah puzzle selesai mereka akan ke chekpoint masing-masing berdasarkan peta puzzle yang telah deiselesaikan.MASA AKTIVITI : 5 MINIT

1. CP 1 Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Cari duit dalam bekas.Bahan aktiviti: katak hidup /bekas lutsinar atau kotak / duit syiling 10sen, 20sen dan 5sen / pasir. Pasukan yang tiba akan diberikan arahan oleh fasilitator berkenaan jumlah wang yang perlu mereka cari bagi menyelesaikan tugasan ini. Jumlah cadangan ialah 75sen. Setiap ahli pasukan perlu mengambil wang syiling di dalam bekas yang mengandungi katak dan pasir secara bergilir-gilir. Seorang ahli pasukan perlu mengambil sekeping wang syiling sahaja sehingga jumlah mencukupi. Setelah selesai tugasan yang diberikan, Stiker akan diberikan kepada pasukan. Pasukan yang gagal akan didenda oleh Fasilitator.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

2. CP 2Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________Nama aktiviti : Buah-Buahan SesatBahan aktiviti: kain penutup mata / buah-buahan / tali . Pasukan perlu memilih seorang wakil untuk menutup mata dan mencari buah-buahan yang telah digantungkan ditempat-tempat tertentu. Fasilitator akan menutup mata wakil pasukan dan memusingkannya sebanyak beberapa kali. Fasilitator akan memberikan arahan urutan buah yang perlu diambil terlebih dahulu. Wakil pasukan dikehendaki mencari buah-buahan yang tergantung dengan bantuan rakan sepasukannya dengan hanya mendengar arahan melalui jarak yang ditentukan. Setelah kesemua buah-buahan berjaya diambil oleh wakil pasukan, stiker akan diberikan kepada mereka. Pasukan yang gagal akan didenda.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

3. CP 3Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Bola ping-pong senget.Bahan aktiviti: Bola ping pong / Sudu / kon. Pasukan dikehendaki beratur lurus di garisan mula. Setiap ahli pasukan perlu berlari dengan membawa bola ping-pong dengan menggunakan sudu yang digigit dan memastikan bola tersebut tidak jatuh. Mereka perlu belari sehingga garisan penamat dan berpatah balik. Kemudian diteruskan dengan rakan sepasukan yang lain untuk mengulangi larian tersebut. Setiap ahli pasukan dilarang untuk memegang sudu. Setelah setiap ahli pasukan selesai melakukan larian mereka akan diberikan stiker, mereka yang gagal akan didenda.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

4. CP 4Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Teka benda misteri.Bahan aktiviti: 3 kotak sederhana /barang-barang pelik di dalam kelas. Pasukan yang tiba dikehendaki meneka benda yang tersembunyi di dalam kotak yang tertutup dengan hanya memasukkan tangan ke dalam kotak pertama. Pasukan akan meneka benda dalam kotak pertama tersebut dengan deria sentuhan sehingga berjaya. Setelah berjaya diteruskan dengan kotak ke dua dan tiga. Pasukan yang berjaya meneka kesemua benda di dalam kotak akan mendapat stiker. Mereka yang gagal akan didenda.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

5. CP 5Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Penanda Buku lestari. Bahan aktiviti: Daun-daun disekitar tasik. Pasukan yang tiba dikehendaki membuat penanda buku menggunakan rating dan daun-daun disekeliling kawasan tersebut. Setiap pasukan perlu menyiapkan 3 penanda buku sahaja. Fasilitator akan menilai kekreatifan ahli pasukan tersebut. Pasukan hanya mendapa stiker apabila fasilitator berpuas hati dengan pendanda buku tersebut.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

6. CP 6 Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Tg.Malim Top Model Bahan aktiviti: Tali/ gunting / barang semula jadi di sekitar tasik seperti ranting, daun, dahan dan bunga. Setiap pasukan akan memilih seorang wakil kumpulan mereka untuk menjadi model. Semua ahli pasukan akan menghias model dengan kreatif selama 5 minit. Model yang siap dihias akan mengayakan busananya seperti model sebenar. Fasilitator akan menilai sehingga memuaskan hati, selagi fasilitator tidak puas hati pasukan tidak akan dapat stiker.MASA AKTIVITI : 10 MINIT

7. CP 17Fasilitator:________________________________________Tempat:________________________________________-Nama aktiviti : Straw menembusi kentangBahan aktiviti: Ubi kentang, straw. Setiap pasukan diberi 1 biji ubi kentang. Ahli pasukan diberi sebatang straw sahaja setiap seorang. Pasukan perlu memastikan straw tersebut menembusi kentang dalam masa 10 minit. Pasukan yang berjaya menembuskan straw pada ubi kentang akan menerima stiker. Pasukan yang gagal akan didenda.MASA AKTIVITI : 10 MINIT